BAB 1 PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan Pelajar universiti sering terdedah dengan beberapa pengaruh negatif pada masa kini. Antaranya pengaruh media massa, ledakan teknologi maklumat dan gejala negatif yang lain. Jika pelajar tidak mempunyai ketahanan
diri,
pengaruh
ini
mampu
menyebabkan
masalah
kemerosotan amalan nilai-nilai keislaman di kalangan pelajar sekaligus terlibat dengan tingkah laku devian (Ab. Rahman Mahmud & Amidin Zin, 1995). Kepentingan terhadap penghayatan nilai-nilai Islam merupakan satu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang sepertimana yang dinyatakan secara jelas di dalam cabaran Wawasan 2020 sebagai salah satu elemen utama iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhya, yang rakyatnya kuat beragama dan nilai kerohanian serta disemai dengan nilai etika paling tinggi. Dalam konteks sosial, akhlak merupakan sendi atau cabang yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat sehingga mampu menjamin kewujudan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan
dalam
masyarakat
tersebut.
Keruntuhan
dalam
penghayatan nilai akhlak Islam di kalangan pelajar-pelajar universiti menjadi satu ancaman kepada kelangsungan masa hadapan negara kerana mahasiswa universiti merupakan golongan yang bakal mencorak identiti negara pada masa hadapan (Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri, 2005). Ini jelas dapat dibuktikan apabila para pengkaji kemasyarakatan barat sendiripun menyedari akan sendi-sendi kelemahan ini dan membuat kesimpulan terhadap keperluan ataupun kepentingan untuk kembali kepada
unsur-unsur
pemurnian
akhlak
terutama
sekali
melalui
penghayatan nilai keagamaan. Namun begitu, realiti ataupun situasi semasa menunjukkan petanda mengenai jurang yang semakin melebar di antara idealism kepentingan akhlak dengan kemelut sosial di kalangan pelajar universiti. Nilai ataupun akhlak dari segi istilah membawa pengertian iaitu perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan apabila ia dilakukan tanpa perlu lagi berfikir panjang, ataupun tingkah laku yang sekian lama diamalkan dan diterima oleh semua golongan masyarakat sebagai sebahagian daripada norma-norma atau nilai cara hidup. Perkaraperkara yang dilakukan sekiranya bertentangan dengan norma-norma yang menjadi kebiasaan cara hidup masyarakat dianggap sebagai tingkah laku devian yang melencong ataupun songsang daripada nilai sebenar yang diterima oleh masyarakat keseluruhannya. Akhlak ataupun nilai itu perlu dipelajari dan dihayati agar dapat diketahui mana sifat yang baik dan buruk serta mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak harus dikerjakan. Nilai dalam Islam ialah sikap keperibadian yang mampu melahirkan perbuatan ataupun tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk 2
lain sesuai dengan ajaran dan larangan serta petunjuk daripada Al-Quran dan hadis (Rohayati Derani, 2004). Menurut Azhar Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2005) menyatakan selain daripada statistik ataupun angka-angka penglibatan pelajar universiti di dalam tingkah laku devian seperti aktiviti jenayah yang semakin bertambah setiap tahun, kebimbangan terhadap gejala sosial ini semakin menular di kalangan pelajar-pelajar beragama Islam. Ini seolah-olah memberi
gambaran
tentang
kemerosotan
penghayatan
nilai-nilai
keislaman yang sedang dialami oleh umat Islam di negara ini. Dalam konteks negara kita, fungsi atau peranan yang paling jelas dimainkan oleh pendidikan dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu meluaskan pengetahuan dan kemahiran tertentu, alat perpaduan, membentuk moral serta perkembangan individu dan yang terakhir menyediakan masyarakat untuk masa depan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
jelas
menunjukkan
bahawa
matlamat
pendidikan negara adalah untuk melahirkan insan yang berpengetahuan dan mempunyai personaliti ataupun akhlak yang sempurna (Siaw Yan Li, 2005). Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan: “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. 3
Keterlibatan pelajar-pelajar universiti beragama Islam dalam tingkah laku devian menyebabkan mereka mengalami kemerosotan dari segi pencapaian akademiknya sekaligus membawa pandangan serong masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Akibat daripada kurangnya penghayatan terhadap nilai-nilai Islam di kalangan pelajar universiti menyebabkan mereka gagal untuk menempatkan diri di pasaran kerja berdasarkan keputusan akademik yang lemah. Ini sekaligus membawa kepada kecelakaan kepada perkembangan ketamadunan Islam di masa hadapan dan kita kekal menjadi pengguna setia kepada barangan yang dikeluarkan oleh bangsa lain. Meskipun tidak semua tingkah laku devian mempengaruhi pencapaian pelajar universiti namun tidak dinafikan ia mampu untuk memberikan kesan yang mendalam kepada pembentukan sahsiah pelajar Islam yang berpengetahuan dan berakhlak mulia. Keseimbangan ini merupakan nadi kejayaan pelajar Islam serta ketamadunannya (Sidek Baba, 2009). Permasalahan pelajar-pelajar yang kurang menghayati nilai Islam seringkali mudah terdedah kepada perlakuan devian yang amat dahsyat seperti gejala seks luar nikah. Perkara ini bukanlah asing lagi di kalangan pelajar universiti di negara kita kerana kita sering didedahkan dengan berita ataupun liputan daripada media cetak dan elektronik berkaitan masalah pembuangan bayi, tangkapan khalwat pelajar universiti, seks tanpa nikah dan sebagainya. Ini berkutan daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak menitikberatkan nilai-nilai Islam dalam perhubungan berlainan jantina. Islam menjelaskan di dalam Al-Quran berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan dengan begitu terperinci (Norazlina Sugiman, 2008). Secara semulajadinya fitrah manusia tertarik pada jantina yang berlainan jenis. Justeru Islam telah menggariskan tatacara
perhubungan
yang
benar
dalam
perhubungan
dan
mengingatkan bahawa pergaulan tanpa batasan adalah jelas haram 4
sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al- Isra’, 17:32 iaitu “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu perbuatan yang buruk”.
Walaupun pelbagai kaedah ataupun jalan penyelesaian telah dilakukan oleh kerajaan namun masalah gejala sosial yang melanda pelajar institusi pengajian tinggi semakin hari semakin membimbangkan dan masih terus berlaku. Pelbagai gejala sosial serta aktiviti yang dianggap menyimpang dari norma-norma dan nilai-nilai masyarakat berlaku di kalangan golongan pelajar universiti yang dianggap sebagai cerdik pandai oleh masyarakat. Pada peringkat pelajar, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial dan terdedah kepada persekitaran yang asing bagi pelajar (Wan Su Hj. Haron, 2006). Peranan media juga tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi pelajar untuk cenderung melakukan tingkah laku devian. Perkembangan teknologi maklumat yang pesat pada ketika ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai time of arrival of the Information Highway.
Menurut Naisbitt (1990) menyatakan di alaf baru ini ledakan informasi dianggap faktor penentu dalam mencapai kemajuan dan menguasai dunia. Namun persoalan yang timbul adalah sejauhmanakah umat Islam bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran moden dalam ledakan teknologi media terkini dalam kehidupan mereka. Perkembangan media terkini sudah pasti akan meninggalkan kesan yang cukup besar dalam kehidupan
umat
Islam
pada
masa
kini
dan
masa
hadapan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan media terkini berupa media cetak mahupun media elektronik akan mengundang kepada perubahan besar dalam kehidupan masyarakat. Di sebalik perubahan-perubahan ataupun kemajuan teknologi media terkini ia 5
sedikit sebanyak telah menjejaskan pembentukan dan pengekalan identiti umat Islam khususnya di kalangan para pelajar. Ini kerana golongan pelajar merupakan golongan pengguna media alternatif iaitu internet yang paling ramai. Umat Islam khususnya mempunyai sebab musabab yang kukuh untuk merasa bimbang dengan kewujudan media alternatif lantaran ia mampu membuka ruang seluas-luasnya terhadap tahap kebolehcapaian para pelajar terhadap maklumat tanpa kawalan. Keadaan ini sama sekali mampu mendedahkan para pelajar terutamanya pelajar yang beragama Islam terutamanya kepada bahan-bahan berbentuk kelucahan melampau yang sudah tentu mampu menarik para pelajar untuk cenderung melakukan tingkah laku devian seperti menonton video lucah, terlibat dalam perlakuan asmara yang akan merosakkan jiwa pelajar beragama Islam. Pendedahan terhadap cakera padat lucah akibat penjualan yang secara
berleluasa
di
pasaran
merupakan
faktor
utama
yang
menyebabkan para pelajar cenderung untuk terdedah kepada kegiatan seks luar nikah (Naisbitt, 1990). Selain itu juga kemasukan filem-filem dari Barat seperti Hollywood memberi gambaran tentang suatu kenyataan yang bakal dihadapi oleh umat Islam pada alaf ini iaitu penjajahan budaya atau cultural imperialism. Pelajar-pelajar begitu menjulang-julang filem-filem tersebut meskipun kadangkala terselit adengan yang bercanggah dengan nilainilai Islam dan norma masyarakat Malaysia. Senikata berbaur kasar yang ditonton melalui filem-filem Barat sering menjadi ikutan para pelajar pada masa kini. Realiti bahawa filem-filem Barat telah sekian lama dijadikan medium atau alat penjajahan Barat dan ia sewajarnya diakui dan difahami serta dijadikan ingatan oleh umat Islam (Siti Aisyah Panatik,
6
2001). Sarjana Barat yang bernama J, Collins sendiri mengakui akan sifat filem Barat dalam kenyataannya yang menyifatkan bahawa: “It is for this reason that a medium like cinema is a powerful instrument in projecting the dominant culture of the global civilization. Hollywood films have had for the last two or three decades the reputation of being the strongest advocates and exemplars of a centralized, homogenous American culture”.
Implikasi
media
terhadap
identiti
Islam
amatlah
jelas
bahawa
perkembangan teknologi media terkini mempunyai kesan jangka panjang. Meskipun niat asal peranan media adalah untuk kebaikan manusia sejagat tetapi tidak berbaloi jika harga kemajuan itu dibayar dengan mengorbankan nilai kemanusiaan apatah lagi nilai keislaman yang merupakan tonggak yang utama dalam diri umat Islam (Akbar S. Ahmed, 1992). Kehidupan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengalami satu proses sosialisasi yang mampu diserap dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswa. Mereka juga mempunyai tanggungjawab dalam pelbagai aspek sebagai mahasiswa universiti seperti memilih rakan, membina hubungan intim dengan rakan berlainan jantina, mengurus kewangan dan sebagainya. Para pelajar yang mempunyai pertautan kekeluargaan yang rapuh sebelum memasuki alam universiti lebih cenderung untuk menjadikan rakan-rakan sebagai tempat untuk meluahkan segala permasalahan. Pada peringkat inilah pengaruh rakan sebaya mula kelihatan (Zainuddin Abu, Zuria Mahmud & Salleh Amat, 2008). Bagi pelajar universiti yang mempunyai latar belakang keluarga bermasalah mampu menyumbang kepada kegagalan mereka menangani tingkah laku devian di kalangan remaja. Remaja yang mempunyai perkembangan kendiri yang rendah 7
sentiasa merasakan dirinya tidak mampu membina persahabatan dan sering kecewa dalam pergaulan sehingga mereka menjadi kesunyian dan murung. Pelajar sebeginilah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk
bertemu
dengan
rakan
sebaya
yang
bermasalah
yang
kemudiannya membawa kepada punca atau faktor penarik untuk terlibat dalam gejala sosial (Bartholomew, K & Horowitz, L.M., 1991). Kekecewaan terhadap keluarga atau persekitaran menjadi penyumbang kepada tingkah laku devian di kalangan pelajar universiti bagi tujuan mencapai maksud untuk meluahkan perasaan (Nor Ba’yah Abdul Kadir, 2004). Keperluan untuk disayangi menyebabkan para pelajar risau ditinggalkan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kasih sayang atau penerimaan daripada rakan-rakan. 1.2
Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada penglibatan begitu ramai pelajar yang beragama Islam dalam menyumbang kepada tingkah laku devian sedangkan Islam itu sendiri begitu menitikberatkan umatnya untuk berakhlak mulia dan terpuji serta keimanan yang tinggi. Peranan akhlak ataupun penghayatan terhadap nilai-nilai keislaman dalam membentuk ataupun menentukan sahsiah seseorang pelajar sama sekali tidak boleh dinafikan lagi akan kepentingannya. Proses pembentukannya adalah selaras dengan perkembangan jiwa
seseorang itu. Ini kerana pelajar
pada hari ini dilihat begitu lemah tahap penghayatannya terhadap nilainilai keagamaan. Mereka juga sering dilihat menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti berbentuk keagamaan sebaliknya cenderung ke arah perkara-perkara yang berbentuk hiburan yang menyeronokan. Adalah amat sukar untuk membentuk nilai ataupun akhlak yang baik akan tetapi setiap muslim itu mestilah berubah ataupun berhijrah ke arah membentuk kesempurnaan akhlak yang sesuai dengan landasan Islam. Ini berikutan para pelajar hari ini sedang melalui pelbagai kemelut sosial 8
yang amat hebat. Banyak pihak memperkatakan tentang permasalahan sosial golongan mahasiswa universiti pada hari ini. 1.3
Persoalan Kajian i)
Adakah terdapat perbezaan tingkah laku devian di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan?
ii)
Adakah terdapat perbezaan tingkah laku devian di kalangan pelajar berdasarkan tahun pengajian?
iii)
Adakah terdapat perbezaan penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar berdasarkan jantina?
iv)
Melihat faktor manakah yang mempunyai hubungan signifikan terhadap kecenderungan melakukan tingkah laku devian oleh pelajar?
v)
Apakah faktor yang mempengaruhi pelajar bertingkah laku devian?
