Nama Tarikh Lahir Idola Cita-cita Bidang pilihan Pendidikan
Kejayaan
Wartawan Kak Erly
Wartawan Kak Erly
: : : :
Erly Furhana Furni bt Saharudin 2 Jun 1992 Nabi Muhammad saw dan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary Ingin menjadi seorang doktor yang berjaya dan dapat berkhidmat Kepada masyarakat dengan baik sekali. : Bidang perubatan, ingin melanjutkan pelajaran ke India atau Ireland. : 1. Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung (Tahun 1-6) 2. SMK Aminuddin Baki (Tingkatan 1) 3. SMK Bukit Sentosa (Tingkatan 2-5) : (bidang akademik) 1. 5A (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) 2. 8A (Penilaian Menengah Rendah) : Pada pendapat saudari, apakah ciri-ciri yang menjadikan seseorang pelajar itu, pelajar cemerlang? : Pada pendapat saya, seorang pelajar cemerlang perlulah mempunyai keazaman yang tinggi, tidak mudah berputus asa dan sentiasa rajin berusaha. Selain itu, pelajar tersebut perlulah banyak mengajukan pertanyaan tanpa rasa malu terutama sekali tentang perkara yang kurang difahami, kerana kata orang, malu bertanya, sesat jalan. Selain itu, hubungan sama ada dengan pencipta, mahupun manusia perlulah dipelihara. Seseorang pelajar itu haruslah yakin dengan kuasa Tuhan, sentiasa menjalankan ibadah wajib dan sunat serta tidak putus-putus berdoa mengharapkan keredaanNya. Seterusnya, hubungan dengan manusia, terutamanya ibu bapa adalah sangat penting. Ibu bapa wajib dihormati dan dijaga perasaan mereka kerana keredaan Tuhan terletak pada kerdaan ibu bapa. Hubungan dengan guru-guru serta rakan sebaya juga tidak kurang pentingnya. : Apakah pendapat saudari tentang masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada masa kini? : Pada masa kini, kini , media menjadi sendi kepada segala permasalahan yang berlaku, terutamanya dalam kalangan remaja. Paparan melampau oleh media sama ada media elektronik dan media cetak dengan mudah merasuki minda remaja, ditambah pula dengan minda mereka yang ternyata sangat mudah dipengaruhi. Selain, itu, kebanyakan remaja pada masa kini langsung tidak boleh ditegur. Mereka hanya menganggap diri mereka sahaja yang betul, justeru memberontak apabila ditegur oleh pihak yang sebenarnya berasa risau tentang mereka seperti ibu bapa dan guru-guru. Latar belakang keluarga juga memberi impak yang besar. Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak membuatkan anak-anak berasa tidak dipedulikan dan keluar dari rumah untuk mencari hiburan. Kurangnya kesedaran tentang hal-
hal yang lebih penting seperti pelajaran dan nilai kekeluargaan menambah buruk lagi keadaan ini. Selain itu, saya juga berpendapat pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik tidak semestinya akan cemerlang dari segi disiplin. Bagi mereka, apa yang mereka pelajari dalam bilik darjah hanya berakhir di situ. Segala input yang berguna dalam kehidupan yang sebenarnya terdapat dalam setiap subjek yang mereka pelajari tidak digunapakai sebaik mungkin. Wartawan Kak Erly
Wartawan Kak Erly
Wartawan
Kak Erly
Wartawan
: Bolehkah saudari nyatakan jawatan yang pernah saudari pegang serta anugerah yang telah saudari perolehi? : Tentu boleh. Ketika berada di tahun enam, saya telah dipilih untuk memegang jawatan Penolong Ketua Pengawas. Selain itu, saya juga diberi kepercayaan untuk menjadi naib pengerusi dan setiausaha bagi beberapa kelab dan persatuan yang saya sertai. Seterusnya, pada peringkat sekolah rendah, saya telah dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum bagi tahun tersebut. Pada peringkat sekolah menengah, sekali lagi saya dilantik menjadi Penolong Ketua pengawas bagi tahun 2009. Dalam aktiviti kokurikulum pula, saya dipilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa bagi unit uniform Pandu Puteri. : Adakah jawatan-jawatan yang saudari pegang menganggu tumpuan saudari terhadap pelajaran? : Tidak sama sekali. Dengan setiap bantuan dan sokongan para guru di sekolah ini, saya dapat mengimbangi pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Kokurikulum tidak sepatutnya dianggap sebagai sesuatu yang menganggu jadual sebagai seorang pejara, tetapi dimasukkan ke dalam jadual harian pelajar serta diletakkan sama penting dan sama tinggi dengan akademik para pelajar. : Bagaimanakah method saudari sendiri untuk cemerlang dalam akademik dan pada masa yang sama, cemerlang dalam bidang kokurikulum? : Terus terang saya katakan, saya tidak mempunyai jadual yang spesifik. Saya juga sering belajar pada saat-saat terakhir. Namun begitu, cara belajar sebegini sebenarnya mempunyai peraturan yang tertentu. Palajar yang suka belajar µlast minute¶ seharusnya sentiasa memberikan tumpuan penuh dalam kelas ketika guru sedang belajar. Jika tidak, pelajar tersebut tidak akan dapat menguasai pelajarannya pada sat-saat terakhir, seterusnya berasa panik akibat gagal memahami perkara yang wajib difahami dan akhirnya, mereka kecundang dalam peperiksaan yang mereka duduki. : Apakah faktor utama yang membawa saudari kepada kejayaan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM?
