PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
MODUL SAINS (SCE3102)
PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK
INSTITUT INSTITUT PENDIDIKAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: SCE3102 PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Kandungan modul ini dibahagi kepada lima belas (15) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
Bil.
Tajuk/Topik
Modul (jam)
Jum. Jam
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
1
Apakah Sains?
2
Bagaimana kanak-kanak belajar sains?
3
Memahami perkembangan kanak-kanak
4
Teori Pembelajaran Bruner
5
Teori pembelajaran Behaviouris
6
Teori Pembelajaran Ausubel
7
Teori Pembelajaran Gagne
8
Teori Pemprosesan Maklumat - Atkins, Atkins, Shiffrin dan Baddeley
3
3
Konstruktivisme sebagai perspektif kontemporari yang dominan dalam pembelajaran sains
3
3
3
3
3
3
3
3
9 10
Pendekatan Konstruktivis
11
Keperluan kanak-kanak untuk membantu mereka belajar melalui konstruktivisme
12
Memahami idea kanak-kanak dalam Sains
13
Mentaksir idea dan miskonsepsi kanak-kanak dalam sains
3
3
Menangani miskonsepsi kanak-kanak dan perubahan konseptual
3
3
Menangani miskonsepsi kanak-kanak dan perubahan konseptual
3
3
14 15
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TOPIK1
APAKAH SAINS?
Sinopsis Topik ini membincangkan tentang pengertian Sains. Ianya membincangkan cara kanak-kanak amati Sains. Bahagian kedua menjelaskan tentang pengertaian sains daripada aspek proses, produk, dan sikap dan nilai murni.
Hasil Pembelajaran •
Memperihakan cara kanak-kanak amati matapelajaran sains
•
Membincangkan pengertian sains
Pengenalan
APAKAH SAINS
BAGAIMANA KANAK-KANAK
ALAM SAINS
AMATI SAINS
SAINS SEBAGAI
SAINS SEBAGAI
SAINS SEBAGAI
PRODUK
PROSES
SIKAP DAN NILAI
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
1.1
BAGAIMANA KANAK-KANAK AMATI SAINS
Kanak-kanak suka bermain, suka menyentuh , mencium bau, membuka dan memasang semula objek yang mereka tengok. Mereka akan tidak penat untuk bertanya banyak soalan, bagaimana objek itu berfungsi?
Siapa
buat
objek
itu?
Kanak-kanak
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka punyai tenaga yang banyak. [Sumber: www. zazzle.com]
Begitulah kanak-kanak belajar. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji.
MEMERHATI OBJEK ATAU FENOMENA
BERTANYA TENTANG OBJEK ATAU FENOMENA
FAHAMAN TENTANG OBJEK ATAU FENOMENA
Rajah 1 : Cara Asas Bina Kefahaman konsep
Pandangan kita terhadap sesuatu perkara akan dipengaruhi oleh pengalaman kita dengan perkara itu. Begitu jugalah dengan persepsi kanak-kanak terhadap sains. Sekiranya pengalaman pembelajarannya semasa belajar sains tidak selaras dengan
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
sifat tabii sains, maka mungkin minat terhadap pembelajaran akan terhakis dari hari ke hari dan akhirnya mungkin kanak-kanak ini tidak akan mengambil matapelajaran ini di peringkat sekolah menengah dan seterusnya. Juga apabila persepsi kanak-kanak terhadap sains berkurangan ianya akan mempengaruhi prestasinya.
Begitulah pentingnya guru perlu menyediakan pengalaman yang sesuai dan relevan dengan sifat tabii sains agar sifat ingin tahunya tidak `diluntur’ oleh anda. Justru objektif kurikulum sains tidak akan tercapai. Bagi memastikan guru boleh menyediakan pengalaman yang relevan dan bermakna, guru itu terlebih dahulu perlulah mempunyai kefahaman yang mantap tentang sifat tabii sains.
Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati di alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. Kajian tentang idea yang dipunyai kanak-kanak didapati adalah (1)dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri, (2) idea mungkin nampak kurang lengkap atau bercanggah, dan (3) idea mereka agak mantap dan agak sukar untuk diubah.Guru perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka tentang konsep sains dapat dibetulkan, dimantapkan atau diubah supaya kefahaman mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli saintis.
1.2
ALAM SAINS
AKTIVITI 1 1.
Ambil sekeping kertas dan pensil. Tulis apakah maksud sains pada pandangan anda.
2.
Tanya pendangan rakan-rakan anda?
Daripada aktiviti tadi apakah maksud sains anda dan rakan anda sama atau berbezabeza? Apa yang terdapat di sekeliling kita itulah sains. Kita membuat kajian sains
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
apabila kita mengkaji objek yang sekecil zarah, mengkaji diri kita, haiwan, tumbuhan disekeliling, mengkaji udara, dan mengkaji bintang di langit. Jadi, sains adalah satu sistem
untuk mendapatkan pengetahuan. Sistem ini
menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk memperihal dan menerang fenomena semulajadi. Istilah itu juga merujuk kepada koleksi pengetahuan yang telah dikumpulkan melalui sistem itu. Semasa melakukan penyiasatan ahli-ahli sains itu mengamalkan sikap dan nilai –nilai yang tertentu. Sains mencari maklumat terhadap sifat ingin yang sedia dalam diri kita tentang alam semulajadi. Kenapa daun itu hijau, kenapa langit biru pada siang hari tapi merah bila matahari terbit, apa itu gerhana matahari, dan kenapa tengok zirafah panjang adalah di antara berjuta soalan yang ingin kita tahu jawapannya.Melalui sains kita akan tahu jawapannya.
Rajah 2 : Gambaran maksud sains [Sumber: http://undsci.berkeley.edu/article/0_0_0/whatisscience_01 http://undsci.berkeley.edu/article/0_0_0/whatisscience_01]]
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Cuba cari! Istilah sains berasal daripada bahasa apa? Apa maksudnya?
Sains itu bersifat kompleks dan “ multi-faceted’ , multi-faceted’ , tetapi sifat-sifat sains yang penting adalah jitu: •
Fokus sains adalah tentang alam semulajadi
•
Sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi, cara alam semulajadi berfungsi, dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Jadi sains bukan hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman.
•
Cara saintis bekerja berbeza-beza, tetapi dasarnya sains adalah berkaitan dengan menguji idea-idea, membuat kesimpulan berasaskan bukti penyiasatan.