1.4
Objektif Kajian Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk melihat beberapa faktor yang ada perkaitan terhadap tingkah laku devian yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti. Antara objektif kajian ini adalah seperti berikut: i)
Melihat perbezaan tingkah laku devian di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
ii)
Menilai perbezaan tingkah laku devian di kalangan pelajar berdasarkan tahun pengajian.
iii)
Mengenalpasti perbezaan tahap penghayatan nilai-nilai Islam di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
iv)
Melihat hubungan di antara tahap penghayatan nilai-nilai Islam,
9
peranan
media
dan
pengaruh
rakan
sebaya
dengan
kecenderungan melakukan tingkah laku devian. v)
Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap tingkah laku devian.
1.5
Hipotesis Kajian Hipotesis-hipotesis nol berikut telah dibentuk berdasarkan kepada objektif kajian: H1:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tingkah laku devian pelajar mengikut jantina.
H2:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tingkah laku devian pelajar berdasarkan tahun pengajian.
H3:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penghayatan nilai-nilai Islam di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
H4:
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penghayatan nilai-nilai Islam, peranan media dan pengaruh rakan terhadap tingkah laku devian.
H5:
Penghayatan nilai-nilai Islam, peranan media dan pengaruh rakan sebaya tidak mempengaruhi tingkah laku devian.
10
1.6
Skop Kajian Kajian ini dilakukan di Universiti Utara Malaysia di mana populasinya mencecah sehingga 20 ribu orang pelajar. Setiap pelajar di universiti ini ditempatkan berdasarkan kepada dewan penginapan tertentu iaitu Dewan Penginapan Bank Rakyat, SME Bank, MAS, TNB, Tradewind, Petronas, EON, Sime Darby, Telekom, Yayasan Al-Bukhari dan juga Dewan Penginapan Muamalat. Dalam kajian ini pelajar yang tinggal di luar kampus selain Bank Rakyat dan SME Bank adalah terkecuali daripada dijadikan sampel kajian.
1.7
Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan untuk meninjau serta mendapatkan maklumat berkenaan dengan tahap penghayatan pelajar terhadap nilai-nilai Islam serta sejauhmanakah tahap penghayatan terhadap nilai keislaman itu mampu membendung pelajar daripada melakukan tingkah laku devian. Kajian ini juga mampu memberi input kepada pihak pentadbiran universiti dalam mengenalpasti apakah tingkah laku devian yang sering dilakukan oleh pelajar dan tindakan pencegahan yang boleh diambil dalam mengatasi masalah ini. Pihak universiti juga boleh memikirkan tentang pengisian aktiviti keagamaan dan juga aktiviti yang mampu mengelakan pelajar daripada terpengaruh dengan anasir luar dan harus diterapkan dalam sukatan pelajaran agar pelajar yang dilahirkan bukan sahaja berilmu pengetahuan tinggi malahan berakhlak terpuji. Selain itu juga pihak universiti juga boleh melakukan pemantauan atau menyekat terhadap akses internet yang berunsurkan hiburan melampau yang boleh mempengaruhi pelajar untuk melakukan tingkah laku devian sekaligus merugikan masa depan pelajar berkenaan.
11
1.8
Kerangka Konseptual Di
dalam
kajian
ini
terdapat
tiga
faktor
utama
yang
mampu
mempengaruhi pelajar terhadap tingkah laku devian. Pembolehubah Bebas
Pembolehubah Terikat
Penghayatan NilaiNilai Islam
Peranan Media
Tingkah Laku Devian
Rakan Sebaya
Rajah 1.8.1: Diubahsuai daripada kajian yang dilakukan oleh Haron Abd. Ghani,1998).
Pembolehubah yang mempengaruhi atau memberi kesan kepada sesuatu pembolehubah lain dikatakan sebagai pembolehubah bebas. Dalam banyak keadaan pembolehubah bebas boleh dan sengaja dimanipulasi oleh penyelidik. Dengan cara ini ia dapat memberi kesan atau pengaruh yang berbeza-beza. Manakala pembolehubah terikat pula merujuk kepada sebarang pembolehubah yang dipengaruhi oleh pembolehubah bebas. Secara unggul keadaan ini menjadi minat penyelidik (Iran Herman, 2004). Dalam kajian ini pembolehubah bebas ialah keadaan penghayatan nilainilai Islam, peranan media dan juga pengaruh rakan. Ciri-ciri ini memberi pengaruh kepada tingkah laku devian di kalangan pelajar-pelajar. 12
Sebagai contoh sekiranya penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar lemah kemungkinan ia akan mempengaruhi pelajar untuk melakukan tingkah laku devian. 1.9
Teori Devian Teori-teori dalam perlakuan yang songsang atau devian dibahagikan kepada dua perspektif utama iaitu psikologi dan perspektif sosiologi. Perspektif psikologi mendapati seseorang individu itu tidak mampu untuk menahan atau mengelakan dirinya daripada melakukan tingkah laku yang mampu memuaskan dirinya tentang kehendaknya. Manakala perspektif sosiologi pula melihat kepada tingkah laku devian sebagai satu tingkahlaku jenayah yang melanggar norma-norma yang telah diikat oleh masyarakat. Menurut Gan Kong Meng (2007) menyatakan kawalan sosial pula merupakan satu pendekatan yang digunakan dalam sosiologi untuk mencegah atau memperbaiki tingkah laku devian. Kawalan sosial yang bersifat pematuhan pada norma-norma kebiasaan yang diterima masyarakat atau juga dipanggil komplians, ganjaran akan diberikan manakala untuk tingkah laku tidak bersifat pematuhan atau devian diberi hukuman. Bermakna dalam kawalan sosial ini terdapat isbat positif dan isbat negatif berdasarkan perlakuan individu tersebut. Kawalan sosial ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu kawalan sosial formal dan kawalan sosial yang tidak formal. Kawalan sosial tidak formal lebih kepada norma-norma atau nilai yang telah menjadi faktor pengikat dalam masyarakat dalam mengawal tingkah laku individu dalam masyarakat berkenaan manakala faktor formal merujuk kepada sesuatu yang telah dibentuk secara undang-undang (Gan Kong Meng, 2007). Daripada masalah-masalah tingkah laku devian pelajar, beberapa teori 13
yang ada hubungkaitnya telah dikemukakan oleh ahli-ahli sosiologi dan cuba mengaitkannya dengan jelas konsep sosiologi berkenaan salah laku pelajar, maka beberapa teori dikemukakan. 1.9.1 Teori Anomie Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas lagi tentang teori tingkah laku devian, ahli-ahli sosiologi telah menerangkan daripada
perspektif
fungsional
dan
perspektif
interaksi.
Berdasarkan perspektif fungsional tingkah laku devian yang berlaku dianggap berpunca daripada masyarakat itu sendiri. Teori utama daripada perspektif ini ialah Teori Anomie. Anomie berlaku apabila masyarakat atau sesuatu kumpulan orang tidak mendapat sesuatu yang diinginkan dan mereka akan mula melakukan aktiviti devian. Teori Anomie ini dikembangkan oleh Merton dengan menggunakan analogi Durkheim. Merton lebih menekankan dan memberi perhubungan antara tingkah laku dan organisasi sosial yang tersusun (Dubin, R., 1959). Anomie mempunyai hubungkait dengan pandangan berdasarkan ketidak susunan sosial. Anomie adalah perspektif am mengenai tingkah laku devian yang dapat menerangkan beberapa bentuk perlakuan
devian
yang
merangkumi
jenayah,
alkoholisme,
penagihan dadah dan juga kecelaruan mental. Menurut Merton, terdapat lima kumpulan orang yang devian. Mereka yang patuh tidak akan menjadi devian tetapi mematuhi kepada matlamat budaya untuk mencapai matlamat ini. Mereka yang inovatif ialah kelompok yang menerima objektif masyarakat tetapi ingin mencapainya dengan kaedah-kaedah devian.
14
Kumpulan ritualisme mungkin mencapai matlamatnya tetapi tidak tercapai
dan masih patuh pada norma-norma sosial. Manakala
kumpulan retreatisme ialah kumpulan yang menentang kedua-dua matlamat budaya dan cara-cara mencapainya. Kumpulan terakhir ialah penentang ataupun digelar rebellion iaitu kelompok yang tidak bersetuju dengan matlamat budaya dan cara-cara mencapainya. Kumpulan inovatif, retreatist dan penentang adalah kumpulan devian manakala kumpulan pematuh atau conformists dan ritualisme bukan devian (Cloward, R.A., 1959). 1.9.2 Teori Transmisi Kebudayaan Teori ini diperkenalkan oleh ahli sosiologi yang bernama Sunderland pada tahun 1983. Menurut teori ini ia melihat bagaimana tingkah laku devian itu mempunyai perkaitan dengan persekitaran masyarakatnya dan bagaimana individu berkenaan menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. Perlakuan devian boleh berlaku
terhadap
kelompok
individu
dalam
masyarakat
berdasarkan kepada bagaimana pendedahan mereka dalam pergaulan terhadap pengaruh baik dan buruk. 1.9.3 Teori Pembelajaran Sosial Teori ini telah diperkenalkan oleh Bandura dan Walton pada tahun 1963. Teori ini lebih menekankan kepada proses sosialisasi dan ia adalah sangat penting terhadap pembesaran anak-anak yang bermula dalam keluarga. Pengaruh keluarga dalam teori ini dilihat mampu mempengaruhi tingkah laku anak-anak pada masa depan. Kanak kanak yang dalam proses pembesaran lebih cenderung untuk
meniru
apa
saja
perlakuan
yang
dilihat
dalam
persekitarannya sama ada ianya positif atau negatif. Ibu bapa yang menunjukkan model perilaku yang baik dan teknik asuhan 15
yang sempurna terhadap anak-anak mereka mampu mengelakkan anak-anak daripada terjebak dalam perilaku yang songsang ataupun devian. Sekiranya anak-anak dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai gaya asuhan yang kasar, anak-anak kelak akan merasa dirinya tidak mendapat layanan yang sempurna dan cenderung untuk berdendam sekaligus menjerumuskan mereka dalam perilaku devian seperti bergaduh (Cohen, A.K., 1965). 1.9.4 Teori Sub Budaya Teori ini berkisarkan tentang kelompok individu dalam masyarakat yang membentuk budayanya sendiri yang terpisah daripada norma-norma masyarakat yang lain. Contoh seperti kumpulan remaja bermotor mereka mempunyai budaya mereka sendiri dan segala budaya yang ditetapkan oleh kumpulan berkenaan hanya diterima oleh kumpulan berkenaan sahaja. Contohnya fesyen pakaian, gaya pertuturan mereka yang mempunyai perkataan hanya difahami oleh kumpulan berkenaan sahaja serta nilai-nilai lain. Mungkin kelompok ini tidak melakukan tingkah laku devian tetapi berdasarkan daripada gaya atau fesyen berpakaian, gaya potongan rambut, pertuturan membuatkan masyarakat cenderung untuk melabelkan kumpulan ini sebagai pelaku devian. Mungkin kumpulan remaja bermotor ini hanya berkumpul sahaja dan mempunyai kelab motor berdaftar yang sah tetapi disebabkan oleh kelompok remaja bermotor lain terlibat dengan kegiatan lumba haram maka kelompok ini juga dilabelkan oleh masyarakat sebagai pelaku devian (Bustamante, J.A., 1972). 1.9.5 Teori Differential Association Dalam teori ini menyatakan bahawa tingkah laku devian itu boleh dipelajari daripada orang lain. Tingkah laku tersebut boleh 16
dipelajari melalui komunikasi dengan orang lain yang rapat di dalam sesuatu kumpulan secara berterusan dan mengalami perubahan secara beransur-ansur tingkah laku tersebut. Teori ini menurut Bartolas, C (1997) telah menggariskan beberapa pernyataan sebagai panduan iaitu tingkah laku devian bukanlah sesuatu
yang
diwarisi
tetapi
boleh
diperolehi
dengan
mempelajarinya. Selain itu juga tingkah laku devian adalah dipelajari melalui penglibatan aktif para pelajar dengan orang lain melalui proses komunikasi termasuklah secara pertuturan dan bukan pertuturan. Prinsip mempelajari tingkah laku devian berlaku antara ahli-ahli kumpulan yang rapat hubungannya antara individu. Hubungan ini akan memberi pengaruh yang kuat serta pengertian daripada hubungan ini lebih mempengaruhi golongan pelajar daripada komunikasi bentuk-bentuk yang lain seperti filem dan media lain. Seseorang itu menjadi devian disebabkan oleh lebih mendefinisi bersetuju melanggar undang-undang atau peraturan. Selain itu juga seseorang menjadi devian disebabkan penglibatan mereka dengan kumpulan dan rakan-rakan yang lebih devian daripada kumpulan rakan-rakan yang tidak devian. Kesan kumpulan atau rakan yang devian terhadap pelajar adalah bergantung kepada kekerapan hubungan sosial mereka dan kehebatan hubungan sosial yang berlaku. 1.10
Definisi Konsep Di dalam kajian ini terdapat beberapa faktor yang mampu mempengaruhi tingkah laku pelajar terhadap kecenderungan untuk bertingkah laku devian. Antara faktor-faktor tersebut ialah tahap penghayatan nilai-nilai
17
Islam di kalangan pelajar, peranan media dan juga pengaruh daripada rakan sebaya. 1.10.1
Penghayatan Nilai Islam Nilai
agama
boleh
diungkapkan
sebagai
suatu
ciri-ciri
kecenderungan dan penglibatan seseorang dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam yang merangkumi aktiviti peribadi dalam usahanya mumupuk nilai-nilai agama secara sendirian seperti membaca al-quran, mendengar radio dan menonton televisyen berkaitan hal-hal agama Islam atau secara berjemaah seperti menghadiri kuliah agama dan ceramah agama. Ia juga merangkumi komitmen seseorang dalam aktiviti agama seperti menjadi atau terlibat secara langsung dalam program-program keagamaan yang dianjurkan seperti menjadi ahli jawatankuasa bagi sesuatu pertubuhan sukarela yang ada hubungkaitnya dengan agama Islam atau terlibat dalam pelbagai projek keagamaan. Penghayatan agama keterlibatan seseorang dalam aktiviti keagamaan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu gelagat keagamaan berorganisasi yang berlaku dalam konteks institusi agama contohnya terlibat dalam aktiviti keagamaan yang dikelolakan oleh institusi agama, manakala gelagat keagamaan bukan berorganisasi lebih menjurus kepada aktiviti peribadi dalam beragama seperti membaca bahan-bahan berunsurkan agama, melakukan ibadat sunat, mendengar rancangan agama serta menonton program keagamaan (Kamil Md. Idris, 2002).
