Pengenalan
Gejala Gejala perlanggar perlanggaran an
disiplin disiplin di kalangan kalangan pelajar-pel pelajar-pelajar ajar sekolah sekolah sebenarny sebenarnyaa
fenome fenomena na baru, baru, ianya ianya telah lama wujud dan tiada tiada kesuda kesudahann hannya ya iaitu semenja semenjak k
bukan sistem sistem
persekolah persekolahan an mula diperkenalkan. diperkenalkan. Masalah Masalah disiplin disiplin di kalangan kalangan pelajar pelajar di negara kita telah pun wujud semenjak kewujudan sistem pendidikan itu sendiri iaitu sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 (Musa, 1978). Ponteng adalah salah satu kes salah salah laku pelajar yang berlaku di semua peringkat sekolah sekolah sama ada rendah atau menengah yang mempunyai bilangan kes sedikit ataupun banyak. Laporan tentang gejala ini juga sering dipaparkan di dada-dada akhbar contohnya pada 4 dan 5 April 2001 melaporkan pelajar melakukan salah laku ponteng secara berturut-turut kian meningkat. Ini jelas menampakkan masalah ponteng perlu di beri perhatian yang lebih agar generasi yang akan datang mempunyai sikap dan nilai yang terpuji dan tidak terjejas kecemerlangan akademiknya. Gejala Gejala ponteng ponteng sekolah sekolah menjadi menjadi masalah masalah disiplin disiplin yang tinggi peratusnya peratusnya berbanding dengan masalah disiplin yang lain. Ini diakui dalam laporan Disiplin tahunan 1992 Bahagian Sekolah Sekolah Kementerian Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia. Malaysia. Gejala ini juga telah menimbulkan menimbulkan kerisauan kerisauan di kalangan warga pendidik dan masyarakat kerana banyak sekolah, sama ada di kampung ataupun di bandar telah dan masih hingga kini menghadapinya. Lebih merisaukan lagi fenomena ini semakin meningkat. Laporan dari Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1996) telah menunjukkan jumlah yang besar dan sentiasa meningkat. Permasalahan ini terjadi dari berbagai faktor seperti faktor kemiskinan, pengaruh rakan sebaya, sikap pelajar itu sendiri dan juga faktor sekolah. Walau apa pun faktornya, ponteng menjadi satu penyakit yang berbahaya dan mudah tersebar kepada pelajar lain.
1
1.0.
Latar belakang murid yang ponteng .
Responden 1
Nama
: MOHAMAD AZRUL BIN CHE SIDEK
Umur
: 11 Tahun
Darjah
: Tahun 5 Pintar
Kedud Ke duduka ukan n dala dalam m kela kelass
: Tem Tempat pat ke 31 darip daripad ada a 33 33 oran orang g
Nama sekolah
: SK Kebor Besar
Lokasi Sekolah
: Luar Bandar
Bilangan adik beradik
: 5 orang
Anak ke
:4
Pekerjaan Ibu
: Pembantu restoren
Status Ibu
: Ibu Tunggal
Latar belakang
:
Moham Mohamad ad Azru Azrull dibe dibesa sark rkan an dalam dalam kelua keluarg rgaa yang yang beran beranta taka kan n di mana mana kedu keduaa-du duaa ibubapanya berpisah semasa umurnya 9 tahun. Memandangkan hubungannya yang erat bapanya dan merupa merupakan kan anak anak yang yang paling paling manja manja dengan dengan bapany bapanya, a, kesan kesan pecera peceraian ian ibu bapa bapa telah telah menyebabkan pelajarannya terjejas teruk dan dia berubah menjadi seorang pelajar yang suka memberontak dan melawan guru. Di sekolah, dia tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru dan dia juga tidak pernah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Perlakuan ini dila dilaku kuka kan n hany hanyaa untuk untuk
menu menunj njuk ukka kan n rasa rasa tidak tidak puas puas hati hati diat diatas as pence pencera raia ian n itu itu dan dan
menginginkan bapanya kembali semula kepada ibunya. Lantaran kekurangan wang untuk belanja ibunya keluar bekerja seawal pagi dan pulang dilewat petang. 2
Kekurangan wang saku, ejekan rakan-rakan dan rasa rendah diri
menjadi punca
