Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
KEPENTINGAN SASTERA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK- KANAK PRASEKOLAH
Zainiah Mohamed Isa Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
[email protected]
A. PENGENALAN
Tidak banyak diperkatakan mengenai sastera di dalam pendidikan kanak-kanak, terutamanya di peringkat prasekolah. Namun dapat dilihat bahawa sastera kanak-kanak sememangnya memainkan peranan penting di dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut definisi yang diberikan oleh Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanakkanak, serta dinukilankan dalam be ntuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen. Menurut Glazer (2000), buku kanak-kanak adalah buku-buku yang ditulis bagi tujuan pembacaan kanak-kanak ataupun buku yang menjadi bacaan kanak-kanak, tidak kira apa jua bentuk penulisannya samada ianya buku cerita (berbentuk fiksyen) dan bukan fiksyen yang ditulis untuk memberi maklumat, atau pun buku yang menggunakan bahasa berirama seperti lagu, sajak pantun dan lain-lain. Dapatlah disimpulkan sastera kanak-kanak adalah juga buku kanak-kanak yang menitik beratkan tema, minat kanak-kanak, sifat kanak-kanak, dan keperluan tahap pembacaan kanakkanak. Ini bertujuan bertujuan agar bahan bacaan yang dihasilkan dihasilkan bersesuaian dengan kanak-kanak. Oleh itu sastera kanak-kanak sebenarnya sesuai digunakan sebagai jambatan bagi membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
y m . u d e . i s p u . m p p f @ h a i n i a z
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
B. JENIS-JENIS PERKEMBANGAN 1. Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Perkembangan bahasa dan komunikasi amat penting semasa kanak-kanak masih di peringkat prasekolah. Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PKK, 2000) menggariskan prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa ba hasa yang mereka pelajari pe lajari..
Sastera kanak-kanak boleh digunakan untuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Ini boleh dilakukan melalui bacaan bacaan secara kuat kepada kanak-kanak di bilik darjah. darjah. Melalui aktiviti bacaan secara secara kuat ini kanak-kanak akan berpeluang mendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis cerita yang telah didengar atau yang telah dibaca oleh mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003). Dengan mendengarkan pembacaan buku, secara tidak lansung kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatian mereka. Disamping itu itu juga pembacaan buku akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak. Bagi pembaca baru pula, membacakan buku secara kuat ini juga akan memperkenalkan cara menggunakan buku serta fungsi buku kepada mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003).
2. Perkembangan Kognitif
Menurut Kurikulum Pendidikan Awal (KPM, 2000), Komponen Perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Teori Perkembangan Kognitif Piaget diguna pakai dengan meluas di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Teori beliau juga dikenali sebagai teori konstruktif kerana kanak-kanak secara terus menerus membina pengetahuan melalui proses membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada (Wardel,2000). Jika dilihat pada teori Piaget kanak-kanak prasekolah adalah berada di peringkat praoperasi di mana pada peringkat itu berlaku perkembangan drastik dalam penggunaan simbol mental untuk menyatakan objek, orang dan peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak(Anselmo & Franz, 1995). Menurut Lynch- Brown (1999), melalui sastera juga perkembangan kognitif dapat diterapkan kepada kanak-kanak dengan cara memberikan pengetahuan baru dan mempertingkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pengetahuan yang sedia ada. Buku kanakkanak membekalkan banyak maklumat yang kanak-kanak tidak boleh dapati daripada penerokaan dan pemerhatian persekitaran mereka. Melalui buku kanak-kanak boleh mecari nama saintifik sesuatu tumbuhan, maklumat tambahan mengenai apa jua bidang yang mereka sedang kaji, kaji, mengetahui maklumat mengenai mengenai kanak-kanak yang yang berada di nagara lain lain dan bermacam-macam pengetahuan. Dengan adanya ensiklopedia ensiklopedia kanak-kanak di bilik darjah akan membantu kanak-kanak yang boleh membaca untuk mencari maklumat secara berdikari.
