PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO-EMOSI
TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Bahagian ini akan membuat tinjauan literatur tentang artikel-artikel yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dan kaitannya dengan perpaduan antara murid-murid pelbagai kaum dari aspek fizikal, emosi dan sosial. Bahagian ini juga akan mengemukakan peranan guru dalam bilik darjah terhadap beberapa aspekaspek tersebut. Selain itu, bahagian ini juga menghuraikan secara ringkas beberapa kajian dan penulisan yang dipetik daripada beberapa sumber berhubung dengan peranan pembinaan persekitaran bilik darjah dan langkah-langkah mengatasi terhadap masalah yang dibincangkan. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Malaysia merupakan sebuah Negara berbilang kaum yang terdapat perbezaan yang mampu kita lihat bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Seperti sedia maklum sebuah etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Oleh itu, persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid. Definisi Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya Abdullah Sani Yahaya (2003), bilik darjah dapat dijadikan sebagai suatu tempat belajar yang menarik, membangunkan minat dan potensi belajar bergantung juga pada keadaan dan iklim bilik darjah yang menunjukkan adanya aspek keceriaan. Noriati A. Rashid (2011) , mendefinisikan bahawa persekitaran bilik darjah
bukan sekadar melibatkan unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Manakala mesra budaya dikaitkan dengan perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Di dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melaui perlakuan yang positif sewaktu berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Jelaslah di sini bahawa persekitaran bilik darjah melibatkan dua aspek iaitu aspek fizikal dan sosio-emosi. Kedua-dua aspek berikut saling bergantungan bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Perancangan yang sistematik serta pembinaan bilik darjah yang dinamik mampu memberikan impak yang positif dalam kalangan murid. Kelebihan Dan Kekurangan Aspek Aspek Yang Dibincangkan Dalam Tiga Sumber Nik Amad Nik Yaacob (1998) di dalam artikelnya bertajuk ‘Pendidikan Sekolah Rendah Perlu Kaedah Baru’ yang menjelaskan mengenai pendidikan yang terlalu tertumpu kepada akademik banyak melahirkan aspek pertandingan dan kerja secara individu. Kekuatan artikel tersebut terletak pada penyataan penulis tentang peranan guru dalam membina kekuatan emosi yang positif dalam kalangan murid. Selain itu, konsep pendidikan yang bertujuan membentuk sahsiah manusia seperti sifat kerjasama, tak putus asa, bertanggungjawab, komitmen dan sebagainya. Pendidikan juga bukanlah hanya menumpukan aspek akademik semata-mata, malah faktor perhubungan antara guru dan murid, murid
dengan murid dan murid dengan
masyarakat menjadi pencetus kecemerlangan dalam kejayaan seseorang murid. Penulis juga mementingkan matlamat peribadi murid yang mencerminkan tingkah laku mereka dengan mewujudkan rutin bilik darjah serta aktiviti yang bersifat sosial. DI samping itu, penulis turut berpendapat bahawa keunikan satu-satu bilik darjah terletak pada perkembangan sosial. Penjelasan artikel tersebut banyak mengupas mengenai perkembangan sosial murid-murid di dalam bilik darjah yang boleh mewujudkan suasana kasih sayang, kerjasama, hormat menghormati, tolong menolong dan seumpamanya. Kelebihan artikel tersebut juga dapat dilihat apabila penulis merumuskan bahawa budaya yang positif perlu diterapkan sebelum
merancang budaya akademik. Namun begitu, peranan guru menjadi tulang belakang dalam merealisasikan kaedah yang dianjurkan oleh penulis. Bagi artikel kedua, kajian ‘Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)’ oleh Abdul Rahim Hamdan dan Siti Noraishikin Moin mengkaji aspek perpaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan. Kelebihan yang ditonjolkan dalam kajian tindakan ini apabila penulis menfokuskan pembelajaran koperatif di mana para pelajar berbincang di dalam kumpulan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. (Slavin, 1982; Johnson, Johnson & Holubec, 1990; Kagan, 1992) menyifatkan bahawa pembelajaran koperatif didefiniskan sebagai kaedah-kaedah pengajaran yang mana pelajar-pelajar daripada semua peringkat pencapaian bekerjasam dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama. Kekuatan kajian ini juga dapat dilihat apabila penulis turut mengkaji penglibatan pelajar daripada pelbagai kaum apabila bekerja di dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti bersama-sama. Selain itu, kajian ini juga membincangkan kepentingan pembelajaran secara koperatif yang melibatkan pelbagai kaum dan juga berlainan tahap kemampuan pelajar. Justeru, amalan kumpulan yang sama setiap kali aktiviti perlu dielakkan agar menggalakkan