18
1.10.2
Media Media merupakan suatu alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk komunikasi massa seperti surat khabar, majalah atau televisyen dan juga melalui radio (Cik Nor Anita Fairus Ismail, 2010). Kemodenan media terkini membolehkan manusia berhubung tanpa adanya sempadan atau batasan negara. Ini kerana segala maklumat daripada luar negara dengan mudah mampu diketahui tanpa sekatan dan kawalan. Dengan adanya media terkini segala maklumat mampu disampaikan secara terus. Apa yang
menjadi
permasalahannya
ialah
sejauhmanakah
kesahihan maklumat yang diterima tersebut mampu ditafsir oleh individu atau masyarakat. Mahasiswa merupakan golongan yang paling rapat dengan dunia teknologi maklumat kerana kehidupan
seharian
mereka
adalah
berkisar
kepada
penggunaan komputer. Sejak kebelakangan ini wujud pelbagai laman sembang sosial yang menjadi minat dan kesukaan mahasiswa untuk turut sama melayarinya. Akses yang mudah terhadap laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberikan kesan negatif terhadap perkembangan minda dan tingkah laku mahasiswa. Ketagihan terhadap laman web lucah mencetuskan keruntuhan maruah, nilai keperibadian, dorongan untuk melakukan tindakan devian seperti jenayah seksual dan sebagainya. Ketagihan internet ini tertumpu kepada laman sembang sosial lucah ataupun cybersex, bahan-bahan berunsur seks begitu mudah diakses dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi ilustrasi pornografi. Impak kepada ketagihan melayari laman web
19
berbaur kelucahan ini menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit sosial seperti perzinaan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebilangan penyelidik daripada Universiti Malaya pada tahun 2005 mendapati maklumat yang cukup menyedihkan di mana ramai mahasiswa sudah melakukan seks tanpa nikah semasa menjalinkan hubungan cinta di kampus. Malahan trend terbaru mahasiswa sekarang ialah merakam aksi berahi mereka untuk simpanan peribadi. Tetapi masalah yang timbul ialah rakaman sumbang mereka itu tersebar untuk tatapan umum melalui internet dan telefon peribadi yang menggunakan teknologi 3G (Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan & Mohamad Zaki Zainul, 2005). Apa yang menyedihkan masalah ini juga melibatkan mereka yang
masih
bersekolah
di
mana
berdasarkan
kajian
Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Dunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks. Kajian ini juga mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 24 peratus melibatkan remaja perempuan. Dalam kajian lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terlibat dalam aktiviti seks (Harian Metro, 9 Ogos 2005). Selain itu juga menurut Teh Siew
Hui (2007)
menyatakan seramai 886 daripada pelajar perempuan yang menuntut di beberapa buah sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan hubungan seks. Selain itu 20
kajian
yang
dilakukan
mendapati
98
peratus
daripada
responden mengaku mengambil dadah, 98 peratus terlibat dengan kumpulan gangster manakala 97.3 peratus terbabit dengan bahan lucah. Pelajar juga terlibat dengan aktiviti perjudian iaitu sebanyak 96.8 peratus dan masalah ponteng kelas iaitu sebanyak 77.2 peratus. Kecenderungan pelajar untuk berkelakuan devian adalah berpunca daripada peranan media massa yang berpunca daripada maklumat di dalamnya mampu diakses tanpa sekatan mahupun kawalan. Ketagihan melayari laman web lucah merangsang pemikiran pelajar untuk mencuba dan seterusnya diadaptasi melalui perlakuan sehingga berlakunya zina (Teh Siew Hui, 2007). Kemasukan program-program yang negatif daripada media massa sama ada dalam atau luar negara telah mendatangkan satu bahana yang besar kepada remaja Melayu Islam pada masa kini. Media massa merupakan faktor yang begitu signifikan pengaruhnya ke atas remaja sama ada remaja yang tinggal di bandar mahupun luar bandar. Remaja Melayu Islam tidak perlu hidup dengan gaya atau nilai dari barat. Remaja Melayu Islam perlu disosialisasikan dengan penerapan nilainilai Islam dalam kehidupan seharian agar tidak terus leka dan hanyut malahan berterusan melakukan tingkah laku devian. Kewujudan bahan-bahan bercetak mahupun elektronik yang negatif dalam majalah, akhbar, radio, filem dan sebagainya termasuk internet telah menyemarakan lagi masalah sosial di kalangan remaja terutamanya pelajar Melayu yang rata-ratanya 21
beragama Islam. Menurut Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009:199) menyatakan media massa boleh mencemarkan masyarakat terutamanya golongan remaja termasuklah pelajar secara terbuka seperti di bawah: “There are many ways in which the media can offend without straying beyond the law includes inaccuracy, lies distortions, bias, propaganda, favoritism, sensational, trivialization, lapses of tastes, vulgarity, sleaze, sexism, racism, homophobia, personal attacks, smears, character assassination, deception and invasion of privacy”.
Menurut Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009:199) juga mengkritik pihak media massa yang sering menggunakan pelbagai helah dan alasan termasuk hak kebebasan untuk menghalalkan segala bentuk hiburan ataupun program yang merosakan
budaya,
cara
hidup
dan
pegangan
agama
terutamanya sekali golongan pelajar yang masih mencari-cari makna kepada kehidupan. 1.10.3
Rakan Sebaya Ahli sosiologi mendefinisikan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama. Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Rakan sebaya merupakan agen yang tidak formal yang mampu mencorakan kelakuan remaja. Bagi para pelajar rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan
masalah
dan
pengganti
kepada
keluarga
terutamanya bagi mereka yang berada jauh dari keluarga (Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Daing Junaidah Bachok, 2008).
22
Faktor pembentukan tingkah laku dan pendapat seseorang itu adalah sebenarnya boleh dipelajari berdasarkan kepada kepercayaan
yang
diperolehinya.
Seseorang
itu
mudah
dipengaruhi apabila ia memerlukan maklumat dan interaksi di antara satu sama lain. Melalui Teori Parson ianya terbahagi kepada dua perkara utama yang dapat mempengaruhi persahabatan iaitu kepentingan persahabatan secara terus dan peranan kepercayaan dalam menentukan sejauhmanakah tahap pengaruh ke atas seseorang itu. Rakan sebaya merupakan
aspek penting
dalam
mempengaruhi
minda,
perilaku manusia khususnya golongan pelajar. Rakan sebaya sering menjadi sumber yang dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar. Rakan sebaya mempunyai karakter atau mampu membentuk sifat ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa serta mematuhi peraturan. Namun perkara sebaliknya juga boleh
berlaku
iaitu
rakan
sebaya
juga
akan
dapat
mempengaruhi serta mewujudkan masalah salah laku pelajar atau kecenderungan melakukan devian anti sosial (Rohaty Mohd Majzub, 1991). Penemuan kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia mendapati gejala berpeleseran, melepak, keluar bersama rakan hingga larut malam, merokok adalah tiga masalah sosial teratas yang sering dilakukan oleh para remaja masa kini. Berpeleseran pada waktu malam bersama rakan hingga larut malam mendatangkan masalah sosial kerana aspek kawalan oleh pihak kurang dilakukan lantaran waktu malam adalah waktu rehat oleh kebanyakkan pihak. Maka pemantauan daripada pihak berwajib
23
juga kurang pada larut malam (Ezhar Tamam, Jusang Bolong & Fadzil Imran Ismail, 2005). Menurut Badrulzaman Baharom (2006) bahawa: “Remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Pelajar-pelajar akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yang cenderung bertindak songsang seperti melepak, mencuri, ponteng kelas dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial”.
Rakan sebaya merupakan agen yang tidak formal yang mampu mencorakan kelakuan remaja. Bagi para pelajar rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti kepada keluarga terutamanya bagi pelajar yang berada jauh dari keluarga seperti di universiti ataupun kolej. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan dari segi tingkah laku atupun minat yang sama yang membentuk identiti kumpulan mereka. Remaja cenderung untuk mengikut pengaruh rakan sebaya kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh keluarga dan mula merencanakan kehidupan mereka sendiri (Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Daing Junaidah Bachok, 2008). Apabila pelajar-pelajar memasuki alam universiti atau kolej mereka akan mengalami satu proses sosialisasi di mana pada peringkat ini para pelajar akan mula mengenali rakan-rakan baru yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. 24
Pelajar akan mula menjalinkan persahabatan dengan rakanrakan baru sama ada daripada jantina yang sama atau daripada jantina yang berlainan. Jalinan persahabatan ini kadangkala tidak dapat dikendalikan oleh pelajar-pelajar dan cenderung untuk terlalu obsesif ataupun terlalu mengikut suruhan ataupun ajakan rakan. Kegagalan mengurus persahabatan antara rakan sebaya menyebabkan para pelajar sering terjebak dengan pergaulan bebas. Menurut Zainuddin Abu, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2008) menyatakan kegagalan menangani persahabatan antara rakan sebaya menjadikan pelajar terjebak dengan devian
seperti
perzinaan,
kehamilan
anak
tingkah laku luar
nikah,
pembuangan bayi dan sebagainya. Masalah pergaulan bebas yang melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sering didedahkan di media tempatan. Laporan media mengenai peningkatan masalah sosial pelajar universiti seperti kes khalwat sedikit sebanyak mencalarkan imej universiti itu sendiri sebagai tempat melahirkan generasi yang unggul dari segi akademik dan sahsiah. 1.10.4
Tingkah Laku Tingkah laku adalah sebahagian daripada elemen sikap bagi seseorang individu. Tingkah laku merupakan penampilan dan hasil terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkah laku mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mampu dinilai oleh masyarakat.
25
1.10.5
Devian Devian sebenarnya berasal daripada perkataan Latin iaitu “delinquere”
bermaksud
terabaikan,
mengabaikan
yang
kemudiannya diperluaskan ertinya menjadi jahat, anti sosial, melakukan jenayah dan melanggar peraturan. Tingkah laku devian juga boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang, songsang atau melencong. Ia juga secara mudah dapat ditakrifkan sebagai tingkah laku yang melanggar normanorma masyarakat tertentu atau tidak memenuhi nilai-nilai sosial kumpulan atau masyarakat (Rohana Yusof, 1996). Tingkah laku positif adalah berlawanan dengan tingkah laku devian. Tingkah devian didefinisikan sebagai tingkah laku yang ganjil dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima oleh masyarakat dan juga agama. Devian pula adalah kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial. Tingkah laku positif merujuk kepada aspek mematuhi atau
menghayati
nilai-nilai
agama
serta
norma-norma
masyarakat. Tingkah laku ini adalah mematuhi kewajipan menunaikan ibadah sebagai seorang Islam dan pengamalan akhlak yang baik dalam mematuhi norma-norma masyarakat (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon & Mohd Fadzil Abu Bakar, 2005). 1.11
Kesimpulan Topik ataupun perkara yang ada perkaitan dengan keruntuhan akhlak pelajar yang sering terdedah kepada perlakuan devian merupakan isu yang sering mendapat tempat untuk dikaji. Ini kerana kesedaran di kalangan masyarakat hari ini yang begitu berusaha mengenalpasti 26
punca-punca dan kepincangan yang berlaku. Ini berikutan rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama Islam begitu tinggi nilai kesopanan ataupun pegangan agamanya masih lagi menjadi penyumbang utama yang terlibat dengan perlakuan songsang yang menyimpang daripada nilai-nilai keislaman dan juga norma-norma yang telah diterima masyarakat. Kurangnya penghayatan pelajar-pelajar yang beragama Islam terhadap aktiviti yang bercorak keagamaan jelas ketara di mana pelajar lebih cenderung untuk meluangkan sebahagian besar masanya untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melayari laman web yang berunsur ghairah atupun lucah atupun melayari laman sembang siber yang kadang kala membawa kepada keterlanjuran. Perkara seperti ini kemungkinan besar berlaku ataupun mempunyai hubungkaitnya dengan tahap penghayatan nilai-nilai Islam yang lemah.
27
BAB 2 ULASAN KARYA
2.1
Pengenalan Dalam dunia pendidikan alaf ini, masalah devian di kalangan pelajar merupakan suatu malapetaka dalam sistem pendidikan negara. Masalah tingkah laku devian yang dilakukan pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana universiti merupakan tempat menimba ilmu yang seharusnya melahirkan pelajar yang berjiwa kental dalam menghadapi segala rintangan kehidupan. Namun begitu terdapat kumpulan pelajar sering mengulangi kesilapan yang sama tanpa rasa bimbang dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya. Kumpulan pelajar seperti ini dikategorikan sebagai pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku menyimpang yang tegar.
