Kajian Terhadap Faktor Kemurungan Bagi Pelajar Darjah Empat, Darjah Lima Dan Darjah Enam Di Tiga Buah Sekolah Agama Daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia Oleh Norhayati Binti Ya’acob
Jenis Istiqra Terlibat Setelah dianalisis didapati kajian ilmiah ini telah menggunakan kaedah kajian istiqra naqis. Istiqra naqis merupakan m erupakan satu kajian yang membuat kesimpulan daripada sebahagian besar perincian sahaja dan memberi hukum berdasarkan kesimpulan itu kepada semuanya. Sebelum dinamakan istiqra naqis, ia dikenali dalam kalangan fuqaha sebagai menggabungkan menggabungkan satu unit kecil dengan unit umum dan luas. Istiqra jenis ini bersifat zanni dan digunakan digunakan oleh jumhur ulama usul fiqh.
Secara ringkasnya, ringkasnya, dapat kita faham, f aham, istiqra naqis adalah satu istiqra yang hanya melakukan kajian sebahagian sahaja dan bukan keseluruhan seperti istiqra tam. Hasil daripada kajian naqis naqis tersebut akan dibuat dibuat sebagai kesimpulan kesimpulan umum. Sebagai contohnya, contohnya, tentang mengetahui mengetahui faktor kemurungan kemurungan bagi pelajar darjah empat, lima dan enam. Instrumen soal selidik telah diberikan kepada para pelajar terbabit. Di akhir kajian, didapati hampir keseluruhan pelajar mengatakan persekitaran merupakan faktor utama kemurungan. Kesimpulanya menunjukkan faktor utama kemurungan adalah daripada persekitaran.
Proses Istiqra Dalam Penyelidikan. Dalam penyelidikan ini, Penyelidik telah menggunakan proses istiqra naqis yang mengkaji kepada sebahagian pelajar sekolah berkenaan untuk mendapatkan kesimpulan kepada keseluruhan kajian. kajian yang dilakukan ini berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terlibat untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor sebenar kemurungan. kemurungan. Dalam persoalan kajian penyelidikan ini, penyelidik p enyelidik ada mengatakan dan mempersoalkan bahawa faktor kemurungan berpunca daripada keluarga, persekitaran dan sosial. Penyelidik telah memilih responden daripada kalangan pelajar di tiga buah sekolah agama daerah Johor Bahru. Hal ini kerana, di kalangan kanak-kanak, simptom murung lebih sukar untuk dikenalpasti dan sering dianggap sebagai ‘membuat perangai’ semata -mata.
Di dalam kajian di kalangan pelajar-pelajar ini, penyelidik telah memilih tiga buah sekolah agama di Johor Bahru iaitu Sekolah Agama Dato Onn Jaafar, Sekolah Agama FRU2 (Federal Reserve Unit 2) dan Sekolah Agama Bandar Baru Uda. Sampel kajian yang terlibat terdiri daripada pelajar darjah empat, darjah lima dan darjah enam tanpa melibatkan darjah satu, dua dan tiga yang berjumlah sebanyak
254 orang responden. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, ia mengandungi soalan berkaitan demografi respode. Manakala bahagian B, tentang sesuatu kenyataan berkaitan item kemurungan pelajar.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik memulakannya dengan mengenal pasti responden. Responden yang terlibat diambil secara rawak daripada sebahagian pelajar daripada 3 buah sekolah tersebut. Sebagai contoh, jika sesebuah sekolah itu mempunyai anggaran pelajar sebanyak 204 pelajar bagi ketiga-tiga darjah, maka penyelidik mengkaji ¼ pelajar dari setiap sekolah dan dibuat kesimpulan meliputi semua pelajar. Kemudian ia diteruskan dengan memberi set soalan soal selidik dan arahan kepada responden. Responden diberikan masa untuk menjawab borang soal selidik tersebut. Seterusnya, penyelidik telah mengumpulkan semua borang soal selidik untuk tujuan penyemakan dan penganalisisan.
Setelah dibuat analisis, penyelidik telah dapat membuat kesimpulan bahawa tahap kemurungan pelajar berada pada tahap yang sederhana. Selain itu, ketiga-tiga faktor yang membawa kepada kemurungan juga berada pada tahap sederhana yang mana faktor penyumbang tertinggi ialah faktor persekitaran diikuti faktor sosial dan faktor keluarga.
