1
PENGENALAN
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan
agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlamat bidang psikologi pertumbuhan dan
perkembangan adalah :
Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul
fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri
perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut.
Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku.
Untuk meramal tingkah laku.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan tentang kajian saya yang melibatkan dua murid yang berusia 7-12 tahun yang mempunyai akademik yang berbeza.
RESPONDEN X
Umur: 11 tahun
Tempat tinggal :No 14, Taman Desa Rishah, Buntong, Perak Darul Ridzuan
Umur ayah: 40 tahun
Pekerjaan: Guru
Pendapatan :RM 3500
Umur ibu: 37 tahun
Pekerjaan: Jururawat
Bilangan adik beradik: 3 orang
Makanan kegemaran: Sayur-sayuran
Subjek kegemaran: Matematik, Sains, Bahasa Tamil
Masa belajar: 3 Jam Mengulang Kaji
Target: 7a dalam UPSR dan peperiksaan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang
RESPONDEN Y
Umur: 11 Tahun
Tempat Tinggal : Rumah Anak-Anak Emas, Buntong, Perak
Umur Ayah: 50 Tahun
Pekerjaan: Tiada Pekerjaan
Umur Ibu: 50 Tahun
Pekerjaan: Pembantu Rumah
Pendapatan: RM 900
Bilangan Adik Beradik: 8 Orang
Makanan Kegemaran: Nasi Lemak
Subjek Kegemaran: Matematik, Sains, Bahasa Tamil
Masa Belajar: Tiada Mengulang Kaji
Target: 2A, 5B
Kelayakan Akademik ibubapa: Tahun 3
*Ibu menjenguk 6 bulan sekali dan ayahnya berkahwin lain.
*Responden Y tinggal di rumah anak yatim.
*Diberi bantuan RMT
*Ibu tidak bagi duit kepada anaknya.(Ibu tunggal)
Pekerjaan Ibubapa
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza daripada individu yang lain. Di dalam sesebuah kelas, terdapat perbezaan individu antara setiap murid tersebut. Terdapat murid yang lemah, sederhana dan pandai. Menurut Henson dan Eller (1999) di dalam bukunya Educational Psycholigy for Effective, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri atau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba )
Satu kajian telah dilakukan ke atas dua orang murid sekolah rendah yang berbeza pencapaian akademik. Kajian tersebut dilakukan melalui kaedah temu bual berdasarkan beberapa soalan. Seorang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dan seorang lagi mempunyai pencapaian akademik yang lemah. Kedua orang murid tersebut adalah murid perempuan, berumur sebelas tahun, jantina yang sama dan berada di dalam kelas yang sama. Hasil dapatan daripada sesi temu bual, terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi pencapaian akademik kedua orang murid tersebut. Antaranya adalah pekerjaan ibubapa.
Terdapat dua orang murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza. Responden X dan responden Y mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Misalnya responden X ayahnya bekerja sebagai guru dan ibunya pula bekerja sebagai jururawat di salah satu hospital. Manakala responden Y ibubapanya bercerai dan ayahnya pula tidak bekerja dan ibunya bekerja di Singapura sebagai pembantu rumah. Ibu kepada responden Y menjenguk anaknya di rumah anak yatim hanya enam bulan sekali.
Maka secara tidak langsung responden Y merindukan kasih sayang ibubapanya. Pekerjaan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Terutamanya dalam pencapaian akademik pelajar kanak-kanak. Responden X tidak menghadapi sebarang masalah kerana ayahnya seorang guru dan membantu anaknya dalam mengulangkaji subjek yang lemah. Seterusnya ayanhya sanggup menghantar anaknya ke tuisyen bagi matapelajaran yang lemah. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan yang positif kepada responden X dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
Namun responden Y ibunya tidak dapat membantu anaknya kerana tidak datang menjenguk anaknya apatah lagi membantu dalam subjek yang lemah. Tambahan pula ibunya tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan buta huruf dan ayahnya langsung tidak bekerja. Peranan ibubapa atau keluarga dalam mencorakkan pendidikan anak-anak mereka adalah penting. Pencapaian pelajaran dan pendidikan secara umum berkait rapat dengan keluarga dan pengaruhnya terhadap anak-anak mereka. Banyak kajian yang telah dibuat menunjukkan terdapat hubungan dan pertalian yang rapat di antara pencapaian akademik dan bukan akademik murid-murid dengan latar belakang dan bimbingan di rumah. Tahap ekonomi keluarga seperti tahap kekayaan atau kemiskinan memberi kesan terhadap pencapaian anak-anak di sekolah. Dengan ini tahap pekerjaan yang berlainan latar belakang sosial boleh menyumbang kepada perbezaan pencapaian dikalangan murid-murid sekolah. Selain daripada faktor kebolehan individu murid sendiri, faktor latar belakang sosial keluarga turut mempengaruhi pencapaian pelajaran murid-murid sekolah.