2.2
Penghayatan Nilai Islam Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Ruaain Mustari, Sharifah Faegah Syed Alwi dan Jahjaiton Arsad (2006) yang bertajuk “Kesan Tahap Kelancaran
Pembacaan
Al-Quran
Terhadap
Kecenderungan
Mengerjakan Amalan Solat Wajib: Satu Kajian Kes Di Kalangan Pelajar Muslim Semester Satu Diploma Pengurusan Ladang UiTM Pahang” yang melibatkan populasi kajian seramai 67 orang pelajar bahagian satu Fakulti Pengurusan Ladang, populasi terdiri daripada 37 orang pelajar 28
perempuan dan 30 pelajar lelaki. Kajian ini dilakukan untuk melihat latar belakang mereka dalam mendapatkan pendidikan pembacaan Al-Quran sebelum menyambung pelajaran di UiTM serta pengaruhnya terhadap sikap rajin menunaikan solat lima waktu. Seiring dengan itu penyelidik turut mengkaji sama ada latihan amali di ladang menjadi bebanan kepada mereka sehingga sukar untuk melaksanakan amalan membaca Al-Quran dan mendirikan solat ataupun tidak. Alat ukuran yang yang digunakan dalam kajian ini melibatkan soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian yang mengandungi 31 soalan. Bahagian A adalah berkenaan demografi responden, manakala bahagian B pula mengandungi soalan yang mengukur kekerapan pelajar membaca Al-Quran dan menunaikan solat lima waktu. Bahagian C pula diukur menggunakan skala Likert sementara bahagian D mengenai kelancaran mereka
membaca
Al-Quran
mengikut
penilaian
penyelidik
yang
mendengar dan menyemak bacaan tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa bilangan dan peratus responden perempuan yang tamat membaca Al-Quran di peringkat sekolah rendah adalah jauh lebih tinggi daripada iaitu seramai 27 orang atau 42.9 peratus berbanding dengan pelajar lelaki seramai 12 orang ataupun 21.4 peratus sahaja. Sementara itu di peringkat sekolah menengah, bilangan dan peratus pelajar lelaki yang tamat membaca Al-Quran di peringkat sekolah menengah ialah 13 orang atau 23.2 peratus mendahului bilangan dan peratus pelajar perempuan iaitu seramai 7 orang atau 12.5 peratus. Maka kajian ini mendapati terdapat perbezaan di antara jantina dengan tempoh masa tamat membaca Al-Quran iaitu pelajar perempuan lebih ramai yang telah tamat membaca Al-quran berbanding dengan responden lelaki. Dalam kajian ini juga didapati pelajar perempuan lebih kerap dan konsisten membaca Al-Quran iaitu 43.3 peratus berbanding 29
dengan bilangan pelajar lelaki iaitu 26.9 peratus, namun ianya hanya pada malam Jumaat sahaja iaitu bacaan Yaasin. Selain itu pelajar lelaki juga didapati kurang membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan. Walaupun pelajar sedia maklum bahawa amalan membaca Al-Quran yang dilakukan pada bulan Ramadhan itu mendapat ganjaran yang berlipat ganda balasan pahalanya, namun hasil kajian ini tetap menunjukkan betapa kurangnya penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan mahasiswa. Dalam kajian ini juga mendapati beberapa faktor mengapa pelajar tidak membaca Al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dua orang pelajar lelaki atau tiga peratus menyatakan bahawa ibu bapa tidak memberikan penekanan dalam soal membaca Al-Quran manakala lima pelajar perempuan ataupun 7.5 peratus turut memberikan alasan yang sama. Faktor lain juga mengapa mahasiswa tidak membaca Al-Quran ialah kerana kesibukan menjalani jadual perkuliahan di universiti. Seramai lima orang pelajar lelaki ataupun 7.5 peratus memberikan alasan tersebut dan ianya lebih rendah berbanding dengan pelajar perempuan iaitu seramai sembilan orang ataupun 13.4 peratus. Selain itu juga seramai 10 orang pelajar menyatakan bahawa kesuntukkan masa merupakan faktor mengapa mereka meninggalkan solat. Di samping itu tidak ramai pelajar yang mengatakan tidak tahu membaca Al-Quran dan hukum tajwid sebagai punca pengabaian terhadap tuntutan solat fardhu. Namun agak menyedihkan juga apabila terdapat lebih kurang 20 peratus daripada mereka menyatakan malas untuk mendirikan solat manakala selebihnya menyatakan sibuk dengan urusan pelajaran kerana jadual kuliah yang terlalu padat dan kadangkala waktu solat bertembung dengan waktu ko-kurikulum. Hanya tiga peratus sahaja pelajar yang merasakan tugas amali dianggap sebagai bebanan dan 30
menyulitkan untuk menunaikan solat. Al-Quran perlu diajar kepada anakanak sejak kecil lagi agar mereka dapat membaca dan menghayati ayatayat suci Al-Quran. Kemampuan untuk menghayati kandungan Al-Quran dapat membentuk peribadi mahasiswa agar lebih berakhlak mulia, berjiwa murni dan berfikiran positif. Keadaan ini mendorong mereka bertanggungjawab terhadap kewajipan mendirikan solat dengan penuh amanah dan kejujuran sekaligus mampu mengelakan diri daripada terlibat dengan tingkah laku devian (Ruaain Mustari, Sharifah Faegah Syed Alwi & Jahjaiton Arsad, 2006). Kelemahan pelajar-pelajar dalam menghayati ajaran Islam yang sebenarnya mampu menyumbang kepada tingkah laku devian. Ini kerana agama merupakan panduan kepada kehidupan. 2.3
Pengaruh Media Satu kajian yang dilakukan oleh Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009) bertajuk “Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral Dengan Media Massa: Tinjauan Ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar” telah dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Dalam kajian tersebut suatu analisis ke atas kandungan beberapa buah majalah, akhbar, laman web, program televisyen dan radio yang sering berhubungkait dengan remaja dijadikan sebagai asas dalam membina instrumen kajian. Dalam kajian tersebut borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian utama diedarkan kepada responden. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden, manakala bahagian B adalah berkaitan dengan pendedahan media massa dan bahagian C tentang pegangan akhlak remaja. Populasi kajian ini adalah remaja Melayu daripada Tingkatan Empat di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di daerah Sabak Bernam. Dalam kajian ini pemilihan sampel adalah berdasarkan kaedah 31
persampelan rawak berstruktur di mana 400 orang remaja daripada empat buah sekolah menengah sekitar Sabak Bernam terpilih sebagai responden. Keempat-empat sekolah ini dipilih secara rawak berdasarkan senarai nama sekolah-sekolah di daerah Sabak Bernam. Hasil kajian tersebut mendapati 23.1 peratus responden menyatakan bahawa mereka mempunyai kemudahan siaran dan hiburan di rumah seperti cakera padat, manakala 5.8 peratus responden mempunyai kemudahan ASTRO dan 5.3 peratus responden mempunyai kemudahan internet di rumah. Mengenai pendedahan mereka kepada media massa dalam sehari, secara keseluruhannya responden yang dikaji telah menghabiskan sejumlah 3.62 jam menonton televisyen, 2.96 jam mendengar radio, 2.34 jam membaca surat khabar, manakala 2.30 jam menonton video cakera padat, 2.21 jam membaca majalah dan hanya 1.32 jam melayari laman web. Dalam kajian tersebut, pengaruh media massa telah dihurai berdasarkan min skor. Pengaruh media massa telah dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu min tinggi adalah di antara 4.01 hingga 4.83, min sederhana antara 3.02 hingga 3.97 dan min rendah antara 2.69 hingga 2.99. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan min hiburan adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 3.93, min kandungan di dalam media massa bercorak keagamaan ialah 3.68, manakala min bagi bahan berunsurkan seram ialah 3.66, pendidikan sebanyak 3.56, min pengetahuan am iaitu 3.46, min sukan sebanyak 3.32 dan yang paling rendah ialah rancangan berunsurkan kelucahan mempunyai min yang paling rendah iaitu 1.62. Kesan daripada pendedahan responden terhadap media, dapatan terhadap pengaruh media massa dihuraikan secara min skor. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa soalan yang menyatakan bahawa rancangan televisyen banyak memberikan pengetahuan seks 32
mempunyai min skor yang agak tinggi iaitu 3.68, manakala adengan atau gambar yang menjolok mata dalam media massa mempunyai min skor sebanyak 3.44, kisah keruntuhan moral di dalam media massa mempunyai min skor iaitu 2.99. Dapatan ini juga bahawa rancangan berunsurkan seks mempunyai nilai min skor yang sangat tinggi iaitu sebanyak 4.22. Selain itu rancangan berunsurkan keganasan juga menarik minat responden iaitu mencatatkan min skor sebanyak 3.02. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Dunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks. Kajian ini juga mendapati 76 peratus daipada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus melibatkan remaja perempuan. Dalam kajian lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terlibat dalam aktiviti seks (Harian Metro, 9 Ogos 2005). Selain itu juga menurut Teh Siew
Hui (2007) menyatakan bahawa
seramai 886 daripada pelajar perempuan yang menuntut di beberapa buah sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan hubungan seks. Selain itu kajian yang dilakukan mendapati 98 peratus daripada responden mengaku mengambil dadah, 98 peratus terlibat dengan kumpulan gangster manakala 97.3 peratus terbabit dengan bahan lucah. Pelajar juga terlibat dengan aktiviti perjudian iaitu sebanyak 96.8 peratus dan masalah ponteng kelas iaitu sebanyak 77.2 peratus. Kecenderungan pelajar untuk berkelakuan devian adalah berpunca daripada peranan media massa yang berpunca daripada maklumat di dalamnya mampu diakses tanpa sekatan mahupun kawalan. Ketagihan melayari laman web lucah merangsang pemikiran pelajar untuk mencuba
33
dan seterusnya diadaptasi melalui perlakuan sehingga berlakunya zina (Teh Siew Hui, 2007). 2.4
Pengaruh Rakan Sebaya Kajian yang dilakukan oleh Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan How Lee Chan (2008) bertajuk “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Johor” terdiri daripada 202 orang pelajar menunjukkan bahawa pengaruh rakan cukup kuat dalam mempengaruhi setiap tindakan pelajar. Dalam kajian ini tujuan utama kajian adalah untuk mengetahui faktor utama yang mempengaruhi pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Sampel kajian dipilih secara rawak berkelompok daripada 10 buah sekolah menengah di Johor Bharu. Instrumen kajian ini menggunakan kaedah soal selidik sebagai alat ukuran bagi mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 29.2 peratus pelajar memilih untuk ponteng kelas kerana mengikut ajakan kawan ke pusat hiburan pada waktu persekolahan, manakala 13.7 peratus pelajar ponteng kerana bersama rakan ke pusat membeli belah, manakala 13.5 peratus memilih untuk ponteng sekolah untuk mengikut rakan kerana bimbang ditertawakan dan dipulaukan oleh rakan yang ponteng sekolah. Pelajar juga menjadikan rakan sebaya mereka sebagai tempat untuk meluahkan perasaan di mana sebanyak 57.4 peratus pelajar menjadikan rakan sebaya mereka sebagai tempat meluahkan segala permasalahan yang dihadapi sebagai pengganti ibu bapa dan sebanyak 24.8 peratus pula lebih suka mengikut gaya pemakaian rakan-rakan mereka (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon & How Lee Chan, 2008). Rakan sebaya merupakan aspek penting dalam mempengaruhi minda, perilaku manusia khususnya golongan pelajar. Rakan sebaya sering menjadi sumber yang dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar. Rakan sebaya 34
mempunyai
karakter
atau
mampu
membentuk
sifat
ketekunan,
tanggungjawab, kerjasama, menepati masa serta mematuhi peraturan. Namun perkara sebaliknya juga boleh berlaku iaitu rakan sebaya juga akan dapat mempengaruhi serta mewujudkan masalah salah laku pelajar atau kecenderungan melakukan devian anti sosial (Rohaty Mohd Majzub, 1991). 2.5
Tingkah Laku Devian Kajian yang dilakukan oleh Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (2007) bertajuk “Masalah Sosial Dan Kesedaran Sivik Generasi Muda Daripada Keluarga Berpendapatan Rendah Di Bandar” adalah bagi melihat tahap penglibatan pelajar terhadap tingkah laku devian. Kajian ini dijalankan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam kajian ini kesemua zon telah diwakili. Setiap zon masing-masing diwakili dua kawasan PPR berdasarkan populasi yang tertinggi. Seramai 397 responden telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 69.5 peratus lelaki dan selebihnya perempuan. Kesemua responden telah ditetapkan di kalangan mereka yang berumur di antara 15 tahun hingga 25 tahun. Pengumpulan data telah dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Pengumpulan data dalam kajian ini dilaksanakan pada waktu malam di tempat tumpuan utama remaja. Keterlibatan dalam masalah devian diukur dengan meminta responden menyatakan sejauhmanakah mereka terlibat dalam aktiviti devian yang disenaraikan dalam masa enam bulan yang lepas. Dapatan kajian mendapati 80.2 peratus remaja terlibat dengan aktiviti berpeleseran atau melepak, 68.2 peratus remaja selalu keluar sehingga larut malam bersama rakan, manakala 49.9 peratus terlibat dengan aktiviti merokok dan membuli sebanyak 23.8 peratus. Peratusan pelajar 35
