PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
LAPORAN CADANGAN KAJIAN (BAB 1-3)
TAJUK:
HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN FAKTOR PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
OLEH: NURUL AAINAA BT ABDUL RASHID
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
BAB 1: PENGENALAN
"1.0 "Pendahuluan "4 "
"1.1 "Latar Belakang Kajian "5 "
"1.2 "Pernyataan Masalah "8 "
"1.3 "Objektif Kajian "8 "
"1.4 "Persoalan Kajian "8 "
"1.5 "Hipotesis Kajian "9 "
"1.6 "Rasional Kajian "9 "
"1.7 "Signifikan Kajian "10 "
" "1.7.1 Pelajar "10 "
" "1.7.2 Ibu Bapa "10 "
" "1.7.3 Kaunselor Sekolah "11 "
"1.8 "Definisi Istilah "11 "
" "1.8.1 Personaliti "11 "
" " 1.8.1.1 Ekstrovert "12 "
" " 1.8.1.2 Introvert "12 "
" " 1.8.1.3 Neurotik (Ketidak stabilan Emosi)"12 "
" " 1.8.1.4 Kestabilan Emosi "12 "
" "1.8.2 Keluarga "13 "
" "1.8.3 Pelajar "13 "
" "1.8.4 Persekitaran Keluarga "13 "
" " 1.8.4.1 Penglibatan Ibu Bapa "13 "
" " 1.8.4.2 Peranan Ibu Bapa "13 "
" " 1.8.4.3 Status Sosio ekonomi Ibu bapa "14 "
" "1.8.5 Pencapaian Akademik "15 "
"1.9 "Penutup "15 "
" "
"BAB 2: SOROTAN KAJIAN "
"2.0 "Pengenalan "16 "
"2.1 "Personaliti "16 "
" "2.1.1 Teori Personaliti Sigmund Freud "17 "
" "2.1.2 Teori Trait Personaliti Gordon Allport "18 "
" "2.1.3 Teori Personaliti Hans J. Eysenck "18 "
" "2.1.4 Teori Personaliti Hans J. Eysenck sebagai "20 "
" "Model Kajian " "
"2.2 "Persekitaran Keluarga "21 "
" "2.2.1 Teori Ekologi Brenfenner "21 "
" " 2.2.1.1 Mikrosistem "21 "
" " 2.2.1.2 Mesosistem "22 "
" " 2.2.1.3 Ekosistem "22 "
" " 2.2.1.4 Makrosistem "23 "
" " 2.2.1.5 Kronosistem "23 "
" "2.2.2 Model Gaya Keibubapaan Baumrind "24 "
" " 2.2.2.1 Gaya Autoritatif "24 "
" " 2.2.2.2. Gaya Autoritarian "24 "
" " 2.2.2.3 Gaya Permisif "24 "
"2.3 "Pencapaian Akademik "24 "
" "2.3.1 Teori berkaitan Pencapaian Akademik "24 "
" " 2.3.1.1 Teori Keperluan kepada Pencapaian "25 "
" "(Mc Clelland) " "
"2.4 "Kerangka Konsep "26 "
"2.5 "Kerangka Teori "27 "
"2.6 "Kajian-kajian Lepas "29 "
" "2.6.1 Kajian Personaliti "29 "
" " 2.6.1.1 Kajian Hubungan Personaliti "29 "
" "dengan Pencapaian " "
" "Akademik " "
" " 2.6.1.1.1 Kajian Hubungan "29 "
" "Personaliti Dimensi " "
" "Neurotisme dengan Pencapaian Akademik " "
" " 2.6.1.1.2 Kajian Hubungan "30 "
" "Personaliti Dimensi " "
" "Ekstroversi dengan Pencapaian Akademik " "
" " 2.6.1.2 Kajian Personaliti dengan "30 "
" "Persekitaran Keluarga " "
" "2.6.2 Kajian Persekitaran Keluarga "31 "
" " 2.6.2.1 Kajian Hubungan Penglibatan Ibu "31 "
" "bapa dengan " "
" "Pencapaian Akademik " "
" " 2.6.2.2 Kajian Hubungan Peranan "33 "
" "Keibubapaan dengan " "
" "Pencapaian Akademik " "
" " 2.6.2.3 Kajian Hubungan Status "33 "
" "Sosioekonomi Ibu bapa " "
" "dengan Pencapaian Akademik " "
"2.7 "Kesimpulan "34 "
" "
" "
" "
"BAB 3: METODOLOGI KAJIAN "
"3.0 "Pengenalan "35 "
"3.1 "Rekabentuk Kajian "35 "
"3.2 "Persampelan Kajian "36 "
" "3.2.1 Tempat Kajian "36 "
" "3.2.2 Subjek Kajian "36 "
" " 3.2.2.1 Populasi Kajian "36 "
" " 3.2.2.2 Sampel Kajian "36 "
"3.3 "Instrumen Kajian "37 "
" "3.3.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang "38 "
" "Responden dan " "
" "Keluarga " "
" "3.3.2 Bahagian A: Soal Selidik Inventori "38 "
" "Personaliti berdasarkan " "
" "Hans J. Eysenck " "
" "3.3.3 Bahagian A: Soal Selidik Persekitaran "39 "
" "Keluarga " "
"3.4 "Kesahan dan Kebolehpercayaan "40 "
" "3.4.1 Kesahan Instrumen "40 "
" "3.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen "40 "
"3.5 "Kajian Rintis "40 "
"3.6 "Prosedur Kajian "41 "
"3.7 "Analisis Kajian "42 "
"3.8 "Kesimpulan "43 "
BIBLIOGRAFI
BORANG SOAL SELIDIK
HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN FAKTOR PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
BAB 1
PENGENALAN
1. Pengenalan
Malaysia telah melangkah ke alaf baru dengan harapan dunia
Sains dan Teknologi akan membawa lebih keselesaan dan kesenangan kepada
rakyat. Selaras dengan hakikat ini, Falsafah Pendidikan Negara yang
bertujuan untuk memanusiakan manusia haruslah diberi keutamaan dalam hal
ini. Falsafah Pendidikan Negara juga bertanggungjawab melahirkan
warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang,
berketrampilan, berakhlak mulia serta patuh pada Tuhan.
Peranan golongan pelajar tidak dinafikan kerana mereka
merupakan pewaris yang akan menentukan hala tuju masa depan negara.
Pelajar mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan
ekonomi negara yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi
dan pembangun generasi. Memandangkan hal yang demikian, pembinaan
generasi muda haruslah difokuskan kepada membentuk mereka menjadi
manusia yang berkualiti dengan memiliki personaliti yang berjaya dan
didedahkan kepada persekitaran yang baik terutamanya oleh keluarga.
Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian
seseorang individu itu dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang
manusia dengan manusia yang lain (Mahmood Nazar, 2001). Satu definisi
awal tentang personaliti telah diberikan oleh Ortony, Norman & Revelle
(2005) yang menyatakan personaliti ialah apa sebenarnya yang
menghuraikan tentang seseorang. Oleh sebab itu, perbezaan dalam kalangan
individu mewujudkan personaliti yang berbeza.
Personaliti pelajar sering dikaitkan dengan hasil pencapaian.
Melalui konteks penyelidikan ini, personaliti yang bakal dibincangkan
ialah personaliti ekstroversi dan personaliti neurotisme. Kebolehan dan
kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar sering dikaitkan dengan
personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat,
mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Che Mah & Mariani,
2001). Bagi personaliti neurotisme pula, kajian daripada Boocock (1972)
mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai sifat yang teratur
adalah mereka yang berpencapaian akademik yang tinggi dan sifat ini
biasanya terdapat pada individu yang berpesonaliti neurotisme.
Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya.
Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga
mereka. Ibu bapa yang lebih peka dengan pembelajaran anaknya di sekolah
berjaya melahirkan murid yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (Morris, 2001). Melalui kajian ini, faktor
persekitaran keluarga yang akan dibincangkan merangkumi aspek peranan
ibu bapa, status sosio ekonomi dan penglibatan ibu bapa.
Menurut Berns (2004), ibu bapa berperanan sebagai kumpulan
rujukan pertaman tentang nilai, norma dan gaya hidup yang dirujuk oleh
anak-anak. Dari aspek status sosioekonomi pula, taraf pendidikan ibu
bapa sama ada dari berpencapaian rendah mahupun tinggi dapat memberi
impak terhadap pencapaian akademik anak-anak. Melalui penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan anak-anak juga membantu dalam memberikan satu
galakan terhadap motivasi kendiri terhadap pencapaian anak mereka. Oleh
itu, pendidikan yang utuh dan baik yang diberikan dalam sesebuah
institusi keluarga memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar
yang cemerlang dalam pelbagai bidang terutamanya akademik.
Ibnu Muqaffa seperti mana dibincangkan oleh Black (2009)
pula menyatakan pendidikan adalah suatu proses yang diperlukan oleh
seseorang individu bagi meningkatkan kemampuan pancaindera mereka untuk
mencapai peradaban yang tinggi berpunca daripada peningkatan akal dan
rohani. Seperti yang kita ketahui, kecemerlangan akademik pula merupakan
matlamat utama kebanyakan pelajar di sekolah menengah. Ia merupakan alat
pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar di dalam
bidang akademik di sekolah. Namun begitu, untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik, bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak faktor-
faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik seseorang pelajar.
Kecemerlangan akademik juga perlu seiring dengan aspek-aspek yang lain
seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan diri, akhlak dan
personaliti.
1.1 Latar Belakang Kajian
Banyak gejala yang merisaukan mengenai personaliti diri
sebahagian remaja kini.
Remaja pada masa lalu menghubungkan diri dengan isu-isu perjuangan ke
arah membangun negara, cenderung mengukuhkan imej keagamaan sebagai
landasan membangunkan sistem dan masyarakat. Akibat kemajuan yang
dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit, kecenderungan
sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa mengheret mereka ke arah
kerosakan diri, terjebak dengan kemelut sosial yang merisaukan dan
terpengaruh dengan pemikiran hedonistik serta alpa kepada tanggungjawab
menuntut ilmu. Lebih ekstrem lagi apabila remaja terjebak dengan
kegiatan yang menyesatkan, ketagihan dadah, rokok, arak serta kegiatan
jenayah yang membimbangkan.
Lalu, adakah imej yang sedang melanda remaja kini berakibat
daripada ketidakmampuan kita mengurus kemajuan dan pembangunan hingga
menyebabkan remaja menjadi mangsanya? Adakah ia akibat dari kealpaan
masyarakat terhadap peranan mendidik, memberikan pendorong betapa
pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara diterjemahkan secara
bijaksana dan strategik kepada mereka?
Kumpulan pelajar ini seolah-olah hilang pertimbangan diri dan
kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan nyata perbuatan
mereka terkeluar dari norma - norma masyarakat tanpa mampu memikirkan
kesan- kesan di sebalik perbuatan mereka. Sekolah adalah tempat untuk
menimba ilmu, tetapi bagaimanakah kesannya nanti jika pelajar - pelajar
yang dihasilkan merupakan individu- individu yang runtuh akhlaknya.
Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di
kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa,
tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen
kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan
tingkah laku generasi muda (Azizi, et al., 2005).
Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan idaman setiap
insan yang bergelar remaja. Pencapaian akademik yang cemerlang dapat
mempengaruhi masa depan pelajar kerana dengan keputusan yang
cemerlanglah, mereka mampu mencari pekerjaan yang baik, pendapatan yang
terjamin dan kedudukan sosial yang lebih baik. Pencapaian akademik yang
tinggi bagi seseorang pelajar adalah menjadi kebanggaan dan harapan
sekolah, ibu bapa dan pelajar itu sendiri.
Menurut statistik pencapaian PMR pada tahun 2009 terutamanya
di Pulau Pinang, seramai 1976 daripada 22 172 pelajar yang menduduki
peperiksaan PMR di negeri berikut lulus dengan cemerlang apabila
memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil (Utusan, 25
Disember 2009). Manakala sebanyak 2 268 daripada 23 164 calon PMR
berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan pada tahun 2013 (Berita
Bernama). Ini menunjukkan bahawa 8.9 % peratus kecemerlangan PMR bagi
semua subjek A pada tahun 2009 manakala 9.8% peratus kecemerlangan PMR
bagi semua subjek A pada tahun 2013 . Peningkatan hanyalah 0.9 % dalam
jangka masa empat tahun. Senario ini mengambarkan keadaan yang sukar
bagi peningkatan peratus lulus melebihi 1% pada tahun berikutnya.
Masalah sosial dan jenayah juga semakin meningkat dan
membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin
renggang hubungannya dengan masyarakat setempat (Abd Rahim, 2000 dalam
Siti Zahirah, 2008). Menurut beliau juga, dalam banyak hal, masyarakat
setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membanteras
sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di dalam
sekolah mahupun di luar sekolah. Terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi gejala sosial di kalangan pelajar sekolah. Antara faktor
tersebut adalah faktor diri pelajar, faktor keluarga, faktor
persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan sebaya.
