MENYELESAIKAN MASALAH DALAM BIDANG MENGGAMBAR AKTIVITI KOLAJ DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH DEMONSTRASI MODEL HIDUP BAGI MURID PRASEKOLAH BESTARI, SK PULAU RUSA
NIK SITI AMANAH ZUHRI BINTI NIK OMAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Prasekolah
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU
2011
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini sudah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.” (Pendidikan Prasekolah)
Tandatangan
:
Nama Penyelia
: DR. HJ IBRAHIM BIN TAIB
Tarikh
: 13 OKTOBER 2011
PENGAKUAN PENULIS
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan
:
Nama Penulis
: NIK SITI AMANAH ZUHRI BINTI NIK OMAR
Tarikh
: 13 OKTOBER 2011
DEDIKASI Khas untuk suami tercinta, Adly Zil Ikram bin Razali,
Bonda tersayang, Wan Fatimah binti Wan Abdullah
Ayah dan ibu mertua, Haji Razali bin Shafei Hajah Marina binti Ismail
Serta adik beradik tersayang Nik Siti Solahiah binti Nik Omar Nik Muhammad Firdaus bin Nik Omar Nik Nur Anis binti Nik Omar.
Pensyarah Penyelia, Dr. Hj Ibrahim bin Taib,
Pensyarah-pensyarah IPG KDRI serta rakan-rakan seperjuangan.
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan kajian tindakan dalam bidang Prasekolah yang bertajuk “Menyelesaikan Masalah Dalam Bidang Menggambar Kolaj Dengan Menggunakan Demonstrasi Model Hidup Bagi Murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa. Sekalung penghargaan ditujukan buat pensyarah pembimbing iaitu Dr. Hj Ibrahim bin Taib kerana telah banyak memberi bimbingan, pandangan serta teguran yang membina sepanjang penghasilan kajian tindakan ini. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dengan berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan kajian tindakan. Kepada keluarga saya, jutaan terima kasih diucapkan kerana telah banyak menyokong saya selama ini. Diharap kertas cadangan ini telah dilaksanakan dengan baik dan memenuhi kehendak tugasan.
Sekian, terima kasih.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat, tahap pemahaman dan tahap penguasaan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang menggambar menggunakan teknik kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika, kesan dari penggunaan demonstrasi model hidup. Responden adalah terdiri daripada murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa, iaitu seramai 2 orang sampel diambil. Kajian tindakan ini menggunakan instrumen pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini berbentuk kajian kes. Dapatan kajian ini telah membuktikan dengan adanya demonstrasi model hidup dalam pengajaran dan pembelajaran, telah meningkatkan ketiga-tiga objektif kajian iaitu minat, pemahaman dan penguasaan murid dalam bidang menggambar menggunakan teknik kolaj. Kajian ini boleh diteruskan dengan menggabungkan penggunaan kaedah demonstrasi dan video untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, kajian ini menekankan kepentingan kaedah demonstrasi model hidup dalam pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci
: Kolaj, demonstrasi, demonstrasi model hidup.
ABSTRACT
The purposes of this research are to increase interest, understanding and mastery in teaching and learning in “bidang menggambar” using collage technique during Esthetic and Creativity Slot. Respondents were from Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa, where two samples are involeved in this research. This action research uses observation, survey, interview and document analysis. Research analysis uses qualitative method and this action research is a case study. The result from this research have proved that by using living model in demonstration could increase all research objectives which are interest, understanding and mastery in “bidang menggambar” using collage technique. In the future, this research could be continued by combining video and demonstration to overcome problems in teaching and learning. In conclusion, this research stresses the importance of living model demonstration in teaching and learning process.
KANDUNGAN
MUKA SURAT TAJUK PENGESAHAN PENSYARAH PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN
1.0
2.0
3.0
4.0
Halaman i ii iii iv v vi vii ix x xi
PENDAHULUAN
1
1.1
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
1
1.2
Refleksi Literatur
4
FOKUS KAJIAN /ISU KEPRIHATINAN
12
2.1
Tinjauan Masalah
12
2.2
Analisis Tinjauan Masalah
16
OBJEKTIF KAJIAN /SOALAN KAJIAN
18
3.1
Objektif Umum
18
3.2
Objektif Khusus
18
3.3
Soalan Kajian
19
3.4
Kepentingan Kajian
19
3.5
Definisi Operasional
20
3.6
Batasan Kajian
21
KUMPULAN SASARAN
22
5.0
TINDAKAN
23
5.1
PROSEDUR TINDAKAN
23
5.2
PROSEDUR CARA MENUMPUL DATA
27
5.2.1 Instrumen Kajian
27
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
29
6.1 Pemerhatian
29
6.2 Soal Selidik
37
6.3 Temubual
42
6.4 Analisis Dokumen
45
DAPATAN
47
7.1 Pendahuluan
47
7.2 Ringkasan Kajian
47
7.3 Minat Sampel
48
7.4 Pemahaman Sampel
51
7.5 Penguasaan Sampel
53
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
58
6.0
7.0
8.0
SENARAI RUJUKAN
59
LAMPIRAN
62
SENARAI JADUAL Jadual
Muka Surat
1. Jadual 6.1.1 Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal
30
pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup. 2. Jadual 6.1.2 Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal
30
pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup. 3. Jadual 6.1.3 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
32
sebelum Kaedah Demonstrasi Model Hidup. 4. Jadual 6.1.4
Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
32
selepas Kaedah Demonstrasi Model Hidup. 5. Jadual 6.1.5
Pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran
34
sebelum Kaedah Demonstrasi Model Hidup digunakan. 6. Jadual 6.1.6 Pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran
34
selepas Kaedah Demonstrasi Model Hidup digunakan. 7. Jadual 6.1.7 Jadual Pemerhatian Keseluruhan
36
8. Jadual 6.2.1 Analisis Minat Sampel 1
37
9. Jadual 6.2.2 Analisis Minat Sampel 2
38
10. Jadual 6.2.3 Analisis Pemahaman Sampel 1
39
11. Jadual 6.2.4 Analisis Pemahaman sampel 2
