Kaedah Temu Bual
Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) b) c) d)
Menerangkan ciri-ciri kaedah temu bual Membezakan antara beberapa jenis kaedah temu bual Menjelaskan Menjelaskan proses kaedah temu bual Menghuraikan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan kaedah temu bual
Mukadimah Apakah kaedah temu bual? Kebaikan dan keburukan kaedah temu bual Proses kaedah temu bual Jenis temu bual Garis panduan
1
Mukadimah Bab ini membincangkan penyelidikan dalam bilik darjah dengan tumpuan kepada ciri-ciri penyelidikan dalam bilik darjah, komponen-komponen utama penyelidikan dalam bilik darjah
Apakah Kaedah Temu Bual?
Tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-wakil syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta, kad kredit, bank dan sebagainya. Temu bual adalah satu perbualan antara dua orang atau lebih (penemu bual dan yang ditemu bual). Temu bual biasanya untuk memperolehi maklumat daripada seseorang. Sesetengah pakar mencadangkan bahawa temu bual merupakan soal selidik yang mendapatkan maklumat secara lisan daripada perbualan bersemuka dengan seseorang. Temu bual dengan murid memberi peluang kepada guru untuk memahami dengan lebih lanjut tentang pandangan dan persepsi mereka sesuatu; seperti masalah yang dihadapi. Maklumat temu bual direkod dengan mencatat nota dan rakaman audio dan juga rakaman video. Instrumen yang diguna melibatkan soalan temu bual dan borang senarai semak. Menurut Patton (1980), temu bual ialah salah satu cara penyelidik dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Contohnya penyelidik yang ingin mengetahui buku-buku yang dibaca kanak-kanak boleh temu bual mereka bagi mengetahui pemilihan jenis bahan bacaan yang digemari. Ibu bapa boleh ditemu bual untuk mengetahui bagaimana mereka menyokong tabiat dan minat membaca anak-anak mereka.
Kebaikan dan Keburukan Kaedah Temu Bual
Apakah kelebihan temu bual?
Penyelidik boleh menerangkan dengan jelas tujuan kajian dan jenis maklumat yang diinginkan. Penyelidik boleh membantu responden sekiranya ia tidak memahami soalan.
2
Penyelidik boleh menggunakan bahan-bahan visual (seperti gambar foto, rajah, bahan realia) untuk mengilustrasi sesuatu. Sekiranya penyelidik mendapati murid mengalami keresahan atau stres dia boleh tenangkan subjek atau menamatkan sesi sama sekali.
Kaedah temu bual paling sesuai untuk kanak-kanak dan subjek tidak begitu fasih membaca soal selidik. Kemungkinan tinggi maklumat yang diberikan oleh murid atau responden adalah benar kerana penyelidik boleh mengesannya kerana dia berhadapan dengan subjek. Penyelidik juga boleh menyemak sama ada maklumat yang dikumpulkan adalah lengkap atau mencukupi . Sekiranya tidak, dia boleh tanya soalan tambahan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada responden. Juga penyelidik yang mengetahui latar belakang murid yang ditemu bual akan berhati-hati menanya soalan-soalan yang agak sensitif atau menyentuh peribadi murid. Temu bual sangat berguna pada peringkat awal sesuatu projek penyelidikan apabila penyelidik ingin membina soal selidik . Melalui temu bual dia dapat memastikan apa yang hendak ditanya dalam soal selidik.
Apakah kelemahan kaedah temu bual?
Kaedah ini mengambil masa yang panjang berbanding kaedah yang lain. Melibatkan kos yang tinggi sekiranya responden tinggal jauh daripada tempat tinggal penyelidik. Latar belakang penyelidik (seperti jantina, etnik) mungkin mungkin mempengaruhi jawapan murid. Takut meluahkan jawapan sebenar. Murid mungkin memberi jawapan yang dirasai penyelidik mahu. Ini kerap berlaku apabila guru temu bual murid kerana mereka memberi jawapan yang diingini guru yang bukan jawapan sebenar.
a) Apakah kaedah temu bual? b) Jelaskan kebaikan dan keburukan penggunaan kaedah temu bual untuk mengumpul data dalam bidang pendidikan. 3
Proses Kaedah Temu Bual
Selepas mendapatkan kebenaran responden pengkaji perlu membuat persediaan untuk menjalankan temu bual. Di antara langkah-langkah atau panduan perlu di beri perhatian semasa menjalankan temu bual ialah: 1)
Memberikan imej yang positif dengan memakai pakaian yang sesuai, sampai lebih awal atau tepat pada masa, bersikap mesra dan bersopan santun
2)
Menjelaskan maklumat adalah sulit.
3) Menjelaskan siapa yang akan mengakses maklumat yang diperolehi. 4)
Menyediakan soalan yang sesuai dengan bahasa yang mudah untuk temubual
5)
Memutuskan lebih awal sama ada temu bual dalam bentuk tidak formal atau formal
6)
Menyediakan buku catatan dan memastikan peralatan lain seperti tape recorder dan sebagainya dalam keadaan baik
7)
Mendapatkan kebenaran responden untuk merakam perbualan atau temu bual tersebut jika perlu
8)
Membawa bersama kebenaran bertulis yang telah diperolehi
4
9)
Menerangkan format dan jenis temu bual
10) Menyediakan soalan yang sesuai dengan bahasa yang mudah untuk temu bual . 11) Memberikan perhatian terhadap apa yang diperkatakan 12) Mengutamakan soalan yang penting terlebih dahulu 13) Menanyakan soalan yang sesuai sahaja 14) Elakkan membina soalan yang bias 15) Elakkan soalan yang memberi panduan jawapan 16) Pastikan soalan yang diajukan tidak menyentuh sensitivity responden 17) Elakkan memberi soalan berbentuk paksaan kepada responden 18) Membenarkan responden review apa yang diperolehi melalui temu bual bagi memastikan maklumat yang diperolehi adalah tepat dan mewakili responden 19) Memberi peluang responden menanyakan soalan jika perlu.