komunikasi pelbagai kaum kerana kebiasaan pelajar-pelajar lebih gemar berinteraksi antara kaum mereka sahaja. Dengan ini, bukan sahaja jurang perpaduan dapat dieratkan melalui aktiviti berkumpulan, malahan pencapaian akademik secara langsung dapat ditingkatkan. Artikel yang ketiga memperlihatkan kelebihannya tentang pengurusan bilik darjah yang mengetengahkan konsep rutin bilik darjah yang positif. Penulis menerangkan bagaimana guru permulaan menguruskan bilik darjah dengan menitikberatkan peraturan yang menjdai asas dalam menguruskan sesuatu bilik darjah supaya menjadi kondusif serta proaktf. Artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd. Hasani Dali memberikan kelebihan dari aspek bagaimana membentuk emosi muridmurid dengan menstruktur stail pengajaran guru dan rutin bilik darjah. Penulis juga berpendapat guru perlu menguruskan bilik darjah terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Hal ini adalah perlu kerana emosi murid-murid perlu berada pada tahap yang stabil agar memudahkan penerimaan ilmu oleh guru. Selain itu, artikel tersebut menerangkan tips-tips bagaimana seseorang guru dapat mengawal tingkah laku serta emosi murid-murid apabila memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Cadangan-cadangan yang boleh dijadikan panduan guru
untuk
menguruskan
bilik
darjah
menampakkan
kematangan
dan
memartabatkan profession keguruan. Penulis juga mencadangkan bahawa amalanamalan seperti yang dinyatakan di dalam artikel tersebut perlu dijalankan secara berterusan supaya persepsi murid-murid terhadap guru tidak mendatangkan sifat yang negatif terhadap tahap emosi mereka. Di sebalik kekuatan yang dijelaskan di atas, terdapat juga beberapa kelemahan yang diterjenahkan di dalam ketiga-tiga artikel tersebut. Antaranya adalah artikel-artikel ini hanya menjurus kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam bilik darjah sahaja. Faktor-faktor luar seperti ibu bapa, sekolah dan masyarakat gagal diselitkan dalam penulisan mereka. Hal ini mengubah persepsi pembaca apabila ketiga-tiga artikel tersebut meletakkan bebanan yang terlalu banyak kepada guru tanpa mengambil kira peranan daripada pihak yang lain. Hal ini menjadikan sesorang guru tersebut gagal apabila gagal merancang sesuatu tanpa menyalahkan pihakpihak yang lain. Selain itu, artikel kedua menampakkan kelemahannya kerana hanya menumpukan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) semata-mata. Walhal perpaduan kaum juga boleh dibentuk di dalam mata pelajaran yang lain. Namun begitu, penulis tidak boleh dipersalahkan kerana penulis mungkin ingin mengkaji tahap perpaduan kaum di dalam mata pelajaran tersebut sahaja. Pada artikel yang ketiga, kelemahan dapat dilihat apabila penulis hanya menfokuskan guru-guru yang novis sahaja dalam artikel tersebut. Guru-guru yang sedia ada juga patut disisipkan kerana terdapat juga guruguru yang telah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan, tetapi masih gagal menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Aspek-Aspek Yang Gagal Dikemukakan Berdasarkan ketiga-tiga artikel yang dibincangkan, terdapat beberapa aspek yang gagal dikemukakan terutamanya dari aspek fizikal bilik darjah. Ketiga-tiga artikel hanya membincangkan aspek-aspek sosial dan emosi tanpa mengambil kira peranan fizikal bilik darjah yang turut menyumbang ke arah pembinaan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Fokus kepada aspek tersebut kurang ditonjolkan kerana ia bergantung pada pengurusan sekolah yang menyediakan persekitaran dari aspek
fizikal. Tidak semua sekolah yang mampu memberikan fizikal bilik darjah yang diinginkan kerana banyak faktor luaran yang perlu diambil kira bagi memenuhi keperluan aspek tersebut. Selain itu, Ketiga-tiga artikel juga kurang mengutarakan pendapat tentang bagaimana sesuatu bilik darjah tersebut dapat dikatakan sebagai bilik darjah yang mesra budaya. Sebagai contoh artikel yang bertajuk ‘Asas Pengurusan Tingkah Laku Guru Novis di Bilik darjah’, gagal mengupas mengenai hubungan antara kumpulan etnik atau perbezaan ras di dalam penulisannya. Tetapi, artikel tersebut dapat mengaitkan aspek sosial dan emosi yang penting di dalam bilik darjah. Bagi artikel yang ditulis oleh Nik Ahmad Nik Yaacob, beliau mengemukan aspek sosial tetapi tidak menyatakan perpaduan antara etnik dalam penulisan tersebut. Penulis hanya menyatakan aspek perpaduan secara umum tanpa menjurus kepada perpaduan kaum. Usaha Proaktif Yang Perlu Diambil Kira Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Dalam hal ini, kepentingan persekitaran bilik darjah perlulah diambil perhatian serius oleh semua pihak. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya perlu mengkaji dan menstruktur kembali kurikulum pelajar guru terutamanya supaya tidak terlepas
pandang
dalam
menguasai
kemahiran
menguruskan
bilik
darjah.
