1.0 PENGHARGAAN
Selamat sejahtera. Saya Kavitha a/p Panner Silvan, guru pelatih PISMP ambilan Jan 2013 dari Unit Bahasa Tamil (SK) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan sokongan untuk menyediakan tugasan projek ini. Saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya, Pn. Suzana atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau serta panduan beliau untuk menyediakan tugasan projek ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang banyak menolong kami semasa membuat tugasan projek ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan tugasan projek ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa menolong saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan projek ini. Sekian, terima kasih.
3.0 Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk dan mempunyai berbilang kaum. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Kaum – kaum yang lain tinggal di Malaysia ialah Kristian, Sikh, Kadazan, Murut, bajau, Iban dan lain – lain. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan ‘budaya’ lahir daripada cantuman perkataan ‘Sanskrit’ dan ‘Melayu’ yang membawa maksud ‘Kecergasan Fikiran dan Akal’. Budaya juga didefinisikan sebagai penjanaan pemikiran mereka seseorang apabila seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi. Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan. (dalam bukunya Budaya dan Pembelajaran, 2012) Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi amalan bersama dan dipatuhi oleh masyarakat tertentu. Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka. Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, kelakuan, dan lain – lain. Kebudayaan bermaksud cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. (dalam bukunya Budaya dan Pembelajaran, 2012). Budaya juga merujuk kepada aktiviti manusia berkait dengan fizikal, mental dan kerohanian. (dalam bukunya Malaysia dan Alam Sekeliling, 2012)
4.0 Huraikan persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat di Malaysia Tiga kaum yang majoriti ialah Melayu, Cina dan India. Kaum – kaum lain yang terdapat di Malaysia ialah Sikh, Sabah, Kadazan dan Orang asli. Walaupun rakyat di Malaysia beragama yang berbeza tetapi dalam kalangan kami terdapat persamaan dan perbezaan. 4.1 Persamaan budaya di Malaysia
Semua kaum memberi
Semua kaum merisik,
salam
meminang,
apabila
bertemu antara satu
bertunang
sama lain.
perkahwinan
Semua
kaum
Adab
makan nasi pada
jiran
setiap hari sebagai
saudara
dan
menziarahi ataupun
makan utama.
Apabila kita bertemu di mana – mana sahaja, kita akan memberi salam antara satu sama lain. Ada masanya kita akan bertemu dengan orang yang sama kaum dan ada masanya kita bertemu dengan kaum yang lain. (dalam bukunya Sivik dan Kewarganegaraan, 2007) Apabila orang Melayu bertemu mereka akan memberi salam seperti ‘assalamualaikum’, orang India akan memberi salam seperti ‘vanakkam’, orang Cina akan memberi salam ‘ ni hao mao’. Jika mereka bertemu dengan kaum lain, mereka akan memberi salam seperti ‘apa khabar’ dan
berpeluk antara satu sama lain. Inilah cara memberi salam antara kaum masing – masing. Ada yang berjabat tangan antara satu sama lain. Seterusnya, semua kaum melaksanakan langkah perkahwinan yang sama iaitu merisik, meminang, bertunang dan perkahwinan. Merisik adalah adat yang dikenali sebagai meninjau atau menengok. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Melalui adat merisik, kita boleh menyelidik latar belakang si gadis. Adakah si gadis ini mempunyai kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki sahaja seperti ibu atau bapa saudaranya. Meminang adalah pihak keluarga lelaki menghantar satu rombongan peminangan pada hari yang ditetapkan. Di samping itu, perbincangan mengenai hantaran, jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang dan perbelanjaan untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan. Bertunang adalah adat yang dijalankan oleh saudara – saudara terdekat sahaja. Adat ini dijalankan mengikut kaum masing – masing. Selepas itu, perkahwinan akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan. Bukan sahaja itu, semua kaum makan nasi sebagai makanan utama. Orang Cina dan orang Melayu makan nasi sebagai makanan utama dalam hidangan mereka. Walaupun orang India lebih gemar makan makanan roti seperti paratha, idli, thosai namun mereka tetap makan nasi sebagai makanan utama. Makanan orang India berasaskan rempah ratus dan merangkumi enam rasa dalam satu hidangan. Contohnya, manis, masam, masin, pahit dan pedas. Sebagai contoh, orang India terkenal dengan nasi yang dicampur rempah ratus seperti sambar, rasam manakala orang Melayu lebih suka nasi yang lemak bersantan, nasi goreng dan lain - lain. Orang Cina pula makan nasi dengan item – item yang rebus, kukus dan kuahnya bersifat sup ayam. Misalnya, nasi ayam, mi kicap dan nasi campur. Semua kaum mematuhi adab yang sama semasa menziarahi jiran atau saudara. Sebelum menziarahi jiran, mereka akan memilih masa yang sesuai dan memakai pakaian yang sopan. Semasa menziarahi, mereka akan memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke dalam rumah. (dalam bukunya Sivik dan Kewarganegaraan, 2007) Contohnya, Orang Melayu berkata ‘assalamualaikkum’ sebelum masuk ke dalam rumah. Jika jirannnya ataupun saudaranya membalas ‘mualaikkumsalam’ barulah mereka akan masuk ke dalam rumah. Semasa bercakap mereka merendahkan suara dan tidak mengambil masa yang lama semasa menziarahi. Semasa menziarahi jiran, mereka akan pergi dengan buah tangan. Selepas
menziarahi, mereka akan meminta izin untuk beredar dan memberi salam dan bersalaman sebelum beredar dari situ. Kaum Melayu, India dan Cina mengamalkan adab ini dalam kehidupan mereka. 4.2 Perbezaan budaya di Malaysia
Adat melenggang perut hanya terdapat dalam kaum Melayu dan masyarakat Orang Asli sahaja. Adat ini dikenali sebagai Kirim Perut oleh masyarakat Melayu. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. Adat ini tidak terdapat dalam kalangan kaum lain seperti Cina, India, Kaum Sabah dan Sarawak. Malah kaum lain menjalankan upacara lain semasa mengandung. Kaum Cina mengadakan kenduri dan kaum India mengadakan ‘valaikaapu’ semasa mengandung. Adat kematian antara kaum berbeza. Kaum Melayu membalut mayat dengan kain. Bagi lelaki, mereka perlu dibalut dengan tiga lapisan manakala perempuan dibalut dengan lima laipsan. Titisan air mata tidak boleh dijatuhkan pada tubuh jenazah. Waris si mati akan membaca doa dan memohon ampun dan maaf. Dalam kaum Cina, mayat dimandikan dan disolekkan. Mayat dipakaikan dengan baju yang cantik. Barulah mereka hantar mayat ke tanah perkuburan. Pada hari tersebut, semua orang mestilah memakai pakaian yang berwarna hitam. Dalam kaum India, mayat dimandikan dan dipakaikan dengan baju perkahwinan. Ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain. Selepas itu, kaum India mengadakan upacara seperti upacara menanggalkan thali, upacara vaaikarisi dan upacara kolli chatti. Si mati boleh dikebumikan ataupun boleh dibakarkan. Dalam kaum India, konsep kelahiran semula yang dipercayai oleh penganut agama Hindu. (dalam bukunya Malaysia dan Alam Sekeliling, 2012) Selain itu, memberi nama bagi bayi yang baru lahir mengikut kaum adalah berbeza. Kaum Melayu memberi nama mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi. Contohnya Mohd Nabil Fikri bin Mohd Kamaruddin. Manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih. Contohnya Nur Syafikah binti Hassan. Bagi kaum Cina namanya terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Contohnya bagi bayi lelaki ialah Oon Kai Shian, bagi bayi perempuan Oon Kai Sin. Sistem nama yang baik perlu merujuk dengan makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Dalam kaum India, sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Contohnya bagi bayi lelaki ialah Rahuvaran, bagi bayi perempuan Kasturi. Cara makan antara kaum adalah berbeza. Kaum Melayu, kaum India, etnik di Sabah dan Sarawak menggunakan tangan semasa makan. Mereka makan nasi dengan menggunakan tangan. Kaum Melayu makan dalam pinggan. Kaum India makan nasi dalam daun pisang dan ada masanya mereka makan dalam pinggan. Tetapi kaum Cina menggunakan penyapit iaitu ‘chopstick’. Mereka juga makan nasi dalam satu mengkuk kecil. Tetapi pada masa kini, ada yang makan nasi dengan menggunakan sudu dan garpu yang sama dengan budaya Barat. Bukan sahaja itu, adat menghias diri dalam kalangan kaum adalah berbeza. Kaum Melayu dan kaum India memakai inai untuk bertujuan upacara perkahwinan. Pemakaian inai adalah tidak tahan lama. Kaum India memakai inai pada tangan dan kaki manala kaum Melayu memakai inai pada tangan sahaja. Kaum Cina tidak menggunakan inai malah mereka menggunakan pewarna jari yang berwarna – warni. Kaum Sabah dan Sarawak menghias wajah tubuh mereka dengan tatu. Orang Penan, Iban dan pribumi mengamalkan pemakaian tatu. Pemakaian tatu ini tahan lama da nada motif – motif tertentu. Pemakaian tatu ini menyakitkan dan memberi kesan pada kulit si pemakai. Pantang larang bagi setiap kaum adalah berbeza. Pantang larang adalah kaedah untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Pantang larang kaum Melayu adalah tidak boleh duduk di atas bantal, takut ditumbuhi bisul. Pengajarannnya ialah ia adalah perbuatan yang kurang sopan lagipun ia adalah alas kepala ketika tidur. Pantang larang kaum India alah bayi dipeluk oleh ibunya ketika hujan supaya semangat bayi tidak hilang. Pengajarannya ialah bayi mungkin terkejut dan takut jika ditinggalkan oleh ibunya. Pantang larang Cina ialah pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah. Pengajarannya ialah pisau bukan bahan yang sesuai sebagai hadiah lagipun ia adalah salah satu kegunaan di dapur. Pantang larang orang Melanau adalah ibu yang mengandung tidak boleh memarut ruyung batang rumbia, takut kandungannya mati. Pengajarannya kerja memerut adalah tugas yang berat dan tidak wajar dilakukan oleh
wanita mengandung. Pantang larang orang Iban ialah jangan mengetuk telur dengan pisau, kayu, takut anak akan cacat. Pengajarannya ialah ialah ia merupakan perbuatan yang bahaya dan boleh melukakan tangan. Tarian tradisional bagi setiap kaum adalah berbeza. Kaum Melayu dan India menari tarian kuda kepang. Nama tarian ini dalam India ialah ‘poikal kuthirai’. Mereka akan menari dengan patung kuda buatan manusia. Kaum Melayu menari tarian Zapin dan Gamelan. Unsur jawa boleh dilihat dalam tarian Gamelan melalui seni tari. Kaum Cina menari Tarian Naga dan tarian Kipas. Mereka akan mempersembahkan tarian ini pada musim perayaan. Tarian Naga ini biasanya orang lelaki akan menari manakala perempuan akan menari tarian Kipas. Kaum India menari tarian Bharathanatyam, tarian Kathak, Kolattam dan lain – lain. Orang lelaki dan perempuan India akan menari tarian ini. Mereka menari dengan lagu klasik yang sesuai dengan tarian ini. Bagi Kolattam, mereka akan menari dengan menggunakan dua batang kayu. Orang Iban menari tarian Nyajat pada Hari Gawai. kaum Kadazan menari tarian Sumazau. Mereka akan menari tarian sebagai tanda kesyukuruan atas hasil tuaian padi yang banyak. Alat permainan antara kaum adalah berbeza. Antara alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui getaran pada tali yang ditegangkan ialah Tampura (India), Erh – Hu (Cina). Alat muzik yang dipukul pada kulit yang ditegangkan ialah Tabla (India), Geduk ( Melayu) dan Rebana (Melayu). Kaum Melayu menggunakan serunai untuk menghasilkan bunyi yang sama dengan kaum India iaitu Seruling. Walaupun mereka mempunyai sifat yang sama, tetapi rupa bentuk alat – alat muzik berbeza bagi setiap kaum. Alat muzik kaum Sabah ialah Gambus.