39
12. Jadual 6.2.5 Analisis Penguasaan sampel 1
40
13. Jadual 6.2.6 Analisis Penguasaan sampel 2
40
SENARAI LAMPIRAN
Jadual
Muka Surat
A. PANDUAN PEMARKAHAN
62
B. BORANG PEMERHATIAN
63
C. BORANG SOAL SELIDIK
66
1.0
PENDAHULUAN
Slot Kreativiti dan Estetika merupakan antara slot penting yang terdapat dalam jadual waktu di prasekolah. Peruntukan masa selama 150 minit diberikan untuk slot ini sahaja dalam tempoh seminggu. Antara aktiviti yang sering dijalankan di prasekolah adalah kolaj. Namun, aktiviti akan membosankan murid-murid sekiranya kaedah yang dipilih oleh guru tidak sesuai. Oleh itu, guru perlu menunjukkan demonstrasi cara penghasilan kolaj. 1.1
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Sejak pengkaji mula mengajar di sekolah ini iaitu pada minggu kedua praktikum pengkaji sering berhadapan dengan masalah di mana murid-murid sering mengadu tidak pandai untuk menyiapkan kerja semasa slot kreativiti dan estetika serta tidak berminat dengan slot ini. Ketika pengkaji baru sahaja mengagihkan bahan-bahan untuk membuat kolaj, segelintir murid-murid akan mengadu tidak pandai untuk mengoyak kertas, tidak pandai menampal kolaj dengan kemas kerana bimbang gam akan tumpah serta tidak pandai menggunting. Ayat klise yang sentiasa diulang oleh murid-murid adalah “Cikgu, kite dok reti”. Jika seorang murid mengadu, beberapa orang murid lagi akan turut mengadu. Hal ini menyebabkan keadaan kelas bising dan suasana agak tidak terkawal. Sedikit sebanyak emosi pengkaji untuk mengajar kolaj semasa slot kreativiti dan estetika terganggu. Mengapakah masalah ini berlaku?. Adakah pengkaji telah gagal untuk
mewujudkan kesediaan murid-murid semasa set induksi?. Pengkaji berasa sedikit marah dan geram kerana sikap murid-murid yang suka mengadu dan berfikiran negatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran baru bermula. Semasa menyiapkan kolaj yang diberi, murid-murid sukar menampal dengan kemas menyebabkan hasil kolaj kurang memuaskan. Gam yang digunakan secara berlebihan merosakkan kolaj menyebabkannya comot. Gam kerap tumpah kerana ditekan terlalu kuat dan masa dibazirkan bagi membersihkan sisa gam yang melekat di atas meja. Pakaian murid-murid prasekolah kerap kotor kerana sisa gam melekat. Muridmurid masih tidak faham bagaimana konsep kolaj iaitu bahan yang digunakan perlu ditampal secara bertindihan. Ini menyebabkan kolaj yang dihasilkan kurang bermutu. Pengkaji sering mengeluh kerana masa menyiapkan kolaj menjadi agak lama dan memenatkan kerana perlu berhadapan dengan kerenah murid-murid. Pengkaji menyedari bahawa di peringkat awal persekolah begini, pengkaji sepatutnya menjadi pembimbing yang baik dan bukannya terus memarahi murid-murid setiap kali mereka melakukan kesalahan. Setelah beberapa kali berhadapan dengan masalah ini, pengkaji cuba untuk menahan marah dan mententeramkan diri dengan merenung sejenak dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang berlaku di sebalik suasana ini. Pengkaji mendapati ada beberapa perkara yang menyebabkan masalah ini berlaku dan pengkaji cuba menganalisisnya. Antara punca murid-murid mudah menetapkan mind set bahawa kolaj adalah sesuatu yang susah adalah kerana murid-murid jarang membuat kolaj. Tambahan pula, sesi persekolahan murid-murid baru bermula dan mereka masih cuba untuk menyesuaikan diri.
Punca kedua adalah kolaj yang disediakan untuk kanak-kanak adalah terlalu besar, menyebabkan murid-murid penat untuk mengoyak kertas atau tisu dalam saiz yang kecil kerana ia melibatkan tempoh masa yang lama. Hal ini juga akan menyebabkan hasil akhir kolaj tidak kemas kerana proses menampal menggunakan gam menjadi lebih kompleks dan lama. Punca ketiga yang dapat dikenalpasti adalah guru tidak menunjukkan contoh kolaj yang mudah untuk disediakan supaya sesuai dengan aras dan kemampuan murid-murid yang berumur lima dan enam tahun. Hal ini menyebabkan aktiviti ini tidak berupaya menarik minat murid-murid dan murid-murid menganggapnya membosankan serta leceh. Punca yang keempat pula adalah pengkaji hanya menunjukkan kolaj yang telah disediakan terlebih dahulu menyebabkan demonstrasi menyiapkan kolaj tidak dapat dilakukan. Arahan verbal yang diberi tanpa demonstrasi tidak mampu memberi gambaran pada murid-murid untuk memahami cara yang dikehendaki oleh pengkaji. Murid-murid tidak dapat melihat bagaimana pengkaji membuat kolaj. Di sini, muridmurid tidak dapat memerhatikan cara yang betul untuk mengoyak, mencubit, menampal atau menggunting. Bagi pengkaji, mengoyak, menampal atau menggunting adalah perkara asas yang mudah. Tetapi, ternyata ia silap. Melalui analisa dan refleksi kendiri yang dilakukan, pengkaji berasakan amat penting bagi seorang guru untuk memilih saiz kolaj yang sesuai dengan kanak-kanak supaya ia lebih mudah disiapkan. Selain itu, kolaj yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah harus sesuai dengan aras dan kemampuan mereka kerana setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan motor halus yang berbeza. Menurut Putri Zabariah (2008), aktiviti fizikal pada peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanak-kanak.
Seterusnya, pengkaji juga berpendapat murid-murid perlu diberi peluang untuk memerhatikan proses membuat kolaj sebelum mereka cuba untuk menghasilkannya sendiri. Kaedah yang boleh digunakan adalah melalui demonstrasi. . Menurut T.Sarina (2006), demonstrasi ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. Terdapat tiga jenis demonstrasi iaitu menggunakan model simbolik, model persepsi dan model hidup. Pengkaji memilih untuk menjalankan demonstrasi model hidup. Model hidup ini termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan. Modelmodel seperti ini akan menjadi contoh untuk diikuti atau ditiru oleh murid-murid yang lain. Di antara contoh-contoh model hidup ialah tingkah laku guru yang baik seperti pertuturan yang bersopan santun serta demonstrasi guru dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti sains, kemahiran hidup, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni.