yang ponteng kelas juga dicatatkan iaitu sebanyak 23.1 peratus, membaca dan menonton bahan lucah pula mencatatkan angka 19.4 peratus manakala terlibat dengan seks tanpa nikah iaitu 10.4 peratus. Menurut statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada tahun 2003, bilangan kes yang melibatkan masalah disiplin pelajar dilaporkan adalah sebanyak 4998 kes. Manakala ia meningkat kepada angka 6056 kes pada tahun 2004. Peningkatan ini menggambarkan tentang fenomena tingkah laku devian di kalangan pelajar di negara kita semakin tenat dan serius. Di universiti, sama ada sedar atau tidak senario ponteng kelas juga merupakan salah satu tingkah laku devian yang kadang kala tidak disedari oleh pelajar itu sendiri. Mereka beranggapan tingkah laku devian hanyalah perbuatan yang melibatkan jenayah semata-mata. Berdasarkan perangkaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati kirakira 97 peratus kes ponteng kelas adalah melibatkan pelajar lelaki manakala baki selebihnya adalah di kalangan pelajar perempuan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Huizinga dan Elliot (1985) ke atas sebahagian besar pelajar iaitu seramai 950 orang, beliau mendapati bahawa hampir 73 peratus daripada pelajar pernah terlibat dengan tingkah laku devian dan hampir satu pertiga daripadanya adalah berkaitan dengan salah laku yang amat serius seperti merogol dan mencabul (Huizinga, D & Elliot, D., 1985). Terdapat juga kes di mana seorang pelajar perempuan sebuah Institusi Pengajian Tinggi nekad untuk terjun daripada bilik hotel yang disewa bersama pasangannya pada malam merdeka dengan niat untuk melakukan maksiat. Serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan pasangan berkenaan tiada pilihan dan
36
bertindak untuk terjun daripada bilik hotel yang disewanya (Harian Metro, 21 Julai 2005). Gejala lepak di kalangan pelajar juga merupakan salah satu tingkah laku devian anti sosial yang sering dilakukan. Isu remaja lepak sering mengambil tempat melalui paparan di dada akhbar dan juga media elektronik. Berdasarkan kepada laporan Harian Metro bertarikh 16 Julai 2001 menceritakan bahawa polis menahan 128 remaja di Johor Bharu. Destinasi utama yang sering dijadikan lokasi untuk melepak dan berpeleseran ialah di pusat membeli belah dan kedapatan juga mereka yang menghabiskan masa di pusat-pusat snooker dan juga pusat nyanyian. Selain melakukan tingkah laku devian berbentuk anti sosial, pelajar juga terlibat dengan tingkah laku devian berbentuk fizikal seperti kes buli. Akhir-akhir ini sering kedengaran mengenai kes keganasan buli di kalangan pelajar Melayu beragama Islam. Menurut laporan Berita Minggu bertarikh 14 Julai 2005 terdapat lebih 35 kes pelajar cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 1999 hingga 2003 (Mahadi Khalid, 2007). Kelemahan terhadap penghayatan nilai-nilai Islam ditambah pula dengan peranan media massa serta pengaruh rakan sebaya menguatkan lagi kecenderungan pelajar terhadap tingkah laku devian. Kurangnya pemahaman terhadap pengetahuan agama membuatkan para pelajar berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa rasa bersalah. Ditambah pula sekarang ini dengan kewujudan pelbagai media alternatif, akses kepada maklumat amat mudah untuk diperolehi termasuklah laman web lucah, video berkenaan keganasan dan sebagainya. Kesemua ini merupakan faktor yang mampu menjerumuskan pelajar bertingkah laku devian. Selain itu faktor rakan sebaya amat kuat
37
mempengaruhi pelajar terhadap corak bertingkah laku, berfikir dan sebagainya. 2.6
Kesimpulan Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini oleh para penyelidik
menunjukkan
bahawa
faktor-faktor
seperti
kurangnya
penghayatan nilai keagamaan menjadi pencetus kepada peningkatan tingkah laku devian di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Ini dapat dilihat daripada statistik kes-kes yang dilaporkan saban tahun menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan. Di dalam Islam jelas ditegaskan bahawa zina adalah satu perbuatan yang sangat keji dan Islam juga telah menggariskan tatacara pergaulan antara jantina berlainan jenis. Di era serba canggih ini media juga dilihat mampu memainkan peranan penting dan turut menjadi faktor kepada keruntuhan akhlak pelajar pada masa kini menerusi laman web lucah yang begitu mudah sekali untuk diakses oleh para pelajar sekaligus merangsang pelajar untuk bertindak melempiaskan nafsunya bersama pasangannya sehingga berlakunya kes zina, kehamilan anak tanpa nikah dan sebagainya. Faktor penyumbang lain juga dapat dikaitkan dengan pengaruh rakan sebaya yang merupakan faktor terkuat dalam mendorong pelajar untuk bertindak ke arah tingkah laku devian kerana pada peringkat remaja, kawan merupakan persekitaran terdekat dengan diri pelajar tersebut.
38
BAB 3 METODOLOGI
3.1
Pengenalan Metodologi merupakan aspek yang perlu diberikan perhatian bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai. Ianya menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesishipotesis yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian. Bab ini juga akan menjelaskan tentang metodologi yang digunapakai oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini. Penyelidikan yang terperinci dan tersusun diperlukan untuk mencapai matlamat kajian ini yang berkaitan dengan penghayatan nilai-nilai Islam, peranan media dan juga pengaruh rakan sebaya
di
kalangan
pelajar
universiti
terhadap
kecenderungan
melakukan tingkah laku devian. Metodologi kajian ini melibatkan sumber primer dan sekunder. Sumber primer ialah dengan menggunakan kaedah soal selidik dalam mendapatkan maklumat kajian. Manakala sumber sekunder pula melibatkan ulasan karya yang dibuat dengan merujuk daripada sumbersumber atau bahan-bahan ilmiah atau kajian yang telah dilakukan oleh 39
penyelidik terdahulu seperti buku, majalah, keratan akhbar dan juga jurnal-jurnal yang didapati di perpustakaan ataupun menerusi lamanlaman web. 3.2
Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Dalam kajian ini analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan dalam menganalisis data. Data yang dikumpul adalah dengan menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan kepada sampel terpilih yang mewakili populasi kajian.
Analisis
deskriptif
merangkumi
kaedah
untuk
menyusun,
mempersembah dan menerangkan data yang terdapat pada sampel dengan menggunakan jadual, graf dan nilai ukuran seperti frekuensi, peratusan, min, mod dan median. Dalam kajian ini nilai frekuensi, peratusan, jadual dan graf akan digunakan bagi mempersembahkan data yang diperolehi secara umum. Manakala analisis inferensi melibatkan data yang dikaji menggunakan kaedah anova, t-test, regrasi dan juga korelasi yang dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS). 3.3
Sampel Kajian Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Sampel dalam kajian ini dilakukan dengan menyenaraikan kesemua dewan penginapan pelajar yang ada di Universiti Utara Malaysia kemudian salah satu daripada dewan penginapan pelajar akan dipilih secara cabutan rawak. Hasil daripada cabutan tersebut, pelajar yang mendiami Dewan Penginapan Bank Rakyat telah terpilih sebagai sampel dalam kajian ini. Sampel dalam kajian ini hanya melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda sahaja yang mendiami
dewan
penginapan 40
tersebut.
Sampel
dipilih
dengan
mendapatkan senarai nama pelajar Dewan Penginapan Bank Rakyat daripada pejabat pentadbiran dewan penginapan tersebut. Jumlah populasi pelajar yang mendiami Dewan Penginapan Bank Rakyat ialah seramai 1000 orang pelajar. Maka saiz sampel yang terpilih dalam kajian ini ialah seramai 278 orang pelajar. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel yang dikemukakan oleh Krejcie, R.V dan Morgan, D.W (1970). 3.4
Prosedur Persampelan Kaedah persampelan sistematik digunakan ke atas senarai nama pelajar yang mendiami Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat. Sebanyak 278 nama pelajar diperolehi daripada senarai populasi Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat yang berjumlah 1000 orang pelajar. Pemilihan dibuat dengan mencabut nama pelajar di bilangan yang ke-3 (1000/278) bermula dari nama di nombor ke-3 kemudian 6 dan seterusnya. Namanama yang terpilih dijadikan sampel dalam kajian ini.
3.5
Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar universiti terlibat dengan tingkah laku devian dan juga tingkah laku devian yang sering dilakukan oleh pelajar. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Sciences (SPSS). Soal selidik merupakan sumber primer kajian ini. Borang soal selidik diedarkan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas, data ataupun maklumat yang diperlukan daripada pelajar. Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar daripada responden dan juga memudahkan proses analisis dalam mendapatkan keputusan penyelidikan.
41
Dalam set soal selidik tersebut, bahagian A memberi maklumat mengenai demografi responden termasuk jantina, umur, negeri kelahiran, kelayakan masuk ke universiti, tahun pengajian dan juga bidang pengajian. Manakala bahagian B akan melihat tahap penghayatan nilainilai Islam di kalangan pelajar. Dalam bahagian B sebanyak 12 soalan dikemukakan bagi soalan berkaitan dengan penghayatan nilai-nilai Islam. Soalan bagi bahagian B dibentuk dengan menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh Kamil Md. Idris (2002). Dalam kajian yang dilakukan oleh Kamil Md. Idris yang bertajuk “Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji Di Kalangan Kakitangan Awam Persekutuan Negeri Kedah” mendapati darjah kebolehpercayaan soal selidik mencapai nilai pekali Alpha iaitu 0.86 dan sangat baik. Nilai kesahihan pula mencapai nilai KMO iaitu 0.72 dan baik. Bahagian C pula terdapat 12 soalan memberikan maklumat tentang pengaruh media terhadap pelajar yang mampu mempengaruhi pelajar bertingkah laku devian. Soalan bagi bahagian C pula adalah berdasarkan kepada soalan yang dibentuk oleh Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009) dalam kajiannya yang bertajuk “Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke atas Remaja Melayu Luar Bandar”. Tahap kebolehpercayaan soal selidik yang dibangunkan oleh Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail mencapai nilai pekali Alpha yang sangat baik iaitu 0.81. Bahagian D pula menerangkan tentang pengaruh rakan sebaya di kalangan pelajar terhadap tingkah laku devian. Dalam bahagian D sebanyak 12 soalan turut dikemukakan yang berkaitan dengan pengaruh rakan. Soalan yang dikemukakan dalam bahagian D adalah berdasarkan kepada soal selidik yang dibuat oleh Ezhar Tamam, Jusang Bolong dan Fadzil Imran Ismail (2005) dipetik daripada kajian yang bertajuk “Faktor 42
Penglibatan Remaja daripada Keluarga Berpendapatan Rendah di Bandar dalam Masalah Sosial”. Dalam kajian ini nilai pekali Alpha untuk melihat tahap kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi iaitu 0.74. Manakala bahagian E pula menerangkan tentang tingkah laku devian. Dalam bahagian E sebanyak 14 soalan diberikan dengan melibatkan empat dimensi tingkah laku devian yang berbeza. Soalan dalam bahagian ini dirujuk kepada soalan yang disediakan oleh Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (2007) yang bertajuk “Masalah Sosial Dan Kesedaran Sivik Generasi Muda Daripada Keluarga Berpendapatan Rendah Di Bandar”. Nilai kebolehpercayaan soal selidik daripada kajian ini adalah sangat tinggi iaitu 0.84. Soalan bagi bahagian E mengandungi sebanyak 14 item dan dibahagikan kepada 4 jenis tingkah laku devian iaitu devian fizikal, devian verbal, devian seksual dan juga devian anti sosial. Bagi memudahkan responden membuat persepsi tentang
tahap
tingkah
laku
devian,
penyelidik
menggunakan
pembahagian item berdasarkan tingkah laku devian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti berikut: Jadual 3.5.1: Pembahagian Item Berdasarkan Tingkah Laku Devian Komponen Item Fizikal Verbal Seksual Anti Sosial Jumlah Item
No. Item 1, 4, 7 2, 3, 5, 6, 12 8, 9, 11 10, 13, 14
Jumlah 3 5 3 3 14
Berdasarkan kepada pembahagian item-item ini, ia dilihat mampu memudahkan penyelidik untuk melihat apakah tingkah laku devian yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar. Dengan maklumat yang diperolehi daripada analisis kajian boleh dijadikan panduan kepada para penyelidik, pihak
universiti
ataupun
masyarakat 43
itu
sendiri
dalam
mencari
penyelesaian kepada permasalahan kekerapan tingkah laku devian yang sering dilakukan oleh pelajar berdasarkan pembahagian item-item berkenaan. Dalam bahagian B, C, D dan E skala likert digunakan iaitu (1) menunjukkan sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) tidak pasti, (4) setuju dan (5) sangat setuju. Borang soal selidik lebih sesuai digunakan sebagai alat ukur dalam penyelidikan kerana penggunaan borang soal selidik dapat meliputi sampel yang telah diskopkan dan juga dapat memberikan persampelan yang lebih tepat dan praktikal. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan SPSS untuk mendapatkan hasil kajian. 3.6
Kajian Rintis Kajian rintis adalah merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Kajian rintis merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian
yang
khusus.
