pengurusan bilik darjah yang kondusif
1.0 Pendahuluan Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.
1.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
1.1.1
Persekitaran Fizikal Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspekaspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.
1.1.2
Persekitan psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid. Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.
1.1.3
Peraturan dan rutin bilik darjah
Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakanrakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius. Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku
latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada muridmurid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
2.0 Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif Sepanjang menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah III, saya telah bercadang untuk merancang kelas Tahun 1 Saidina Umar dalam membantu guru kelas tersebut iaitu Puan Rahila Bt Sahar untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Sebelum merancang, saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu dan tingkap. Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini adalah
sumber cahaya dan udara, jadi ini dapat membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan bilik darjah yang saya bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif.
Papan hijau Info LINUS Carta organisasi
Teratak LINUS Rak fail Papan kenyataan Papan kenyataan Meja guru
Sudut
multimedia Sudut pembelajarran Rak buku tingkap tingkap tingkap pintu tingkap pintu tingkap 2.1 pelan bilik darjah
2.2 Perancangan Persekitan Fizikal 2.2.1
Meja guru Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.
2.2.2
Kerusi dan meja murid Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam
keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid.
2.2.3
Sudut multi-media Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21 memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan
berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multimedia. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.
2.2.4
Sudut bacaan Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan
kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
2.2.5
Pencahayaan dan pengudaraan Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.
2.2.6
Meja bulat Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu.
2.2.7
Tempat simpanan bekal makanan Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan
mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masingmasing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalahmasalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif.
2.2.8
Papan kenyataan Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid
2.2.9
Bakul sampah Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.
2.2.10 Peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.
2.2.11 Jam dan Kalendar Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini.
2.2.12 Rak guru Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.
RUMUSAN
Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
BIBLOGRAFI/RUJUKAN
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel.2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar. Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. KualaTanjung Malim: Quantum Books. Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?. Routledge Taylor & Francis Group. Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School . London: London UniversityPress. Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang Harmoni. http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js (akses 25 Februari 2012) Corak Pengurusa Bilik Darjah yang Kondusif.http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.html Developing Classroom Expectationshttp://www.projectidealonline.org/classMgt_ClassroomExpectations.php (a kses pada 13 Mac 2012) Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik
Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.
Implimentasi dalam Pendidikan
Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial Orientasi sosial bilik darjah Bahan P&P mengaitkan dengan budaya Peluang kepada setiap etnik Isu sensitif Bangga dengan setiap budaya etnik
2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran
Definisi Pengajaran
Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran. Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.
Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;
Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya
Perayaan di Malaysia
Permainan Tradisional
Pakaian
Makanan
Kesenian
Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;
Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif) Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
Semasa Pengajaran;
Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah
Drama
Main peranan/simulasi
Belajar ambil bermain
Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya
Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.
Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.
Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid. idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.
Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif. Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang anti budaya etnik lain. Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras. Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.
3. Pengurusan Sosio Emosi Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid. Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi. Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;
SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA
SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN
SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH
SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA
Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.
Tujuan;
Kawalan kelas
Mengelakkan pembentukan kelompok kecil
Mengenal pasti murid pilihan ramai
Murid kategori berasingan berhubung.
Ciri Emosi;
Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.
Nada suara
Kesederhanaan
Bersikap kawalan positif
Kepimpinan demokratik
Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi Dorongan positif- pujian & penghargaan. Menerima kekuatan & kelemahan murid. Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid. Hubungan positif Kemahiran menyelesaikan masalah Suhu motivasi
4. Pengurusan Sosio Linguistik — Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia) — Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya. — Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya. — Sosial merupakan interaksi antara masyarakat
Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya; — Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar. — Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris. — Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu. — Kedudukan pelajar dalam bilik darjah. — Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas. — Menerapkan nilai kerjasama antara budaya. — Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah
5. Penilaian Berasaskan Budaya — Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. — Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.
— Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia. — Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek. http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-5-pembinaan-persekitaran-bilik.html
BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya) Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya Hasil Pembelajaran Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosioemosi dalam bilik darjah pelbagai budaya Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya 10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum 11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya TOPIK 1 KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. 1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal :· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.
· · · · ·
Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik. Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. Melukis mural diswekitar kelas. Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.
Berhenti dan Reflek Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir “ mesra budaya”? 2) Sudut-Sudut Pembelajaran:Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. 1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal:· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. · Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. · Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk
tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture” 2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung muridmurid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormatmenghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”. · Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. · Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. · Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi. Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?
Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut: Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas? 1. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 1.3 Peranan guru sebagai „Physical Enviroment Designer‟. Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai „Physical Enviromet Designer‟ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk: · Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu · Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid · Mengkikis pra sangka · Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.
Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ?
Latihan
1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? 2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.
1.4 Rumusan · Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. · Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik · Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas. · Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya
Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan Teks Bacaan Asas Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill. Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon. Rujukan Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to
Practice. NSW: Dcroom Helm. Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).: Bell&Howell, Columbus, Ohio. Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon. Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359. Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley. Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press. Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsr-sm3-modul-edu-3106.html
1.0Pengenalan 1.1Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagaiorkestra dala m kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan su mber pengajaran. Keutamaan ditumpukanadalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkankeberkesan an, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebihdahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul. 1.2 Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyaiimpak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolahberkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatanmasyara kat.1.3Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan,mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harusdiurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untukmeneruskan aktiviti dalam pembelajaran.1.4Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifka nsebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkansuasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
Objektif
2.1 Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusanpersekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. 2.2 Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilikdarjah yang mesra budaya. 2.3 Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusansosioemosi dalam bilik darjah pelbagai budaya.2.4Mengenalpasti konsep dan ciriciri pengurusan pengajaran dan pembelajaranyang berkesan2.5Menjelaskan aspekaspek penting dalam pengurusan pengajaran danpembelajaran 3.0Pendahuluan Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahantingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini puladipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajarankondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajarandan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008)m endefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilikdarjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi,reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurusmurid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawapersekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untukmem ungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yangkondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjahSuasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas,hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampumenyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psikososial merujuk kepada hubunganantara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri
antaranya seperti suasanaselesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi. 4.0 Laporan kajian4.1 Ciri-ciri bilik darjah yang mesra budaya Bilik darjah ialah tempat dimana berlakunya proses pengajaran danpembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. (Atan Long, (1986)Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah itu perlu diatur dan disusun dengan rapi serta diawasi pula oleh guru. Sesebuah bilik darjah yang biasa mempunyaikelengkapan asas seperti kerusi, meja, papan tulis, almari dan papan kenya taan.Sekolahsekolah yang mampu akan menyediakan kemudahan yang lain mengikutkeperluan ses ebuah kelas. Semua kemudahan yang disediakan akan membantumelicinkan pengurus an supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkannatijah yang baik dan sempurna.Sebenarnya, tiada suatu bentuk khusus terhadap susunan bilik darjah. Oleh ituterdapat pelbagai bentuk yang dibuat. Bentuk susunan itu pada hakikatnya tertaklukkepada keperluan dan keupayaan serta suasana sesebuah sekolah. Oleh kerana itu juga saya telah melakukan beberapa kajian terhadap struktur bilik darjah yang berkesandan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi penekanankepada aspek-aspek fizikal dan sosio-emosi sekaligus dapat mewujudkan persekitaranbilik darjah yang mesra budaya http://www.scribd.com/doc/104834660/Assignment-EDU-3106-Budaya-DanPembelajaran