KAJIAN KES TERHADAP AMALAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI DAN KANDUNGAN (PTPK) GURU FIZIK JOHOR BAHRU
SITI HIDAYANA BT NASSIRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Didedikasikan kepada ibu tersayang HJH KHADIJAH BT HJ MOHAMMAD Jasamu tidak mampu kubalas, kasih sayangmu tidak ternilai harganya..
Tidak lupa kepada arwah abah yang telah tiada NASSIRI B HJ MOHAMAD Doa dan sedekah jariah akan tetap mengiringimu di sana..Insya Allah..
Buat ahli keluarga yang lain, Terima kasih di atas segala perhatian dan bakti yang kalian curahkan...
Buat teman hatiku, Terima kasih kerana sentiasa memahami... Dan tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan selama ini...
Semoga kita semua sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat-Nya Insya Allah
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Pendidikan Fizik ini dengan sebaiknya. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia saya iaitu Dr Fatin Aliah Phang atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya sepanjang usaha saya menyiapkan penyelidikan ini. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau, segala kerumitan dapat diatasi.
Ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada responden-responden yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang proses kajian dijalankan serta Pengetua dan pihak sekolah yang berkenaan.
Ucapan terima kasih juga kepada teman dan rakan-rakan sekuliah kerana saling memahami dan banyak memberi kerjasama dan sokongan sepanjang menyiapkan penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini.
Akhir kata, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah menyumbangkan kerjasama untuk menjayakan projek penyelidikan ini.
ABSTRAK
Kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji amalan Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK) dalam kalangan guru fizik di sekolah sekitar Johor Bahru.
Kajian kes ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan protokol
temubual, senarai semak pemerhatian dan borang penelitian dokumen dan artifak ke atas dua orang guru fizik, iaitu seorang guru baru dan seorang guru berpengalaman. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru fizik baru dan berpengalaman terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P fizik, dan perbandingan amalan pengajaran berlandaskan PTPK guru fizik baru dan guru fizik berpengalaman dalam pengajaran fizik peringkat menengah. Hasil kajian mendapati bahawa guru fizik baru dan berpengalaman mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap teknologi. Walau bagaimanapun, guru fizik baru menunjukkan amalan PTPK yang lebih baik berbanding guru fizik berpengalaman melalui penekanan penggunaan aplikasi teknologi dalam penyampaian pengajarannya.
Dapatan utama dalam kajian ini ialah perisian Power
Point digunakan sebagai aplikasi utama dalam penyampaian fizik guru baru manakala bagi guru berpengalaman pula, ia digunakan sebagai pemudah cara dalam sesi pengajaran.
Selain itu, kekerapan dan penggunaan perisian Power Point secara
interaktif oleh guru baru telah mengembangkan amalan PTPK ke tahap yang lebih baik manakala penggunaan perisian secara asas hanya membina amalan PTPK guru berpegalaman pada peringkat rendah. Dengan itu, amalan PTPK guru berpengalaman perlu diperbaiki bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif, berpusatkan pelajar, interaktif, berfikiran kreatif dan bijak.
ABSTRACT
The case study was conducted to investigate the Technological Pedagogical and Content Knowledge (TPCK) practice among physics teachers in Johor Bahru. The case study was carried out qualitatively by using interview protocols, observation checklists as well as documentation and artefact analysis forms on two physics teachers, a novice and an experienced teacher.
The purposes of this research are to investigate the
readiness level among novice and experienced teachers towards the technology integration in teaching and learning (T&L) in physics and comparison of TPCK practice among novice and experienced physics teachers in secondary level. The finding shows that novice and experienced physics teachers exhibited a high level of readiness towards the technology integration in T&L from knowledge aspect and attitude towards technology. However, the novice physics teacher showed higher TPCK practice because the novice teacher used technology application as a primary tool in delivering the lessons.
The major findings in this study are the Power Point software was used
primarily by novice teacher during T&L session whereas the experience teacher used it as facilitator in T&L session.