Mohamad Azrul ponteng sekolah. Masalah ini menjadi bertambah berat lagi apabila kedua-dua abangnya juga merupakan murid yang sering ponteng sekolah. Kebanyakan masanya dipenuhi dengan menonton cerita kegemarannya ditelevisyen. Kesibukan ibunya mencari wang menyebabkan tidak masa untuknya untuk memantau pelajaran anak-anaknya. Biodata Responden 2
Nama : Mohamad Naim bin Abd Rashid Umur : 11 Tahun Darjah : Tahun 5 Bijak Kedudukan dalam kelas : Tempat ke 2 daripada 31 orang Jawatan di sekolah : Pengawas Perpustakaan Nama sekolah : SK Kebor Besar Lokasi Sekolah : Luar Bandar Bilangan adik beradik : 2 orang Anak ke :2 Pekerjaan Bapa : Kontraktor Pekerjaan Ibu : Jururawat Latarbelakang :
Mohamad Naim merupakan anak kedua dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini. Segala kasih sayang tercurah kepadanya ibarat menatang minyak yang penuh. Segala kemahuannya sentiasa dipenuhi oleh kedua ibubapanya. Mohamad Naim merupakan seorang murid yang bijak tetapi terlalu suka bermain dan berseronok bersama rakan-rakan. Memandangkan kemampuan keluarganya menyediakan pelbagai jenis permainan, menjadikan ia leka dengan permainan. Keseronokan bermain menyebabkan ia sering berjaga diwaktu malam semata-mata untuk bermain dengan permainan kegemarannya. Mengantuk dan sukar untuk bangun tidor menjadi
alasan untuknya tidak hadir kesekolah. Sikap ibubapanya yang
mengganggap anaknya cerdik ( kerana sering mendapat markah yang baik dalam setiap peperiksaan) seolah-oleh membenarkan anaknya tidak hadir sekolah. 3
Responden 3
Nama
: MOHD SYAZWAN BIN TAHAR
Umur
: 11 Tahun
Darjah
: Tahun 5 Pintar
Kedudukan dalam kelas
: Tempat ke 33 daripada 33 orang
Nama sekolah
: SK Kebor Besar
Lokasi Sekolah
: Luar Bandar
Bilangan adik beradik
: 8 orang
Anak ke
:4
Pekerjaan Bapa
: Menternak Ayam
Pekerjaan Ibu
: Surirumah Tangga
Latar belakang
:
Mohd
Syazwan
merupakan
seorang
murid
yang
lemah
dalam
penguasaan
pembelajarannya dan beliau adalah murid yang mengikuti kelas pemulihan pembelajaran kerana tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan membaca. Kelemahan ini menjadikan ia agak sukar untuk memahami pengajaran guru. Ia sering diejek dan diketawakan oleh rakan-rakannya. Dia juga sering dimarahi guru apabila tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Memandangkan kelas 5 Pintar mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan ditambah pula jumlah murid yang lemah agak ramai menyebabkan guru tidak dapat memberikan perhatian yang 4
lebih kepada semua murid. Merasakan dirinya bodoh dan sering disisih oleh rakan-rakan menyebabkan ia tidak berminat untuk belajar sebaliknya banyak menghabiskan masa untuk membantu bapanya menternak ayam.
Responden 4
Nama
: SHAHRIL RAMADHAN BIN ABD GHANI
Umur
: 11 Tahun
Darjah
: Tahun 5 Cerdik
Kedudukan dalam kelas
: Tempat ke 10 daripada 30 orang
Nama sekolah
: SK Kebor Besar
Lokasi Sekolah
: Luar Bandar
Bilangan adik beradik
: 5 orang
Anak ke
:2
Pekerjaan Bapa
: Buruh
Pekerjaan Ibu
: Surirumah Tangga
Latar belakang
: 5
Shahril Ramadhan pula menyatakan ia kerap ponteng sekolah kerana selalu dimarah dan dihukum oleh guru kerana kegagalannya untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Kegagalan menyiapkan kerja bukan kerana malas tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyudahkannya. Memandangkan kedua-dua ibubapanya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi menyebabkan mereka tidak dapat membantu anaknya dalam pelajaran. Apa yang boleh dilakukan oleh mereka hanyalah menyerah bulat-bulat kepada guru untuk mengajar anak mereka. Teguran yang kasar dan leteran oleh guru menyebabkan ia rasa malu dan menyebabkan ia tidak berminat untuk belajar.
