NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL PENJANAAN KEWANGAN PERSATUAN OLAHRAGA DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES
Nurul Athirah Izzati Bt Jamal
[email protected] 1.0
Pengenalan Penubuhan persatuan di sekolah merupakan usaha kependidikan yang penting bagi melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, rohani, intelek, sosial dan emosi selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangasaan. Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek yang penting dalam mengendalikan sesebuah persatuan. Stesis (2003) mendifinisikan pengurusan kewangan sebagai satu perancangan menyeluruh yang meliputi pelbagai bentuk urusan seperti barangan, perkhidmatan, aktiviti termasuk projek kecil dan mega.Pengurusan kewangan yang cekap bertujuan agar sumber persatuan sentiasa mencukupi untuk menggerakkan sesebuah persatuan tersebut. Oleh itu, pengurusan kewangan haruslah diurus dengan cekap
dan
bersistematik
seperti
yang
telah
ditetapkan
dalam
Akta
Pendidikan 1996. 1.1
Objektif Kajian Kajian ini mengutarakan dua objektif utama berkaitan aktiviti
penjanaan kewangan persatuan di sekolah. Objektif kajian adalah untuk: a. Mengenalpasti kaedah sesebuah persatuan menjana kewangan untuk menjalankan aktiviti di sekolah. b. Meninjau masalah yang dihadapi serta langkah yang diambil oleh pengurusan persatuan untuk mengatasi masalah.
1
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL
1.2
Penyataan Masalah Dana yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
setiap tahun adalah terhad. Bantuan Khas Kewangan ini (BKK) diagihkan mengikut jumlah murid yang terdapat di sekolah. Persatuan di sekolah mempunyai sumber kewangan yang terhad. Pelbagai aktiviti dan program dirancang bagi menjana aktiviti kewangan.Oleh itu, persatuan perlulah menggembleng tenaga bagi menjana kewangan persatuan tersebut. Tanpa pengurusan kewangan yang baik dan sempurna maka perjalanan persatuan berkenaan akan pincang. 1.3 Persoalan Kajian Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan menjawab soalan-soalan kajian berikut: 1. Bagaimana persatuan olahraga menjana kewangan? 2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam
menguruskan
kewangan persatuan dan cara-cara persatuan mengatasi masalah yang timbul? 2.0
Tinjauan Literatur Persatuan
merupakan
salah
satu
platform
bagi
murid
untuk
mengembangkan bakat. Pengurusan kewangan persatuan yang sistematik merupakan nadi kepada kelicinan program yang telah dirancang. Menurut Oden dan Picus (2004), pengurusan kewangan dalam pendidikan adalah berkaitan dengan pengagihan dan penggunaan sumber kewangan oleh institusi pendidikan bagi memenuhi tujuan penyediaan perkhidmatan pendidikan dan pencapaian pelajar. Pengurusan kewangan yang cekap adalah bertujuan agar persatuan dapat menjana sumber kewangan dan memastikan setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi maka perjalanan sesebuah persatuan akan bermasalah. Pendapat ini disokong oleh Soaib Asimirin (2003) iaitu sumber kewangan merupakan faktor dan pengawal utama kepada sistem pengurusan organisasi sekolah. Tanpa dana yang mencukupi setiap aktiviti yang dirancang tidak akan berjaya. Kajian mengenai disentralisasi kewangan di sekolah-sekolah Malaysia yang menjurus kepada strategi pelaksanaan berkesan telah dilakukan oleh Nor Fariza Mohd Radzi, Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj dan Mojgan Afshari (2012). 2
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL Dapatan kajian mereka ialah strategi penting yang perlu dilakukan untuk melaksanakan pengurusan kewangan berasaskan sekolah. Pendekatan kualitatif secara
kaedah
temu
bual
bersama
guru
penolong
kanan
kokurikulum
menunjukkan terdapat beberapa strategi menguruskan kewangan sesebuah persatuan dengan cekap.
