PENGHARGAAN
Bismillah hir rahman nir Rahim. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna dan pada masa yang ditetapkan. Berdasarkan tugasan yang diberikan, guru pelatih diberikan tugasan untuk membuat satu penulisan kritikal iaitu menghuraikan dan membincangkan bagaimana guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ianya adalah bagi memenuhi soalan tugasan kerja kursus bagi Budaya dan Pembelajaran selain dapat digunakan serta diaplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Alhamdulillah, saya telah dapat melaksanakan aktiviti terbabit dengan jayanya. Justeru itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Budaya dan Pembelajaran yang dikasihi, Pn. Normadiah yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar yang berguna sepanjang proses penghasilan tugasan ini. Tanpa nasihat daripada beliau pasti saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa
serta
kehendak soalan yang telah ditetapkan. Beliau telah memberikan banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di samping itu, ribuan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas kerana membantu dalam menyumbangkan idea-idea yang bernas, menjawab setiap persoalan, memberi penerangan dengan teliti dan memberi sokongan moral kepada saya untuk meneruskan usaha dalam penghasilan tugasan ini. Saya turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat sekumpulan bagi tugasan berkumpulan yang memerlukan kami untuk membuat perbandingan ciri-ciri keistimewaan berdasarkan dua etnik iaitu Nur Jannatul Naimah, Fatin Khalis dan Muhammad Najib. Perkongsian idea dan perbincangan bersama telah menambahbaik mutu persembahan dalam tugasan ini. Akhir kata, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Sekian, terima kasih.
1
ISI KANDUNGAN PERKARA
MUKA SURAT
MUKA HADAPAN PENGHARGAAN
1
1.0
PENGENALAN
2.0
KONSEP BUDAYA, KEPELBAGAIAN KELOMPOK
3-4
BUDAYA DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
3.0
5-6
USAHA GURU MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
7-14
3.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal a) Pelan Lantai b) Ruang Fizikal, Peralatan dan Kemudahan c) Hiasan Bilik Darjah 3.2 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran a) Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Perbezaan Budaya Murid b) Pemupukan Nilai dan Budaya Malaysia 3.3 Sosiolinguistik a) Penggunaan Bahasa Penghantar 3.3 Pengurusan Persekitaran Sosio Emosi a) Guru Sebagai Model Utama, persekitaran dan pengalaman
4.0
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
15 16-17
REFLEKSI
18
LAMPIRAN
19
2
1.0
PENGENALAN
Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Berdasarkan kepelbagaian kaum dan etnik ini maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Sejak mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957, Seperti yang kita tahu, Malaysia telah berusaha gigih untuk membangunkan negara termasuklah
memajukan
sektor
pendidikan
yang
sememangnya
bermatlamat
untuk
meningkatkan perpaduan masyarakat majmuk ini. Oleh itu perlaksanaan sistem pendidikan negara bukan sahaja hanya untuk mendidik, memberi ajaran, pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan sebaliknya ia turut menjadi salah satu saluran terpenting untuk menyampaikan dan mengajar kebudayaan melangkaui generasi pelbagai budaya bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Justeru, pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri- ciri masyarakat dan kebudayaan kepada generasi muda supaya mereka mengenali jati diri masyarakat yakni sesuai dengan konteks pendidikan di Malaysia di mana aspek kebudayaan dan masyarakat dititikberatkan bagi meningkatkan perpaduan rakyat. Akan tetapi, dewasa ini telah menjadi salah satu cabaran kepada sektor pendidikan untuk bertindak sebagai agen membentuk dan mengekalkan perpaduan masyarakat di Malaysia selaras dengan era moden. Isu persaingan kaum dan etnik dan faktor lain dikatakan menyukarkan tugas kerajaan untuk mencapai identiti kebangsaan, Najimah Md Yusof (2007). Menurut
Mohd Amar Hj Ibrahim, Hazri Jamil dan Najeemah Mohd Yusof (2013),
berdasarkan kajiannya terhadap murid pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan Malaysia, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid sama ada mengikut jantina, jenis sekolah rendah, tingkatan mahupun etnik. Akan tetapi, ia disangkal kerana kajian yang dianggap tidak kukuh kerana kajiaannya hanya berdasarkan responden pelajar iaitu berkemungkinan hanya memberikan respon positif. Menurut Najimah dan Yasmin Ahmad (n.d) pula menyatakan interaksi sosial yang baik di antara individu pelbagai etnik hanya akan berlaku sekiranya individu berkenaan berada dalam satu persekitaran multietnik seperti di SMK. Persoalannya, berjayakah Melayu, Cina, Dayak, Iban, Melanau, Dayak dan etnik lain di bawa ke satu ruang fizikal yang sama oleh pelbagai dasar dan program perpaduan seperti pendidikan? 3
Oleh itu, penulisan reflektif ini akan menyingkap tentang isu pendidikan kini yang menjadikan guru sebagai tunggak untuk meningkatkan perpaduan masyarakat di Malaysia melalui persekitan bilik darjah yang mesra budaya di sekolah.Secara keseluruhannya, penulisan ini berkaitan masayarakt majmuk dan kepelbagaian etnik dan kemudiannya akan disorotkan pula tentang budaya kepelbagaian kelompok serta usaha guru dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
