EPPE6534 ANALISIS EKONOMI ISLAM LANJUTAN
MAQASID SYARIAH DALAM POLITIK
DISEDIAKAN UNTUK: HAIRUNNIZAM BIN WAHID
DISEDIAKAN OLEH: NUR ADILA AYUB (P79654) NUR FAHANA ZAHARI (P79647) ROS AMIRA MOHD SUDIN (P76544) QURROTUL AINI MOHD SHAHRONI (P78272)
SEMESTER II SESI 2014 / 2015
0
MAQASID SYARIAH DALAM POLITIK
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk membentuk model sistem politik di Malaysia yang mana ia berteraskan
Maqasid
Syariah.
Kaedah
kajian
yang
digunakan
adalah
penelitian
keperpustakaan dan analisis kualitatif. Analisis kualitatif yang digunakan diperoleh melalui percakapan, pemerhatian dan penyemakan perkara-perkara yang berkaitan dengan fenomena yang dikaji. Analisis kajian mendapati terdapat lima indeks bagi mengukur keberkesanan politik yang berdasarkan maqasid syariah iaitu rasuah, taraf pendapatan, keselamatan, pendidikan dan moral. Maka melalui indeks tersebut terbentuklah model pentadbiran Rasulullah S.A.W adalah paling terbaik dalam sejarah islam. Dasar-dasar seperti pentadbiran pusat, pentadbiran wilayah, pentadbiran agama, sistem pengurusan tahanan dan sistem pentadbiran kewangan adalah model pentadbiran politik Rasulullah s.a.w yang berpaksikan kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dan dasar-dasar ini mencakupi prinsip maqasid syariah iaitu agama, akal, nyawa, keturunan dan harta. ABSTRACT
This study is intended to establish a model of the political system in Malaysia which is based on Maqasid Syariah. The method used was a library research and qualitative analysis. Qualitative analysis used was obtained through conversation, observation and review matters related to the phenomenon studied. Analysis showed that there is five indexs in measurement politics based on maqasid syariah which is corruption, income, safety, education levels and morals and we found that the administration model of the Prophet Muhammad is the best in the history of Islam. The policies applied by Prophet Muhammad such as central administration, regional administration, the administration of religion, and prisoner management and financial management system is a political model which is based on Al-Quran and As-Sunnah and these policies covering maqasid syariah principles which is religion, intellect, life, ancestry and property.
PENGENALAN 1
Maqasid Syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Menurut Dr. Murat Cizakca, maqasid syariah brmaksud matlamat-matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan Allah untuk setiap hukum merujuk kepada pandangan I’lal al-Fasi. Sehubungan dengan itu, ilmu maqasid pula adalah merupakan ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al Quran dan Sunnah. Ini menunjukkan bahawa prinsip atau objektif asas ini merupakan kerangka terpenting dalam aplikasi kehidupan seharian sebagai pemacunya, lebih-lebih lagi dalam realiti hari ini yang cukup mencabar dan memerlukan satu pendekatan yang berkesan bagi memastikan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin. Secara ringkasnya Maqasid al-Syariah ialah melakukan kebaikan dan kebajikan bertujuan untuk menjaga tata susila, kepentingan dan sistem hidup. Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran bahawa perutusan Nabi Muhamad SAW adalah untuk kebaikan dan rahmat bagi sekalian alam. Firman Allah SWT di dalam surah al-Anbiya ayat 107: نونما أنلرنسللن عنك إملل نرلحنم ةة للللععنلممينن Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” Teras Maqasid Syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam pentadbiran negara yang melibatkan politik, ekonomi, undang-undang, pendidikan dan sosial. Justeru, politik juga tidak berkecuali untuk memenuhi tuntutan-tuntuan maqasid ini agar kebaikan dari undang-undang dan peraturan yang bernaung di bawah prinsip Islam dapat dinikmati oleh bukan sahaja umat Islam tetapi juga oleh manusia secara keseluruhan. Pemeliharaan agama adalah satu keutamaan dan ianya bukan sahaja dinilai dari aspek menegakkan hukum-hukum agama tetapi juga merangkumi usaha memelihara aqidah dan imej Islam itu sendiri. Pemerintah harus menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memastikan bahawa Islam dijamin kedudukannya dan tidak dilabel dengan penilaian negatif dan dicemuh. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memastikan bahawa sebarang bentuk ancaman kepada aqidah umat Islam juga ditangani dengan sebaiknya menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Selain daripada pemeliharaan agama, pemeliharaan akal juga merupakan satu aspek penting di dalam mencapai matlamat syariah. Tanggungjawab pemimpin dan pemerintah adalah 2
menyuburkan minda masyarakat dengan informasi-informasi yang mampu membentuk mereka agar menjadi lebih cemerlang dan terdidik. Kelemahan umat Islam juga akan dapat dilihat menerusi budaya-budaya politik yang tidak sesuai dengan syariah dan merosakkan minda manusia. Penyebaran maklumat yang menimbulkan kebencian melampau, mengaibkan dan berasaskan fitnah serta buruk sangka akan menjadikan minda umat Islam semakin lesu dan bercelaru. Maqasid syariah juga merangkumi usaha pemeliharaan kehidupan manusia, keturunan dan harta benda. Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada nyawa manusia. Sebarang bentuk tindakan yang membawa kepada perbuatan mensia-siakan nyawa manusia adalah ditegah. Pemerintah harus memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyatnya dipelihara. Ini termasuklah memastikan keamanan dan kesejahteraan negara agar membawa kepada kemakmuran dan kemajuan negara demi kelangsungan generasi yang akan datang. Oleh itu, satu pemodelan indeks syariah berdasarkan maqasid syariah yang melibatkan politik amat diperlukan untuk membentuk sebuah Negara Islam yang benar-benar memenuhi piawaian yang digariskan oleh Islam.
KAJIAN LEPAS Ibn ‘Asyur mentakrifkannya Maqasid Al- Shariah sebagai pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada syariat Islam dalam keseluruhan atau sebahagian besar proses pensyariatan (Mohamad Zaidi, 2014). Manakala Alal al-Fasi mendefinisikan Maqas ṣid al-Shariah dengan maksud objektif yang datang dari syariah, dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh Pembuat syariah bagi setiap hukum hakamnya (Mohamad Zaidi, 2014). Raissouni pula merumuskan kedua-dua definisi tersebut sebagai objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagi kepentingan manusia (Mohamad Zaidi, 2014). Syariat Islam dibina bagi tujuan menjamin kepentingan manusia untuk dunia dan akhirat. Menurut Ibn Qayyim Syariat keseluruhannya bersifat adil, memberi rahmat kepada semua manusia, membawa masalahah kepada semua serta mempunyai hikmat yang menyeluruh. Izzuddin Ibn Abi Sallam menegaskan bahawa kekuasaan (al-wilāyah), kehakiman (al-Qada’), undang-undang keterangan (al-Shahadat) disyariatkan untuk menarik kebaikan dan menolak keburukan. Tindak tanduk seseorang pemerintah terhadap rakyatnya hendaklah didasarkan kepada mas ṣlah ṣah. Kaedah-kaedah lain yang menjadi asas pertimbangan membuat polisi atas nama 3
Siyāsah
Syariyyah
turut
menekankan
keperluan
pengambil
kiraan