3.0
Metadologi Kajian 3.1 Responden Kajian ini melibatkan seorang guru penasihat persatuan olahraga dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Gading. 3.2 Reka Bentuk Kajian Pengkaji memilih pendekatan kajian kes kerana fokus kajian yang lebih pelbagai daripada kaedah lain. Kajian kes menghasilkan suatu keterangan kes yang mendalam yang kemudian boleh digunakan untuk tujuan analisis lebih mendalam 3.3 Pengumpulan Data Bagi menjawab persoalan
kajian,
saya
menggunakan
satu
instrumen pengumpulan data iaitu temu bual. Dua temu bual telah dijalankan iaitu antara pengkaji dengan guru penasihat Persatuan Olahraga dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Gading. 3.3.1 Temu Bual Soalan-soalan temubual telah dibina oleh pengkaji sendiri bagi mengenalpasti penjanaan kewangan persatuan olahraga,
kekangan
yang
dihadapi
dan
peluang
untuk
menjana kewangan persatuan olahraga tersebut. Selain mencatat
dan
merujuk
dokumen,
alat
perakam
suara
digunakan bagi merekod sesi temu bual. 3.3.2 Data Sekunder Saya telah mengunjungi perpustakaan
bagi
mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Antara sumber yang digunakan dalam kajian kes ini ialah buku. Selain itu, saya membuat rujukan seperti analisis pendekatan strategik iaitu analisis SWOT yang telah dijalankan oleh persatuan sekolah ini. 3.4 Analisa Data Data-data yang diperolehi daripada temu bual dan bukti dokumen dianalisis secara kualitatif. Data yang diperolehi daripada temu bual dianalisis secara deskriptif. Pengkaji mengumpul pendapat, pemikiran, 3
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL pandangan dan pengalaman dalam bentuk pernyataan langsung daripada responden.
4.0
Hasil Kajian dan Perbincangan (SWOT)
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis SWOT tentang penjanaan kewangan persatuan olahraga di Sekolah Kebangsaan Seri Gading dengan lebih sistematik. Menurut Edaris Abbu Bakri (2004), SWOT adalah singkatan daripada perkataan Strengths (S), Weaknessess (W), Opportunities (O) dan Threats (T). Kekuatan dan kelemahan adalah merupakan faktor dalaman sesebuah organisasi manakala ancaman dan peluang pula adalah faktor luaran sesebuah organisasi. Kajian ini telah berjaya merungkai beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh pengurusan kewangan persatuan olahraga di sekolah ini. Inisiatif
mengerakkan
sesebuah
persatuan
secara
bersepadu
dan
berterusan memberi impak yang besar kepada murid, guru dan sekolah. Salah satu faktor yang dapat melicinkan sesebuah persatuan ialah pengurusan kewangan yang cekap untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Hasil temu bual pengkaji bersama responden iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru penasihat olahraga saya mendapati bahawa aktiviti penjanaan kewangan di sekolah ini berlaku dengan pesat untuk mengerakkan aktiviti yang telah dirancang. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh persatuan olahraga untuk mengumpul dana bagi membiayai perjalanan program. Kekuatan Antara kekuatan yang dikenalpasti untuk menjana kewangan persatuan olahraga di sekolah ini ialah tabung kokurikulum. Tabung kokurikulum ini merupakan dana yang diperolehi daripada aktiviti pra program. Contohnya, pihak sekolah menganjurkan Hari Usahawan dan Hari Sukan Sekolah. Melalui aktiviti ini, persatuan olahraga akan membuka booth menjual jersi, makanan dan minuman. Melalui permuaafakatan antara ahli keuntangan jualan akan diberi sebanyak 30% kepada persatuan olahraga. 4
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL Bukan itu sahaja, persatuan olahraga juga mengadakan minggu kerja selama 5 bulan sekali bagi mencari dana. Ahli-ahli persatuan olahraga akan mencabut rumput dan membersihkan padang di kawasan kampung-kampung yang berdekatan. Selain itu, guru penasihat olahraga ada menganjurkan program “Klinik Olahraga” bagi menjana kewangan persatuan Olahraga. Hasil daripada kutipan yuran program akan dimasukkan ke tabung persatuan. Program ini dijalankan sebanyak 1 kali setahun dan terbuka kepada semua ahli persatuan olahraga dan juga murid-murid sekolah ini. Kelemahan Beberapa kelemahan telah dikesan yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. Antaranya ialah kelewatan menerima peruntukan kewangan yang menyebabkan persatuan olahraga menghadapi masalah untuk mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar. Setiap tahun sekolah akan menerima
peruntukan
Bantuan
Khas
Kewangan
(BKK)
dari
Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) tetapi peruntukan ini diturunkan lewat iaitu pada bulan Mac dimana segala aktiviti sukan yang perlu dijalankan pada awal tahun ditangguhakan atau terpaksa menggunakan duit guru dahulu. Tambahan pula, dana yang diperuntukan oleh kerajaan adalah terhad dan pihak sekolah perlu menguruskan pembahagian dana tersebut. Guru yang bertanggungjawab menghadapi sedikit isu dalam mengagihkan dana tersebut kepada setiap persatuan. Hal ini kerana, persatuan akademik menggangap bahawa persatuan bukan akedemik tidak memerlukan peruntukan yang banyak dalam menjalankan aktiviti. Pengetahuan guru persatuan yang kurang dalam menguruskan kewangan persatuan menyebabkan aktiviti terpaksa dibatalkan. Peluang Dapatan kajian menunjukkan aktiviti penjanaan kewangan persatuan olahraga di sekolah ini boleh ditingkatkan dengan peluang-peluang yang ada. Antara peluang yang dikenalpasti ialah pihak sekolah menjalinkan hubungan baik dengan pihak penaja. Persatuan olahraga pernah mendapat tajaan daripada Milo dan 100 Plus pada Hari Sukan dan juga kejohanan sukan-sukan sekolah. Melalui penajaan tersebut persatuan ini dapat berrgiat aktif.
5
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL Seterusnya, kolaborasi dengan pihak luar seperti jurulatih dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Batu Pahat dilihat dapat meningkatkan aktiviti penjanaan kewangan. Kolaborasi ini merupakan win-win situation bagi sekolah dan PBSD Batu Pahat. Pihak sekolah war-warkan kepada murid supaya murid mengikuti persatuan dan jurulatih dibayar. Permuafakatan antara pihak luar memainakn peranan dalam penajaan dana persatuan olahraga sekolah ini. Tambahan pula, sokongan moral yang kuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberikan kelebihan kepada persatuan olahraga.Usaha daripada pihak PIBG boleh membantu dari segi kos melaksanakan ativiti.
Ancaman Dalam sesebuah pengurusan, mustahil sesuatu masalah tidak akan timbul dari aspek kewangan dan hubungan dengan pihak-pihak tertentu. Permasalahan utama yang dihadapi oleh persatuan olahraga ialah daripada pihak ibu bapa. Ibu bapa mempersoalkan pengutipan yuran ahli persatuan olahraga dan juga pembiayaan aktiviti-aktiviti luar yang anak mereka ikuti. Dunia teknologi maklumat menyebabkan sebarang isu senang disebarkan melalui laman-laman sosial. Media massa juga merupakan ancaman kepada persatuan olahraga dalam menjana kewangan persatuan. Cadangan
penambahbaikkan
dalam
menjana
kewangan
persatuan
Olahraga Berdasarkan
dapatan
kajian
dengan
ini
dikemukakan
cadangan
penambahbaikkan. Masalah yang sering dihadapi ialah ibu bapa tidak memberi sokongan dari aspek kewangan. Bagi mengelakkan isu kutipan wang daripada pihak persatuan disebarkan ke laman sosial. Maka pihak sekolah boleh berkolaborasi dengan pihak PIBG sekolah untuk mengeluarkan surat berkaitan pengutipan wang yuran ahli dan dana untuk menjalankan aktiviti persatuan. Hal ini kerana PIBG merupakan platform permuafakatan antara ibu bapa dan sekolah jadi konflik dengan ibu bapa dapat dielakkan.
6
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL Jumlah dana yang diperuntukkan kurang. Oleh itu, persatuan mestilah bergiat aktif dengan minggu kerja dan tabung usahawan bagi menampung pembiayaan aktivti yang hendak dijalankan. Contohnya, melaksanakan minggu kerja bukan sahaja di kawasan berhampiran namun di daerah dan kawasan yang lain. Selain itu, penganjuran program “Klinik Olahraga” dibuka secara lebih global contohnya dibuka ke daerah ayer hitam dan sebagainya. Yuran penyertaan
yang
dibayar
oleh
peserta
dapat
meningkatkan
pendapatan
persatuan olahraga sekolah ini. Bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam menguruskan persatuan kursus dalam perkhidmatan boleh dianjurkan oleh guru penolong kanan. Melalui kursus-kursus ini maka guru lebih kompetan dalam menguruskan kewangan persatuan seperti mencari sumber dan mengagihkan dana dengan betul. Akhir sekali, hubungan baik dengan penaja seperti Milo dan 100 Plus dilihat sebagai pelaburan yang lumayan. Hal ini kerana, persatuan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak apabila penaja sudah menaja ahli dari aspek minuman dan pakaian.
5.0
Rumusan Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan persatuan olahraga di sekolah ini melakukan pelbagai kaedah bagi menjana kewangan. Antaranya ialah mempunyai tabung kokurikulum, minggu kerja, kolaborasi dengan pihak luar dan kerjasama dengan penaja. Usaha ini dilihat mampu menjana kewangan persatuan olahraga untuk terus bergiat aktif dalam menjalankan takwim tahunan mereka seperti kejohanan antara sekolah-sekolah dan lawatan. Setelah menjalankan kajian ini, saya berharap saya dapat mengaplikasikan aktiviti yang dilakukan oleh persatuan olahraga dalam menjana kewangan ketika saya berada di dalam bidang perguruan kelak. Kesimpulannya, penjanaan dana yang berterusan merupakan suatu kelebihan dalam sesebuah persatuan supaya segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Penjanaan dana yang berterusan dan tersusun akan melancarkan perjalanan persatuan tersebut.
7
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL
8
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL
RUJUKAN Ahmad Anuar. (2011). Tujuh Cara Menjana Kewangan Aktiviti Pelajar di UKM. Dicapai pada
18
Mac
2017
ahmad.blogspot.my/2011/12/tujuh-cara-untukEdaris Abbu Bakri. (2004).
daripada
http://anuar-
menjana-kewangan.html
Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi untuk
Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Maskuria Osman. (2011). Pengurusan Kewangan. Dicapai pada 15 Mac 2017 daripada
https://www.slideshare.net/MaskuriaOsman/tajuk-7
Mohd Richard Neles. (2013). Pengurusan Kewangan Di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan: Satu Kajian Kes. Dicapai pada 18 Mac 2017
daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/peenyelidikan/jurnal/papers/jurnal2012/mrna_jp20 13.
pdf
Muhd Shafiq Mohd Nor. (2011). 10 Idea untuk Meningkatkan Dana. Dicapai pada 12 Mac
2017
daripada
https://muhdshafiqmohdnor.wordpress.com/2011/08/13/10-idea- untukmeningkatkan-dana/ Nor Fariza Mohd Radzi, Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj & Mojgan Afshari.
(2012).
Financial
decentralization
in
Malaysian
schools:strategies for effective implementation. The Malaysian Online Journal of Educational Science, 1(3). Steiss, A. W. (2003). organizations. New
Strategic management for public and non profit York: Marcel Dekker.
9
NURUL ATHIRAH IZZATI BT JAMAL
LAMPIRAN
10