1.2
REFLEKSI LITERATUR Aktiviti kolaj bagi slot Kraetiviti dan Estetika mungkin nampak remeh, namun,
guru masih perlu memastikan kaedah yang dipilih adalah berkesan dan bermanfaat bagi murid-murid mereka. Menurut ahli teori pembelajaran sosial, kebolehan, kognitif dan faktor-faktor fizikal seperti ciri-ciri fizikal, personaliti, kepercayaan dan sikap mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak serta persekitaran di mana mereka berada. Pengaruh ini bersifat timbal balik di mana tingkahlaku seseorang individu boleh mempengaruhi sikap
dan kepercayaan individu yang lain. Selain itu, pemerhatian ke atas apa yang berlaku di alam sekeliling boleh juga mempengaruhi sikap dan kepercayaan seseorang individu. Pembelajaran pemerhatian berlaku apabila tingkahlaku boleh berubah melalui proses modeling. Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial adalah Albert Bandura yang terkenal kerana telah membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Beliau telah mengkaji bagaimana kanak-kanak belajar melalui modeling. Menurut Albert Bandura, manusia adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi sendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya mengurus diri. Antara kajian Bandura mengenai pembelajaran melalui modeling adalah kajian patung Bobo. Secara umum, proses modeling melibatkan empat langkah. Langkah pertama adalah perhatian di mana kanak-kanak hanya akan mempelajari sesuatu jika menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling. Tumpuan kanak-kanak dipengaruhi oleh sejauh mana kanak-kanak gemar dan setakat mana model memenuhi jangkaan atau menggerakkan emosi kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak lebih berminat pada objek yang berwarna warni atau bersifat dramatik. Langkah kedua proses modeling adalah pengekalan. Pengekalan adalah berhubungkait dengan kebolehan kanak-kanak untuk mengekod dan menyimpan maklumat tersebut dalam bentuk imej mental atau huraian tertentu dalam ingatan mereka. Langkah ketiga modeling adalah penghasilan semula. Penghasilan semula berlaku apabila kanak-kanak berupaya menghasilkan apa yang mereka perhatikan dan simpan dalam ingatan mereka. Kebolehan untuk langkah penghasilan semula dapat ditingkatkan melalui amalan atau praktis. Langkah keempat proses modeling adalah motivasi. Kanak-kanak akan
menghasilkan semula sesuatu tingkahlaku jika mereka diberi motivasi atau mempunyai sebab yang konkrit. Motivasi seringkali berkait dengan pengukuhan dan dendaan. Kesimpulan dari teori pembelajaran sosial ini, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut. Sekiranya tingkahlaku ‘model’ diberi ganjaran, kanak-kanak akan terus meniru tingkahlaku tersebut. Sebaliknya, jikalau tingkahlaku tersebut didenda, kanak-kanak akan berhenti untuk berbuat demikian. Seperti yang diutarakan oleh Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. Salah satu kaedah berkesan yang membolehkan kanak-kanak belajar adalah melalui demontrasi. Adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memilih kaedah paling tepat untuk membantu murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Contoh-contoh kaedah adalah kaedah kuliah, demonstrasi, simulasi, inquiri penemuan. Menurut Wan Noraini (2009), antara ciri penting demonstrasi adalah ia memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Ia juga akan membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru yang menunjukkan demonstrasi juga akan
meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Seterusnya, melalui teknik demonstrasi, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Antara kelebihan demonstrasi ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran Menurut Abdullah (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti. Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana kanak-kanak bermain, sama ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti semulajadi kanak-kanak. Sayangnya, semasa kanak-kanak membesar, kemampuan kreativiti mereka ditekan melalui asakan dan latihan atas nama mengembangkan keupayaan lain. Di prasekolah, antara aktiviti yang boleh dijalankan semasa Slot Kreativiti dan Estetika adalah kolaj. Kolaj bermaksud memotong, mengoyak, menggunting dan menampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah yang disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan ditampal pada satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Beberapa kepentingan dari aktiviti kolaj yang dapat dikenalpasti adalah memantapkan kemahiran motor halus murid-murid. Menurut Dokumen Standard Prasekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa kemahiran motor halus yang perlu dikuasai oleh muridmurid prasekolah adalah mengoyak bebas, menggunakan tangan untuk merenyuk serta menggunting menghasilkan satu bentuk. Menurut Foster & Headley (1966), guru boleh
membantu murid-murid mencapai kesejahteraan fizikal dengan membantu mereka membina kawalan motor kasar dan motor halus. Menurut Haliza Hamzah( 2008), pada peringkat awal kanak-kanak, otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti kolaj, diharapkan perkembangan fizikal kanak-kanak akan berkembang secara optimum. Kementerian Pendidikan dan Latihan Kanada (1998) menyatakan matlamat fizikal adalah untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus dan yakin mengenai apa yang boleh dilakukan oleh badan mereka disebabkan kemahiran ini berkait rapat dengan setiap bidang lain dalam kurikulum prasekolah. National Education for the Education of Young Children (1986) menyatakan guru yang baik akan menyediakan persekitaran yang meransang, bahan-bahan dan aktiviti yang mencabar terhadap kanak-kanak. Terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan keberkesanan teknik demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah kajian oleh Azizi (2008) yang menyatakan keputusan dari hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam melalui kaedah pengajaran demonstrasi. Justeru itu, Azizi (2008) turut menyarankan agar guru harus memperbanyakkan lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, Jennifer (2005) menyatakan demonstrasi akan meningkatkan minat dan pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak. Menurutnya, minat kanak-kanak akan diraih dari pemerhatian terhadap tingkahlaku guru didalam kelas semasa mengajar. Penilaian terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam pemerolehan dalam aspek kognitif kanak-kanak. Hasil kajian yang bertajuk "Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru" yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan, sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain.
Menurut Amir Hassan (2002) penggunaan kaedah yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa
merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Menurut Zaiton Zanariah Hamid (2000) kaedah demonstrasi yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan aktiviti yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun mengikut tahap pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu para guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Menurut Ng Ying (2004) lagi, kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana pelajar dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada
pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara. Kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) mendapati bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4 300 000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50 000 maklumat. Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007) pula, semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan pancaindera akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran. Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar.
2.0
FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada masalah sampel yang dipilih dalam aktiviti kolaj. Didapati dengan adanya Demonstrasi Model Hidup, telah mampu meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan sampel.
2.1
TINJAUAN MASALAH
Kebanyakan ibubapa pada hari ini menganggap slot kreativiti dan estetika sebagai slot yang tidak penting. Pengkaji memilih untuk memfokuskan aktiviti kolaj dalam kajian ini atas beberapa sebab tertentu. Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketigatiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
banyak sekali tumpuan diberikan untuk
memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti
masih belum lagi
diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai. Ini seterusnya akan turut menghalang negara mencapai status menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari (Storm & Storm, 2002). Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak. Perkembangan ekonomi yang berlaku akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan sektor industri telah mengubah dan akan mengubah taraf dan corak kehidupan rakyat Malaysia keseluruhannya. Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini telah mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka kepada latihan dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka memerlukan banyak
bimbingan
untuk
menyesuaikan
diri
dengan
perkembangan
yang
berlaku.( Mohamad Mohsin, 2008). Bagi pengkaji, sekiranya sesuatu slot itu tidak penting dan dianggap remeh jika dibandingkan dengan slot lain, slot kreativiti dan estetika tidak akan dimasukkan dalam Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan. Howard Gardner (1984), mengutarakan teori kecerdasan pelbagai dalam buku bertajuk Frames of Mind: The Theory of Multiple
Intelligences.