Pekerjaan ibubapa mempengaruhi pencapaian pelajar. Jika pekerjaan ibubapa adalah tetap dan baik seperti ibubapa responden X maka pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Selain itu, Natriello dalam Lockheed (1990) juga mendapati bahawa sekiranya kerja pelajar dinilai dengan lebih kerap dan dinilai dengan lebih teliti, tahap pencapaian pelajar berkenaan akan bertambah baik. Pendek kata, pelajar yang selalu diberi galakan dan perhatian lazimnya menunjukkan kepuasan belajar dan seterusnya memperolehi pencapaian yang lebih baik.
Seterusnya, responden X dan responden Y mempunyai pencapaian akademik yang berbeza. Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza-beza dalam kalangan murid-muridnya, guru harus memilih untuk mencapai beberapa objektif yang sesuai dengan murid dalam merangka hasil pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh memilih kasih misalnya memberi layanan yang sama kepada semua murid tanpa asal usul dan latar belakang keluarga seperti pekerjaan ibubapa. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid-murid yang lambat tidak ketinggalan manakala murid yang pandai pula tidak berasa bosan.
SOSIOEKONOMI IBUBAPA
Status sosioekonomi pada anak-anak secara keseluruhannya ditentukan melalui gabungan tahap pendidikan ibubapa, status pekerjaan dan tahap pendapatan (Jeynes, 2002). Pelajar-pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah memperoleh skor kajian yang lebih rendah berbanding pelajar-pelajar yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi, dan lebih cenderung mengalami keciciran dalam persekolahan.
Dalam kajian yang saya lakukan, terdapat responden X dan responden Y yang mempunyai pencapaian akademik yang berbeza. Responden X lebih pandai dan mendapat keputusan yang cemerlang berbanding dengan responden Y yang hanya mendapat kedudukan yang akhir dalam kelas. Selain itu, status ekonomi yang dimiliki mengelakkan akses terhadap sumver-sumber pelajaran yang penting dan menyebabkan tekanan tambahan di rumah. (Eamon, 2005).
Responden X dan responden Y ibubapanya dari latar belakang yang berbeza iaitu dari segi pendapatan. Status sosioekonomi terdiri daripada beberapa aspek, antaranya ialah tahap pendidikan ibubapa, sikap ibubapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibubapa serta kestabilan keluarga. Aspek tahap pendidikan ibu bapa tidak dinafikan menjadi penyumbang utama dalam memastikan pencapaian cemerlang anak-anak. Menurut Saifuddin Hj. Masduki (1977), terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar dengan tahap pendidikan ibu bapa.
Semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian anak-anak mereka. Noraini (dalam Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin, 1999) mendapati anak-anak daripada keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam persekolahan dan memperolehi gred pencapaian yang lebih tinggi berbanding anak-anak dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah.
Jika kita mengkaji, responden X ibubapanya mendapat pendapatan yang tinggi dan tidak menghadapi masalah dalam subjek yang lemah serta dapat memperbaiki kelemahan diri seterusnya dapat keputusan yang cemerlang melalui pergi ke tuisyen. Manakala responden Y pula hanya ibunya sahaja bekerja itupun bekerja sebagai pembantu rumah. Pendapatan yang kurang menyebabkan responden Y tidak dapat pergi ke tuisyen kerana kurang kemampuan.
Status sosioekonomi adalah satu faktor penting yang dapat mempengaruh pelbagai aspek kehidupan kita. Maka sudah tentu status sosioekonomi dapat memberi impak ke atas pencapaian akademik secara langsung dan tidak langsung. Status sosioekonomi dapat memberi impak ke atas pencapaian akademik seseorang dalam konteks penyediaan segala keperluan sokongan pembelajaran seperti bahan rujukan, alat tulis, computer, keadaan pembelajaran yang kondusif serta menghadiri kelas tambahan. Pada masa yang sama, status sosioekonomi juga berkait rapat dengan gaya keibubapaan dan bimbingan, galakkan serta motivasi yang diberi oleh ibu bapa ke atas seseorang anak.