Responden 5
Nama
: NOR BAZILAH BINTI MARZUKI
Umur
: 11 Tahun
Darjah
: Tahun 5 Bijak
Kedudukan dalam kelas
: Tempat ke 7 daripada 31 orang
Nama sekolah
: SK Kebor Besar 6
Lokasi Sekolah
: Luar Bandar
Bilangan adik beradik
: 5 orang
Anak ke
:1
Pekerjaan Bapa
: Petani
Pekerjaan Ibu
: Menjaja sayur-sayuran
Latar belakang
:
Nor Bazilah membesar dalam keluarga yang miskin dengan pendapatan dibawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan sebanyak RM450.00 sebulan. Dengan wang sebanyak ini sudah pasti tidak cukup untuk menampung perbelanjaan isi rumah. Memandangkan Nor Bazilah merupakan anak sulong dan bapanya tidak mampu untuk menyediakan pengasuh untuk menjaga anak-anaknya yang masih kecil sudah menjadi tanggung jawabnya untuk membantu ibunya mengurus dan menjaga adik-adiknya ketika ibunya tiada di rumah menyebabkan Nor Bazilah sering ponteng sekolah. Keadaan ini sering terjadi apabila ibunya keluar menjaja sayur.
Kemiskinan juga menyebabkan ia merasa rendah diri dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawannya. Miskin pun Nor Bazilah merupakan pelajar yang agak pintar, namun kekerapan tidak hadir ke sekolah menyebabkan ia ketinggalan dalam pelajaran.
2.0.
Faktor-faktor kepada kejadian ponteng sekolah
Masalah ponteng di kalangan pelajar-pelajar sekolah adalah satu penyakit yang serius yang sehingga kini tiada penyelesaiannya. Fenomena yang berlarutan ini boleh membantut kecemerlangan pendidikan, ia juga akan mengheret seseorang itu kepada perbuatan salah laku yang lebih memudaratkan lagi seperti merokok, mencuri, menghisap dadah, peras ugut dan lainlain aktiviti jenayah. 7
Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Antara factor luaran sekolah adalah seperti suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Adalah amat penting untuk disedari bahawa bukan semua pelajar minat untuk belajar. Jiwa muda mereka lebih terangsang untuk berseronok bersama rakan-rakan. Oleh kerana masa untuk berseronok telah habis untuk belajar, maka mereka ini memilih untuk ponteng sekolah bagi membolehkan mereka berseronok. Alasan ini bertepatan dengan Responden Kedua dimana ia lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain permainan di komputer sama ada di rumah mahu pun di siber café bersama rakan-rakannya kerana ia lebih menyeronokkan. Lebihlebih lagi pada masa sekarang ini, banyak aktiviti yang menggalakkan budaya mungkar dan hedonistik di kalangan remaja menerusi penganjuran konsert-konsert artis Barat. Ini membarahkan lagi keadaan. Untuk melepaskan nafsu berseronok mereka, para pelajar tidak ada pilihan melainkan ponteng sekolah. Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi. Alasan ini bersesuaian dengan responden pertama, dimana ia ponteng sekolah kerana merasakan dirinya tidak disayangi oleh kedua ibubapanya akibat peceraian kedua ibubapanya. Perbuatan ponteng ini dilakukan untuk menunjukkan protes atau menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap ibubapanya. Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan 8
datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
Mengikut Rafiah Ismail (1993), faktor sekolah yang menyebabkan pelajar melanggar disiplin ialah guru disiplin terlalu tegas dalam perlaksanaan disiplin serta keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat serta selidiki sebab pelajar melakukan salah laku. Perlaksanaan disiplin di sekolah perlu dijalankan dengan tegas untuk menjaga suasana sekolah tetapi tidak harus keterlaluan. Bila keadaan ini berlaku, pelajar akan sentiasa rasa tertekan dan mula memberontak serta melanggar dengan apa jua peraturan yang disediakan oleh pihak sekolah. Disebabkan itulah terjadinya masalah ponteng yang semakin meningkat. Menurut Olive Banks (1987), pemberontakan pelajar sebagai ponteng sekolah dan dihalau keluar dari bilik darjah oleh guru apabila pelajar menentang peraturan yang disediakan oleh sekolah. Seterusnya penentangan ini membawa kepada masalah kes salah laku yang lebih berat lagi seperti menghisap dadah, merosakkan harta sekolah, samseng, mencuri dan sebagainya. Berdasarkan kepada temubual responden ketiga, antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa dan ditokok tambah pula guru tidak berusaha menarik minat mereka, maka pelajar-pelajar itu akan hilang semangat untuk belajar. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu, mereka kerap ponteng kerana tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang
9
lebih cerdas. Mengikut Koh Boh Boon (1981), guru yang kurang pandai teknik dan strategi mengajar pelajar berkecenderungan mempunyai sikap negatif terhadap kebolehan dan pencapaian pelajar. Sikap negatif ini merendahkan lagi konsep diri serta harga diri pelajar yang kurang pandai dan seterusnya mengurangkan lagi minat dan keinginan mereka untuk belajar seterusnya menjurus kepada masalah disiplin. Sikap negatif guru ini terhadap pelajar lemah akan membawa masalah kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Responden keempat pula menyatakan ia kerap ponteng sekolah kerana selalu dimarah
dan dihukum oleh guru kerana kegagalannya untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Kegagalan menyiapkan kerja bukan kerana malas tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyudahkannya. Menurut W.F Connel (1981), disiplin yang terlalu ketat dalam bentuk denda yang kejam, sindiran dan pemeriksaan yang terlalu kasar pada kerja menyebabkan ketegangan emosi di kalangan pelajar. Keadaan ini akan memburukkan suasana pembelajaran dan menjadi salah satu penyebab pelajar bermasalah dalam kehadiran ke sekolah. Dari kajian Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan tahun 1995 (Utusan Malaysia, 21 Mac 1997), iklim persekolahan yang tidak menggalakkan seperti tumpuan berlebihan terhadap peperiksaan, hukuman yang keras dan memalukan serta sikap guru yang kasar dan bengis menjadi punca utama masalah disiplin di kalangan pelajar. Pelajar akan merasakan bahawa diri mereka teraniaya dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dan menjejaskan minat serta semangat mereka untuk belajar.
3.0.
Tindakan yang perlu dilakukan terhadap murid yang kerap ponteng sekolah
Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, pelajar mestilah menyertakan dokumen seperti berikut sebagai bukti: a. Sakit - mesti ada surat pengesahan doktor/pegawai perubatan
10
b. Kematian-mesti
ada
surat
pengesahan
kematian
daripada
hospital/penghulu/
ibu/bapa/penjaga. Pelajar yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang dalam sebulan ke sekolah/aktiviti ko-kurikulum/kelas tambahan/kelas amali dan lain-lain aktiviti sekolah dengan tanpa apa-apa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat makluman akan dikeluarkan. Jika tiada tindakan ibu bapa/penjaga selepas TUJUH (7) hari surat makluman akan dikeluarkan, surat Amaran 1 akan dikeluarkan dan seterusnya seperti berikut: - 3 hari berturutturut,10 hari berselang-selang a. Surat amaran 1 - 10 markah demerit b. Surat amaran 2 - 15 markah demerit c. Amaran terakhir - 20 markah demerit d. Makluman Penggantungan dengan tarikh
Pelajar yang tidak hadir selama 30 hari berturut-turut atau berselang, pelajar boleh digantung persekolahan selama seminggu (1 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga. Manakala bagi pelajar yang tidak hadir selama 60 hari berturut-turut atau berselang, pihak sekolah akan mengambil tindakan menggantungkan pelajar tersebut selama dua minggu (2 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga. Sekiranya pelajar yang tidak hadir melebihi 60 hari, pelajar berkenaan akan dicadangkan kepada Jabatan Pelajaran untuk dibuang sekolah.
4.0. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani peningkatan pelajar ponteng sekolah.
Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama 11
penuh
walaupun
mereka
yang
belajar
di
situ
terdiri
dari
mereka
yang
terpilih.
Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit. Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.
Justeru itu pelbagai langkah perlu diambil dalam mengatasi masalah ini. Sekolah, guru, masyarakat dan ibubapa perlu memainkan peranan mereka dalam mengatasi masalah bagi memastikan anak dan anak didik mereka berjaya mengharungi kehidupan mereka sewaktu di sekolah sebagai insan yang sempurna, diantara peranan yang boleh dimainkan ialah:
4.1.
Peranan Sekolah Dalam Menangani Masalah Ponteng.
4.1.1
Pihak pentadbiran sekolah.
Pihak pentadbiran sekolah perlulah mantap dan berkejarsama untuk menangani masalah ponteng sekolah ini. Di mana pihak sekolah sepatutnya bertegas dengan para pelajar sekolah berkenaan untuk menangani masalah ponteng ini. Di mana para pelajar mestilah didedahkan dengan peraturan –peraturan sekolah dan tindakan yang boleh di ambil sekiranya mereka melanggar peraturan sekolah.