4
2.0
KONSEP BUDAYA, KEPELBAGAIAN KELOMPOK DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), budaya bermaksud tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran dan akal budi. Edward B. Tylor (n.d seperti yang dinyatakan oleh A Aziz Deraman, 2005), pula menyatakan budaya adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi penentuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-ungdang, moral, adat resam, dan tabiat yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Keseluruhannya budaya merupakan cara hidup yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat merangkumi pemikiran, tingkah laku, kepercayaan, adat resam, sistem sosial, ekonomi, politik, dan pendidikan. Ia turut boleh diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi dan boleh berlaku pengubahsuaian mengikut persekitaran semasa. Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005) lagi, kepelbagaian merangkumi sesuatu yang abstrak atau konkrit yang boleh diperolehi di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Kelompok pula merupakan sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh masyarakat (Noriati A. Rashid, Boon Pong Yin, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah Abd Majid, 2009). Ini bermakna kelompok adalah kumpulan individu yang berinteraksi dan saling bergantung untuk mencapai sasaran tertentu seperti etnik. Tuntasnya konsep kepelbagaian kelompok adalah tentang manusia yang datang daripada pelbagai kaum, ras dan etnik, hidup dalam komuniti yang sama dan mampu mengorganisasikan diri mereka dengan baik. Mereka berkongsi pemikiran dan ideologi yang sama walaupun datang daripada keturunan dan bangsa yang pelbagai. Menurut Boon et al. (2011) menyatakan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera sematamata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Unsur fizikal melibatkan pancaindera yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti pelan lantai, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan, susunan kerusi meja, perabot, peralatan hiasan bilik darjah dan sebagainya. Selain itu, aspek persekitaran fizikal juga melibatkan dengan siapa dan di mana pelajar duduk juga dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang
5
lingustik dan kebudayaan yang berbeza (Teaching Today, 2013). Manakala unsur sosio emosi pula melibatkan nilai dan pencapaian murid serta emosi yang stabil. Secara umumnya, persekitaran biliik darjah mesra budaya ialah suatu persekitaran pembelajaran yang selesa dan ceria melalui perlakuan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan unsur-unsur ini? Seharusnya guru yang bertanggungjawab kerana setiap tindakan guru baik dalam mahupun di luar bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam menyediakan persekitaran yang mesra budaya dalam bilik darjah sekaligus membantu dalam perkembangan murid (Bryan Coombs, 2009). Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah sangat penting bagi melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Sekolah juga akan menjadi lebih bermakna kepada sebilangan besar murid sekiranya guru mengambil kira keperluan, keselesaan serta hak keadilan mereka. Konklusinya, kesemua unsur yakni unsur fizikal, unsur emosi dan unsur hubungan kemanusiaan sangat perlu diterapkan dan diamalkan oleh guru bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya untuk kepentingan dan faedah bersama.
6
3.0 USAHA GURU MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Antara usaha yang boleh dilakukan guru dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah seperti berikut.
3.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal a) Pelan lantai Kedudukan fizikal bilik darjah mestilah diubahsuai bagi mendapatkan kedudukan fizikal kelas yang ideal. Kedudukan guru perlu diletakkan di bahagian yang memudahkan guru untuk memantau murid dan tidak mengganggu pergerakan aktiviti di bilik darjah. Menurut Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011), kedudukan susun atur meja yang kondusif adalah dalam bentuk kumpulan yakni bersesuaian dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya,guru digalakkan untuk menyusun kumpulan murid-murid berbilang kaum. Sebagai contoh, jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid Melayu, Cina dan etnik Iban maka murid-murid sewajarnya digabungkan dalam kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan menyatukan mereka, dapatlah mereka berkomunikasi dan berinteraksi selain menukar maklumat, keperluan dan kepakaran sesama mereka. Kerjasama ini dapat membentuk keseaduan antara mereka dan membentuk budaya satu Malaysia di mana proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini bermakna walaupun mereka berlainan kaum dan etnik,mereka boleh menerima dan menghormati budaya rakan-rakan lain. Gambar rajah 1 menunjukkan contoh pelan lantai yang mempunyai kedudukan susunan meja secara berkumpulan yang dianggotai oleh murid kaum Melayu, Cina dan etnik Iban.
