ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Kaedah Pengajaran Pengajaran Pendidikan Moral
Tajuk 3
Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral
Sipnosis Tajuk ketiga membincangkan pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral secara lebih berkesan. berkesan. Sebanyak tujuh pendekatan dijelaskan dalam tajuk ini, para guru boleh mengaplikasikan pendekatan-pendekatan ini ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, tiga lagi pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan, iaitu Pendekatan Kepedulian , Pendekatan Berasaskan Kemahiran dan Pendekatan Domain.
Hasil Pembelajaran 1. Memahami semua pendekatan pendekatan Pendidikan Pendidikan Moral yang yang diperkenalkan dalam tajuk ini. 2. Menghubungkaitkan pendekatan pengajaran Pendidikan Moral dengan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian. 3. Menggunakan pendekatan yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Kerangka Konsep Tajuk
Pendekatan Pendidikan Moral
Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan Moral
Analisis Pendekatan Pendidikan Moral
1
Aplikasi Pendekatan Pendidikan Moral dalam P&P
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
Pendekatan-pendekatan Pendidikan Moral
Pendekatan Rasional (Rational Approach)
Pendekatan Bertimbang Rasa (Considerate Approach)
Pendekatan Tindakan Sosial (Social Action Approach)
Pendekatan Moral Kognitif (Cognitive Moral Approach)
Penjelasan Nilai (Value Clarification Approach)
Pendekatan Pendidikan Moral (Moral Education Approach)
Pendekatan Pemupukan Nilai (Value Cultivation Approach)
Pendekatan Domain (Domain Approach – Nucci
Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill Based ApproachNarvaez)
2
Pendekatan Analisis Nilai (Value Analysis Approach)
Pendekatan Kepedulian (Caring Approach – Nodding)
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
3.0
Pengenalan dan kepentingan Pendekatan Pendidikan Moral
Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral diperkenalkan sejak
tahun 1960an. Pendekatan dalam Pendidikan Moral digunakan oleh
kebanyakan negara di seluruh negara.
Walau bagaimanapun pendekatan-
pendekatan perlulah disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat. Konsep pendekatan bermaksud cara mempelajari dan menilai sesuatu dengan lebih dekat. Pendekatan
memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi, iaitu:
1. penaakulan/pemikiran moral, - kognitif 2. perasaan/emosi moral dan - afektif 3. perlakuan/ tindakan moral. - psikomotor
Pendekatan dalam Pendidikan Moral merangkumi teori dan prinsip-prinsip tentang bagaimana untuk membangunkan dan mengukuhkan perkembangan Moral.
Ia
juga membantu kita untuk memahami dan mempraktikkan Pendidikan Moral dengan lebih berkesan. Penggunaan pendekatan yang sesuai dalam penyampaian ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan moral adalah penting, kerana banyak perkara yang berkaitan dengan moral, khasnya tentang nilai-nilai moral adalah agak subjektif, bagaimana pandangan tentang sesuatu perkara moral yang dianggap sebagai positif dapat juga diterima oleh orang lain sebagai positif bergantung kepada pendekatan penyampaian maklumat kepada orang tersebut.
Dalam pendidikan moral, guru
bukan hanya hendak menyampaikan ilmu pengetahuan tentang moral, tetapi juga dapat mempengaruhi murid supaya mereka dapat memahami, menghayati dan mengamalkan apa yang mereka tahu tentang moral, supaya objektif pembelajaran Pendidikan Moral tercapai, iaitu membentuk insan yang benar-benar bermoral dari segi pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dalam insan yang dididik. Sehubungan itu, guru subjek Pendidikan Moral perlu menguasai pelbagai pendekatan Pendidikan Moral supaya setiap topik moral dapat disampaikan kepada murid dengan berjaya dan berkesan.
3
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
3.1
Analisis Pendekatan Pendidikan Moral
3.1.1 Pendekatan Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai ialah satu proses menanam budi pekerti yang baik dalam diri kanak-kanak. Pendekatan ini boleh digunakan secara sedar dan tanpa sedar ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pendekatan ini digunakan secara meluas pada peringkat sekolah rendah. Tujuan utama pendekatan ini adalah untuk menanam sesuatu nilai yang dianggap baik dan patut diamalkan oleh para pelajar. Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.
Contoh-contoh aktiviti dalam pendekatan pemupukan nilai ;
(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri. (b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif. (c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan
atau pengalaman yang
dialami oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baik sesuatu nilai yang dikehendaki.
Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskann
kepada
prinsip
moral.