y m . u d e . i s p u . m p p f
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
buku sebegini membantu pemikiran kritikal kanak-kanak untuk berkembang. Buku-buku konsep seperti buku yang memperkenalkan abjad, bentuk, warna, binatang, buah-buahan, haiwan dan nombor amat amat berkesan dalam pendidikan di peringkat awal kanak-kanak kanak-kanak ini. Guru boleh menggunakan buku konsep sebagai bahan yang menyokong pengajaran sesuatu tema yang diperkenalkan dalam kurikulum mereka. Namun begitu bentuk persembahan buku konsep perlu dibuat dengan lebih kreatif dan bermakna agar tidak membosankan. Menurut Glazer (2000), kanak-kanak di peringkat prasekolah juga boleh dilatih membuat andaian dengan cara menunjukkan kulit buku dan bertanyakan kepada kanak-kanak tentang gambar di kulit buku tersebut. tersebut. Minta kanak-kanak membuat penekaan penekaan tentang cerita cerita apakah yang bakal mereka dengar berdasarkan gambar di kulit buku tersebut. tersebut. Setelah selesai membaca buku minta mereka mengesahkan samada tekaan mereka tadi benar atau tidak benar. Semasa membaca buku juga galakkan kanak-kanak membuat penekaan terhadap cerita tersebut mengenai apa yang akan berlaku seterusnya. seterusnya. Cabar pemikiran mereka memikirkan memikirkan kesudahan-kesudahan yang lain bagi cerita tersebut. Dengan menggunakan buku juga kanak-kanak akan dapat mempertingkatkan cara berfikir mereka serta berupaya melihat sebab musabab secara logik. Mereka juga menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal dan belajar bagaimana hendak menyelesaikan masalah. Selain daripada itu itu membacakan banyak buku untuk kanak-kanak akan dapat mengajar kanak-kanak untuk membuat membuat perbandingan. Contohnya, kanak-kanak akan dapat melihat buku buku tentang kucing yang kita baca hari ini berbeza dengan buku tentang kucing yang telah kita baca sebelumnya. Mungkin watak kanak-kanak yang yang kita baca kali ini ini membaca cerita yang yang berlainan terutama jika cerita itu dari siri yang sama akan mengundang penyataan-penyataan tentang apa yang berbeza daripada kanak-kanak. Begitu juga juga dengan membaca membaca buku tentang kehidupan kanak-kanak lain yang berada di negara lain menggalakkan kanak-kanak membuat perbandingan tentang cuaca, masa masa dan cara kehidupan yang berbeza. Guru patut menggunakan peluang ini juga untuk memperkenalkan pakaian, makanan, dan perayaan-perayaan yang berbeza yang terdapat antara pelbagai budaya di negara kita.
3.
