ISI KANDUNGAN 10 Perbandingan Kes Janayah dengan Kes Sivil 1.1 Kes Jenayah Jenayah 1.2 Kes Sivil 20 Hieraki Hieraki Mahkamah Mahkamah 30 Mahkam Mahkamah ah Khas Khas 3.1 Mahkamah Mahkamah Raja-Raja Raja-Raja 3.2 Mahkamah Kanak-Kanak 3.3 Mahkamah Mahkamah Tentera Tentera 3.4 Mahkamah Perusahaan 3.5 Mahkamah & Pembatalan Undang-Undang Undang-Undang 3.6 Mahkamah Mahkamah Syariah Syariah 3.7 Mahkamah Bumiputera 40 Mahkamah Mahkamah Juvana Juvana 50 Mahkamah Mahkamah Syariah Syariah
Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 1
1.0 Perbandingan Kes Jenayah dengan Kes Sivil 1.1 Kes Jenayah
Kes Jenayah adalah merujuk kepada kesalahan pelanggaran undang-undang jenayah ,Dimana undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat. Kes jenayah perlu dibezakan dengan dengan Kes sivil. Sebagai contoh sekiranya seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal a tau mengurus si pencuri itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah. Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat. Manakalah berbeza pula dengan keadaan apabila seseorang membeli barang secara kredit dan kemudian tidak membayar hutang kepada penjual barang pada tarikh yang dipersetujui. Maka undang-undang yang mengawal perkara tersebut adalah undang-undang sivil. Dalam situasi yang disebut di atas, ada beberapa undang-undang sivil yang boleh terpakai seperti undang-undang penjualan barang, undang-undang kontrak dan sebagainya. Undang-undang jenayah tidak akan digunakan untuk menentukan hak dan liabiliti penjual dan pembeli. Ini kerana urusan jual beli adalah dianggap aktiviti sivil antara individu. Sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah: 1. Kanun Keseksaan
2. Kanun Acara Jenayah Kedua-dua undang-undang yang disebut di atas adalah Akta Parlimen. 1.2 Kes Sivil
Kes Sivil adalah merujuk kepada kesalahan pelanggaran undang-undang sivil . Undangundang sivil mempunyai dua makna. Jika undang-undang sivil merujuk kepada sistem undang-undang, maka ia adalah undangundang yang berdasarkan undang-undang roman yang diamalkan di kebanyakan negaranegara Eropah. Makna kedua ialah nama umum kepada sekumpulan undang-undang yang mengawal hak dan tanggungan (liabiliti) sivil antara individu dengan individu, individu dengan masyarakat dan masyarakat dengan individu. Makna kedua ini yang dimaksudkan di dalam artikel ini. Undang-undang sivil di dalam sesebuah negara, ada banyak. Undang-undang yang termasuk di dalam kategori undang-undang sivil adalah, di antaranya, seperti berikut: 1. Undang-undang kontrak 2. Undang-undang tanah 3. Undang-undang syarikat
2.0 Hieraki Mahkamah Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 2
Bagi memperlengkapkan pengetahuan kita berkenaan dengan perundangan di Malaysia, maka adalah wajar untuk mengetahui hierarki mahkamah yang sedia wujud di Malaysia dalam menjalankan serta memperlengkapkan sistem kehakiman yang diamalkan di Malaysia pada masa ini. Hieraki mahkamah merujuk kepada aturan atau tahap mahkamah yang terdapat di Malaysia. Dimana setiap kes yang akan dibicarakan akan mengikut standard tahap bagi setiap kes untuk dibicarakan di mahkamah yang bersesuaian. HIERAKI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN ^ MAHKAMAH RAYUAN ^ MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA / SABAH & SARAWAK ^ MAHKAMAH SESYEN ^ MAHKAMAH MAJISTRET ^ MAHKAMAH PENGHULU / ANAK NEGERI / BUMIPUTERA
3.0 Mahkamah Khas 3.1 Mahkamah Raja-Raja Pengenalan
Sebelum 23-3-1993, Perlembagaan Bahagian 14, perkara 181(2) berbunyi: “Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 3
atas sifat dirinya sendiri”. Parlimen telah meminda perlembagaan untuk memindahkan kekebalan raja-raja dan mewujudkan Mahkamah Khas untuk perbicaraan kes yang melibatkan Raja-Raja Melayu. Keanggotaan disidangi 5 hakim: Ketua Hakim Negara, Presiden Mah Rayuan, Hakim Besar Malaya Hakim Besar Sabah dan Sarawak, dua orang hakim atau bekas hakim pilihan Majlis Raja-Raja Bidang Kuasa •
Membicarakan kes YDPA dan Raja tentang kes sivil dan jenayah atas sifat peribadi mereka.