Selain itu pihak sekolah mesti tegas dalam melaksanakan peraturan sekolah ini. Ini bagi membolehkan para pelajar tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang sama dan juga menjadi pengajaran kepada para pelajar lain. Di mana pihak sekolah perlu mengambil pendekatan agresif dan hard line approach yang berbentuk hukuman berat ke atas pelajar yang ponteng sekolah;
Pihak pentadbiran sekolah juga perlu berkerjasama dengan ibubapa atau penjaga pelajar, bagi memantau masalah ponteng ini dikalangan mereka. Dengan membangunkan program mengenai masalah ponteng melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat; Sebagai contoh pihak
12
sekolah perlu memberitahu kepada ibubapa pelajar, apabila anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Ini kerana banyak terjadinya kes-kes ponteng sekolah yang di luar pengetahuan ibubapa,kerana pelajar ini tetap berpakaian sekolah dan keluar serta pulang ke rumah apabila tamat waktu belajar. Tindakan pihak sekolah sekarang yang mana hanya memberi surat amaran kepada pelajar yang ponteng sekolah selama tiga kali berturut-turut kepada pelajar untuk diserahkan kepada penjaga mereka, adalah salah satu tindakan yang kurang bijak. Ini ditambah lagi dengan dewasa ini, para ibubapa sudah tidak mengambil berat lagi masalah anak-anak mereka. Mereka lebih menyerahkan segala-galanya kepada para guru dan juga sekolah,jika berlaku apa-apa masalah. Sepatutunya pihak sekolah perlu berjumpa secara terus atau memberitahu terus kepada penjaga pelajar, bukan menyerahkan surat kepada pelajar berkenaan.selain itu pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang dasar yang berkaitan ponteng sekolah supaya ibu bapa faham dan boleh respon dan bertindak kepada anak yang ponteng
Selain itu tindakan-tindakan disiplin yang di jalankan seperti gantung sekolah, sewajarnya tidak lagi di laksanakan,ini kerana akan mengalakkan para pelajar untuk ponteng sekolah. Sewajarnya tindakan-tindakan yang hendak dilaksanakan perlulah yang akan membuatkan para pelajar itu sedar akan kesalahan mereka.
Dalam pada itu, pihak pentdabiran sekolah juga perlulah mentadbir sekolah mereka ke arah sekolah penyayang yang mana bukan sahaja tindakan yang mana, mereka mengambil berat tentang masalah-masalah para pelajar dan juga cuba menjadikan sekolah sebagai tempat yang mengembirakan semua pelajar mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah dengan membuat program-program bersama para pelajar mereka seperti hari sukan, sambutan hari guru dan juga aktiviti riadah, yang mana ini membolehkan pihak pentadbiran, guru dan juga pelajar rapat.
Aktiviti-aktiviti di sekolah seperti kokurikulum contohnya, membolehkan para pelajar bergaul antara satu sama lain, dan secara tidak langsung akan memupuk mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa dan tidak terpengaruh dengan gejala-gejala
13
negatif luar seperti terlibat dengan permainan video, cyber cafe dan juga lepak di pusat-pusat membeli belah. Ini juga akan menyebabkan para pelajar ini seronok untuk ke sekolah.
Selain itu, masalah ponteng sering dikaitkan berlaku apabila tamatnya musim peperiksaan di sekolah-sekolah, jadi antara cara yang dirancang ialah pihak sekolah perlu melewatkan waktu peperiksaan agar mengalakkan para pelajar ke sekolah, dan juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik kepada para pelajar selepas tamatnya musim peperiksaan. Pihak pentadibiran sekolah juga perlu berusaha untuk memastikan agar sekolah menjadi tempat yang paling seronok kepada para pelajar bagi menangani masalah ponteng ini.
Pihak pentadbiran juga perlu melantik para pegawas iaitu daripada kalangan para pelajar sendiri untuk menjadi ‘mata-mata’ kepada pihak sekolah bagi melaporkan kepada pihak sekolah jika terdapatnya pelajar yang ponteng sekolah, dan lokasi ponteng sekolah mereka itu. Selain daripada para pengawas juga bertindak sebagai rakan sebaya yang boleh mempengaruhi para pelajar lain agar tidak melakukan kesalahan seperti ponteng sekolah ini. Ini kerana sebaya dan senang untuk berdamping dengan para pelajar ini.