5.0
Langkah – langkah yang boleh diambil oleh pelajar, guru, dan sekolah bagi menjayakan usaha pihak kerajaan untuk membentuk satu ‘bangsa Malaysia’ yang hidup dalam persekitaran harmonis. Kerana perpaduan antara kaum negara kita masih maju dan berdiri tegak di persada
dunia. Inilah kekuatan dan kebanggaan bagi negara kita. Sekolah memainkan peranan yang penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, pelajar hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Apabila kita memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dari sejak kecil lagi. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum masih mengekalkan perpaduan. Sepertimana terdapat dalam lirik lagu 1 Malaysia iaitu ‘kerana perpaduan… kita masih bersama’. Antara langkah yang diambil oleh pelajar ialah pelajar perlu berkomunikasi yang baik dengan rakan – rakan yang berbilang kaum. Apabila kita belajar di sekolah menengah, kita dapat bergaul dengan pelajar yang berbilang kaum. Dalam sekelas, terdapat murid – murid beragama Islam, Buddha, Hindhu, Kridtian dan lain – lain. Kita janganlah berkomunikasi dengan rakan yang beragama sama dengan kita. Apabila kita berkomunikasi dengan murid lain, kita dapat mengetahui budaya, adat resam, latar belakang mereka. Melalui ini, kita dapat mewujudkan perpaduan antara satu sama yang lain. Selain itu, sebagai pelajar kita perlulah melayari internet untuk mengenali budaya, adat resam kaum lain. Apabila kita mengetahui mengenai budaya mereka, kita tidak akan menghina budaya kaum lain, malah kita akan menghormati budaya lain. Contohnya, apabila orang Melayu membaca doa semasa perhimpunan, pelajar bukan beragama islam perlulah senyap dan membaca doa mengikut agama masing – masing dalam hati kita sendiri. Antara langkah yang diambil oleh guru untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar ialah mengajar mereka mengenai budaya kaum lain. Dalam buku Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang terdapat topik – topik mengenai budaya, adat resam, pantang larang kaum lain. Sebelum mengajar topik ini, guru sendiri perlu mengetahui mengenai budaya kaum lain. Guru perlu mengutamakan aspek perpaduan melalui mengajar topik – topik tersebut. Bukan sahaja itu, guru juga mengadakan aktiviti kumpulan semasa pdp dan mengadakan pertandingan yang boleh melibatkan semua pelajar menyertai dalam pertandingan tersebut. Aktiviti kumpulan seperti membincang sesuatu topik dan membuat pembentangan di
hadapan kelas. Apabila pelajar bergerak secara kumpulan, mereka dapat berkongsi idea sesuatu topik dan akan membentangkan tajuk dengan baik. Pertandingan seperti mewarnakan poster Satu Malaysia, mendeklamasikan sajak, membuat drama yang bertema budaya boleh dijalankan di peringkat sekolah dan memberi syarat dalam sekumpulan mesti ada tiga kaum yang berbeza. Melalui ini, kita dapat memupuk perpaduan antara satu sama lain. Pihak sekolah perlu menyambut perayaan kaum – kaum di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun baru Cina, Krismas di sekolah. Semasa meraikan perayaan, pihak sekolah menyediakan makanan tradisional pada hari tersebut. Pelajar – pelajar sekolah digalakkan datang sekolah dengan memakai pakaian tradisional kaum – kaum lain. Contohnya, pada hari tersebut, pihak sekolah meraikan Hari Raya Aidilfitri, semua pelajar digalakkan memakai pakaian tradisional kaum Melayu iaitu baju kurung, baju kebaya, baju Melayu. Jika kita memakai pakaian tradisional kaum lain bukannya bermakna kita menjadi Orang Melayu. Memakai pakaian tradisional bermakna kita menghayati budaya kaum lain. Pihak sekolah juga menyambut hari Kemerdekaan, Hari Malaysia di sekolah. Sambutan ini menjadi satu jambatan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah perlu memaparkan lagu patriotik seperti Tanggal 31, Keranamu Malaysia, Merahmubara, Dunia kian berubah untuk mencuitkan semangat patriotik dan perpaduan dalam