OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
1. “Autoriti “Autoriti karismatik karismatik ialah ialah kuasa disahkan kerana pemegang pemegang kuasa itu itu mempunyai mempunyai ciri – ciri peribadi yang luar biasa yang meletakkan di atas orang – orang biasa yang lainnya”. Kenal pasti DUA orang pemimpin dunia moden yang dianggap karismatik dan jelaskan mengenai ciri – ciri karismatik yang terdapat pada diri mereka serta buat perbandingan daripada segi corak pemerintahan dan juga elemen – elemen tradisi lain yang mereka miliki. PENGENALAN
Menurut modul OUM HBSS3303 Pengenalan Sains Politik, Karismatik bermaksud ‘Kuasa yang disahkan kerana pemegang kuasa itu mempunyai ciri – ciri peribadi yang luar biasa, yang meletakkannya pada tahap yang lebih tinggi daripada orang – orang biasa yang lain’. Menurut Ghazali Mayudin di dalam buku Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia¹ pula menyatakan karismatik mempunyai teorinya sendiri. Kepimpinan disifatkan
sebagai suatu keupayaan atau kebolehan untuk mempengaruhi orang lain ke arah kejayaan pencapaian matlamat. Menurut beliau juga, teori kepimpinan kasirmatik yang unggul adalah daripada Robert J. House yang banyak menulis berkenaan kepimpinan kasrismatik. Menurut House, karismatik adalah dianggap sebagai gifted. Beliau mengatakan pemimpin – pemimpin yang berkarismatik mempunyai tingkatan – tingkatan kuasa rujukan yang amat tinggi dan sesetengah kuasa itu didapati daripada keperluan para pemimpin berkenaan untuk mempengaruhi orang lain serta dapat meninkatkan keyakinan diri serta kepercayaan teguh tentang kebenaran moral. Menurut beliau (House), setiap pemimpin karismatik perlu mempunyai ciri – ciri peribadi yang mampu memberi kesan atau memainkan peranan dalam menentukan kuat atau lemahnya sokongan pengikut terhadap pemimpin itu. Diantaranya ialah: 1. Keya Keyaki kina nan n diri diri yang yang ting tinggi gi.. 2. Dominasi 3. Wujud hubungan hubungan yang kuat antara antara peril perilaku aku atau atau moral pemimpin pemimpin dengan dengan kepercayaannya. _____________________________________________________________________________ _
1 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
¹ Tajuk Karismatik telah disusun oleh Wan Idros Wan Sulaiman di dalam buku ini. Beliau dari Jabatan Sains Politik UKM.
K. Ramanathan(1989) di dalam bukunya ‘Asas Sains Politik’ mendefinasikan karismatik sebagai sifat karisma ditujukan kepada seseorang yang mempunyai sifat – sifat personaliti seperti ketabahan peribadi, kebolehan berpidato dan sifat kepimpinan yang baik. Dia adalah seorang manusia biasa, tetapi diperlakukan atau dianggap seperti orang yang luar biasa atau mempunyai kuasa atau kualiti semula jadi yang istimewa. Terdapat ramai antara pemimpin dunia yang boleh disifatkan berkarismatik. Pemimpin ulung yang tidak boleh dipertikaikan kepimpinannya ialah tentunya Baginda Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya diikuti oleh para sahabat baginda. Namun di era pemimpin dunia moden juga terdapat pemimpim – pemimpin yang mempunyai ciri – ciri karismatik. Antaranya ialah seperti Adolf Hitler, Ahmad Sukarno, Mao Tze Tung, Gamal Abdul Nasser, Ayatollah Khomeini dan mantan perdana menteri kita iaitu Tun Mahathir Muhammad. Menyentuh mengenai tugasan Kajian Sosial kali ini, pemimpin berkarismatik yang dipilih oleh saya pertamanya ialah Allahyarham Ayatollah Khomenie. Melalui bukunya, Syed Jaffar Al-Sagoff(1989) ‘Ayatollah Khomene’i – Biografi’ ada menyatakan bahawa Ayatollah Khomene’i adalah seorang yang bijak berpidato serta amat mendalam ilmu agamanya. Beliau juga menjadi simbol sejagat bagi kecintaan kepada kemerdekaan dan kebebasan dari perhambaan. Beliau juga merupkan Pemimpin Revolusi Islam moden serta Pengasas negara Islam Iran.