Kecerdasan pelbagai yang diutarakan oleh Gardner adalah seperti
kecerdasan pelbagai visual-spatial. Antara ciri-ciri individu yang cenderung pada visual-
spatial adalah kanak-kanak mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai ini mempunyai ingatan visual yang kuat, cenderung pada seni dan mahir dari segi koordinasi mata-tangan. Di sini, jelas membuktikan setiap individu dilahirkan unik dan dikurniakan dengan kecerdasan pelbagai yang berbeza-beza. Jadi, di prasekolahlah tempat pertama kanakkanak sepatutnya diberi peluang meneroka dan memperkembangkan kebolehan dan kecenderungan mereka. Bidang pendidikan masa kini menunjukkan semakin ramai pelajar cemerlang dicatatkan setiap kali keputusan peperiksaan utama di umumkan. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menunjukkan bakat yang menyerlah dalam aspek kreativiti dan estetika, mereka boleh menggalakkan anak-anak mereka mengambil jurusan yang sesuai dengan mereka. Antara contoh bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah pereka dalaman, arkitek serta pelukis. Sebagai guru prasekolah, adalah menjadi tanggungjawab pengkaji dalam membimbing murid-murid dan memperkembangkan kebolehan murid-murid seawal umur lima dan enam tahun agar dapat membantu mereka di prasekolah sebagai persediaan ke sekolah rendah, sekolah menengah serta peringkat yang seterusnya. Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa kini berusaha menggalakkan murid-murid agar lebih berminat dengan mata pelajaran seni dengan penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minat ini akan pengkaji pupuk bermula di alam prasekolah lagi. Melalui aktiviti membuat kolaj, banyak impak positif yang akan
dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Ia akan menambah penguasaan dari segi kemahiran motor halus iaitu mengoyak, menampal, mencubit dan menggunting. Dari segi kognitif, murid-murid akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam membanding atau membeza hasil kerja yang bermutu, membuat jangkaan yang bakal berlaku sekiranya gam yang digunakan terlalu banyak serta meramal kesan gam yang banyak digunakan akan mengotorkan pakaian dan meja masing-masing. Melalui aktiviti kolaj juga, murid-murid berpeluang untuk bersosial sesama rakan dan memupuk nilai murni bekerjasama, baik hati dan sabar sewaktu berkongsi bahan atau alat membuat kolaj. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti kolaj berlangsung, terlalu banyak nilai murni dan kesepaduan tunjang dapat diintegrasikan. Semasa slot kreativiti dan estetika menghasikan kolaj, pengkaji hanya memberi arahan ringkas dan tidak menunjukkan cara yang tepat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Pengkaji juga hanya menunjukkan kolaj kompleks yang telah disiapkan terlebih dahulu. Impaknya, pengkaji berhadapan dengan sikap negatif dan sikap suka mengadu murid-murid yang asyik mengulang bahawa mereka tidak pandai dan mereka tidak tahu untuk menyiapkannya. Murid-murid menghadapi masalah untuk mengoyak kertas, menampal menggunakan gam serta menggunting. Murid-murid berasakan kolaj adalah aktiviti yang sukar kerana mereka tidak biasa menghasilkannya. Dari analisa masalah ini, pengkaji berpendapat guru perlu menggunakan kaedah demonstrasi model hidup bagi mengatasi masalah semasa mengajar kolaj untuk meningkatkan minat, pemahaman serta penguasaan murid-murid.
Demonstrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Antara kelebihan demonstrasi adalah memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan, membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Melalui demonstrasi juga, keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti akan meningkat. Seterusnya, melalui teknik demonstrasi, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Kesimpulannya,
kajian
yang
akan
dilaksanakan
ini
adalah
berkaitan
menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan demonstrasi model hidup. . Perancangan kajian tindakan ini difokuskan bagi mengatasi masalah muridmurid semasa menjalankan aktiviti kolaj semasa slot Kreativiti dan Estetika. 2.2
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Pada pendapat pengkaji, kaedah yang sesuai boleh diaplikasikan untuk menarik minat murid-murid semasa slot kreativiti dan estetika. Kaedah yang ingin digunakan pengkaji adalah kaedah demonstrasi. Pengkaji berharap dengan kaedah ini, murid-murid akan berminat untuk
membuat kolaj, meningkatkan prestasi mereka serta tahap kreativiti mereka juga akan bertambah. Melalui pengalaman pengkaji di sekolah sewaktu menjalani praktikum, kaedah demonstrasi adalah antara kaedah yang paling digemari oleh guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh keberkesanannya yang telah terbukti. Kaedah demonstrasi ini akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah demonstrasi ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar bukan sahaja secara teori sematamata, bahkan murid-murid dapat melakukan semula cara-cara menghasilkan kolaj yang telah diperhatikan. Hasil kajian yang bertajuk "Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru" yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan, sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil kajian ini, jelaslah bahawa minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dibawa oleh guru boleh meningkatkan kecenderungan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari. Pengkaji yakin dapat membantu meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan murid terhadap slot kreativiti dan estetika khususunya semasa aktiviti menghasilkan kolaj. Di prasekolah, peruntukan masa selama 150 jam di khususkan untuk Slot Kreativiti dan Estetika setiap minggu. Jumlah masa ini agak lama dan membuktikan kepentingannya terhadap murid-murid prasekolah. Kajian tentang terapi seni telah banyak dijalankan dan terbukti kajian-kajian ini dapat membantu guru menyelami emosi dan perasaan murid-murid prasekolah. Melalui
aktiviti seni, murid-murid berupaya mengekspresikan perasaan, kebolehan serta kecenderungan masing-masing. Seterusnya, sikap yakin diri, berfikiran positif serta ketekunan dalam diri murid-murid dapat dipupuk. Aktiviti kolaj yang dijalankan di prasekolah mempunyai kesepaduan tunjang yang tidak terbatas. Contohnya, kolaj ramarama boleh disepadukan dengan Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Bahasa dan Komunikasi serta Tunjang Kemanusiaan.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1
OBJEKTIF UMUM
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan kaedah demonstrasi akan dapat meningkatkan minat, pemahaman, penguasaan murid-murid Prasekolah Bestari dalam aktiviti kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika.
3.2
OBJEKTIF KHUSUS
i. Mengenalpasti minat murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan kaedah demonstrasi model hidup. ii. Mengenalpasti tahap pemahaman murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan kaedah demonstrasi model hidup. iii. Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan kaedah demonstrasi model h
3.3
SOALAN KAJIAN i. Adakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat menarik minat murid dalam aktiviti kolaj? ii. Sejauh manakah
penggunaan
kaedah
demonstrasi model hidup dapat
meningkatkan tahap pemahaman murid dalam aktiviti kolaj? iii. Sejauh manakah
penggunaan
kaedah
demonstrasi model hidup dapat
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bidang menggambar aktiviti kolaj?