jiwa pelajar – pelajar. Melalui ini, pelajar – pelajar tidak akan mengingat bahawa mereka orang India, Melayu, Cina tetapi mereka akan menghayati bahawa mereka adalah anak Malaysia. Pihak sekolah juga mengadakan kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Dalam kempen ini, pihak sekolah membawa penceramah yang bermotivasi dan mempunyai semangat perpaduan dalam jiwanya. Melalui kempen ini, penceramah perlu membincang topik mengenai budaya, adat resam, perayaan kaum – kaum di Malaysia. Melalui inilah pelajar – pelajar akan menghormati dan menghayati kebudayaan, adat resam dan perayaan kaum – kaum di Malaysia. Dengan ini, mereka tidak akan memandang rendah terhadap kaum lain. Konklusinya, bagi menjayakan usaha pihak kerajaan untuk membentuk satu ‘Bangsa Malaysia’, peranan pelajar, guru dan pihak sekolah amat penting. Murid – murid diibaratkan sebagai pokok bunga. Jika pokok bunga mendapat air, cahaya matahari, baja akan menyebabkan pokok bunga membesar dengan sihat dan baik. Begitu juga dengan pelajar.Jika guru dan pihak sekolah memberi kefahaman mengenai kebudayaan kaum di Malaysia, maka mereka akan menghayati dan membesar dengan penuh semangat perpaduan dalam jiwa mereka.
6.0 Rumusan Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan budaya ini. Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat sepertimana yang dikatakan dalam Perlembagaan Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 tidak dapat dilupai oleh setiap orang dalam kehidupan mereka. Ia merupakan tanda hitam dalam Sejarah Malaysia. Ia telah menjejaskan hubungan antara etnik. Jika ada semangat perpaduan dalam kalangan kita, mungkin peristiwa tersebut tidak akan berlaku. Kita mengambil peristiwa ini sebagai satu pengajaran dalam kehidupan kita. Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang malah perpaduan sesebuah negara bergantung kepada pembangunan negara. Oleh itu, Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi. Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan memahami kebudayaan, adar resam kaum lain di Malaysia.
7.0 Rujukan Buku : Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon.2012. Budaya dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Jasiman Ahmad.2007. Hidup Bermasyarakat.Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn. Bhd Mohd Sohaimi Esa.2012.Malaysia dan Alam Sekeliling.Kuala Lumpur: Freemind bHorizons Sdn Bhd. Internet :
https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-resam-kelahiran-masyarakatmalaysia-19/ - muat turun pada 18 Februari 2015 http://kajiantempatantahun5wtsahrum.blogspot.com/2013/04/pantang-larang-semasa-kematiankaum.html - muat turun pada 18 Februari 2015 https://cikgusivik9192.wordpress.com/nota/tema-4-kenali-budaya-malaysia/ - muat turun pada 18 Februari 2015 https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-dimalaysia-18/ - muat turun pada 19 Februari 2015 http://dearsaya.blogspot.com/2011/11/persamaan-makanan-tradisional-antara.html - muat turun pada 19 Februari 2015 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&id=1421:tarian-dan-kesenian
-
muat turun pada 19 Februari 2015 http://funcrayons.blogspot.com/2014/07/pt3-sejarah-2014-langkah-langkah-untuk.html turun pada 25 Februari 2015
-
muat
LAMPIRAN
SENARAI KANDUNGAN
BORANG MAKLUM BALAS BORANG PENGAKUAN DIRI SOALAN TUGASAN
1.0
PENGHARGAAN
2.0
PENULISAN REFLEKTIF MENGENAI PAMERAN
3.0
PENGENALAN
4.0
HURAIKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA 4.1 PERSAMAAN BUDAYA DI MALAYSIA 4.2 PERBEZAAN BUDAYA DI MALAYSIA
5.0
LANGKAH – LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PELAJAR, GURU, DAN SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN USAHA PIHAK KERAJAAN UNTUK MEMBENTUK SATU ‘BANGSA MALAYSIA’ YANG HIDUP DALAM PERSEKITARAN HARMONIS.
6.0
RUMUSAN
7.0
RUJUKAN
8.0
LAMPIRAN
TUGASAN 2: PENULISAN ESEI
TUGASAN 1:
PENULISAN ESEI YANG REFLEKTIF MENGENAI PAMERAN