7
PETUNJUK: - Melayu - Cina - Iban
Rajah 1: Pelan Lantai dan susunan meja secara berkumpulan
b) Ruang Fizikal, Peralatan dan Kemudahan Bagi membina persekitaran yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal seperti ruang bacaan, sudut informasi dan ruang hasil kerja murid boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. Selain itu ruang bacaan, pusat literasi dan sudut multimedia misalnya dapat mengumpulkan murid-murid pelbagai kaum Melayu serta Cina dan etnik Iban kerana saling berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, guru boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat murid seperti bahan bantu mengajar untuk meneruskan sesi pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai pasti akan mendorong murid untuk menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar. Contohnya guru boleh memakai pakaian tradisional etnik Iban semasa mengajar topik pakaian tradisional dalam subjek Kajian Tempatan. Murid akan lebih tertarik sekaligus membina kefahaman yang tinggi tentang budaya etnik lain.
8
c) Hiasan Bilik Darjah Guru boleh memberikan kebebasan kepada murid untuk menghias bilik darjah mereka dengan bantuan nasihat dan pandangan guru. Ini adalah bagi memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid-murid selain bergaul dengan anggota bilik darjah. Antara kebebasan yang boleh diberikan adalah dengan membiarkan murid menyediakan sendiri jadual bertugas, menghias dinding dan papan kenyataan dengan mural, keratan akhbar tentang kaum dan etnik misalnya atau alat visual yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan pengetahuan. Selain itu, murid boleh menyediakan ruang untuk mempamerkan artifak-artifak budaya dan sejarah. Contohnya seperti alat muzik tradisional orang Melayu seperti di Rajah 2. Oleh itu, dengan meletakkan bahan tersebut, murid boleh memahami budaya kaum lain dengan lebih mendalam.
Rajah 2: Alat tradisional Melayu yang boleh dijadikan hiasan di bilik darjah
Guru juga boleh mengadakan pertandingan seperti pertandingan menghias bilik darjah sempena bulan kemerdekaan atau menghias sudut matapelajaran. Secara tidak langsung ia mampu menyuntik semangat patriotism dalam kalangan murid. Penyediaan sudut matapelajaran tentang tokoh-tokoh kemerdekaan serta pejuang negara juga diharap dapat menyedarkan murid dan menginsafkan murid agar menghargai keamanan negara dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Contoh hiasan kelas yang berunsurkan patriotik adalah seperti di Rajah 3 di bawah.
9
Rajah 3: Menghias kelas sempena bulan kemerdekaan dan penyediaan sudut patriotisme
3.2 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran a) Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru memain peranan penting dalam membina kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasakan perbezaan budaya murid. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti kaedah lawatan. Pembelajaran Sejarah misalnya tidak hanya terhad dalam bilik darjah sahaja. Pembelajaran sejarah atau budaya melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat kebudayaan, institusi penyelidikan dan sebagainya boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Contohnya, guru mengadakan lawatan ke Muzium Negara yang membolehkan murid-murid mempelajari pelbagai maklumat pelbagai budaya kaum dan etnik lain. Berdasarkan kajian Mohamad Johdi bin Salleh & Ariegusrini Bte Agus (2009), mereka mangatakan bahawa kaedah lawatan adalah kaedah yang mampu meningkatkan pemahaman murid secara aktif dan produktif. Ini kerana melalui kaedah lawatan itu sendiri ada menerapkan kemahiran sejarah seperti konsep sebab dan akibat, melihat bukti sejarah, mengaitkan perubahan manusia masa kini dengan masa lalu dan memahami bukti serta mengkaji tempat sejarah. Ia memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara langsung dan memahami secara mendalam budaya yang ingin dipelajari mereka. Selain itu, bagi mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, guru serta murid perlu 10
melaksanakan tugas merancang, mengelola dan menjayakan aktiviti. Secara tidak langsung ia dapat merapatkan hubungan antara murid dengan guru mahupun antara murid dan sesama mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik Selain itu, guru boleh menjalankan kaedah pembelajaran koperatif dan kolaboratif di mana pembentukan kumpulan boleh dijalankan semasa aktiviti berlangsng di dalam bilik darjah. Kaedah ini dapat melahirkan persekitaran bilik darjah mesra budaya kerana murid akan lebih menghormati antara satu sama lain. Guru boleh membuat kotak beracun, undian warna dan menentukan sendiri kumpulan mulai kiraan nombor secara berulang mengikut bilangan kumpulan yang ingin dibentuk. Guru seharusnya mengalakkan daripada membiarkan murid memilih sendiri pasangan atau ahli kumpulan kerana kuatir ianya kan menyebabkan kelas menjadi bising dan tidak terkawal, Selain itu, pemilihan secara undi adalah adil dan membolehkan murid pelbagai kaum dan etnik dapat dihimpunkan bagi menningkatkan perkongsian idea, pendapat juga pemikiran daripada mereka. Oleh itu, bolehlah sekiranya murid dapat mempelajari cara hidup atau pun kebiasaan yang dilakukan oleh rakan mereka yang berlainan bangsa.
