Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sekysen 16. Adakah faktorfaktor masalah pelajar, pengaruh rakan sebaya, sebaya, latar belakang keluarga, keluarga, suasana sekolah dan persekitaran mempengaruhi gejala ponteng pon teng sekolah. seko lah. Seramai 20 orang pelajar p elajar dikaji yang untuk mengenal pasti masalah gejala ponteng.Hasil kajian menunjukkan pengaruh rakan merupakan faktor utama yang mendorong gejala ponteng dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16. Selain faktor pengaruh rakan, faktor-faktor lain yang turut menjadi pendorong terhadap kegiatan ponteng ialah masalah diri pelajar, diikuti dengan masalah keluarga, pengaruh persekitaran dan peranan sekolah. Hasil kajian mencadangkan beberapa langkah perlu diambil oleh kesemua plhak yang terlibat iaitu ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan dalam usaha menangani gejala ponteng yang semakin serius jika tidak dibendung.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan mengenai pengenalan kajian kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Perkara yang dibincangkan adalah latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, signifikan kajian, batasan kajian serta de finisi operasi.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kejayaan sistem sesebuah sekolah adalah bergantung kepada tahap disiplin pelajar di sekolah berkenaan. Ini bermaksud disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan juga imej pelajar. Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga merupakan institusi pendidikan masyarakat yang akan membentuk pola budaya generasi akan datang. Sekolah juga merupakan tempat untuk memperkembangkan potensi pelajar dari segi jasmani,
2
emosi, rohani dan intelektual seterusnya dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.
Namun begitu, tidaklah mudah untuk mencapai matlamat bagi melahirkan manusia terdidik dan berguna yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran berat untuk menangani pelbagai salah laku pelajar yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Masalah sosial yang melibatkan golongan remaja kian meningkat di negara kita. Pelbagai masalah yang sering dikaitkan dengan remaja misalnya ponteng sekolah, lari dari rumah keluarga, terlibat dengan gejala dadah dan berkecimpung dalam kegiatan seks diluar nikah hingga membawa kehamilan, keguguran dan membuang anak semakin berleluasa. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan Malaysia, isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya diperingkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng . Usaha bersepadu seluruh masyarakat amat diperlukan bagi mencari punca sebenar masalah ponteng ini agar dapat ditangani diperingkat akar umbi kerana ia dikhuatiri menyebabkan masalah yang lebih serius. Justeru itu, jika usaha menanganinya tidak dapat dilaksanakan segera, kemungkinan perangkaan ini terus meningkat dan memberi kesan kurang baik kepada sistem pendidikan negara dan masa depan generasi muda.
3
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu
Ketika menjalani praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek Ekonomi rumah tangga, perdagangan dan sivik tingkatan empat. Sepanjang pengajaran saya ada di sekolah tersebut saya mendapati ada terdapat beberapa orang pelajar yang tidak hadir sekolah dengan kerap. Pada amatan saya pelajar tersebut bukanlah pelajar yang lemah. Tetapi lama kelamaan setelah diteliti pelajar tersebut banyak ketinggalan dalam pembelajaran membuatkan mereka tidak dapat menjawab soalan ketika ujian diadakan. Di sebabkan meja guru praktikum saya berada di bilik disiplin dan juga saya di arahkan oleh guru disiplin dalam beberapa tugas disiplin saya sempat bertanya kan kepada guru disiplin sekolah tersebut iaitu En. Fakrul mengenai kes ponteng sekolah. Menurut beliau sekolah tersebut antara sekolah yang mempunyai kadar kes ponteng yang tinggi berbanding sekolah-sekolah yang berdekatan. Tambahan pula pernah ada beberapa orang pelajar gagal dalam ujian SPM disebabkan ketidak hadiran tanpa sebab. Melihat kepada Statistik Ponteng sekolah saya mendapati salah satu kelas yang saya ajar iaitu 4 Nilam merupakan antara kelas yang paling ramai pelajar ponteng. Saya membuat pemerhatian kepada kelas tersebut selama beberapa minggu dan melihat prestasi ujian mereka bagi membuat hubungkait masalah ponteng ini dengan prestasi pembelajaran mereka. Saya dapati kebanyakan pelajar ponteng tidak dapat menjawab ujian dengan baik.