mas lṣ ah aṣ h.Menurut Bharudin Che Pa et al (2010)perkataan Siyāsah Syar‘iyyah berasal dari dua perkataan bahasa Arab iaitu al-Siyasah dan al-Syar’iyyah. Mengikut Kamus Arab, perkataan Siyasah adalah kata terbitan(masdar) daripada kata dasar sasa – yasusu - siyasatan. Apabila disebut sasa alamr, siyasatan ia bermaksud mentadbir dan mengendalikan sesuatu urusan,pekerjaan dan sebagainya dengan baik. Siyasah juga didefinisikan sebagai arahan dan larangan serta tugas mendidik yang menjadi sebahagian dari usaha mentadbir dan juga bermaksud melakukan sesuatu tindakan yang menguntungkan atau mendatangkan kebaikan dengan cara memimpin, merancang, mengurus, mentadbir, mengendalikan urusan, menjaga keperluan, membantu dan sebagainya.Oleh itu Siyasah adalah satu istilah yang sangat berkaitan dengan urusan kerajaan dan rakyat, iaitu bagaimana pihak kerajaan mengendalikan hal-ehwalkenegaraan yang memberi kebaikan dan keuntungan kepada rakyat dan masyarakat. Manakala Syar‘iyyahpula adalah perkataanyang diambil dari lafaz syara‘.Ia sebagai menjelaskan atau membuktikan mengenai sesuatu yang disandarkan kepada syara‘dan menerimanya sebagai sesuatu yang sah. Secara literalnya, perkataan syar‘iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi syarak dimanadari segi bahasanya ia bermaksud jalan yang lurus dan tempat laluan air. Perkataan syariah bermaksud sesuatu hukum yang dinisbahkan kepada hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam pentadbiran negara, di mana pemimpin yang tidak melaksanakanhukum-hukum Allah sebagai syariah akan menerima balasan buruk di akhirat kelak. (Bharudin Che Pa et al, 2010). Fuqaha’ Islam mengungkapkan maksud siyasah al-shar`iyyah sebagai: “keluasanbagi wulat al-amr (pemerintah) untuk melaksanakan sesuatu (urusan pentadbiran) bagi meraih maslahah yang tidak menyalahi usul agama walaupun tiada dalil khusus tentangnya.” Siyasah Islam menggarap matlamat untuk mempertahan masalih al-`ibad, mencapai maqasid al-shari`ah dan masalih al-mursalah (Ahmad Nabil, 2009). Menurut
pandangan
ulamak
definisi
Siyasah
Syar‘iyyahsecara
istilahnya
boleh
diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu 1) Siyasah Syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara menurut perspektif Islam dan 2) Siyasah Syar‘iyyah sebagai kaedah penentuan hukum di bawah bidangkuasa kerajaan Islam. Syeikh Abd al-Rahman Taj pula mendefinisikan Siyasah Syariyyah sebagai hukum-hukum atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat, di mana ianya 4
hendaklah bertepatan dengan syariah, selaras dengan usul-usul kulliyah, seterusnya dapat mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu tidak disebut secara langsung oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah (Mohamad Zaidi, 2014). Ibn Aqil menyatakan Siyasah syariyyah ialah suatu tindakan oleh pemimpin yang boleh menyelamatkan orang ramai dan menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. manakala Ibn Nujaim menyatakab Siyasah Syar‘iyyah ialah satu tindakan sesuatu dari pihak pemerintah berdasarkan kemaslahatan yang dilihatnya sekalipun tidak ada dalil secara langsung dan terperinci ke atas perbuatan itu. Ibn Abidin pula mendefinasikan Siyasah seperti mengelokkan keadaan orang ramai dengan membimbing dan memimpin mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat. Al-Bujairimi berpendapat Siyasah ialah mengelokkan urusan rakyat dan mentadbir urusan mereka dan AlNasafi pula berpendapat Siyasah ialah mengendalikan urusan rakyat kepada kebaikan secara lemah lembut atau kekerasan(Bharudin Che Pa, Siti Arni Basir, 2010) Abd al-Wahab Khallaf pula menjelaskan bahawa Siyasah Syariyyah ialah menjalankan pentadbiran awam sebuah negara Islam berdasarkan sesuatu yang menjamin kebaikan dan mengelakkan keburukan dimana ia tidak terkeluar dari batas-batas syariat dan dasar-dasar umumnya walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab (Mohamad Zaidi, 2014). Di dalam pengajian Ilmu Fiqh, para fuqaha’ mentakrifkan al-Syariah sebagai hukum-hakam yang diwahyukan oleh Allah kepada para Nabi untuk dibawakan kepada sekalian hambaNya. Dinamakan hukum-hukum tersebut syariah kerana iasuatu ajaran yang lurus dan disamakan kedudukannya seperti tempat aliran air kerana Syariah Islam menghidupkan jiwa dan akal manusia sebagimana air menghidupkan tubuh badan. METODOLOGI KAJIAN Dalam sesuatu kajian, metodologi merupakan perkara asas yang penting bagi mencari jawapan kepada