Besides, frequencies of usage and application of an
interactive Power Point software by novice teacher was help in developing the TPCK practice into the higher level whereas the application of basic Power Point software only fostering TPCK practice of experience teacher in the low level. Thus, TPCK practice among experience teacher must be improved to built an active, student-centered, interactive, creative thinking and smart learning environment.
ISI KANDUNGAN
BAB
1
TAJUK
HALAMAN
JUDUL
i
PERAKUAN PELAJAR
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI RAJAH
xiv
SENARAI SINGKATAN
xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
PENGENALAN
1
1.1
Pendahuluan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
3
1.2.1
Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru
5
1.2.2
Tahap Kesediaan Guru
6
1.2.3
Daya dan Gerakan
8
1.3
Pernyataan Masalah
9
1.4
Objektif Kajian
10
1.5
Persoalan Kajian
10
1.6
Kepentingan Kajian
11
1.7
Kerangka Kajian
12
1.8
Definisi
14
1.8.1
Penggunaan Teknologi dalam kalangan Guru
1.8.2
Pengintegrasian Teknologi dalam Proses Pengajaran
1.8.3
1.9
15
Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK)
15
1.8.4
Guru Berpengalaman
16
1.8.5
Guru Baru
16
Rumusan
16
SOROTAN KAJIAN
17
2.1
Pengenalan
17
2.2
Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK)
2
Guru Sains
17
2.3
Daya dan Gerakan
21
2.4
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains
23
2.5
Kajian-kajian lepas
26
2.5.1
Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru Baru
27
2.5.2
Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru Berpengalaman
2.5.3
33
Cabaran dalam Pengintegrasian Teknologi di Malaysia
3
14
38
2.6
Perbandingan Kajian Lepas
43
2.7
Rumusan
48
KAEDAH KAJIAN
50
3.1
Pengenalan
50
3.2
Reka Bentuk Kajian
50
3.3
Prosedur Kajian
52
3.4
Sampel Kajian
53
3.5
Pembangunan Instrumen Kajian dan Pengumpulan Data
55
3.5.1
Temubual
55
3.5.2
Pemerhatian
57
3.5.3
Penelitian Dokumen dan Artifak
59
3.6
3.7
3.8
4
Penilaian Kajian
60
3.6.1
Kredibiliti
61
3.6.1.1 Kesahan Instrumen
62
3.6.2
Kebergantungan
62
3.6.3
Kebolehgantian
63
Analisis Data
64
3.7.1
Temubual
64
3.7.2
Pemerhatian
66
3.7.3
Penelitian Dokumen dan Artifak
69
Rumusan
ANALISA DATA
70
71
4.1
Pengenalan
71
4.2
Data Demografi
71
4.2.1
Guru Baru
72
4.2.1
Guru Berpengalaman
73
4.3
Analisis Tahap Kesediaan Guru Terhadap Teknologi
75
4.3.1
Analisis Temubual
75
4.3.1.1 Analisis Temubual Soalan 1
75
4.3.1.2 Analisis Temubual Soalan 2
76
4.3.1.3 Analisis Temubual Soalan 3
77
4.3.2 4.4
4.3.1.4 Analisis Temubual Soalan 4
78
4.3.1.5 Analisis Temubual Soalan 5
80
4.3.1.6 Analisis Temubual Soalan 6
80
4.3.1.7 Analisis Temubual Soalan 7
81
4.3.1.8 Analisis Temubual Soalan 8
82
4.3.1.9 Analisis Temubual Soalan 9
83
4.3.1.10 Analisis Temubual Soalan 10
84
4.3.1.11 Analisis Temubual Soalan 11
85
Keputusan Analisis Temubual
86
Analisis Amalan PTPK Guru Fizik
88
4.4.1
Analisis Pemerhatian
88
4.4.1.1 Sesi Pemerhatian
88
4.4.1.2 Alat Bantu Mengajar yang Digunakan
90
4.4.1.3 Strategi Pengajaran Guru
92
4.4.1.4 Pengurusan Kelas Guru
93
4.4.1.5 Pengetahuan Pedagogi
94
4.4.1.6 Pengetahuan Kandungan
96
4.4.1.7 Pengetahuan Teknologi Pedagogi
98
4.4.1.8 Pengetahuan Teknologi Kandungan
100
4.4.1.9 Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan 104 4.4.2
Analisis Dokumen dan Artifak
4.4.3
Rumusan Perbandingan Amalan PTPK Guru Baru dan Guru Berpengalaman
4. 5
5
Rumusan.