4
1.3 Objektif Kajian
1. Mengenal pasti kekerapan pelajar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sekysen 16
2. Mengenal pasti punca kekerapan pelajar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sekysen 16
3. Mengenal pasti cara mengatasi pelajar ponteng sekolah.
1.4 Persoalan Kajian
1. Adakah pelajar kerap ponteng sekolah?
2. Apakah punca menyebabkan pelajar ponteng sekolah
3. Adakah cara mengatasi pelajar ponteng dapat membantu mengurangkan kadar ponteng sekolah
1.5 Signifikan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat adakah untuk melihat dan mengkaji punca pelajar ponteng sekolah dan cara mengatasi masalah tersebut. Penyelidik juga ingin mengetahui persepsi murid tentang punca yang menyebabkan mereka ponteng sekolah. Justeru, diharapkan hasil
5
kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar, guru, pihak sekolah dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan untuk memantapkan lagi pencapaian sekolah i.
Pelajar-pelajar Pelajar dapat meningkatkan lagi kehadiran mereka ke sekolah
ii.
Guru-guru Guru-guru lebih kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi memberi minat kepada pelajar supaya tidak ponteng sekolah
iii.
Pihak Sekolah Hasil kajian ini diharap dapat membantu pengurusan pihak sekolah dalam memberi input dan dorongan kepada guru melaksanakan p&p dengan berkesan dan juga menjalankan aktiviti bagi menarik minat pelajar
iv.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Hasil kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada KPM untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku dalam pembelajaran di sekolah.
6
1.6 Batasan Kajian
Batasan kajian adalah responden dan kaedah kajian. Pertama, kajian ini hanya melibatkan responden pelajar yang ponteng sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 sahaja. Pemerhatian dibuat berdasarkan kelas yang banyak terlibat dengan masalah ponteng. Kedua, metodologi kajian ini mempunyai kekurangan berbanding gabungan penggunaan kaedah dan instrumen yang lain. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan dan hanya menggunakan soalselidik. Bilangan responden kajian ini adalah sebanyak 30 orang pelajar sahaja. 1.7 Definisi Operasi
Definisi operasi membincangkan mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Huraian mengenai istilah yang digunakan penting supaya tidak berlaku kekeliruan dalam memahami kajian ini:
1.7.1 Ponteng Merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
1.7.2
Kehadiran Merujuk kepada berada di sesuatu tempat contohnya sekolah. Ada nya seseorang tersebut dan kedatangan nya pada tempat tersebut contoh nya sekolah.
7
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang hasil kajian lepas dan dapatan data yang diperolehi daripada penyelidik terdahulu mengenai tabii sains. Kajian-kajian ini dijadikan rujukan dan panduan dalam pelaksanaan kajian dan penghasilan hasil akhir kajian ini.
2.2 Pekeliling Ikhtisas Mengenai Masalah Ponteng
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
8
Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. Tidak disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah.
Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995 (5 Sept. 1995) telah menjelaskan bahawa: ‘Laporan salahlaku pelajar sekolah …ponteng sekolah dan ponteng k elas merupakan salahlaku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar….’
Begitu juga, ‘……jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi tabiat dan amalan, ianya boleh membawa kesan negatif… ketinggalan dalam pelajaran …… tindakan yang sewajar perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah…’
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 (1 Ogos 1986) menjelaskan langkah-langkah keberkesanan disiplin sekolah. Dalam pekeliling ini dinyatakan bahawa : ‘…tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah, seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah….’
Dalam Surat Pekeliling Ikthsas Bil. 18/1998 (2 Sept. 1998) telah menyarankan tentang penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 (24 Sept 2001) memaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, semua guru adalah guru disiplin. hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib.
9
Setiap guru
Namun keseriusan kes ponteng kelas masih lagi berterusan.
Dengan itu kajian ini
dilakukan demi untuk mengenalpasti pelbagai punca dan cara penyelesaian ponteng kelas mengikut pandangan pelajar menengah atas. Jadi apakah faktor kecenderungan mengikut kadar ponteng kelas? Menurut persepsi pelajar, apakah cara penyelesaian terhadap ponteng kelas adalah paling berkesan di sesebuah sekolah?
