DARI ASPEK SOSIAL Bagi mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam sebuah kelas yang muridnya terdiri daripada pelbagai kaum,saya sebagai seorang guru haruslah berusaha untuk mewujudkan satu hubungan yang erat antara guru – murid dan murid – murid. Hubungan yang terbina atas dasar saling mempercayai dan menghormati akan menghasilkan suatu persekitaran emosi dan sosial yang kondusif (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2009). Oleh itu, saya sebagai guru perlu bertindak sebagai agen sosial, dengan mengambil tindakan yang awal bagi mewujudkan perpaduan antara murid dari aspek sosial. Bermula pada hari pertama saya masuk ke kelas, saya akan berbincang secara demokratik untuk menubuhkan satu organisasi kelas, peraturan kelas dan jadual bertugas kelas. kelas. Saya akan bertindak secara adil dimana pemilihan organisasi adalah dilakukan secara undian oleh murid dan sesiapa pun boleh memegang jawatan kelas tanpa mengira kaum. Saya akan memastikan peraturan kelas yang dibentuk adalah adil untuk semua. Manakala hukuman akan dikenakan bagi murid yang melanggar peraturan kelas yang telah dibina bersama. Dengan langkah ini, saya dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kelas. Contoh peraturan kelas yang akan saya bina ialah, semasa murid beragama islam membaca doa, murid – murid beragama lain mestilah senyap sebagai menghormati agama islam dan digalakkan berdoa cara agama masing – masing. Dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum, saya sebagai guru akan berusaha untuk sedaya upaya saya untuk cuba menerapkan budaya dan pengetahuan persekitaran murid saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. pembelajaran . Menurut Maslta Fulop dan Ference Malton (2003), sejak dua dekad yang lalu, kajian empirikal menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan epistologikal yang mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak. Oleh itu, dengan menyediakan pelbagai bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan dapat meningkatkan pemahaman murid saya yang berbeza dengan mengaitkan pengalaman budaya mereka. Dengan ini, saya akan memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri – ciri budaya murid saya bagi meningkatkan
kefahaman
mereka.
Langkah
ini
juga
akan
menggalakkan
perkongsian nilai budaya antara murid – murid saya. Contohnya, saya boleh menggunakan menggunakan buah getah, getah,
biji kelapa kelapa sawit dan sempoa sebagai alat alat bantu
mengajar saya untuk mengajar kemahiran mengira dalam matapelajaran matematik.
Oleh itu, murid saya yang berbangsa cina, akan lebih memahami tentang pengunaan sempoa dapat membantu rakan – rakan mereka yang kurang didedahkan dengan sempoa. Dengan secara tidak langsung, perkongsian nilai budaya dan pertukaran idea dapat dilaksanan secara serentak disamping mengeratkan hubungan antara murid – murid saya. Tambahan
lagi,
dengan
mempelbagaikan
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran juga dapat mengeratkan lagi perhubungan antara murid – murid saya. Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan adalah teknik main peranan dan simulasi. Saya akan meminta murid-murid saya mensimuliasikan kisah kemerdekaan negara dan tokoh negarawan. Teknik simulasi dan main peranan ini disokong oleh Mok Soon Sang (1997) yang menyatakan bahawa teknik ini dapat meningkatkan interaksi antara murid – murid disamping memberi kesempatan murid menghayati nilai moral yang baik. Sebagai kesannya, murid-murid saya akan menjadi lebih erat hasil interaksi yang berlaku. Dalam
pada
itu
juga,
saya
akan
menjalankan
banyak
strategi
pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan belajar yang saya akan hasilkan terdiri daripada murid – murid yang berlainan kaum serta berlainan tahap pencapaian. Dengan langkah ini, murid yang bijak akan menolong murid yang lemah. Aktiviti kumpulan sememangnya dapat memberi ruang dan peluang kepada guru dan murid untuk mengenali antara satu sama lain. Antara contoh aktiviti kumpulan yang boleh saya jalankan ialah aktiviti sumbangsaran atau percambahan fikiran. Dalam aktiviti sumbangsaran juga, murid - murid dilatih untuk menghormati pendapat – pendapat orang lain (Mok soon Sang, 1997). Dengan ini, saya akan dapat menimbulkan rasa penghormatan dalam jiwa murid terhadap rakan mereka yang berlainan kaum, bangsa dan agama. Langkah ini disokong oleh Noriati A. Rashid et. Al ( 2011),
yang menyatakan bahawa kesedaran budaya mikro
kumpulan etnik yang berbeza dalam pembelajaran koperatif dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk. Disamping itu juga,
saya akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai
medium untuk menyampaikan isi pelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan masyarakat 1 Malaysia. Saya juga akan menggalakkan murid-murid berkomunikasi sesama mereka dalam Bahasa Melayu. Langkah ini juga akan mengelakkan daripada berlaku gangguan dalam komunikasi yang boleh menyebabkan sesi P&P terganggu berbanding penggunan dialek atau
loghat digunakan. Oleh itu, saya akan cuba untuk mendedahkan dan membiasakan murid- murid saya untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dalam Bahasa Melayu. Antara aktiviti yang saya akan jalankan ialah Pesta Pantun, Pertandingan Bahas dan Forum. Sebagai kesannya, murid saya akan dapat bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu. Justeru itu, murid – murid akan dapat berkomunikasi dengan rakan
– rakan mereka yang berbeza kaum dengan baik dan tidak akan mengalami masalah untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan rakan – rakan mereka. Rohana Rolhan (2012) menegaskan bahawa Bahasa Melayu berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum melalui 4 cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka dan media massa. Hal ini berlaku jika seseorang murid mampu bekomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu, mereka akan mudah untuk berkomunikasi dengan rakan – rakan mereka walaupun berbeza kaum.