Gambar 1.1 : Ayatollah Khomeini Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini 2 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
Menurut Wikipedian di laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini menyatakan Ruhollah dilahirkan dalam keluarga Ayatollah Seyyed Mostafa Musavi dan Hajieh Agha Khanum di pekan Khomein, Khomein, 300 km dari bandar Tehran bandar Tehran.. Kelahiran beliau sama ada pada 17 Mei, Mei, 1900 atau 24 September 1902 September 1902.. Beliau digelar sayyid dan sayyid dan juga didakwa merupakan keturunan nabi Muhammad SAW menerusi keturunan Imam Mousa Kazem. Kazem. Datuk sebelah bapa beliau, Seyyed Ahmad Musavi Hindi dilahirkan di Kintur, sebuah kampung di Wilayah Barabanki, Uttar Pradesh, Pradesh, India. India. Beliau berhijrah ke Iran pada tahun 1834 dan membeli sebuah rumah di Khomein pada tahun 1838. Datuk sebelah ibu Khomeini pula ialah Mirza Ahmad Mojtahed-e Khonsari, seorang ulama dari Iran Tengah. Beliaulah yang mengharamkan orang Islam untuk menggunakan tembakau berikutan pemberian monopoli perdagangan tembakau oleh Shah kepada syarikat Inggeris. Ini merupakan titik permulaan penglibatan ulama dalam politik Iran. Di usia muda, Ayatollah tidak aktif berpolitik namun melalui kajian dan tulisan buku beliau banyak menyatakan serta membuktikan bahawa golongan ulama haruslah melibatkan diri di dalam arena politik. Ketika pemerintahan Shah Reza Pahlavi, golongan ulama ditindas melalui sistem yang diperkenalkan. Ayatollah telah mengkritik pemerintah Iran pad a mas itu lalu beliau telah di buang megeri. Ketika di buang negeri di Iraq, beliau banyak memberi ceramah malah menulis buku Hokumat-e Islami yang menjadi asas kep ada Republik Iran. Setelah berlakunya Revolusi Iran dan kejatuhan pemerintah Shah Mohammad Reza, Ayatollah Khomeini pulang ke Iran dan disambut meriah oleh penduduk Iran. Seterusnya bermulalah pembentukan Republik Islam di Iran yang amat digeruni oleh negara Barat sehingga ke hari ini. Antara sifat – sifat karismatik yang terdapat pada Al marhum Ayatollah Khomeini ialah pertamanya kedalam ilmu agamanya yang mana melalui ceramah dan penulisan bukunya banyak menyentuh hal keagamaan yang boleh dimasukkan kedalam politik dan sistem pemerintahan. Keduanya, ketika beliau pulang semula ke Iran, waktu itu keadaan di Iran terpecah kepada dua namun dengan kepandaian beliau, satu referendum telah di usul dan dipersetujui oleh 98% rakyat Iran lalu terbentuk Republik Islam Iran serta menutup mulut Barat yang menyatakan Iran akan hancur. Kelantangannya terhadap Barat serta kehebatan berpidato menjadikan beliau seorang yang sangat berkasimatik sehingga mampu menyatukan Iran daripada berpecah.Walaupun beliau telah meninggal dunia namun jasanya terus berkembang serta menakutkan musuh – musuh Islam
3 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
di seluruh dunia. Kelancaran pelantikan penggantinya menjadikan satu tanda muktamad pada sebuah kestabilan yang wujud pada sistem politik Iran. Pemimpin kedua pada pendapat saya ialah mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Muhammad. Tun Mahathir dilahirkan pada 20 Disember 1925 adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Bermula daripada dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1974 oleh Tun Abdul Razak, tokoh kepimpinan beliau mula terserlah dan pada tahun 1981, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Semenjak itu bermulalah empayar beliau membangunkan Malaysia di mata dunia.