Berdasarkan Abdullah (2005:110), sikap pelajar yang mudah bosan mendorong salah laku disiplin di bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu diubah supaya seiring dengan perkembangan minda pelajar pada masa kini supaya tiada tekanan dan bosan. Kaedah yang menarik akan dapat menarik pemerhatian pelajar agar memberi respons positif dan berminat dengan mata pelajaran yang diajar.
Dalam
Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng di sekolah (1994:5-9) telah menjelaskan
bahawa faktor yang menyebabkan salah laku ponteng kelas termasuklah diri sendiri, guru, kemudahan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Manakala langkah-langkah bagi mengatasi ponteng kelas adalah faktor guru dan peranan pentadbir. Kerjasma antara guru dengan pihak pentadbir (pengetua, PK pentadbiran, PK HEM dan juga PK KK) yang erat dapat mempertingkatan dan mencorakkan budaya dan iklim sekolah yang akan memberangsangkan pelajar datang ke sekolah dan menjauhi salah laku ponteng.
10
2.3 Kesimpulan
Berdasarkan kajian literatur yang dibuat, penyelidik dapat melihat beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan bagi menangani dan menjelaskan mengenai masalah ponteng sekolah kerana ini memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Justeru, penyelidik merasakan lebih banyak kajian wajar dilakukan bagi mengetahui punca berlakunya masalah ponteng sekolah ini dan mengenalpasti cara menangani pelajar ponteng.
:
11
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan metodologi dalam menjalankan kajian. Perkara yang dibincangkan adalah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisis data.
12
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitaif. Data telah dikumpul melalui instrumen soal selidik. Tinjauan melalui instrumen soal selidik dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap masalah ponteng sekolah. Maklumat tentang kekerapan ponteng sekolah pelajar diperolehi dan dikumpul
melalui
rekod Buku Kawalan Kelas (Mac-Mei) 2014 dari setiap
tingkatan seperti yang dicatatkan oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar kelas berkaitan. „Pilot-test‟ dijalankan berdasarkan alat kajian tertentu, iaitu soal selidik dan temubual. Kemudian maklumat dalam
soal selidik telah dimurnikan dan diubahsuaikan.
Seterusnya,
borang soal selidik diberi kepada responden yang terlibat dalam kes ponteng sekolah.
Responden yang terlibat dalam kajian semuanya pernah ponteng kelas. Antaranya responden juga didapatkan daripada senarai pelajar yang dirujuk kaunseling atas sebab ponteng kelas. Respon terhadap soal selidik adalah dikumpul semasa menghadiri sesi kaunseling dan juga semasa pengkaji “sit-in” dalam kelas yang berkaitan. Responden diberi penerangan satu demi satu semasa menjawab borang soal selidik ini.
3.3 Sampel Kajian
Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik melakukan kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam , Selangor. Populasi yang dipilih adalah melibatkan 20 orang pelajar tingkatan 4 Nilam.
13
3.4 Instrumen Kajian
Kajian kuantitatif yang dijalankan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan set soal selidik yang mempunyai lima item soalan yang dibina penyelidik.
3.5 Analisis Data
Hasil daripada tinjauan soal selidik yang dilakukan, Data yang dikumpul dianalisis dengan bantuan pengisian perkomputeran. Diskritif statistik seperti peratus, min dan sisihan piawai dapat dikonstruk dan mengenal pasti tahap kecenderungan punca ponteng kelas pelajar dan menentukan peratusan persepsi pelajar dalam cara menangani ponteng kelas di sekolah.
Jadual 1: Pengelasan Ponteng kelas Responden Kepada Sangat Kerap, Kerapkali, dan Sekali-sekala.