Saya sebagai guru juga perlu berkerjasama dengan pihak pentadbir sekolah bagi mengadakan aktiviti yang dapat memupuk semangat kenegaraan dalam jiwa murid- murid saya seterusnya mewujudkan masyarakat 1 Malaysia. Noor Mohamad Shakil Hameed (2012) mencadangkan aktiviti yang diadakan perlulah mewujudkan lebih banyak peluang dan ruang untuk anak kita bergaul dan beramah mesra dengan rakan daripada agama dan bangsa lain. Saya akan mencadangkan agar murid –murid saya membuat persembahan kebudayaan pada hari sambutan seperti Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Antara persembahan kebudayaan yang boleh dipersembahkan ialah persembahan puisidra, tarian tradisional kaum di Malaysia dan lagu - lagu tradisional. Dengan tidak langsung, murid – murid dapat belajar sesuatu tentang kebudayaan kaum lain dan berkongsi keunikan kebudayaan kaum masing – masing dengan rakan – rakan mereka. Selain daripada itu, saya juga akan mencadangkan kepada pihak pentadbir sekolah agar menetapkan rutin sekolah yang dapat meningkatkan jati diri dan semangat kenegaraan dalam diri murid - murid. Antara rutin yang akan saya cadangkan ialah mengadakan nyanyian lagu kebangsaan, negeri dan ikrar Rukan Negara sebelum bermula waktu persekolahan, pada hari perhimpunan dan dalam acara rasmi. Nyanyian lagu Negaraku itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotik di kalangan pelajar di samping memupuk perpaduan bagi sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum seperti Malaysia (Utusan, 2012 Ogos 27). Dengan penetapan rutin seperti ini, saya dapat meningkatkan semangat kenegaraan dan
menguatkan lagi semangat kekitaan antara murid – murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza latar belakang. Dengan ini, murid – murid tidak akan berasa terasing dan menerima rakan – rakan mereka sebagai saudara senegara.
Memetik kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua sekolah perlu mengambil inisiatif menganjurkan program tertentu bagi memupuk perpaduan, toleransi dan kepelbagaian antara murid (Harian Metro, 2012 Ogos 3). Selaras dengan kenyataan itu, saya akan mencadangkan agar sekolah mengadakan program yang dapat memberi peluang kepada murid – murid saya berinteraksi dan membina hubungan yang baik sesama mereka. Contohnya, hari sukan sekolah. Dengan mengadakan hari sukan sekolah, murid – murid akan berkerjasama antara satu sama lain untuk memenangi sesuatu acara seperti dalam 4
x 100 dan bola sepak. Selain itu juga, murid – murid akan
bersemangat untuk menyokong rakan – rakan mereka tanpa mengira bangsa atau kaum untuk memastikan kumpulan mereka memenangi acara tersebut.
Dalam usaha saya untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam sekolah yang
muridnya
terdiri
dari
pelbagai
etnik
dan
budaya,
saya juga akan
menggalakkan murid – murid saya untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. beruniform, sukan dan
Aktiviti kokurikulum yang terdiri dari unit
permainan serta kelab dan persatuan adalah salah satu
langkah bagi menerapkan nilai murni dalam diri murid- murid. Penerapan nilai murni dan pembentukan sikap positif dalam diri murid saya amatlah penting bagi melahirkan murid yang berhemah tinggi dan bersemangat kemasyarakatan untuk mereka membiasakan diri dengan rakan – rakan kelas mereka yang berbeza budaya dan agama. Oleh itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan badan uniform, murid- murid akan belajar dan mendisiplinkan diri untuk patuh akan arahan ketua, saling tolong – menolong dan menghormati perbezaan budaya rakan
– rakan mereka. Langkah ini bertepatan dengan konsep kurikulum tersirat yang merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah. Kurikulum Tersirat merupakan nilai implisit atau yang tidak terancang pencapaiannya tetapi terlaksana hasil daripada amalan di dalam bilik darjah sebagai proses pelaksanaan kurikulum formal (Noriati A. Rashid et al., 2011).
Sehubungan untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia, saya juga akan mengesyorkan kepada pihak pentadbir untuk mengadakan sambutan perayaan yang disambut oleh setiap kaum di Malaysia. Antara perayaan yang boleh disambut ialah Hari Raya bagi kaum melayu, Tahun Baru Cina bagi kaum cina, serta Hari Deepavali bagi kaum India. Langkah ini dapat memberi peluang kepada muridmurid saya uintuk mengenali lebih dekat keunikan budaya rakan – rakan mereka yang berbeza dari segi makanan, sambutan perayaan dan juga pakaian perayaan. Maka, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, pihak sekolah boleh menyajikan pelbagai makanan kaum melayu sepert rendang dan ketupat. Manakala pada hari Sambutan Deepavali sekolah, makanan tradisional kaum India seperti Jelebi dan Maruku. Pengarah Urusan Raub Australian Gold Mining (RAGM), Datuk Ir. Azinudin Abdul Rahim berkata melalui sambutan perayaan seperti itu, penduduk berbilang kaum akan lebih memahami budaya rakan-rakan mereka dan memupuk semangat kekitaan walaupun berlainan agama dan budaya. Sambutan perayaan seperti ini secara tidak langsung akan menimbulkan bibit – bibit kasih sayang antara murid – murid yang akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Sebagai kesannya, murid –murid saya akan merasakan diri mereka sebagai sebuah keluarga yang besar walaupun mempunyai perbezaan latar belakang yang berbeza.