Kajian
rintis
dapat
membantu
penyelidik
memperoleh petunjuk awal tentang mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau gagal. Ia juga mampu membantu penyelidik dalam mengenalpasti sebarang kekurangan dalam instrumen kajian dan seterusnya boleh dipertingkatkan untuk membaiki kelemahan yang ada dalam instrumen kajian tersebut. Kajian rintis juga mampu membantu penyelidik dalam memastikan itemitem yang digunakan dalam soal selidik mempunyai kerangka rujukan yang sama di antara responden dengan penyelidik. Nilai Alpha Cronbach dan KMO akan digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan soal selidik tersebut. Alpha Cronbach 0.8 hingga 1.0 bermakna soal selidik tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahihan yang tinggi. Nilai 0.6 hingga 0.7 pula menunjukkan soal selidik yang diuji mempunyai nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima (Azizi 44
Yahaya, Noordin Yahaya & Daing Junaidah Bachok, 2008). Dalam kajian rintis yang pertama sebanyak 30 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang mengandungi 50 item untuk dijawab. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS). Setelah analisis dibuat didapati pekali Alpha Cronbach dan KMO bagi keseluruhan item persoalan kajian rintis adalah seperti berikut: Jadual 3.6.1: Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan dan Kesahihan Instrumen Kajian Rintis Pembolehubah
Penghayatan Nilai-Nilai Islam Peranan Media Pengaruh Rakan Tingkah Laku Devian
3.7
Kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) 0.681
Kesahihan (KMO)
Jumlah Item
Item yang Ditolak 8
0.637
12
0.832
0.677
12
0
0.854
0.719
12
5
0.832
0.613
14
1
Kesimpulan Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan tentang cara serta kaedah yang digunakan berdasarkan kepada reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan pentadbiran soal selidik dan juga cara untuk analisis data. Data yang diperolehi daripada responden akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf, peratusan ataupun min. Hasil daripada analisis yang dilakukan akan dijelaskan di dalam bab empat. Menerusi bab empat penyelidik akan mampu untuk mengetahui keputusan ataupun hipotesis bagi setiap objektif kajian yang dinyatakan di dalam bab satu kajian ini.
45
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1
Pengenalan Bab ini membincangkan maklumat-maklumat yang telah dianalisis berdasarkan maklum balas responden melalui soalan selidik. Data yang dikumpul
dianalisis
dan
dinyatakan
dapatannya.
Analisis
dibuat
berdasarkan data yang diperolehi daripada pengedaran borang soal selidik sebanyak 278 borang yang telah lengkap dan berjaya dikumpulkan untuk kegunaan kajian ini. Analisis yang dibina adalah untuk menguji hipotesis yang dibangunkan. Langkah yang digunakan untuk menguji analisis ini ialah dengan menggunakan kaedah analisis ujian-t, analisis ujian ANOVA sehala dan analisis ujian korelasi dan juga regrasi. 4.2
Profil Responden Responden di dalam kajian ini melibatkan seramai 278 orang pelajar yang mendiami Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat. Pelajar yang telah terpilih dijadikan sampel terdiri daripada pelbagai latar belakang jantina, umur, negeri kelahiran, kelayakan masuk ke universiti, tahun 46
pengajian di universiti dan juga bidang pengajian. Nama-nama pelajar diperolehi daripada pejabat pentadbiran dewan penginapan tersebut. Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda sahaja. Jadual 4.2.1: Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Jantina Lelaki Perempuan Jumlah
Kekerapan (orang) 112 166 278
Peratusan (%) 40.3 59.7 100
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan pelajar wanita melebihi pelajar lelaki di mana pelajar wanita mewakili 166 orang responden atau 59.7 peratus berbanding dengan pelajar lelaki yang berjumlah seramai 112 orang atau 40.3 peratus. Ini menunjukkan bahawa jumlah pelajar perempuan dalam kajian ini melebihi seramai 54 orang berbanding bilangan pelajar lelaki. Sememangnya pelajar perempuan mendominasi kebanyakkan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara. Jadual 4.2.2: Bilangan Responden Mengikut Umur Umur Pelajar (Tahun) 20 21 22 23 24 25 Jumlah
Kekerapan (orang) 58 8 24 13 73 102 278
Peratusan (%) 20.8 2.88 8.63 4.68 26.3 36.7 100
Dalam kajian ini didapati bilangan pelajar yang berumur 25 tahun melebihi jumlah pelajar daripada peringkat umur yang lain. Pelajar yang berumur 25 tahun adalah seramai 102 orang, manakala pelajar yang berumur 24 tahun pula adalah seramai 73 orang. Ini diikuti oleh pelajar yang berumur 20 tahun iaitu seramai 58 orang. Pelajar yang berumur 22 47
tahun jelas melebihi jumlah pelajar yang berumur 23 tahun di mana pelajar yang berumur 23 tahun adalah seramai 13 orang. Jumlah pelajar yang berumur 21 tahun hanya seramai 8 orang pelajar sahaja. Jadual 4.2.3: Jumlah Responden Mengikut Negeri Kelahiran Negeri Kelahiran Johor Kedah Kelantan Kuala Lumpur/Selangor Melaka N.Sembilan Pahang Perak Perlis P.Pinang Terengganu Sabah Sarawak Jumlah
Kekerapan (orang) 33 38 30 16 13 7 33 11 13 26 29 19 10 278
Peratusan (%) 11.9 13.7 10.8 5.8 4.7 2.5 11.9 4.0 4.7 9.4 10.4 6.8 3.6 100
Berdasarkan kepada jadual di atas, bilangan pelajar dari negeri Kedah merupakan yang paling ramai berbanding dengan bilangan pelajar dari negeri-negeri lain. Bilangan pelajar yang berasal dari negeri Kedah adalah seramai 38 orang atau mewakili 13.7 peratus manakala pelajar yang berasal dari negeri Johor dan Pahang adalah bilangan pelajar yang kedua tertinggi iaitu seramai 33 orang yang mewakili 11.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar. Ini diikuti oleh pelajar dari negeri Kelantan iaitu seramai 30 orang manakala pelajar dari negeri Terengganu mencatatkan jumlah pelajar seramai 29 orang diikuti oleh pelajar dari negeri Pulau Pinang berjumlah 26 orang pelajar atau 9.4 peratus. Berdasarkan jadual di atas pelajar dari Negeri Sembilan mencatatkan bilangan pelajar yang paling rendah iaitu seramai 7 orang pelajar sahaja diikuti pelajar dari negeri Sarawak dan 48
Perak iaitu masing-masing mencatatkan jumlah seramai 10 orang dan 11 orang pelajar. Jadual 4.2.4: Bilangan Responden Mengikut Kelayakan Masuk Ke Universiti Kelayakan Masuk STPM Diploma Matrikulasi Jumlah
Kekerapan (orang) 213 21 44 278
Peratusan (%) 76.6 7.6 15.8 100
Hasil daripada kajian di atas jelas menunjukkan bahawa pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) merupakan pelajar yang mendominasi kemasukan ke universiti. Bilangan pelajar lepasan STPM mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 213 orang iaitu 76.6 peratus berbanding pelajar lepasan diploma dan matrikulasi. Pelajar lepasan diploma mencatatkan bilangan seramai 21 orang mewakili 7.6 peratus manakala pelajar lepasan matrikulasi mencatatkan angka seramai 44 orang iaitu 15.8 peratus. Jadual 4.2.5: Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahun Pengajian Tahun Pengajian 1 2 3 Jumlah
Kekerapan (orang) 57 75 146 278
Peratusan (%) 20.5 27.0 52.5 100.0
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan kebanyakan responden adalah terdiri daripada pelajar yang berada di tahun akhir pengajian iaitu seramai 146 orang atau 52.5 peratus. Pelajar yang berada di tahun kedua pengajian pula adalah berjumlah seramai 75 orang atau 27.0
49
peratus manakala pelajar tahun satu adalah yang paling rendah bilangannya iaitu hanya seramai 57 orang atau 20.5 peratus sahaja. Jadual 4.2.6: Jumlah Responden Mengikut Bidang Pengajian Bidang Pengajian
Kekerapan (orang)
Pengurusan Pembangunan Pengurusan Awam Undang-Undang Pengajian Antarabangsa Lain-Lain Jumlah
74 95 12 49 48 278
Peratusan (%) 26.5 34.2 4.32 17.6 17.3 100
Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (BPM) merupakan pelajar yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 95 orang. Ini diikuti oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (BDM) seramai 74 orang pelajar. Manakala pelajar daripada
Ijazah
Sarjana
Muda
Pengajian
Antarabangsa
pula
mencatatkan bilangan seramai 49 orang diikuti oleh pelajar daripada lainlain bidang iaitu berjumlah 48 orang. Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang mencatatkan bilangan paling rendah iaitu hanya seramai 12 orang sahaja. 4.3
Kebolehpercayaan dan Kesahihan Instrumen Kajian Kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen kajian amat penting bagi mempertahankan
kejituan
instrumen
daripada
terdedah
kepada
kecacatan. Semakin tinggi nilai tahap kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir 50
sama.
Manakala
kesahihan
pula
membawa
maksud
ketepatan,
kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data disimpulkan. Kesahihan juga bermaksud persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimun dengan kaedah yang berlainan (Ghazali Darusalam, 2002). Jadual 4.3.1: Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan dan Kesahihan Instrumen Kajian Sebenar Pembolehubah
Penghayatan Nilai-Nilai Islam
4.4
Kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) 0.747
Kesahihan Jumlah (KMO) Item 0.682
12
Item yang Ditolak 8
Peranan Media
0.845
0.639
12
0
Pengaruh Rakan Tingkah Laku Devian
0.776
0.601
12
5
0.810
0.601
14
1
Analisis Tingkah Laku Devian Di dalam kajian ini tahap kecenderungan pelajar dalam bertingkah laku devian dilihat berdasarkan jantina dan tahun pengajian pelajar. Tingkah laku devian merupakan satu tindakan yang sememangnya tidak wajar untuk dilakukan oleh mahasiswa. Mungkin terdapat perbezaan di antara jantina dan tahun pengajian terhadap tingkah laku devian kerana lelaki kebiasaannya lebih agresif daripada segi sifat fizikalnya berbanding perempuan manakala perbezaan tingkah laku devian mengikut tahun pengajian
juga
kemungkinan
turut
berlaku
berdasarkan
kepada
pendedahan dan pengalaman pelajar semasa berada di universiti.
51
Jadual 4.4.1: Melihat Perbezaan Tingkah Laku Devian Di Antara Pelajar Lelaki Dan Pelajar Perempuan Jantina Devian
Lelaki Perempuan
Bilangan (N) 112 166 F
Devian
Equal variances assumed Equal variances not assumed
1.634
Min
Sisihan Piawai 9.84185 8.36683
33.8036 31.5723 Sig. .0202
t
df
2.030
276
1.967
211.770
Sig. (2tailed) 0.43 0.50
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan min devian pelajar lelaki lebih tinggi daripada min pelajar perempuan. Min pelajar lelaki ialah 33.8038 berbanding
min
pelajar
perempuan
31.5723.
Dapatan
ujian-t
menerangkan (t (212) = 1.967, p > 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap tingkah laku devian. Pelajar perempuan juga berkemungkinan besar turut sama melakukan tingkah laku songsang sepertimana yang dilakukan oleh pelajar lelaki contohnya seperti bergaduh samada dalam bentuk fizikal ataupun secara lisan, menggunakan kata-kata kesat, ponteng kelas dan sebagainya. Kesimpulannya hipotesis nol gagal ditolak dan ini bermakna tidak terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap kecenderungan melakukan tingkah laku devian.
52
Jadual 4.4.2: Melihat Perbezaan Tingkah Laku Devian Pelajar Mengikut Tahun Pengajian Devian Tahun Pengajian 1 2 3 Jumlah
Bilangan
Min
Sisihan Piawai
57 75 146 278
34.5263 33.7200 31.0274 32.4712
5.13776 10.06943 9.46569 9.03968
ANOVA Devian
Antara Kumpulan Bersama Kumpulan Jumlah
Sum of Squares 662.049
df 2
21973.221
275
22635.270
277
Mean Square 331.024
F
Sig.
4.143
.017
79.903
Multiple Comparisons Dependent Variable: devian Tukey HSD (I) tahun pengajian 1.00
(J) tahun pengajian 2.00 3.00 1.00 3.00 1.00 2.00
2.00 3.00
Sig. .865 .034* .865 .088 .034* .088
* The mean difference is significant at the .05 level.
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa min devian pelajar yang berada di tahun pertama adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 34.5263. Min devian pelajar tahun kedua adalah 33.7200. Manakala min devian pelajar tahun ketiga ialah 31.0274. Di dalam jadual anova di atas jelas menunjukkan bahawa F= 4.143, p < 0.05. Maka hipotesis yang boleh dibentuk dalam kajian ini ialah terdapat perbezaan secara 53
signifikan terhadap tingkah laku devian berdasarkan tahun pengajian. Perbezaan tingkah laku devian ini dapat dilihat di antara pelajar yang berada di tahun satu dengan pelajar di tahun tiga pengajian di mana nilai signifikannya ialah 0.034. 4.5
Analisis Penghayatan Nilai-Nilai Islam Persoalan berkaitan dengan tahap penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar pula dikaji berdasarkan jantina pelajar bagi melihat samada terdapat perbezaan atau tidak di antara pelajar lelaki atau perempuan terhadap tingkah laku devian. Selain itu kajian ini juga melihat hubungan di antara tahap penghayatan nilai-nilai Islam terhadap tingkah laku devian. Jadual 4.5.1: Menilai Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Islam Di Kalangan Pelajar Jantina Nilai Agama
Lelaki Perempuan
Bilangan (N) 112 166 F Sig.