Melalui permasalahan ini, pengkaji lebih menfokuskan isu remaja
terhadap pengaruh persekitaran keluarga. Isu pengaruh keluarga ini turut
disokong melalui kajian (L.G.Simons & Conger, 2007) yang menyatakan
bahawa sesuatu aspek tingkah laku keluarga berkait rapat dengan
permasalahan remaja kini. Selain itu, kajian melalui Soenens et. al,
(2006) juga bersetuju bahawa perhubungan antara tingkah laku keluarga
dengan anaknya akan menjadi lebih kompleks sekiranya kualiti perhubungan
yang positif wujud serta kesefahaman yang kukuh antara kedua- duanya.
Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada peranan ibubapa dalam
meningkatkan pencapaian akademik anak - anak.
Oleh itu, cara bagaimana ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam membentuk dan mendidik remaja bergantung pada tangan mereka
sendiri. Hubungan dan ikatan mesra antara ibu bapa dan anak - anak remaja
penting dalam pembentukan sahsiah, moral dan tingkah laku remaja. Selain
itu, aspek asuhan dan didikan disiplin turut perlu diberikan penekanan
yang sewajarnya dalam pengsosialisasian anak- anak dalam membentuk
individu berfikiran positif.
2. Pernyataan Masalah
Kemelut masalah remaja kini semakin menjadi - jadi walaupun
pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan
tidak sihat di kalangan remaja. Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku
di kalangan remaja di negara kita semakin meruncing dan meningkat setiap
tahun (Maizatul Akmam, 2007). Oleh itu, mereka haruslah mempunyai
peribadi atau personaliti yang boleh dikagumi dalam memajukan negara.
Golongan remaja seperti pelajar adalah golongan yang sering mengalami
cabaran dan dugaan. Mereka belum stabil dan masih terumbang - ambing
dalam mencari identiti diri. Dalam proses ini, unsur-unsur positif dan
negatif senang diserap untuk membentuk sahsiah dan personaliti remaja
apabila dewasa.
Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam
masyarakat di mana
keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat
secara keseluruhannya. Namun demikian, dengan kepesatan arus globalisasi,
cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan menuntut ibu bapa
memainkan peranan yang paling efektif khususnya dalam hubungan dengan
anak - anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan seiring dengan
perkembangan tersebut. Fenomena sosial yang berlaku hari ini menunjukkan
bahawa masalah yang berlaku di kalangan remaja khususnya, berpunca
daripada kegagalan institusi keluarga yang berfungsi dengan baik. Masalah
ini amat membimbangkan kerana ia sudah pasti mendatangkan kesan negatif
ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan
seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Pelajar dari keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu
bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung dan tempat
mencurahkan kasih sayang untuk dijadikan bekal kehidupan di hari dewasa.
Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan pelajar - pelajar
terutama dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti.
Kenyataan ini disokong oleh Maslow (1954, dalam Abdullah Sani Yahya,
2005) yang menyatakan bahawa kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi
punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif
dan anti sosial.
Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh manakah elemen -
elemen dalam institusi kekeluargaan mempengaruhi pencapaian akademik
khususnya pelajar. Selain itu, kajian ini juga akan meninjau sejauh
manakah personaliti individu dalam mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar.
1.3 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara
pengaruh persekitaran keluarga dan aspek personaliti terhadap pencapaian
akademik pelajar di beberapa buah sekolah menengah di daerah Georgetown,
Pulau Pinang. Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk:
1. mengenal pasti personaliti dominan yang dimiliki di kalangan
pelajar
2. mengenal pasti faktor pengaruh persekitaran keluarga yang dominan
di kalangan pelajar
3. mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar
4. menentukan perhubungan antara faktor pengaruh persekitaran
keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar
5. menentukan perhubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik
di
kalangan pelajar
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah:
1. Apakah personaliti dominan yang dimiliki di kalangan pelajar?
2. Apakah faktor pengaruh persekitaran keluarga yang dominan di kalangan
pelajar?
3. Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar?
4. Adakah terdapat hubungan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga
dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar?
5. Apakah terdapat hubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik
di kalangan pelajar?
5. Hipotesis Kajian
1. Tiada hubungan yang signifikan antara personaliti ekstroversi
dengan pencapaian akademik pelajar
2. Tiada hubungan yang signifikan antara personaliti neurotisme
dengan pencapaian akademik pelajar
3. Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh
persekitaran keluarga dari aspek peranan ibu bapa dengan
pencapaian akademik pelajar
4. Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh
persekitaran keluarga dari aspek status sosioekonomi ibu bapa
dengan pencapaian akademik pelajar
5. Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh
persekitaran keluarga dari aspek penglibatan ibu bapa dengan
pencapaian akademik pelajar
6. Rasional Kajian
Institusi keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan ke
atas perkembangan personaliti individu. Oleh kerana kepelbagaian
keluarga dari segi struktur dan komposisi, maka pengaruh keluarga ke
atas perkembangan personaliti remaja juga berbeza. Kecelaruan
personaliti remaja seperti ketidakstabilan emosi, murung, dan lain
–lain amat mempengaruhi pencapaian akademik seseorang terutamanya
pelajar. Oleh itu, penyelidik merasakan bahawa penting baginya untuk
mengetahui pengaruh persekitaran keluarga bagi setiap pelajar yang
dikaji. Kajian ini juga bertujuan menyedarkan ibu bapa betapa
pentingnya peranan persekitaran keluarga dalam pencapaian akademik
serta penekanan kepada aspek kekeluargaan yang berkesan dan mengetahui
personaliti pelajar yang berbeza latar belakang.
1.7 Signifikan Kajian
Kajian ini adalah penting dalam memberi panduan kepada
pelajar, ibu bapa dan
kaunselor – kaunselor sekolah.
1.7.1 Pelajar
Kajian ini diharap dapat membantu dan memberi
kesedaran kepada pelajar -
pelajar sendiri tentang perkara yang boleh
meyebabkan mereka lemah dalam
akademik dan seterusnya membantu mereka
mengatasi kelemahan tersebut.
1.7.2 Ibu Bapa
Hasil kajian ini boleh membantu ibu bapa untuk
mengenal pasti personaliti anak - anak dan memastikan mereka
mengambil berat hal - hal yang berkaitan dengan akademik anak -
anak. Hal ini secara tidak langsung akan mengubah sikap ibu bapa
untuk mendidik anak - anak mereka agar lebih mementingkan
pelajaran.
1.7.3 Kaunselor Sekolah
Hasil kajian ini amat berguna untuk dijadikan
panduan oleh kaunselor -
kaunselor di sekolah - sekolah dalam mengenal pasti
dimensi personaliti pelajar yang tidak stabil serta membantu
melaksanakan program dalam meningkatkan prestasi akademik
pelajar.
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Personaliti
Personaliti berasal daripada perkataan Greek iaitu
'persona' yang bererti topeng muka yang digunakan oleh manusia bagi
menyembunyikan perkara buruk dan mengemukakan serta menonjolkan
perkara yang baik berkaitannya. Perkataan Melayu yang sama dengan
personaliti ialah keperibadian dan sahsiah. Namun, dalam kajian
saintifik, personaliti diertikan sebagai perbezaan individu dalam
pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkannya respon
dalam satu cara melalui situasi yang pelbagai (Richard M. Ryckman,
1982).
Eysenk (1947) mendefinisikan personaliti sebagai
satu organisasi yang agak stabil dan berkekalan ciri - ciri emosi,
fizikal, intelek seseorang individu yang menentukan penyesuaiannya
yang unik kepada persekitaran. Definisi ini menitikberatkan trait
iaitu ciri - ciri yang stabil dan berkekalan dan bila trait ini
dikumpulkan ia akan menjadi 'type' dalam erti kata lain, koleksi
trait personaliti selalunya wujud bersama dan menyumbang kepada
'type' personaliti. Personaliti bermula dan berkembang melalui
interaksi trait ini dimana tingkah laku akan terbentuk.
Eysenck telah mengutarakan tiga jenis personaliti
iaitu Ektroversi (E), Neurotisme (N) dan Psikotisme (P) (dalam
Potkay &Allen, 1986). Ekstroversi adalah profail personaliti yang
bersifat bipolar. Dua dimensi didapati dalam skala Ekstroversi.
Individu dengan skor tinggi dalam skala Ekstroversi adalah individu
Ekstrovert (Eks) dan individu dengan skor rendah adalah individu
Introvert (Int).
Neurotisme juga adalah profail yang bersifat
bipolar. Dua dimensi didapati dalam skala Neurotisme. Individu
dengan skor tinggi pada skala Neurotisme adalah mempunyai dimensi
Neurotik atau Tidak Stabil (TS). Sementara individu dengan skor
rendah mempunyai personaliti Stabil (S) (Feist, 1985).
1.8.1.1 Ekstrovert
Ekstrovert adalah individu yang suka bersosial, aktif,
mudah bergaul, berjenaka dan cepat mesra. Ekstrovert juga tidak
suka perkara akademik dan selalunya tidak mengambil berat
tentang tugas yang ditanggungjawabkan. Individu ini adalah
optimistik dan kadang kala agresif serta mempunyai emosi yang
sangat berubah - ubah.
1.8.1.2 Introvert
Introvert adalah seorang pendiam yang sentiasa meneliti
diri sendiri, suka menjauhkan diri dan berhati - hati dalam
kelompok besar. Individu introvert selalu memikirkan masa depan
mereka tetapi bersifat pesimistik. Mereka juga mementingkan
prinsip, etika serta harga diri.
1.8.1.3 Neurotik (Ketidak stabilan Emosi)
Individu yang terlalu mengikut perasaan, rasa malu,
mudah rasa cemas, bimbang dan kadang kala mengalami histeria.
Individu jenis ini juga sering dikaitkan dengan penjenayahan.
1.8.1.4 Kestabilan Emosi
Individu ini adalah stabil dan normal, tidak mudah
merasa bimbang dan tidak mudah rasa cemas. Individu jenis ini
dapat mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi mendadak.
1.8.2 Keluarga
Keluarga menurut taktif antropologi adalah satu unit (kumpulan)
yang terdiri daripada ahli - ahli yang mempunyai hubungan
kekeluargaan. Freud (1953), pula merujuk keluarga sebagai
kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak
(Fontona,1981). Menurut Gpeda (1988), keluarga adalah satu unit
sosial yang terdiri daripada ibu bapa dan anak. Muhd. Mansor
(1998) menyatakan bahawa ibu bapa merupakan samaada ibu bapa
biologi atau ibu bapa sosial seperti ibu bapa angkat atau penjaga
kepada remaja terbabit. Menurut Kamaliah (2001) dalam kajiannya
menyatakan bahawa ibu bapa juga merupakan pengaruh utama dalam
pemilihan kerjaya anak - anak mereka.
1.8.3 Pelajar
Menurut kamus Dewan (2003), pelajar didefinisikan orang
yang belajar atau menuntut. Pelajar juga dikategorikan sebagai
remaja di mana dalam perspektif undang - undang umur remaja adalah
antara 10 hingga 18 tahun serta belum pernah berkahwin (Hairunnaja
Najmuddin, 2003). Dalam kajian ini, pelajar-pelajar yang
dimaksudkan ialah pelajar - pelajar tingkatan 4 dari beberapa buah
sekolah menengah yang akan dikaji pada tahun 2015.
1.8.4 Persekitaran Keluarga
Keluarga ialah institusi di mana seseorang individu itu
mendapat pendidikan yang terawal (Hairunnaja Najmudin, 2003).
Proses didikan atau proses sosialisasi yang diterima oleh pelajar
sejak kecil dalam keluarga memberi pengaruh kepada tingkah laku
mereka. Melalui kajian persekitaran keluarga ini, pengkaji akan
menyelidik dengan lebih mendalam berkaitan aspek sikap ibu bapa,
peranan ibu bapa dan status sosio ekonomi keluarga.
1.8.4.1 Penglibatan Ibu Bapa
Menurut Morrison (1978), pengertian penglibatan
ibu bapa yang komprehensif adalah suatu proses aktualisasi
daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari
kekuatan dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka
sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa seperti perbincangan,
penjagaan dan komunikasi akan menentukan pencapaian kanak-kanak
dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
(Houtenville dan Conway, 2008). Penglibatan ibu bapa penting
kerana ia dapat memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan
sosial dan kejayaan akademik anak - anak.
1.8.4.2 Peranan Ibu Bapa
Peranan ibu bapa bukan hanya menghantar anak -
anak ke sekolah tetapi mereka harus peka kepada perkara - perkara
yang boleh meningkatkan pembelajaran anak mereka. Misalnya
menyediakan anak - anak dengan kelengkapan seperti buku -buku,
membayar yuran dan sebagainya.
