1.0 Pengenalan Pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha kita untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Secara umumnya pengurusan bilik darjah melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi murid dan dapat memperkembangkan sikap tanggungjawab murid terhadap semua aspek. Manakala pengurusan bilik darjah mesra budaya bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan serta mesra budaya dapat menggalakkan aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Ia adalah pakatan di antara guru dan murid bagi mengurus segala aspek yang terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan fizikal, emosi, sosial serta sosiolinguistik sosiolinguistik yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan. 2.0 Langkah-langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya 3.0 Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Konsep pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dari aspek fizikal adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Pengurusan fizikal harus mengambil kira semua aspek bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010). 3.1 Aspek Fizikal Meja dan kerusi yang sesuai untuk murid-murid serta boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. Apabila membentuk meja kumpulan, terdiri daripada etknik yang berbeza dan tidak hanya satu kumpulan etknik dikelompokkan dikelompokk an dalam satu kumpulan. Begitu juga, apabila terdapat perbincangan kumpulan atau aktiviti, ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum dan etknik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etknik dalam satu kumpulan akan dapat diwujudkan serta dapat memupuk suasana mesra budaya dalam kalangan murid dan guru. 1
3.2 Sudut Pembelajaran Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri dan lain-lain. Di samping, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita, majalah dan surat khabar. Sudut-sudut ini mampu meningkatkan interaksi sesama murid serta dapat memupuk nilai saling memahami dan tolerasi di antara murid kerana sudut-sudut ini dihasilkan oleh murid itu sendiri dengan bantuan guru. Secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya. 4.0 Aspek Pengurusan Sosio-Emosi Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala emosi didefiniskan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan murid-murif ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Persekitaran Sosio-Emosi yang baik di dalam kelas dapat menjadi perangsang bagi membangkit dan mengekalkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rizalina Radzi (2014), perkembangan sosio emosi kanak-kanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak- kanak. Sekiranya sosio emosi seorang murid di dalam kelas adalah positif, maka secara tidak langsung akan menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP. 4.1 Peranan Guru dalam Pengurusan Sosio-Emosi Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan persekitaran sosio emosi yang baik dan dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya ialah semasa melaksanakan aktiviti PdP, guru perlulah memberi galakan ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan ataupun soalan yang diberikan. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Selain itu, hubungan yang baik antara guru dan murid juga harus dibina terlebih dahulu yang mana guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokraksi dan tidak terlalu
2
mengongkong murid-murid mereka serta guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid. Menerusi buku Budaya dan Pembelajaran Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh melalui peniruan. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya. Guru juga perlu membina hubungan yang positif dengan rakan sekelas. Murid perlu dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas sosial dan budaya. Mereka perlu diberi pendedahan tentang adat resam dan amalan budaya setiap kaum di Malaysia. Dengan cara ini, guru dapat mengurangkan sikap perkauman di antara murid. Menurut Teori Erik Erikson dalam buku Pengajaran dan Pembelajaran, pula beliau menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanakkanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. 5.0 Aspek Sosiolinguistik Secara umumnya sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan. Bahasa merupakan satu alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya. Sosio pula merupakan interaksi antara masyarakat (Abdul Rahman, 2001). Salah satu cara untuk membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui pertuturan. Seperti yang telah diketahui, Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa serta budaya dan ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu padu. Jika kita kaji pendidikan Laporan-laporan berhubung pendidikan, kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan merupakan satu bidang penting dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan Negara (Noriati Rashid dan Boon, 2010). 5.1 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik Guru memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya di samping menerap nilai-nilai meghormati perbezaan bahasa dan budaya semua etnik.
3
Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-murid. Selain itu, aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Tambahan, aktiviti kokurikulum merupakan saluran terbaik dalam memertabatkan Bahasa Kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan dan bermanfaat. Guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur etnik lain dalam proses pdp. Sebagai contoh, menggunakan cerita etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Malaysia, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pdp Muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani dan sebagainya. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik dapat digunakan dalam pendekatan belajar sambil bermain. Penggunaan sumber pdp dengan menggunakan pelbagai unsur budaya dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik, malahan cara ini dapat mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakanrakan mereka. Sekiranya guru meneruskan pdp dengan berkesan, setiap etnik tidak akan tersisih sebaliknya dapat mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya dan menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya. 6.0 Pedagogi Releven Budaya Esah Sulaiman menyatakan bahawa pedagogi ialah prinsip dan kaedah pengajaran. Ia meliputi pelbagai aspek yang berkait dengan penyampaian ilmu kepada murid. Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan pembelajaran menjadi lebih bermakna (Siti Zahrina, 2008). Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai-nilai murni bagi menggalakkan perkembangan yang menyeluruh dari aspek kepelbagaian kebolehan murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu mengambil kira aspek kepelbagaian budaya supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran serta mereka dapat terlibat secara aktif di samping, bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan. 6.1 Tindakan Guru dalam Melaksanakan Pedagogi Releven Budaya Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh guru ialah merancang pengajaran dan pembelajaran secara penemuan. Sebagai contoh bagi tajuk ‘Budaya Masyarakat Majmuk’, Fareeda dan Nuruld iberi tajuk ‘Budaya Kaum Cina’, manakala Ah Seng da n Ah Hai diberi tajuk ‘Budaya Kaum India’ dan begitu juga sebaliknya. Strategi merentas budaya mengkehendaki murid meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya murid faham akan budaya orang lain.
4
Seterusnya, guru perlu menggunakan strategi pemusatan murid. Ini kerana strategi ini dapat mengalakkan murid berbincang bersama ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. Contohnya, di dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Hakim, Seng Yan dan Kumaran. Guru perlu menggalakkan interaksi dan kerjasama dalam suasana hormatmenghormati. Di samping, guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan dan memberi penghargaan jika ahli kumpulan menunjukkan keharmonian kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapatkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan pelbagai budaya dalam kelas. Akhir sekali, guru boleh menggunakan kaedah projek. Di mana kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid kepelbagaian kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya ialah ‘Adat Perkahwinan’. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa yang berbeza supaya mereka boleh berkongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Secara tidak langsung murid akan mendapat pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Oleh itu, jika guru menggunakan strategi ini, bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan dan mengurangkan isu perkauman yang timbul.
7.0 Penutup Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP serta mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Sebagai seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah kita juga berperanan sebagai pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk memastikan murid-murid mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang. Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu disediakan kepada muridmurid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama.
5