106
110 109
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
112
5.1
112
Pendahuluan
5.2
5.3
Perbandingan Kesediaan Guru Fizik dalam Mengintegrasikan Teknologi
113
Perbincangan Amalan PTPK Guru Fizik
114
5.3.1
Perbincangan Amalan PTPK Guru Baru
115
5.3.2
Perbincangan Amalan PTPK Guru Berpengalaman
118
5.3.3
Perbandingan Amalan PTPK Guru Fizik dalam Mengintegrasikan Teknologi dalam P&P
123
5.4
Implikasi Kajian
129
5.5
Cadangan
130
5.6
Cadangan untuk Kajian Lanjutan
131
5.7
Rumusan
132
RUJUKAN
LAMPIRAN
133
A- M
141 - 169
SENARAI JADUAL
NOMBOR JADUAL
TAJUK
HALAMAN
4.1 Respons Temubual Bagi Soalan 1
76
4.2 Respons Temubual Bagi Soalan 2
77
4.3 Respons Temubual Bagi Soalan 3
78
4.4 Respons Temubual Bagi Soalan 4
79
4.5 Respons Temubual Bagi Soalan 5
80
4.6 Respons Temubual Bagi Soalan 6
81
4.7 Respons Temubual Bagi Soalan 7
82
4.8 Respons Temubual Bagi Soalan 8
83
4.9 Respons Temubual Bagi Soalan 9
84
4.10
Respons Temubual Bagi Soalan 10
85
4.11
Respons Temubual Bagi Soalan 11
86
4.12
Jadual Ringkasan Keputusan Temubual Bagi Menguji Kesediaan Guru Fizik Terhadap Pengintegrasian Teknologi dalam P&P
87
4.13
Data Pemerhatian Mengikut Tajuk dan Kelas Bagi R1
89
4.14
Data Pemerhatian Mengikut Tajuk dan Kelas Bagi R2
89
4.15
Kekerapan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan Guru
90
4.16
Kekerapan Strategi Pengajaran Guru
92
4.17
Kekerapan Amalan Pengurusan Kelas
93
4.18
Kekerapan Konstruk Pengetahuan Pedagogi guru (PP)
95
4.19
Kekerapan konstruk Pengetahuan Fizik guru (PK)
97
4.20
Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Pedagogi guru (PTP).
99
4.21
Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Kandungan guru (PTK)
4.22
Kekerapan konstruk Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan
103
guru (PTPK)