Sangat Kerap
-11 kali dan ke atas
Kerapkali
- 5 – 10 kali
Sekali-sekala
- 4 kali dan ke bawah
Jadual 2: Perbezaan Peratusan Kekerapan Ponteng Kelas Mengikut tahun
Kekerapan
Peratus
Darjah
Sangat Kerap
Kerapkali
Tingkatan 2
14
70.0%
4
20.0%
2
10.0%
20
100%
Jumlah
14
70.0%
4
20.0%
2
10.0%
20
100%
14
Sekali sekala
Keseluruhan
Berdasarkan Jaduai 1, petunjuk skala di atas menunjukkan bahawa apabila seseorang pelajar yang ponteng kelas lebih daripada 11 kali adalah dikategorikan dalam sangat kerap ponteng kelas. Pelajar yang dikatakan kerapkali ponteng kelas adalah ponteng kelas antara lima hingga 10 kali dalam tempoh berkenaan. Manakala pelajar yang ponteng empat kali dan ke bawah dikategori ponteng kelas sekali-sekala.
Sehubungan itu, maklumat tersebut adalah berkaitan dengan peratusan kekerapan ponteng kelas pelajar mengikut tingkatan yang dipetikan daripada Buku Kawalan Kelas sesi persekolahan dari bulan Januari hingga April 2014. Ianya melibatkan kelas tingkatan empat nilam. Seramai 20 responden dipilih daripada 37 populasi yang terlibat dalam kelas terebut. Semua responden yang terlibat pernah ponteng kelas dalam tempoh berkenaan. Responden dipilih berdasarkan kekerapan ketidak hadiran mereka di dalam kelas.
Hanya 20 responden yang dipilih adalah disebabkan kesuntukan masa dalam mengumpul data. Ini menyebabkan pengkaji tidak sempat memberi borang soal selidik untuk pelajar yang lain. Begitu juga terdapat responden yang tidak mahu memberi pendapat dalam kajian ini. Kumpulan pelajar ini merasa ragu-ragu dan takut tindakan diambil terhadap mereka walaupun pengkaji menjelaskan bahawa nama mereka tidak akan didedahkan.
Berdasarkan analisis Jadual 2, secara keseluruhannya peratusan kekerapan ponteng kelas mengikut tingkatan menunjukkan bahawa responden adalah dianggap sangat kerap ponteng kelas. Antaranya didapati kekerapan ponteng kelas paling tinggi, iaitu 70.0%. Didapati juga 4 orang pelajar yang kerapkali ponteng kelas. Secara keseluruhannya, terdapat 10.0% pelajar yang
15
sekali sekala ponteng kelas. Fenomena ini mungkin disebabkan pelajar tingkatan 4 yang berumur 17 tahun merupakan alam aliran pertukaran dari segi fisiologi dan mereka belum lagi menyesuaikan diri dengan suasana sekolah menengah atas.
Antaranya yang melibatkan 3 orang responden perempuan dan 17 orang responden lelaki. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa responden lelaki adalah lebih kerap ponteng kelas berbanding dengan responden perempuan.
Berdasarkan analisis kajian ini menunjukkan bahawa dalam tempoh empat bulan ini responden kekerapan ponteng kelas yang paling tinggi ialah sebanyak 41 kali, ,manakala yang paling kurang ponteng kelas adalah dua kali. Maklumat ini adalah berdasarkan maklumat yang tercatat dalam buku kawalan kelas oleh guru mata pelajaran. Responden yang dicatat lewat 15 minit masuk kelas tanpa alasan adalah dianggap ponteng kelas dalam kajian ini.
Daripada maklumat yang didapati, waktu yang paling kerap responden ponteng kelas adalah waktu ketiga dan waktu kelapan, iaitu masing-masing 102 kali dalam tempoh empat bulan. Waktu itu adalah waktu akhir bagi kelas tingkatan 4 yang berkaitan dalam kajian ini. . Apabila diteliti dalam catatan Buku kawalan Kelas, didapati hanya sesetengah guru yang mencatatkan pelajar yang ponteng kelas.
Daripada analisis data yang dikumpul, boleh dikatakan bahawa kekerapan ponteng kelas bagi pelajar tingkatan menengah atas di sekolah yang dikaji berada di tahap yang tinggi.
16
Maka
faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kelas juga disoal selidik dan dianalisis sebagai tindakan proaktif bagi mengenal pasti punca-punca ponteng kelas.