3.4
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini mengupas mengenai penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti kolaj. Antara kaedah demostrasi yang berkesan adalah aras kedudukan guru dan murid-murid perlu sesuai agar murid-murid tidak perlu melangut semasa memerhatikan guru membuat demonstrasi. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah demonstrasi model hidup semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid terhadap Slot Kreativiti dan Estetika dengan lebih berkesan. Selain itu,murid dapat mencapai pemahaman yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan murid-murid juga dapat ditingkatkan selepas demonstrasi ditunjukkan.
3.5
DEFINISI OPERASIONAL
Berikut adalah merupakan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini: 3.5.1 Kolaj : Ayien (2010) menyatakan kolaj bermaksud memotong, mengoyak, menggunting dan menampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan ditampal di atas permukaan khas seperti kertas lukisan.
3.5.2 Kaedah : Gowri (2011) menyatakan, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
3.5.3 Demonstrasi : Wan Md Hatta (2011), mengatakan demonstrasi ialah kaedah pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.
3.5.4 Demonstrasi model hidup: Gowri (2011) menyatakan demonstrasi model hidup ini adalah demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan.
3.6
BATASAN KAJIAN
Kajian ini adalah berkenaan dengan menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj. Antara batasan-batasan dalam kajian ini adalah ia terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Kajian ini juga hanya dibuat terhadap dua orang murid Prasekolah Bestari SK Pulau Rusa. Bidang yang ingin dikaji ialah bidang menggambar dan hanya tertumpu pada masalah murid dalam aktiviti kolaj. Masalah yang ingin diatasi adalah berfokus pada minat, pamahaman dan penguasaan.
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan kaedah demonstrasi model hidup bagi murid-murid Prasekolah Bestari SK Pulau Rusa ini adalah seramai 2 orang . Pemilihan sampel dijalankan secara bertujuan. Sampel yang dipilih adalah dari kalangan yang bermasalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam aktiviti kolaj. Murid yang dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka bosan untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kolaj. Murid-murid ini juga tidak faham konsep kolaj dan gagal menguasai cara menghasilkan kolaj yang baik. Sampel yang dipilih menghadapi masalah dalam aktiviti kolaj kerana kerana kurang berminat dan kurang tumpuan.
5.0
TINDAKAN
5.1
PROSEDUR KAJIAN
MEREFLEK
TINJAUAN AWAL
Membuat refleksi diri untuk melihat kekuatan dan kelemahan p&p diri sendiri
-Pengumpulan awal data bagi mengesahkan isu/masalah sebenar
*Terdapat murid yang mempunyai masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam Slot Kreativiti dan Estetika.
-Mengenal pasti fokus masalah yang menjadi keprihatinan
MEMERHATI
MERANCANG
Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.
Merancang tindakan/intervensi mengatasi masalah difokuskan
bagi yang
BERTINDAK Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan. Rajah 5.1 Prosedur Kajian Tindakan berasaskan Model kajian Kemmis dan McTaggart.
Langkah pertama prosedur tindakan adalah pengkaji membuat refleksi dengan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu yang diperhatikan adalah samada murid faham atau tidak tentang apa yang ingin diterangkan oleh pengkaji. Dari refleksi yang dilakukan, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid. Pengkaji berhadapan dengan masalah murid yang kurang berminat, kurang pemahaman dan kurang penguasaan dalam bidang menggambar aktiviti kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Kemudian, pengkaji mengenalpasti murid yang betul-betul bermasalah dengan mendapat maklumat dari guru Prasekolah SK Pulau Rusa. Langkah kedua yang dibuat adalah merancang kaedah tindakan yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Tindakan ini difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi menyelesaikan masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan sampel yang dikenalpasti. Pengkaji memilih menggunakan kaedah demonstrasi untuk menyelesaikan masalah ini. Pengkaji telah mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh Esah (2004) dalam melaksanakan kaedah demonstrasi. Sebagai persediaan untuk membuat demonstrasi, pengkaji telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sebagaimana yang dirancang. Antara bahan yang diperlukan adalah gam, kertas lukisan, kapas, kertas lukisan dan pensel warna.
Pengkaji mengikut saranan oleh Esah (2004) dalam melaksanakan demonstrasi yang terdiri dari 3 fasa.
Rajah 5.2 Langkah-langkah demonstrasi.
Langkah ketiga dalam prosedur kajian ini adalah melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus. Tindakan yang dibuat oleh pengkaji adalah melakukan demonstrasi model hidup . Demonstrasi model hidup merujuk kepada demonstrasi yang dijalankan oleh pengkaji sendiri. Pengkaji menggunakan bahan untuk menghasilkan kolaj seperti gam, kapas, kertas warna dan kertas lukisan. Untuk memudahkan sampel memahami perbezaan antara cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak, pengkaji menunjukkan cara untuk membuka gulungan kapas dan mencubit kapas. Pengkaji juga menerangkan bahawa untuk menghasilkan kolaj yang baik, kapas perlu bertindihan antara satu sama lain dan meliputi semua permukaan kertas lukisan. Untuk memudahkan pemahaman dan ingatan sampel, pengkaji menunjukkan dua jenis contoh hasil kerja di mana hasil kerja pertama melibatkan penggunaan gam yang banyak dan hasil kerja kedua melibatkan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Jika gam yang digunakan terlalu banyak, hasil kerja mungkin koyak, kekemasan hasilan kolaj juga terjejas. Langkah keempat dalam prosedur tindakan pengkaji adalah memerhati. Pengkaji mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama kajian iaitu berkaitan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Pemerhatian yang dijalankan telah direkodkan untuk dianalisa bagi mendapatkan kesimpulan.
Pengkaji juga menggunakan soal selidik dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan terhadap sampel untuk melihat respon daripada sampel kajian. Soal selidik ini juga akan melihat bagaimana penggunaan kaedah demonstrasi meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Seterusnya, pengkaji turut menggunakan temubual yang dijalankan selepas pengkaji menggunakan demonstrasi model hidup . Temubual dijalankan terhadap keduadua orang sampel yang dipilih. Selain dari itu, pengkaji juga menggunakan analisis dokumen dalam menentukan peningkatan yang dialami oleh setiap sampel. Beberapa item telah ditetapkan semasa menilai setiap hasil kerja yang dibuat oleh kedua-dua sampel. Setiap instrumen untuk mendapatkan data digunakan dengan baik dan ia dirumuskan dalam bab seterusnya.