Mengikut Hussein Mahmood (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan penguatkuasaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
Persekitaran kelas juga perlu di ubah, dimana kuantiti pelajar di dalam kelas yang paling ideal adalah diantara 25 hingga 30 orang pelajar sahaja. Ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu juga, ini memudahkan para guru memberikan perhatian kepada pelajar mereka. Keadaan kelas yang sesak dengan pelajar boleh menybebabkan ada pelajar yang bosan dan akhirnya mereka akan ponteng kelas berkenaan. Selain daripada kuantiti para pelajar, kelengkapan yang disediakan haruslah sempurna dan juga lengkap. Pihak sekolah juga boleh mengalakkan para pelajar untuk menceriakan kelas14
kelas mereka melalui pertandingan kelas tercantik contohnya, yang mana secara tak langsung apabila suasana kelas yang ceria ini akan membolehkan para pelajar suka ke kelas dan belajar.
4.1.2. Peranan para guru.
Guru memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Ini adalah kerana para gurulah yang banyak menghabiskan masa mereka bersama pelajar-pelajar di dalam kelas. Para guru perlulah merangsang pemikiran pelajar mereka dan juga perlu menjalankan pendekatan secara berhemah. Di mana mereka perlulah pandai untuk mengawal emosi para pelajar mereka. Seorang guru perlu bertegas dengan para pelajar mereka tetapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh terlalu garang hingga membuatkan para pelajar tidak suka kepada guru dan juga akhirnya pelajar ini akan ponteng kelas.
Para guru perlu lebih kreatif dalam kaedah pengajaran mereka agar dapat `menangkap' dan mengukuhkan minat para pelajar. Dengan pembangunan dan perubahan kini yang melahirkan anak-anak yang lebih moden, guru-guru dituntut mempunyai kemahiran lebih daripada hanya kemahiran mengajar. Mereka tidak harus menumpukan kepada aspek akademik semata-mata tetapi mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh.
Cara pengajaran yang banyak kepada menghafal, membuatkan para pelajar yang lemah akan bertambah malas untuk belajar, matapelajaran seperti sejarah, geogafi dan pendidikan islam yang memerlukan para pelajar menghafal akan membuatkan para pelajat tidak berminat untuk belajar. Para guru perlu berusaha menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah sentiasa segar bagi memupuk emosi seronok dan minat yang berkobar-kobar di kalangan pelajar untuk belajar. Banyak cara yang boleh digunaka oleh para guru pada masa kini, bukan lagi seperti guru-guru pada masa dahulu yang hanya membaca dan juga pelajar menyalin apa yang dikatakan oleh guru. Banyak bcara yang boleh dilakukan contohnya dengan kepesatan teknologi pada masa kini, para guru boleh mengajar dengan mengunakan LCD.
Para guru juga perlulah menunjukkan sifat yang baik kepada para pelajar mereka, agar mereka boleh menjadi role model kepada para pelajar mereka. Dimana para guru sepatutnya bersikap adil kepada semua para pelajarnya di mana semua pelajar perlulah dilayan samarata 15
tanpa mengira faktor-faktor fizikal mereka dan juga tahapkecerdasan mereka, keturunan atau agama mereka. Ini akan membolehkan guru ini disenangi pelajar dan juga ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Di mana apabila para guru mengamalkan sikap adil dan sama rata serta tidak pilih kasih semasa terhadap para pelajar mereka. Ini akan menyebabkan para pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dan juga tidak akan berasa rendah diri dan tidak selesa ketika belajar. Ini juga sala satu daripada motivasi yang mengalakkan para pelajar untuk hadir ke kelas dan juga sekolah.
Setiap guru perlulah sentiasa meluangkan sedikit masa yang lebih, walau dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, lebih waspada dengan perwatakan dan tingkah-laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya, masalah ponteng akan dapat dikesan dan dibendung terlebih awal. Tidak perlu tunggu sehingga dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar, lakukan sahaja asalkan dia adalah seorang guru. Dengan mengambil tahu masalah para pelajar ini para guru boleh bertindak untuk menyelesaikan masalah para pelajar ini yang mana mereka masih lagi dalam proses pembesaran yang mana emosi mereka masih lagi belum stabil dan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar.
Para guru juga perlu memahami masalah para pelajar mereka, sebagai contoh mengapa seseorang itu sering ponteng sekolah mungkin di sebabkan beberapa perkara contohnya pelajar terbabit terpaksa berkerja selepas daripada masa sekolah untuk menyara keluarga mereka, kerana mereka berasal daripada keluarga miskin, jadi sebelum mengambil apa-apa tindakan, para guru perlulah menyiasat dulu sebab-sebab berlakunya masalah ini. Agar ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan. Antaranya memgusahakan agar pelajar terbabit mendapat bantuan daripada pihak sekolah atau juga biasiswa yamg membolehkan mereka tidak perlu lagi untuk berkerja.