105
4.23
Jadual Analisis Dokumen dan Artifak R1
108
4.24
Jadual Analisis Dokumen dan Artifak R2
109
4.25
Perbandingan Ringkas Amalan PTPK Guru Fizik Baru dan Berpengalaman
110
SENARAI RAJAH
NOMBOR RAJAH
TAJUK
HALAMAN
1.1 Model PTPK dan Komponen Pengetahuan yang terlibat
4
1.2 Kerangka Kajian amalan PTPK dalam kalangan guru Fizik.
11
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar ICT
- Teknologi Komunikasi dan Maklumat
IWB
- Interactive Whiteboard
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia P&P
- Pengajaran dan Pembelajaran
PBI
- Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
PK
- Pengetahuan Kandungan
PP
- Pengetahuan Pedagogi
PPK
- Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan
PPP
- Program Pembangunan Profesional
PT
- Pengetahuan Teknologi
PTK
- Pengetahuan Teknologi dan Kandungan
PTM
- Pengintegrasian Teknologi dalam Matematik
PTP
- Pengetahuan Teknologi dan Pedagogi
PTPK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
A
TAJUK
Soalan Temubual Bagi Mengukur Tahap Kesediaan Guru dalam Mengintegrasikan Teknologi dalam P&P Fizik
B
HALAMAN
141
Senarai Semak Pemerhatian Proses P&P Fizik Berlandaskan PTPK
143
C
Pengesahan Instrumen Temubual
148
D
Nota Lapangan
149
E
Borang Penelitian Dokumen Dan Artifak
150
F
Pengesahan Instrumen Kajian 2
151
G
Kelulusan Menjalankan Kajian Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
H
152
Kelulusan Menjalankan Kajian Oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor
153
I
Contoh Teks Naratif Pengkaji
154
J
Contoh Penelitian Pengkaji
165
K
Susun Atur Kedudukan Skrin Projektor bagi sesi P&P R1
167
L
Susun Atur Kedudukan Skrin Projektor bagi sesi P&P R2
168
M
Contoh Modul Pembelajaran Fizik Pelajar
169
BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Arus pemodenan yang semakin berkembang telah banyak mengubah gaya hidup dan tahap kemahiran seseorang. Tidak dapat dinafikan lagi, pada abad ke-21 ini, penguasaan teknologi yang juga merangkumi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) adalah sangat penting dan menjadi suatu keperluan. Kehadiran teknologi telah membawa banyak perubahan dan kemajuan di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Peralatan semakin canggih, sistem komunikasi semakin baik, maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat, gaya hidup semakin moden dan suasana kerja juga semakin selesa.
Selaras dengan perkembangan teknologi, pelbagai usaha giat dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran berasaskan teknologi serta mengoptimumkan pengaplikasiannya dalam kebanyakan aspek. Ini menyebabkan kerajaan Malaysia sentiasa memberi galakan dalam mentransformasikan rakyat Malaysia kepada masyarakat yang celik teknologi dan maklumat. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga turut serta dalam usaha mempertingkatkan penggunaan dan kemahiran teknologi iaitu merangkumi aspek pendidikan dan pembelajaran.
Rosnaini dan
Mohd Arif (2010) menjelaskan bahawa KPM ada melaksanakan dan menyediakan pelbagai latihan dan kursus ICT kepada guru dan bakal guru kerana mereka perlu menguasai teknologi terlebih dahulu sebelum mampu melengkapkan pelajar dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berasaskan teknologi.
2
Hanuscin et al. (2010) menyatakan bahawa bidang sains telah ditekankan sebagai komponen literasi yang kritikal dalam konteks reformasi pendidikan sains. Menurut McCrorey (2008) pula, bilik darjah sains merupakan tempat semulajadi untuk penggunaan teknologi kerana sains pada hari ini banyak bergantung pada teknologi. Ini menunjukkan bahawa bidang pendidikan sains merupakan salah satu cabang pendidikan yang penting dan kompleks. Mata pelajaran Fizik merupakan salah satu daripada tiga mata pelajaran selain Kimia dan Biologi yang diberi penekanan penting dalam bidang pendidikan sains tulen di peringkat sekolah menengah (Tamby Subahan, 1999).
Mata pelajaran fizik juga adalah salah satu
bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim dan tenaga s erta perkaitan antara keduanya. Selain itu, fizik juga merupakan cabang ilmu sains yang dinamik, di mana ia sentiasa berkembang dan penggunaan ilmu ini mampu menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup khususnya pada zaman sains dan teknologi.
Menurut Showalter (1984), tugas sebagai guru sains merupakan tugas yang kompleks dan dinamik di mana ia sentiasa mengalami perubahan dan peningkatan. Oleh itu, guru sains perlu berusaha secara berterusan dalam mengembangkan dan meningkatkan profesion mereka agar tidak ketinggalan dengan perkembangan dan peningkatan arus.
Kemajuan teknologi yang banyak mempengaruhi bidang
pendidikan telah menyebabkan guru-guru turut sama terkena tempias arus teknologi terkini.
Mishra dan Koehler (2006) menjelaskan bahawa tidak memadai jika
teknologi hanya diperkenalkan dalam bidang pendidikan tanpa menggabungkannya ke dalam proses pengajaran atau pedagogi.
Ini bermaksud, selain pengetahuan
tentang proses pedagogi, pengetahuan mengenai teknologi dan bagaimana untuk menggunakannya harus dikuasai guru sebagai prasyarat untuk membentuk pengetahuan bermakna yang berasaskan teknologi di dalam kelas.
Sebagai persediaan kepada pelajar dari segi sains dan teknologi, Khairun Nadwa (2007) menjelaskan bahawa reformasi pendidikan sains umumnya dan Fizik khususnya meminta guru-guru mengintegrasikan pembelajaran berasaskan teknologi dan inkuiri dalam pengajaran mereka. Novak dan Krajcik (2006) juga bersetuju bahawa guru digalakkan menggunakan kepelbagaian teknologi seperti instrumen
3 pengukuran dan komponen penyiasatan saintifik yang ada di makmal bagi menyokong pembelajaran pelajar secara inkuiri atau penyiasatan.
Dengan
menggunakan alatan teknologi dalam pembelajaran subjek sains secara penyiasatan dalam bilik darjah atau makmal akan membawa pelajar kepada suasana penyelidikan seperti ahli saintis.
Menurut Koehler dan Mishra (2008), konteks pendidikan pada hari ini di mana teknologi diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan telah membawa kepada konsep Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK).
Seperti yang
disarankan di dalam buku bertajuk Handbook of Technological Pedagogical Content Knowledge (AACTE Committee on Innovation and Technology, 2008), banyak kajian perlu dijalankan untuk mengkaji peranan guru dan kesediaan mereka terhadap perkembangan PTPK. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengkaji berkenaan dengan PTPK yang diamalkan oleh guru fizik peringkat menengah di Johor Bahru dengan lebih dekat.
1.2
Latar Belakang Masalah
Pada awal sejarah teknologi pendidikan, guru diajar dalam kursus teknologi yang memberi tumpuan kepada kemahiran teknologi dan bebas daripada kursus pedagogi atau kandungan (Graham et al., 2004; Hargrave dan Hsu, 2000; Willis dan Mehlinger, 1996). Pengintegrasian teknologi kemudian menjadi ungkapan penting yang mencirikan kepada usaha untuk menggunakan teknologi dengan lebih efektif dalam konteks pendidikan.
Mishra dan Koehler (2006) telah mewujudkan satu model rangka kerja yang menekankan perhubungan, interaksi, pengurusan dan batasan di antara domain teknologi, pedagogi dan kandungan. Ia menekankan interaksi kompleks yang wujud di antara tiga domain pengetahuan.
Dalam model yang dihasilkan, pengetahuan
tentang teknologi, pedagogi dan kandungan adalah berpusat dan bertindih dalam mewujudkan suasana pengajaran yang baik.
Ini bermakna, pengetahuan tentang
4 kaedah pengajaran atau pedagogi serta isi kandungan mata pelajaran yang diajar perlulah diintegrasikan bersama kemudahan teknologi dan ketiga-tiga elemen ini tidak dipisahkan.
Niess (2005), Hughes (2005) serta Margerum-Leys dan Marx
(2002) turut bersetuju bahawa pengetahuan tentang teknologi tidak boleh dipisahkan kerana pengajaran yang baik memerlukan pemahaman tentang bagaimana teknologi boleh dikaitkan dengan strategi pedagogi dan kandungan subjek yang diajar guru.
Rajah 1.1 menunjukkan model rangka kerja PTPK yang telah dihasilkan oleh Mishra dan Koehler (2006) di mana ketiga-tiga bulatan iaitu teknologi (T), pedagogi (P) dan kandungan (K) adalah bertindan seterusnya menghasilkan empat domain pengetahuan yang berasingan (PPK, PTK, PTP dan PTPK).