•
Idea saintifik boleh dipercayai sebab telah melalui ujian yang rigorous, tetapi walaubagaimanpun sekiranya ada bukti baru idea tadi boleh diubah.
Kesimpulannya pengetahuan sains dikumpul daripada proses sains dan semasa proses sains dijalankan ahli-ahli sains membuat kerja mengikut budaya kerja yang berasaskan kepada sikap dan nilai murni. murni .
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
1.2.1 Sains sebagai proses Proses sains merujuk kepada cara kerja yang diamalkan oleh ahli sains semasa mengumpul dan mentafsir maklumat. Cara kerja ini dikenali sebagai kaedah saintifik (Rajah 1) 1)
Soalan kajian
Buat kajian tentang masalah
Fikir!Cuba semula
Bina hipotesis
Uji hipotesis melalui eksperimen
Analisa data dan buat kesimpulan
Hipotesis diterima Buat laporan kajian
Hipotesis tidak diterima
Rajah 3 : Kaedah Saintifik [Sumber: http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_scientific_method.shtml http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_scientific_method.shtml]]
Perlu diingat kaedah ini tidak bersifat linear . Ini bermakna langkah-langkah yang diikuti tidak satu hala. Anda boleh undur ke langkah sebelumnya jika tidak dapat jawapan kepada masalah yag dikaji.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Sekiranya kita mahu mengunakan kaedah saintifik ini kita perlu telah menguasai kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik merupakan alat untuk mengkaji persoalan sains. Ianya terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains yang merupakan cara kita berfikir manakala kemahiran manipulatif adalah cara kita bekerja semasa proses sains itu dilaksanakan. Salah satu objektif kurikulum sains adalah untuk mengajak kanak-kanak supaya bercita-cita menjadi seorang saintis. Bagi mencapai hasrat itu, kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menguasai kemahiran saintifik. Justru barulah kanak-kanak tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Apabila kita hendak memperlihatkan sains sebagai proses, tentunya kita perlu menyediakan ruang dan peluang bagi kanak-kanak terlibat secara aktif dalam aktiviti hands-on, minds-on . Melalui aktiviti yang sedemikian baharulah kanak-kanak akan dapat menguasai
dan memahirkan kemahiran saintifik mereka. Perincian tentang
kedua-dua kemahiran ini akan dibincangkan dalam kursus yang lain.
Sains sebagai proses akan mempertonjolkan bahawa sains akan memperihalkan alam semulajadi dengan menggunakan ujian empirikal dan analisa. Setiap prinsip sains hanya akan diterima oleh komuniti sain sekiranya disokong oleh bukti empirikal. Saintis akan menjalankan proses sains bagi memperolehi pengetahuan sains. Ini bermakna pengetahuan sains tidak sempurna sebab kesilapan yang berpunca daripada peralatan sains atau kesilapan manusia akan berlaku semasa proses sains dilakukan.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
1.2.2 Sains sebagai produk Produk sains yang terhasil daripada proses sains adalah terdiri daripada fakta, konsep, prinsip dan hukum, dan teori (Rajah ( Rajah 2). 2). FAKTA KONSEP PRINSIP HUKUM TEORI Rajah 4 : Jenis-jenis Produk Sains
Fakta adalah penyataan khusus tentang sesuatu objek atau insiden. Kita memperolehi nya melalui pemerhatian dan pengukuran. Contohnya; •
kucing jenis Parsi yang dipelihara di rumah tidak pandai cari tikus
•
semua planet berbentuk bulat
Konsep adalah idea abstrak yang dibina tentang kejadian, objek, atau fenomena yang mempunyai sifat atau ciri yang sepunya antara mereka. Contohnya; bentuk segiempat mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan berlainan daripada bentuk lain.
Prinsip dan hukum pula adalah idea kompleks berdasarkan kepada beberapa konsep yang berkaitan. Hukum sains menerangkan bagaimana sesuatu kejadian terjadi. Contohnya; Hukum Graviti Newton digunakan untuk meramal tingkahlaku objek yang jatuh.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Teori mengandungi prinsip-prinsip umum yang berkaitan untuk menerangkan sesuatu fenomena. Tujuan sesuatu teori adalah untuk digunakan untuk menerangkan sesuatu berdasarkan bukti. Teori boleh digunakan untuk menerang, menghubungkait, dan meramal.Contohnya; teori kinetik atom menyatakan bahawa semua jirim terdiri daripada partikel yang seni yang dipanggil atom. Pergerakan atom-atom berbeza-beza dalam pepejal, cecair dan gas.
Tentukan samada penyataan berikut adalah fakta sains, prinsip atau teori. a) b) c) d) e)
Bumi berputar di atas paksinya Gerhana matahari berlaku bila bulan berada di antara bumi dan matahari Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain Kutub magnet yang bertentangan akan menarik antara satu sama lain Bagi setiap tindakan, terdapat tindakan yang sama kuat dan arah yang bertentangan.
1.2.3 Sains sebagai sikap Sikap saintifik adalah tanggapan mental terhadap seseorang, objek, matapelajaran atau kejadian. Sikap terhadap sains penting sebab sekiranya sikap kanak-kanak positif terhadap sains, mereka akan bersedia untuk menerima proses pembelajaran sains dengan mudah. Kajian menunjukkan sikap boleh dipelajari dan boleh diubah. Sikap akan mempengaruhi cara manusia bertindak. Jujur dan tepat dalam merekod maklumat adalah satu sikap saintifik yang perlu dipupuk daripada kanak-kanak di sekolah rendah lagi. Anda sebagai guru perlulah senantiasa merujuk huruian kurikulum sains untuk memilih sikap saintifik dan nilai yang perlu diintegrasi kedalam setiap aktiviti sains yang dilaksanakan.
Penggabungjalinan sikap dan nilai murni bukannya boleh menampakkan hasil dalam jangkamasa yang singkat. Anda sebagai guru perlu merancang secara rapi cara untuk
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
mengintegrasikan sikap dan nilai murni dan bersabar sebab perubahan sikap mengambil masa yang lama. Dengan usaha yang gigih dn konsisten kanak-kanak akan dapat membentuk sikap yang positif terhadap sains. Lagi pun, bak kata pepatah – melentur biar masa rebung.
Buat rumusan tentang tajuk ini dengan menggunakan peta konsep.
