1.0 TERAPI Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. 2.0 TERAPI MUZIK Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. 2.1 TERAPI MUZIK SEBAGAI SATU RAWATAN a) Muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan. b) Muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. Ia boleh mendorong dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea. c) Muzik merupakan sumber kepada keseronokan, memperkembangkan penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yang positif. 2.2 AKTIVITI TERAPI MUZIK - Membuat pergerakan mengikut lagu. - Menulis lirik lagu. - Bermain berlatar belakangkan muzik. - Mengenal dan membuat latihan menggunakan alat muzik. - Latihan praktikal menggunakan alat muzik. 1
- Mengasilkan alunan muzik menggunakan bahan atau alatan seperti baldi.
2.3 KEBAIKAN TERAPI MUZIK a) Murid terencat akal - Dapat meningktkan kemahiran sosial dan emosi. - Dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. - Dapat meningkatkan kemahiran psikomotor.
b) Murid bermasalah komunikasi - Meningkatkan kelancaran pertuturan. - Membetulkan masalah suara. - Meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi.
c) Murid autistik - Meningkatkan pertuturan dan bahasa. - Meningkatkan kemahiran sensorimotor. - Menggalakkan interaksi sosial.
2
3.0 TERAPI PERGERAKAN KREATIF Terapi pergerakan kreatif membantu kanak-kanak meningkatkan perkembangan menyeluruh
mereka.
Terapi
ini
memberi
tumpuan
kepada
penggunaan
sepenuhnya
pancaindera yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka persekitarannya secara semulajadi. Melalui pengalaman kinestatik yang diperolehi, kanak-kanak akan memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. 3.1 ASPEK PERGERAKAN KREATIF a) Lokomotor Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contoh pergerakan lokomotor :
Berjalan
Melompat
Merangkak
b) Bukan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. Contoh pergerakan bukan lokomotor :
Berlari setempat
Melompat setempat
Imbangan bangau
c) Manipulasi alatan Manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. Contoh manipulasi alatan :
Melantun bola ambil berjalan
Memusingkan gelung dengan tangan
Skipping sambil berjalan
3
3.2 TEMA PERGERAKAN KREATIF Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tema 1 : Kesedaran tubuh badan. Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa. Tema 3 : Kesedaran ruang. Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa. Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan. Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat. Tema 7 : Lapan lakuan daya asas. Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan. Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan. Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas. Tema 11 : Orientasi ruang. Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan. Tema 13 : Penaikan dari lantai. Tema 14 : Kesedaran berkumpulan. Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan. Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.
4
3.3 KEPENTINGAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF a) Meningkatkan kecerdasan. b) Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa. c) Meningkatkan kemahiran bertutur. d) Meningkatkan kreativiti.
3.4 AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN
Gimrama
Tarian moden
Tarian tradisional
Pergerakan berkumpulan dan berpasangan
Tiru gaya haiwan bergerak
5
4.0 TERAPI MAIN Terapi main membantu murid menunjukkan komitmen dan kesungguhan serta fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak secara aktif memaparkan dunia sebenar imaginasi mereka. Penerokaan wujud semasa bermain yang melahirkan pengalaman baru. 4.1 KONSEP TERAPI MAIN a) Melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia. b) Ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain. c) Kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing. d) Mainan mencirikan kehidupan sebenar. Contoh : - Set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak. - Set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon. e) Mainan bercirikan luahan perasaan agresif. Contoh : - Gari, penukul, peralatan militan dan topeng. f)
Mainan bercirikan luahan perasaan kreativiti. Contoh : - Crayon, playdoh, kad, boneka.
4.2 PERBEZAAN TERAPI MAIN DENGAN BERMAIN
Terapi main mempunyai objektif yang ditetapkan.
Mempunyai perancangan awal.
Mempunyai kawalan spesifik.
Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif.
Mengikut masa yang telah ditetapkan.
6
4.3 TUJUAN TERAPI MAIN
Mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi.
Meningkatkan komunikasi, persefahaman dan ekspresi verbal.
Murid mampu menilai diri sendiri.
Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang.
Merawat gangguan perkembangan normal.
4.4 PROSES TERAPI MAIN Tahap satu
: Rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina.
Tahap dua
: Luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis.
Tahap tiga
: Penerokaan peristiwa.
Tahap empat : Bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih. 4.5 PERLAKSANAAN TERAPI MAIN 1) BILIK TERAPI Kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak .Disertakan dengan bahan-bahan, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain. 2) MEDIA MAINAN (KRITIREA)
Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak.
Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak.
Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini.
Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak.
7
4.6 KEPENTINGAN TERAPI BERMAIN
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri.
Membolehkan melahirkan masalah.
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan.
Meningkatkan keyakinan diri
Berkomunikasi dengan rakan.
Kebolehan memberi pendapat.
Berkongsi.
Membentuk sahsiah.
Ekspress kendiri.
Meningkatkan kemahiran manipulatif.
Meluahkan emosi.
