Oleh: Pelajar Lelaki PISMP 4G (2014) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Dalcroze Zoltan Kodaly PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK
Shinichi Suzuki
Carl Orff Edwin Gordon
»
Kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan.
»
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze, pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian peny elesaian masalah, impro improvisasi visasi serta penilaian.
»
Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan orang dewasa.
»
Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya. seumpamanya.
»
Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan keinginan-k einginan asas kanak-k kanak-kanak. anak.
»
Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak: kanak-kanak:
1.
Untuk be bergerak
2.
Berj Be rjay aya a dan dan di dipe perk rken enal alka kan n
3.
Diteri Dit erima ma oleh oleh kelo kelompo mpok k sebaya sebaya dan dan masy masyar arak akat at
4.
Untuk be bersain ing g
5.
Memper Mem perole oleh h kecer kecergas gasan an fizik fizikal al dan dan daya daya pena penarik rik
6.
Untu Un tuk k me meng ngem emb bar ara a
7.
Memp Me mper erol oleh eh kep kepua uasa san n krea kreati tivi viti ti
8.
Melahi Mel ahirk rkan an pera perasasa sasan n melalui melalui perg perger erak akan an berira berirama ma
9.
Untu Un tuk k me meng nge etah ahui ui
»
“Dalcroze Eurhythmic” adalah pendekatan muzik
berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik. »
Komponen asas Dalcroze ialah:
Euritmik
Dalcroze Eurhythmic
Solfa
Improvisasi
»
Euritmik (eurhythmic)
»
Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik.
»
Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama.
»
Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia.
»
Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi.
»
Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahanbahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.
»
Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian).
»
Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu:
Mendengar
Merasai
Berimaginasi
Mengintrepetasi bunyi
Bertindak/respon/bergerak
Membayangkan maksudnya secara luaran
»
Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.
»
Solfa (solfage)
»
Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality).
»
Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan.
»
Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik.
»
Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.
»
Improvisasi (improvision)
»
Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm).
»
Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan.
»
Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma
pendidikan muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. »
Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya.
»
Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.
»
Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanakkanak dalam literasi muzik.
»
Ini dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik.
»
Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.
»
Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu :
»
Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa).
»
Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan.
»
Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly.
»
Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh
dalam muzik. »
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik.
»
Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) suku kata semasa menepuk irama.
»
Orff pernah berkata “ Experience first, then intellectualize” yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.
»
Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.
»
Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.
»
Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain.
»
Apabila Orff merujuk kepada elemental music , beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus.
»
Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak.
»
Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.
»
Empat komponen utama pembelajaran Orff
Eksplorasi
Improvisasi
Imitasi
Literasi
1)
»
EKSPLORASI
Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu:
»
a)
Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi
EKSPLORASI RUANG –
kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya.
Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.
»
b)
EKSPLORASI BUNYI -
Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak.
Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya.
Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi.
Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar.
Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.
»
c)
Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and
EKSPLORASI BENTUK-
bunyi.
Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian.
Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa.
Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.
Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya.
Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.
2) »
IMITASI
Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat.
»
Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi.
»
Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak.
»
Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai ‘ Role Model’ kepada murid-muridnya.
»
Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya.
»
Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.
3) »
LITERASI
Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik.
»
Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik.
»
Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik.
»
Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka.
»
Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun.
»
Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.
4) »
IMPROVISASI
Improvisasi adalah matlamat utama dalam pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak.
»
Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid.
»
Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak.
»
Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya.
»
Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.
»
Beliau memberi penekanan pembelajaran secara berperingkat-peringkat.
»
Teori ini digunakan melalui lapan peringkat kemahiran muzik dalam dua kategori asas iaitu diskriminasi dan inferens.
Diskriminasi
Inferens
Diskriminasi
»
Dalam kategori diskriminasi, murid akan mempersembahkan satu tugasan muzik yang sama contohnya dengan apa yang ditunjukkan oleh guru.
»
Proses ini dijalankan melalui lima kemahiran iaitu yang pertama ialah oral / aural.
»
Oral atau aural melibatkan kanak-kanak belajar untuk mendengar dan melihat corak bunyi muzik yang dinyanyikan guru dengan suku kata yang mudah.
»
Seterusnya ialah kesatuan lisan yang dapat dilihat melalui nyanyian guru dengan suku kata yang ada corak irama yang sama dengan peringkat oral.
»
Selepas murid mendengar nyanyian guru, mereka akan mengikut dan menyanyikan semula corak irama tersebut dalam tindak balas echo.
»
Di dalam kemahiran sebahagian sintesis, corak bunyi dan irama muzik yang hampir sama akan dikumpulkan di dalam setiap irama.
»
Kemahiran seterusnya ialah kesatuan simbol yang melibatkan guru menunjukkan kepada murid tentang corak bunyi yang hampir sama dalam notasi berirama.