3.5 Kesimpulan
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Kajian dilakukan kepada 20 orang pelajar tingkatan 4 di SMK Seksyen 16 bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap ponteng sekolah. Data yang dikumpul melalui edaran borang soal selidik dianalisis secara kuantitatif bagi mengira frekuensi dan peratusan.
17
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi. Penyelidik telah menjalankan kajian kepada pelajar tingkatan 4 Nilam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16. Respon yang diperolehi adalah daripada 20 orang pelajar tingkatan 4 melalui set instrumen soal selidik. Data yang diperolehi telah dianalisis secara kuantitafif bagi mendapatkan frekuensi dan peratusan.
4.2 Analisis data deskriptif
Analisis statistik deksriptif digunakan untuk mendapat jawapan yang jelas bagi menjawab persoalan kajian. Statistik deskriptif yang digunakan ialah frekuensi dan peratusan mengikut item.
18
4.2.1 Taburan Demografi Responden
Analisis terhadap demografi responden digunakan untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai taburan demografi responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berlainan jantina. Taburan demografi responden adalah seperti jadual di bawah :
Profail Jantina
Bangsa
Frekuensi
Peratus (%)
Lelaki
17
85.0
Perempuan
3
15.0
Melayu
19
95.0
Cina
0
0.0
India
1
5.0
Jadual 4.1
Jadual 4.1 menunjukkan taburan demografi responden pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Hasil daripada edaran borang soal selidik, penyelidik memperolehi 20 borang soal selidik daripada pelajar. Berdasarkan jadual, kajian ini terhad kepada 20 orang responden sahaja yang terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan. Responden yang berbangsa Melayu adalah seramai 19 orang, dan seorang responden berbangsa India.
19
4.2.2 Respon pelajar terhadap Punca Ponteng sekolah
Untuk menjawab soalan kajian Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas pelajar menengah atas mengikut faktor berikut: i.
Masalah Pelajar
ii.
Pengaruh Rakan sebaya
iii.
Latar Belakang Keluarga
iv.
Suasana dan Persekitaran
Analisis dibuat berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar yang pernah ponteng kelas dari tingkatan 4 Nilam (20 orang). Kajian ini adalah merujuk kepada persepsi pelajar yang pernah ponteng kelas sebagai responden. Ianya terdiri daripada pelajar melayu dan india sahaja.
Data ini boleh memberikan maklumbalas kepada pihak sekolah tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kelas memandangkan kes ponteng kelas yang kian menular. Jadi, ia akan memberikan amanat sejauh manakah faktor-faktor yang dikenalpasti dapat membantu pihak sekolah dalam menangani kes ponteng kelas.
Dalam soal selidik yang berkaitan adalah berdasarkan Skala Likert dari tidak setuju kepada sangat setuju. Singkatan yang digunakan seperti berikut:
20
TS KS SD S SS
= = = = =
Tidak Setuju Kurang Setuju Sederhana Setuju Sangat Setuju
Bil 1
Faktor
Min
Sisihan Piawai
B1a. Ponteng kelas kerana ajakan rakan
3.68
1.45
B1b. Pelajar ponteng kelas kerana ingin mengikut rakan berseronok
3.88
1.17
Faktor Pengaruh Rakan Sebaya
Min Taburan 2
Tahap Kecenderungan
Purata
Tinggi 3.78
1.31
3.73
1.43
3.85
1.15
3.58
2.52
B3a. Pelajar berasal daripada keluarga Miskin
3.90
1.11
B3b. Pelajar perlu bekerja.
3.90
1.17
B3c. Pelajar perlu menjaga adik-beradik.
3.41
1.41
3.74
1.24
3.32
1.25
Rendah=1-2.17; Sederhana=2.18-3.34; Tinngi=3.35-4.50 Faktor Masalah Pelajar B2a. Pelajar ponteng Sekolah kerana konflik dengan gurutidak suka guru berkenaan. B2b. Pelajar ponteng Sekolah kerana tidak suka belajar
Min Taburan 3
Purata Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00 Faktor Latar Belakang Keluarga
Min Taburan
Sederhana
Purata
Tinggi
Rendah=1-2.22; Sederhana=2.23-2.45; Tinggi=2.46-3.68 Faktor Suasana Dan Persekitaran
4
B4a. Suasana dalam kelas tidak memotivasikan menyebabkan pelajar ponteng kelas. B4b. Fasiliti atau kemudahan dalam kelas yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar.