Dalam kajian ini, ibu bapa yang merupakan agen persekitaran yang paling aktif berfungsi sejak anak itu dilahirkan, memang dapat mempengaruhi perkembangan seseorang anak itu (Brofenbrenner, 1979, 1989, 1995 ). Daripada kajian lepas didapati gaya keibubapaan yang diamalkan ibubapa dalam proses asuhan dapat memberi kesan atas pelbagai aspek perkembangan seseorang anak termasuk aspek kognitif , psikologi dan sosial kompetan (Darling, 2003). Gaya keibubapaan yang ibubapa amalkan atas seseorang anak itu akan dapat memberi implikasi atas perkembangan kognitif dan seterusnya pencapaian akademik itu.
Kajian mendapati bahawa ibu bapa yang mempraktikkan diri mereka sebagai pendengar dan penyokong yang positif untuk anak-anak akan mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak. Sebagai contoh, responden X ibu dan ayahnya akan menjadi pendengar dan menyokong serta membimbing anak itu ke arah yang positif. Tetapi responden Y tidak boleh mengharapkan ibubapanya kerana anak itu tinggal di rumah anak yatim. Ia akan merumitkan lagi keadaan dan anak itu tidak dapat mencapai pencapaian yang bagus dalam peperiksaan.
Situasi hari ini menunjukkan seorang pelajar memerlukan wang yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka. Kadang kala, ibu bapa responden Y yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah ini tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan anak-anak mereka tambahan pula anak itu tinggal di rumah anak yatim. Hal ini berbeza dengan pelajar yang berasal daripada golongan berpendapatan tinggi. Ibu bapa responden X ini dengan mudah dapat memenuhi permintaan anak-anak. Selain daripada itu, ibu bapa yang berpendapatan tinggi dapat membeli bahan rujukan tambahan seperti buku rujukan, permainan berasaskan pendidikan kepada anak-anak dengan tujuan untuk memperkukuh ilmu pengetahuan anak-anak mereka.
UMUR IBU BAPA
Umur ibubapa juga merupakan faktor yang penting dalam pencapaian akademik yang berbeza. Umur ibu semasa melahirkan anak adalah sangat signifikan bagi setiap manusia. Menurut Krause (1984) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) persekitaran yang sihat untuk janin akan terhasil apabila ibu mengambil makanan seimbang untuk dirinya, bebas daripada penyakit dan mematuhi arahan doktor. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi persekitaran pra-lahir. Antaranya adalah seperti umur ibu bapa, pemakanan ibu, merokok,keadaan emosi ibu, agen-agen Teratogenik, dadah dan arak.
Melalui kajian yang saya lakukan, responden X dilahirkan semasa ibunya berumur 26 tahun manakala responden Y pula dilahirkan pada umur ibunya 39 tahun. Oleh sebab itu, kecerdasan otak responden X lebih baik daripada responden Y. Ini menunjukkan responden X mempunyai penglibatan yang baik di sekolah misalnya mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan, pertandingan mengarang esei dan penglibatan kokurikulum. Tetapi responden Y tidak mengambil bahagian dalam apa jua pertandingan.
Menurut Kessner (1973) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) umur seseorang ibu semasa mengandung ada hubungan dengan risiko kematian janin. Oleh itu semakin muda umur seseorang ibu tersebut, semakin lebih berisiko atau cenderung ia mengalami keguguran, anak yang tidak cukup bulan atau kematian anak. Justeru itu ibu yang berumur antara 20 hingga 35 tahun merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh tahap kesihatan ibu yang baik pada tahap umur sedemikian. Jika ibu terlalu muda, sistem peranakan mungkin tidak begitu matang, anak kadang-kadang rendah berat badan, mengalami kecacatan fizikal dan saraf serta mungkin terencat akal berbanding dengan ibu yang berumur lebih 20 tahun. Manakala ibu yang berumur lebih 40 tahun pula berkemungkinan wujudnya keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada bayi mengalami masalah Down-Syndrome dan mempunyai risiko keguguran yang tinggi.