Kak Erly
: Faktor utama bagi kejayaan saya ialah mengetahui apa yang kita kehendaki atau lebih mudah, mengetahui µtarget¶ saya iaitu untuk mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang saya ambil. Saya juga memaksa diri saya untuk bersaing dengan rakan-rakan seperjuangan saya. Selain itu, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya membuat pilihan yang nyata terbaik untuk diri saya. Cara belajar yang terbaik ialah bersandarkan konsep µstudy smart¶ yang bermaksud belajar dengan bijak. Jika saya berasa yang saya jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain, saya akan segera belajar tajuk-tajuk tertentu tanpa bertangguh. Walaubagaimanapun, aspek sosial tidak pernah saya abaikan. Saya masih bergaul dengan rakan sebaya dan bukannya hanya belajar sepanjang masa. Seterusnya, saya memperkayakan diri saya dengan ilmu yang tidak dapat kita peroleh secara formal, iaitu pengalaman. Sebagai contoh, saya pernah menyertai satu kem yang dianjurkan di Thailand. Sepanjang kem tersebut, saya memperoleh pelbagai jenis ilmu serta pengetahuan seperti budaya masyarakat Thailand yang menghormati golongan diraja. Setiap perkara baik yang saya perolehi melalui pemerhatian di negara tersebut saya jadikan tauladan, manakala yang buruk, saya jadikan sempadan. Faktor utama yang terakhir ialah aspek hubungan seperti yang saya katakan tadi, iaitu hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Setiap satu hubungan yang terjalin tak akan say alepaskan dengan mudah. Akan saya pelihara agar silaturrahim yang mesra sentiasa terjalin.
Wartawan
: Akhir sekali, apakah pesanan saudari kepada para pembaca Anjung Sentosa 2010? : Pesanan saya kepada para pembaca yang budiman, yang pertama, kita perlulah mengetahui apa yang kita kehendaki dan membuat pilihan yang terbaik untuk kehidupan dalam jangka masa panjang. Kita perlulah sentiasa cuba untuk memperbaiki diri kita, daripada yang buru, kepada yang baik, dan daripada yang baik, kepada yang lebih baik. Ingatlah, sifat malas sememangnya wujud dalam diri setiap manusia. Namun, yang membezakan kita ialah sama ada kita melawan sifat tersebut atau hanya menurut. Selain itu, kita harus lebih berhati-hati dalam memilih rakan sebaya. Rakan sebaya yang terbaik ialah rakan yang mengajak kita ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Seterusnya, para pembaca perlu menghindarkan diri daripada masalah sosial yang berleluasa. Jangan jadikan diri sebagai mangsa gejala sosial yang pada akhirnya, akan memakan diri.
Kak Erly
Wartawan
: Sekalung terima kasih saya hulurkan buat saudari kerana sudi diwawancara. Tidak lupa juga tahniah saya ucapkan atas kejayaan
Kak Erly
saudari. Saya mewakili kru sidang redaksi ingin mengucapkan selama maju jaya dan semoga saudari berjaya mencapai kejayaan yang diingini dalam hidup seterusnya menjadi insan yang tekun berkhidmat untuk masyarakat dan negara. : Sama-sama dan terimak kasih kembali.