b) Pemupukan Nilai dan Budaya Malaysia Di dalam setiap bilik darjah terdiri daripada pelbagai etnik, latar belakang, kawasan petempatan, sejarah salasilah, budaya, adat resam dan taraf ekonomi. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam memahami budaya kaum etnik setiap muridnya bagi memastikan guru dapat mewujudkan bilik darjah yang positif dan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya melalui pedagogi seperti mengaitkan isi pembelajaran dengan kaum dan etnik yang berkaitan dengan memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya supaya dapat memepuk pemahaman dan perkongsian nilai budaya. Misalnya, dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, terdapat tajuk mengenai Hargai Warisan Budaya Malaysia di mana murid akan mempelajari tentang pakaian tradisional. Guru boleh memupuk adab atau cara berpakaian masyarakat kita dan menyarankan murid untuk berpakaian mengikut situasi. Contohnya budaya Melayu dan etnik Iban diperkenalkan mengikut kategori pakaian tradisional (seperti di Rajah 4), baju dan sebagainya sebagai isi pembelajaran Meskipun guru mengaitkan 11
budaya-budaya pelbagai kaum dan etnik ini hanya selingan, namun impaknya boleh menjadi besar kepada murid-murid
kerana secara tidak langsung, mereka dapat
memahami dan mempelajari tentang ilmu budaya kaum lain dan menghargainya.
Rajah 4: Pakaian orang Iban yang digunakan melalui pedagogi
Selain itu, guru juga boleh menerapkan nilai-nilai penting seperti menghormati rakan, cinta akan Negara, bekerjasama dan lain-lain. Terdapat sesetengah guru yang sering mengadakan aktiviti nyanyian serta lakonan yang berunsurkan nilai-nilai yang ingin diterapkan. Sebagai contoh, guru boleh menyanyikan lagu „Saya Anak Malaysia” ketika mempelajari
tajuk
Pemerintahan
Negara
bagi
subjek
Pendidikan
Sivik
dan
Kewarganegaaan Tahun 5. Secara tidak langsung, murid dapat mempelajari nilai patriotik. Tayangan video berunsurkan peperangan dan penderitaan juga dapat melenyapkan perasaan prasangka murid daripada pelbagai etnik. Mereka akan menyedari kepentingan kerjasama dan menghargai rakan serta menjalinkan hubungan yang baik sesama mereka.
12
3.3 Sosiolinguistik a) Penggunaan bahasa penghantar Seperti yang sudah sedia maklum, negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai dialek, bahasa dan cara hidup. Penggunaan bahasa amat penting dalam komunikasi dua hala antara guru dengan murid serta antara murid. Sehubungan dengan itu, adalah tanggungjawab guru untuk mengamalkan penggunaan bahasa yang sesuai semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Laras bahasa yang boleh difahami oleh murid pelbagai kaum perlu bersesuaian. Oleh itu, apabila pelbagai kaum Melayu dan etnik Iban berinteraksi di dalam bilik darjah,
guru perlu memastkan murid menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Ini bagi mengelakkan salah faham berlaku antara murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Penggunaan bahasa standard merupakan satu amalam pedagogi yang sememangnya mesra budaya serta memenuhi salah satu tujuan pendidikan kebangsaan iaitu perpaduan. Murid juga dapat memahami input pengajaran yang disampaikan kerana penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluan yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Ini bermakna, penggunaan bahasa yang difahami semua seperti Bahasa Melayu bersifat adil kepada murid tanpa mengira kaum. Penggunaan bahasa Melayu juga dapat menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid pelbagai kaum selain dapat meningkatkan kemahiran berbahasa. Berdasarkan kajian Jerie Anak Peter Langan & Zamri Mahamod (2011), murid Iban mempunyai sikap ingin mengetahui lebih mendalam tentang orang Melayu, berasa akan fasih berbahasa Melayu sekiranya bergaul dengan orang Melayu dan mereka berasa senang dan selesa berbuat demikian. Ini bermakna sikap integratif orang Iban terhadap Bahasa Melayu adalah baik dan ini menunjukkan melalui bahasa yang sama dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah.