Seterusnya tekanan yang kronik yang dialami oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan pralahir. Menurut Thompson dan Grusec (1970) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) mendapati bahawa ibu yang mengalami tekanan semasa hamil akan menghasilkan anak-anak yang beremosi. Contohnya ibu kepada responden Y melahirkannya pada umur 39 dan ibunya mempunyai banyak tanggungjawab yang hendak dilaksanakan. Oleh sebab itu, responden Y lemah dalam pencapaian akademik. Selain dari itu aktiviti janin juga akan meningkat secara mendadak bagi ibu yang mengalami tekanan emosi. Bayi yang dilahirkan juga akan mengalami masalah pemakanan dan penghadaman. Terdapat juga sesetengah kajian mengatakan keadaan emosi ibu yang tertekan sebelum dan semasa mengandung akan menyebabkan kesukaran semasa mengandung dan bersalin seperti melahirkan kandungan yang tidak cukup bulan, bayi rendah berat badan dan sukar bernafas.
Walaubagaimanapun ibu melahirkan anak pada usia yang lambat mereka harus mengambil makanan yang seimbang. Sebagaimana nasihat-nasihat yang diberikan oleh para doktor dan jururawat, faktor pemakanan perlu dititikberatkan dalam persekitaran kehidupan kanak-kanak sejak dari peringkat awal lagi bagi menjamin perkembangan yang sempurna. Susu ibu amat berkhasiat untuk bayi. Contohnya semasa saya temu bual ibu kepada responden X, ibunya memberitahu bahawa beliau menyusukan anaknya sampai bayi itu berumur 1 setengah tahun. Seterusnya, bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang amat diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu, malah ia juga dapat melindungi mereka daripada berbagai-bagai penyakit (Ashford,J.B.,1997).
Umur ibubapa sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Selain daripada mempunyai pertalian darah, mereka mempunyai pertalian emosi dan sosial kerana mereka sentiasa mempunyai hubungan rapat. Kanak-kanak yang dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat dan yakin dan mempunyai self-esteem yang tinggi. Cara gaya asuhan dan didikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang anak. Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2002:149), ada empat aspek dalam umur ibu bapa yang memberi kesan kepada perkembangan identiti seseorang. Antaranya ialah minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa. Ini akan menjadi faktor yang penting dan juga dapat kita membendung masalah pencapaian akademik yang berbeza sekiranya ibubapa melahirkan anak pada usia antara 25 tahun hingga 35 tahun merupakan usia yang paling baik.
KELAYAKAN AKADEMIK IBUBAPA
Pencapaian akademik merupakan satu aspek yang sangat dipandang serius dalam sistem pendidikan Malaysia yang berorientasikan penguasaan pengetahuan (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010). Faktor kelayakan akademik ibubapa yang mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam menentukan pencapaian pelajar dalam akademik.
Banyak kajian yang cuba melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian Siti Nor Yaakob (1990) melihat perkaitan faktor latar belakang keluarga dengan pencapaian akademik pelajar. Pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi didapati adalah lebih cemerlang prestasi akademiknya berbanding dengan pelajar yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan dan berpendapatan rendah. Keluarga yang berpendapatan rendah akan lebih membelanjakan sejumlah besar pendapatan mereka untuk keperluan asas dan mempunyai kurang peruntukan untuk keperluan pendidikan dan keperluan lain. Keadaan seumpama ini boleh memberi tekanan serta menjejaskan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar.
Ibubapa bagi responden X adalah berpendidikan tinggi dan mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Manakala responden Y ibunya tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Taraf pendidikan ibu bapa mempengaruhi perkembangan kognisi anak- anak Pendapatan keluarga mempengaruhi tingkah laku bahasa pelajar (Mackey, 1977). Ibu bapa yang mempunyai sumber kewangan yang stabil mampu memberi sokongan terhadap proses pemerolehan bahasa anak mereka. Faktor ini mempengaruhi tahap penggunaan SPB semasa pelajar mempelajari sesuatu bahasa. Kajian Mohd Nazali (1999) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan ibu bapa dengan penggunaan strategi secara keseluruhan dan mengikut kategori.Pendapatan keluarga. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi mampu memberi kelengkapan kepada anak-anak dengan secukupnya.