Min
Sisihan Piawai
40.5000 39.2169
3.16228 3.44673
t
df
Sig.(2tailed)
Nilai Agama
Equalvariances .366 assumed Equal variances not assumed
.546
3.146
276
0.02
3.199
25.539
0.02
Min nilai agama pelajar lelaki lebih tinggi berbanding min nilai agama pelajar perempuan di mana min nilai agama pelajar lelaki ialah 40.5 manakala min nilai agama pelajar perempuan pula ialah 39.2169. Bagi menjawab objektif kajian yang ke dua ini dapat dijelaskan (t (276) = 3.146, p < 0.05. Maka hipotesis yang boleh dinyatakan bagi objektif
54
kajian ini ialah terdapat perbezaan penghayatan nilai-nilai Islam di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jadual 4.5.2: Hubungan Di Antara Penghayatan Nilai-Nilai Islam Terhadap Tingkah Laku Devian Bilangan (N)
r (pekali korelasi)
278
-.316
p (sig. 2-tailed)
Devian .000
Nilai Agama Aras Pengujian Signifikan p< 0.05
Berdasarkan jadual di atas (r(278) = -0.316, p < 0.05. Maka dengan ini dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara penghayatan nilai-nilai Islam terhadap tingkah laku devian tetapi hubungannya lemah. Dengan ini dapat dijelaskan bahawa sekiranya tahap penghayatan nilai-nilai Islam lemah ianya mampu membawa kepada kecenderungan untuk bertingkah laku devian dan juga sebaliknya. 4.6
Analisis Peranan Media Media merupakan medium yang dilihat mampu mempengaruhi pelajar dalam corak bertingkah laku. Ini berikutan golongan pelajar merupakan bilangan yang paling ramai menggunakan aliran media alternatif iaitu internet. Sememangnya kandungan atau intisari yang terdapat pada laman web begitu mudah untuk diakses ataupun dimuat turun. Selain itu majalah-majalah yang berunsurkan gossip-gosip artis turut mendapat tempat di pasaran negara kita dengan memaparkan berita-berita atau tajuk artikel yang mampu menarik minat pembacanya. Tidak terkecuali turut dipaparkan ialah fesyen terkini artis yang dikatakan trendy dan terkini.
55
Jadual 4.6.1: Hubungan Peranan Media Terhadap Tingkah Laku Devian Bilangan (N)
r (pekali korelasi)
p ( sig. 2-tailed)
Devian 278
.670
.000
Peranan Media Aras Pengujian Signifikan p< 0.05
Jadual di atas menunjukkan (r(278) = .670, p < 0.05. Maka terdapat hubungan yang signifikan dan kuat iaitu .670 di antara peranan media terhadap tingkah laku devian. Dengan ini dapatlah dibuktikan bahawa media masa banyak mempengaruhi pelajar dalam berkelakuan. Pelajar mudah terpengaruh dengan setiap paparan yang dipersembahkan oleh media dan cenderung untuk mengikutinya. 4.7
Analisis Pengaruh Rakan Sebaya Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi terpenting dalam membentuk keperibadian para pelajar. Ini kerana rakan merupakan individu yang paling hampir dengan pelajar selain daripada keluarga. Pelajar mudah terpengaruh dengan ajakan rakan kerana mereka telah terikat dengan nilai yang telah dibina secara bersama ahli-ahli dalam kumpulannya. Kebimbangan pelajar-pelajar disisihkan ataupun dipulaukan rakan-rakan sekiranya
enggan
menyimpang
menyertai
daripada
sebarang
norma-norma
aktiviti
yang
telah
yang
kadangkala
disepakati
oleh
masyarakat membuatkan pelajar tiada pilihan melainkan turut ikut serta bersama kumpulannya.
56
Jadual 4.7.1: Hubungan Pengaruh Rakan Terhadap Tingkah Laku Devian Bilangan (N)
r (pekali korelasi)
p ( sig. 2-tailed)
Devian 278
.895
.000
Pengaruh Rakan Aras Pengujian Signifikan p< 0.05
Hubungan di antara pengaruh rakan terhadap tingkah laku devian dapat dijelaskan melalui jadual di atas iaitu (r(278) = .895, p < 0.05. Maka terdapat hubungan yang signifikan di antara pengaruh rakan terhadap tingkah laku devian. Hubungannya
adalah sangat kuat iaitu .895. Ini
berikutan rakan adalah sumber rujukan utama pelajar selain daripada keluarga sebagai tempat untuk berkongsi atau meluahkan segala permasalahan yang dihadapi. Kebimbangan dipulaukan oleh rakan-rakan menyebabkan pelajar terpaksa menerima nilai atau budaya yang dibentuk oleh kumpulannya. 4.8
Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Devian Di dalam kajian ini terdapat tiga faktor utama yang dilihat mampu mempengaruhi pelajar bertingkah laku devian iaitu tahap penghayatan nilai-nilai Islam, peranan media dan juga rakan sebaya. Faktor-faktor ini dipilih berikutan akhir-akhir ini negara sering disajikan dengan pelbagai isu atau berita berkaitan gejala yang tidak sihat seperti jenayah ragut, pembuangan bayi, pergaduhan dan sebagainya yang membabitkan remaja
ataupun
mahasiswa.
Kejadian
ini
kemungkinan
ada
hubungkaitnya dengan sejauhmanakah tahap penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar masa kini disamping pendedahan pelajar terhadap media. Rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang dilihat mampu mempengaruhi pelajar dalam melakukan aktiviti devian. 57
Jadual 4.8.1: Faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Devian Model Summary
Model 1
R .895(a)
R Square .802
Adjusted R Square .801
2
.905(b)
.819
.818
3
.914(c) .835 .834 a Predictors: (Constant), pengaruhrakan b Predictors: (Constant), pengaruhrakan, nilaiagama c Predictors: (Constant), pengaruhrakan, nilaiagama, pengaruhmedia ANOVA(d) Model 1
2
3
df Regression
F 1
Residual
276
Total
277
Regression
2
Residual
275
Total
277
Regression
3
Residual
Sig.
1114.916
.000(a)
623.327
.000(b)
463.303
.000(c)
274
Total
a b c d
277 Predictors: (Constant), pengaruhrakan Predictors: (Constant), pengaruhrakan, nilaiagama Predictors: (Constant), pengaruhrakan, nilaiagama, pengaruhmedia Dependent Variable: devian Coefficients(a) Unstandardized Coefficients Std. B Error
Model
1
t
Sig.
(Constant)
-2.669
1.080
-2.472
.014
pengaruhrakan 2
(Constant) pengaruhrakan nilaiagama
1.053 12.859 1.020 -.363
.032 3.165 .031 .070
33.390 4.063 33.085 -5.191
.000 .000 .000 .000
3
(Constant)
21.428
3.451
6.209
.000
1.218 -.502 -.248
.048 .072 .048
25.241 -6.967 -5.168
.000 .000 .000
pengaruhrakan nilaiagama pengaruhmedia a Dependent Variable: devian
58
Di dalam jadual di atas menunjukkan R2
yang disumbangkan oleh
pengaruh rakan terhadap tingkah laku devian ialah 0.802 iaitu 80.2 peratus, manakala peratus yang disumbangkan oleh nilai-nilai agama terhadap tingkah laku devian pula ialah 0.819 iaitu 81.9 peratus. Bagi pengaruh media pula nilai R2 = 0.835 dan peratus yang disumbangkan terhadap tingkah laku devian ialah 83.5 peratus. Peratus yang disumbangkan oleh media merupakan yang paling tinggi. Di dalam jadual anova pengaruh media menunjukkan nilai F (1, 276) = 1114.916, p < 0.05. Ini menunjukkan pengaruh rakan mampu meramal secara signifikan terhadap tingkah laku devian.
Manakala nilai-nilai
agama pula menunjukkan nilai F (1,275) = 623.327, p < 0.05. Ini bermakna nilai-nilai agama juga mampu meramal secara signifikan terhadap tingkah laku devian. Bagi pengaruh media pula nilai F (1,274) = 463.303, p < 0.05. Ini menerangkan pengaruh media juga mampu meramal secara signifikan dalam mempengaruhi tingkah laku devian di kalangan pelajar. Di dalam jadual Coefficients pula pengaruh rakan menunjukkan nilai t = 33.390, p < 0.05. Ini bererti pekali regrasi yang diuji terhadap tingkah laku devian adalah signifikan. Manakala bagi penghayatan nilai-nilai Islam pula nilai t = -5.191, p < 0.05. Ini menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan di antara nilai-nilai Islam dengan tingkah laku devian. Faktor media pula menunjukkan nilai t = -5.168, p < 0.05. Ini jelas menunjukkan media juga mempunyai pengaruh yang signifikan dengan tingkah laku devian. Kesimpulannya ketiga-tiga faktor iaitu nilai-nilai Islam, peranan media dan pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang dominan dalam mempengaruhi tingkah laku devian di kalangan pelajar.
59
4.9
Kesimpulan Segala persoalan dan objektif kajian telah dijawab di dalam bab ini di mana bagi objektif kajian untuk melihat perbezaan tingkah laku devian di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dapat dijelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap kecenderungan melakukan tingkah laku devian. Ini dapat dijelaskan bahawa pelajar perempuan juga cenderung melakukan tingkah laku devian seperti mana yang dilakukan oleh pelajar lelaki. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku devian berdasarkan tahun pengajian pelajar. Ini mungkin boleh disimpulkan bahawa pelajar yang berada di tahun ketiga kurang terlibat dengan tingkah laku devian berbanding pelajar yang berada di tahun pertama dan kedua. Ini kerana tahap kematangan, pengalaman ataupun pemikiran pelajar mungkin turut sama meningkat selari dengan tahun pengajiannya dan mampu mengelakkan diri daripada terjebak dengan tingkat laku devian. Di dalam kajian ini juga dijelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara penghayatan nilai-nilai Islam di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ini dapat digambarkan bahawa pelajar lelaki mempunyai tahap penghayatan nilai-nilai Islam yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan
berdasarkan
kepada
perbezaan
min
nilai
agama.
Berdasarkan kepada dapatan kajian di dalam bab ini juga menunjukkan bahawa penghayatan nilai-nilai Islam, peranan media dan rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku devian dan ketiga-tiga faktor ini juga mampu mempengaruhi perilaku devian di kalangan pelajar.
60
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan Bab ini membincangkan tentang rumusan kajian, cadangan tentang dapatan yang diperolehi. Perbincangan menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan yang telah diajukan termasuklah rumusan dan perbincangan mengenai hipotesis yang telah dibentuk, objektif kajian, keputusan dan sokongan bagi penemuan yang telah dinyatakan dalam bab empat. Bab ini juga akan mengutarakan cadangan bagi penyelidikan yang akan datang.