•
Bidang kuasa sama dengan Mahkamah Persekutuan.
•
Keputusan mahkamah muktamad.
Prosedur Perbicaraan •
Sebarang dakwaan terhadap YDPA dan Raja-raja mesti melalui kebenaran Peguam Negara.
•
YDPA dan Raja henti menjalankan tugasnya ketika perbicaraan kes jenayah berlangsung.
•
Jika dipenjara oleh Mahkamah Khas satu hari atau lebih, mestilah turun daripada takhta kerajaan.
•
Tidak boleh mengampun diri sendiri. Hanya boleh diampun oleh MRR dengan syarat pendapat Peguam Negara harus diambil kira. ( Permaisuri dan anak raja dibicara di mahkamah biasa)
3.2 Mahkamah Kanak-Kanak
Berikut ialah beberapa catatan mengenai perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak:
• • •
•
Melibatkan kes pesalah remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun. Melibatkan hukuman yang ringan - tidak melibatkan hukuman mati. Dijalankan di Mahkamah Majistret & didengar oleh majistret bersama dua orang penasihat (dilantik oleh menteri - seorang mesti wanita). Diadakan secara tertutup.
Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 4
• • •
• • • • • •
Ibu bapa, penjaga @ remaja berkenaan dibenarkan menyoal saksi pendakwa. Tidak dipenjara @ catatan rekod jenayah dibuat terhadap pesalah. Rayuan keputusan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi. Hukuman mungkin. Amaran supaya berkelakuan baik Dibenarkan keluar dengan ikat jamin Diletakkan di bawah jagaan rapi seorang saudara pesalah Hukuman sebat (ringan & tidak melebihi 10 sebatan) Dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga berusia 21 tahun
3.3 Mahkamah Tentera
Secara amnya, terdapat dua jenis Mahkamah Tentera iaitu: •
Mahkamah Tinggi Tentera (MTT).
•
Mahkamah Rendah Tentera (MRT).
Berikut ialah beberapa catatan mengenainya. •
Anggotanya dilantik oleh YDPA atas nasihat Menteri Pertahanan.
•
Membicara mereka yang tertakluk kepada undang-undang Perkhidmatan Angkatan Tentera – termasuk:- askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat, orang awam yang digaji @ bekerja dengan tentera, orang awam yang berada di atas kapal terbang/kapal tentera, kes disiplin ketenteraan dan kes-kes pecah amanah dalam angkatan tentera.
•
Hakim MTT ialah Leftenan Kolonel & dua orang lain (Kapten/Hakim Peguam).
•
Hakim MRT ialah Yang Dipertua (Mejar) & dua orang lain (Kapten/Hakim Peguam).
•
MTT membicarakan Staf Sarjan ke atas.
•
MRT membicarakan pegawai berpangkat di bawah Staf Sarjan.
•
Hukuman tertakluk kepada pengesahan pegawai atasan - jika hukuman mati, pegesahan YDPA.
•
Rayuan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi @ Lembaga Pengampunan.
3.4 Mahkamah Perusahaan
Secara amnya, Mahkamah Perusahaan dianggotai oleh seorang Presiden & suatu panel (dua kumpulan iaitu mewakili kumpulan pekerja & majikan) yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Proses penyelesaian pertikaian perusahaan akan melalui empat peringkat (arbitrasi). •
rundingan terus antara pihak majikan dengan pekerja
Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 5
•
rundingan damai kelolaan Jabatan Perhubungan Perusahaan
•
merujuk kes kepada Menteri Sumber Manusia
•
perbicaraan kes yang dirujuk di Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Perusahaan terbahagi kepada: (1) Mahkamah Pengerusi membicarakan kes-kes: •
pembuangan pekerja dalam sektor swasta.