13
3.4 Pengurusan Persekitaran Sosio Emosi a) Guru Sebagai Model Utama, Persekitaran dan Pengalaman Guru sering dijadikan sebagai suri teladan kepada murid kerana setiap gerak geri guru, tingkah laku serta perlakuan guru diperhatikan dan turut ditiru murid. Oleh itu, adalah tanggungjawab guru untuk sentiasa berkelakuan sopan serta penyayang. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa menghargai murid dan peka dengan persekitaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak seharusnya menimbulkan atau menyentuh isu sensitif perihal kaum misalnya. Guru perlu memaparkan amalan murni seperti menghormati orang lain, berperikemanusiaan dan menghargai anak murid. Perlakuan guru yang menarik minat murid secara tidak langsung memberikan pengajaran kepada mereka dan tidak mustahil bagi mereka untuk turut berbuat sedemikian juga. Sebagai contoh, guru sentiasa senyum dan menghormati guru lain yang berlainan kaum. Murid yang melihat perlakuan guru tersebut secara tidak langsung dapat mempelajari nilai hormat menghormati dan akan melakukan sedemikian terhadap rakan mereka. Guru perlulah bersikap adil dengan murid dengan menyediakan peraturan yang sesuai supaya murid oleh menerimanya dengan baik tanpa pertikaian walaupun terdapat perbezaan kaum dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai contoh, guru boleh membina peraturan “ Jangan Mengganggu Rakan Semasa Guru Mengajar” , “ Jangan Bising” dan sebagainya. Peraturan yang dilakukan guru dapat memberi pengajaran kepada murid agar sentiasa menghormati rakan mereka. Guru juga boleh menetapkan peraturan di mana setiap kumpulan yang dibina perlu terdiri daripada murid yang pelbagai kaum. Pengalaman murid bekerja dalam satu pasukan memberikan pengajaran kepada mereka agar memahami dan menerima pendapat orang lain dan juga meningkatkan kerjasama dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Pengalaman bergaul dengan murid pelbagai kaum ini dapat meningkatkan semangat perpaduan serta membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera kerana melalui perbincangan dan kerjasama tersebut mereka dapat menghargai nilai perpaduan.
14
KESIMPULAN
Tuntasnya, guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kemahiran guru dalam mengaplikasikan pengetahuan teknik yang bersesuaian amatlah penting. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah lawatan serta menggunkan alat bantu mengajar yang menarik serta mempuyai unsur serta nilai patriotisme bagi meningkatkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah. Kedudukan murid di dalam bilik darjah juga perlulah adil dan tidak mengikut kaum agar murid sentiasa bekerjasama dan dapat merapatkan hubungan sesama mereka dengan mengenali budaya serta cara hidup masyarakat pelbagai kaum. Tugas guru untuk menerapkan nilai-nilai murine serta semangat patriotism seharusnya tidak dipandang enteng dan diambil ringan kerana guru yang berkualiti dapat melahirkan murid yang sedemikian juga.Tidak lupa, jenis pengurusan persekitaran fizikal dan persekitaran sosioemosi semestinya dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni. Guru tidak perlu mengambil kira perbezaan bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan dan adat resam bagi memberikan motivasi kepada mereka serta semangat untuk belajar dengan memberikan kebebasa kepada murid dalam memilih rakan dan sebagainya. Akan tetapi peraturan serta arahan yang tegas adalah penting supaya murid masih mengikut kehendak guru yang menginginkan kerjasama sesama murid. Penggunaan bahasa yang sama dan difahami oleh semua murid juga penting untuk keadilan setiap murid. Ia memudahkan murid untuk memahami setiap isi pembelajaran gurudan secara tidak langsung membantu menimbulkan minat dan rasa ingin tahu muris bukan Melayu untuk menganali budaya dan cara hidup orang Melayu. Guru juga perlulah menunjukkan teladan dan perlakuan yang positif kerana murid akan sentiasa menjadikan guru sebagai suri teladan mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap aspek yang telah dibincangkan di atas sangat penting bagi memastikan murid memperoleh ilmu yang optimum melalui persekitaran yang mesra budaya yang Berjaya diwujudkan oleh guru. Diharap melalui usaha ini dapat meneruskan dan menjayakan hasrat kerajaan bagi memupuk perpaduan kaun dalam kalanagan murid pelbagai kaum di Negara kita.