Gambar 1.2 : Tun Dr. Mahathir Maha thir Mohammad Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad Sifat Karismatik beliau amat terserlah dengan dianggap sebagai seorang tokoh pemimpin antarabangsa yang suka berterus terang dan lantang menyarakan pendapatnya. Pendirian beliau terhadap isu antartika amat dikagumi dunia. Isu – isu dunia seperti penindasan Palestine, Kesalah anggapan terhadap Islam, isu penindasan barat terhadap ekonomi Asia sering diutarakan beliau. Selain itu, visi beliau amat jelas ketika memegang tampuk pemerintahan Malaysia dengan berjaya membangunkan Malaysia di kenali seluruh dunia. Projek meganya mendapat tempat di dunia seperti Projek Kereta Nasional(PROTON), Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kuala Lumpur International Airways (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Kehebatan beliau juga terserlah dengan kemampuan berhujah dan berpidato. Hujah – hujah beliau penuh misi dan pandangan yang jauh ke depan. Kehebatan beliau menangani krisis kewangan pada 1998 telah berjaya menyelamatkan Malaysia dari terjerumus lebih teruk. Malah 4 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
beliau dianggap antara 50 pemimpin Asia yang berkuasa pada masa itu dan berada di tempat kedua. Sehingga kini misi beliau pada akan datang terus diterjemahkan pada Wawasan 2020. Dua puluh dua tahun, bukan satu tempoh yang singkat namun Tun Mahathir terus menempa nama dengan segala perancangan dan kekuatan beliau sebagai seorang yang begitu berkarisma menerajui Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada suatu hari nanti. Walaupun beliau sudah bersara, namun pendapat dan pandangan beliau seringkali di ambil kira. Kesimpulan
Dirumuskan di sini bahawa tidak ramai pemimpin du nia yang mempunyai sifat karismatik. Sesungguhnya, sifat karismatik adalah anugerah Tuhan k epada seseorang. Seperti Al marhum Ayatollah Khomeini yang daripada seorang ulama namun berjaya di mata dunia sebagai seorang pemimpin politik yang disegani. Tulisan dan ceramah beliau mampu membangkitkan semangat terutama umat Islam untuk bersatu padu serta menangkis pandangan serong Barat pada ketika itu. Pendapat beliau bahawa para ulama seharus melibatkan diri dalam politik amat tepat sekali. Dengan agama kita boleh menjadikan politik itu bersih. Tun Mahathir pula amat berkarismatik dengan kemampuan berhujah serta mempunyai pandangan yang jauh kehadapan. Kemapuan beliau meneraju Malaysia tidak dapat diperikaikan. Malaysia kini terkenal di mata dunia adalah hasil perancangan dan misi beliau. Malah beliau juga digelar ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana membentuk Malaysia untuk menjadi negara maju dan moden. Dari segi persamaan, kedua –dua pemimpin ini adalah pemimpin berjiwa rakyat, bijak berhujah serta lantang mempersoalkan ketidakadilan yang berlaku. Mengamalkan sistem demokrasi yang terpimpin ketika pemerintahan mereka malah jasa mereka telah menjadikan negara mereka aman damai sehingga sekarang.