5.2
Rumusan Kajian Berdasarkan kepada hasil kajian, beberapa rumusan dapat dibuat. Antaranya termasuklah tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap masalah tingkah laku devian mengikut jantina. Hasil kajian ini menjawab persoalan dan mencapai objektif yang telah dibentuk. Di dalam kajian yang dilakukan oleh Wan Su Haji Haron (2006) bertajuk “Hubungan Personaliti, Kemahiran Sosial, Kebimbangan Dan Rakan 61
Sebaya Dengan Tingkah Laku Devian Di Kalangan Pelajar Universiti” menunjukkan hasil dapatan yang sebaliknya. Di dalam kajian tersebut seramai 210 pelajar telah terpilih berdasarkan kepada ciri-ciri populasi pelajar seperti semester, jantina, bangsa, agama, umur dan tahap pencapaian akademik. Tatacara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian tersebut ialah drop and collect di mana penyelidik itu sendiri mengedarkan soal selidik secara rawak kepada pelajar. Setiap pelajar akan mengembalikan borang soal selidik yang telah dilengkapkan kepada penyelidik. Borang soal selidik terdiri daripada enam bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden, bahagian B mengukur personaliti, bahagian C mengukur kemahiran sosial, bahagian D mengukur kebimbangan manakala bahagian E digunakan untuk mengukur pengaruh rakan sebaya dan bahagian F pula mengukur tingkah laku devian. Keputusan ujian-t yang diperolehi dalam kajian tersebut menunjukkan min tingkah laku devian di antara lelaki dan perempuan berbeza secara signifikan. Nilai min mengikut jantina menunjukkan perbezaan yang jelas dan didapati nilai min devian pelajar lelaki lebih tinggi iaitu 58.47 berbanding dengan nilai min devian pelajar perempuan iaitu 47.4. Ini bermakna lelaki lebih banyak melakukan tingkah laku devian berbanding dengan pelajar perempuan. Terdapat kajian yang mengatakan perbezaan agresif di antara pelajar lelaki dan perempuan di mana lelaki dengan teguhnya lebih agresif secara fizikal berbanding perempuan dalam kebanyakkan keadaan. Ini disebabkan tindakan agresif lelaki dipacu oleh sifat dominan dan kuasa, manakala perempuan lebih berkait rapat dengan ekspresi perasaan negatif seperti kemarahan atau kekecewaan. Objektif kajian berkaitan persoalan melihat tingkah laku devian di kalangan pelajar berdasarkan tahun pengajian menunjukkan terdapat 62
perbezaan yang signifikan. Dalam kajian ini menunjukkan bahawa pelajar yang berada di tahun pertama lebih cenderung untuk terlibat dengan tingkah laku devian berbanding dengan pelajar di tahun kedua dan ketiga. Ini mungkin tahap kematangan pelajar yang berada di tahun pertama masih rendah dan mudah terpengaruh dengan persekitaran baru di sekelilingnya. Dapatan ini disokong oleh kajian daripada penyelidik terdahulu yang dijalankan oleh Yahya Buntat dan Rozita Sanapi (2003) bertajuk “Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel”. Kajian tersebut melibatkan sejumlah 92 sampel kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu dan tahun tiga Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Instrumen kajian ini menggunakan set soal selidik. Bahagian A berkaitan maklumat responden, bahagian B soalan berkaitan dengan tahap penghayatan nilai-nilai murni yang mengandungi 16 item. Manakala bahagian C menerangkan dengan sikap terhadap kepentingan nilai-nilai murni yang juga mengandungi 16 item. Tahap penghayatan nilai-nilai murni diukur berdasarkan 5 tahap iaitu 1 (Amat Rendah), 2 (Rendah), 3 (Sederhana), 4 (Tinggi) dan 5 (Amat Tinggi). Manakala sikap terhadap kepentingan nilai-nilai murni pula diukur menggunakan skala likert iaitu 1 (Sangat Tidak Penting), 2 (Tidak Penting), 3 (Tidak Pasti), 4 (Penting) dan 5 (Sangat Penting). Hasil kajian tersebut menunjukkan pelajar tahun pertama mempunyai min tahap penghayatan nilai-nilai murni yang rendah iaitu 3.5. Manakala min penghayatan nilai murni pelajar tahun kedua ialah 3.52 berbanding min penghayatan nilai murni pelajar tahun ketiga iaitu 3.9. Bagi menjawab objektif kajian berkenaan dengan tahap penghayatan nilai-nilai Islam mengikut jantina pelajar, kajian ini menunjukkan terdapat 63
perbezaan yang signifikan terhadap tahap penghayatan nilai-nilai Islam mengikut jantina. Dapatan kajian ini mendapati pelajar lelaki lebih tinggi tahap penghayatan nilai agamanya berbanding dengan pelajar wanita. Ini dapat dilihat daripada min nilai agama pelajar di mana min nilai agama pelajar lelaki lebih tinggi daripada min nilai agama pelajar perempuan. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ahmad Johari Sihes, Abdul Rahim Hamdan, Jamaluddin Ramli dan Nor Salis Samingan (2000) bertajuk “Pengaruh Pengetahuan Agama Ke Atas Amalan Agama Dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia” melibatkan 300 orang mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia yang berada di tahun tiga dan empat serta tinggal di kolej kediaman mahasiswa. Kajian tersebut dijalankan menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar beragama Islam. Set soal selidik tersebut mempunyai 45 item. Bahagian soal selidik dipecahkan kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian A melibatkan latar belakang responden, bahagian B mengukur aspek pengetahuan yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak manakala bahagian C pula mengukur aspek amalan yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak serta aspek gaya hidup yang terdiri daripada sosial, akademik, individualistik dan kepimpinan. Dalam kajian tersebut menunjukkan min pengetahuan agama bagi lelaki adalah lebih tinggi iaitu 4.62 berbanding perempuan iaitu 4.51. Mahasiswa yang prihatin akan terdedah dengan pelbagai situasi yang boleh meningkatkan pengetahuan mereka lebih-lebih lagi bagi pelajar lelaki kerana pergerakan mereka lebih bebas berbanding perempuan dalam mencari atau mendalami ilmu agama semasa berada di universiti. Selain itu juga min tahap amalan agama mahasiswa Islam UTM menunjukan mahasiswa lelaki mempunyai tahap amalan agama yang 64
lebih tinggi iaitu 3.53 berbanding perempuan 3.51. Namun perbezaannya adalah sangat kecil. Selain itu persoalan kajian berkaitan hubungan penghayatan nilai-nilai Islam terhadap tingkah laku devian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penghayatan nilai-nilai Islam terhadap tingkah laku devian tetapi hubungannya sangat lemah. Ini menunjukkan pelajar yang mempunyai tahap penghayatan nilai-nilai Islam yang tinggi mampu mengelakkan diri daripada terlibat dengan tingkah laku devian. Manakala pelajar yang mempunyai tahap penghayatan nilai Islam yang rendah mudah untuk terlibat dalam salah laku devian. Dapatan ini juga disokong dengan kajian oleh penyelidik terdahulu sepertimana yang dijalankan oleh Ahmad Johari Sihes, Abdul Rahim Hamdan, Jamaluddin Ramli dan Nor Salis Samingan (2000) bertajuk “Pengaruh Pengetahuan Agama Ke Atas
Amalan Agama Dan Gaya
Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia”. Dapatan kajian tersebut mendapati terdapat hubungan yang positif tetapi sangat lemah iaitu (r = 0.163) di antara tahap pengetahuan agama dengan tahap amalan agama mahasiswa. Walaupun demikian hubungan antara dua pembolehubah ini adalah signifikan kerana nilai signifikannya 0.005 lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu (p < 0.05). Ini menunjukkan walaupun mahasiswa mempunyai tahap pengetahuan agama yang tinggi tetapi tidak kesemua pengetahuan yang dimiliki itu diterjemahkan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian mereka. Objektif kajian untuk melihat hubungan peranan media terhadap tingkah laku devian pelajar mendapati terdapat hubungan yang signifikan dan kuat. Ini dapat dibuktikan menerusi dapatan kajian yang diperolehi. Sememangnya media sangat berperanan terhadap corak tingkah laku 65
pelajar. Filem-filem dari Barat yang mempunyai unsur yang lucah, kasar dan kesat mudah mempengaruhi gaya perilaku seseorang pelajar. Tambahan pula pelajar merupakan golongan yang sangat rapat dengan dunia teknologi maklumat. Ini dapat disokong dengan kajian terdahulu yang dilakukan oleh Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2009) bertajuk “Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan Ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar”. Kajian ini dilakukan menggunakan soal selidik yang mengandungi tiga bahagian utama berbentuk lima skala likert. Bahagian A mengukur latar belakang responden, bahagian B berkaitan pendedahan media massa dan bahagian C tentang pegangan akhlak remaja. Soal selidik diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahihan dengan melibatkan 61 orang remaja dalam kajian rintis di sebuah sekolah. Hasil daripada
ujian
tersebut
tahap
kebolehpercayaan
untuk
aspek
pembangunan diri adalah sangat tinggi iaitu 0.8194. Populasi kajian melibatkan remaja Melayu daripada Tingkatan Empat sekolah-sekolah menengah di daerah Sabak Bernam. Dalam memilih sampel kaedah persampelan rawak berstruktur telah digunakan. Dalam kajian tersebut 400 orang remaja daripada empat buah sekolah terpilih secara rawak berdasarkan senarai sekolah-sekolah di daerah Sabak Bernam. Hasil kajian mendapati min pendedahan remaja terhadap kandungan dalam media berunsurkan hiburan merupakan yang paling tinggi iaitu 3.93 berbanding dengan min terhadap kandungan dalam media massa berbentuk agama iaitu 3.68 dan juga pendidikan iaitu 3.56. Minat remaja terhadap kandungan dalam media yang berunsurkan pengetahuan am juga amat rendah iaitu hanya 3.46. Soalan berkaitan pegangan akhlak remaja juga menunjukkan bahawa remaja lebih suka menonton rancangan TV dan VCD yang berunsurkan seks dengan 66
mencatatkan min tertinggi iaitu 4.22 berbanding min rancangan yang berunsurkan kekeluargaan iaitu 3.26. Di dalam kajian ini persoalan berkaitan faktor yang mempengaruhi tingkah laku devian di kalangan pelajar mendapati ketiga-tiga faktor iaitu penghayatan nilai-nilai Islam, peranan media dan pengaruh rakan sebaya mampu mempengaruhi tingkah laku devian. Mahasiswa hanya melakukan ibadat tanpa menghayati sepenuhnya makna ibadah yang dikerjakannya. Pelajar gagal untuk menterjemahkannya ke dalam kehidupan seharian. Peranan media di kalangan pelajar memang tidak dinafikan lagi. Kebelakangan ini rancangan realiti TV merupakan satu trend baru program televisyen. Rancangan realiti ini datang dalam pelbagai bentuk dan mula diperkenalkan di Malaysia selepas tahun 2000. Antara rancangan realiti yang sering menjadi ikutan ramai ialah pertandingan nyanyian seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor dan sebagainya merupakan rancangan realiti yang mempunyai begitu ramai pengikut di kalangan pelajar Melayu Islam. Rancangan realiti seperti Akademi Fantasia sebenarnya diadaptasi daripada rancangan La Academia yang berasal dari Mexico. Kemasukan rancangan Telenovela daripada Venezuela, Mexico dan filem dari negara Amerika Latin juga telah merosakan jiwa pelajar Melayu termasuklah melalui pemaparan wanita seksi yang dijadikan simbol kekuatan kepada filem berkenaan (Latiffah Pawanteh, 2005). Selain itu rakan sebaya turut menjadi faktor dalam mempengaruhi tingkah laku devian. Perubahan yang berlaku kepada rakan sebaya memberi kesan dan sangat mempengaruhi pelajar untuk terlibat dengan devian. Ini dapat dibuktikan menerusi Teori Differential Association di mana sejauhmana hebatnya hubungan sosial seseorang itu dengan kumpulan rakan-rakannya maka lebih mudah untuk mereka terpengaruh. Mereka juga mendefinisikan 67
salah laku sebagai perkara biasa dan cenderung untuk melanggar peraturan. Berdasarkan Teori Transmisi kebudayaan menyatakan tingkah laku devian itu mempunyai perkaitan dengan persekitaran masyarakat dan bagaimana individu berkenaan menyesuaikannya. Ini berdasarkan
kepada
bagaimana
pendedahan
mereka
terhadap
pergaulan terhadap pengaruh baik dan buruk. Teori Sub Budaya juga boleh menerangkan bagaimana kelompok individu dalam masyarakat yang membentuk budayanya sendiri yang terpisah daripada norma-norma masyarakat yang lain. Ini dapat dilihat di dalam kumpulan remaja yang membentuk identitinya sendiri. Kelompok remaja ini mempunyai gaya pertuturan dan fesyen berpakaian yang tersendiri. Ahli kumpulan akan mengikut apa sahaja peraturan yang ditetapkan oleh kumpulannya agar mereka terus diterima oleh ahli-ahli lain dalam kumpulannya. 5.3
Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini patut diteruskan berkaitan dengan masalah tingkah laku devian pelajar. Tetapi kali ini skop yang lain pula perlu diambil kira seperti gaya asuhan keluarga serta lokasi tempat tinggal responden. Ini kerana lokasi tempat tinggal responden juga sedikit sebanyak mampu mempengaruhi tingkah laku pelajar. Sebagai contoh pelajar yang tinggal di bandarbandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu, pelajar ini lebih terdedah dengan tingkah laku devian seperti mengunjungi disco, keluar hingga lewat malam kerana bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu tidak pernah sunyi ditambah lagi dengan kewujudan pelbagai kemudahan pusat hiburan dan pusat membeli belah. Di samping itu juga, sampel yang digunakan perlulah diperbesarkan meliputi daerah-daerah atau bandar-bandar yang lain sehinggalah ke peringkat negeri bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan 68
sahih. Bilangan sampel yang lebih besar berkemungkinan akan memberikan dapatan kajian dan dapat digeneralisasikan dengan lebih luas. Selain daripada itu juga, kajian yang akan datang dicadangkan agar penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dan ini dijangka boleh memdapatkan maklumat yang lebih lengkap lagi dan terperinci. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan di mana responden menjawab secara terburu-buru yang tidak menggambarkan diri responden yang sebenar ataupun tanpa memberikan perhatian yang jelas. Ini mungkin dapat mempengaruhi keputusan kajian. 5.4
Kesimpulan Masalah yang berkaitan dengan remaja pada masa kini terutamanya remaja atau pelajar Melayu yang beragama Islam amat meruncing. Perkara yang membentuk nilai dan tingkah laku remaja sebenarnya adalah melalui ejen sosialisasinya yang ada dalam persekitarannya. Sebagai contohnya gejala lepak di kalangan pelajar merupakan satu bentuk tingkah laku devian yang biasa kita dengar dan amati. Kurangnya penghayatan terhadap nilai-nilai Islam begitu ketara sekali di kalangan pelajar masa kini. Ini berikutan kes pembuangan bayi saban hari semakin meruncing tanpa adanya sebarang petanda kes seperti ini akan menurun. Amalan keagamaan sekiranya dihayati dan diamalkan secara berterusan mampu mengawal tingkah laku devian pelajar. Media massa dikatakan mempunyai pengaruh terhadap pembentukan realiti sosial remaja. Media dianggap sebagai jendela dunia untuk remaja kerana melaluinya remaja dapat melanjutkan jangkauan pengalamannya yang terhad kepada dunia luar. Oleh kerana pengalaman yang terhad, remaja berkemungkinan menerima imej media tentang sesuatu isu sebagai satu realiti. Pengalaman daripada budaya media inilah yang akan mempengaruhi remaja dari segi gaya hidup, hubungan seks, 69
pemilihan pakaian, hubungan rakan sebaya, penggunaan dadah dan minuman keras dan lain-lain perilaku berkaitan hidup seorang remaja. Kajian-kajian di Barat mengakui bahawa remaja menggunakan televisyen untuk membuat ketentuan tentang sesuatu situasi yang mana mereka tidak mempunyai pengalaman secara langsung (Hawkins & Pingree., 1982).
Kajian
di
barat
juga
menunjukkan
bahawa
televisyen
mengambarkan realiti sosial yang amat berbeza dengan realiti sebenarnya. Mereka yang mempunyai pendedahan televisyen yang tinggi akan terpengaruh dengan realiti yang dipaparkan oleh televisyen disebabkan kesan penyuburan dalam jangka masa yang lama. Daripada segi pendedahan media cetak di kalangan remaja atau pelajar didapati bahawa majoriti remaja meminati bahan bacaan bercorak hiburan daripada bahan bacaan bercorak pendidikan seperti Dewan Masyarakat atau Siswa (Samsudin, 1994). Kewujudan media tambahan di Malaysia seperti siaran berbayar ASTRO yang mampu ditonton 24 jam juga mampu mempengaruhi remaja dengan dengan sajian filem-filem dari barat yang bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran. Siaran radio juga yang saban hari menyiarkan lagulagu berentak heavy metal, rap, pop rock juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan nilai remaja Islam (Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail, 2009). Pemantauan daripada pihak kerajaan, masyarakat dan keluarga amatlah ditagih dalam membendung gejala salah laku devian di kalangan pelajar masa kini kerana pelajar merupakan cerminan kepada kepimpinan masa hadapan negara.
70