4.1.3. Peranan Masyarakat Dalam Mengatasi Masalah Ponteng
Masyarakat wajar dijadikan sebagai teras di peringkat prasekolah lagi. Objektif dasar ini ialah memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi serta membangunkan
16
dan memperkasakan insan sepanjang hayat supaya penerapan nilai-nilai murni dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam fenomena ini masyarakat perlulah peka kepada persekitaran dengan apa yang berlaku seperti gejala ponteng sekolah. Apabila masyarakat mengambil tahu hal ini maka perlu bertindak dengan memberikan nasihat kepada para pelajar yang mengamalkan budaya ponteng ini. Tidak dapat dinafikan lagi sekiranya masyarakat mempunyai perasaan bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini ianya akan melakukan sesuatu perkara bagi mengelakkan gejala ini daripada terus meningkat secara mendadak. Seperti contoh apabila anggota masyarakat ada melihat pelajar yang dikenalinya atau berpakaian seragam sekolah duduk melepak dimara-rata tampat dalam waktu sekolah, maka sewajarnya masyarakat segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak sekolah dan seterusnya kepada ibu bapa mereka supaya diambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar ini supaya mereka tidak lagi ponteng dari sekolah atau kelas dan secara lansung timbul keinsafan dalam diri. Masyarakat merupakan agen sosialisasi yang penting kepada para pelajar dalam pembentukan nilai murni dalam diri seseorang itu. Peranan yang dimainkan oleh anggota masyarakat adalah menyemai nilai murni dalam diri sendiri dan secara tidak langsung akan terbit dalam diri para pelajar kerana mereka ini sering didedahkan dengan perkara yang membawa kebaikan. Apabila mereka sering melihat tingkahlaku yang dipaparkan adalah bermoral maka pelajar ini akan menjadikannya sebagai pengajaran dan contoh kepada diri mereka.
4.1.4. Peranan Ibubapa Dalam Mengatasi Masalah Ponteng .
Kita selaku ibubapa bertanggungjawab mempastikan anak-anak sentiasa dibimbing agar berjaya mengelak daripada terpedaya dengan sebarang bentuk anasir buruk yang akan merosakkan masa depan mereka. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api 17
neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sabda baginda:
Mafhumnya: "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi."
Ibu bapa perlu sedar bahawa mereka sedang menyediakan generasi baru. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak dalam dukungan mereka kelak akan menjadi insan yang mempunyai tanggungjawab, dan tata kelakuan mereka akan mempunyai kesan terhadap insan lain. Secara langsung, nilai dan gaya hidup ibu bapa akan mempengaruhi tarbiyah atau pendidikan anak-anak. Anak-anak akan melakukan apa yang mereka lihat dan akan mengingatinya untuk di contohi. Apa yang nyata, anak yang melihat ibu bapanya menipu tidak akan belajar menjadi orang yang jujur. Anak yang mempunyai ibu bapa yang ganas dan lasak, tidak akan membesar menjadi seorang yang mempunyai sifat kasih sayang. Merujuk kepada kisah-kisah tauladan Rasulullah s.a.w., memang terdapat banyak riwayat mengenai cara Rasulullah s.a.w. mentadbir dan menguruskan rumahtangganya. Antaranya: i.
Mempromosikan dan menghayati hidup beragama dalam rumahtangga.
ii.
Mewujudkan persekitaran dan suasana keluarga yang sihat.
iii.
Mewujudkan sifat belas kasihan, ihsan, lemah lembut, dan kasih sayang.
iv.
Memahami tahap-tahap keperluan anak-anak mengikut proses pembesarannya. Ibu bapa mestilah memantau anak-anak mereka dengan baik, tidak terlalu menurut
kemahuan anak-anak sehingga anak-anak memijak kepala mereka. Dan yang lebih pentingnya, jika anak-anak itu bersalah dan dikesan oleh pihak lain, ibu bapa mestilah mengakui kesalahan itu, di samping membantu menyelesaikan masalah sama ada dengan kaedah sendiri ataupun bersama pihak yang mengesan kesalahan anak mereka itu. Oleh itu amat penting bagi ibubapa 18
melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ini perlu memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan. 5.0.