References
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science Science (8 (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.
http://www.visionlearning.com/library/module_viewer.php?mid=176&l=&c3= www.education.com www. education.com /reference/article/ /reference/article/ science science-attitudes -attitudes
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TOPIK 2
CARA KANAK-KANAK BELAJAR SAINS
Sinopsis Topik ini membincangkan tentang struktur otak manusia dan fungsi otak dalam proses pembelajaran. Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta neuron yang merupakan struktur asas otak. Struktur ini yang berfungsi memindahkan utusan dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Berasaskan stuktur dan fungsi otak, pembelajaran berasaskan otak telah diperkenalkan. Terdapat dua belas prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak.
Hasil Pembelajaran •
Menghuraikan struktur dan bahagian-bahagian otak manusia
•
Membincangkan fungsi otak dalam proses pembelajaran
•
Membincang maksud pembelajaran berasaskan otak
•
Menyenaraikan prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak
Pengenalan
Cara kanak-kanak belajar
Struktur Otak dan fungsinya dalam pembelajaran
Pembelajaran berasaskan otak
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
2.1
Struktur Otak dan fungsinya dalam pembelajaran
Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram yang terdiri daripada 10-12 bilion sel. Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak.
Bahagian-Bahagian Otak Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian:
Saraf Tunjang Medula Oblongata dan Pons Otak Tengah Diensefalon Serebelum Serebrum
Rajah 1: Bahagian-bahagian otak [Sumber: thehomeschooladventure.com]
Setiap bahagian otak mempunyai fungsi yang tertentu (Rujuk Jadual 1 dan Rajah 1 dan Rajah 2). BAHAGIAN OTAK
FUNGSI
Saraf Tunjang
Menerima maklumat daripada sistem sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas (seperti melakukan pergerakan)
Medula Oblongata dan Pons
Merupakan sambungan atau jambatan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain.
Otak Tengah
Terlibat pada proses pendengaran, proses visual dan pengendalian gerakan mata, dan juga terlibat pada sistem homeostasis dan lintasan refleks
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
BAHAGIAN OTAK Diensefalon terdiri daripada hipotalmus dan talamus
Serebelum:
Serebrum
FUNGSI Mengawal fungsi involuntari (pernafasan, suhu badan) memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls dari organorgan deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari) Bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera: - Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan. - Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan. Kopus Kasolum menghubungi keduakedua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.
Jadual 1 : Struktur dan fungsi bahagian- bahagian otak
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Rajah 2 : Bahagian-bahagian otak mempunyai fungsi tertentu [Sumber:http://hafeezee09.blogspot.com/2009/05/keajaiban-otak-manusia.htm [Sumber: http://hafeezee09.blogspot.com/2009/05/keajaiban-otak-manusia.htm l]
Baca tentang teori otak Truine oleh Paul D. MacLean, teori otak Roger Sperry dan teori pelbagai kecerdesan oleh Howard Gardner serta perkembangan pembelajaran. Sediakan ringkasan dalam bentuk power point dan muat naik ke laman blog kumpulan anda. Anda boleh pergi ke laman sesawang berikut; http://www.scribd.com/Artikal-Teori-Otak-DanPembelajaran-Zainuddin-Mamat/d/33643007 sebagai permulaan.
http://www.lumosity.com/personal-training-plan
Laman sesawang ini mengandungi banyak latihan untuk menajamkan otak anda.
Berehat sebentar!
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Pemindahan Maklumat Antara Sel Otak Maklumat yang datang daripada persekitaran melalui deria-deria dianalisiskan oleh otak untuk tindakan selanjutnya. Komponen utama dalam sistem saraf ialah sel yang dipanggil neuron. Sel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada lokasi di otak dan fungsi. Secara umum, sesuatu neuron terdiri daripada beberapa bahagian (Rajah : Jasad Sel - menganjur daripadanya ialah cabang-cabang halus yang dipanggil Dendrit. Dendrit. Akson - tiub panjang (berbeza antara beberapa milimeter hingga satu meter) yang menjadi saluran antara jasad sel dengan neuron lain. Akson membolehkan neuron-neuron berkomunikasi di antara satu sama lain. Akson disaluti dengan lapisan lemak yang dipanggil Sarung Mielin. Mielin. Butang Terminal - Hujung akson yang dipanggil butang terminal hampir-hampir menyentuh dendrit neuron yang lagi satu. Sinaps - ruang di antara butang terminal dan dendrit dipanggil sinaps. Neurotransmitter - Komunikasi antara neuron berlaku apabila butang terminal melepaskan kimia-kimia yang dipanggil neurotransmitter dan hubungan dibuat yang membolehkan impuls saraf yang berunsur elektrikal disalurkan melalui jambatan cantuman kimia. Impuls saraf selalu bergerak mengikut satu arah melalui neuron. Impuls diterima oleh dendrit, dipindahkan kepada jasad sel dan kemudian dihantar melalui akson kepada dendrit neuron yang lain. Melalui cara ini, maklumat mengalir dan disalurkan ke seluruh sistem saraf; iaitu daripada otak ke bahagian-bahagian lain badan dan sebaliknya.
Rajah 3: Struktur neuron [Sumber: www.science.kennesaw.edu]
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
2.2
Pembelajaran berasaskan otak Pembelajaran berasaskan otak adalah satu pendekatan pengajaran yang menyeluruh menggunakan dapatan kajian sains neuro semasa. Pembelajaran ini menegaskan cara otak belajar berasaskan pengetahuan kita tentang stuktur dan fungsi otak manusia pada tahap-tahap perkembangan
[Sumber:
yang berbeza.
http://www.finger2brain.com/article ?lang=en] ?lang=en]
Jenis pembelajaran ini merangkumi konsep-konsep yang berkaitan diantaranya;
Pembelajaran masteri
Pembelajaran experiential
Gaya pembelajaran
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses pembelajaran. Acapkali persekitaran yang menganggu pembelajaran yang dilakukan oleh otak kita. Pengajaran yang kurang sesuai dengan gaya pembelajaran kanak-kanak, kurikulum yang terlalu padat, dan komuniti yang mementingkan peperiksaan daripada pembelajaran seringkali menyebabkan ada kanak-kanak yang diabaikan, minatnya berkurangan dan akhirnya pembelajaran tidak berlaku.
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Prinsip utama pembelajaran berasaskan adalah:
Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa. Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi Mencari makna secara dalaman Mencari makna melalui pencorakan Emosi adalah penting dalam pencorakan Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan. Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar. Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan hafalan Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory. Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan. Otak adalah unik Caine and Caine [1991] 1. Layari internet. 2. Kumpulkan beberapa contoh rancangan pelajaran Sains yang menggunakan pembelajaran berasaskan otak. 3. Kenalpasti prinsip yang diintegrasikan dalam rancangan itu.
Tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak adalah; Orchestrated immersion : Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran. Relaxed alertness :Mengelakkan :Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran Active processing : Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. Anda perlu membantu kanak-kanak mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Elemen- elemen interaktif yang penting dalam proses ini adalah seperti berikut;
Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai. Pastikan suasana pembelajaran selamat jika anda hendak berfikir. Ini telah dibuktikan melalui kajian bahawa fikiran akan terganggu sekiranya kanakkanak rasa takut atau stres Kanak-kanak perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Galakkan kanak-kanak supaya menyedari struktur metakognisinya. Disini kanak-kanak boleh meneroka cara terbaik untuk dia berfikir dan belajar Bagi mempastikan kanak-kanak memahami sesuatu masalah secara mendalam, mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti Benarkan kanak-kanak peluang untuk mengoptimumkan pembelajarannya dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbeza-beza untuk aktiviti-aktiviti yang berbeza. Gunakan pencahayaan dan musik untuk meransang pemikiran mereka Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagianbahagiannya. Senantiasa peka kepada perbezaan individu kanak-kanak. Guna teknikteknik yang berbeza bagi kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai atau gaya pembelajaran yang berbeza. Gunakan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Senantiasa hubungkaitkan dengan pengetahuan sedia kanak-kanak atau pun kaitkan dengan kehidupan seharian mereka. Ini akan mewujudkan pembelajaran yang bermakna. Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa.
Kesimpulannya bagi menjayakan pembelajaran berasaskan otak ini guru perlu memahami kaitan antara struktur otak dan fungsinya dalam proses pembelajaran. Guru pelu sedar tentang perbezaan prestasi di antara kanak-kanak adalah disebabkan oleh kematangan otaknya. Jadi sekiranya anda dapati ada kanakkanak yang tidak dapat belajar secepat kanak-kanak yang lain, janganlah terlalu sepat unuk menghukum kanak-kanak itu. Anda perlu selidiki latar belakang kanakkanak bagi memahami tahap perkembangan otaknya, mungkin dia mengalami masalah pembelajaran disebabkan oleh struktur atau fungsi otaknya. Kalau dibandingkan
pembelajaran
secara
tradisional
kerap
kali
menghalang
pemerolehan pemahaman yang baik dan mendalam, tidak menggalakkan pembinaan
konsep-konsep
menghukum
minda
secara yang
bermakna, mahu
malah
berfikir
mengabaikan secara
dengan Rancangkan satu pengajaran bagi satu tajuk berasaskan pembelajaran berasaskan otak. Bincangkan prinsipprinsip pembelajaran berasaskan otak yang anda gunakan dalam rancangan tersebut.
atau
kreatif.
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
References Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent4.html http://www.apa.org/education/k12/brain-function.aspx http://www.uwsp.edu/education/lwilson/brain/bbusingbrain.htm http://pendekatanpembelajaran.blogspot.com/
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TOPIC 3
MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Sinopsis Topik ini membincangkan tentang teori Perkembangan Kognitif Piaget dan implikasinya dalam pengajaran Sains. Teori ini memperihalkan tentang tahap-tahap perkembangan kognitif yang dilalui oleh semua kanak-kanak. Kefahaman tentang cara bagaimana kanak-kanak belajar akan dapat membantu guru-guru untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran sains.
Hasil Pembelajaran •
Menerangkan teori perkembangan kognitif Piaget
•
Mengenalpasti ciri-ciri utama yang terdapat pada setiap tahap teori Piaget
•
Menjelaskan aplikasi teori Piaget dalam pengajaran Sains
Pengenalan
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
4.1
Teori Perkembangan Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun,
Beliau telah kemukakan teori yang memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Sebelum membincangkan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa bebera pa konsep penting penti ng yang diutarakan di utarakan oleh beliau. Antara Antar a konsepkonsep penting tersebut adalah : Konsep 1. Skema
Huraian Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan
cara
tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan gerak an pantulan yang dikenali diken ali sebagai skema seperti sepert i gerakan menghisap, m enghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta
menggerakkan
tangan
dan
kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang y ang tidak tid ak menyakitkan menyakit kan seperti jari ibu. ib u. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas
2. Asimilasi
dengan persekitarannya.
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi
dengan skema
yang
sedia
ada.
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Konsep
Huraian -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikut sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
3. Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. -Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. -Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
Apakah satu contoh asimilasi yang anda telah lakukan? Cuba kenalpasti satu contoh akomodasi yang anda telah lakukan.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Setiap peringkat dicirikan oleh kebolehan baru dan cara memproses maklumat. Piaget percaya semua kanak-kanak melalui semua peringkat ini dalam susunan yang sama, dan tiada kanak-kanak yang melompat manamana peringkat. Walau bagaimana pun kanak-kanak yang berbeza akan melaluinya pada kadar yang berbeza. Juga seseorang individu boleh melakukan tugasan yang berkaitan dengan peringkat yang berbeza pada masa yang sama terutama pada titik perubahan ke peringkat yang baru. (Slavin, pg. 33)."
Tahap-tahap perkembangan
1. Sensori-motor (dari lahir hingga 2 tahun)
2. Preoperational ( 2 hingga 7 tahun)
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
3. Operasi Konkrit
[Sumber :http://emilywalker.efoliomn.com/piaget-bruner-vygotzky :http://emilywalker.efoliomn.com/piaget-bruner-vygotzky]]
(7 hingga 12 tahun) 4. Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)
4.1. Tahap Sensorimotor Pada tahap ini, perkembangan mental ditandai oleh kemajuan yang besar dalam kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi (seperti melihat dan mendengar) melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fisik.
4.1.2 Tahap Praoperasi Pada tahap ini anak mulai melukiskan dunia dengan kata-kata dan gambar-gambar. Mulai muncul pemikiran egosentrisme, animisme, dan intuitif. Egosentrisme adalah suatu ketidakmampuan untuk membezakan antara perspektif seseorang dengan perspektif orang lain dengan kata lain anak melihat sesuatu hanya dari sisi dirinya.