5 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
1. Malaysia Malaysia adalah sebuah negara mengamalkan mengamalkan sistem demokrasi demokrasi berparlimen berparlimen dan raja berpelembagaan. Berikan contoh sebuah negara lain yang turut mengamalkan sistem demokrasi. Sediakan satu laporan dengan membincangkan persamaan dan perbezaan yang wujud di kedua – dua buah negara ini dari aspek pemerintahan, pentadbiran dan perundangan. PENGENALAN
Terdapat lebih 33 buah negara di dunia yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Antaranya Malaysia, United Kingdom, Jepun, Belgium, Monaco dan sebagainya. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan). ). Untuk soalan ini, saya memilih Kerajaan Negara Thai untuk dibuat perbandingan dengan Kerajaan Malaysia. Menurut Laman Wikipedia Bahasa Melayu (http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand (http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand), ), Kerajaan Negara Thai atau nama rasminya Pratthet rasminya Pratthet Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali sebagai Siam sehingga 1949. ‘Thai’ bermaksud ‘bebas’ dalam bahasa Thai. Ia merupakan negara ke-51 terbesar di dunia serta mempunyai anggaran penduduk seramai 63 juta orang yang mana 95% daripada populasi tersebut beragama Budha. Rajanya sekarang ialah Raja Bhumibol Adulyadej dan Perdana Menterinya pula ialah Abhisit Vejjajiva. Bentuk kerajaan sering berubah – ubah dari diktator ke demokrasi namun tetap mengiktiraf Raja sebagai ku asa mutlak.
6 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
Laporan Persamaan dari segi Pemerintahan
Malaysia •
•
•
•
Thailand
Mengamalkan sistem kerajaan
•
demokrasi perparlimen berlandaskan
demokrasi berparlimen berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan 1997 (Perlembagaan
Yang Dipertuan Agong sebagai ketua
Rakyat.
agama rasmi (Islam).
•
Raja sebagai ketua rasmi (Budha).
Yang Dipertuan Agong sebagai ketua
•
Raja sebagai ketua ketenteraan.
ketenteraan.
•
Seorang Perdana Menteri – Abhisit
Seorang Perdana Menteri – Datuk Seri
Vejjajiva.
Najib Tun Abdul Razak. •
•
Mengamalkan pilihanraya umum untuk •
Dikuasai oleh Parti yang memenangi
•
Dikuasai oleh Parti yang memenangi majoriti kerusi dalam Pilihanraya.
majoriti kerusi dalam Pilihanraya
•
Mengamalkan pilihanraya umum untuk memilih parti memerintah.
memilih parti memerintah. •
Mengamalkan sistem kerajaan
•
Mengamalkan Doktrin Pengasingan
Umum.
Kuasa.
Mengamalkan Doktrin Pengasingan
–
Eksekutif
Kuasa.
–
Peru Perund ndan anga gan n (Leg (Legis isla lati tif) f)
–
Eksekutif
–
Kehakiman
–
Peru Perund ndan anga gan n (Leg (Legis isla lati tif) f)
–
Kehakiman
•
Mengamalkan Sistem Westminster
7 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
Mengamalkan Sistem Westminster
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
Persamaan dari segi Pentadbiran
Malaysia
Thailand
•
Diketuai oleh Perdana Menteri.
•
Diketuai oleh Perdana Menteri.
•
25 Kementerian
•
35 Kementerian.
•
Bahasa Melayu sebagai bahasa
•
Bahasa Thai sebagai bahasa
kebangsaan. •
kebangsaan.
Sistem persekolah percuma kepada
•
rakyat.
Sistem persekolah percuma kepada rakyat.
•
Kuala Lumpur sebagai ibu negeri.
•
Bangkok sebagai ibu negeri.
•
Mempunyai Dewan Rakyat.
•
Mempunyai Dewan Rakyat.
Persamaan dari segi Perundangan
Malaysia •
Diuruskan oleh badan Kehakiman.
•
Mempunyai 3 Mahkamah.
•
Thailand •
Diuruskan oleh badan Kehakiman. (Judiciary of Thailand).
–
Mahkamah Ag Agung
–
Mahkamah Ti Tinggi
–
Mahk Mahkam amah ah Kead Keadiilan
–
Mahkamah Re Rendah
–
Mahk Mahkam amah ah Pent Pentad adbi bira ran n
–
Mahk Mahkam amah ah Perl Perlem emba baga gaan an
•
Undang – undang dikuatkuasa oleh pihak Polis Di Raja Malaysia.
•
Mempunyai 3 Mahkamah.
Undang – undang dikuatkuasa oleh Polis.
