TERAPI MUZIK
PENGENALAN Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan.
Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.
Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.
APA ITU MUZIK TERAPI?
Muzik terapi merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu.
GOLONGAN-GOLONGAN SASARAN
Sebanyak 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya mereka yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan, penyakit kanser & AIDS, dan lain-lain lagi.
Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.
Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.
TUJUAN
Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarganya, serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menyenangkan fikiran.
TEKNIK-TEKNIK MUZIK TERAPI
Setelah penaksiran klinikal dijalankan, pakar muzik terapi akan menjalankan program muzik terapi yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar seleksi muzik tertentu, memain alat-alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik-lirik lagu, mengarang dan menggubah lagu, memberi persembahan secara kumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis dengan muzik.
Fleshman dan Fryrear (dalam Nystul, 2003) mengatakan bahawa terapi muzik merangkim 4 aktiviti:
1. Pengalaman rekreasi dan berorentasikan hiburan bertujuan untuk memupuk proses sosialisasi. 2. Kelompok teraputik yang mendengar lagu bertujuan meningkatkan kejelekitan kelompok. 3. Aktiviti yang mirip kepada psikoterapi bertujuan merangsang emosi, menggalakkan perbincangan, memupuk pemahaman kendiri, dan meningkatkan hubungan social. 4. Terapi muzik secara individu dan kelompok yang menuju kepada masalah klien, misalnya meminta klien berduet bagi memupuk sifat kerjasama.