1.8.4.3 Status Sosioekonomi Ibu bapa
Latar belakang status sosioekonomi (SSE) ibu
bapa merangkumi aspek bilangan isi keluarga, pendapatan ibu bapa,
pekerjaan ibu bapa dan aspirasi sesebuah keluarga, yang lazimnya
dikaitkan dengan komponen teras sosial dan ekonomi. Ahli - ahli
sosiologi berpendapat bahawa terdapat lima kelas sosial di dalam
masyarakat iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, kelas
pertengahan bawah, kelas pekerja dan golongan bawahan.
Ketinggian SSE sering dikaitkan dengan
berinisiatif tinggi, bermotivasi, dan penyerlahan pelbagai
kejayaan. Manakala, status SSE rendah pula dikelompokkan dalam
kepapaan, kemiskinan, pengasingan daripada arus perdana kemajuan,
kegetiran kehidupan dan pelbagai musibah kegagalan kehidupan.
Status sosioekonomi juga merujuk kepada
kedudukan sosial ibu bapa mengikut hierarki yang ditentukan oleh
penilaian masyarakat (Smith, 1986). Status sosioekonomi juga
dapat dilihat daripada tahap pendidikan, pekerjaan dan jumlah
pendapatan ibu bapa. Pendidikan, pekerjaan dan jumlah pendapatan
sangat berkait dengan kemampuan keluarga dalam membiayai keperluan
dan perbelanjaan keluarga.
Ibu bapa yang kurang berpelajaran lebih menumpukan
kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga berbanding pendidikan
anak - anak. Kebanyakan ibu bapa ini tidak dapat memberikan
didikan yang dapat membantu anak - anak mereka belajar di luar
waktu sekolah. Bagi ibu bapa yang mempunyai pencapaian pelajaran
yang tinggi, pencapaian pendidikan anaknya juga tinggi. Ibu bapa
ini menghendaki anak mereka mencapai kemajuan dalam pelajaran.
Situasi ini akan menjadi penggerak kepada anak - anak mereka untuk
berjaya dalam akademik.
1.8.5 Pencapaian Akademik
Carter V. Good (1973) mentakrifkan bahawa
pencapaian adalah sebagai penyelesaian atau kecekapan pencapaian
yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran yang diberi atau
pengetahuan di sekolah secara teori. Azman (1994) menyatakan
bahawa pencapaian akademik merupakan apa yang dihasilkan atau
diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu pelajaran. Dalam kajian
ini, pencapaian akademik yang dimaksudkan ialah keputusan PT3
pelajar dalam subjek Matematik tahun 2014.
1.9 Penutup
Kajian mengenai persekitaran keluarga dan personaliti
terhadap pencapaian akademik pelajar ini diharap akan dapat memberikan
gambaran yang tepat untuk menilai samaada persekitaran keluarga dan
faktor personaliti memberikan kesan terhadap pencapaian pelajar.
Keluarga merupakan asas dan model utama dalam pembentukan personaliti
sesorang remaja. Oleh itu adalah penting bagi sesebuah keluarga
membina satu sistem yang positif dalam mendidik dan mengasuh anak -
anak agar berupaya membentuk personaliti yang positif di kalangan
mereka. Dengan personaliti positif yang ada pada pelajar, secara tidak
langsung mampu mempengaruhi pencapaian akademik mereka.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2. Pengenalan
Pendidikan merupakan salah satu sistem sosial yang utama dalam
menentukan perkembangan serta kemajuan rakyat dan Negara. Kestabilan
sosial dan kemurnian akhlak rakyatnya sering dikaitkan dengan sistem
pendidikan yang sempurna. Bagi merealisasikan impian tersebut, setiap
pencapaian akademik pelajar kini menjadi pemangkin dalam mewujudkan
masyarakat yang maju serta bergantung pada keadaan persekitaran dan
personalitinya.
Bab ini akan menyorot penulisan dan juga kajian lepas berkaitan
dengan pencapaian akademik dan pendekatan teori - teori yang bersesuaian
bagi membantu penyelidik dalam mengkaji perhubungan antara personaliti
dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar.
2.1 Personaliti
Terdapat pelbagai teori personaliti (Sigmund Freud, 1940; Hans
J.Eysenck, 1967; Gordon Allport,1961). Sigmund Freud (1940)
mendefinisikan bahawa struktur personaliti boleh dilihat dari dua sudut
topografi dan struktural. Menurut Eysenck (1967), beliau mendefinisikan
personaliti sebagai organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal
seseorang yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang menentukan
keunikan penyesuaian dengan persekitaran. Satu definisi yang boleh
dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Fleeson (2007).
Menurutnya, personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang
terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan
penyesuaiannya kepada persekitarannya.
Selain definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa
definisi lain tentang personaliti misalnya Feist (1985), telah
mengumpulkan lebih kurang 50 definisi yang berlainan yang menggambarkan
beberapa perkara. Pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi
berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti. Kedua, setiap
satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul. Kajian
tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang
mempengaruhi tingkah laku. Beberapa definisi personaliti boleh merangkumi
daripada proses dalaman seseorang terhadap tingkah laku yang boleh
diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Setiap satu definisi
tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan
kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi tersebut mungkin
menghuraikan tentang apa - apa yang berlaku dalam diri individu atau
bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.
Terdapat pelbagai teori personaliti seperti yang dijelaskan
pada bahagian yang seterusnya. Kajian ini menggunakan Teori Personaliti
Hans J.Eysenck untuk mengukur pencapaian akademik responden kajian.
2.1.1 Teori Personaliti Sigmund Freud
Menurut teori ini, naluri yang mempunyai sumber, matlamat dan
objek merupakan kuasa penggerak bagi personaliti. Freud (1940) telah
menamakan naluri hidup sebagai eros dan tenaga yang dihubungkan dengan
naluri tersebut sebagai tenaga libido. Tenaga mati pula dinamakan
thanatos yang bertanggungjawab terhadap sikap agresif dan cenderung
kepada destruktif diri. Beliau berpendapat bahawa sifat dan tingkah laku
manusia didorong oleh satu tenaga yang datang dari dalam diri.
Berdasarkan kajian Freud (1940) lagi, struktur personaliti boleh
dilihat dari dua sudut topografi dan struktural. Aspek topografi merujuk
lapisan luaran sistem dan merangkumi tidak sedar, pra - sedar dan sedar.
Terdapat tiga komponen personaliti iaitu id, ego dan superego di bawah
sudut struktural. Ketiga - tiga komponen personaliti ini sering
mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia.
Menurut Shahabuddin et al. (2003), id ialah segala bentuk dorongan
dan tenaga yang diarah kepada matlamat memperoleh keseronokan dan
kenikmatan. Keseronokan ini diperolehi tanpa rintangan yang akan
dihadapinya. Namun, bagi mencapai keseronokan, id terpaksa berhadapan
dengan ego dan superego yang mempunyai prinsip yang berbeza daripada id.
Ego adalah aspek sahsiah yang cuba memuaskan keperluan -
keperluan id. Ia bertindak mengikut realiti iaitu mengikut cara yang
diterima, logik dan selamat serta berorientasikan masalah. Ego
menggunakan ingatan, pemikiran, persepsi dan bertindak pada peringkat
sedar atau separuh sedar. Pada peringkat ini, biasannya kanak - kanak
sudah dapat menilai tingkah laku diri sendiri apabila pemikiran semakin
matang.
Superego adalah hati nurani atau deria untuk menentukan betul
atau salah. Ia merupakan aspek moral atau etika yang tinggi yang
dipelajari daripada budaya. Ia berfungsi untuk menyekat segala kemahuan
id yang tidak berlandaskan kepada nilai moral dan etika sosial yang
diterima masyarakat.
2.1.2 Teori Trait Personaliti Gordon Allport
Allport (1961) menekankan bahawa personaliti adalah dinamik,
tersusun dan unik. Beliau juga menyatakan bahawa personaliti adalah
tingkah laku yang terpandu. Menurut teori ini lagi, trait menyediakan
struktur, keunikan dan motivasi yang menjadi ciri kepada personaliti
seseorang. Trait yang wujud dalam urat saraf manusia adalah unsur yang
diwarisi dan menyebabkan tingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai
struktur dalam personaliti dan juga desakan kepada tingkah laku.
Allport (1961) juga membezakan trait kepada tiga iaitu trait
kardinal, trait pusat dan trait sekunder. Trait kardinal adalah satu
disposisi yang mempengaruhi keseluruhan perilaku dan perbuatan seseorang.
Trait pusat adalah sifat kejujuran, kebimbangan dan ketegasan. Trait
sekunder pula adalah sifat yang mengawal perilaku seseorang secara
spesifik. Menurut Allport (1961, dalam Habibah dan Noran, 1997),
menyatakan berkenaan kepentingan faktor situasi bagi menerangkan sesuatu
tingkah laku. Contohnya, seseorang yang agresif boleh dijangka menukar
tingkah lakunya sekiranya keadaan memerlukan tingkah laku yang bukan
agresif dan orang yang introvert pula boleh menjadi ekstrovert dalam
keadaan tertentu.
Walaupun Allport percaya bahawa kebanyakan trait adalah diwarisi
tetapi beliau tidak membuat kajian untuk membuktikan teorinya. Beliau
berpendapat bahawa seseorang yang tidak sihat merupakan individu yang
terganggu perkembangan positifnya disebabkan oleh rasa kurang selamat di
zaman kanak - kanaknya. Untuk mengatasinya, ia perlu merasa disayangi dan
diperlukan.
2.1.3 Teori Personaliti Hans J. Eysenck
Menurut Eysenck (1967, dalam Sasikala, 2003) personaliti bermaksud
organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal seseorang yang agak
stabil dan mempunyai daya ketahanan yang menentukan keunikan pemyesuaian
terhadap persekitaran. Watak menandakan seseorang yang agak stabil dan
daya ketahanan sistem tingkah laku kognitif (will). Perangai pula
menunjukkan seseorang yang agak stabil dan ketahanan sistem tingkah laku
afektif (emotion). Intelek pula menandakan seseorang yang agak stabil dan
ketahanan sistem tingkah laku kognitif (intelligence) manakala fizikal
pula menandakan seseorang yang agak stabil dari segi ketahanan
keseluruhan sistem badan dan pembawaan (neuroendocrine).
Pada tahun 1947, Eysenck mengutarakan dua dimensi personaliti
iaitu ekstoversi dan neurotisme. Kemudian, pada tahun 1952, beliau telah
menambah dimensi ketiga iaitu psikotisme. Menurutnya, ketiga - tiga
dimensi personaliti ini adalah sesuai untuk mewakili personaliti manusia
(Ryckman, 1997). Menurutnya lagi, dimensi ektroversi adalah bipolar iaitu
dibahagikan kepada dua jenis dimensi iaitu ekstrovert dan introvert.
Dimensi neurotisme juga adalah bipolar dan dibahagikan kepada dimensi
neurotik dan kestabilan.
Ekstovert adalah seseorang yang suka bersosial, mempunyai ramai
kawan, tidak mahu belajar seorangan, aktif, mempunyai suara kuat dan lain
- lain lagi. Kenyataan ini disokong oleh Laney (2001) melalui kajiannya
bahawa individu bersifat ekstrovert ini boleh berfikir sambil bercakap
pada masa yang sama serta menyuarakan pendapat mereka dengan bercakap
secara kuat kepada khalayak ramai. Individu ekstovert juga suka kepada
keseronokkan, suka mengambil kesempatan, suka menarik perhatian, peka
kepada persekitaran dan optimistik.
Introvert adalah seorang yang pendiam, sentiasa menilai diri,
suka menjauhkan diri, berhati - hati, tidak suka keseronokkan serta dapat
mengawal perasaan dan cemas. Selain itu, individu bersifat introvert
lebih mementingkan diri seperti suka membuat kerja secara bersendirian.
Ini terbukti melalui kajian yang diutarakan oleh Cain (2012), yang
menyatakan bahawa individu bersifat ini cenderung mengasingkan diri serta
tidak berkongsi idea semasa perbincangan kumpulan dalam kelas kerana
memerlukan masa untuk berjauhan dari kumpulan dan berinteraksi.
Neurotisme juga menunjukkan dua ciri individu yang stabil
emosinya dan yang tidak stabil emosinya. Individu yang tidak stabil
emosinya atau neurotik suka mengikut perasaannya, terlalu sensitif dan
mudah ghairah. Jenis kedua adalah mereka yang stabil dimana mereka dapat
mengawal perasaan dan boleh dipercayai. Secara kesimpulannya, individu
neurotisme adalah mereka yang sering bimbang atau cemas dan mudah rasa
tertekan.
Tidak
Stabil
Rajah 2.1 Empat Kategori Individu
Berasaskan Dua Dimensi
2.1.4 Teori Personaliti Hans J. Eysenck sebagai Model Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik memilih teori Personaliti
Eysenck yang dikemukakan oleh Hans J. Eysenck (1947) sebagai model kajian
kerana teori ini dapat menentukan jenis mengikut trait tertentu serta
menentukan sama ada seseorang individu itu mempunyai personaliti bersifat
ekstrovert atau introvert, neurotisme atau kestabilan emosi. Teori ini
juga menyatakan bahawa seseorang yang ekstrovert merupakan seorang yang
kuat bercakap, suka berdampingan dengan orang lain dan senang bergaul.
