PENGENALAN
Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke-19 dan di Amerika pada abad ke-20, ahli falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama yang mendiikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud 'Garden of Children' prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scortland dan diberi nama 'The Infant School'. Di Amerika, prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz. Seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang dating dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.
Di Asean, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1990an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940an. Demi mempersiapkan diri sebagai 'manusia', manusia harus melalui proses pembelajaran. Berbeza dengan haiwan, manusia perlu menjalani proses pembelajaran untuk mencapai ke arah tersebut. Haiwan adalah sebaliknya, ketika ia dilahirkan ia sudah dilengkapi dengan kepandaian-kepandaian untuk hidup. Sebagai contoh, itik yang baru menetas dari telur, setelah beberapa waktu, tanpa perlu belajar lagi, akan sudah mampu untuk berenang.
Demikian juga pada anak-anak burung, tanpa perlu belajar mereka kemudian akan mampu untuk terbang. Anak burung ini juga tahu apa yang harus mereka makan dan apa yang harus mereka tolak jika diberikan makanan burung. Keadaan ini berbeza dan berlainan daripada kehidupan manusia. Manusia lahir belum mampu untuk membuat banyak perkara. Manusia perlu belajar berjalan, perlu belajar untuk makan, perlu belajar untuk mengenal perkara baik dan buruk dan sebagainya. Oleh kerana itulah, manusia boleh dapat dianggap sebagai makhluk yang akan sentiasa berkembang oleh kerana itu manusia memerlukan proses pembelajaran ini.
Oleh yang demikian, kehidupan manusia dapat didefinisikan sebagai satu proses perubahan yang berterusan. Daripada bayi, ke dewasa dan seterusnya sehingga ke akhir hayat manusia akan sentiasa berubah hasil daripada pelbagai faktor antaranya seperti yang dinyatakan diatas iaitu faktor pembelajaran. Dengan pembelajaran, manusia mampu mendapatkan autonomi terhadap dirinya sekaligus mampu memiliki autoriti terhadap dirinya sekaligus mampu memiliki autoriti terhadap alam supaya dapat dikawal di bawah pemikiran manusia.
TEORI-TEORI UTAMA DALAM PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
TEORI KOGNITIF
Jean Piaget (1896-1980)
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.
TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN JEAN PIAGET
Tahap pertama deria motor (0-2 tahun)
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
Tahap kedua Praoperasi ( 2-7 tahun )
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu ' egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan ' pembentukan identiti diri'.
Tahap ketiga praoperasi konkrit (7-11 Tahun)
Kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Tahap keempat operasi formal (12 tahun keatas)
Abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Mereka juga dapat membentuk dan mencari maklumat dengan logik. Mereka boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah dengan lebih kompleks.
David Ausubel
David Paul Ausubel lahir pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Dia belajar di Universiti Pennsylvania di mana dia lulus dengan pujian pada tahun 1939, menerima sarjana jurusan Psikologi. Ausubel kemudian lulus dari sekolah kedoktoran pada tahun 1943 di Middlesex University di mana dia melanjutkan untuk menyelesaikan masalah berputar di Rumah Sakit Gouveneur, yang terletak di sisi timur lebih rendah dari Manhattan, New York Setelah dinas militer dengan US Public Health Service,. Ausubel meraih MA dan Ph.D. dalam Psikologi Perkembangan dari Columbia University pada tahun 1950.
Pengertian Belajar Bermakna
1. Belajar Bermakna (Meaningfull Learning)
Belajar dikatakan bermakna bila informasi yang akan dipelajari peserta didik disusun sesuai dengan struktur kognitif yang dimiliki peserta didik itu sehingga peserta didik itu dapat mengaitkan informasi barunya dengan struktur kognitif yang dimilikinya. Sehingga peserta didik menjadi kuat ingatannya dan pencapaian belajarnya mudah diperolehi. Struktur kognitif dapat berupa fakta-fakta, konsep-konsep ataupun generalisasi yang telah diperoleh atau bahkan difahami sebelumnya oleh siswa.
2. Belajar Menghafal (Rote Learning)
Bila struktur kognitif yang sesuai dengan fenomena baru itu belum ada maka informasi baru tersebut harus dipelajari secara menghafal. Belajar menghafal ini perlu bila seseorang memperoleh informasi baru dalam dunia pengetahuan yang sama sekali tidak berhubungan dengan apa yang ia ketahui sebelumnya.
Dua Dimensi Belajar Bermakna Menurut Ausubel
Menurut Ausubel belajar dapat diklasifikasikan kedalam dua dimensi ;
Dimensi pertama
berhubungan dengan cara informasi atau materi pelajaran itu diberikan kepada peserta didik melalui penerimaan atau penemuan.
Dimensi kedua
berkaitan bagaimana peserta didik dapat mengaitkan informasi itu pada struktur kognitif yang telah ada. Jika peserta didik hanya mencuba menghafal informasi baru itu tanpa menghubungkan dengan struktur kognitifnya, maka terjadilah belajar dengan hafalan. Sebaliknya jika peserta didik menghubungkan atau mengaitkan informasi baru itu dengan struktur kognitifnya maka yang terjadi adalah belajar bermakna.
Empat Jenis Belajar Menurut Ausubel
1. Belajar dengan penemuan yang bermakna
Informasi yang dipelajari, ditentukan secara bebas oleh peserta didik. Peserta didik itu kemudian menghubungkan pengetahuan yang baru itu dengan struktur kognitif yang dimiliki. Misalnya peserta didik diminta menemukan sifat-sifat suatu bujur sangkar. Dengan mengaitkanpengetahuan yang sudah dimiliki, seperti sifat-sifat persegi panjang, peserta didik dapat menemukan sendiri sifat-sifat bujur sangkar tersebut.
2. Belajar dengan penemuan tidak bermakna
Informasi yang dipelajari, ditentukan secara bebas oleh peserta didik, kemudian ia menghafalnya. Misalnya, peserta didik menemukan sifat-sifat bujur sangkar tanpa bekal pengetahuan sifat-sifat geometri yang berkaitan dengan segiempat dengan sifat-sifatnya, iaitu dengan penggaris dan jangka. Dengan alat-alat ini diketemukan sifat-sifat bujur sangkar dan kemudian dihafalkan.
3. Belajar menerima yang bermakna
Informasi yang telah tersusun secara logik diberikan kepada peserta didik dalam bentuk final/ akhir, peserta didik kemudian menghubungkan pengetahuan yang baru itu dengan struktur kognitif yang dimiliki. Pengajar mempersiapkan bahan-bahan yang akan diberikan yang susunannya diatur sedemikian rupa sehingga materi persamaan kuadrat tersebut dengan mudah ter'tanam' kedalam konsep persamaan yang sudah dimiliki peserta didik. Karena pengertian persamaan lebih inklusif dari pada persamaan kuadrat, materi persamaan tersebut dapat dipelajari peserta didik secara bermakna.
4. Belajar menerima yang tidak bermakna
Dari setiap jenis bahan yang diberikan kepada peserta didik dalam bentuk final. Peserta didik tersebut kemudian menghafalkannya. Bahan yang diberikan tadi tanpa memperhatikan pengetahuan yang dimiliki peserta didik.
TEORI BEHAVIORISME
Ivan Petrovich Pavlov
Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada Meninggal – 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun.Ivan Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden.
Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov
Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.
Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di bawah:
Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim – GTT ).Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral – RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur.Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT )terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan.Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT ) tanpa diberikan makanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim – GT ).
Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan. Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika mendengar bunyi loceng.
Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan.Maka kemampuanstimulus terkondisi (bunyi bel) untuk menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau penghapusan.Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi dan penghapusan sebagai berikut:
Konsep Keterangan
Ransangan tidak terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas.
Contoh: makanan
Gerak balas tidak terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan.
Contoh: lelehan air liur
Ransangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi bersama ransangan lama.
Contoh: loceng
Gerak balas terlazim Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan baru setelah
dipadankan dengan ransangan lama.
Contoh: lelehan air liur
Menurut laman sesawang http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html, Psikologi Behaviorisme menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan dan objektif dimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak dapat ditandingi.Pavlov bersama anjing yang digunakan bagi menjalankan uji kaji.
Contoh Dalam Kehidupan Nyata
Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunyaSejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang "sangat suka " dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda.
Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov.
Edward LeeThorndike
Edward Lee Thorndike dilahirkan di Williamsburg, Massachusetts pada 31 Ogos 1874. Merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang menghabiskan hampir seluruh kerjayanya di Teachers College, Colombia University. Pada zaman kanak-kanaknya beliau menerima pendidikan dari seorang pendeta di Lowell, Massachusetts. Edward telah mendapat kelulusan dari The Roxbury, Massachusetts, Wesleyan University (BS 1895), Havard University (MA 1897), dan Colombia University (PhD 1898).
Hukum-hukum yang digunakan Edward Lee Thorndike
Thorndike menyatakan bahawa pada haiwan ataupun manusia berlangsung berdasarkan tiga hukum :
HUKUM PRIMER
Law of readiness
Persiapan untuk bertindak itu muncul, kerana ada penyesuaian diri dengan alam sekitar yang mana akan memberi kepuasan. Apabila tidak memenuhi persiapan, maka tidak akan memberi kepuasan.
Law of exercise
Yang bermaksud pengaruh dari latihan. Maksudnya, suatu hubungan menjadi kuat apabila sering berlatih dan hubungan menjadi lemah atau hilang, apabila kurang atau tidak ada latihan.
Law of effect
Kelakuan yang dilakukan dengan pengalaman yang memuaskan, cenderung ingin mengulanginya sedangkan tidak mendatangkan kepuasan.
HUKUM SEKUNDER
Law of multiple
Pelbagai usaha dalam menghadapi yang rumit. Maka salah satu dari percubaan itu akan berhasil juga,maka hukum ini disebut sebagai "trial and error".
Law of assimilation
Orang yang dapat menyesuaikan diri pada situasi baru asalkan situasi tersebut ada unsur-unsur yang sama..
Law of partial activity
Seorang yang dapat beraksi secara selektif terhadap kemungkinan yang ada dalam situasi tertentu.
TEORI KOGNITIF SOSIAL
Albert Bandura dilahirkan pada 4 Disember 1925 di Mundare, Kanada. Anak bongsu dan lelaki tunggal daripada 6 orang adik-beradik. Albert telah mengembangkan teori ini dan memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia yang dipengaruhi oleh persekitaran iaitu Reinforcement dan Observational learning dan cara berfikir yang kita perolehi terhadap sesuatu maklumat dan sebaliknya.
Proses mengamati dan meniru kelakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Contohnya, seorang yang hidupnya dibesarkan didalam golongan yang bermain judi, maka dia akan cenderung untuk memilih bermain judi, atau sebaliknya mrnganggap bahawa judi itu tidak baik.
Teori peniruan (modelling) Richard Walter dan Bandura melalui teori ini pengamatan terhadap kelakuan model (orang yang ditiru) tanpa sebarang penghalang. Melalui observational learning ini mereka akan meniru aksi model tersebut seperti mana yang dilakukan oleh orang yang mereka nampak.
TEORI EKOLOGI
Urie Bronfenbrenner dilahirkan pada 29 April 1917 di Mascow, Rusia dan meninggal dunia pada 25 Sep 2005 di Ithaca, New York. Teori ekologi mengikut Urie Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan yang merangkumi sistem persekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Proses perkembangan dan pertumbuhan kaanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran. Merujuk kepada konsep ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang yang paling kecil yang berpusat di tengah boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Mikrosistem
Bagaimana dan dimana anak tersebut menghabiskan banyak masa. Sistem ini memerlukan anak yang lebih berinteraksi kepada semua orang termasuk keluarga, rakan sebaya, sekolah, dan jiran. Sistem ini anak bukanlah penerima pasif melainkan anak tersebut yang mengulangi apa yang dikatakan oleh orang lain.
Ekosistem
Persekitaran luar yang membawa kesan kepada perkembangan kanak-kanak secara langsung. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusanyang diambil dalam persekitaran akan memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
Mesosistem
Hubungan antara mikrosistem bagaimana anak tersebut mendapatkan penghadaman dalam keluarga dengan diluar keluarga. Seperti pengalaman dari sekolah.
Makrosistem
Budaya lingkungan yang mempengaruhi perkembangan anak. Contoh, anak yang tinggal dikalangan yang baik dan bimbingan yang baik maka akhlak anak tersebut adalah baik. Jika anak tersebut tinggal di kalangan keluarga yang tidak baik maka anak itu akan terpengaruh melakukan keburukkan.
Kronosistem
Keadaan sosio-history dari perkembangan kanak-kanak yang mempengaruhi kegiatan meneroka. Kejadian ini terjadi jika anak diasuh dengan baik dan lahir dari kalangan yang menyokongnya kearah yang baik maka anak tersebut tergolong dalam adat(budaya) yang baik atau buruk melalui generasi tersebut.
TEORI ETOLOGI
Imprinting and critical period (teori moden)
Konrad Lorentz dan Karl Von Erisch telah mengkaji tentang anak angsa yang ditetaskan dari incubator akan mengkuti benda pertama yang mereka lihat dan mempercayai bahawa benda itu adalah induknya. Ini bermaksud perkembangan kasih sayang yang cepat pada benda yang dilihat. Ini dapat disimpulkan, bahawa perilaku sosial seseorang adalah berdasarkan gen.
Perkembangan Anak Bonding and Attachment Theory
John Bowlby dan Parke (1999) telah mengkaji tentang psychology Bonding iaitu hubungan antara ibu dan anak.
Mereka telah membahagikan perkembangan anak ini kepada 4 fasa, iaitu :
Fasa0-3 bulan
Tiada perbezaan
Memberi tindakbalas kepada seseorang
Fasa 3-6 bulan
Fokus terhadap orang yang dikenali
Dapat membezakan antara orang yang dikenal dan yang tidak
Fasa 6 bulan-3 tahun
Mula rapat dengan orang yang selalu berinteraksi dengannya
Fasa 3 tahun-masa akhir
Wujud tingkah laku persahabatan
Menunjukkan sikap mesra terhadap rakan sebaya
KESIMPULAN
Kesimpulannya, teori-teori yang dikemukakan oleh para pakar mengenai perkembangan awal kanak-kanak ini banyak menekankan tentang masyarakat sekarang ini amat mementingkan pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak sangat berguna terhadap Negara. Ibubapa dan anak-anak sendiri untuk melahirkan generasi akan dating yang berilmu dan bermotivasi, kita harus mementingkan pendidikan awal kanak-kanak dari sekarang dan juga sejak masih kecil lagi.
Seorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbingi kerosakkan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan perhatian.
Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering melihat atau sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendekatan berhemah dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak yang sudah menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Namun realiti yang berlaku dalam masyarakat sekarang, mereka akan menghukum anak yang yang melakukan kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik anak mereka.
JEAN PIAGET B.F SKINNER ALBERT BANDURA
URIE BRONFENBRENNER KONRAD LORENZ DAVID AUSUBEL
1