Sastera dan perkembangan personaliti kanak-kanak kanak-kanak
Objektif perkembangan sosio emosi Kurikulum Prasekolah adalah untuk kanak-kanak membina kemahiran emosi untuk memahami diri dan orang lain(KPM, 2000). Adalah diharapkan kanak-kanak akan mengamalkan tingkah laku yang baik dan mempunyai konsep kendiri yang positif serta membina kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat. Namun begitu perkembangan sosio-emosi adalah lebih bersifat kurikulum berbentuk objektif jangka panjang dan lebih bersifat afektif. Pada usia prasekolah ini juga merupakan usia terbentuknya tentang kepercayaan tentang sikap kendiri dan juga penilaian kendiri tentang apa yang mereka boleh lakukan. Kanak-kanak yang tahu bahawa individu yang rapat dengannya begitu menghargai dirinya akan mendapat sikap mempercayai diri sendiri (Wardel, 2003). Oleh itu guru dan ibubapa boleh menggunakan
y m . u d e . i s p u . m p p f
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
mereka kepada kanak-kanak (Tan et al, 2003) yang boleh dilakukan melalui aktiviti membaca secara kuat. Di peringkat seterusnya seterusnya kanak-kanak mahukan autonomi, mahu mahu membuat membuat eksplorasi sendiri sendiri dan mahu mengawal mengawal yang lawannya ialah ialah rasa ragu-ragu. Peringkat ketiga ketiga pula kanak-kanak mempunyai perasaan inisiatif lawan lawan rasa bersalah. bersalah. Buku cerita boleh boleh juga digunakan sebagai satu sumber bagi memberi panduan kepada kanak-kanak mengenai personaliti yang baik dan sesuai bagi kanak-kanak yang sebaya dengan mereka (Lynch- Brown, 1999). Melalui pembacaan buku kanak-kanak akan membuat pertimbangan samada pelakuan watak di dalam buku itu bersesuaian atau tidak dan membuat pemilihan samada untuk dijadikan tauladan atau sempadan sempadan . Kanak-kanak juga juga akan belajar memahami perasaan mereka sendiri, menghargai diri sendiri dan belajar bagaimana untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka secara bersesuaian dan berkesan. Adalah menjadi keperluan bagi kanak-kanak bagi membuat pilihan dan mengambil tindakan sendiri dalam melakukan sesuatu. Begitu juga juga di peringkat yang keempat iaitu iaitu kanakkanak berada di peringkat industri (menghasilkan sesuatu) lawan rasa rendah diri. Dengan memberi pilihan mengenai buku apa yang kanak-kanak hendak guru bacakan untuk mereka akan menggalakkan kanak-kanak membuat pilihan (Hart-Hewins (Hart-Hewins & Wells, Wells, 1990). Bagi memudahkan proses membuat pilihan sediakan dua atau tiga pilihan buku bagi kanak-kanak. Guru harus memastikan beliau bersedia untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan buku yang dipilih oleh kanak-kanak. Dengan membenarkan kanak-kanak membuat membuat pilihan guru-guru memenuhi keperluan kanak-kanak yang suka kepada autonomi membuat keputusan bagi sesuatu perkara. Melalui pemilihan buku yang dubuat oleh kanak-kanak, guru-guru juga akan mendapat idea daripada buku yang dipilih oleh kanak-kanak mengenai minat kanak-kanak pada ketika itu. Melalui pemilihan tersebut juga guru-guru mengetahui tentang kebolehan kanak-kanak kerana biasanya kanak-kanak menyukai menyukai bahan yang boleh boleh dikuasai oleh mereka. Biasanya kanak-kanak akan meminta dibacakan buku yang sama berulang-ulang kali, dan ini memberi peluang kepada mereka bagi membiasakan diri dengan buku tersebut sehingga mereka boleh menghafal cerita tersebut. Daripada penghafalan, kanak-kanak akan mendapat kefahaman tentang struktur ayat dan menghubungkan bunyi huruf dengan perkataan sebelum boleh mendekod teks sepenuhnya.
4.
Perkembangan Kerohanian dan Moral.
Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan berdasarkan kepada Al-Quran Al-Quran dan AsAsSunah. Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan sesaorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral (KPM, 2000). Piaget dan Kohlberg (Tan et all, 2003) melihat perkembangan moral berlaku peringkat demi peringkat peringkat selari dengan perkembangan kognitif. kognitif. Piaget menerangkan 2 peringkat bagi perkembangan moral, moral, iaitu di peringkat peringkat pertama kanak-kanak sukar sukar melihat melihat sesuatu situasi
y m . u d e . i s p u . m p p f
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
Menurut Tan et all (2003), Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada 6 peringkat yang mengfokus kepada keupayaan kanak-kanak mengadili dan bagaimana mereka menyelesaikan dilema yang berkaitan berkaitan dengan moral. Di peringkat pertama orientasi ke arah hukuman dan ketaatan iaitu mereka mengikuti peraturan kerana takutkan hukuman. Di peringkat kedua pula ialah melakukan sesuatu berdasarkan keinginan dan untuk mendapatkan sesuatu balasan. Apabila mereka telah semakin matang, mereka telah berubah kepada tahap 3 di mana mereka melakukan apa yang sepatutnya baik baik dilakukan oleh µbudak µbudak baik¶. baik¶. Pada tahap tahap ini ini kanak-kanak telah boleh menerima norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Menurut Glazer (2000), melalui cerita kanak-kanak akan mendapat pengajaran mengenai sebab dan akibat sesuatu perlakuan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Kohlberg kanak-kanak pada ketika ini ingin melakukan sesuatu kerana takutkan hukuman dan inginkan balasan yang baik. Untuk orientasi seperti ini cerita yang menggambarkan perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat mendapat mendapat balasan buruk buruk akan memberi pengajaran kepada kanak-kanak. Oleh itu cerita-cerita yang berbentuk tauladan amat sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak ketika ini. Melalui cerita juga kanak-kanak akan mendapat contoh-contoh perwatakan kanak-kanak yang dikatakan baik yang menjadi idola yang ingin diikuti oleh mereka sepertimana konsep µbudak baik¶. Buku-buku yang banyak mengambarkan perlakuan prososial ini bolehlah dijadikan panduan oleh kanak-kanak yang sememangnya mencari-cari model yang baik yang boleh ditiru oleh mereka. Melalui pembacaan buku, kanak-kanak memperkukuhkan lagi konsep keadilan iaitu kanak-kanak dapat membuat penilaian mengenai perasaan orang lain. Mereka belajar memikirkan mengenai orang lain juga dan belajar bertolak ansur dalam kehidupan. Jadi mereka harus tahu bagaimana mengambil giliran, meminta izin, berkongsi sesuatu, mempelawa, dan lain-lain yang pada mulanya agak sukar dilakukan bagi usia mereka yang boleh digambarkan melalui perwatakan di dalam buku cerita kanak-kanak. Dari sudut kerohanian pula sememangnya sastera kanak-kanak sememangnya kaya dengan cerita-cerita anbiya dan juga kisah-kisah nabi. Guru boleh menggunakan cerita-cerita ini sebagai cara menyemaikan sifat kerohanian kepada kanak-kanak melalui kisah dan tauladan. Guru-guru juga perlu memastikan buku-buku tersebut adalah yang mudah difahami oleh kanakkanak dan guru boleh memperkenalkan istilah-istilah baru yang harus dipelajari oleh kanakkanak dalam kurikulum kerohanian prasekolah. Bagi amalan-amalan dalam agama Islam seperti ibadah dan sebagainya boleh disampaikan menggunakan buku yang menerangkan perkara ini dengan jelas supaya mudah diikuti oleh kanak-kanak yang beragama Islam.