Pembentukan persekitaran bilik darjah merupakan asas pengukuran kewibawaan guru dalam ilmu pedagogi untuk membentuk sahsiah murid-murid yang positif. Selain itu, pihak sekolah juga haruslah memandang serius terhadap guru-guru yang kurang berpengalaman dalam menguruskan bilik darjah. Kursus dan seminar haruslah dianjurkan kepada guru-guru tersebut agar pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan. Peranan para pendidik seharusnya diberikan keutamaan kerana merekalah yang berhadapan dengan masalah-masalah yang berlaku da dalam bilik darjah. Ibu bapa juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan dalam menguruskan bilik darjah. Mereka perlulah memberikan dorongan dan sokongan kepada anakanak mereka dalam membentuk sahsiah yang terpuji di dalam diri murid-murid. Walaubagaimanapun, perhubungan antara guru dan ibubapa adalah amat penting kerana perbincangan dan kesepakatan antara dua pihak ini akan menemui jalan yang terbaik untuk anak-anak mereka di dalam bilik darjah. Selain itu, peranan
komuniti di negara kita yang memiliki pelbagai etnik haruslah berpandangan secara professional dalam aspek perhubungan kaum agar konflik antara kaum tidak terbawa-bawa di dalam bilik darjah. Oleh itu, sikap etnosentrik dalam kalangan murid dapat dibendung agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang kembali. Kesimpulan Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bukan sahaja banyak bergantung pada pewujudan persekitaran fizikalnya, malahan turut mengutamakan penyediaan ruang yang membolehkan emosi dikawal dan difahami. Pengurusan persekitaran sosioemosi murid mempengaruhi perkembangan murid dalam aspek sosioemosi dan persekitaran kehidupan murid. Pemahaman guru terhadap perhubungan kelompok etnik dan peranan guru sebagai ejen pembinaan perpaduan dan integrasi nasional akan mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
RUJUKAN
3 Sumber Utama http://members.tripod.com/siti_2/01/84.html (disunting pada 7 Mac 2012) http://eprints.utm.my/10727/1/Tahap_Perpaduan_Pelajar_Pelbagai_Kaum_Dalam_M ata_Pelajaran_Kemahiran_Hidup_Bersepadu.pdf (disunting pada 6 Mac 2012) Dr. Mohd. Hasani Dali (2006), Asas Pengurusan Tingkah Laku Guru Novis di Bilik Darjah. Pendidik, dipetik pada 5 Mac 2012.
Sumber Sampingan Noriati A. Rashid (2011), Budaya dan Pembelajaran. Selangor, Oxford Fajar Sdn Bhd. http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengurusan-bilikdarjah.pdf http://nyongatthesky.blogspot.com/2009/05/konsep-bilik-darjah-yang-mesrabudaya_29.html http://www.kickstory.net/2011/08/bilik-darjah-mesra-budaya.html
Penghargaan Alhamdulillah dan jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi kerana akhirnya tugasan kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajara dapat disiapkan dengan jayanya. Saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang dikasihi Puan Soo Hoo Soon Teng kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Sesungguhnya bimbingan dan tunjuk ajar puan sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Inilah kali pertama saya menerima tugasan mengenai tinjauan literatur dan saya telah mendapat input dan pengalaman yang berguna dalam membuat penulisan seperti ini. Diharapkan tugasan ini dapat membantu saya untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang lebih mencabar. Selain itu, kerjasama dan persepakatan antara ahli kumpulan pembentangan memberi impak yang besar terutama dalam membikin dan curahan idea yang berguna. Kata pepatah ‘yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’ amat sesuai untuk menggambarkan kerjasama yang kami berikan sepanjang pembikinan menghasilkan pembentangan yang memberikan satu pengalaman berharga apabila membina satu pelan lantai yang mesra budaya. Hasil kesabaran dan semangat ingin belajar saya dan Kheronisa membuatkan kami menghasilkan satu persembahan yang menarik. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada perpustakaan institut yang menyediakan sumber rujukan dan bahan-bahan yang diperlukan bagi membantu kami mengabungkan kemahiran, kandungan serta idea bagi pelan lantai kami. Maklumat yang kami perolehi adalah amat berguna dan kami memanfaatkan sepenuhnya. Lawatan sekali seminggu ke perpustakaan ini disambut mesra oleh perpustakawan di sini membuatkan kami berasa selesa dan tidak kekok untuk bertanyakan soalan dan tempat mencari buku di sekitar perpustakaan ini. Sekali lagi saya ingin menyatakan rasa kesyukuran kami kepada Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan pada waktunya. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa yang memberi sokongan moral yang tidak terbelah bagi.
PENGHARGAAN
SUMBER 1
SUMBER 2
SUMBER 3
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN