TUGASAN KUMPULAN : KAJIAN KES NAMA AHLI AHLI KUMPULAN : SITI RADZIAH BINTI CHE SOH
M20121000753
ASPAH ASP AH ISNI BINTI ISHAK
M 20121000688
ROSMAWATI ROSMAWA TI
M 2012
DEFINISI o Kajian kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh seseorang penyelidik. o Melalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, banyak dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. o Kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistik atau menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994).
o Kajian kes menjawab soalan ‘bila’, ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’ o Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu
penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive). o Kajian kes melibatkan seorang individu,
beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu organisasi seperti sekolah.
3 Katogeri Kajian Kes
A) Kajian kes Intrinsik -dijalankan bila pengkaji ingin mengetahui secara mendalam tentang sesuatu kes -dijlnkan utk kumpul maklumat ttg sesuatu peristiwa yg menarik perhatian Contoh: Kajian kes intrinsik tentang tekanan kerja seorang guru B) Kajian Kes Intrumental -dilakukan utk fahami teori atau masalah yg berkaitan dgn teori
-data yg dikumpul memainkan peranan sebagai data sokongan utk fahami sesuatu teori atau konsep Contoh : keupayan seorang guru besar atau pengetua meningkatkan kepuasan bekerja di kalamnagan guru
BILAKAH KAJIAN KES SESUAI DIGUNAKAN? o Kajian kes sesuai digunakan apabila ada cerita atau
peristiwa yang unik atau menarik untuk diberitahu. o Kajian kes sering digunakan untuk menyediakan
konteks untuk data lain seperti data keputusan, menawarkan gambaran yang lebih lengkap tentang apa yang berlaku dalam sesuatu program dan mengapa ia terjadi. o Kajian kes digunakan untuk menjawab persoalan ‘bagaimana’ atau ‘kenapa’ dan sebagainya.
KELEBIHAN KAJIAN KES o Mempunyai lebih banyak maklumat
terperinci dari apa yang terdapat melalui kaedah-kaedah lain. o Kajian kes juga membolehkan seseorang untuk mempersembahkan data yang dikumpul daripada beberapa kaedah. o Contohnya melaui kajian, wawancara, ulasan dokumen, dan observasi untuk memberikan cerita yang lengkap.
KETERBATASAN KAJIAN KES a)
Kepanjangan (Can Be Lengthy) :
Hal ini disebabkan kerana mereka memberikan maklumat terperinci mengenai kes dalam bentuk naratif, mungkin sukar untuk pembaca jika ianya terlalu panjang.
b) Kebimbangan bahawa kurangnya kesimpulan dalam kajian kes (Concern that case studies lack rigor) :
Dalam hal ini, kajian kes merangkumi fakta bahawa kajian kualitatif secara umum masih dianggap tidak saintifik oleh sebahagian orang dan dalam kebanyakan kes, kajian kes penyelidik kurang sistematik dalam pengumpulan data atau membiarkan bias dalam penemuan mereka.
Dalam menjalankan dan menulis kajian kes, semua yang terlibat perlu menggunakan kaedah yang sistematik dalam pengumpulan data dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan dalam sesuatu kajian.
c) Tidak dapat digeneralisasikan (Not generalizable) :
Kajian kes adalah sukar untuk digeneralisasi dari satu kes kepada kes yang lain.
Yin, seorang penyelidik dan penganalisis terkemuka, menyarankan kajian kes untuk digeneralisasikan melalui penemuan teoriteori dari hasil eksperimen untuk teori.
KEPENTINGAN MEREKA BENTUK KAJIAN KES Ia
dijalankan untuk mengutip maklumat secara sistematik dan sebagai satu langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. kepentingan kepada pihak-pihak Mempunyai tertentu iaitu lebih kepada aspek mengaplikasikan keputusan yang akan diperolehi kepada individu yang terlibat dalam kajian, institusi, penyelidik akan datang dan agensi yang berkaitan. Untuk meningkatkan kefahaman teori-teori yang sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru serta dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah harian. Ia juga dibuat untuk menyelesaikan masalah harian.
Untuk mengelakkan kekeliruan tentang sesuatu permasalahan yang berlaku. Ia juga dapat mengaitkan dengan etika seseorang individu atau prosedur bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu isu atau perkara yang dibangkitkan.
Ada nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakan untuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Contohnya ia boleh digunakan untuk pelbagai isu iaitu termasuk penilaian program latihan, prestasi organisasi dan pelaksanaan projek.
Ia juga salah satu seseorang manusia atau penyelidik mencari kebenaran dan ketepatan untuk menyelesaikan sesuatu kes atau masalah yang dihadapi masyarakat.
Kepentingannya
juga disebabkan oleh suatu penyiasatan yang luas dan teliti terhadap semua bukti yang diperoleh.
Ekoran
daripada masalah itu, sesuatu penjelasan dapat diketahui bahawa seseorang yang membuat kajian semestinya berusaha untuk menemukan kesimpulan atau rumusan tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan dengan fenomena yang diselidiki.
Ia
juga boleh mengolah data bagi meramal kejadian-kejadian yang akan berlaku.
JENIS REKA BENTUK KAJIAN KES
KAJIAN HISTORIKAL
- @ kajian sejarah - Untuk membina semula masa silam
secara sistematik dan objektif dengan cara mengumpul, menilai, menguji kebenaran, menggabung kenyataan dan seterusnya membuat kesimpulan.
KAJIAN
DESKRIPTIF
- Untuk memberi penerangan yang
sistematik mengenai fakta & ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta & tepat.
KAJIAN PERKEMBANGAN
- Untuk menyiasat corak dan rentetan rentetan pertumbuhan atau perubahanperubahan sebagai fungsi masa. –
KAJIAN
KES DAN LAPANGAN
- Untuk mencari secara intensif mengenai
latar belakang status masa kini dan interaksi persekitaran suatu unit. KAJIAN
KOLERASI
- Untuk menyiasat setakat mana variasi dalam satu faktor seimbang dengan variasivariasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan pekali kolerasi.
KAJIAN
TINDAKAN - Untuk membentuk kemahiran baru atau kaedah baru dalam menyelesaikan masalah dengan aplikasi terus dalam bilik darjah atau setting lain. KAJIAN
KOMPARATIF - Untuk mengkaji perkaitan-perkaitan yang mungkin antara sebab dan akibat dengan cara memerhati beberapa kesan yang wujud serta menyemak semula data-data sedia ada bagi mencari faktor-faktor sebab-akibat.
KAJIAN EKSPERIMENTAL KUASI
- Untuk mengagak keadaan dan menentukan kebenaran kajian yang tidak membenarkan kawalan atau manipulasi semua variabel yang sepatutnya.
LANGKAH LANGKAH MEREKABENTUK KAJIAN KES –
•
Proses untuk melakukan kajian kajian kes adalah proses umum yang sama seperti yang dilakukan untuk kajian lain iaitu : merancang, mengumpul data, menganalisis data, dan menyebarkan penemuan.
•
Langkah-langkah yang lebih terperinci adalah seperti yang di bawah :
•
Merancang
- Keluarkan idea
idea yang bagus tentang topik kajian kes yang ingin dikaji. –
- Kenalpasti juga maklumat yang diperlukan
dan dari siapa maklumat itu perlu didapati. Juga perlu lihat potensi maklumat tersebut iaitu dari mana datangnya sumber malumat tersebut . - Pastikan kajian akan mengikuti standard
antarabangsa dan etika penyelidikan kebangsaaan termasuk juga dilihat oleh jawatankuasa kajian etika.
•
Mengembangkan alat
- Mengembangkan survey dan
protocol wawancara iaitu peraturan yang memandu kepada pentadbiran dan pelaksanaan wawancara atau survey tersebut. - Kembangkan wawancara atau kajian yang mengandungi senarai soalan atau masalah yang akan dieksplorasi –
Mengumpul data
- Kumpulkan semua dokumen yang
releven. - Kumpul semua maklumat dari pita
rakaman, daripada hasil dapatan temubual dan sebagainya
Analisis data
- Meninjau semua dokumen dokumen yang releven.
–
- Meninjau semua apa yang telah
ditemubual atau di wawancara/survey
Sebarkan penemuan
- Menulis laporan ( lihat apa unsur dari kajian kes ) - Minta maklum balas - Semak - Sebarkan
KESIMPULAN
Dapatlah disimpulkan bahawa kajian kes digunakan untuk pelbagai perkara yang dianalisis dan dibuat kajian contohnya seperti menilai hubungan antara individu, menilai prestasi organisasi, menilai pasukan atau jabatan dan pelaksanaan projek. Ia digunakan juga apabila tiada peluang untuk mengawal atau memanipulasi pembolehubahpembolehubah yang berlaku dalam sesuatu perkara. Dalam kajian kes juga penyelidikpenyelidik harus mengumpul pelbagai sumber bukti yang harus mengembangkan menjadi satu rangkaian bukti, data, analisis dan laporan kajian kes.
Data
untuk kajian kes selalunya diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk dokumentasi, arkib, temuduga-temuduga secara langsung atau pemerhatian. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakukan kajian kes yang merangkumi beberapa proses seperti merancang, mengembangkan alat, mengenalpasti data, mengumpul data, menganalisis data, serta menyebarkan data. Namun, terdapat juga beberapa batasan dan kekangan yang wujud dalam melaksanakan kajian kes. Jadi, setiap penyelidik mesti tahu menggunakan dan mengaplikasikan kaedah yang sistematik agar setiap proses dan reka bentuk kajian kes dapat dijalankan dengan lebih lancar.
BIBLIOGRAFI
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan : Teori, Analisis dan Interpretasi Data. PTS Publishing Sdn Bhd : Kuala Lumpur. Yahya Don (2006). Psikologi Sosial Dalam Pendidikan. PTS Publishing Sdn Bhd : Kuala Lumpur. Diperolehi pada Ogos 26, 2010 daripada laman web http://www.pathfind.org/site/DocServer/m_e_tool_series_case_stud y.pdf?docID=6302 Diperolehi pada September 3, 2010 daripada laman web http://www.coms.ch/frame_guidlines_nov_2002.htm. Diperolehi pada September 20, 2010 daripada laman web http://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/fokus-kajiankes.html Diperolehi pada September 23, 2010 daripada laman web http://www.teachersrock.net/Kajian_kes.htm