Rajah 1.1 : Model PTPK dan komponen pengetahuan yang terlibat. Tiga bulatan
mewakili konstruk pengetahuan Kandungan (K), Pedagogi (P) dan Teknologi (T). (diadaptasi daripada AACTE Committee on Innovation and Technology, 2008; 12)
5
1.2.1
Perkembangan PTPK dalam kalangan Guru
Beberapa kajian lepas yang dijalankan sebelum ini berhubung dengan PTPK mendapati segelintir guru bermasalah dalam mengaplikasikan kemudahan teknologi dalam corak pengajaran mereka. Contohnya, dalam kajian kes oleh Polly (2011), hasil kajian mendapati guru yang telah lama mengajar dan lebih berpengalaman mempunyai tahap PTPK yang rendah.
Walaupun guru berpengalaman ini
mempunyai inisiatif untuk mempertingkatkan corak pedagogi dengan mengikuti program profesional, namun guru tidak mengimplementasikan sepenuhnya hasil pembelajaran mereka ke dalam sesi P&P.
Ini kerana guru masih memerlukan
sokongan secara berterusan bagi membantu dan memperbaiki amalan PTPK mereka. Rosnaini dan Mohd Arif (2010) juga mendapati guru yang berpengalaman perlu dikenalpasti dan diberi perhatian kerana mereka memerlukan lebih banyak masa dan kesediaan untuk mengintegrasikan teknologi dalam P&P.
Dalam kajian kes yang melibatkan guru baru yang mengajar subjek sains (Guzey dan Roehrig, 2009), hasil kajian mendapati bahawa guru baru lelaki lebih cenderung dan selesa dalam menggunakan elemen teknologi seperti peta konsep CMap dan simulasi semasa proses P&P.
Pelajar mereka digalakkan untuk
menghantar kerja rumah secara atas talian dan simulasi pula digunakan kerana ia mampu membina kefahaman pelajar yang lebih baik dari segi konsep dan abstrak. Namun begitu, hasil kajian terhadap dua orang guru baru wanita mendapati mereka kurang selesa menggunakan teknologi dalam proses P&P walaupun telah mempunyai asas pengetahuan teknologi yang baik dan merasakan perlu menjalani latihan berkaitan teknologi dengan lebih banyak.
Sebagai cadangan, Guzey dan Roehrig (2009) menyatakan supaya kajian perbandingan perlu dilakukan ke atas guru sains yang berpengalaman dengan guru sains yang baru mengajar untuk melihat perkembangan berkaitan PTPK yang mereka amalkan. Oleh yang demikian, penyelidik akan mengkaji corak pengajaran yang
6 diamalkan oleh guru baru dan guru berpengalaman dalam mengajar fizik di sekolah. Ini akan membolehkan amalan PTPK dalam kalangan guru fizik berpengalaman dengan guru fizik baru dapat dikaji.
1.2.2
Tahap Kesediaan Guru
Tahap kesediaan guru yang baik dalam penggunaan teknologi berasaskan komputer juga merupakan aspek yang penting bagi mencapai proses P&P sains yang berkesan selain bagi membantu negara membentuk masyarakat saintifik dan progresif (Mohd. Izham dan Noraini, 2007). Kajian oleh Morton (1996) menyatakan bahawa
kebanyakan
guru
di
Sydney
Barat
sudah
bersedia
untuk
mengimplementasikan teknologi dalam P&P mereka namun masalah timbul kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer dalam proses P&P. Rosenthal (1999) memetik kajian yang dijalankan oleh National Center for Education Statistics mendapati hanya 20% daripada 2.5 juta guru di sekolah awam merasa selesa menggunakan teknologi dalam proses P&P mereka. Ini kerana, hanya segelintir guru sahaja yang diberikan tunjuk ajar untuk mengajar subjek mereka dengan mengintegrasikan aplikasi berunsur teknologi.
Di Malaysia pula, kajian oleh Norizan dan Salleh-Huddin (1997) mendapati bahawa tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah masih rendah dari segi penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran.
Ini membuktikan bahawa
mereka masih lagi tidak bersedia untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Ia selaras dengan kenyataan Graham et al. (2004) iaitu guru hanya mampu mengendalikan kemudahan teknologi sahaja tanpa mampu mengetahui bagaimana untuk menggunakannya dengan berkesan dalam P&P sekaligus memberi kesan terhadap perkembangan pembelajaran pelajar.
Sepuluh tahun kemudian, Mohd. Izham dan Noraini (2007) pula telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru terhadap penggunaan teknologi berasaskan komputer bagi P&P sains di dalam bilik darjah. Terdapat dua
7 aspek yang diukur dalam kajian ini iaitu aspek pengetahuan terhadap teknologi dan sikap guru terhadap penggunaan teknologi. Dapatan mereka menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru sains di daerah Hulu Langat dari aspek pengetahuan adalah pada peringkat sederhana. Bagi aspek sikap pula, guru-guru menggunakan komputer adalah atas urusan pelbagai namun lebih kepada untuk memudahkan pengurusan seharian.
Walaupun mereka tahu dan menyedari kegunaannya dalam membantu
pengajaran di dalam kelas, namun sebahagian guru tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat ini dalam P&P mereka.
Kajian yang dijalankan oleh Kumar et al. (2008) mengenai kesediaan guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris (SMI) dalam menggunakan teknologi di dalam kelas di sekitar Selangor mendapati bahawa kebanyakan guru SMI masih berada pada tahap yang sederhana. Selebihnya, hanya 38.4% guru SMI mempunyai tahap penggunaan teknologi yang tinggi. Didapati, aspek sikap merupakan aspek atau konstruk yang bersalingan dengan penerimaan teknologi dalam kalangan guru dan ia memberikan pengaruh yang besar terhadap tahap penggunaan teknologi guru. Dari sub-skala yang diukur, penggunaan teknologi adalah tinggi bagi urusan-urusan pentadbiran manakala sederhana bagi urusan P&P. Ini menunjukkan penggunaan teknologi bagi tujuan P&P masih sederhana berbanding tujuan pentadbiran yang berada pada tahap lebih tinggi, walhal urusan P&P merupakan urusan utama yang perlu diambilkira oleh guru-guru.
Pendekatan penggunaan teknologi dalam proses P&P sebenarnya mampu membantu pembinaan kefahaman pelajar yang lebih mendalam bagi konsep sains serta mewujudkan suasana bilik darjah atau makmal yang lebih mesra pelajar (Novak dan Krajick, 2006). Selain itu, ia membolehkan pelajar-pelajar menerokai sendiri pengalaman belajar yang lebih bermakna dengan kaedah penerokaan maklumat. Jika permasalahan yang timbul seperti dalam kajian-kajian di atas tidak diperbaiki, maka perkembangan suasana bilik darjah yang mesra pelajar dan bermakna tidak dapat dinikmati oleh para pelajar.
8 1.2.3
Daya dan Gerakan
Mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang kompleks dan mempunyai konsep yang pelbagai (McCrory, 2008). Fizik pula merupakan salah satu cabang sains yang turut mempunyai pelbagai konsep yang perlu difahami dan juga bersifat abstrak. Namun begitu, Lilia et al. (2002) menyatakan bahawa bidang ilmu fizik yang dinamik dan abstrak ini sebenarnya mampu menyumbang ke arah pembangunan negara dan masyarakat seandainya bidang ilmu ini diteroka dengan bijak dan meluas.
Norasykin dan Normashita (2007) berkata negara perlu
melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang fizik dan teknologi bagi membantu mencapai peningkatan taraf pembangunan negara.
Namun begitu, mata pelajaran fizik bukanlah satu mata pelajaran yang mudah dikuasai oleh pelajar.
Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran ini dan pengkaji akan memfokuskan kepada pembelajaran tajuk Daya dan Gerakan, iaitu tajuk dalam bab 2 silibus fizik tingkatan empat sekolah menengah di Malaysia. Menurut Rohana dan Shaharom (2008), tajuk daya merupakan tajuk yang asas dan penting dalam subjek Fizik. Ia juga merupakan tajuk yang sering mengalami miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Ini kerana, ramai pelajar menganggap tajuk ini sebagai sukar kerana terdapat pelbagai eksperimen, formula, pengiraan, graf dan penerangan konsep yang perlu mereka fahami dan pelajari.
Norasykin dan Normashita (2007) menjelaskan bahawa konsep Daya dan Gerakan dalam subjek fizik memerlukan pelajar memahami dengan menyeluruh terlebih dahulu berkenaan jisim, halaju dan pecutan kerana ia akan diaplikasikan ke dalam topik fizik yang lebih lanjut. Jika pelajar tidak dapat mengaitkan dengan pengetahuan yang sedia ada, pelajar akan mengalami kesukaran untuk memahami konsep dan prinsip keabadian dalam tajuk momentum contohnya. George et al. (2001) juga melaporkan bahawa di bawah topik ini, ramai pelajar mengalami kerumitan untuk memahami mengapa dan bila untuk menggunakan sesuatu konsep seperti konsep momentum, terutama prinsip keabadian.
Selain itu, laporan oleh
Tamby Subahan (1999) juga menyatakan bahawa ramai pelajar daripada pelbagai
9 negara mengalami masalah salah konsep dalam pembelajaran termasuklah dalam tajuk Daya dan Gerakan.
Pengalaman harian pelajar akan mempengaruhi cara
pemikiran mereka seterusnya menyumbang kepada masalah prekonsepsi dan salah konsep.
1.3
Pernyataan Masalah
Walaupun teknologi sudah lama diperkenalkan dalam bidang pendidikan (Norizan dan Salleh-Huddin, 1997), namun kebanyakan guru masih mempunyai tahap kesediaan yang sederhana (Mohd. Izham dan Noraini, 2007).
Oleh itu,
pengkaji akan menyiasat dan mengenalpasti sejauhmana tahap kesediaan guru fizik baru dan guru fizik berpengalaman terhadap pengintegrasian teknologi dalam P&P mereka.
Selain itu, dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa guru yang lebih
berpengalaman memerlukan lebih bimbingan dalam mengadaptasikan teknologi dalam P&P mereka (Polly, 2011; Rosnaini dan Mohd Arif, 2010). Guru yang lebih muda dan baru pula biasanya sudah mempunyai asas dan pengetahuan tentang teknologi (Rosnaini dan Mohd Arif, 2010) namun masih ada yang tidak bersedia untuk menggunakannya dalam sesi P&P (Guzey dan Roehrig, 2009).
Memandangkan rangka kerja PTPK ini dilaksanakan kurang dari sepuluh tahun, maka kajian yang dijalankan berkaitan dengan amalan PTPK dalam kalangan guru Fizik peringkat menengah di Malaysia umumnya dan di negeri Johor khasnya masih belum meluas. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mendalami amalan PTPK guru Fizik sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Amalan PTPK guru pula akan berkisar kepada tajuk Daya dan Gerakan iaitu tajuk pembelajaran bab dua tingkatan empat.
Ini kerana, sarjana-sarjana lepas telah mendapati bahawa
pelajar mengalami masalah miskonsepsi dalam tajuk ini (Tamby Subahan, 1999) dan pelajar turut menganggap bahawa tajuk ini sebagai sukar (Rohana dan Shaharom, 2008). Norasykin dan Normashita (2007) pula menjelaskan bahawa pelajar akan mengalami kesukaran untuk mempelajari tajuk fizik dalam bab-bab seterusnya jika mereka tidak dapat menguasai konsep-konsep asas dalam tajuk ini. Dengan itu,