•
pertikaian tentang syarat-syarat perkhidmatan.
•
sebagaimana yang diarahkan olaeh Presiden
(2) Mahkamah Yang Dipertua membicarakan kes-kes: •
pertikaian tentang interpretasi, variasi & ketidakpatuhan keputusan @ perjanjian kolektif*
•
persoalan undang-undang yang dirujuk ke Mahkamah Tinggi
•
berkaitan dengan writ of certiorari. * Mendaftar & mengiktiraf perjanjian antara majikan & pekerja supaya ia sah dari
segi undang-undang. 3.5 Mahkamah & Pembatalan Undang-Undang •
Mahkamah boleh membatalkan: undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan; dan
•
Undang-undang yang berada di luar kuasa Dewa n Undangan Negeri. Nota:
Rang undang-undang tidak menjadi undang-undang sekiranya: (1) tidak diperkenankan oleh Rajaa/Yang DiPertua Negeri; dan (2) tidak dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
3.6 Mahkamah Syariah Objektif
Melaksanakan keadilan berasaskan bidangkuasa yang diberi oleh Undang-undang dan Perlembagaan selaras dengan Hukum Syarak. Fungsi •
•
- Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah mengikut hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang. - Memutus, menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan Hukum Syara’ dan
Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 6
undang-undang bertulis. •
- Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes rayuan secara teratur dan berkesan;
•
- Menerima, mendengar dan memutuskan permohonan pembahagian Faraid;
•
- Membangunkan Sumber Manusia yang terlatih dan mencukupi;
•
•
- Menyelesaikan pertikaian secara Majlis Sulh berasaskan persetujuan tanpa sebarang paksaan melalui kaedah perundingan dan timbangtara. - Melaksanakan e-syariah dan Sistem Perakaunan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS).
Dasar Kualiti
Memberi perkhidmatan perundangan dan kehakiman dengan cekap dan berkesan berteraskan hukum syarak dan undang-undang ke arah memenuhi kehendak mesra pelanggan serta berusaha menambahbaikan keberkesanan kualiti perkhidmatan secara berterusan. Terdapat Mahkamah Syariah yang seperti seperti berikut:Mahkamah Syariah Rayuan
Mahkamah Rayuan Syariah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie sebagai Pengerusi dan dianggotai oleh 6 orang hakim rayuan syarie.Panel rayuan dibantu oleh Ketua Pendaftar dan seorang Pegawai Penyelidik. Bidang Kuasanya
Mahkamah Rayuan Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya. Mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika didapati perlu olehnya demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada manamana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
Mahkamah Syariah Tinggi
Mahkamah Tinggi Syariah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dibantu oleh seorang Pegawai Penyelidik, seorang Pendaftar, empat orang Pembantu Syariah, dan seorang Bailif. Mahkamah Tinggi Syariah juga dibantu oleh seorang Pegawai Sulh dari unit Sulh MSNM bagi menyelesaikan kes secara proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya. Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri, dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan tehadap rukunProsedur Perundangan Assigment 1
Page 7
rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukan baginya. Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri dalam bidang kuasa malnya, "Mahkamah Tinggi Syariah" hendaklah : Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan dan prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu berhubungan dengan : i. Pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri. ii. Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i) iii. Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak. iv. Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat. v. Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak. vi. Perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. vii. Perisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya. viii. Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara jenayah, dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh ; i. Dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan ; dan ii. Dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan atau memerintahkan perbicaraan semula.
Mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atasa semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, samada mal atau jenayah, Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 8
dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana- mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan. Mahkamah Rendah Syariah
Mahkamah Rendah Syariah Daerah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah dibantu di bahagian Perundangan, Pentadbiran dan Kewangan oleh seorang Penolong Pendaftar, tiga orang Pembantu Pendaftar, seorang Bailif (gunasama Mahkamah Tinggi Syariah), seorang jurutaip dan seorang Pembantu Am Pejabat. Mahkamah Rendah Syariah Daerah juga dianggotai oleh seorang Pegawai Sulh yang menyelesaikan kes secara proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya. Bidang Kuasanya
Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu. Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian). Yang Di-Pertuan Agong boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas bidangkuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.