5.2
PROSEDUR CARA MENGUMPUL DATA 5.2.1 INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji telah menggunakan empat instrumen dalam kajian ini iaitu pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Keempat-empat instrumen ini digunakan bagi mengukur minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua sampel dalam bidang yang dikaji iaitu kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan borang pemerhatian peringkat awal
yang telah disediakan lebih awal. Pemerhatian dijalankan pada pengajaran dan pembelajaran, semasa aktiviti dijalankan
dan selepas aktiviti
dijalankan. Semasa peringkat awal pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji
melihat bagaimana demonstrasi meningkatkan
minat sampel. Semasa pengajaran
dan
dicatatkan dalam borang pemerhatian dan
pembelajaran,
pemahaman
sampel
seterusnya pengkaji memerhatikan
penguasaan sampel dalam penghasilan karya. Instrumen kedua adalah instrumen soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan akan mengukur minat, pemahaman dan penguasaan setiap sampel. Sebelum soal selidik diedarkan, setiap sampel diberikan penerangan ringkas. Instrumen ketiga yang digunakan adalah temubual. Temubual dijalankan terhadap kedua-dua sampel selepas demonstrasi model hidup untuk aktiviti kolaj diadakan. Instrumen keempat yang digunakan adalah analisis dokumen. Analisis dokumen
ini dijalankan terhadap hasil kerja kedua-dua sampel sebelum
demonstrasi
model hidup digunakan dan selepas penggunaan
demonstrasi
model hidup semasa aktiviti kolaj. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek pemarkahan yang ditetapkan iaitu dari segi kekemasan, susun atur kolaj serta cara kolaj dihasilkan dengan cara yang betul iaitu dengan mencubit kapas. Dari segi kekemasan, pengkaji melihat dari segi cara penggunaan gam yang tidak terlalu banyak kerana gam yang terlalu banyak akan menyebabkan hasil kerja comot serta kertas lukisan yang digunakan mungkin akan koyak. Aspek susun atur kolaj akan dilihat dari segi adakah kapas yang digunakan menutup setiap permukaan kertas lukisan sebagaimana contoh semasa
demonstrasi dilakukan. Kapas yang tidak menutup permukaan kertas lukisan menunjukkan hasil kerja yang kurang baik. Aspek ketiga adalah cara kolaj dihasilkan betul atau tidak. Cara kolaj dihasilkan dengan betul adalah apabila ia dicubit dan bukan sekadar melekatkannya dengan gam.
6.0
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
6.1
PENDAHULUAN
Kajian pengkaji ini adalah tentang menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan penggunaan demonstrasi model hidup. Setiap dapatan kajian akan dilihat dan dianalisis untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan. Analisis ini dibahagikan kepada analisis jadual pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan analisis soal selidik. 6.2
PEMERHATIAN
Instrumen pemerhatian dibuat oleh pengkaji bagi melihat aspek penting yang dikaji dalam kajian tindakan ini. Minat kedua-dua sampel diperhatikan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Aspek pemahaman dilihat semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu semasa aktiviti kolaj dilakukan. Aspek penguasaan sampel dalam aktiviti kolaj ini diperhatikan selepas kolaj siap dihasilkan. Semua item yang diperhatikan ditandakan dalam borang pemerhatian yang dibuat dalam bentuk soalan. Jadual pemerhatian ini membandingkan antara pemerhatian aktiviti kolaj tanpa
menggunakan demonstrasi model hidup
serta pemerhatian aktiviti kolaj yang
menggunakan demonstrasi model hidup. Pemerhatian pertama menunjukkan perbandingan pemerhatian minat sampel sebelum menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup dan selepas menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian terhadap minat sampel. Jadual 6.1.1: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup. Soalan 1. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? 2. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? 3. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan?
Ya
Tidak /
/ /
Jadual 6.1.2: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup. Soalan 4. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? 5. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? 6. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan?
Ya
Tidak
/ / /
Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Soalan 1 : Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? Soalan ini akan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah demonstrasi model hidup. benar-benar membantu meningkatkan minat sampel kerana mereka telah tahu cara-cara untuk menghasilkan kolaj yang baik dan berminat untuk menyiapkannya. sebelum menggunakan kaedah demonstrasi model hidup , sampel tidak menyiapkan kolaj walaupun masa yang ada untuk melakukan aktiviti masih banyak. Tetapi, setelah demonstrasi model hidup ditunjukkan, sampel bersungguh-sungguh menyiapkan kolaj. Soalan 2 : Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? Soalan ini juga menunjukkan peningkatan dari segi minat sampel. Sampel yang dipilih sememangnya mempunyai masalah dari segi minat terhadap Slot Kreativiti dan Estetika. Setelah kaedah demonstrasi model hidup digunakan, terdapat peningkatan minat yang positif
iaitu sampel lebih menumpukan perhatian terhadap guru semasa mengajar.
Sampel tidak lagi bermain sesama sendiri. Soalan 3 : Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? Setelah pemerhatian dibuat, sampel dapat memberi respon pada guru. Respon seperti menganggukkan kepala dilihat sebagai sampel lebih berminat pada sesi demonstrasi jika dibandingkan sampel tidak memberikan sebarang respon.
Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel Jadual 6.1.3 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran sebelum Kaedah Demonstrasi Model Hidup Soalan 1. Adakah murid dapat membezakan menghasilkan kolaj yang betul atau tidak?
Ya
Tidak
cara
/
2. Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain?
/
3. Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj?
/
Jadual 6.1.4 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran selepas Kaedah Demonstrasi Model Hidup Soalan 1. Adakah murid dapat membezakan menghasilkan kolaj yang betul atau tidak?
Ya cara
/
2. Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain?
/
3. Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj?
/
Tidak
Analisis pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran memfokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan 1 : Adakah murid dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? Kaedah demonstrasi model hidup yang tidak ditunjukkan menyebabkan murid-murid tidak dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak. Semasa kaedah demonstrasi model hidup digunakan, pengkaji telah menerangkan bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu dicubit dan cara-caranya telah ditunjukkan oleh pengkaji. Dengan ini, telah membuktikan bahawa demonstrasi membantu murid memahami bagaimana membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul dan tidak. Soalan 2 : Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain? Kaedah demonstrasi model hidup yang tidak ditunjukkan menyebabkan sampel tidak memahami bahawa kapas yang dihasilkan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindihan antara satu sama lain. Masih terdapat banyak permukaan kertas lukisan yang dibiarkan kosong. Tetapi, setelah demonstrasi ditunjukkan, sampel telah dapat memahami bahawa untuk menghasilkan kolaj yang baik, sampel perlu menampal kapas secara bertindihan dan memenuhi permukaan kertas lukisan. Soalan 3 : Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj? Semasa kaedah demonstrasi model hidup digunakan, pengkaji tidak menunjukkan demonstrasi bagaimana penggunaan gam secara berlebihan akan menjejaskan kolaj yang dihasilkan. Tetapi, semasa demonstrasi, pengkaji telah menunjukkan bagaimana gam yang berlebihan menyebabkan kolaj yang dihasilkan comot, tidak kemas serta mungkin
terkoyak. Dengan demontrasi, sampel lebih mudah memahami dan mengingat apa yang cuba diterangkan oleh pengkaji. Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel. Jadual 6.1.5 : Pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran sebelum Kaedah Demonstrasi Model Hidup Soalan
Ya
Tidak
1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam?
/
2. Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj?
/
3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain?