5. Perkembangan Sosial
Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang yang matang. Penguasaan kemahiran kemahiran ini ini membolehkan membolehkan murid murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat (KPM, 2000). Pada zaman ini kehidupan menjadi bertambah kompleks dan ini mengakibatkan kanak-
y m . u d e . i s p u . m p p f
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
yang terdapat dalam buku cerita kanak-kanak mempelajari bagaimana hendak menangani isu-isu kehidupan. Menurut Tan et al (2003), secara amnya pembentukan pelakuan berlaku melalui proses mengenal pasti dan peniruan. Menurut Bandura (Tan et al, 2003), kanak-kanak mempelajari sesuatu perlakuan melalui melalui proses pemerhatian dan peniruan. Beliau telah banyak menjalankan menjalankan kajian mengenai proses pemerhatian dan peniruan di dalam bilik darjah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian beliau menunjukkan kebanyakan pembelajaran manusia berlaku melalui melalui proses pemerhatian dan peniruan. Menurut Piaget, kanak-kanak kanak-kanak berusia dua tahun hingga keenam tahun bersikap egocentrik iaitu terlalu mementingkan dirinya sendiri. Walau bagaimanapun semakin meningkat usia mereka , pemikiran mereka mula berkembang dan mereka telah mula memahami orang lain (Tan et al, 2003). Glazer (2000) menyatakan menyatakan peniruan boleh berlaku berlaku dengan menggunakan buku. Ini kerana melalui buku akan terdapat perlakuan-perlakuan yang prososial seperti bertolak ansur, menunggu giliran, meminta izin, memohon maaf dan sebagainya. Di sini kanak-kanak akan mempelajari dan mencontohi tingkah laku yang betul dan yang boleh diterima oleh masyarakat. Tambahan pula kanak-kanak di usia ini masih baru dalam proses bersosialisasi dan amat memerlukan contoh yang perlu diikuti oleh mereka. Melalui buku cerita juga kanak-kanak mempelajari mengenai perbezaan-perbezaan individu terutamanay terutamanay dalam konteks masyarakat yang yang berbilang kaum. kaum. Melalui buku buku kanakkanak akan mempelajari terdapat persamaan di antara mereka dengan rakan-rakan yang berlainan kaum seperti menyukai makanan atau mainan yang sama dan sebagainya dan terdapat perbezaan dari segi agama, rupa fizikal, budaya dan lain-lain lagi. Melalui cerita-cerita sebegini akan dapat menyatu-padukan masyarakat berbilang-bilang bangsa sejak dari usia muda lagi. Begitu juga melalui perwatakan di dalam buku kanak-kanakakan mengetahui cara yang baik bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, kemarahan mereka, kesedihan mereka dan kegembiraan mereka melalui melalui cara yang sesuai. Melalui model model yang ditunjukkan oleh watakwatak di dalam buku cerita tersebut kanak-kanak secara tidak langsung mempelajari bagaimana menangani masalah emosi mereka dengan cara yang sesuai (Lynch-Brown & Tomlinson,1999). Ilustrasi juga juga dapat memainkan peranan dalam perkembangan emosi kanak-kanak kerana ilustrasi di dalam buku berupaya menunjukkan perlakuan perlakuan positif dan negatif sesuatu watak. Ilustrasi yang yang baik akan menunjukkan emosi watak melalui melalui mimik muka, muka, perlakuan serta personaliti watak yang dapat diperhatikan oleh kanak-kanak. Oleh kerana gambar ini tidak bergerak, ianya boleh diamati oleh kanak-kanak dan secara tidak langsung berlakulah peniruan. Oleh itu pelukis ilustrasi haruslah menggunakan peluang ini seluas-luasnya dalam menyampaikan tunjuk ajar yang positif kepada kanak-kanak.
6.
Perkembangan kretiviti dan Estetika
y m . u d e . i s p u . m p p f
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
kanak serta mengembangkan kemahiran ekspresi mereka secara beransur-ansur agar kanakkanak dapat mengadaptasi maklumat baru dan menguasai teknik-teknik baru serta menggalakkan kanak-kanak menggunakan sega la pontensi diri mereka yang kreatif. Potensi diri yang kreatif adalah cara penyelesaian masalah masalah yang kreatif. kreatif. Guru boleh menggalakkan dengan mengadakan suasana yang selamat di dalam bilik darjah agar kanakkanak suka untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka. Selalu bertanyakan soalan dan mengadakan aktiviti yang bersifat terbuka supaya kanak-kanak dapat menjawabnya dengan pelbagai jawapan dan cara (Wardel, 2000). Kanak-kanak prasekolah memberikan respon kepada pelbagai bentuk bentuk seni. Tunjukkan kepada kanak-kanak yang setiap artis mempunyai cara tersendiri untuk melukis ilustrasinya (Glazer, 2000). Ini ditunjukkan melalui lukisan daripada pelbagai artis yang terkenal. Bantu kanak-kanak membuat pemerhatian dan membezakan hasil satu artis dengan artis yang lain. Sebagai lanjutan, libatkan kanak-kanak dalam aktiviti seni yang berkaitan dengan teknik yang digunakan oleh artis di dalam buku cerita. Kanak-kanak pada usia ini juga suka menggunakan sensori di dalam meneroka alam sekitar. Bacakan buku yang mengenai penggunaan deria sensori mereka. Begitu juga juga kanakkanak gemar menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka. Menurut Wardel, Wardel, 2000), gunakan buku yang mempunyai lirik lagu dan perdengarkan iramanya kepada kanak-kanak atau guru boleh juga menggunakan CD yang berunsurkan karaoke kepada kanak-kanak. Sambil mendengar lagu atau puisi galakkan juga kanak-kanak membuat pergerakan kreatif. Kanak-kanak pada usia ini juga suka menggunakan daya imaginasi mereka. Rancang pembacaan buku yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian dan minta pendapat kanak-kanak cara penyelesaian mereka. Dengan melakonkan semula semula cerita yang telah dibaca juga akan membantu imaginasi kanak-kanak (Wardel, 2000).