persoalan yang wujud dalam permasalahan kajian. Metodologi yang
digunakan di dalam kajian ini adalah untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan sebelum ini. Secara umumnya, kajian ini berbentuk penelitian keperpustakaan (library research). Dalam kajian ini, kami telah menggunakan metode analisis kualitatif iaitu penyelidikan yang datanya bersifat subjektif yang diperolehi melalui percakapan, pemerhatian dan penyemakan perkara-perkara yang berkaitan dengan fenomena yang dikaji. Berdasarkan tajuk 5
penyelidikan yang berkaitan dengan gaji minimum, kami banyak merujuk dan membuat penelitian terhadap maklumat-maklumat daripada buku, jurnal, kertas-kertas kerja, akhbar dan dokumen-dokumen lain yang menjurus kepada bidang kajian. Selain itu, kajian ini juga menjadikan internet sebagai satu lagi sumber yang boleh dirujuk dengan merujuk kepada laman web berautoriti untuk pengumpulan maklumat.
ANALISIS KAJIAN Indeks Maqasid Syariah dalam Politik Item Rasuah
Indeks pengukuran Indeks ini boleh diukur dengan mendapatkan data daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Rasuah Malaysia (SPRM) Mengukur taraf pendapatan
Taraf pendapatan
dengan
menggunakan had kifayah yang mana data boleh diperolehi daripada pusat baitul mal dan pusat zakat. Mengukur tahap
Keselamatan
negara
dengan
keselamatan melihat
kadar
sesebuah jenayah
Pendidikan
daripada PDRM, imigresen, TLDM. Mengukur kadar celik huruf dan kemasukan
Moral
ke IPTA dan IPTS. Mengukur kadar bilangan penagih dadah di Malaysia.
Berdasarkan indeks diatas terbentuklah satu dasar model Politik Rasulullah yang memenuhi prinsip maqasid syariah. Dasar Prinsip-prinsip Zaman Rasulullah Kepimpinan Rasulullah merupakan model pemerintahan kurun terbaik dalam sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah.
لل ق دد قكناقن لق ك مد فف ى قركسلوفل ٱللف أكسدقلو ة قحقسقنةة “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”(al Ahzab: 21) 6
Rasulullah SAW selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Allah SWT, baginda juga seorang pemimpin negara yang berkuasa dan memerintah dengan menerapkan hukumhukum Allah SWT yang diwahyukan kepada baginda. Rasulullah SAW telah mencanai suatu bentuk rupa manusia Islam yang menjadi model di seluruh alam sebagai suatu alternatif kepada keruntuhan tamadun manusia di setiap zaman dan masa. Model yang berteraskan al Quran dan sunnah ini bukan sahaja memperlihatkan dari sudut ketamadunan manusia, malah melibatkan model pembangunan negara sama ada dari segi politik, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sosial. Politik atau perkara berkaitan dengan kepimpinan dan kenegaraan merupakan satu bidang yang amat rumit serta berisiko tinggi.Setiap individu yang melibatkan diri dalam bidang ini perlu bersedia menghadapi risiko apabila gagal menunaikan tugas kepimpinan memerintah negara. Dalam pentadbiran Rasulullah, baginda telah menekankan prinsip-prinsip dalam pemerintahannya seperti syura, keadilan, kebebasan, persamaan dan hak menghisab pihak pemerintah. Lima prinsip ini telah ditekankan semasa pemerintahan Rasulullah yang mencorakkan politik berlandaskan Al-Quran dan hadith. 1) Syura Pelaksanaan Syura oleh pemerintahan negara Islam menjadi fardhu yang telah sabit secara jelas oleh al-Quran, al-Sunnah serta disepakati oleh para ulama. Para ulama menyatakan Syura adalah suatu keperluan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Syura diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Islam yang perlu disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan perubahan zaman. Syura dianggap suatu keperluan kerana semua manusia memerlukan perbincangan bahkan ianya boleh disifatkan suatu kemestian kerana wujudnya perbezaan pendapat, pandangan dan pengalaman antara satu dengan yang lainnya. Perbincangan mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik berbanding pendapat individual. 