Ciri - ciri ini amat bertentangan dengan seorang yang introvert dimana ia
lebih cenderung untuk bersendirian dan pemalu.
Menurut Rohaty (1992, dalam Narinder, 2002) ada yang
berpendapat bahawa seseorang yang introvert lebih mudah menelaah serta
mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik di peringkat sekolah rendah
berbanding individu yang ekstrovert. Dalam kajian berasingan pula, ada
yang berpendapat seseorang yang ekstrovert mempunyai pencapaian yang
lebih baik berbanding seseorang yang introvert. Kenyataan ini juga
mendapat reaksi yang berbeza melalui Laney (2001) yang menyatakan;
" Ia adalah penting untuk mengingatkan bahawa sesetengah individu
berkebolehan menjadi ekstrovert atau introvert yang ekstrem, dan
kadang-kala introvert berkelakuan seperti ekstrovert atau
sebaliknya"(muka surat 131)
Melalui pernyataan tersebut, mustahil jika dikatakan bahawa
individu introvert juga mungkin berpencapaian lebih baik daripada
individu ekstrovert. Oleh yang demikian, melalui kajian ini pengkaji akan
mengungkap sifat - sifat individu ekstrovert dan introvert yang sebenar
dengan menggunakan teori ini sebagai model kajian dan hubungannya dengan
pencapaian akademik pelajar.
2.2 Persekitaran keluarga
2.2.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori ekologi yang diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner
(1979,1989 dalam Che Nidzam Che Ahmad, 2013) ini menekankan pengaruh
persekitaran ke atas perkembangan individu. Urie Bronfenbrenner
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil
interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam
konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran itu
dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak.
Merujuk kepada konsep teori ini, kanak- kanak adalah individu
yang berada di ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) yang boleh
dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Menurut Bronfenbrenner,
persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu
mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.
2.2.1.1 Mikrosistem
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang terdekat
dengan dunia kanak-kanak tersebut. Ia adalah lapisan dalam yang
pertama dan mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibu
bapa. Ia merupakan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak
mempunyai interaksi secara langsung yang menghabiskan paling banyak
masa. Dalam masa yang sama, tingkah laku atau respon kanak-kanak
juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-
kanak tersebut. Misalnya, kanak - kanak yang berkelakuan baik akan
disenangi oleh orang dewasa yang berada disekitarnya dan mereka
berkemungkinan akan memberi respon positif terhadap kanak-kanak ini
dan sebaliknya. Di samping itu, hubungan antara ibu bapa juga
memberi kesan kepada pengalaman kanak-kanak. Ibu bapa yang sentiasa
memberi sokongan sesama sendiri adalah lebih berkesan dalam hal
asuhan dan penjagaan kanak-kanak.
2.2.1.2 Mesosistem
Mesosistem merupakan lapisan kedua dalam teori
sistem ekologi. Ia melibatkan interaksi antara ibu bapa dengan
pengasuh, ibu bapa dengan jiran, ibu bapa dengan sekolah serta
sekolah dengan jiran dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Contohnya, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kanak-
kanak di sekolah boleh memberi sokongan dalam membantu kemajuan
akademik kanak-kanak. Selain itu, keadaan di rumah boleh
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak di sekolah. Individu yang
mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah.
Contohnya, jika terdapat seorang kanak-kanak yang bersikap murung
ketika berada di rumah, maka tidak mustahil kanak-kanak tersebut
akan berkeadaan sedemikian di sekolah. Oleh itu, penglibatan orang
sekeliling perlu menunjukkan interaksi yang positif agar dapat
memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
2.2.1.3 Ekosistem
Ekosistem merupakan lapisan ketiga. Lapisan ini
mewakili organisasi yang tidak melibatkan kanak – kanak tetapi
mempunyai pengaruh secara langsung ke atas kanak-kanak tersebut.
Contohnya, peraturan- peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti
cuti atau waktu bekerja. Misalnya, ibu bapa membuat keputusan untuk
berpindah rumah tanpa meminta persetujuan daripada kanak-kanak.
Apabila hal ini berlaku, maka persekitaran kanak-kanak akan berubah
apabila perpindahan berlaku. Hal ini terjadi kerana kanak-kanak
tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada peringkat awal. Hal
ini menunjukkan kanak-kanak tidak terlibat dalam keputusan ibu bapa,
tetapi keputusan tersebut turut memberi kesan ke atas kanak-kanak
tersebut. Ekosistem juga merangkumi saudara - mara dan rakan ibu
bapa yang dapat membantu keluarga. Ekosistem merupakan pengalaman
dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung.
2.2.1.4 Makrosistem
Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu
masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih fokus kepada permainan-
permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga
puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Makrosistem juga merupakan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh
norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Sebagai contoh, di sesetengah
negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar dimana mereka
diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Di
negara-negara barat, kaum wanita mempunyai peluang dan hak yang sama.
Ini memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke
atas peranan mereka dalam masyarakat.
2.2.1.5 Kronosistem
Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran
masa. Sebagai contoh, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga
membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
Contohnya, apabila ibu melahirkan anak baru dalam keluarga, maka kanak-
kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka
tidak menyayanginya kerana memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada
ahli baru dalam keluarga tersebut.
Rajah 2.2: Interaksi elemen-elemen dalam lima sistem ekologikal berasaskan
Teori Ekologi Bronfenbrenner
2.2.2 Model Gaya Keibubapaan Baumrind
Gaya keibubapaan menurut Baumrind (1971) terbahagi kepada
tiga jenis, iaitu gaya autoritatif, gaya autoritarian dan gaya permisif.
Ketiga-tiga gaya ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka dapat
memilih jenis gaya keibubapaan yang sesuai diaplikasikan ketika
berinteraksi dengan anak-anak.
2.2.2.1 Gaya Autoritatif
Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan
bertanggungjawab terhadap anak - anak mereka. Gaya asuhan mereka
yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang
berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggungjawab, mempunyai
kompeten daripada aspek kognitif. Menurut Baumrind (1989), kanak-
kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung
menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dengan
diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya.
2.2.2.2 Gaya Autoritarian
Ibu bapa yang mengamalkan gaya autoritarian pula mempunyai
sifat kawalan yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-
anak yang dibentuk akan mempunyai ciri-ciri seperti berfikiran
negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, khuatir,
pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang bermotivasi untuk
berdikari. Mereka akan bertindak bermusuhan sekiranya dikecewakan.
2.2.2.3 Gaya Permisif
Gaya permisif pula merujuk kepada ibu bapa yang mesra,
bertanggungjawab tetapi lemah dalam kawalan dan mengakibatkan anak-
anak terlalu bergantung serta impulsif. Kanak-kanak yang dibesarkan
oleh ibu bapa yang permisif cenderung bersifat tidak dapat mengawal
diri, kurang berdikari dan kurang menjelajah. Anak-anak mereka
sentiasa tidak berminat dalam segala aktiviti, bertingkah laku
menolak dan selalu merasa kekurangan dari semua aspek kefungsian
psikologi. Walau bagaimanapun, mereka lebih gembira dan cepat sembuh
daripada sesuatu tekanan atau pun krisis berbanding kanak-kanak yang
dibesarkan secara autorikratik (Baumrind, 1989).
3. Pencapaian Akademik
1. Teori berkaitan Pencapaian Akademik
1. Teori Keperluan Kepada Pencapaian (McClelland)
Teori ini diketengahkan oleh McClelland (1978, dalam
Baharom Mohamad, Iliyas Hashim, 2009). di mana beliau
memberi tumpuan kepada keperluan iaitu keperluan untuk
pencapaian. Mengikut John B.Miner, teori ini pada asalnya
diasaskan kepada perhubungan di antara kelaparan dengan
bayangan makanan yang mempengaruhi proses pemikiran. Adalah
didapati lebih lama subjek yang dikaji tidak memperoleh
makanan, lebih banyak perkataan-perkataan yang berkaitan
dengan makanan yang ditulis dalam maklum balas-maklum balas
mereka. Begitu juga jika seseorang itu diminta untuk
menceritakan tentang potensi pencapaian dalam satu gambar,
motivasi pencapaian mereka dapat ditimbulkan.
McClelland menggariskan beberapa ciri keadaan utama
yang diutamakan dan boleh mendorong individu yang mempunyai
tahap keperluan pencapaian yang tinggi. Pertama, ialah
keadaan yang memungkinkan individu mengambil tanggungjawab
secara peribadi dan mendapat kredit peribadi bagi
penghasilannya. Keduanya, ialah keadaan yang bercirikan
tahap kesusahan dan risiko yang sederhana. Selain daripada
itu, perlu wujud maklumbalas yang jelas dan nyata tentang
kejayaan daripada usaha seseorang.
Beliau membezakan di antara high achievers dengan low
achievers yang mana pada kebiasaannya high achievers
menetapkan matlamat tidak mudah dan terlalu susah untuk
dicapai. Dalam teori ini McClelland membahagikan empat
keperluan penting yang berkaitan dengan perlakuan dalam
organisasi dan pembangunan ekonomi iaitu keperluan untuk
pencapaian, affliation, autonomi dan kuasa. Di samping itu
ianya dapat dirumuskan bahawa keperluan kepada pencapaian
dalam teori McClelland dapat dipertingkatkan melalui latihan
atau pendedahan kepada pengalaman baru.
4. Kerangka Konsep
Kerangka kajian dalam Rajah 2.4 dibawah menggunakan dua
pembolehubah iaitu personaliti dan persekitaran keluarga yang
dihubungkan dengan pencapaian akademik pelajar. Persekitaran keluarga
dan personaliti dikategorikan sebagai pembolehubah tidak bersandar
kerana kedua- dua pemboleh tersebut dijangka akan mempengaruhi pemboleh
ubah lain (pemboleh ubah bersandar) dan menjadi penyebab sesuatu kajian.
Pencapaian akademik pelajar dikategorikan sebagai pembolehubah bersandar
kerana ianya merupakan pembolehubah yang menerima kesan daripada
pembolehubah tidak bersandar.
Personaliti seseorang pelajar dikaji melalui skala ekstroversi
iaitu ekstrovert dan introvert dan skala neurotisme iaitu neurotik dan
kestabilan emosi.
Rajah 2.4: Kerangka Konsep
5. Kerangka Teori
Kerangka teori kajian yang digunakan untuk kajian ini bertujuan untuk
menentukan perkaitan antara personaliti, persekitaran keluarga dengan
pencapaian akademik. Dari aspek personaliti, penyelidik menerangkan
domain-domain yang terkandung di dalam trait personaliti Teori Jenis
Trait Eysenck digunakan sebagai salah satu model kajian bagi personaliti.
Teori ini juga digunakan bagi menerangkan aspek personaliti. Menerusi
kajian ini, penyelidik meletakkan personaliti sebagai salah satu faktor
yang mempengaruhi pencapaian akademik. Penyelidik juga ingin melihat
domain-domain yang signifikan dalam personaliti dengan pencapaian
akademik pelajar.
Dari aspek persekitaran keluarga, penyelidik menggunakan teori Ekologi
Brofrenbrenner. Teori ekologi ini menerangkan bahawa konteks sosial kanak-
kanak membesar dan individu yang mempengaruhi kehidupan kanak-kanak
tersebut. Teori ini juga menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak
adalah hasil interaksi antara persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.
Menurut model keibubapaan Baumrind, terdapat tiga jenis gaya asuhan
keluarga iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif. Ketiga-tiga gaya
ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka dapat memilih jenis asuhan
yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan anak-anak.
Bagi aspek pencapaian akademik, penyelidik menggunakan Teori
Keperluan Pencapaian oleh McClelland di mana beliau memberi tumpuan
kepada keperluan iaitu keperluan untuk pencapaian kepada pelajar high
achievers dan low achievers. Ketiga-tiga teori ini akan mempengaruhi
antara satu sama lain terhadap pencapaian akademik.
Rajah 2.5: Kerangka
Teori
Rajah 2.5: Kerangka
Teori
6. Kajian - Kajian Lepas
2.6.1 Kajian Personaliti
Adler (1970, dalam Farminah, 1999), berpendapat bahawa
personaliti ialah cara kehidupan seseorang individu atau cara ia
bertindak balas terhadap persekitaran dan matlamat hidupnya. Selain itu,
menurut Maddi (1980, dalam Marsita, 2002), menyatakan bahawa personaliti
merupakan satu set kecenderungan yang stabil yang menentukan kesamaan
dan perbezaan tingkah laku psikologi seseorang. Menurut Allport (1961),
personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik dimana ia
memberi garis panduan kepada seseorang bagi menentukan ciri - ciri
tingkah laku yang bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan
fizikal (Shahabuddin et al., 2003).