C.
MENGABUNGJALINKAN PEMBELAJARAN
SASTERA
DI
DALAM
PENGAJARAN
DAN
Adalah menjadi tugas guru untuk menerapkan kesasteraan ke dalam pengajaran mereka bagi memastikan kanak-kanak mendapat faeadah daripadanya. Bagi mengabungjalinkan kesusasteraan dalam pendidikan prasekolah beberapa cara boleh digunakan oleh guru bagi menjayakan tujuan tujuan tersebut. Antaranya ialah:
y
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
pelbagai jenis bahan bahan bacaan. Set bacaan asas asas yang baik akan turut mengambil kira mengenai aspek-aspek kesasteraan disamping mengfokus kepada pengajaran berasaskan kemahiran fonik dan perbendaharaan kata. Sekiranya bahan bacaan bacaan asas tersebut tidak menyediakan buku yang yang berkualiti dari sudut kesasteraan mungkin guru boleh memperkenalkan juga buku buku lain yang berkualiti daripada aspek kesasteraan untuk digunakan bersama-sama buku bacaan asas tersebut. 2. Menggunakan buku bagi tema tertentu
Bagi memudahkan guru menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan tema pada minggu tersebut, sediakan senarai buku yang akan digunakan bagi tema-tema tertentu sepanjang tahun. Misalnya tema seperti seperti diri saya, keluarga keluarga saya, sekolah saya, pekerjaan, perayaan, bunga dan sayuran adalah tema-tema yang biasa digunakan di prasekolah-prasekolah. Pamerkan buku buku yang mempunyai mempunyai tema-tema ini di rak pameran pameran semasa tema-tema ini berlangsung. Ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari maklumat atau membuat eksplorasi dengan lebih meluas lagi mengenai tema yang mereka palajari. Guru boleh membacakan buku dan menunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana mencari maklumat menggunakan buku yang berkaitan dengan tema pembelajaran yang sedang dijalankan di bilik darjah. 3.
Penyediaan Sudut Literasi
Penyediaan persekitaran yang sesuai bagi pembacaan secara langsung akan menggalakkan pembacaan di kalangan kanak-kanak. Oleh kerana kanak-kanak menyukai warna yang terang, warna-warna sebegini bolehlah digunakan di pusat bacaan agar dapat menarik perhatian kanak-kanak. Tempat yang agak terkepung juga disukai oleh kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka rasa terlindung dari laluan dan kebisingan. Jadikan sudut bacaan sebagai tempat yang selesa dengan berkarpet serta mempunyai banyak kusyen untuk kanak-kanak membaca dengan dengan selesa. Sediakan rak pameran untuk mempamerkan buku yang dibaca oleh guru pada minggu itu agar mudah dilihat oleh kanakkanak juga buku yang berkaitan berkaitan dengan tema mingguan. mingguan. Rak terbuka pula untuk menyimpan menyimpan buku yang menjadi koleksi bilik bilik darjah tersebut. Koleksi buku juga harus mengandungi mengandungi pelbagai jenis buku bergambar dan buku-buku bacaan mudah. Selain dari itu alat perakam suara, buku interaktif dan juga komputer untuk digunakan oleh kanak-kanak di sudut bacaan. Ini akan meringankan beban guru untuk membacakan buku yang sama berulang-ulang kali kepada kanakkanak. Ini kerana alat-alat tersebut dapat membantu dengan cara membacakan buku yang telah
y
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9) 4.