Jenis Temu Bual
Terdapat DUA jenis temu bual utama iaitu Temu Bual Berstruktur (atau Tertutup) dan Temu Bual Mendalam (atau Terbuka). Lihat Rajah 8.1.
Temu Bual
Temu Bual Mendalam
Temu Bual Berstruktur
Temu Bual Separa Berstruktur
Temu Bual Tak Berstruktur
Rajah 1 Jenis Temu Bual
5
1) Temu Bual Berstruktur ( Structured I nterview )
Temu Bual Berstruktur melibatkan bertanya soalan-soalan pada seti ap murid atau responden. Urutan soalan-soalan yang tanya dan perkataan yang digunakan untuk soalan-soalan adalah sama bagi setiap murid. Lazimnya, penyelidik tidak cuba mencungkil ( probe) pandangan atau persepsi murid selain yang ditanya dalam soalan-soalan. Contohnya: “Murid yang merokok mesti di hukum sekeras-kerasnya” Setuju
Tidak Setuju
Jawapan untuk setiap soalan ditetapkan seperti ditunjukkan di atas. Temu bual berstruktur membolehkan penyelidik membuat perbandingan dan membuktikan sama ada hipotesis diterima atau ditolak. Oleh kerana temu bual berstruktur menghadkan jawapan, murid tidak dapat meluahkan pandangan atau perasaan mereka selain yang ditanya.
2) Temu Bual Mendalam (I n-depth I nterview )
Temu bual mendalam merupakan interaksi antara penyelidik dan responden berlangsung dalam bentuk perbualan dan ini membolehkan seseorang penyelidik ‘menyelidik secara mendalam, mendapatkan petunjuk-petunjuk baru, menunjukkan dimensi baru bagi sesuatu masalah dan mendapatkan maklumat tepat berdasarkan pengalaman individu yang ditemu bual. Temu bual mendalam dijalankan dengan tujuan mendapatkan maklumat terperinci tentang perasaan, pandangan, pendapat dan sikap murid. Penyelidik ingin memahami dengan lebih mendalam mengapa sesuatu fenomena wujud dalam kalangan murid. Contohnya, pendapat murid tentang kepentingan kerja rumah, masalah buli, pengabaian murid pencapaian rendah dan sebagainya. a) Temu Bual Tak Berstruktur - Temu bual tak berstruktur lebih terbuka. Soalansoalan yang ditanya lebih umum dan terbuka dan murid bebas menjawab. Murid berpeluang meluahkan perasaan, pandangan dan sikap mereka terhadap sesuatu. Mereka juga diberi peluang menceritakan peristiwa-peristiwa peribadi dengan cara mereka sendiri. Dalam temu bual tak berstruktur, murid dianggap sebagai aktif dan jawapannya tidak terhad kepada menjawab soalan-soalan seperti mana terdapat pada temu bual berstruktur. Jenis temu bual ini sungguh sesuai jika tujuan penyelidik ialah untuk memahami dan mencari makna tentang pandangan, nilai, persepsi dan perasaan murid yang ditemu bual. b) Temu Bual Separa Berstruktur - Temu bual separa berstruktur digunakan apabila penyelidik tidak bertujuan untuk menghadkan jawapan murid kepada satu siri soalan tertutup (seperti terdapat pada temu bual berstruktur) atau pun terlalu terbuka (seperti temu bual tak berstruktur). Untuk temu bual separa
6
berstruktur, penyelidik bertanya murid soalan-soalan yang sama kepada dengan format yang sama (seperti soalan dalam temu bual berstruktur). Tetapi yang membezakan, penyelidik boleh mencungkil ( probe) pendapat murid untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada murid yang ditemu bual. Juga penyelidik boleh bertanya soalan tambahan sekiranya jawapan yang diperolehi daripada murid tidak mencukupi atau kurang jelas.
Contohnya: “Murid yang merokok mesti di hukum sekeras-kerasnya”
Setuju
Tidak Setuju
Sekiranya murid menjawab ‘tak setuju’, penyelidik mungkin bertanya, “Mengapakah anda tidak bersetuju bahawa murid yang merokok di hukum sekeras-kerasnya?”
Garis Panduan Menemubual Murid Sekolah Rendah
Berikut ini ialah garis panduan menemubual kanak-kanak:
Adalah saya memberi nama dan kerjaya saya dengan menggunakan perkataan yang mudah? Adakah saya membantu kanak-kanak yang saya temu bual menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling? Adakah saya memberitahu murid tentang tujuan perbualan ini? Adakah saya memberi murid peluang bertanya saya? Adakah bahasa yang saya gunakan mengambil kira tahap penguasaan murid dan umur murid? Adakah saya saya menjelaskan perkataan dan istilah yang teknikal? Adakah saya memberitahu murid yang saya akan menukarkan topik? Adakah soalan yang saya tanya mudah difahami murid? Adakah saya memberi murid peluang meluahkan pandangan dan pendapatnya?
[sumber: Ann Graffam Walker, Ph.D]
7