Moy (2001) menyatakan bahawa personaliti ialah perkaitan antara
pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Dalam kajian
Yusof dan Mariani (2000) pula mengatakan bahawa personaliti merangkumi
pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan,
kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.
2.6.1.1 Kajian Hubungan Personaliti dengan Pencapaian Akademik
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan wujudnya
hubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik. Dalam
kajian yang dijalankan oleh Wesley (1994), beliau mendapati bahawa
pelajar yang mempunyai sikap melewat - lewatkan penyiapan tugasan
lebih cenderung untuk memperolehi pencapaian akademik yang rendah.
Begitu juga dengan pelajar yang meletakkan matlamat yang tidak
realistik sebagai objektif dalam mencapai kejayaan. Sebagai
kesannya, pelajar tersebut akan mengalami underachievement yang
merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk mencapai ke paras
pencapaian yang sepatutnya.
2.6.1.1.1 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi
Neurotisme dengan
Pencapaian Akademik
Selain itu, Boocock (1972) menyatakan bahawa pelajar -
pelajar yang mempunyai sifat yang teratur adalah mereka
yang berpencapaian akademik yang tinggi dan sifat ini
biasanya terdapat pada individu yang berpersonaliti
neurotisme. Menurut Lynn dan Cordon (1983, dalam Sharma &
Radha, 1985) telah mendapati bahawa terdapat hubungkait
antara neurotisme dengan kejayaan akademik. Manakala
Eysenck (1957) pula berpendapat bahawa pelajar yang baik
sepatutnya memperoleh skor yang tinggi pada neurotisme dan
rendah pada ekstroversi berdasarkan instrument EPQ (Eysenk
Personality Questionnaire).
2.6.1.1.2 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi
Ekstroversi dengan
Pencapaian Akademik
Callard dan Goodfellow (1962, dalam Sharma
& Radha, 1985) telah mendapati bahawa tidak terdapat
korelasi yang signifikan di antara ekstroversi dengan
pencapaian akademik. Semua penyelidikan kecuali Rushton
(1966, dalam Sharma & Radha, 1985) telah mendapati bahawa
introversi mempunyai hubungan yang positif dengan
pencapaian akademik. Kebanyakan kajian yang lepas
membuktikan bahawa terdapat hubungan antara ciri
personaliti seseorang dengan pencapaian akademik.
Menurut kajian berasingan oleh Murugiah
(1996), pelajar yang bersikap ekstrovert mempunyai ciri -
ciri seperti dapat menyesuaikan diri dengan mudah, suka
bersosial dan suka bekerjasama dengan orang lain. Individu
berpesonaliti ini suka belajar secara berkumpulan,
berbincang serta sentiasa bertukar pendapat dengan orang
lain. Oleh itu, pelajar yang mempunyai sikap bekerjasama
dengan orang lain memperoleh pelbagai kebaikan secara
akdemik. Kenyataan ini juga disokong oleh Sabri (2003)
dimana beliau berpendapat bahawa sikap bekerjasama
membolehkan seseorang pelajar belajar secara berkumpulan
dengan orang lain.
2.6.1.2 Kajian Personaliti dengan Persekitaran Keluarga
Menurut Hurlock (1974), hubungan antara individu dengan
ahli keluarganya adalah yang paling mempengaruhi pembentukkan
personaliti. Pengaruh keluarga ke atas personaliti adalah besar
memandangkan kebanyakan masa dihabiskan di rumah. Masa yang
dihabiskan oleh sesorang menentukan betapa signifikannya individu
itu dan bagaimana dia mempengaruhi sikap, nilai dan tingkah
lakunya. Personaliti seorang anak juga dipengaruhi cara penjagaan
anak oleh ibu bapa mereka. Anak dengan dimensi personaliti
ekstrovert adalah lebih dipengaruhi oleh sikap sosial dari
introvert. Kanak-kanak dengan dimensi personaliti ekstrovert juga
lebih senang mengikut arahan. Melalui ciri ini, maka seseorang itu
lebih senang membentuk dimensi personalitinya tersendiri
(Eyscenck, 1960, dalam Hurlock, 1974).
2.6.2 Kajian Persekitaran Keluarga
Persekitaran keluarga adalah memainkan peranan yang penting di
dalam pembentukan keperibadian pelajar. Menurut kajian Zakaria (1996),
faktor keluarga terbahagi kepada dua iaitu faktor latar belakang ibu
bapa dan faktor komitmen ibu bapa . Faktor latar belakang dikategorikan
dengan taraf pendidikan ibu bapa dan jumlah pendapatan keluarga
manakala faktor komitmen ibu bapa dikategorikan kepada sokongan fizikal
dan sokongan moral. Hasil daripada kajian ini terdapat lima belas
pembolehubah yang mempunyai hubungan yang signifkan pada aras keertian
0.05. Tiga daripadanya mewakili faktor latar belakang ibu bapa dan dua
belas selebihnya mewakili komitmen ibu bapa. Ibu bapa juga disarankan
supaya mengamalkan perkara yang mempunyai hubungan positif dengan
pencapaian akademik untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan
pencapaian mata pelajaran tersebut.
Menurut pendapat berasingan, sejak dari lahir sehingga ke
peringkat autonomi diri yang semakin kompleks, cara didikan dalam
persekitaran keluarga telah memberi kesan langsung dan berkekalan ke
atas fungsi sosial dan moral kanak - kanak (Gadeyne, Ghesquiere &
Onghena, 2004).
2.6.2.1 Kajian Hubungan Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian
Akademik
Kajian oleh Arnold et al. (2008 dlm Zulkifli, Jamilah,
Aminah, Ismi, 2011) mendapati hubungan antara ibu bapa dan pelajar
adalah elemen utama dalam kemajuan pelajar. Menurut kajian oleh
Zulkifli, Jamilah, Aminah dan Ismi (2011), mereka mendapati bahawa
keterlibatan ibu bapa memang mempengaruhi pencapaian pelajar
miskin. Kajian tersebut dilakukan ke atas 34,787 orang pelajar
miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (LKS) (LKS, 2010).
Dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian Azizi Hj. Yahya &
Nalini A/P Madavan (2006) yang mendapati hubungan yang signifikan
antara faktor hubungan kekeluargaan yang baik akan memberikan
kesan pencapaian akademik yang semakin baik.
Dalam kajian berlainan, kebanyakan teori mencadangkan
bahawa penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak - anak dapat
meningkatkan pencapaian akademik mereka, serta merupakan satu
galakan dalam memberi motivasi kendiri terhadap pencapaian anak
mereka (Eccles, 2007; Hoover Dempsey, Ice, Whiteker, 2009).
Sebagai contoh, perhubungan negatif dalam campur tangan ibu bapa
terhadap kerja rumah dan akademik anak - anak akan memberikan
kesan negatif terhadap tingkah laku mahupun emosi anak - anak yang
tidak berpencapaian cemerlang dalam akademik.
Bagi pendapat Knollman, et al., (2007) beliau mengatakan
bahawa para ibu bapa boleh membantu mempertingkatkan keupayaan
anak - anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan
mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan
anak, mengetahui tentang kehendak tugasan anak, mengatur masa dan
tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan, mengawasi tugasan
harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh
anak.
Sementara Houtenville, et al. (2008) yang mengkaji
penglibatan ibu bapa dalam mengawasi anak-anak. Dapatan kajian
mendapati bahawa anak - anak remaja mereka yang menyiapkan kerja
rumah yang diberi mengikut jadual memperoleh perubahan peningkatan
dalam pencapaian mata pelajaran tertentu. Selain itu, lebih ramai
para ibu bapa mengetahui apa yang anak- anak remaja mereka belajar
dalam kelas.
Menurut Fan & Chen (2001); Hill & Chao (2009); dan Seginer
(2006) yang menyatakan bahawa dalam meningkatkan pencapaian
pelajar, kajian mendapati tanggungjawab keluarga, hubungan antara
ibu bapa dan sekolah dan hubungan kekeluargaan memainkan peranan
penting. Dalam pada itu, hubungan ibu bapa dengan sekolah serta
campur tangan ibu bapa terhadap pendidikan anak - anak telah
dikenalpasti sebagai satu cara merapatkan jurang demografik dalam
pencapaian dan memaksimakan kebolehan pelajar (Dearing, Kreider,
Simpkins, Weiss, 2006).
2.6.2.2 Kajian Hubungan Peranan Keibubapaan dengan Pencapaian
Akademik
Tanggungjawab mendidik anak adalah bermula sejak didalam
kandungan. Ini berterusan dari saat bayi dilahirkan, ke peringkat
kanak - kanak, peringkat remaja hinggalah ke peringkat dewasa.
Keluargalah yang memainkan peranan penting dalam mendidik dan
menyediakan anak untuk ke sekolah. Ibu bapalah yang menjadi
pengaruh yang besar terhadap pencapaian anak mereka (Mok dan Lee,
1988 dalam Nurul Ezzati, 2008).
Menurut kajian lepas oleh Haessly (2001) dan Alper, et al.
(1994) menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam
memberi didikan kepada anak - anak. Ibu bapa dikatakan sebagai
kumpulan rujukan pertama tentang nilai, norma dan gaya hidup yang
dirujuk oleh anak - anak (Berns, 2004). Faktor ini menunjukkan
bahawa ibu bapa merupakan penyumbang utama terhadap kejayaan atau
kegagalan anak- anak.
Ibu bapa juga berperanan penting dalam membentuk dan
menentukan hala tuju pendidikan anak - anak. Sekirannya ibu bapa
gagal dalam membuat perancangan yang betul sudah tentulah anak -
anak menjadi mangsa kepada kealpaan mereka dan mengakibatkan
mereka akan tercicir dalam pelajaran.
2.6.2.3 Kajian Hubungan Status Sosioekonomi Ibu bapa dengan
Pencapaian
Akademik
Tajudin (1999), mendapati ibu bapa yang mempunyai bilangan
ahli keluarga yang ramai serta mempunyai pendapatan yang rendah
menjadi punca pelajar gagal di dalam pelajaran. Sikap dan
tanggungjawab ibu bapa terhadap pelajaran anak - anak mereka akan
terabai disebabkan mereka tidak dapat memenuhi kelengkapan yang
seharusnya disediakan di dalam proses pembelajaran anak-anak.
Menurut Morrow dan Wilson (1961 dalam Siti, 2000) telah
membuat kajian terhadap perhubungan pelajar pencapaian tinggi
dengan pelajar yang pencapaian rendah di 48 buah sekolah tinggi
lelaki. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa ibu bapa pelajar
yang berpencapaian tinggi sering melakukan aktiviti bersama,
berkongsi idea, beri keyakinan dan curah kasih sayang. Ibu bapa
mereka saling memberi sokongan dan kepercayaan, memberi galakan,
kurang mengongkong dan sering dapat memenangi hati anak mereka.
Menurut Morrow dan Wilson (1961, dalam Siti, 2000) juga,
mereka mendapati bahawa ibu bapa pelajar yang berpencapaian
rendah adalah terlalu melindungi anak mereka, terlalu memberikan
tekanan terhadap pencapaian, suasana keluarga yang kurang
harmoni, pelaksanaan rutin rumah yang tidak tetap, matlamat yang
berbeza terhadap anak-anak dan beberapa faktor sosiologi yang
lain.
2.7 Kesimpulan
Berdasarkan kepada kajian - kajian lepas yang dijalankan,
kebanyakannya menunjukkan bahawa persekitaran keluarga adalah elemen
penting dalam memupuk personaliti seseorang individu. Menurut Habibah
Elias (2002), keluarga boleh memberi kesan ke atas perkembangan
personaliti seseorang. Ibu bapa hendaklah menunjukkan bahawa mereka
mengambil berat dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-
anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa dapat meluangkan masa untuk bersama
dengan anak - anak dalam aktiviti harian mereka. Kualiti masa yang
diluangkan besama anak - anak merupakan aspek penting yang boleh
mendorong seseorang individu membentuk personaliti yang positif dan
seterusnya memberi pengaruh positif terhadap pencapaian akademik mereka.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Metodologi kajian yang digunakan adalah merujuk kepada bagaimana
cara yang paling berkesan bagi mendapat maklumat yang berguna dengan
penggunaan kos yang minima untuk mencapai matlamat penyelidikan. Metodologi
kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian
yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu,
metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian
dapat dicapai berdasarkan data yang sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul
Ghaffar, 1999). Menurut Mohd.Majid (1990) pula, kegagalan menggunakan
kaedah pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak
tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.
Bab ini akan menerangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Ia
merangkumi rekabentuk kajian, prosedur kajian, sampel kajian,
instrumentasi, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah untuk mendapat maklumat
yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah (Azizi, 2002). Rekabentuk kajian
adalah sebagai keseluruhan rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan
mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan (survey) berbentuk deskriptif ini
dilaksanakan untuk mengkaji hubungan personaliti dan persekitaran keluarga
terhadap pencapaian akademik pelajar bagi matapelajaran Matematik PT3 2014
di beberapa buah sekolah menengah di daerah Georgetown, Pulau Pinang.
Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang
bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid
Konting, 1994). Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan
maklumat dan data. Data kajian ini diperolehi dengan menggunakan soal
selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu latar belakang responden,
personaliti dan persekitaran keluarga. Personaliti pelajar kajian ini
menggunakan inventori personaliti Junior Eysenck (JEPI) manakala item soal
selidik persekitaran keluarga diperoleh melalui rujukan daripada Nurul
Ezzati (2008).
3.2 Persampelan Kajian
3.2.1 Tempat Kajian
Jadual 3.1 di bawah menunjukkan taburan sampel bagi setiap
sekolah bagi yang dikaji. Kajian dilakukan di 6 buah sekolah menengah
terpilih di Daerah Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang. Sekolah - sekolah
ini terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza.
Jadual 3.1 :Taburan Sampel Bagi Setiap Sekolah
"Bil"Sekolah "Sampel Kajian "
" " "Lelaki "Perempuan "Jumlah "
"1 "SMK St. Xavier "60 "- "60 "
"2 "SMK Hutchings "60 "- "60 "
"3 "SMK Convent Lebuh "- "60 "60 "
" "Light " " " "
"4 "SMK Convent Greenlane "- "60 "60 "
"5 "SMK Abdullah Munshi "30 "30 "60 "
"6 "SMK Jelutong "30 "30 "60 "
" "Jumlah "180 " "360 "
" " " "180 " "
3.2.2 Subjek Kajian
3.2.2.1 Populasi Kajian
Populasi kajian ini tertumpu kepada pelajar - pelajar dari
18 buah sekolah di daerah Timur Laut, Georgetown , Pulau
Pinang.Populasi di daerah Timur Laut ini dipilih kerana ia merupakan
kawasan bandar yang terdiri daripada manusia yang mempunyai pelbagai
latar belakang sosial. Dengan kepelbagaian status sosioekonomi keluarga
inilah yang membantu pengkaji dalam memantapkan lagi data kajian.
Berdasarkan populasi daripada 18 buah sekolah, jumlah pelajar Tingkatan
4 yang mengambil mata pelajaran Matematik telah dikenalpasti seramai
3478 orang.
3.2.2.2 Sampel Kajian
Berdasarkan jadual penentuan sampel yang dicadangkan oleh Kriejcie
dan Morgan (1970), didapati saiz sampel yang diperlukan bagi populasi
tesebut ialah 346 orang. Sampel kajian terdiri daripada enam buah
sekolah yang dipilih berdasarkan persampelan secara rawak. Kaedah
persampelan ini dipilih bertujuan agar populasi mendapat peluang yang
sama untuk terpilih. Sampel terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan daripada pelbagai bangsa dan kumpulan pencapaian akademik.
Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah
yang digunakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Jadual 3.2 dibawah
menunjukkan Jadual Penentuan Saiz Sampel yang telah ditetapkan oleh Krejcie
dan Morgan (1970).
Jadual 3.2 : Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. &
Morgan, D.W. (1970)
"N "S "N "S "N "S "
"10 "10 "220 "140 "1200 "291 "
"15 "14 "230 "144 "1300 "297 "
"20 "19 "240 "148 "1400 "320 "
"80 "66 "420 "201 "3500 "346 "
"100 "80 "500 "217 "6000 "360 "
"150 "108 "750 "254 "15000 "375 "
"200 "132 "1000 "278 "75000 "382 "
Petunjuk: N= Bil. Populasi , S=
Bil. Sampel
Berdasarkan kepada jadual tersebut, Krejcie dan Morgan (1970) telah
menentukan bahawa jika bilangan populasinya ialah 3500 orang, maka jumlah
saiz sampelnya adalah 346. Sampel ini dipilih dari kalangan 360 pelajar
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan aras pencapaian yang berbeza.
Oleh itu, sebanyak 380 soal selidik akan diedarkan bagi memastikan bahawa
jumlah yang dikehendaki dalam kajian ini dipenuhi dan memastikan hanya
responden yang menjawab dengan lengkap sahaja dijadikan sampel.
3.3 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal
selidik. Menurut Azizi et al. (2007), perwujudan dan pengaturan daripada
borang soal selidik adalah cara yang berkesan dan berjaya. Soal selidik
yang dilakukan dengan betul dan berhati-hati meningkatkan jumlah maklum
balas, memudahkan kesimpulan dan analisis data terkumpul. Soal selidik juga
sesuai digunakan kerana soal selidik menjamin kerahsiaan dan menimbulkan
respons yang lebih jujur disamping memerlukan kos yang rendah mendapatkan
dalam mendapatkan maklum balas yang besar.
Instrumen yang digunakan mengandungi soalan tentang demografi
responden, JEPI serta berkenaan pengaruh persekitaran keluarga. Soal
selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan
C. Bahagian A mengandungi soalan tentang latar belakang pelajar. Bahagian B
pula berkenaan Inventori Personaliti Eysenck Juinor manakala bahagian C
berkaitan dengan pengaruh persekitaran keluarga.
3.3.1 Bahagian A: Soal selidik Latar Belakang Responden dan
Keluarga
Bahagian A mengandungi item - item yang berkaitan dengan faktor
demografi responden. Maklumat pertama yang diperlukan ialah maklumat
diri iaitu jantina, keputusan peperiksaan PT3 dan bilangan adik -
beradik. Maklumat kedua yang diperlukan ialah latar belakang keluarga
iaitu taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan
keluarga. Responden perlu mengisi ruang maklumat yang diperlukan dan
juga menandakan ( ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian
maklumat yang ada. Bagi maklumat pencapaian akademik, responden perlu
mengisi pencapaian mereka pada ruang yang disediakan. Jadual 3.3 dibawah
merupakan pembahagian markat bagi pencapaian akademik.
Jadual 3.3 : Pembahagian Markat Mengikut Gred Bagi
Pencapaian Akademik
" "Gred "Markah "
"1 "A "80 – "
" " "100 "
"2 "B "65 - 79"
"3 "C "50 - 64"
"4 "D "40 - 49"
"5 "E "0 - 39 "
3.3.2 Bahagian B: Soal Selidik Inventori Pensonaliti
berdasarkan Hans J. Eysenck
Bahagian B pula adalah soal selidik berkaitan personaliti
seseorang pelajar. Soal selidik ini dibina berdasarkan kepada Inventori
Personaliti Eysenck Junior (JEPI) yang telah diubah suai oleh Sidek
Mohd Noah. Soal selidik ini menggunakan dua pilihan jawapan iaitu Ya
atau Tidak. Menurut Habibah dan Noran (2002), penggunaan istilah
ekstrovet - introvert menjadi popular sejak Jung memperkenalkan konsep
ini. Kemudian, Eysenck telah membentuk soal selidik untuk mengukur
personaliti pada dimensi introvert - ekstrovert yang dikenali sebagai
Inventori Personaliti Eysenck Junior. Menurut Azizi et al. (2002),
Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) ini dicipta oleh H.J.
Eysenck pada tahun 1965. Soal selidik ini sesuai digunakan untuk kanak-
kanak berumur 12 tahun ke atas.
Menurut Azizi et al. (2002) lagi, kebolehpercayaan instrumen
ujian JEPI adalah tinggi. Eysenck (1965) telah menggunakan kaedah
bahagi dua 'split half' dan uji ulang uji 'test-retest' untuk mengukur
kebolehpercayaan JEPI. Oleh itu, penyelidik menggunakan item- item JEPI
yang telah diubah suai untuk menentukan personaliti pelajar. Soal
selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu ekstroversi dan neurotisme.
Pembahagian item adalah seperti Jadual 3.4.
Jadual 3.4: Pembahagian Item Berdasarkan Dimensi
Personaliti
"Skala "No. Item Positif "No. Item Negatif"Jumlah"
" "(Jawapan Ya) "(Jawapan Tidak) " "
"Ekstrovers"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, "19, 20, 21, 22, "23 "
"i "9, 10, 11, 12, 13, 14, "23 " "
" "15, 16, 17, 18 " " "
"Neurotisme"24, 25, 26, 27, 28, 29, " "17 "
" "30, 31, 32, 33, 34, 35, " " "
" "36, 37, 38, 39, 40 " " "
"Jumlah Item "40 "
Bahagian ini mengandungi item-item yang menggunakan pernyataan
positif dan negatif. Permarkahannya pula berdasarkan jawapan responden
samaada Ya atau Tidak seperti Jadual 3.4 dibawah.
Jadual 3.5: Pemarkahan Item Bahagian B
"Item "Positif "Negatif "
"Ya "1 "0 "
"Tidak "0 "1 "
3.3.3 Bahagian C: Soal Selidik Faktor Persekitaran Keluarga
Bahagian C soal selidik mempunyai item-item untuk melihat
faktor persekitaran keluarga (sikap ibu bapa dan penglibatan ibu bapa).
Item - item yang digunakan adalah sebahagian dari soal selidik
persekitaran keluarga dan sikap ahli keluarga antara satu sama lain.
Responden diberikan pilihan jawapan mengikut skala Likert iaitu
menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan skala
dari satu ekstrim kepada ekstrim yang lain seperti dibawah.
Jadual 3.6: Skala
Pemarkatan Bahagian C
"Peringkat "Singkata"Markat Item "Markat Item "
" "n "Positif "Negatif "
"Tidak Benar Sama "TBSS "1 "5 "
"Sekali " " " "
"Tidak Benar "TB "2 "4 "
"Tidak Pasti "TP "3 "3 "
"Benar "B "4 "2 "
"Sangat Benar "SB "5 "1 "
3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan
3.4.1 Kesahan Instrumen
Menurut Majid (1998), pengujian tahap kesahan
adalah penting untuk memastikan item yang dibuat adalah bersesuaian
dengan responden yang hendak diuji. Bagi menentukan kesahan
instrumen kajian ini, penyelidik meminta bantuan daripada pakar-
pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang psikologi pendidikan
bagi menyemak semula instrumen serta memberikan komen kepada
penambah baikan terhadap instrumen.
3.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen
Setelah kajian rintis kali pertama dan kedua
dilakukan, penyelidik menilai skor pelajar -pelajar bagi item-item
dalam soal selidik tersebut. Skor-skor daripada kedua-dua soal
selidik ini akan dikolerasikan dengan menggunakan Korelasi Pearson
untuk mencari hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Jika nilai
korelasi yang diperolehi mempunyai nilai korelasi 0.7 atau lebih,
maka kolerasi ini menunjukkan soal selidik mempunyai kesahan yang
baik. Sekiranya kolerasi sederhana atau rendah(kurang daripada nilai
0.7), item adalah tidak baik dan perlu dibaiki semula. Nilai
kebolehpercayaan yang diperolehi melalui kajian rintis ini ialah
0.8401.
3.5 Kajian Rintis
Menurut Polit et al. (2001), kajian rintis adalah merujuk kepada versi
kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian
yang lebih besar atau utama. Ianya juga membolehkan penyelidik
mengenalpasti sebarang kekurangan dalam instrument kajian dan seterusnya
memperbaiki kelemahan tersebut.
Menurut Borg dan Gall (1983), kajian rintis ialah satu kajian yang
dilaksanakan sebelum set soal selidik diedarkan kepada responden sebenar.
Tujuan utama kajian rintis dijalankan ialah untuk menguji kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen tersebut.
Bagi kajian ini, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah
dipilih telah digunakan untuk menguji sama ada mereka dapat memahami item-
item yang digunakan dalam soal selidik. Peringkat pertama kajian rintis
telah dijalankan pada minggu pertama bulan Januari. Peringkat kedua pula
dijalankan pada minggu keempat bulan Januari. Kajian rintis ini telah
dijalankan di dalam bilik tertutup atau bilik-bilik khas yang disediakan
oleh pihak sekolah bagi sekolah yang terlibat dengan bantuan kaunselor
sekolah. Kesemua pelajar tersebut tidak terlibat secara langsung dalam
kajian sebenar kelak.
3.6 Prosedur Kajian
Peringkat awal kajian, penyelidik berbincang dengan penyelia bagi
memilih bidang dan topik yang bersesuaian bagi kajian ini. Kajian melalui
perpustakaan dimulakan dari awal untuk mendapatkan maklumat tentang kajian
- kajian lepas yang telah dijalankan tentang personaliti dan persekitaran
keluarga. Maklumat tentang kajian lepas berkisar tentang bidang yang dikaji
diperolehi melalui pembacaan bahan - bahan ilmiah seperti buku, jurnal dan
artikel dari internet.
Sebelum memulakan kajian di sekolah-sekolah, penyelidik akan memohon
kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Setelah kebenaran
diperolehi, penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan
Pelajaran Negeri bagi menggunakan pelajar sekolah sebagai sampel kajian.