Animisme adalah keyakinan bahwa objek yang tidak bergerak memiliki kualiti semacam kehidupan dan dapat bertindak. Seperti seorang anak yang mengatakan, “Pohon itu bergoyang-goyang mendorong daunnya dan daunnya jatuh.” Sedangkan intuitif adalah apabila kanak-kanak mulai menggunakan penalaran primitif dan ingin mengetahui jawaban atas semua bentuk pertanyaan. Mereka mengatakan mengetahui sesuatu
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
tetapi mengetahuinya tanpa menggunakan pemikiran rasional.
4.1.3 Tahap Operasi Konkrit Pada tahap ini anak dapat melakukan penalaran logik menggantikan pemikiran intuitif sejauh pemikiran dapat diterapkan ke dalam contoh-contoh yang spesifik atau konkrit. 4.1.4 Tahap Operasi Formal Pada tahap ini, individu melampaui dunia nyata, pengalaman-pengalaman konkrit dan berfikir secara abstrak dan lebih logik. Sebagai pemikiran yang abstrak, remaja mengembangkan gambaran keadaan yang ideal. Mereka dapat berfikir seperti apakah orang tua yang ideal dan membandingkan orangtua mereka dengan standar ideal yang mereka miliki. Mereka mulai mempersiapkan kemungkinan-kemungkinan bagi masa depan dan terkagum-kagum terhadap apa yang mereka lakukan.
Bahasa akan dapat membantu kanak-kanak memahami konsep sains yang dibincang. Kumpul maklumat tentang perkembangan bahasa dalam setiap tahap perkembangan kognitif Piaget.
Mari semak kefahaman anda!
1. Dalam teori Piaget, potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu dipanggil sebagai A. skema
B. adaptasi
C. asimilasi D. organisasi
2. Benar atau salah: Dalam teori Piaget, keseimbangan kognitif akan dicapai bila kanak-kanak mengakomodasikan skema mereka untuk menerima pengalaman baru. 3. Ciri utama kanak-kanak dalam peringkat preoperasi cenderung gunakan pemikiran _______ (refleks, intuitif, abstrak, hypotetikal)
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
4. Benar atau salah: Apabila kanak-kanak boleh memberi jawapan yang betul kepada masalah keabadian, itu tandanya kanak-kanak itu telah masuk dalam peringkat preoperasi. 5. Zikri yang berumur 2 tahun menunjuk kepada lori dan berkata”Itu kereta merah”. Memanggil lori sebagai kereta adalah satu contoh A. keseimbangan B. akomodasi C. pengabstraksi D. asimilasi 6. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada". Ini menerangkan ......................... a) skema c) akomodasi
b) asimilasi d) adaptasi Berehat sebentar!
4.2 Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah
Teori Piaget ini dapat membantu anda untuk mempertingkat pengajaran sains daripada aspek-apek berikut.
A.
Inkuiri-penemuan
Pembelajaran sains perlu menggunakan aktiviti `hands-on, minds-on’ yang menggunakan bahan-bahan konkrit. Melalui aktiviti sebegini, kanak-kanak akan dapat membentuk pengetahuan mereka dengan lebih mudah. Anda sebagai guru patut bertindak sebagai fasilitator , menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi perkembangan kognitif mereka.
B.
Kesesuaian mengikut tahap kognitif
Aktiviti-akiviti pembelajaran yang dirancang perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak berada di tahap operasi preoperasi dan operasi konkrit maka aktiviti itu perlu menggunakan bahan-bahan konkrit bagi
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
menerangkan konsep atau kemahiran sains yang ingin disampaikan. Contohnya, anda ingin menyampaikan konsep tumbuhan, maka pelbagai contoh tumbuhan perlu digunakan. Murid pada tahap ini akan menggunakan deria untuk memerhati dan mengelas contoh-contoh tumbuhan bgi membentuk konsep tumbuhan. Kalau kanakkanak itu telah berada di tahap operasi formal maka tidak perlulah anda menggunakan banyak bahan konkrit lagi sebab kanak-kanak ini sudah boleh membentuk konsep abstrak.
C.
Membentuk operasi mental
Perkembangan operasi mental kanak-kanak boleh dilatih dengan menggunakan aktiviti yang sesuai.seperti menyusun mengikut urutan, pengelasan dan keabadian.
D.
Motivasi dalaman
Anda sebagai guru perlu senantiasa menyediakan peluang-peluang supaya kanakkanak akan terlibat sama dalam proses pembelajaran. Apabila melibatkan kanak-kanak secara aktif supaya memikirkan pembelajaran mereka akan rasa seronok dan dihargai. Ini akan bertindak sebagai motivasi untuk kanak-kanak itu sendiri akan senantiasa ingin terus mempelajari sains.
Pilih satu topik daripada Huraian Kurikulum Sains Tahun 4. Bincangkan dengan rakan anda untuk mengaplikasikan teori Piaget dalam satu sesi pengajaran. Bentangkan semasa tutorial.
References
SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Martin, R.E., Sexton, C., Wagner, K.,Gerlovich, J. (1994). Teaching Science for all children . USA, Allyn & Bacon. http://www.psikologizone.com/teori-kognitif-psikologi-perkembangan-jean-piaget http://teoripiaget.blogspot.com/
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TOPIK 4
TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
Sinopsis Topik ini membincangkan Teori Pembelajaran Bruner. Anda akan belajar tentang pembelajaran induktif sains.
dan macam mana kanak-kanak belajar konsep
Anda juga akan diperkenalkan implikasi teori pembelajaran ini untuk
mengajar sains sekolah rendah.
Objektif •
Menerangkan Teori Pembelajaran Bruner
•
Jelaskan Pembelajaran Induktif
•
Menerangkan implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah.
Kerangka Tajuk-tajuk (Peta Konsep)
Teori Pembelajaran Bruner
Pembelajaran Induktif
Pembelajaran Konsep
Implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
4.1
Teori Pembelajaran Bruner Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan
seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai secara mendalam informasi yang diberikan serta mempelajari macam mana beberapa perkara dapat dikaitkan secara bermakna. Bruner juga menekankan penguasaan konsep untuk kanakkanak melihat sesuatu gambaran secara keseluruhan.
Oleh itu kanak-kanak
sepatutnya diajar untuk memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa pemahaman yang signifikan.
Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak. Dalam
proses
pemahaman
konsep,
Bruner
telah
menyatakan
bahawa
perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
(a) Peringkat enaktif (0-2 tahun) (b) Peringkat ikonik (2-4 tahun) (c) Peringkat simbolik (5-7 tahun)
(a)
Peringkat Enaktif Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu
yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
(b)
Peringkat Ikonik Pada
peringkat
ini
(2-4
tahun),
kanak-kanak
telah
berupaya
menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”. Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya.