15
BIBLIOGRAFI
Buku
A Aziz Deraman (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Boon, P. A., Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Bryan Coombs (2009). Bryan Coombs : Mengajar Secara Efektif, Kuala Lumpur : Attin Press Sdn Bhd.
Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Najimah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Yin, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah Abd Majid (2009). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
16
Laman Sesawang
Teaching
Today.
diversity.
(2013). Diperoleh
Educate pada
and
sensitisize 15
yourself
Mac,
to
2013,
cultural daripada
http://www.glencoe.com/sec/teachingtoday/weeklytips.phtml/230
Jurnal
Jerie Anak Peter Langan & Zamri Mahamod (2011). Sikap dan Motivasi Murid Iban dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua Kuala Lumpur.
Mohd Amar Hj Ibrahim, Hazri Jamil & Najeemah Mohd Yusof (2013). Prejudis dan Stereotaip Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur.
Mohamad Johdi bin Salleh & Ariegusrini Bte Agus (2009). Kaedah Lawatan ke Tempat Sejarah : Kepentingan dan Strategi. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Najeemah Mohd Yusof & Yasmin Ahmad (n.d). Bahasa dan Sempadan Etnik dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah di Malaysia. USM Pulau Pinang.
17
REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNya, berjaya juga saya meyelesaikan tugasan kerja projek bagi Budaya dan Pembelajaran. Terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada pensyarah kursus ini iaitu Pn Normadiah kerna dengan hasil tunjuk ajar beliau, akhirnya saya dan ahli kumpulan dapat menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, ucapan penghargaan juga ingin saya ucapkan kepada raka-rakan sekelas yang telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dalam tugasan kali ini, kami diminta untuk membina penulisan esei tugasan untuk membuat satu penulisan kritikal iaitu menghuraikan dan membincangkan bagaimana guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Terdapat beberapa kelemahan yang telah saya temui sepanjang melakukan tugasan ini.
Selain
itu,
terdapat
beberapa
halangan yang cukup menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal. Kekangan masa merupakan masalah yang sering saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini, Tugasan bagi kursus lain serta kerja luar seperti Program Mentor Mentee di Sungai Buloh, program Bina Insan Guru, Lawatan Ilmiah ke Johor Bahru, mengelola lawatan ilmiah IPG Batu Lintang ke IPGKBA, urusetia Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBA, Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA serta Pertandingan Permainan Tradisional, praktikum iaitu mula mengajar di sekolah yang juga memerlukan komitmen yang tinggi sememangnya memberikan tekanan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya akui walaupun jadual harian saya yang padat sepanjang hari dengan kelas, mesyuarat, pengurusan aktiviti serta tugasan kursus yang perlu diselesaikan, ia melatih diri saya untuk bersabar dan kuat semangat. Saya juga turut berasa terkilan kerana tidak mempunya bahan rujukan yang banyak. Kerana kekurangan masa untuk ke perpustakaan. Sebagai langkah penambahbaikan, saya berazam untuk melakukan lebih baik pada masa akan datang. tambahan ilmu yang cetek tentang turut memberi cabaran kepada saya. Saya berazam untuk mempelajari dan mendalami ilmu pendidikan dengan lebih mendalam pada masa hadapan dan di sekolah. Jutaan terima kasih ditujukan kepada mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak dalam menghasilkan tugasan ini terutamnya rakan seperjuangan. Jasa pensyarah kami itu tidak dilupakan kerana sudi menyalurkan ilmu yang berguna. Kesimpulannya, tugasan ini memberikan banyak pengalaman dan input berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang dipelajari ini diberkati serta dapat dikembangkan serta disebarkan kepada generasi seterusnya kelak. 18
LAMPIRAN
19