Soal selidik akan diedarkan kepada enam buah sekolah kajian.
Prosedur dalam menjalankan soal - selidik ini ialah:
i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa serta mengenal responden
kajian
ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian dijalankan
iii. Menerangkan cara untuk menjawab soal-selidik kepada responden
iv. Responden diberi masa yang cukup untuk menjawab soal-selidik
v. Mengutip dan mengira soal-selidik yang dikembalikan oleh responden
3.7 Analisis Kajian
Bahagian A soal selidik mengumpul maklumat latar belakang
responden. Analisis data kemudiannya dibuat menggunakan skor min. Untuk
mengukur tahap, respon dari responden dikelaskan kepada tiga markat skor
min dengan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam
Jadual 3.7 dibawah.
Jadual 3.7: Pengkelasan Tahap Markat Skor Min
"Markah Skor "Penanda Tahap "
"1.00 – 2.00 "Rendah "
"2.01 – 3.00 "Sederhana "
"3.01 – 4.00 "Tinggi "
Untuk Bahagian B soal selidik, subjek dengan skor 0 - 12 pada
skala ekstroversi adalah introvert, manakala skor 13 - 24 pada skala
ekstroversi adalah ekstrovert. Subjek dengan skor 0 - 12 pada skala
neurotisme adalah pada dimensi stabil, skor 13 – 24 pada skala neurotisme
adalah dimensi neurotik. Semua data yang dikumpulkan dianalisis dengan
menggunakan program 'Statistical Package for the Social Sciences' (SPSS).
Untuk melihat hubungan antara pembolehubah dalam kajian ini,
analisis korelasi digunakan. Statistik inferensi yang digunakan adalah
Kaedah Hasil Darab Momen Pearson 'Pearson Product Moment Correlatation'.
Analisis korelasi dibuat untuk melihat hubungan antara personaliti,
persekitaran keluarga dan menguji hipotesis yang telah dibentuk. Aras
signifikan yang digunakan adalah 0.05. Stasitik yang digunakan untuk
menguji hipotesis adalah seperti dalam jadual di bawah.
Bagi mengkaji faktor persekitaran keluarga (sikap ibu bapa,
penglibatan ibu bapa, status sosioekonomi ibu bapa) terhadap pencapaian
akademik pelajar, kaedah analisis regresi berganda kaedah stepwise
digunakan. Kaedah ini diguna bertujuan untuk mengenalpasti perubahan tiga
faktor iaitu sikap ibu bapa, penglibatan ibu bapa dan status sosioekonomi
ibu bapa yang menyumbang kepada suatu pemboleh ubah bersandar iaitu
pencapaian akademik.
Jadual 3.8: Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis
Kajian
"Bil"Objektif Kajian "Jenis "Jenis "
" " "Instrumen "Statistik "
"1 "Mengenal pasti personaliti dominan yang "Soal "Min "
" "dimiliki di kalangan pelajar "selidik "Kekerapan "
" " " "Peratusan "
"2 "Mengenal pasti faktor pengaruh persekitaran"Soal "Regresi "
" "keluarga(sikap ibu bapa, penglibatan ibu "selidik "Berganda "
" "bapa, status sosio ekonomi ibu bapa) di " "kaedah "
" "kalangan pelajar " "stepwise "
"3 "mengenal pasti tahap pencapaian akademik di"Soal "Min "
" "kalangan pelajar "selidik "Kekerapan "
" " " "Peratusan "
"4 "menentukan perhubungan antara faktor "Soal "Korelasi "
" "pengaruh persekitaran keluarga dengan "selidik "Pearson "
" "pencapaian akademik di kalangan pelajar " " "
"5 "menentukan perhubungan antara personaliti "Soal "Korelasi "
" "dengan pencapaian akademik di kalangan "Selidik "Pearson "
" "pelajar " " "
3. 8 Kesimpulan
Metodologi kajian yang digunakan dapat membantu menghasilkan kajian
yang lebih sempurna dan membuahkan dapatan yang lebih tepat. Ia merupakan
satu bentuk panduan yang dapat memberikan hala tuju ke arah proses kajian
yang sistematik dan teratur.
Bibliografi
Abd. Rahim (2000, dalam Siti Zahirah 2008). Persepsi pelajar mengenai
faktor - faktor perlakuan buli di SMK Kulai
Besar. Univeriti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus displin pelajar. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Allport, G, W. (1971). Personality: A psychology interpretation. London:
Redwood Press Limited.
Amnon Lazer, Joseph Guttmann, & Liat Abas (2007). Parental authority in
divorced families. Journal of Divorce & Remarriage, Universiti of
Haifa, Israel, 50(5).
Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff , G.L.(2008). Parent involvement in
preschool: Predictors and the relation involvement to prelitery
development. School Psychology Review, 37(1), 74 - 90.
Azizi Hj. Yahya, Yusof Boon, Shahrin Hashim (2008). Personaliti gaya
hidup remaja. Penerbit : UTM.
Azizi Hj. Yahaya dan Nalini A/P Madavan (2006). Faktor - faktor lepak dan
hubungan keibubapaan di kalangan pelajar di sekolah menengah di empat
buah negeri Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashimdan Yusof Boon, (2005).
Psikologi sosial: Alam remaja. Bentong, Pahang: PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Baharom Mohamad, Iliyas Hashim (2009). Bagaimana Memotivasi Pelajar.
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Baumrind, D. (1971). Authoritarian vs Autoritative Parental Central
Adolescence. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Baumrind, D. (1989). Rearing Competent Children. In Child Development Today
and Tomorrow, Damon, W.(Ed.) San Francisco: Jossey-Bass, pp. 349- 378
Bigner J, J. (2002). Parent - Children Relations: An Introduction to
Parenting. 6th edition. Upper Saddle River, New Jersey; Merrill
Prentice Hall.
Black (2009). The history of Islamic political thought: From the Prophet to
the Present. NY: Routledge.
Boocock, S. S. (1972). An introduction to the sociology of learning. New
York: Houghton.
Borg, M.G.& Gall (1983). The Emotion Reaction of School Bullies and Their
Victims. Educational Psychology, 18, 433 – 444.
Cain, S. (2012). Quiet: The power of introverts in a world that can't stop
talking. New York: Crown Publishing.
Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan
hubungannya dengan pencapaian akademik.Prosiding konferensi
kebangsaan Kajian Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Che Nidzam Che Ahmad (2013). Pesekitaran Pembelajaran:Aspek Fizikal dan
Psikososial. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dearing E., Kreider, H., Simpkins, S, & Weiss, H.B. (2006). Family
involvement in school and low- income children's literacy:
Longitudinal association between and within families. Journal of
Educational Psychology, 98, 653 - 664.
Dzulkarnain Haji Abdul Rahman (2003). Pengaruh budaya ibu bapa, rakan
sebaya, masyarakat dan sekolah dalam pembentukan displin pelajar.
Tesis Doktor Falsafah, yang tidak diterbikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Eccles, J.S (2007). Families, schools, and development achievement related
motivations and engagement. In J.E. Grusec & P.D Hastings (Eds.).
Handbook of socialization: Theory and research (pp. 665 - 691). New
York: Guilford.
Eysenck, H. J. (1947, 1965). Dimensions of personality. London : Routledge
and Kegan Paul.
Fan, X, & Chen, M. (2001). Parental involvement and students' academic
achievement: A meta- analysis. Educational Psychology Review, 13(1),
1 - 22.
Feist, J. (1985). Theories of personality. New York: Holt, Rinehart and
Winston.
Fontana, A. (1981). Social problems. New York: Holt Rinehart Winston.
Freud, S.F. (1953). Circle of friends: The role of gender and network in
delinquent group dynamic. Paper Presented at Annual Meeting of The
American Society of Criminology, Chicago, IL.
Gadeyne, Ghesquiere & Onghena (2004). Longitudinal relations between
parenting & child adjustment in young children. Journal of Clinical
Child & Adolescent Psychology, 22, 347 - 358.
Gpeda, B.J. (1988). A general theory of crime. Stanford CA: Stanford
University Press.
Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi personaliti. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashami Bohari, Ezaddin Mohamed, Osman Ali., & Sharif, M. A. (1994).
Masalah pembelajaran murid dari keluarga bercerai. Jurnal Pembangunan
Sumber Manusia, 74 - 79.
Hoffman, L, (1996). Progress and problem in the study of adolescence.
Development Psychology, 32, 777-780.
Hoover - Dempsey, K.V., Ice, C. L., & Whitaker, M. C. (2009). "We're way
past reading together": Why and how parental involvement in
adolescence makes sense. In N. E. Hill & R. K. (Eds.) Families,
school and the adolescent: Connecting research, policy, and practice
(pp. 19 - 36). New York: Teachers College Press.
Houtenville, A, & Conway, K, (2008). Parental effort, school resources, and
student achievement. Journal of Human Resoucres, 43, 437- 453.
Hurlock, Elizabeth B. (1974). Personality development. New York: McGraw-
Hill.
Hussein Mahmod (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaliah Bte Hj. Abdullah (2001). Pengarah faktor dorongan, hubungan &
kerjaya ibubapa dalam pemilihan kerjaya pelajar tingkatan 4 Sekolah
Menengah Teluk, Batu Pahat, Johor. UTM, Skudai, Johor. Tesis:
Sarjana Muda.
Kamus Dewan (2003). Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Knollman, M., & Wild, E, (2007). Quality of parental support and students
emotions during homework: Moderating effects of student "Motivational
orientations". European Journal of Psychology of Education, 22, 63-
76.
Laney, M, O, (2001). The introvert advantage: How to thrive in an
extrovert world. New York: Workman Publishing.
Lembaga Zakat Selangor. http://web.e-zakat.com.my/baru/sistem/berita2/baca,
Dicapai pada 22hb Januari 2010.
Mahmood Nazar Mohamed (2001). Pengantar psikologi satu pengenalan asas
kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Maizatul Akmam( 2007). Perkaitan antara hubungan keluarga, pengaruh rak
rakan sebaya dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen
pelajar. Tesis Dr. Azlina bt Mohd Kosnin, Jabatan Psikologi
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Marjoribanks, K. (1994). Families, school and children s learning
environments. International Journal of Educational Research, 21, 439
- 555.
Maslow, A.H. (1954). Motivation and personality. New York: Harper and Raw
Publishers.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Majid Konting (1990, 1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nor Awang (2002). Aspek - aspek persekitaran rumahtangga yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar setinggan di sekolah
menengah kebangsaan daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana.
Morris (2001). The academic performance of Catholic school, school
organisation, 14(1), 81- 90.
Morrison, G.S (2978). Parent involvement in the home, school and community.
Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company.
Moy, R.G. (2001) Perkembangan pendidikan di Malaysia: Dalam Abdul Rahim M.
Ali (penyt.) ilmu pendidikan DPM : Pendidikan di Malaysia dan
psikologi pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Utusan Publicatians &
Distributions Sdn. Bhd.
Muhd Mansor Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1998). Psikologi remaja.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Murugiah Velayutham (1996). Psikologi pendidikan 1; Psikologi perkembangan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Narinder Kaur A/P Peara Singh (2002). Hubungan di antara dimensi
personaliti. konsep kendiri dengan pengaruh keluarga di tanah
rancangan felda. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Nik Hairi Omar, Azmi Abdul Manaf & Ahmad Shazili Ayob (2012). Pengujian
model gaya keibubapaan Baumrind ke atas pencapaian akademik pelajar
sekolah menengah. Journal of Social Sciences & Humanities, Vol. 7,
No. 1(105 - 120, April 2012).
Nurul Ezzati (2008). Kajian tentang hubungan diantara dimensi personaliti,
konsep kendiri dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik
pelajar SPA/SPE/SPJ. Universiti Teknologi Malaya : Tesis Sarjana
Muda.
Polit, D. F. Beck, C.T.& Hungler, B.P. (2001). Essentials of Nursing
Research: Methods, Appraised and Utilization. (5th .ed.)
Philadelphia: Lippincott William& Walkins.
Potkay, Charles R. dan Allen, Bem P. (1986). Personality: Theory research
and applications. Califonia : Wadsworth Inc.
Robiah Sidin dan Zaiton Sidin (1987). Sosiologi pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohana Hj. Isa (2000). Hubungan antara peranan keibubapaan dengan
pencapaian akademik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.
Sabri Ahmad (2003). Kemahiran belajar berkesan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Sasikala Madavan (2003). Corak asuhan keluarga dan hubungan dengan
pembentukkan personaliti remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai,
Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Sharifah Alawiyah Alsagoff (1989). Falsafah pendidikan: Edisi ke 3. Kuala
Lumpur: Hernemann Asia.
Simons, L.G, & Conger, R.D. (2007). Linking mother - father differences in
parenting to a typology of family parenting styles and adolescent
outcomes. Journal of Family Issues, 28, 212 - 241.
Siti Rahimah Hassan (2000). Pengaruh status sosioekonomi keluarga terhadap
pencapaian akademik pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris
Kubor Besar , Kelantan : Satu tinjauan. Univeriti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda.