(c)
Peringkat Simbolik Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan
simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.
Pembelajaran Penemuan Bruner Bruner
telah
mengemukakan
Pembelajaran
Penemuan.
Bruner
berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan pengalaman untuk membantu mereka menemui sesuatu idea, konsep atau pola. Mod pembelajaran yang yang diperkenalkan oleh Bruner dikenali sebagai Pembelajaran Penemuan.
Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena. Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungi ais di dalamnya. Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi.
Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber maklumat, seperti bukubuku di perpustakaan, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru,
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
membuat pemerhatian atau membuat uji kaji sendiri. Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.
4.2
Teori Pembelajaran Induktif
Kajian
Jerome
Bruner
menunjukkan
bahawa
guru
seharusnya
membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu mereka menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan.
Untuk itu, Bruner
mengalakkan pembelajaran induktif untuk memotivasikan pembelajaran yang aktif dan pembentkan konsep yang difahami. Bruner adalah seorang yang menyokong pemikiran induktif yang bermula
dari spesifik ke umum. umum . Menggunakan
pengalaman seseorang dan mengaplikasikannya dalam situasi lain juga adalah satu contoh pemikiran induktif.
Teori pembelajaran induktif lebih kepada membekalkan kanak-kanak dengan satu jurang pengalaman yang dapat menambahkan kebiasaan mereka tentang konsep baru yang dipelajari. Di sini, guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak
adalah dibina secara
perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Pembelajaran Induktif
Memain peranan
Latihan Pembentukan Konsep
Aktiviti lain
Aktiviti Amali
Difinisi konsep oleh kanak-kanak
Langkah-langkah dalam Pembelajaran Induktif •
Kanak-kanak diberi pengalaman and contoh-contoh spesifik untuk konsep yang akan ditemui.
•
Guru membantu kanak-kanak meneliti contoh dan mengenali cirri-ciri persamaan dan perbezaan.
•
Guru membantu kanak-kanak membentuk konsep dan idea yang umum.
•
Kanak-kanak
menguasai
pemahaman
konsep
yang
dikenali
dan
mengaplikasikan konsep dalam situasi baharu.
4.3
Pembelajaran Konsep •
Konsep adalah kategori mental yang membantu kita mengklasifikasikan objek, kejadian atau idea. Setiap objek, kejadian atau idea mempunyai satu set ciri-ciri yang umum.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
•
Pembelajaran konsep adalah satu strategy yang memerlukan seorang kanak-kanak membandingbezakan kumpulan atau kategori tertentu yang mempunyai ciri-ciri yang relevan dengan kumpulan atau kategori yang tidak relevan.
•
Kanak-kanak memikirkan sifat-sifat dalam sesuatu kompulan atau kategori yang
telah
dibentuk
oleh
guru
mereka.
Kanak-kanak
kemudian
membandingbeza contoh-contoh sesuatu kumpulan atau kategori yang mempunyai
sifat-sifat
tersebut
dengan
contoh-contoh
yang
tidak
mempunyai sifat-sifat tersebut.
4.4
Implikasi teori untuk pembelajaran sains sekolah rendah Kanak-kanak belajar melalui pengalaman.
Dengan itu guru perlu
menyediakan peluang untuk kanak-kanak meneroka, menyentuh
dan merasa.
Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi kanak-kanak di Tahap Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep. Bagi kanak-kanak Tahap Dua, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar murid-murid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah. Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa. Penglibatan
murid-murid
penting
agar
mereka
dapat
menikmati
pembelajaran bermakna. Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran. Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
yang diingini. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya. Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong boleh dipupuk dalam aktiviti projek dan perbincangan.
Soalan tutorial 1. Berdasarkan Teori Induksi, terangkan bagaimana anda dapat mengajar satu konsep sains kepada kanak-kanak tahun 1. 2. Bincangkan implikasi Teori Bruner dalam pengajaran sains sekolah rendah.
Rujukan: Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. http://olc.spsd.sk.ca/DE/PD/instr/strats/cattain/index.html (Concept Attainment) http://education.uncc.edu/theafner/SS%20Methods/a_step_by_step_guide_concep t_attainment.htm (Concept Attainment) http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/7.4.html (Discovery learning)
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TOPIK 5
Teori Pembelajaran Behavioris
Sinopsis Dalam topic ini, anda akan akan diperkenalkan dengan Teori Pembelajaran Behavioris. Anda akan belajar tentang prinsip-prinsip pengukuhan, latihan, pembentukan dan pembelajaran secara pemerhatian.
Modul ini juga membincang tentang implikasi teori teori ini untuk
mengajar sesuatu konsep sains sekolah rendah.
Objektif •
Menerangkan Teori Pembelajaran Behavioris.
•
Jelaskan prinsip-prinsip pengukuhan, latihan, pembentukan dan pembelajaran secara pemerhatian.
•
Menerangkan implikasi teori dalam mengajar sains sekolah rendah.
Kerangka Tajuk-tajuk (Peta Konsep)
Teori Pembelajaran Behavioris
Pengukuhan dan latihan
Pembentukan dan pembelajaran secara pemerhatian.
Implikasi teori dalam mengajar sains sekolah rendah
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
5.1
Teori Pembelajaran Behavioris
Teori Pembelajaran Behavioris telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan kemudiannya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku (behaviour). Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.
Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Menurut ahli-ahli psikologi behavioris, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu melalui pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behavioris menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.
Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh perhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.
Teori Pembelajaran Behavioris terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Operan dipelapori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner manakala Teori Pelaziman Klasik dipelopori Pavlov dan Watson.