Sokongan akademik ibubapa pula mempengaruhi pencapaian pelajar. Ibu dan bapa yang berpelajaran dapat melahirkan suasana rumah tangga yang boleh menolongnya mencapai dengan lebih baik dari segi akademik. Pengaruh ibu terhadap perkembangan mental kanak-kanak memanglah penting, bahkan semasa kanak-kanakberada dalam rahim ibu lagi. Ibu yang berpelajaran tahu bagaimana hendak menjaga anak-anak supaya sihat dari segi fizikal dan mentalsebelum mereka (anak-anak) dilahirkan lagi.
Responden X ibu dan ayahnya dapat membantu anaknya kerana berpelajaran tinggi seterusnya boleh menolong dalam subjek yang lemah serta dapat memantau perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa. Manakala responden Y hanya tinggal di rumah anak yatim, tidak ada yang membantu mahupun menolongnya sekiranya sudi memberi bimbingan dan kaunseling yang khas bagi mereka. Responden y tidak dapat mengharapkan ibubapa untuk menolong dalam mengulangkaji subjek yang lemah.
Tahap pelajaran ibubapa berkaitan rapat dengan tahap sosioekonomi keluarga. Banyak juga pengkaji hanya menggunakan tahap pendidikan ibu sebagai petunjuk bagi tahap sosioekonomi keluarga. Ini dilakukan oleh mereka kerana mereka menganggap tahap pendidikan ibu mempunyai korelasi yang tinggi dengan tahap pendidikan bapa dan pekerjaan bapa. Pendidikan ibu juga didapati banyak mempengaruhi strategi-strategi yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid. Baker dan Stevenson (1986), mendapati bahawa ibu-ibu yang lebih tinggi tahap pendidikan mempunyai lebih banyak strategi untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka.
Ibubapa yang lebih berpelajaran, lebih pandai mengurus karier sekolah anak-anak mereka, lebih sering mengikuti kemajuan akademik anak-anak mereka dan mempunyai aspirasi yang lebih tinggi terhadap pencapaian kanak-kanak. Menurut guru besar SJK(T) Kerajaan, ibubapa yang berpelajaran mengatur strategi, iaitu mengajar dan melatih anak-anak mereka dapat memasuki kelas yang baik. Maka kelayakan akademik ibubapa sangat penting dalam mengatasi maslah pencapaian akademik yang berbeza dalam kalangan pelajar.
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan pencapaian akademik adalah pengaruh rakan sebaya. Pengaruh adalah daya yang ada atau timbul daris sesuatu (orang atau benda) yang ikut membentuk watak, kepercayaan dan perbuatan seseorang. Rakan sebaya merujuk pada pelajar yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Justeru, pengaruh rakan sebaya boleh ditafsirkan sebagai daya yang ada pada seseorang yang sama umur atau paras kematangan yang ikut membentuk watak, kepercayaan dan perbuatan seseorang.
Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan 'sokongan moral' dalam mencari identity diri dan pembentukan imej (Pomberi,1990;Mahmood.1991). Biasanya pada zaman remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposis sekolah.
Melalui kajian saya, responden X mempunyai kawan-kawan yang pandai dan sangat peramah, riang dan ceria. Manakala responden Y pula mempunyai kawan yang lemah dan tidak bergaul dengan orang lain. Kawan-kawannya pula lemah dalam subjek dan dari rumah yatim sama dengan responden Y. Maka secara tidak langsung, ia akan memberi kesan yang paling ketara kepada responden Y dan mengakibatkannya prestasi pencapaian akademik lemah.
Terdapat empat punca mengapa rakan sebaya boleh mempengaruhi seseorang pelajar dalam pencapaian akademik mereka. Pertama adalah mereka menghabiskan masa yang banyak bersama. Seseorang pelajar akan bertemu rakan sebaya mereka semasa di sekolah, di pusat tuisyen dan kelas tambahan. Oleh itu, rakan sebaya mempunyai banyak peluang untuk mempengaruhi sikap pelajar dan pencapaian mereka.
Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka pelajar ini terpengaruh untuk menjalankan aktiviti yang sihat. Pelbagai perkara positif yang dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran sekolah dan pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri. Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya ini cenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, meniru dalam peperiksaan dan lain-lain, ini akan menjejaskan pelajaran mereka.
Pelajar juga mudah dipengaruhi rakan sebaya kerana ingin diri mereka diterima. Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada rakannya. (Artwater, 1998). Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mempraktikkan tingkah laku yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada masa hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian akademik dan sukan ataupun negative seperti penagihan dadah dan alcohol. Menurut Freud (dalam Fiest dan Fiest, 1936), peringkat latensi merupakan peringkat 'senyap' dalam kehidupan seksual pelajar. Pada peringkat latensi ini, pelajar dapat membentuk cara hidup, kefahaman dan cara berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat.