Smith, H, W. (1987). Introduction to social psychology. New Jersey:
Prentice Hall Inc.
Soenens B., Vansteenkiste, M., Luyckx, K., & Gossens, L. (2006). Parenting
and adolescent problem behavior; An integrated model with
adolescent self - disclosure and perceived parental knowledge as
intervening variables. Development Psychology, 42, 305 - 318.
Yusof, C. M dan Mariani , M.D. Nor. (2000). Personaliti pelajar pintar
cerdas dan hubungan dengan pencapaian akademik . Kuala Lumpur:
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Zarinah Arshat (2001). Kualiti persekitaran sosial keluarga dan pencapaian
akademik anak. Jurnal Pembangunan Sosial (Jun) 2, 161 - 184.
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SOAL SELIDIK
Hubungan antara Persekitaran Keluarga dan Personaliti dengan Pencapaian
Akademik
Pelajar - pelajar sekalian,
Soal selidik yang dikemukakan ini adalah bertujuan mendapatkan
maklumat tentang 'Hubungan antara Persekitaran Keluarga dan Personaliti
dengan Pencapaian Akademik'. Diharapkan pelajar - pelajar dapat memberikan
kerjasama dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan jujur dan
ikhlas agar kajian ini dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Sila baca arahan
dengan teliti sebelum menjawab soalan-soalan tersebut.
Semua maklumat yang diberikan adalah RAHSIA dan hanya digunakan
untuk tujuan kajian sahaja. Di atas kesudian pelajar- pelajar melibatkan
diri dan memberikan kerjasama dalam menjawab soal- selidik ini didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Selamat menjawab.
Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian:
BAHAGIAN A : Latar belakang responden dan keluarga
BAHAGIAN B : Soal selidik personaliti pelajar
BAHAGIAN C : Soal selidik faktor persekitaran keluarga
BAHAGIAN A
ARAHAN : Sila tandakan ( ) berkaitan maklumat anda pada ruangan yang
disediakan.
1. Jantina
"Lelaki " "
"Perempuan " "
2. Keputusan Peperiksaan PT3 (Nyatakan Gred Diperoleh)
"Bahasa Melayu " "
"Bahasa Inggeris " "
"Matematik " "
"Sains " "
"Sejarah " "
"Geografi " "
"Kemahiran Hidup " "
"Pendidikan Islam" "
"Lain-lain " "
"(Nyatakan) " "
"……………… " "
3. Sekarang anda tinggal bersama
"Ibu dan Bapa " "
"Ibu sahaja " "
"Bapa sahaja " "
"Lain-lain " "
"(Nyatakan) " "
"…………….. " "
4. Bilangan adik- beradik (Nyatakan) ………….orang
Lelaki :
……….orang
Perempuan :
……….orang
5. Anda anak ke berapa? ……………..
6.
" " " "Penjaga( ) "
"Taraf Pendidikan "Bapa( )"Ibu( )"(jika tinggal "
"Tertinggi " " "dengan penjaga)"
"Ijazah " " " "
"Diploma " " " "
"STPM " " " "
"SPM " " " "
"SRP/LCE " " " "
"Darjah 6/Sekolah " " " "
"rendah " " " "
"Tidak bersekolah " " " "
"Lain-lain (Nyatakan) " " " "
"……………… " " " "
7.
" " " "Penjaga( ) "
"Pekerjaaan "Bapa( )"Ibu( )"(jika tinggal "
" " " "dengan penjaga)"
"Kerajaan " " " "
"Swasta " " " "
"Kilang " " " "
"Buruh " " " "
"Kerja sendiri " " " "
"Berniaga " " " "
"Tidak bekerja " " " "
"Lain-lain (Nyatakan) " " " "
"……………… " " " "
8. Pendapatan bapa/penjaga sebulan : RM ……………
Pendapatan ibu sebulan : RM ……………
Jumlah pendapatan : RM ……………
BAHAGIAN B
ARAHAN : Sila tandakan ( ) pada YA atau TIDAK berkaitan maklumat anda
pada ruangan yang disediakan.
"NO " "YA "TIDAK "
" "ITEM " " "
"1 "Anda suka kepada perkara - perkara yang " " "
" "memerlukan anda bertindak dengan segera dan " " "
" "cepat. " " "
"2 "Anda selalu merasa riang dan bahagia. " " "
"3 "Anda seorang yang sangat aktif dan periang. " " "
"4 "Anda selalu memberi gerakbalas yang cepat dan " " "
" "spontan dalam setiap tindakan yang dilakukan . " " "
"5 "Anda selalu membuat cerita-cerita lucu kepada " " "
" "rakan-rakan anda. " " "
"6 "Anda selesa apabila berada di khayalak ramai. " " "
"7 "Anda selesa menerima dan melayan tetamu-tetamu " " "
" "yang berkunjung ke rumah anda. " " "
"8 "Anda selalu mengelakkan diri daripada bercakap " " "
" "dengan seseorang melainkan jika ditegur terlebih" " "
" "dahulu. " " "
"9 "Anda boleh menyesuaikan diri dan merasa selesa " " "
" "didalam suatu majlis yang diadakan secara " " "
" "tiba-tiba. " " "
"10 "Anda berasa gelisah apabila dikerumuni oleh " " "
" "orang ramai. " " "
"11 "Anda lebih meminati cerita-cerita komedi dan " " "
" "hiburan berbanding cerita-cerita sedih. " " "
"12 "Anda suka dengan sesuatu yang baru walaupun " " "
" "ianya ganjil dan mencabar. " " "
"13 "Anda suka mencuba sesuatu kerja yang baru. " " "
"14 "Anda suka menggunakan peluang yang ada untuk " " "
" "melakukan sesuatu kerja. " " "
"15 "Anda lebih cenderung melakukan aktiviti-aktiviti" " "
" "di luar rumah. " " "
"16 "Anda lebih berminat menyaksikan rancangan gusti " " "
" "dan lawak jenaka berbanding rancangan yang " " "
" "mengandungi adegan sedih dan sentimental. " " "
"17 "Anda berasa selesa apabila bercakap di hadapan " " "
" "orang ramai. " " "
"18 "Anda dianggap sebagai seorang yang periang serta" " "
" "mudah untuk didampingi. " " "
"19 "Anda lebih suka menyendiri daripada bersama " " "
" "dengan rakan-rakan anda. " " "
"20 "Anda lebih suka mendengar daripada bercakap. " " "
"21 "Anda lebih gemar bercampur dengan rakan- rakan " " "
" "yang aktif serta dinamik. " " "
"22 "Anda sukar berkomunikasi dengan orang yang tidak" " "
" "pernah anda temui. " " "
"23 "Rakan-rakan anda merasa kesunyian tanpa " " "
" "kehadiran anda bersama-sama mereka. " " "
"24 "Anda mudah merasa tersangat dukacita tanpa " " "
" "sesuatu sebab yang munasabah. " " "
"25 "Anda mudah tersinggung apabila orang lain " " "
" "menegur kesilapan anda. " " "
"26 "Fikiran anda mudah terganggu. " " "
"27 "Anda mudah menangis apabila diganggu oleh " " "
" "rakan-rakan anda. " " "
"28 "Anda sering merasakan anda tiada kawan. " " "
"29 "Anda selalu merasa gelisah sehingga anda tidak " " "
" "selesa duduk. " " "
"30 "Anda pernah merasakan bahawa hidup anda sudah " " "
" "tidak berguna lagi. " " "
"31 "Fikiran anda sering melayang ketika anda " " "
" "melakukan sesuatu kerja. " " "
"32 "Anda merasa tidak pasti melakukan sesuatu " " "
" "perkara yang anda mesti lakukan. " " "
"33 "Anda selalu bergantung kepada orang lain yang " " "
" "dianggap penting dalam hidup anda. " " "
"34 "Anda sering dihantui oleh perasaan bersalah. " " "
"35 "Apabila anda melakukan sesuatu kesilapan, anda " " "
" "merasa tidak berguna dan menganggapnya sebagai " " "
" "suatu kelemahan. " " "
"36 "Anda sangat mementingkan kecantikan atau " " "
" "ketampanan diri anda. " " "
"37 "Fikiran anda sering berubah-ubah. " " "
"38 "Anda mudah merasa cemas apabila berhadapan " " "
" "dengan suatu situasi yang baru. " " "
"39 "Anda mudah terganggu oleh situasi serta orang " " "
" "yang berada di sekeliling anda. " " "
"40 "Anda mudah panik apabila melakukan sesuatu " " "
" "kesilapan. " " "
BAHAGIAN C
ARAHAN : Untuk setiap item di bawah, anda dikehendaki memilih dengan cara
menandakan ( ) pada kolum yang berkenaan di mana:
"Tidak Benar "Tidak Benar "Tidak Pasti "Setuju "Sangat Setuju"
"Sama Sekali " " " " "
"1 "2 "3 "4 "5 "
"No. "Item "Pilihan Jawapan "
" " "1 "2 "3 "4 "5 "
" "Bahagian A: Sikap Ibu Bapa " " " " " "
"1. "Ibu bapa saya saling membantu antara " " " " " "
" "satu sama lain. " " " " " "
"2. "Saya dan ibu bapa saya selalu " " " " " "
" "menghabiskan masa di rumah. " " " " " "
"3. "Persefahaman yang baik wujud dalam " " " " " "
" "diri kedua ibu bapa saya. " " " " " "
"4. "Kedua ibu bapa akan menasihati saya " " " " " "
" "dalam setiap perkara. " " " " " "
"5. "Saya dan ibu bapa sering melakukan " " " " " "
" "aktiviti riadah bersama-sama. " " " " " "
"6. "Saya dan ibu bapa sering melakukan " " " " " "
" "kerja - kerja di rumah bersama-sama. " " " " " "
" "Bahagian B: Penglibatan Ibu Bapa " " " " " "
"1. "Ibu bapa saya mengatur jadual " " " " " "
" "pembelajaran saya di rumah. " " " " " "
"2. "Ibu bapa saya memberi sokongan dalam " " " " " "
" "pembelajaran saya di rumah. " " " " " "
"3. "Ibu bapa sangat prihatin terhadap " " " " " "
" "pencapaian akademik saya. " " " " " "
"4. "Ibu bapa saya sentiasa melihat hasil " " " " " "
" "kerja sekolah. " " " " " "
"5. "Kedua ibu bapa akan menghantar dan " " " " " "
" "mengambil saya dari sekolah. " " " " " "
"6. "Kemudahan pembelajaran di rumah ada " " " " " "
" "disediakan oleh kedua ibu bapa (cth: " " " " " "
" "meja tulis, alat tulis, buku rujukan, " " " " " "
" "dsb) " " " " " "
-----------------------
Sensitif
Resah
Agresif
Cepat Riang
Impulsif
Optimis
Aktif
-=>?cdeg Ž®µïðñ
ðÛ˼°¡ ¡ z¡°¡j]jN ¡B hDr¦CJ,OJQJaJ,h5h5CJ(OJQJaJ(høC»5?CJ(OJQJaJ(h5h55?CJ(OJ
QJaJ(h5høC»CJ,OJQJaJ,h5CJ,OJQJaJ,h¤[·CJ,OJQJaJ,h5h5CJ,OJQJaJ,høC»CJ,OJQJaJ,h
5h5CJ4OJQJaJ4h#(~h55?CJOJQJaJ(jh#(~Muram
Risau
Rigid
Tenang
Pesimis
Pendiam
Tidak Sosial
Introvert
Ekstrovert
Pasif
Berhati-hati
Aman
Mengawal
Tingkah laku
Boleh Dipercayai
Tenang
Pendiam
Tidak Sosial
Suka Bersosial
Suka Bergaul
Suka Berbual
Responsif
Senang Mesra
Periang
Tidak Perisau
Stabil
Kronosistem
Mikrosistem
Kumpulan agama
Ekosistem
Jiran
Sahabat
Keluarga
Massa media
Perkhidmatan sosial dan
kebajikan
Org dewasa
sekolah
Individu (kanak-kanak)
Jantina, Umur, Sosioekonomi, kesihatan, dsb
keluarga
Rakan sebaya
persekitaran
kemudahan
Perkhidmatan
komuniti
Kronosistem
mempengaruhi
Penglibatan Ibu Bapa
Ekstroversi
Ekstrovert
Introvert
Peranan ibu bapa
Persekitaran Keluarga
Personaliti
Status sosioekonomi
Pendidikan
Pendapatan
Pekerjaan
Neurotisme
Neurotik
Kestabilan emosi
Pencapaian Akademik Pelajar
Teori Ekologi Brofrenbrenner
(persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak)
Teori Jenis Trait Eysenck (1947)
Model Keibubapaan Baumrind
Gaya Autoritatif
Gaya Autoritarian
Gaya Permisif
ekstroversi
neurotisme
Teori Keperluan Pencapaian
(McClelland)
high achievers
low achievers
Pencapaian Akademik