8 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
Perbezaan: Perbezaan dari segi Pemerintahan
Malaysia •
Thailand
Yang DiPertuan Agong dilantik secara bergilir mengikut negeri yang
•
•
Raja dilantik secara turun temurun.
•
Bentuk kerajaan sering berubah – ubah.
mempunyai sultan atau raja setiap lima
Mengalami 17 perlembagaan dan
tahun.
piagam. Demokrasi dan diktator.
Mengamalkan demokrasi berparlimen
•
semenjak merdeka pada 1957 di bawah
Tidak pernah dijajah. Mengamalkan dasar berkecuali dan terbuka.
satu Perlembagaan. •
Pernah dijajah oleh Barat dan Jepun.
Perbezaan dari segi Pentadbiran
Malaysia •
Thailand
Mempunyai Dewan Negara dan Dewan
•
Rakyat. •
•
Mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Senat.
Dewan Negara mempunyai 30 orang
•
Dewan Rakyat mempunyai 500 kerusi.
ahli.
•
Senat mempunyai 200 kerusi.
Dewan Rakyat mempunyai 222 orang
•
35 Kementerian.
Wakil rakyat.
•
76 buah daerah (provinsi) yang
•
25 Kementerian.
dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:
•
3 peringkat sistem pentadbiran.
–
Utara
–
Persekutuan
–
Timur laut
–
Negeri
–
Timur
–
Ker Kerajaa ajaan n Tem Tempata patan n
–
Tengah
–
Selatan
•
Terdapat 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan.
•
•
Pusat pentadbiran terletak di Putrajaya
‘Government House of Thailand’ 9
AZMAN BIN SALLEH 750312025163
Pusat pentadbiran terletak di
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
•
Pernah diperintah oleh Junta Tentera melalui rampasan kuasa (2006)
Perbezaan dari segi Perundangan
Malaysia
Thailand
•
Mahkamah Agung
•
Mahkamah Keadilan
•
Mahkamah Tinggi
•
Mahkamah Pentadbiran
•
Mahkamah Rendah
•
Mahkamah Perlembagaan
•
Mempunyai Mahkamah Syariah
•
Badan Perundangan lebih merujuk
berlandaskan agama Islam.
kepada undang – undang HinduBrahmin. •
Seringkali dikritik kerana undang – undang yang diguna dan diamalkan tidak telus.
BAHAN RUJUKAN: 1) http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_Thailand 2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia 3) http://www.malaysiakini.com/news/101993 4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand 5) http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan
6) HBSS1203 HBSS1203 Halatuju Halatuju Pembangunan Pembangunan Negara Negara – Open Univers University ity Malaysia Malaysia 7) HBSS3303 HBSS3303 Pengenalan Pengenalan Sains Sains Politi Politik k – Open Universit University y Malaysia Malaysia 8) Sejarah Thai – Zaman Bangkok oleh Kobkua Suwannathat – Pian
9) Asas Asas Sains Sains Polit Politik ik oleh oleh K. Ramanat Ramanathan han 10) Perbandingan Sistem Politik Politik – Drs. Mochtar Mas’oed Mas’oed dan Dr. Colin MacAndrews
10 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
RUMUSAN
Dapat dirumuskan keseluruhannya, melalui tugasan Kajian Sosial kali ini telah banyak memberi input dan pengetahuan yang baru kepada saya. Sesungguhnya perlu kita ketahui bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan dihormati. Pemimpin yang berjaya biasanya mempunyai sifat karismatik yang tinggi di mana mereka mampu menarik pengaruh orang biasa untuk terus menyokong dan memujua mereka. Di zaman moden ini terdapat ramai pemimpin yang berkarismatik namun dua p ilihan saya di dalam tugasan ini ialah Ayatollah Khomeini d an mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir Mohammad. Kenapa saya memilih mereka? Bagi saya Almarhom Ayatollah adalah seorang yang hebat. Setelah membaca biografi beliau, saya amat kagum dengan kemampuan beliau sebagai seorang ulama biasa mampu menulis berkaitan politik malam dapat menyatu padukan rakyat Iran yang berpecah belah di bawah satu naungan iaitu Islam. Beliau juga menepis pandangan serong barat serta menutup mulut mereka dengan kejayaan Iran sebagai sebuah negara