2) Keadilan Prinsip keadilan adalah amat ditekankan dalam politik yang dibina Rasulullah. Tidak ada subjek yang lebih berkait rapat dengan konsep keadilan kecuali hak asasi manusia. Ini bermakna keadilan tidak akan menjadi kenyataan jika hak asasi manusia tidak diiktiraf oleh masyarakat. Keadilan perlu ditegakkan kerana ia akan memberi ketenangan kepada manusia dan menyuburkan hubungan individu dengan orang lain. Rasulullah SAW di dalam pemerintahan baginda tidak pernah menindas mana-mana pihak. Bahkan baginda SAW didekati dan dikasihi oleh semua pengikutnya tanpa mengira bangsa dan agama. 3) Kebebasan 7
Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan negara Islam. 4) Persamaan Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang ditetapkan oleh undang undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang undang. 5) Hak Menghisab Pihak Pemerintah Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusankeputusan pihak pemerintah. Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205) "..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)
Model Politik Rasulullah Tempoh pentadbiran Rasulullah SAW di Madinah menjadi titik tolak kepada permulaan kebangkitan Islam sekaligus menjadikan Madinah sebagai sebuah Negara yang berpaksikan 8
ajaran yang terdapat pada Al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama dalam urusan pentadbirannya. Asas politik Madinah yang utuh yang memiliki asas yang kuat pada agama dan tradisi telah mewujudkan keseimbangan dalam pentadbiran dan peningkatan kecekapan untuk menggerakkan transformasi sosial secara beransur-ansur dan memperkukuh iltizam untuk memperjuangkan cara hidup Islam. Perencanaan politik Madinah dalam menghadapi dunia sejagat memerlukan peralihan strategik kepada pelan tertentu bagi memajukan pentadbiran. Justeru itu kegunaan sistem persekutuan dan perundangan kecil diperkenalkan sebagai pemangkin dan pendorong terhadap perkembangan negara dan menjamin satu cara hidup yang Islamik terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak. Dasar yang dilaksanakan bagi menguruskan negara serta mempertingkatkan peranan dan bidang kuasa yang dirangka adalah seperti berikut: 1. Pentadbiran Pusat Kerajaan Islam Madinah telah membentuk satu susunan politik yang sempurna dan rangkaian sistem pentadbiran pusat yang paling ampuh berasaskan gabungan nilai-nilai Islam dan kebudayaan tempatan. Sistem persekutuan ini mengekalkan hubungan setiap instrumen kerajaan yang berhubung antara satu dengan yang lain dalam satu pemerintahan dengan pengiktirafan hak-hak negeri dan wilayah jajahan. Pembentukan Majlis Ekskutif dalam konteks sistem persekutuan telah menggerakkan pelaksanaan dasar-dasar negara yang terkandung dalam perlembagaan Madinah yang menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan politik serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama. 2. Pentadbiran Wilayah Sebagai instrumen tambahan kepada sistem persekutuan, pembangunan wilayah atau pembangunan demokratik ini telah diperluas untuk mencapai keseimbangan dalam pengukuhan sosial dan ekonomi di semua wilayah dan negeri, sebagai usaha meningkatkan kesejagatan budaya antara lingkungan awam dan lingkungan peribadi, sementara visi Islam diperkaya dalam kehidupan masyarakat yang dipandu oleh kuasa moral tertinggi. Kepentingan wilayah dalam struktur sosial dan politik Madinah telah dipelbagaikan dengan sumbangan yang lebih besar telah dicapai dalam bidang kerjasama serantau melalui pelaksanaan beberapa projek usahasama untuk meningkatkan pelaburan dan ekonomi dalam iklim politik yang menggalakkan implementasi syariah yang lebih luas. Rasulullah s.a.w. telah mengadakan perjanjian damai dengan pelbagai suku kaum yang tinggal berhampiran 9
