TUGASAN 2: LAPORAN KAJIAN KES
1.0 PENGENALAN Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan di Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya, Klang (SKTKJ), pelbagai jenis persatuan telah ditubuhkan di sekolah tersebut seperti Kelab Kitar Semula, Kelab Seni dan Kebudayaan, Kelab Komputer dan ICT, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sains dan Matematik serta Kelab Rukun Negara. Saya telah memilih Kelab Kitar Semula bagi tujuan kajian kes saya.
2.0 SEJARAH PENUBUHAN
Pelbagai kelab dan persatuan telah ditubuhkan di sekolah ini. Bagi tujuan laporan kajian kes saya telah memilih Kelab Kitar Semula. Kelab Kitar Semula di SK Taman Klang Jaya telah ditubuhkan pada 10 April 2014, di bawah unit ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Klang bertempat. Pihak sekolah SKTKJ berhasrat untuk mewujudkan Kelab Kitar Semula atas kesedaran bahawa kurangnya tapak pelupusan sampah di sekolah. Lebih merunsingkan lagi, pembakaran secara terbuka di dalam kawasan sekolah akan menyebabkan gangguan proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat menjejaskan kesihatan kemudian membahayakan keselamatan yang berkaitan dengan warga sekolah.
Oleh hal yang demikian, pihak sekolah telah berbincang untuk mengawal pencemaran di sekitar kawasan sekolah. Proses mengitar semula merupakan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan terpakai. Sebagai permulaan, pihak sekolah bercadang untuk mengumpul bahan-bahan seperti kertas, surat khabar, kotakkotak, botol plastik dan tin-tin minuman sahaja. Hal ini demikian kerana bahan-bahan tersebut mudah didapati di persekitaran kawasan sekolah. Sehubungan dengan itu, Kelab Kitar Semula ditubuhkan demi memastikan program seperti ini berterusan. Kelab ini juga akan
bertanggungjawab
dalam
pengumpulan
bahan-bahan
sisa
pepejal
serta
melancarkan program ini. Antara objektif penubuhan kelab kitar semula ini adalah: a) Melatih murid-murid untuk mempratikkan mempratikka n amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. b) Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid. murid-m urid. c) Mengurangkan Mengurangk an pembuangan sampah merata-rata merata-r ata di dalam kawasan sekolah.
d) Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah 3R melalui program yang dijalankan. 3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN KELAB KITAR SEMULA Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, proses dan kaedah penubuhan kelab ini ialah melalui pelantikan setiausaha kokurikulum. Kemudian, satu kertas kerja telah disusulkan sebagai permohonan untuk menubuhkan kelab tersebut di sekolah. Setelah kertas kerja diluluskan, unit kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung untuk berbincang tentang takwim tahunan di samping melantik ahli jawatankuasa baru bagi kelab tersebut. Antara isu berbangkit yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti yang dirancang, pendaftaran ahli, yuran kelab dan pelantikan ahli jawatankuasa baru.
Setelah mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan, majlis Penubuhan Kelab Kitar Semula ini telah dirasmikan oleh Dato’ Hj. Amin bin Hj. Nasir yang merupakan Pengarah SWCorp Negeri Selangor. Majlis penubuhan ini dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Berlian, SKTKJ.
4.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN Pada 10 September 2014 yang lalu, Kelab Kitar Semula SKTKJ telah mengadakan aktiviti kitar semula dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan staf dan guru. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan. Sebelum bermulanya aktiviti gotong-royong, sebuah taklimat telah diadakan di perkarangan sekolah. Setelah taklimat diberikan oleh penasihat kelab, taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Kitar Semula yang turut disampaikan oleh pengerusi kelab iaitu saudara Mohd.Resmi. Tujuannya adalah untuk mendedahkan serta menghebahkan kepada para ahli yang terlibat tentang kewujudan kelab Kitar Semula ini. Label ‘Kertas’, ‘Kaca & Plastik’ dan ‘Besi & Aluminium’ telah diletakkan di ruang setiap blok kelas dan di ruang legar blok guru serta kantin sekolah. Notis-notis hebahan telah ditampal pada papan notis untuk menggalakkan para murid meletakkan barang-barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab telah mengutip hasil barang kitar semula menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan. Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh murid dan pihak guru yang terlibat yang telah memilih untuk mengitar semula barang. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.
4.1 Aktiviti yang berpanjangan 4.1.1. Program Kitar Semula 4.1.2.Penjimatan Tenaga Elektrik (Mengikut tempoh masa dan t arikh tertentu ) 4.2 Aktiviti Pendek 4.2.1
Majlis Perasmian Kelab
4.2.2
Auditing dari Luar (WWF, JAS Kelantan dll)
4.2.3
Kem Kelab
4.2.4. Lawatan 4.2.5. Kempen Alam Sekitar 4.2.6. Benchmarking ke mana - mana sekolah di Malaysia yang menjalankan eco-institute. 4.2.7. Gotong-royong Bulanan Peringkat Sekolah.