/
Jadual 6.1.6 : Pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran selepas Kaedah Demonstrasi Model Hidup digunakan. Soalan
Ya
1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam?
/
2. Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj?
/
3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain?
/
Tidak
Analisis pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran memfokuskan kepada penguasaan sampel. Soalan 1 : Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam? Sebelum kaedah demonstrasi model hidup digunakan,, sampel tidak dapat menghasilkan kolaj yang kemas. Gam telah digunakan dengan terlalu banyak dan mengotorkan hasil kerja mereka. Tetapi, setelah ditunjukkan , sampel telah menunjukkan peningkatan dari segi penghasilan kolaj yang lebih kemas. Soalan 2 : Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj? Sampel tidak dapat mencubit kapas dengan betul sebelum kaedah demonstrasi model hidup digunakan, kerana mereka hanya mendengar arahan dan tidak dapat melihat dengan jelas cara kapas dikoyak. Selepas demonstrasi, sampel dapat mencubit kapas dengan betul kerana mereka memberi tumpuan semasa pengkaji menunjukkan demonstrasi. Soalan 3 : Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain? Dengan memerhatikan hasil kolaj yang dihasilkan oleh sampel, didapati sebelum kaedah demonstrasi model hidup ditunjukkan, kolaj yang dihasilkan adalah tidak sempurna dimana kapas yang ditampal adalah tidak bertindihan antara satu sama lain. Masih
terdapat ruang kosong yang tidak ditampal dengan kapas. Selepas kaedah demonstrasi model hidup ditunjukkan, hasil kerja sampel lebih baik di mana kapas-kapas memenuhi ruang kertas lukisan sepertimana yang ditunjukkan semasa demonstrasi. Kapas yang ditampal adalah bertindihan antara satu sama lain. Dari borang pemerhatian yang ditandakan, pengkaji telah membuat jadual pemerhatian keseluruhan. Skala yang diberikan adalah seperti jadual dibawah. Jadual pemerhatian keseluruhan yang dianalisis adalah seperti yang ditunjukkan dibawah. Jadual 6.1.7 : Jadual Keseluruhan pemerhatian 1 Pemarkahan
Sangat tidak berminat Sangat tidak memahami Sangat tidak menguasai
2
3
4
Tidak berminat
Berminat
Sangat berminat
Tidak memahami Tidak menguasai
Memahami
Sangat memahami Sangat menguasai
Menguasai
Tajuk
Demonstrasi Model Hidup
Minat
Pemahaman
Penguasaan
Kolaj Aiskrim
X
2
2
2
/
4
4
4
Secara keseluruhannya, pemerhatian dapat dilihat dalam jadual di atas. Dapat disimpulkan bahawa sampel lebih berminat untuk melakukan aktiviti kolaj sekiranya Demonstrasi model hidup dilakukan oleh guru. Demonstrasi model hidup juga dibuktikan membantu murid memahami pengajaran dan pembelajaran semasa
melakukan kolaj. Seterusnya, dapatan dari pemerhatian ini turut membuktikan sampel dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran kolaj dengan lebih berkesan. 6.2
SOAL SELIDIK
Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan. Instrumen ini digunakan untuk membuktikan bahawa demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji benar-benar dapat meningkatkan tiga aspek yang dikaji iaitu aspek minat, pemahaman dan penguasaan setiap sampel. Soalan kaji selidik ini diedarkan selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan. Jadual 6.2.1 : Analisis minat sampel 1 Bil
Soalan
Ya
1
Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika?
/
2
Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan?
/
3
Adakah anda ingin melakukan kolaj lagi di masa depan?
/
Tidak
Jadual 6.2.2 : Analisis minat sampel 2 Bil
Soalan
Ya
1
Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika?
/
2
Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan?
/
3
Adakah anda ingin melakukan kolaj lagi di masa depan?
/
Tidak
Dari jadual analisis minat sampel di atas, didapati kedua-dua sampel menjawab ya bagi semua soalan soal selidik. Dari soalan pertama iaitu adakah mereka berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika, mereka menjawab ya. Ini membuktikan masalah sampel yang tidak berminat untuk melakukan aktiviti dapat diatasi. Soalan kedua soal selidik turut mendapati bahawa kedua-dua sampel bersetuju bahawa belajar semasa Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan. Ini adalah perkembangan yang baik kerana meransang kedua-dua sampel yang dulunya pasif menjadi lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka seronok tanpa melakukan aktiviti dengan paksaan. Soalan ketiga kaji selidik ialah adakah mereka ingin melakukan kolaj lagi di masa depan. Kedua-dua sampel manjawab ya dan ini menunjukkan mereka telah berminat untuk melakukan aktiviti seni. Kesimpulannya, dari jadual di atas yang telah menguji minat sampel mendapati demonstrasi model hidup dapat membantu meningkatkan minat kedua-dua sampel.
Masalah sampel yang tidak berminat pada aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika sebelum ini dapat diatasi. Jadual 6.2.3 : Analisis pemahaman sampel 1 Bil
Soalan
Ya
1
Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik dan tidak baik?
/
2
Adakah kamu dapat menghasilkan kolaj?
untuk
/
3
Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru?
/
mengecam
bahan
Tidak
Jadual 6.2.4 : Analisis pemahaman sampel 2 Bil
Soalan
Ya
1
Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik dan tidak baik?
/
2
Adakah kamu dapat menghasilkan kolaj?
untuk
/
3
Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru?
/
mengecam
bahan
Tidak
Bagi soalan pertama, kedua-dua sampel menunjukkan peningkatan dalam aspek pemahaman. Mereka telah dapat membezakan kolaj yang baik dan tidak baik. Ini menunjukkan sampel telah faham kriteria kolaj yang baik. Bagi soalan kedua soal selidik ini, kedua-dua sampel juga telah dapat mengecam bahan untuk menghasilkan kolaj. Hal ini menunjukkan peningkatan pemahaman sampel semasa melakukan akviti membuat kolaj.
Seterusnya, soalan soal selidik ketiga ialah adakah sampel dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Kedua-dua sampel dapat menjawab soalan guru dengan baik dan yakin. Kesimpulannya, dari jadual analisis pemahaman kedua-dua sampel, didapati bahawa pemahaman sampel telah meningkat dan ini membuktikan demonstrasi model hidup yang ditunjukkan oleh pengkaji dapat membantu sampel dalam memahami isi pelajaran dalam Slot Kreativiti dan Estetika ini. Jadual 6.2.5 : Analisis penguasaan sampel 1 Bil
Soalan
Ya
1
Adakah anda dapat mencubit kapas dengan baik semasa membuat kolaj?
/
2
Adakah kamu dapat menggunakan gam dengan cermat semasa menampal kapas di kertas lukisan?
/
3
Adakah kamu dapat menampal bertindihan antara satu sama lain?