Madinah di wilayah utara dan selatan dalam rangka meningkatkan kesefahaman dan memperbaharui hubungan di atas prinsip kebenaran dan menghindar kekacauan dan pertembungan kuasa. Hal ini boleh dilihat di peringkat antarabangsa, Rasulullah SAW boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana baginda berjaya menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi tujuan untuk memperkenalkan Islam. Selain itu juga, baginda menghantar wakilnya ke kawasan luar Madinah menjadi gabenor di kawasan tersebut, contohnya pada tahun 10 hijrah, baginda telah menghantar gabenor ke Yaman. 3. Pentadbiran Agama Kerangka politik Madinah memberikan ruang seluas mungkin kepada beberapa pelan penting yang bertujuan untuk menjana syiar agama yang segar dengan dasar dan persekitaran yang menggalakkan. Galakan diberikan kepada pendidik dan ulama’ untuk meneruskan usahausaha menjamin kelangsungan pendidikan agama di peringkat kecil dan dewasa dengan mengiktiraf peranan mereka sebagai pengasak ilmu dan pendorong pembentukan akhlak dikalangan generasi muda. Pada zaman Rasulullah, masjid adalah sebagai institusi sosial dan tarbiyah yang paling penting untuk pembangunan insan. Terdapat satu tempat pengajian di dalam masjid tersebut yang dinamakan Al-Suffah. Al-Suffah ketika itu bukan semata-mata menjadi pusat pengajian Islam yang biasa bahkan menjadi pusat dakwah yang berperanan besar melatih para pendakwah. Pusat ini mempunyai system pengurusan dan pentadbiran yang tersusun dan sistematik di mana Rasulullah SAW sendiri bertindak sebagai pendidik yang mentarbiyah para pendakwah dan masyarakat muslim. Keadaan ini dapat menggambarkan bahawa selain bertanggungjawab untuk mewujudkan tempat dan prasarana dakwah, daulah juga berperanan dalam mendidik atau mentarbiah rakyat dan masyarakat untuk memahami dan menghayati serta mengamalkan tuntutan agama. 4. Sistem Pengurusan Pertahanan Kemakmuran berterusan di rantau Arab memerlukan corak hubungan dan pertalian politik yang kental. Pembangunan menerusi kerjasama antarabangsa telah menyumbang ke arah menggalakkan hubungan serantau yang lebih erat serta memperkukuhkan keupayaan serta daya tahan negara bagi memupuk hubungan global yang lebih saksama yang menjamin kestabilan serta keamanan negara. Reformasi pentadbiran diteruskan untuk memperkemas pengurusan perkhidmatan tentera dengan mendapatkan khidmat pekerja yang terlatih dan berkelayakan untuk melaksanakan tugas-tugas pertahanan dan ikut sama bergiat memperkaya dan menyegarkan warisan agama. 10
5. Sistem Pentadbiran Kewangan Pada zaman Rasulullah SAW di Madinah, negara Islam hanya bergantung kepada sumber alsadaqat (sumbangan sukarela daripada umat Islam untuk membiayai perbelanjaan negara). Pada masa ini, beberapa tabung khas telah ditubuhkan. Daripada sumber al-sadaqat ini, keseluruhan Negara dan umat Islam dibiayai. Pernah juga beberapa orang wakil dihantar oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah untuk memungut sumbangan sukarela bagi membantu perlaksanaan projek yang dirancang baginda. Al-sadaqat ialah sumber utama perbendaharaan Negara pada zaman Rasulullah SAW. Akan tetapi disebabkan ia tidak menjadi sumber tetap, baginda terpaksa mencari sumber pendapatan lain seperti zakat, fay’ (tanah rampasan tanpa perang), ghanimah (bahagian daripada rampasan perang), khums (satu per lima daripada rampasan perang), dan jizyah (cukai kepala) yang sentiasa bertambah ekoran bertambahnya wilayah baru yang ditakluki. Hasil daripada pendapatan itu, ia dikumpulkan dalam Baitulmal yang berfungsi sebagai pusat ekonomi.