Islam yang amat ditakuti barat sehingga kini. Tokoh kedua iaitu Tun Mahatir Mohamad tidak dapar dinafikan sifat karismatik beliau di mana beliau mampu meneraju Malaysia selama 22 tahun dengan penuh misi dan visinya. Melalui pemikiran beliau yang mampu menyelamatkan Malaysia terjerumus dalam krisis kewangan serta projek – projek meganya telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Bersuara lantang pada peringkat antarabangsa berjaya mengiktiraf beliau sebagai serang pemimpin yang disegani. Seterusnya, melalui soalan kedua, terdapat hampir 33 buah negara yang mengamalkan demokrasi berparliman dan raja berpelembagaan. Saya memilih Thailand kerana kesesuiaan bersempadan dengan Malaysia malah dapat memberi pengetahuan kepada saya berkaitan dengan negeri Thailand ini. Walaupun pada dasarnya sama sebagai sebuag negara yang mengamalkan demokrasi namun terdapat juga jurang perbezaan yang nyata antara Malaysia dan Thailad. Budaya politik yang berbeza serta amalan yang berlainan membawa kepada ketidaksamaan antara kedua negara ini. Dari sudut pemerintahan, negara Malaysia lebih mudah kerana keluasan lebih kecil berbanding Thailand. Raja di Thailand diwarisi secara turun temurun berbanding di Malaysia yang mengamalkan sistem penggiliran untuk lantikan Yang Di Pertuan Agong. Sistem pemerintahan kita lebih makmur berbanding Thailand yang kini sedak bergolak dengan suara parti Taksin Shinawatra yang memaksa Parti Demokrat pimpinan Abshisit meletak jawatan. Di 11 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
Malaysia lebih aman di mana Barisan Nasional lebih menguasai kelebihan kerusi di Parlimen. Badan perundangan Thailand juga sering dikritik negara luar kerana tidak telus serta tidak dapat membendung jenayah terutama kegiatan dadah dan pelacuran bawah umur. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur dengan keadaan yang aman dalam negeri kita. Sesungguhnya kita rakyat Malaysia mengetahui bahawa demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik dan masih mengekalkan hak – hak yang sama pada setiap orang. Pengekalan sistem ini amat penting untuk menjamin kejayaan sesebuah negara samada kepada pemerintah dan kepada yang diperintah.
BIBLIOGRAFI
Drs. Mochtar Mas’oed dan Dr Colin MacAndrews (1982), Perbandingan Sistem politik , Gadjah 12 AZMAN BIN SALLEH 750312025163
OUM HBSS3303 PENGENALAN SAINS POLITIK
Mada University Press, Yogyakarta Indonesia. Ghazali Mayudin (1999), Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia. XZ Print. Selangor. K. Ramanathan (1989), Asas Sains Politik , edisi ketiga, Fajar Bakti Sd. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Kobkua Suwannthat-Pian (1991), Sejarah THAI – Zaman Bangkok . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Open University Malaysia (2007), HBSS 1203 Halatuju Pembangunan Negara. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor. Open University Malaysia (2008), HBSS HBSS3303 Pengenalan Sains Politik. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor. Syed Jaffar Al – Sagoff (1989), Ayatollah Khomeini – Biografi. Penerbitan Universiti. Kuala Lumpur. Wikipedia, Ruhollah Khomeini , Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruhollah_Khomeini Wikipedia, Thailand , Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand Wikipedia, Government of Thailand , Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://en.wikipedia.org/wiki/Government_of_Thailand Wikipedia, Malaysia, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia Wikipedia, Mahathir Bin Mohamad , Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohammad Wikipedia, Raja Berpelembagaan, Diperolehi pada 29 Jun 2009 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan
13 AZMAN BIN SALLEH 750312025163