Pendapat dan Saranan
Pada pendapat saya, gejala ponteng sekolah adalah berpunca daripada kurangnya kesedaran murid itu sendiri terhadap kepentingan pelajaran. Murid tidak diberi atau didedahkan dengan peri perlunya pelajaran dalam kehidupan mereka oleh guru dan juga ibubapa. Apa yang mereka lalui adalah rutin kehidupan seorang pelajar iaitu belajar, membuat latihan, membaca dan sebagai tanpa mengetahui kepentinganya. Murid disogok dengan latihan dan tugas yang banyak terutama bagi murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan bagi mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Keinginan pihak sekolah dan hasrat ibubapa untuk mendapat keputusan yang cemerlang sudah pasti memberi tekanan kepada guru dan murid. Murid pula dibekalkan dengan latihan yang banyak berserta dengan kelas tambahan yang saban hari sehinggakan tiada waktu untuk berehat. Keadaan ini sudah pasti membuat mereka berasa bosan dan mencari altenatif yang lebih menyeronokkan. Pelajar sekarang terdedah dengan pelbagai perkara di sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, kawan, keluarga dan persekitaran masyarakat adalah antara yang banyak memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang itu. Ini termasuk keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar menjajah minda para pelajar. Tanpa kesedaran tentang pentingnya pelajaran dan benteng keimanan yang kukuh murid-murid mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat seperti ponteng, merempik dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah ponteng sekolah dan seterusnya menentukan kejayaan pelajar- pelajar ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cintakan sekolah. Dengan itu dapat mengurangkan masalah salah laku dan disiplin. Sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikap cinta kepada sekolah. Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan kekerasan, emosi tidak boleh disekat, dengan itu masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan.
19
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, bukan mengikut corak yang mereka pilih atau sukai. Oleh itu, anakanak perlu dididik, diasuh dan dijaga dengan sebaik-baiknya supaya hidupnya kelak sentiasa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah s.w.t. :-
(Surah al-Anfal: ayat 28)
Maksudnya: “ Ketahuilah bahawa harta benda kami dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar ”.
Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam sukatan tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak 20
formal seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa pelajar. Dalam pada itu, pihak pentdabiran sekolah juga perlulah mentadbir sekolah mereka ke arah sekolah penyayang yang mana bukan sahaja tindakan yang mana, mereka mengambil berat tentang masalah-masalah para pelajar dan juga cuba menjadikan sekolah sebagai tempat yang mengembirakan semua pelajar mereka. Aktiviti-aktiviti di sekolah seperti kokurikulum contohnya, membolehkan para pelajar bergaul antara satu sama lain, dan secara tidak langsung akan memupuk mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa dan tidak terpengaruh dengan gejala-gejala negatif luar seperti terlibat dengan permainan video, cyber cafe dan juga lepak di pusat-pusat membeli belah. Ini juga akan menyebabkan para pelajar ini seronok untuk ke sekolah.
21
Rujukan
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar .Penang:Rhythm Industries Sdn. Bhd.. Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II):Siri Diploma Perguruan. Selangor Darul ehsan:Percetakan Polygrafic (M) Sdn. Bhd
Mohd Tajudin Abdul Rahman. (2000). Masyarkat Melayu : Masalah Disiplin Dikalangan Pelajar Sekolah Dan Penyelesaiannya . Kuala Lumpur. Nor Hasikin Ibrahim. (2003). Ponteng Sekolah Gejala Semasa: masalah dan penyelesaian , Jabatan Sosio Budaya Melayu,Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah Disiplin . Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB.
SMK Bandar Sarikei. (2006). Buku Kawalan Kelas (Tingkatan 4, 5 dan 6Atas ). Sarikei: SMK Bandar Sarikei. Cikgu Lee. (nd). Di sebalik Masalah Ponteng Pelajar . Diperolehi Oktober 26, 2010, dari http://cikgulee.blogdrive .com/comm ents?id=69 Kavyan, (2008, Januari). Masalah sosial pelajar sekolah. Diperolehi Oktober 26, 2010, dari http://www.geocities.com/kavyan_kavya/ raman0301.htm http://www.scribd.com/doc/19337443/Kajian-Tindakan-Oum-Gejala-Ponteng-Sekolah.Oktober 23, 2010 http://www.sabah.edu.my/smkperempuan_sdk/peraturan_sekolah.pdf . Oktober 23, 2010
http://inertz.com/2009/11/budaya-lepak-dan-ponteng-sekolah-dikalangan-pelajar/ Oktober 23 2010 http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/IBUBAPA PENJANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/MEMBENTUK ANAK-ANAK MENJADI INSAN CEMERLANG http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/”
IBUBAPA MENDEPANI PENDIDIKAN ANAK-ANAK
22
http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/
PENCEGAHAN JENAYAH JUVANA/26 Okt 2010.
23