Walaupun
pendekatan
ini
mudah
digunakan,ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
4
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
3.1.2 Pendekatan Bertimbang Rasa
Pendekatan bertimbang rasa menekankan pembelajaran tentang perasaan atau emosi. Pendekatan ini dapat membantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan perasaan moral (emosi Moral) Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan, Pendidikan Moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain seperti bertimbangrasa kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Kelakuan itu akan memberikan kepuasan kepada orang lain yang bertindak dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbangrasa.
Berikan tiga contoh perlakuan
Berikan tiga contoh perlakuan
bertimbang rasa
tidak bertimbang rasa
(1/2 jam)
3.1.3 Pendekatan Rasional
Pendekatan Rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis. Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis sifat dan dimensi nilai masyarakat.
Dalam pendekatan rasional
sesuatu nilai dianalisis bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai lain. Berikut adalah garis panduan menggunakan pendekataan rasional: 1. Kenalpasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan hubungannya dengan nilai lain. 2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai yang diterima oleh masyarakat.
5
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
3. Menimbangkan implikasi yang mungkin timbul 4. Membuat keputusan dengan mengutamakan nilai. 5. Memupuk penglibatan diri.
Cuba memikirkan pernahkah anda melaksanakan pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Jika pernah, topik apa? Bagaimanakah anda menggunakan pendekatan ini?
3.1.4 Pendekatan Tindakan Sosial
Pendekatan yang diperkenalkan oleh Fred Newman. Pendekatan ini berkaitan dengan peranan warganegara dalam setiap institusi sosial. Fokus utama ialah kepada
kebolehan sivik dan kecekapan bersosial. Tujuannya ialah untuk
memastikan setiap warganegara boleh berfungsi dalam masyarakat. Melalui pendekatan ini, rasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap sesuatu isu menjadi lebih mudah untuk diutarakan kerana murid akan merasakan dirinya berada dalam situasi tersebut. Pendekatan tindakan sosial bermatlamat ; (a) membolehkan murid berinteraksi dengan orang lain (b) Menggalakkan murid menyiasat suasana sosial yang baru Pelaksanaan dalam kelas: (a)
Penyiasatan terbuka – mengembangkan
interaksi
murid
dan
guru;
meningkatkan peluang murid berinteraksi dengan murid lain dan juga orang dewasa.
Murid juga menyiasat interaksi sosial dalam suasana baru serta
menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi.
6
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
(b)
Penyiasatan terbimbing oleh guru – menyiasat aktiviti atau situasi sosial
yang baru, meransang interaksi dengan orang yang belum dikenali dan dalam situasi yang baru untuk menyesuaikan diri serta menyelesaikan masalah.
Antara
teknik P&P yang sesuai digunakan dalam Pendekatan
Tindakan Sosial adalah seperti projek, khidmat sosial, lawatan, kajian tindakan dan aktiviti yang melibatkan pembelajaran berasaskan pengalaman dan interaksi sosial dengan orang lain. Bagaimanakah interaksi sosial ini dalam aktiviti-aktiviti tersebut dapat menjadikan P&P Pendidikan Moral lebih berkesan? (1 jam)
3.1.5 Pendekatan Moral Kognitif
Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakuldi peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.
Pendekatan ini bertujuan
untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.
7
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
Peringkat-peringkat Perkembangan Moral
Peringkat 1- Orientasi dendaan dan kepatuhan
Peringkat 2 - Orientasi ganjaran Peribadi
Peringkat 3 - Orientasi harmoni antara peribadi
Bincangkan bagaimana nilai-nilai moral boleh diterapkan melalui persatuan kokurikulum badan beruniform.
3.1.6 Pendekatan Penjelasan Nilai
Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain.
Pendekatan ini melibatkan penggunaan
pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya.
Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:
I Proses memilih:
(i)
memilih secara bebas
(ii)
dari pelbagai pilihan yang sedia ada
(iii)
menimbangkan pilihan 8
kesan-kesan
ke
atas
setiap
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
II Proses menghargai:
III Proses bertindak:
(iv)
mengharagi setiap keputusan yang telah diambil
(v)
menyatakan secara terbuka
(vi)
bertindak ke atas keputusan yang telah diambil
(vii)
sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupannya.
Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar. Masalah akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan
menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara.
3.1.7 Pendekatan Analisis Nilai
Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar.Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat sesuatu keputusan.
Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut:
(a)
Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
(b)
Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
(c)
Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif
(d)
Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat. 9
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan.
Oleh kerana
pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
Jelaskan satu situasi salah laku yang dianalisis secara logik melalui pendekatan analisis nilai. Senaraikan alasan anda sebab analisis nilai sesuai digunakan. (1 jam)
3.2. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral baru.