Faktor pengaruh rakan sebaya menjadi faktor dalam menangani masalah pencapaian akademik yang berbeza. Menurut kajian, pelajar perempuan lebih selesa berkawan dengan rakan sekelas. Berbeza dengan pelajar lelaki kerana mereka lebih suka berkawan dengan mereka yang lebih matang. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Hal yang demikian mereka akan meniru gerak geri kawan mereka tanpa berfikir panjang. Contoh memonteng, merokok dan banyak lagi. Seterusnya mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, responden X dan responden Y hendaklah bijak memilih kawan dan mestilah mencapai markah yang tinggi dalam semua mata pelajaran.
LANGKAH-LANGKAH BERNAS YANG BOLEH DILAKSANAKAN OLEH GURU BAGI MENANGANI MASALAH PERBEZAAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID
Para guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi masalah murid lemah supaya menjadi setanding dengan murid yang cerdik. Maka, guru- guru perlu melaksanakan pelbagai langkah mengatasi yang bernas supaya jurang antara pencapaian akademik murid yang lemah dengan murid yang cerdik menjadi kecil.
2.1 Memahami perbezaan murid
Setiap murid mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza dari segi fizikal, emosi, intelek dan aspek-aspek lain yang akan menjadi factor perbezaan pencapaian akademik antara murid. Oleh itu, selaku guru, beliau mesti mempunyai sifat sabar dan mempelbagaikan pengetahuannya dalam psikologi pendidikan dan perkembangan kanak-kanak. Guru hendak berusaha untuk memahami tingkah laku, kebolehan dan potensi setiap murid dengan mewujudkan hubungan yang baik antara murid dengannya. Contohnya, guru-guru perlu memahami perbezaan murid dari segi gaya kognitif dan gaya belajarnya dengan berbincang dengannya atau melalui pemerhatian dan sejurusnya melaksanakan aktiviti yang dapat melibatkan cara-cara pembelajaran yang boleh murid terapkan dalamnya. Selain itu, guru boleh memilih wakil yang berkemampuan untuk menyertai pertandingan. Dengan ini, potensi murid dapat dicungkil dan murid akan berasa yakin terhadap kebolehan sendiri.
2.2 MEMPELBAGAIKAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Perkembangan setiap orang murid adalah berbeza. Guru kelas boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik perhatian dan minat murid untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, guru kelas boleh sentiasa merancang aktiviti yang berkaitan dengan P&P seperti mengadakan quiz, lakonan berdasarkan petikan, projek atau lawatan yang berkaitan dengan P & P dan sebagainya. Guru boleh menggunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahappencapaian dan kebolehan murid. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Kadangkala, guru kelas juga boleh menggunakan tayangan video untuk mengajar sesuatu supaya murid- murid mudah diingati.
2.3 Kaedah Kumpulan
Selain itu, sebagai seorang guru yang berdedikasi guru mestilah mengambil langkah iaitu kaedah kumpulan. Menurut Sufean Hussin (1996), kaedah kumpulan bermaksud guru menyampaikan pelajaran kepada kumpulan murid tertentu dalam sesuatu masa dengan menggunakan teknik dan bahan yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Maka guru boleh aplikasikan kaedah kumpulan ini bagi membendung kekangan perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Contohnya, guru boleh membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan yang termasuk pelajar lemah dan pelajar pandai. Melalui kaedah kumpulan ini sebegini murid lemah dapat berbincang dengan murid pandai dan dapat memperbaiki kelemahan diri. Ini merupakan salah satu langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza.