8
5.0 TERAPI FLOORTIME Terapi floortime bertujuan untuk membawa kanak-kanak autisme melalui 6 tahap penting yang menekankan perkembangan emosional. 6 tahap tersebut ialah : 1) Pengawalan kendiri menimbulkan minat terhadap dunia sekeliling. 2) Hubungan
orang
dewasa
dengan
kanak-kanak
lebih
rapat
(keinginan
berinteraksi dengan orang lain). 3) Meningkatkan kemahiran komunikasi 2 hala kanak-kanak itu sedar bahawa tindakannya membawa reaksi kepada orang lain. 4) Mempertingkatkan pengendalian komunikasi kompleks. 5) Idea emosional : Iaitu kebolehan melahirkan perasaan. 6) Pemikiran emosional : Iaitu kebolehan berfikir tanpa beremosi. 5.1 LANGKAH –LANGKAH DI DALAM TERAPI FLOORTIME PEMERHATIAN
Perhatikan dan fikirkan cara untuk mendekati kanak-kanak.
Pemerhatian: Riak muka, nada suara, bahasa badan dan perkataan.
MENDEKATI (MEMULAKAN KOMUNIKASI)
Gunakan bahasa tubuh badan dan perkataan yang sesuai apabila berkomunikasi.
Kembangkan dan bina minat kanak-kanak terhadap sesuatu perkara.
MENGIKUTI KEHENDAK KANAK-KANAK
Menyokong dan membantu kanak-kanak.
Membenarkan mereka memilih permainan.
Akan meningkatkan keyakinan diri dan menjadi tegas.
MENERUSKAN DAN MENGEMBANGKAN PERMAINAN
Membantu kanak-kanak meluahkan pendapat dan menentukan permainan.
Bertanyakan soalan yang dapat menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif.
9
KANAK-KANAK MENAMATKAN KOMUNIKASI
Kanak-kanak menamatkan perbualan apabila mereka membalas dan menunjukkan bahasa tubuh mereka.
5.2 CONTOH AKTIVITI o
Menangkap Ombak.
o
Berdiri di hadapan pukulan ombak kecil.
o
Minta mereka mengejar dan melarikan diri daripada ombak di gigi air.
o
Bermain percikan air dalam kolam.
o
Memercikkan air, menendang air, membaling bola, dan menggunakan pelbagai peralatan permainan lagi.
o
Menjelajah Kotak Pasir.
o
Menyembunyikan pelbagai objek dalam kotak pasir.
o
Meminta kanak-kanak mencari sama ada tanpa alatan atau dengan alatan tangan.
o
Bawa kanak-kanak ke zoo, akuarium, muzium bersejarah dan lain-lain tempat menarik.
o
Minta mereka melakukan apa yang telah mereka perhatikan.
10
6.0 AKTIVITI TERAPI Aktiviti yang dipilih : 1. Senam seni. 2. Menghasilkan irama muzik menggunakan bahan-bahan yang disediakan. 3. Meniru gaya pergerakan. 4. Sukaneka.
SENAM SENI Semua murid akan berkumpul dan aktiviti dimulakan dengan aktiviti senam seni. Murid akan mengikut pergerakan yang dilakukan guru dengan iringan muzik. Selesai aktiviti senam seni, guru akan menerangkan aktiviti yang akan dilakukan seterusnya. Untuk setiap aktiviti, murid akan dipecahkan kepada tiga kumpulan. TERAPI MUZIK Guru menyediakan bahan dan alatan seperti tin, kotak, botol plastik dan set garfu serta sudu. Dalam kumpulan yang ditetapkan, murid dikehendaki menghasilkan irama muzik, sambil menyanyi dan melakukan pergerakan. Irama yang dihasilkan adalah berdasarkan tema yang diberikan. Tema dipilih berdasarkan cabutan kertas sebelum aktiviti bermula. Aspek yang diberi perhatian ialah irama yang dihasilkan, nyanyian dan pergerakan berdasarkan tema.
11
TERAPI PERGERAKAN Setiap ahli kumpulan akan berdiri di kon yang disediakan. Ahli kumpulan yang pertama akan memilih pergerakan yang perlu dilakukan. Ahli kumpulan yang pertama akan bergerak ke peserta kedua dengan melakukan pergerakan yang telah dipilih. Setelah peserta pertama sampai, peserta kedua perlu bergerak ke arah perserta ketiga dengan melakukan pergerakan sama. Permainan diteruskan sehingga semua peserta selesai melakukan pergerakan. Kemudian setiap peserta akan mengulang aktiviti dengan melakukan pergerakan yang berikutnya. TERAPI MAIN DAN FLOORTIME Aktiviti yang akan dilakukan melibatkan aktiviti sukaneka. Permainan yang disediakan ialah ialah permainan baling gelung ke arah kon. Isi air dalam belon. Setiap kumpulan akan bermain permainan yang berbeza secara serentak. Bagi permainan baling gelung ke arah kon, peserta perlu membaling kon dalam keadaan duduk di atas lantai. Tempoh masa diberikan selama lima minit. Permainan isi air dalam belon memerlukan peserta mengisi air ke dalam belon, dan membawa belon tanpa memegang dengan tangan dalam keadaan merangkak. Setiap ahli kumpulan perlu membawa sebiji belon setiap seorang. Tempoh masa singkat diberikan untuk menyelesaikan permainan.
12
UNSUR TERAPI Setiap aktiviti menerapkan elemen muzik, pergerakan dan koordinasi anggota badan. Aktiviti senam seni memberi ransangan melalui bunyi muzik dan membantu pergerakan anggota badan melibatkan motor kasar dan motor halus. Aktiviti terapi muzik meransang pemikiran kreatif. Aktiviti sukaneka melibatkan gabungan terapi main dan terapi floortime. Permainan yang dilakukan melatih koordinasi anggota badan, kreativiti, kepantasan dan kerjasama setiap ahli kumpulan.
13