Min Taburan
Purata Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00
21
Sederhana 3.10
1.24
3.21
1.24
Data yang dikumpul dari soal selidik adalah dianalisis untuk menentukan tahap kecenderungan pelajar ponteng kelas melalui pengiraan min taburan skor seperti konstruk 1 di atas. Dalam kajian ini, punca-punca ponteng kelas telah dibahagikan kepada 4 kategori utama, iaitu masalah pelajar, pengaruh rakan sebaya, latar belakang keluarga dan suasana perskitaran. Antara setiap punca tersebut diceraikan kepada ceraian tertentu.
Berdasarkan analisis kajian, didapati bahawa faktor yang mempunyai tahap kecenderungan yang paling tinggi ponteng kelas adalah pengaruh rakan sebaya, dimana pelajar mudah terpengaruh oleh rakan sebaya dan juga sifat pelajar yang ingin mencari keseronokan / bermain (purata min=3.78). Faktor masalah pelajar dikatakan kurang memberi dorongan kepada pelajar untuk ponteng kelas (purata min 3.58).
Ini kerana konflik / tidak suka dengan guru berkenaan,
seterusnya responden tidak minat dengan subjek berkenaan dan juga pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Seperti yang dijelaskan oleh Abdullah (2005) bahawa guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas dan memberi nota semata-mata. Mempelbagaikan kaedah mengajar dan juga aktiviti dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.
Faktor lain yang mempunyai tahap kecenderungan tinggi dalam mempengaruhi responden ponteng kelas adalah latar belakang keluarga berdasarkan analisis min taburan skor, 3.74. Desakan keluarga mempengaruhi seseorang pelajar dalam membuat keputusan untuk datang ke sekolah. Mereka lebih menyukai untuk bekerja dan mencari wang untuk membantu keluarga dan memenuhi kehendak sendiri.
22
Seterusnya suasana dan persekitaran (purata min =3.21) juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng kelas.
Ini disebabkan oleh suasana dalam kelas tidak dapat
memotivasikan pelajar menyebabkan mereka ponteng kelas.
Di samping itu, fasiliti atau
kemudahan dalam kelas yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. Ini
selaras
dengan pendapat Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah ketara dan dapat mempengaruh nilai-nilai seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan sebaya cenderung kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Pendek kata, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada diri sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.
Begitu juga dengan pendapat Mohamed (2004:8) menjelaskan bahawa remaja berkecenderungan menolak piawaian yang ditentukan oleh ibu bapa dan guru kerana mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. Mereka suka bercuba-cuba untuk membebaskan diri, berdikari dan membina keyakinan diri. Atas sebab inilah mendorong pelajar suka ponteng kelas kononnya untuk mencari identiti sendiri.
23
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini merumuskan kesimpulan daripada hasil kajian yang dilakukan. Penyelidik juga membincangkan mengenai implikasi kajian, masalah ketika kajian dijalankam serta cadangan untuk kajian seterusnya.
24
5.2 Implikasi Dan Cadangan
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kekerapan ponteng kelas pelajar di salah sebuah sekolah menengah atas di seksyen 16 memandangkan kes ponteng kelas yang dirujuk kepada guru kaunseling adalah begitu ketara sehingga menjadi satu Implikasi daripada fenomena ini secara langsung telah mengganggu P&P dalam kelas dan seterusnya menggugat pencapaian akademik. isu. Diharapkan dengan adanya analisis data ini dapat memberi sedikit impak kepada pihak sekolah supaya kes ponteng kelas dapat dikurangkan sehingga minimum.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor yang mendorong mereka ponteng kelas. Mungkin kerana mereka tidak pandai dalam menangani masalah yang dihadapi, maka ponteng kelas menjadi jalan pintas bagi mereka mengelakkan diri daripada masalah. Akan tetapi, pelajar tahu menahu tentang cara yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ponteng kelas seperti yang disenaraikan dalam borang soal selidik.
Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya dapat mengetahui
di manakah kelemahan sistem pengurusan dan
pentadbiran di sekolah. Dalam membendung masalah disiplin seperti ponteng kelas saya percaya daya kepepimpinan seseorang pengetua yang berkesan „can make an difference‟.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak. Begitu juga dengan hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar:
25
1.
lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin.
2.
guru perlu mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar.
3.
profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan menjalankan amanat mendidik dengan cemerlang.
4.
pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru.
5.
keceriaan bilik darjah perlu dijaga.
5.3 Kesimpulan
Tinjauan persepsi tentang ponteng kelas pelajar menengah atas di sekolah dijadikan tajuk kajian ini adalah berdasarkan keseriusan kes ponteng kelas pelajar yang dirujuk untuk kaunseling di sekolah. Merujuk kepada rekod kaunseling didapati bahawa pelbagai alasan dan sebab yang menyebabkan pelajar ponteng kelas.
Maka penyebab ponteng kelas seperti yang didapati
daripada pelajar dianalisis menjadi salah satu persoalan kajian. Perbandingan min taburan skor digunakan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar dalam ponteng kelas mengikut ceraian faktor ponteng kelas. Analisis menunjukkan bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah perlu dipertingkatkan contohnya keberkesanan sistem merit-demerit, budaya sekolah, fasiliti dan kemudahan dalam kelas perlu diprihatin. Keunikan dalam kajian ini ialah semua hasil kajian adalah berdasarkan pandangan pelajar yang pernah ponteng kelas semata-mata.
26
Perbandingan peratusan dalam tinjauan persepsi pelajar tentang cara menangani masalah ponteng kelas menunjukkan kebanyakan pelajar berpendapat bahawa peranan pentadbir (pengetua, PK pentadbiaran, PK HEM, PK KK, guru disiplin) merupakan hero dalam menangani kes ponteng kelas, seperti mengetatkan lagi peraturan sekolah, kekerapan pemeriksaan mengejut dan seterusnya pemantauan aktiviti pelajar dengan lebih berkesan. Jika sistem pengurusan dan pentadbiran berkesan dan lebih sistematik, keharmonian sekolah dapat dipupuk.
Dapatan adalah berdasarkan min taburan skor sebagai tinggi, sederhana dan rendah. Data yang dikumpul melalui penglibatan 20 responden yang pernah ponteng kelas dalam tempoh berkenaan.
Berdasarkan rekod dalam Buku Kawalan Kelas 2014 (Jan-Apr) dan temu bual dengan ketua tingkatan, didapati ramai guru tidak membuat rekod pelajar yang ponteng kelas ketika itu. Malah maklumat menunjukkan bahawa kekerapan ponteng kelas
yang tinggi adalah waktu
terakhir dan waktu ketiga. Ini mungkin berkaitan dengan guru mata pelajaran. Didapati hanya ketika sesetengah guru sahaja pelajar ponteng kelas, khasnya waktu ketiga yang mencatat rekod 102 kali pelajar ponteng kelas. Diharap dengan dapatan ini, masalah ponteng kelas dapat dikurangkan kelak.
27
Bibliografi
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar .Penang:Rhythm Industries Sdn. Bhd..
Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB.
SMK Seksyen 16. (2014). Buku Kawalan Kelas (Tingkatan 4 Nilam). Shah Alam: SMK Seksyen 16.
KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:Percetakan Watan Sdn. Bhd..
Mohamed Htta Shaharom. (2004). Psikologi & Kaunseling Remaja:Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd..
Sufean Hussin dan che Zainon Omar. (2002). Masalah Remaja Daripada Keluarga Ibu Tunggal:Siri Laporan Kajian Masyarakat. Kuala Lumpur:Tinggi Press Sdn. Bhd..
28
Surat Pekeliling
KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986. (1 Ogos 1986). Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.
KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995. (5 September 1995). Menangani Masalah Ponteng Kelas.
KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 18/1998. (2 September 1998). Penggunaan Budu Bicara Ketika Mengambil Tindakan.
KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001. (24 September 2001). Semua Guru Adalah Guru Disiplin.
29