2.4 Pembelajaran koperatif
Menurut Slavin (1982) pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang mempunyai kebolehan yang berlainan bekerjasama untuk menjadikan satu kumpulan kecik bagai mencapai satu matlamat yang sama. Di sekolah pula, biasanya kumpulan ini merangkumi murid yang lebih cerdas dan lambat. Melalui pembelajaran koperatif ini, murid lemah berpeluang untuk meminta tunjuk ajar daripada murid yang lebih pandai. Dan, murid yang cerdik akan membantu murid yang lemah kerana markah kumpulan dikira oleh setiap markah yang diperoleh oleh setiap ahli kumpulan. Secara tidak langsung, semangat bekerjasama dapat dipupuk melalui daya saing yang kuat antara kumpulan-kumpulan. Sebagai contohnnya, guru boleh menjalankan pembelajaran koperatif dengan menerapkan unsur-unsur pembelajaran mata pelajaran. Dengan ini, murid yang lemah dapat lebih bersifat keterbukaan untuk menerima ilmu pengetahuan baru serta. Hal ini kerana pembelajaran kandungan yang sukar dapat difahami oleh murid yang lemah dengan bantuan rakan yang mempunyai pemikiran lateral.
2.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik. Melalui langkah ini dapat menghilangkan bosan murid dan mengatasi masalah perbezaan murid dalam pencapaian akademik yang berbeza. Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam surat khabar tersebut.
Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga susah. Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik digunakan kerana mengandungi elemen-elemen visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.
2. 6 PENEGUHAN POSITIF DAN NEGATIF
Sifat seseorang murid- murid memang suka dipuji. Murid- murid akan berasa gembira apabila dipuji oleh guru. Guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Contohnya, guru boleh memberi hadiah kepada murid yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan sebagai pujian. Dengan ini, murid yang mempunyai keputusan yang lebih lemah akan berusaha supaya pada peperiksaan yang akan datang dapat mendapat keputusan yang baik dan mendapat hadiah atau pujian daripada guru. Tambahan pula, guru juga boleh memberi simbol bintang kepada murid yang menyiapkan kerja rumah dengan tulisan yang cantik dan kemas. Peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang negatif. Contohnya, seseorang guru hendak mengelakkan anak muridnya lewat menghadiri sekolah. Oleh itu, guru tersebut boleh memberi hadiah kepada murid yang tidak pernah lewat menghadiri ke sekolah pada setiap akhir bulan.
2.7 Penyediaan kelas tambahan
Kadangkala murid berprestasi lemah dalam pencapaian akademik berpunca daripada ketidakdapatnya untuk menyerap ilmu pengetahuan yang disampaiak dengan cepat atau dikenali sebagai slow learner. Ataupun mereka tidak menumpukan perhatian dalam kelas. Pada masa ini, guru perlu mengawasi prestasi mereka dalam pembelajaran dan menyediakan kelas tambahan bagi murid yang lemah supaya jurang pencapaian akademik antara murid pandai dan murid lemah tidak menjadi semakin besar. Misalnya, guru menyediakan bengkel ulangkaji bagi murid yang tercicir dari pembelajaran. Dengan ini, murid yang lemah ini dapat memperoleh ilmu pengetahuan sebagaimana yang diterima oleh murid yang cerdik. Dan secara tidak langsung, perbezaan pemcapaian akdemik yang berbeza dapat dikurangkan.
2.8 Hubungan Dan Interaksi Yang Positif Dengan Ibubapa
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru perlulah mempunyai hubungan yang positif dengan ibubapa kepada murid-murid tersebut. Ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru dalam mendidik murid-murid yang lemah supaya dapat mengatasi masalah perbezaan pencapaian murid. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan dengan aspek membaca, menulis, mengira dan menaakul, memerlukan penggemblengan ibu bapa dan guru dalam usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti pada masa depan. Selain itu, guru mestilah mengenal pasti adakah murid-murid tersebut mengulangkaji di rumah atau tidak. Uswahnya, guru mestilah menelefon ibubapa dan mengetahui perkembangan murid-murid mereka dari semasa ke semasa untuk mengatasi masalah pencapaian akademik yang berbeza. Maka untuk itu, guru hendaklah mempunyai hubungan sosial yang positif dengan ibubapa murid-murid.
2. 9 MEMBERI BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEPADA PELAJAR YANG LEMAH
Bimbingan dan kauseling kepada pelajar yang lemah dapat memandu murid untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota, pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan. Guru kaunseling sekolah boleh sentiasa memberi nasihat yang bernas kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih lemah. Contohnya, guru kauseling sekolah atau guru kelas boleh mencari peluang untuk lebih memahami murid yang pencapaian akademiknya lehih lemah dan memahami masalah yang dihadapi olehnya supaya dapat menyelesaikannya dan tidak akan menjejaskan akademik dan pembelajaran murid. Dengan langkah ini, masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza dapat ditangani.