Apa yang perlu diketahui daripada Teori Behavioris ini adalah prinsip-prinsip teori tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike. Selain daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga adalah implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek kurikulum, pengajaran dan penilaian. Malah, perkara yang tidak kurang pentingnya ini juga
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
hendaklah diketahui dan difahami iaitu implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Berikut adalah perbandingan
pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori behavioris:
PERBANDINGAN PANDANGAN AHLI TEORI BEHAVIORIS
Pelopor
John Broadus
Ivan Petrovich
Edward Lee
Burrhus Frederic
Watson
Pavlov
Thorndike (1874-
Skinner
Aspek
(1878-1958)
(1849-1936)
1949)
(1904-1990)
Latar
**
**
**
**
Pelaziman Klasik
Pela Pelaz ziman iman Klas Klasik ik
Pela Pelazi zim man Oper Operan an
Pelaziman Operan
Bahan
Albert B
Anjing
Kucing
Tikus putih
ujikaji
(bayi 9 bln)
Asas
Berkaitan
Rangsangan &
Hubungan @
Menekankan hasil
teori
pelaziman &
gerak balas
connection antara
kesan akibat
kawalam emosi
(R-G)
rangsangan
membawa kpd
manusia iaitu
dengan gerak
tingkahlaku baru,
ujikaji tentang
balas akan
tingkahlaku
Albert (1920)
menjadi kukuh jika
diteruskan @
kesan tingkah laku
diulang &
menyeronokkan @
sebaliknya
belakang Nama teori
memuaskan Implikasi
**
**
**
**
**Sila buat rujukan dan bacaan tambahan mengenai latar belakang dan implikasi setiap ahli behavioris ini.
Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.
Teori Behavioris ini yang dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
** sila buat rujukan seterusnya tentang sejarah perkembangan teori Watson/Pavlov dan Thorndike/ Skinner.
Skinner telah menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” yang mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan serta direkodkan. Kajian ini telah diguna pakai sebagai teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Antara eksperimen yang beliau jalankan ialah membina sebuah kotak khas yang mana di dalam kotak khas tersebut terdapat sebatang tuas yang disambung kepada sebuah bekas makanan pada dinding kotak itu. Sebuah mangkuk diletakkan di bawah tuas. Apabila tuas ditekan, makanan dari bekas itu akan masuk ke dalam mangkuk. Seekor tikus lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundar-mandir di dalam kotak untuk mencari makanan. Selepas beberapa ketika dengan tidak sengaja tikus itu menekan tuas dan terkeluarlah makanan ke dalam mangkuk. Tikus itu mendapat makanan setiap kali ia menekan tuas. Proses ini berlaku berulang kali dan akhirnya tikus itu terus menekan tuas apabila ia hendak mendapatkan makanan. Tikus ini telah mempelajari satu cara mendapatkan makanan.
Untuk kajian seterusnya, Skinner telah memutuskan sambungan antara bekas makanan dengan tuas. Selepas itu, tikus itu tidak lagi mendapat makanan walaupun tuas itu ditekan. Setelah berapa kali mencuba, tikus itu berhenti menekan tuas kerana ia tahu usahanya itu sia-sia sahaja. Skinner kemudiannya meletakkan sebuah lampu dalam kotak itu. Apabila lampu itu menyala dan tuas itu pula ditekan makanan akan terkeluar. Eksperimen ini dijalankan berulang kali hingga tikus itu sedar bahawa ia hanya akan mendapat makanan jika tuas itu ditekan pada masa lampu menyala. Tindakan tikus
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
menekan tuas untuk mendapatkan makanan itu disebut pelaziman operan. Cahaya lampu dalam eksperimen ini tidak menyebabkan tikus itu menekan tuas. Ia hanya bertindak sebagai salah satu keadaan untuk membolehkan sesuatu tingkah laku itu (menekan tuas) berlaku.
Menurut Skinner tingkah laku begini bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
Peneguhan ialah antara perkara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk memuaskan
kehendak
individu;
keduanya,
untuk
mengurangkan
tekanan
dan
meransangkan otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah seperti memberikan kata–kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat
mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang guru selalu menegur kanak-kanak kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan. Oleh kerana jemu teguran guru, maka kanak-kanak tadi menyiapkan kerja rumahnya dengan lengkap. Tindakan kanak-kanak (menyiapkan kerja rumah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (teguran guru).
5.2
Pengukuhan Pengukuhan merujuk kepada sesuatu perlakuan yang dapat meningkatkan
kebarangkalian sesuatu respons. Kanak-kanak biasanya menunjukkan pelbagai kelakuan secara bebas dan factor persekitaran akan samada memberi ganjaran atau menghukum kelakuan tersebut. Kelakuan yang dikukuhkan akan sentiasa diulangi dan kelakuan yang tidak diulangi akan dilupai. Oleh itu, kanak-kanak belajar untuk beroperasi di dalam persekitaran diri mereka untuk mendapat pengukuhan yang diinginkan.
Kanak-kanak boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas ( rangsangan ) pelajar berdiri dan mengucapkan ” Selamat Pagi ” ( gerak balas ). Guru pun memuji pelajar. Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah. Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh gerak balas terlazim. Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas. Kerja yang kemas akan berterusan, berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
5.3
Latihan Latihan adalah penggunaan pengulangan untuk belajar. Latihan juga menguatkan
perkaitan antara stimulus dan respons.
Ia
merupakan satu teknik pengajaran yang
bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
yang boleh diajar dengan cara langkah langkah demi langkah. Teknik ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran kanak-kanak
berkaitan pengetahuan yang berprosedur
(procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah langkah demi langkah. Ia menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum kanak-kanak melakukannya semula.
5.4
Pembentukan Pembentukan adalah pengukuhan yang positif. Motivasi dapat membangkitkan
tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki dalam P&P. Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian, hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi maksud penghapusan pula, jika sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-lahan. Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam situasi P&P. Jika seseorang kanak-kanak takut untuk membuat pembentangan di hadapan kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat. Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri. Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas. Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.
5.5
Pembelajaran secara pemerhatian Pembelajaran secara pemerhatian berlaku apabila sesuatu perubahan tetap
berlaku pada kelakuan kanak-kanak disebabkan perubahan perlakuan pada yang lain. Kanak-kanak belajar secara tidak langsung dengan memerhatikan kelakuan kanak-kanak lain dan seterusnya menyimpan kelakuan dan harapan yang diwakili tersebut untuk hasil pembelajaran yang akan datang. Proses pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkahlaku manusia. Kanakkanak akan mempelajari sesuatu tingkah laku apabila dia menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dia akan memerhatikan perlakuan
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
model dan proses pemerhatian ini akan berlaku berulang kali. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian ialah ciri-ciri ciri-ciri model itu sendiri seperti seperti umur, jantina, status dan hubungan dengan pemerhati. Sebagai contoh, kanak-kanak kanak-kanak yang berusia 6 tahun sering memerhatikan ibunya menyapu sampah di halaman rumah dan berkemungkinan kanak-kanak tersebut akan akan meniru apa yang dilakukan dilakukan oleh ibunya itu. Bagi remaja pula, pembelajaran melalui pemerhatian berlaku apabila mereka meniru gaya atau penampilan seseorang yang dijadikan idola dalam hidup mereka. Contohnya, mereka gemar meniru gaya penampilan artis-artis pujaan mereka.