»
Pada kemahiran yang terakhir dalam kategori ini ialah gabungan sintesis yang melatih dan mendidik murid untuk faham notasi muzik dalam menyanyikan sesebuah lagu.
Inferens
»
Bagi kategori kedua ialah inferens ataupun kesimpulan yang mengandungi corak yang tidak dikenali oleh murid dan akan diperkenalkan dalam kelas pengajaran melalui tiga kemahiran dalam muzik.
»
Kemahiran yang pertama ialah kesimpulan umum yang melibatkan murid untuk membandingkan muzik yang tidak dikenali dengan muzik yang pernah murid pelajari sebelum ini melalui note.
»
Seterusnya kemahiran kedua ialah kreativiti atau improvisasi.
»
Dalam kemahiran ini, murid akan mempersembahkan corak bunyi yang berbeza dari kelas pembelajaran tetapi berkait dengan corak yang dipersembahkan oleh guru.
»
Bagi kemahiran yang terakhir dalam kategori ini iaitu pemahaman teori, murid akan menyoal dan mempertimbangkan mengapa muzik adalah muzik, tetapi aplikasi umum adalah teori muzik.
»
Selain itu , beliau juga telah memperkenalkan dan memberikan keutamaan kepada prinsip “bunyi sebelum simbol” yang lebih menekankan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan .
»
Bagi Gordon , pembelajaran muzik yang baik akan berlaku jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang dikenali sebagai ‘audiation’ . Audiation merupakan satu proses mental yang membolehkan seseorang individu “mendengar” muzik dalam akal fikiran tanpa merujuk kepada mana-mana bunyi yang dihasilkan secara fizikal ( getaran bunyi ) .
»
Dengan ini , punca bunyi dalam audiation adalah daripada akal fikiran sendiri dan bukan daripada faktor persekitaran fizikal .
»
Dalam pendekatan ini, bahan dan strategi telah diatur secara berperingkat – peringkat mengikut teori – teori pembelajaran kontemporari.
»
Pendekatan ini juga memberikan penekanan kepada aspek kognitif yang boleh membantu pelajar untuk membezakan irama, meter, dan juga tonality atau kualiti nada ( major , minor , dan mode seperti Dorean dan Mixolydian ) selain bernyanyi, bermain alat-alat muzik, membaca notasi muzik, dan menghayati muzik .
»
Audiation merupakan satu proses kognitif yang melibatkan otak
yang membantu untuk memberi maksud tentang pelbagai muzik . Selain itu , audiation juga adalah asas kepada pembelajaran muzik . Ini juga merupakan satu teknik yang mampu memotivasikan pelajar untuk belajar dengan cara mendengar dan memahami apa yang diajar oleh guru . »
Di samping itu , dengan menggunakan proses audiation , pelajar dapat meningkatkan kemampuan dan pemahaman serta kepekaan pada melodi , interval , ritma dan irama , tona yang merupakan satu asas pengetahuan kepada pelajar untuk dapat belajar secara kreatif sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai .
»
Kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan.
»
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze, pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian.
»
Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan orang dewasa.
»
Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak berupaya mempelajari muzik.
»
Kebolehan muzik bukan satu bakat semula jadi tetapi satu kebolehan yang boleh dikembangkan melalui latihan atau didikan yang betul.
»
Beliau percaya bakat seseorang kanak-kanak tidak terhad.
»
Prinsip
»
Dimulakan dari usia bayi 3 bulan.
»
Gerakan dalam langkah-langkah kecil bagi membina keyakinan.
»
Kanak-kanak mendengar dan mengajuk sebelum aspek muzikal ditekankan.
»
Dapat memperkembangkan tahap kemahiran pelajar dan dapat mewujudkan dorongan yang kuat terhadap pelajar.
»
Kerjasama ditekankan bagi mengelakkan persaingan.
»
Pendekatan Suzuki
»
Pendidikan berdasarkan bakat.
»
Fokus kepada pendidikan muzik kepada kanak-kanak (permainan alat muzik).
»
Dimulakan sejak berumur 2 atau 3 tahun.
»
Kanak-kanak dapat dipupuk melalui pembelajaran muzik bersistematik.
»
Sokongan terhadap keyakinan dan penghargaan bagi membentuk disiplin diri.
»
Menekankan pendengaran, peniruan dan bermain muzik dalam kumpulan.
»
Kaedah “mother-tongue”
»
Memberi fokus kepada sistem Imitasi dan Pengulangan dalam pengajaran Violin.
»
Dalam sistem Imitasi, murid-murid akan belajar bagaimana melihat, mendengar dan menghafal skor-skor muzik.
»
Dalam pengulangan (repetition) memerlukan murid-murid memainkan semula skor-skor lagu yang telah dipelajari pada peringkat awal agar tidak melupakan sahaja lagu-lagu yang telah dipelajari dahulu.