2. 10 KASIH SAYANG
Maslow (1987) memperkenalkan hierarki keperluan. Dalam hiererki keperluan ini termasuklah kasih sayang. Kasih sayang memang penting kepada seseorang kanak- kanak terutamanya dalam pendidikan. Kanak- kanak haruslah diajar dengan penuh kasih sayang, prihatin dan sabar supaya dapat menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Contohnya, guru boleh mengajar murid- murid dengan kasih sayang dan tidak begitu tegas terhadap murid- murid supaya murid- murid berani untuk bertanya apabila mengahadapi masalah dalam pembelajaran mereka. Guru juga haruslah sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh murid- murid terutamanya murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih lemah. Sabar dalam mendidik anak murid supaya mereka betul- betul faham maklumat yang ingin disampaikan oleh seorang guru.
KESIMPULAN
Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Guru umpama ibubapa kedua bagi kanak-kanak kerana kanak-kanak berada di bawah tanggungjawabnya. Sebagai seorang guru yang baik dan telah menerima latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau university, berpengetahuan luas tentang latar belakang setiap kanak-kanak serta proses dan prinsip perkembangan dan perlakuan mereka yang biasanya berkait secara langsung dengan umur akan dapat membantu guru dalam merancang, mengurus dan melakasanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai guru, kita perlu peka dan prihatin terhadap perubahan perkembangan ini termasuk keperluan untuk memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan murid-murid di bawah pengawasannya.
Perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Jadi, perkembangan ialah satu proses untuk menghasilkan peningkatan-peningkatan kemampuan untuk berfungsi pada tahap-tahap tertentu. Justeru], proses pertumbuhan dan perkembangan manusia melibatkan perubahan dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Seorang kanak-kanak yang normal akan mengalami perubahan dari segi rupa bentuk tubuh badan, tahap kebolehan mental dan sahsiah mereka secara berperingkat-peringkat.
Sementelahan pula, langkah-langkah yang bernas juga boleh diambil oleh setiap guru dalam membendung masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Pencapaian akademik yang berbeza bagi responden X dan responden Y mempengaruhi banyak faktor seperti pekerjaan ibubapa, sosioekonomi ibubapa, umur ibubapa, kelayakan akademik ibubapa dan pengaruh rakan sebaya.
REFLEKSI
Nama: HAMAH LATHA A/P SUMNADE
No. Matrik :29452
Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan kerja kursus ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, "Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya." Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah pembimbing iaitu Encik Baskaran Kannan atas segala bimbingan dan tunjuk ajar mereka dalam proses perlaksanaan tugasan ini. Tanpa bimbingan dari mereka tidak mungkin saya berjaya melaksanakan tugasan ini pada tarikh yang ditetapkan.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan di Pusat Sumber, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang kepentingan nilai-nilai murni yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci. Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang telah saya lakukan secara individu. Saya dikehendaki melakukan tugasan ini secara individu.
Setelah memahami isi-isi penting yang perlu dimasukkan ke dalam kerja kursus ini, saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami. Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar samata-mata. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru. Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan di dalam kelas.
Melalui kerja kursus ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak isu yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak yang mendisiplinkan kita sebagai bakal guru daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.
Secara keseluruhannya, matapelajaran Perkembangan Kanak-kanak ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih berdikari iaitu kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Ini kerana saya dapat membuat rujukan di Pusat sumber tanpa bergantung dengan pensyarah saya tetapi saya amat berterima kasih kepada Encik Baskaran Kannan atas bimbingan beliau sepanjang kerja kursus ini. Melalui kajian ini menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Apa yang saya dapat simpulkan disini sepanjang saya membuat kerja kursus ini banyak yang telah saya pelajari dan banyak memberi manfaat kepada diri saya. Perkembangan kank-kanak banyak membantu saya dalam menambahkan mutu dalam meningkat kemahiran membuat tugasan terutamanya dalam membuat rujukan menggunakan system APA dan mempelajari cara menghasilkan penulisan ilmiah yang bermutu yang sebelum ini saya belum pernah didedahkan secara terperinci oleh mana-mana pensyarah.
Akhir kata saya berharap apa yang saya pelajari dalam kerja kursus dapat saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Segala yang baik datangnya dari Tuhan dan segala kekurangan datang dari diri saya sendiri. Saya memohon maaf atas segala kekurangan. Sekian Terima Kasih.
1