11
Persamaan
Rajah 1 : Model Politik Rasulullah Rajah 1 di atas adalah model Sistem Politik yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW. Model ini mencakupi elemen-elemen maqasid syariah yang menjaga agama, akal, nyawa, keturunan dan harta.
KESIMPULAN 12
Melihat kepada keempat-empat dasar iaitu dasar pentadbiran pusat, pentadbiran wilayah, pentadbiran agama, sistem pengurusan tahanan dan sistem pentadbiran kewangan ia dapat disimpulkan bahawa dasar-dasar ini mencakupi prinsip maqasid syariah iaitu agama, akal, nyawa, keturunan dan harta. Dasar-dasar ini diambil seperti mana yang telah diaplikasikan oleh pentadbiran Rasulullah s.a.w di Madinah di mana Madinah merupakan sebuah negara yang berpaksikan kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala, prinsip- prinsip seperti syura, keadilan, kebebasan, persamaan, hak menghisab pihak pemerintah adalah prinsip yang mana matlamatnya adalah untuk menjamin kepentingan dan kemaslahatan ummah. Walaupun tidak ada dalil secara lansung atau terperinci mengenai dasar-dasar pentadbiran yang dibincangkan tetapi ianya ternyata dapat memberi banyak manfaat seperti ianya dapat dilihat pada zaman Rasulullah dimana politik Madinah telah mengaplikasikan prinsip dan dasar ini telah mewujudkan keseimbangan dalam pentadbiran dan peningkatan kecekapan untuk menggerakkan transformasi sosial secara beransur-ansur dan memperkukuh iltizam untuk memperjuangkan cara hidup Islam.
RUJUKAN 13
Ahmad Nabil (2009), Sistem Politik Islam Di Zaman Nabi Muhammad SAW, Jurnal Usuluddin, 29, 221-252 Bharudin Che Pa, Siti Arni Basir, S. M. (2010). PERLAKSANAAN SIYĀSAH SYAR‘IYYAH DALAM PENTADBIRAN DI MALAYSIA Oleh: Jurnal Al-Tamaddun, 5, 57–72. M. Zaidi. Maqasid Al Shariah Dalam Pentadbiran : Satu Tinjauan Sejarah Islam, Jurnal Syariah. Abd Jalil Borham. Konsep Siyasah Syar’iyyah dan Pelaksanaannya dalam Konteks Malaysia. Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail, Idris Awang. Pendekatan Baru Maqasid Al Shariah Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia : Satu Analisis. Siti Shamsiah Md Supi. Maqasid Politik Negara Islam. http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8500-maqasid-politik-negara-islam capaian 20 Mac 2015 Taj, ‘Abd al-Rahman (1415 H), al-Siyasah al-Syar’iyyah Wa al-Fiqh al-Islami Kaherah: alAzhar. Mahmud Zuhdi b. Abdul Majid (1995), “Konsep Pemerintahan Islam dan Pendekatannya dalam Masyarakat Majmuk-Berasaskan al-Quran dan al-Sunnah,” Persidangan Pemerintahan Islam dalam Masyarakat Majmuk, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
14