Rujukan 1) Norhayati Binti Ya’acob (2013). kajian terhadap faktor kemurungan bagi pelajar darjah empat, darjah lima dan darjah enam di tiga buah sekolah agama daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Open University Malaysia. 2) H.A. Basiq Djalil, S.H., MA. (2009). Logika Ilmu Mantiq. Prenada Media Group. Jakarta 571 words
MANTIQ AL-HADITH
PENYALAHGUNAAN KETUM DALAM KALANGAN BELIA DI KEDAH DAN PERLIS OLEH SAMIHAH KHALIL@HALIM, RUSNIAH AHMAD & SITI ALIDA JOHN ABDULLAH
Pendahuluan Daun ketum telah lama digunakan bagi tujuan perubatan atau pun menjadi amalan dalam aktiviti sosial masyarakat. Perubatan tradisional berasaskan ketum digunakan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit seperti kecacingan, cirit-birit (diarrhea) atau pun digunakan untuk menambahkan tenaga untuk bekerja (Prozialeck, Jateen, & Shridhar, 2012). Kini, penggunaan ketum mula timbul kembali, tetapi ia tidak lagi dikenali sebagai tumbuhan herba yang digunakan untuk perubatan sebaliknya lebih sinonim untuk dikaitkan dengan isu ketagihan dan penyalahgunaan. Hal ini kerana, sejumlah golongan belia dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan ketum, di mana mereka menggunakannya bagi tujuan mendapatkan kesan khayal.
1)
Jenis Istiqra
Kaedah istiqra yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah Istiqra’ Naqis iaitu mengambil sebahagian responden dari dua negeri itu.
2)
Proses istiqra
Seramai 223 orang responden dalam kalangan belia dalam lingkungan umur 12 sehingga 39 tahun telah diberikan soalan soal selidik yang diambil dan diubahsuai daripada DAST-10 (Drug Abuse Screening Test-10) untuk kesesuaian responden dalam yang terdiri daripada pengguna ketum. Bagi mendapatkan kumpulan sasaran, penggunaan pembanci dalam kalangan penduduk kampung atau individu yang lebih dekat dengan responden digunakan. Soal selidik kemudiannya diedarkan kepada kumpulan belia di kawasan-kawasan kampung sekitar Kedah (daerah Kubang Pasu) dan Perlis yang di lihat mempunyai kes atau isu penyalahgunaan ketum yang tinggi. Manakala, bagi pendekatan kualitatif pula, kaedah temubual secara bertujuan kepada penagih ketum tegar dilaksanakan. Soalan berbentuk semi-struktural digunakan dan seramai 5 orang penagih ketum tegar telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan terperinci berkenaan dengan bentuk penyalahgunaan dan juga isu ketagihan. Hasil dapatan daripada pendekatan kuantitatif kemudiannya di analisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) dan hasil dapatan kualitatif kemudiannya dianalisis dan digunakan bagi menyokong dapatan data kuantitatif tersebut.
3)
Sumber
Samihah Khalil@Halim, Rusniah Ahmad & Siti Alida John Abdullah. Jurnal Penyalahgunaan Ketum dalam Kalangan Belia di Kedah dan Perlis , 1-17. Retrieved Oktober 25, 2018, from https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/3-ARTIKEL-JURNAL-PENYALAHGUNAANKETUM-min.pdf 343 words
Kami telah diberikan satu tugasan untuk mengkaji satu kajian yang lengkap dan mengambil kajian itu untuk menentukan sama ada kajian tersebut menggunaka n istiqra’ tam atau istiqra’ naqis. Kami telah memilih kajian yang bertajuk “Kajian Penanaman Tumbuhan Sekitar Bangunan di Kawasan Batu Pahat” oleh Nor Dini binti Ismail dan Puan Sharifah Meryam binti Shareh Musa daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Jenis Istiqra Yang Digunakan Kajian tersebut telah menggunakan istiqra’ naqis k erana kajian itu dilakukan oleh sebahagian responden daripada penduduk di kawasan Batu Pahat. Istiqra’ naqis ialah membuat kesimpu lan daripada sebahagian besar perincian sahaja dan memberi hukum berdasarkan kesimpulan kepada semuanya. Sebelum dinamakan istiqra’ naqis, ia dikenali dalam kalangan fuqaha sebagai menggabungkan satu unit kecil dengan unit umum dan luas. Istiqra’ jenis ini bersifat zhanni dan digunakan oleh jumhur ulama usul fiqh (Dr. Zaharudin Abd. Rahman, 2014).
Proses Istiqra Dalam Penyelidikan Istiqra’ mempunyai tiga peringkat. Pertama, peringkat al-tajribah wa al-mulahazah (ujikaji dan pemerhatian). Kedua, peringkat al-furudh al- ‘ilmiyyah (membuat hipotesis). Ketiga, peringkat tahqiq al-furudh (pembuktian hipotesis) (Shahir Akram Hassan, Mohd Syahmir Alias, 2017). Peringkat pertama ialah al-tajribah wa al-mulahazah (ujikaji dan pemerhatian). Pengkaji telah membuat pemerhatian di sekitar kawasan Batu Pahat di negeri Johor.
Antara lokasi yang dijalankan ialah di kawasan bangunan Old Street bertemakan Roof Garden dan bangunan yang berada di sekitar Old Street iaitu bangunan AIA, kedai elektrik dan kedai Honda untuk membuat perbandingan antara bangunan yang menggunakan penanaman tumbuhan dan tidak menggunakan penanaman tumbuhan. Bangunan ini terletak di lot 16, jalan Kluang, Batu Pahat. Oleh itu, pengkaji telah membuat penyelidikan dengan membuat soal selidik kepada penduduk setempat mengenai peranan tumbuh-tumbuhan dalam menangani suhu bumi. Kebanyakkan pusat-pusat bandar kini hampir kesemuanya dipenuhi oleh bangunan-bangunan tinggi. Bangunan tinggi memiliki kadar keluasan komponen menegak (dinding luar) yang amat
besar berbanding dengan komponen mendatar (bumbung) yang terdedah terus kepada elemen iklim seperti panas, hujan dan angin berbanding dengan bangunan rendah. Industri pembinaan di Malaysia masih banyak menggunakan cara tradisional berbanding negara-negara maju yang lain. Di Eropah terdapat banyak penggunaan bangunan hijau secara meluas dengan kepimpinan dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar (LEED) sebagai panduan dalam membangunkan projek bercirikan bangunan hijau yang beraspekkan tumbuh-tumbuhan pada bangunan. Di Malaysia, pelaksanaan bangunan hijau tidak begitu meluas bagi mencapai indeks bangunan hijau (GBI) yang tinggi dan menyeluruh. Malaysia mestilah mempelajari negara-negara maju seperti Eropah dan sebahagian kecil negara Asia telah pun berjaya dalam menggunakan bangunan hijau atau teknologi hijau secara menyeluruh terhadap bangunan-bangunan. Kawasan hijau merupakan kawasan yang sebahagian besarnya diliputi dengan tumbuhtumbuhan semula jadi atau tanaman. Ia terdiri dari kawasan lapang, kawasan rekreasi, koridor infrastruktur dan utiliti. Ia juga berfungsi sebagai meningkatkan kualiti alam sekitar, kualiti rekabentuk bandar dan meningkatkan potensi tarikan pelancong. Penanaman tumbuhan sekitar bangunan adalah satu alternatif bagi mengurangkan suhu pada bangunan dan sekitar kawasan tersebut. Penanaman tumbuhn pada bangunan juga dapat mengawal suhu panas pada bangunan dan menjadi kawasan teduhan daripada silau panas matahari. Pengkaji telah membuat beberapa instrument kajian sebelum membuat hipotesis. Antara instrumen kajian yang telah dibuat ialah kajian temubual dan juga kajian soal selidik. Kajian temubual dilakukan keatas Mr Keith sebagai pengurus bangunan Old Street yang bertemakan Roof Garden. Kajian temubual ini dilakukan untuk mendapatkan latar belakang dan rekabentuk bangunan tersebut. Seterusnya, populasi juga termasuk dalam instrument kajian. Populasi kajian adalah kumpulan sasaran iaitu pengunjung yang terdiri daripada orang awam di sekitar kawasan Batu Pahat. Menurut Mr. Keith populasi yang datang ke bangunan tersebut dianggarkan sebanyak 110 orang dan mendapat responden sampel sebanyak 86 orang. Oleh itu, borang soal selidik telah diedarkan secara bersemuka. Ia dilakukan supaya dapat mengukuhkan lagi maklumat dan melengkapkan bab untuk menganalisis data. Analisis telah dibuat setelah menyerahkan borang soal selidik dan menemu duga pengurus bangunan Old Street. Purata min yang paling tinggi bagi kelebihan penggunaan tumbuhtumbuhan sekitar bagunan ialah mengurangkan suhu di kawasan bangunan, dapat memberikan udara yang segar kepada manusia dan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Penyataan ini telah disokong oleh Mr Keith (pengurus Old Street) yang menyatakan bangunan yang dipenuhi dengan tumbuhan dapat mengurangkan suhu panas yang terperangkap di dalam bangunan tersebut. Oleh itu, pengkaji telah membuat hipotesis iaitu tumbuhan dapat mengurangkan suhu di kawasan bangunan. Ini dapat dibuktikan apabila pengkaji membuat peringkat tahqiq al-furudh (pembuktian hipotesis). Sebatang pokok dapat melakukan proses transpirasi sebanyak 151.4 liter air/ hari. Jumlah ini bersamaan dengan memindahkan haba panas yang dihasilkan oleh seratus buah lampu 100 w yang dinyalakan selama 8 jam/ hari. Jadi keuntungan yang diperoleh dari tanaman pada bumbung bangunan adalah penurunan suhu permukaan dan udara. Pengurangan jumlah radiasi sinar matahari yang diserap oleh atap dan pengurangan haba yang diterima oleh bangunan. Tanaman dapat menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen ke udara dalam proses fotosintesis.