3.2.1 Pendekatan Kepedulian ( Ca r i n g A p p r o a c h – N o d d i n g ) Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman.
Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah
melalui empat aspek yang berikut:
(a)
Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for ). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti. 10
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
(b)
Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).
(c)
Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.
(d)
Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam perhubungan antara individu.
Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang m engekalkan prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang ( care), maka guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.
3.2.2 Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill B ased Ap pro ach- Narvaez)
Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada proses sensitivity beretika, pertimbangan beretika, motivasi beretika dan tindakan beretika. Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka.
Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah
proses (struktur) bukan keputusan (kandungan)Penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara. Cara melaksanakan pendekatan ini ialah seperti yang berikut: (a)
Simulasi
(b)
Perbincangan
(c)
Sesi refleksi
(d)
permainan 11
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
3.2.3 Pendekatan Domain (D o m a i n A p p r o a c h – N u c c i ) Pendekatan Domain (Larry Nucci 2001 )
Perbezaan interaksi social iaitu isu peribadi berbeza dengan isu interpersonal. Kanak-kanak mengganggap sekolah sebagai penghalang pelakuan mereka yang boleh dilakukan di rumah.
sekolah perlu membuat beberapa peraturan bagi mengawal perilaku pelajar dalam menjalankan misi pendidikan.
Terdapat 5 praktis pendidikan uutuk guru-guru a. Pendidikan Moral berfokuskan kepada isu-isu keadilan, kesamaan dan keperluan manusia. b. Program Pendidikan Moral diintergrasikan dlm kurikulum c. Perbincangan moral membantu perkembangan moral semasa pelajar menggunakan corak perbincangan transaktif. d. Struktur misi kooperatif membantu perkembangan moral dan akademik e. Guru-guru perlu memberi perhatian terhadap kesan buruk perlakuan tidak bermoral daripada peraturan yang dilanggar atau harapan social yang tidak dipenuhi.
Pendekatan Domain yang dikemukakan oleh Larry Nucci and Elsa K. Weber merupakan satu pendekatan P&P nilai-nilai sosial dalam Pendidikan moral, biasanya, ia memerlukan guru mewujudkan satu suasana moral dalam bilik darjah, murid berbincang dalam kumpulan tentang sesuatu isu yang kontrovesial, biasanya berkaitan dengan disiplin murid, isu social dan kemudian meninjau isu dalam pelbagai domain, sama ada secara konvensional, atau secara moraliti. Melalui sesi soal jawab dalam perbincangan, guru dapat melihat pelbagai respons dalam kalangan murid tentang sesuatu isu; murid juga dapat membandingkan isu-isu yang dilihat secara konvensional dan secara moraliti. Pendekatan ini membenar murid menilai sesuaru perkara atau isu yang berkaitan dengan nilai-nilai moral & sosial dengan lebih objektif.
12
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral
Cuba dapatkan maklumat-maklumat lanjutan yang berkaitan dengan Pendekatan Domain dalam Pendidikan Moral dari internet. Tuliskan nota ringkas berkaitan Pendekatan Domain dan kaedah P&P yang boleh diguna dalam pendekatan ini. (1 jam)
3.3
Aplikasi Pendekatan Pendidikan Moral dalam P&P
Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru perlu menguasai pelbagai
pendekatan dan berinovatif, berkreatif serta berkebolehan dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam P&P Pendidikan Moral di sekolah. Pendekatan yang sesuai akan memudahkan lagi guru Pendidikan Moral menyampaikan ilmu pengetahuan moral, khasnya penghayatan nilai-nilai murni dengan lebih eksplisit dan berkesan. Percubaan dengan pendekatan P&P yang baru membenarkan guru menguasai teknik pengajaran yang lebih mencabar, sekiranya didapati pendekatan yang
dicuba
adalah
tidak
sesuai,
guru
boleh
bersikap
proaktif
dengan
mengubahsuaikan teknik-teknik dalam kaedah penyampaian ilmu moral secara inovatif dan kreatif. Dengan percubaan demi percubaan, guru dapat menguasai semua pendekatan dengan lebih mahir dan lancar.
Setelah meneliti pendekatan-pendekatan dalam Pendidikan Moral, pilih satu topik Pendidikan Moral KBSR atau KSSR dari Tahun 1 hingga Tahun 6, jelaskan pendekatan yang sesuai digunakan untuk P&P topik tersebut. Kemukakan langkah-langkah dalam kaedah yang digunakan dalam aplikasi pendekatan tersebut.
13