Apabila peniruan yang dilakukan pemerhati mendapat itu
peneguhan
mengulangi
positif
atau
tingkahlaku
yang
ganjaran,
mendatangkan kepuasan dan
ianya
diperhatikan
akan
tadi.
mendorong Sebaliknya,
pemerhati seseorang
pemerhati tidak akan mengulangi perlakuan yang ditiru sekiranya didenda atau ditegur.
5.6
Implikasi Teori Behavioris terhadap Proses Pembelajaran Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi
pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, tingkah laku kanank-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains sangat bergantung kepada pertalian antara peneguhan guru dan gerak balas kanak-kanak dalam bilik darjah.
Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak balas) dapat diingatkan. Implikasi Skinner dalam bilik darjah ialah pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, motivasi dan lain-lain; menggunakan prinsip penghapusan dalam bilik darjah; serta motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Bagi implikasi Behavioris pula adalah menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran; berikan peneguhan yang banyak ketika mewujudkan tingkah laku yang baru; serta menggalakkan pelajar berdamping situasi yang menakutkan sekiranya tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif. n egatif.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Soalan tutorial
1. Berdasarkan pengalaman diri anda, terangkan setakat mana teori behavioris ini dapat membantu anda dalam mengajar sains sekolah rendah. 2. Bincangkan persamaan dan perbezaan teori skinner dan teori Pavlov. 3. Terangkan bagaimana peneguhan samada positif atau negatif dapat mengukuh dan membentuk kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep sains.
Rujukan: Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.). Washington: Wadsworth Publishing Company.
https://www.msu.edu/~purcelll/behaviorism%20theory.htm (Behaviourist Learning Theory)
http://hagar.up.ac.za/catts/learner/2000/scheepers_md/projects/loo/theory/behavior.html (Behaviourist Learning Theory)
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
TOPIK 6
Teori Pembelajaran Ausubel
Sinopsis Topik ini memperkenalkan Teori Pembelajaran Ausubel. Anda akan belajar tentang pembelajaran deduktif dan ekspositori. Anda juga akan diperkenalkan konsep pembelajaran verbal dengan menggunakan penyusunan awal (advance organizers) . serta implikasi teori ini dalam mengajar sains sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran •
Menerangkan Teori Pembelajaran Ausubel .
•
Membezakan pembelajaran deduktif dan ekspositori.
•
Penggunaan Penyusunan Awal dalam pengajaran sains sekolah rendah.
Kerangka Tajuk-tajuk (Peta konsep)
Teori Pembelanjaran Ausubel
Pembelajaran deduktif/ ekspositori
Pembelajaran verbal dengan penyusunan awal
Implikasi Teori dalam pengajaran sains sekolah rendah
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
6.1
Teori Pembelajaran Ausubel David
Ausubel
adalah
seorang
ahli
psikologi
pendidikan.
Teori
pembelajaran Ausubel merupakan salah satu teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam pembelajaran koperatif. Menurut Ausubel bahan subjek yang dipelajari kanak-kanak mestilah bermakna (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari sebelumnya.
Pembelajaran bermakna juga adalah satu proses pembelajaran yang mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran.
Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ini bererti bahan subjek itu mestilah sesuai dan relevan dengan struktur kognitif yang dimilikinya.
Selanjutnya Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis pembelajaran, iaitu pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan pembelajaran menghafal (rote learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Pembelajaran menghafal adalah tidak bermakna kerana kanak-kanak memperoleh pengetahuan baru tanpa mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif mereka. Seseorang kanak-kanak seharusnya belajar dengan menoganisasikan fenomena, pengalaman dan fakta-fakta baru ke dalam skemata yang telah dipelajari. Ausubel juga mendakwa bahawa faktor paling penting yang mempengaruhi pembelajaran adalah apa yang kanak-kanak telah mengetahui.
Oleh itu,
mengenalpasti pengetahuan sedia ada kanak-kanak adalah satu tugas yang penting sebelum guru memulakan sesuatu pengajaran.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
6.2
Pembelajaran Verbal dengan Penyusunan Awal Penyusunan Awal (Advance Organiz Orga nizers) ers) telah telah diperkenal diperkenalkan kan oleh oleh Ausubel Ausubel
untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optima berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. tersebut .
Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk ingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.
Ausubel
mementingkan
penyusunan
konsep
dalam
satu
bentuk
pengetahuan yang disusun secara hirarki iaitu dari konsep yang umum ke spesifik. Konsep tersebut adalah tersusun dan dikaitkan secara bermakna. Idea yang umum dalam subjek itu sepatutnya dipersembahkan dahulu dan dijelaskan secara terperinci dari segi butirannya.
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran verbal (lisan) bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
6.3
Pembelajaran Ekspositori/ Deduktif David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang menyatakan
bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan pembelajaran penemuan.
Model pembelajaran ini kadang-
kadang dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori atau deduktif.
Teori
pembelajaran
ekspositori
yang
dikemukakan
oleh
Ausubel
menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk
deduktif
daripada umum kepada kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh. Tugas guru ialah menyusun konsep dan prinsip untuk dipersembahkan kepada pelajar.
6.4
Implikasi Teori Ausubel untuk mengajar sains sekolah rendah Teori pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran sains sekolah rendah dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: •
Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran deduktif atau pengajaran pengajaran ekspositori kerana guru dapat dapat menyampaikan maklumat yang yang lengkap dalam susunan yang teratur supaya kanak-kanak dapat memahami keseluruhan konsep.
•
Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan kanak-kanak
mengingati semula konsep yang telah dipelajari
dan
mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
Soalan tutorial
1. Terangkan macamana anda dapat mengaplikasikan teori Ausubel untuk mengajar satu tajuk sains sekolah rendah. 2. Bandingkan kelebihan dan kelemahan Teori Ausubel dan Teori Bruner dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.
Rujukan: Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th Edition).Washington: Wadsworth Publishing Company.
http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/2.10.html (Ausubel Meaningful Learning Model)
http://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Advance_organizers (Advance organisers)
http://www.hsc.csu.edu.au/pro_dev/teaching_online/how_we_learn/cognitive.html (Cognitive Learning Theories)