2007
Penyediaan Koleksi Buku Kanak-kanak
Sediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam prasekolah anda. Pada mulanya galakkan kanak-kanak membaca daripada jenis yang sama. Apabila mereka mereka telah lancar dan suka membaca mereka akan menyukai meneroka bahan-bahan bacaan daripada jenis yang berlainan. Guru juga boleh memilih memilih buku berdasarkan pengarang atau pelukis yang kanakkanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis yang terkenal. Buku yang mempunyai nilai-nilai kesusasteraan yang merujuk kepada gaya bahasa, plot, watak dan juga berasaskan tema-tema tertentu juga boleh dijadikan koleksi. ko leksi. Guru perlu menyediakan bahan bacaan yang daripada pelbagai jenis di dalam sudut bacaan sebagai koleksi prasekolah. Pada mulanya galakkan kanak-kanak membaca daripada jenis yang yang sama. Apabila mereka telah lancar dan suka membaca mereka akan menyukai menyukai meneroka bahan bahan bacaan daripada jenis yang berlainan. berlainan. Guru juga juga boleh memilih buku buku berdasarkan pengarang atau pelukis yang kanak-kanak gemari ataupun koleksi dari pengarang dan pelukis yang terkenal. Buku juga boleh dikumpulkan dikumpulkan berasaskan tema-tema tertentu.
C.
KESIMPULAN
Secara keseluruhanya buku cerita kanak-kanak amat berguna dalam usaha bagi membantu perkembangan kanak-kanak kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh. Oleh itu guru seharusnya mengambil peluang ini untuk menerapkan atau mengabungjalinkan bahan bahan sastera di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Hasilnya akan dapat dilihat dalam bentuk pulangan jangka panjang iaitu kanak-kanak tersebut bukan hanya akan mempunyai minat membaca yang mendalam mendalam serta mempunyai kemahiran membaca yang tinggi, malah mereka mereka juga akan turut berkembang dari dar i segi kognitif serta membina sahsiah diri yang baik. D. RUJUKAN
Allor, J. & Mc Cathreen. (2003). "Developing Emergent Literacy Skills Through Storybook Reading." Intervention in School Schoo l and Clinic Vol. 39(Issue 2): p72-79. Anselmo, S. F., W. (1995). Early Childhood Development Prenatal Through Age Eight. New Jersey, Merill-Prentice Hall.
y
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Buku Pendidikan Kanak-kanak: Pengajaran dan Pembelajaran. FSKPM, UPSI (Bil. 1. 2007. ISBN 978-983-2063-17-9)
2007
Othman Puteh & Abdul Ahmad . (1984). Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Othman, P. (1977). Berbagai aspek buku kanak-kanak berdasarkan buku-buku yang telah diterbitkan. Satu tinjauan ringkas: Tema dan Struktur. Bengkel Penulisan Buku Kanakkanak, Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, K. P. M. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Oon Seng, R. D. P., Stephanie Lewis Hinson, Deborah Sardo-Brown (2003). Educational Psychology: A Practitioner- Researcher Approach .An Asian Edition. Belmont, Thomson Learning. Wright, A. (2003) Storytelling with Children. Oxford: UK. Wardle, F. (2003). Introduction to Early E arly Childhood Education: A Multidimentional Approach to Child-centered Care and Learning. USA, Allyn and Bacon.
y