3.7 Makamah Bumiputera
Pengenalan Mahkamah Bumiputera hanya mendengar kes-kes atau pertikaian yang melibatkan kaum bumiputera di Sarawak sahaja. Ia bahagikan kepada beberapa kelas iaitu:Mahkamah Ketua Kaum • Mahkamah Ketua Masyarakat. • Mahkamah Ketua Atasan • Mahkamah Daerah Bumiputera • Mahkamah Bumiptra Residen • Mahkamah Tinggi Bumiputera Rayuan • Bidangkuasa Mahkamah Bumiputra (Seksyen 5) Kes berkaitan dengan perlanggaran adat (selain daripada yang melibatkan Ordinan Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 9
Keluarga Islam, 2001 [Cap. 43]), jika semua pihak yang terlibat adalah daripada kaum bumiputera;
Kes berkaitan dengan perlanggaran adat (selain daripada yang melibatkan Ordinan Keluarga Islam, 2001 [Cap. 43]) dari aspek hal keagamaan, perkahwinan dan perkara mengenai hubungan seksual jika salah seorang daripada pihak yang terlibat adalah daripada kaum bumiputra;
Kes-kes sivil yang (bukan dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah) melibatkan tuntutan tidak melebihi ringgit dua ribu (RM2,000.00) antara/dikalangan pihak yang dibawah sistem adat /undang-undang yang sama (sama kaum);
Kes-kes jenayah kecil yang dinyatakan dalam Adat Iban mahupun apajua undangundang tradisi (customary) kaum bumiputra lain yang harus dipatuhi oleh Mahkamah, dan yang boleh dikenakan denda tidak melebihi yang ditetapkan pada Seksyen 11 Ordinan ini.
Apa jua perkara yang dululuskan dimana-mana undang-undang bertulis:
Dalam kes berkaitan dengan hal perkahwinan ataupun hubungan seksual, yang melibatkan pihak daripada jantina dan kaum yang berlainan, Mahkamah yang mengendalikan kes akan mengunakan undang-undang adat pihak kaum perempuan;
Namun sekiranya pihak perempuan yang terlibat telah memeluk Islam, kes berkenaan dikendalikan mengikut Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam;
Kes pertikaian dikalangan bumiputera melibatkan perkara seperti berikut hendaklah didengar di Mahkamah Bumiputera Daerah sebagai mahkamah permulaan.
4.0 Mahkamah Juvana Mahkamah Juvana ialah institusi kehakiman yang membicarakan berkenaan dengan Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90) Akta ini ditubuhkan adalah untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan kanak-kanak dan orang muda dan perlaksanaa Mahkamah Juvana.
Kemudahan Yang Terkandung Didalam Akta 90 adalah seperti berikut:•
• •
•
Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang muda yang didapati bersalah di bawah undang-undang. Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan. Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak. Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang berkenaan.
Takrifan Kanak-kanak
Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 10
•
Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18 tahun.
Hukuman Yang Boleh Dibuat Oleh Mahkamah Juvana Di Bawah Sek. 12(1) • • • •
•
• • •
Buang Kes Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan baik. Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai. Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukan jagaan dan didikan yang baik terhadapnya. Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun atau kemasukan ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan. Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney. Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos. Sekiranya pesalah itu seseorang yang masih muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
5.0 Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya. Tujuan dan Peranan •
•
•
• •
•
Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.
Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 11
•
•
•
•
•
•
•
Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah ber cerai Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya. Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.
Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi, telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia.Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil. Mahkamah Syariah berlainan dgn Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya. Sekarang Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam.
Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah Mahkamah Rendah Syariah • • • •
Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah Bicarakan kes-kes di peringkat daerah.
Mahkamah Tinggi Syariah • • • • •
Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid Menguruskan kes-kes rayuan Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)
Mahkamah Rayuan Syariah • •
• •
Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Mengurangkan hukuman Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 12
•
•
Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel (hakim) rayuan daripada Panel (hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditauliah oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah) Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.
Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri. Perlembagaan Malaysia 1965
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut: •
• • •
Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau 6 bulan penjara atau Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)
Perlembagaan Malaysia 1984
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut: •
• • • •
Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau 3 tahun penjara atau Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)
Enakmen dan Akta kekeluargaan Islam Di Malaysia Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 13
Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukanperuntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri sendiri.
Prosedur Perundangan Assigment 1
Page 14