5.0 STRATEGI MENJANA SUMBER KEWANGAN Berdasarkan perbincangan dengan penasihat Kelab Kitar Semula, beliau berkata bahawa sumber kewangan didapati daripada kebajikan ibubapa dan murid. Jadi, sumber kewangan amatlah terhad dan tidak konsisten dari semasa ke semasa. Oleh itu, beliau bercadang untuk menggunakan hasil buatan daripada bahan-bahan kitar semula dijual di pasaran. Secara langsung, hasil jualan lumayan untuk keperluan pembelian barang-barang untuk kegunaan kelab tersebut. Tambah beliau lagi, bahan seperti tin-tin minuman akan dikumpul dan dijual untuk menambahkan lagi pendapatan. Selain itu, kelab ini juga menyediakan satu tabung untuk menjana pendapatan setiap kelab sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan seperti program kitar semula di kawasan negeri Kelantan. Tabung ini berfungsi sebagai panduan untuk kelab untuk menjaga sumber kewangan kelab tersebut. Yuran pendaftaran ahli juga menyumbang kepada sumber kewangan kelab tersebut. Menurut beliau lagi, sejak dari dulu mereka mencari penaja yang sudi untuk menyumbang kepada kelab tersebut. Bentuk bantuan kewangan yang diberikan secara ikhlas dan bukan berasaskan kepentingan perniagaan adalah diharapkan oleh beliau.
6.0 ISU-ISU BERBANGKIT Seperti yang kita tahu, setiap program yang dilaksanakan memang tidak boleh dielakkan cabaran yang datang. Berdasarkan apa yang dibincangkan dengan Penasihat Kelab Kitar Semula, saya dapa ulaskan bahawa kelab tersebut telah menghadapi masalah dari segi kewangan. Menurut beliau, satu taman yang dicadangkan untuk pameran hasil buatan dan kraftangan daripada bahan-bahan kitar semula. Jadi, mereka telah menghadapi masalah dalam mengumpul dana untuk membentuk taman tersebut. Ahli-ahli kelab berusaha untuk mencari sumber kewangan dari pelbagai sumber. Misalnya mereka telah mendapatkan penaja dari syarikat kebajikan yang berkenaan. Selain itu, pihak sekolah sukar untuk menguruskan masa dalam menjalankan program selain dari waktu sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah tahap 2. Hal ini kerana murid tahap 2, iaitu tahun 4, 5 dan 6 sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada waktu petang. Jadi, pihak guru sukar untuk menguruskan masa supaya kedua-dua tahap murid dapat melaksanakan program bersamasama. Hal ini supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid dan murid dan juga murid dan guru semasa melaksanakan program kitar semula. Di samping itu, sikap pengguna adalah penyumbang utama kepada isu pencemaran bahan buangan toksik dan sampah sarap di merata-rata tempat. Bahan buangan toksik dan sampah sarap seperti kaca, tin minuman akan membahayakan kawasan sekeliling. Misalnya, murid-murid bermain kejaran-kejaran dan terpijak kaca tersebut akan menyebabkan kecederaan. Oleh itu, pihak guru mestilah menyediakan tempat yang sepatutnya untuk membuang sampah sarap.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Untuk perancangan akan datang, pihak sekolah berharap dapat meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari semasa ke semasa dan menggalakkan penglibatan murid dalam mengumpulkan bahan kitar semula dengan cara membuat pengumuman pada setiap minggu semasa perhimpunan pagi. Kemudian, menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan tentang kesedaran kitar semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘ Rethink, Reuse, Recycle’. Kemudian, kelab ini akan berusaha untuk mencari sumber kewangan dengan mencari penaja yang sudi menyumbang kepada kelab mereka. Selain itu, mereka akan menghasilkan kraftangan daripada bahan-bahan terbuang untuk dijual di pasaran dan kegunaan semasa.
Sebagai contoh, bunga yang diperbuat daripada kertas terbuang. Mereka juga akan bekerjasama mengumpul tin-tin kosong dan botol untuk dijadikan sebagai hiasan. Cadangan yang terakhir ialah pihak sekolah telah menyediakan perkhidmatan seperti tempat pelupusan sampah dan tempat pembuangan sampah yang secukupnya. Hal ini untuk memudahkan pihak pengguna mengitar semula di samping menyemai sikap cinta akan alam sekitar.
8.0
KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Kelab Kitar Semula ini dapat memberi kesedaran serta
meningkatkan lagi tahap kreativiti murid mahupun guru dalam bidang seni dan kraftangan. Hal ini juga dapat memberi kesedaran kepada pihak sekolah untuk menjaga kebersihan dan keselamatan sekolah. Kemudian, dengan wujudnya kelab seperti ini, warga sekolah dapat mempraktikkan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga keamanan alam sekitar dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, saya berharap agar kelab ini dapat menjalankan programprogram yang lebih bermakna lagi.