/
kapas
secara
Tidak
Jadual 6.2.6 : Analisis penguasaan sampel 2 Bil
Soalan
Ya
1
Adakah anda dapat mencubit kapas dengan baik semasa membuat kolaj?
/
2
Adakah kamu dapat menggunakan gam dengan cermat semasa menampal kapas di kertas lukisan?
/
3
Adakah kamu dapat menampal bertindihan antara satu sama lain?
/
kapas
secara
Tidak
Jadual di atas menunjukkan bukti penguasaan sampel 1 dan sampel 2. Penguasaan kedua-dua sampel dalam aspek ini akan dapat menunjukkan bahawa demonstrasi model hidup yang digunakan oleh pengkaji benar-benar dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti. Soalan pertama soal selidik aspek penguasaan adalah samada sampel dapat mencubit kapas dengan baik atau tidak. Sebelum ini, sampel tidak dapat mencubit dengan baik kerana tidak didedahkan dengan cara yang betul semasa mencubit. Tetapi, setelah ditunjukkan demonstrasi model hidup, sampel mampu mencubit dengan baik seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bagi soalan kedua, pengkaji mahu memastikan samada gam telah digunakan dengan cermat ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana ia menjejaskan kekemasan hasil akhir kolaj. Kedua-dua sampel dapat menguasai cara penggunaan gam dengan cermat apabila ditunjukkan contoh. Soalan ketiga pula adalah berkaitan dengan aspek penguasaan menampal kapas secara bertindihan antara satu sama lain. Kolaj yang tidak bertindihan adalah hasil kerja yang tidak bermutu. Kesimpulannya, setelah pengkaji menunjukkan demonstrasi model hidup sebelum meminta sampel menyiapkan kolaj masing-masing, dibuktikan bahawa tahap penguasaan kedua-dua orang sampel dapat ditingkatkan. Aktiviti kolaj yang dilakukan dijalankan dengan baik dan kualiti kerja bertambah.
6.3
TEMUBUAL.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen temubual untuk mendapatkan sendiri maklumbalas dari sampel. Temubual ini dijalankan untuk memastikan demonstrasi model hidup benar-benar dapat meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan sampel dalam aktiviti kolaj. 6.3.1 Senarai Soalan Temubual Kajian 1. Apakah perasaan anda tentang kolaj yang telah dihasilkan? 2. Adakah aktiviti kolaj amat membosankan? 3.Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik atau tidak? 4.Apakah kesan gam terlalu banyak digunakan pada kolaj? 5.Adakah anda sudah boleh mencubit kapas dengan betul? 6. Adakah anda telah dapat mengawal gam dari digunakan secara berlebihan? 6.3.2 Apakah perasaan anda tentang kolaj yang telah dihasilkan? Soalan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana minat dan pendapat sampel terhadap hasil kolaj mereka. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s)
Jawapan Temubual
S1
‘Rasa lagi comey dari hok wat aritu’
S2
‘Rasa puah ati doh, kite suke buat ni’
6.3.3 Adakah aktiviti kolaj amat membosankan? Soalan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana minat dan pendapat sampel terhadap hasil kolaj mereka. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s)
Jawapan Temubual
S1
‘Dop pom, kite suker sebab kite boleh tampal-tampal kapas
S2
‘Dop cikgu, kalu buat sokmo-sokmo dak per’
Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel menunjukkan perasaan berpuas hati dan berminat dengan aktiviti yang dijalankan.
6.3.4 Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik atau tidak? Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman sampel terhadap kolaj. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s)
Jawapan Temubual
S1
‘Kolaj hok baik hok tak ada gam banyok-banyok sangat’
S2
‘Kolaj hok molek hok tak kotor’
6.3.5 Apakah kesan gam terlalu banyak digunakan pada kolaj? Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman sampel terhadap kolaj. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s)
Jawapan Temubual
S1
‘Nanti kolaj mudah kotor’
S2
‘Kolaj mudah koyok kalu gam banyak sangat’
Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel telah faham kesan daripada penggunaan gam yang berlebihan terhadap hasilan kolaj. Pemahaman mereka telah meningkat.
6.3.6 Adakah anda sudah boleh mencubit kapas dengan betul? Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan sampel terhadap kolaj. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s)
Jawapan Temubual
S1
‘Boleh dah cikgu, kapas hok bergulung tu kena buka dulu, pahtu baru cubit’
S2
‘Senang jer cikgu, kalu nok cubit kena buka gulung kapas tu dulu,’
6.3.7 Adakah anda telah dapat mengawal gam dari digunakan secara berlebihan? Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan sampel terhadap kolaj. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s)
Jawapan Temubual
S1
‘Bolehlar, jangan picit gam kuat sangat, nanti gam tumpah’
S2
‘Boleh, picit gam sikit-sikit jer cikgu’
Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel telah menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan mereka. Penguasaan yang baik menghasilkan mutu kerja yang baik seterusnya mendapat Gred A.
6.4
ANALISIS DOKUMEN
Hasil kerja kedua-dua orang sampel dianalisis dan diberikan penilaian. Pemarkahan yang diberikan adalah berpandukan rubrik pemarkahan kerja kursus Pendidikan Seni Visual. Walaubagaimanapun, pengkaji telah mengubahsuai rubrik ini mengikut pertimbangan yang wajar atas sebab rubrik ini perlu dipermudahkan kerana sampel kajian tindakan ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah. Analisis dokumen ini akan hanya memfokuskan pada penguasaan sampel kerana analisis dokumen dijalankan terhadap hasil kerja akhir kolaj sampel. Hasil kerja sampel akan dinilai setelah sesi demonstrasi model hidup ditunjukkan oleh pengkaji.
Antara aspek yang diperhatikan terhadap hasil kerja sampel adalah dari segi kekemasan. Aspek kekemasan ini ditentukan dengan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kurang. Penggunaan gam yang banyak cenderung menghasilkan kolaj yang comot dan tidak kemas. Selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan, perbezaan hasil kerja sampel dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding ketika tidak menggunakan demonstrasi model hidup. Aspek kedua yang diperhatikan adalah dari segi susun atur kapas. Semasa demonstrasi model hidup , pengkaji telah mengingatkan sampel agar menampal kapas dengan sekata dan memenuhi ruang kertas lukisan sebagaimana yang sepatutnya. Kapas telah ditampal dengan sekata dan bertindihan antara satu sama lain. Ini menunjukkan ciri-ciri hasil kerja yang baik. Aspek ketiga yang dilihat dalam analisis hasil kerja sampel adalah ketepatan cara kapas dicubit. Semasa demonstrasi model hidup berlangsung, pengkaji telah menunjukkan cara mencubit bebola kapas dengan cara yang mudah. Kesimpulannya, tahap penguasaan kedua-dua sampel dapat ditingkatkan dengan adanya kaedah demonstrasi model hidup. Sampel satu telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan dari C (sederhana) kepada A (sangat baik). Tahap penguasaan sampel dua pula meningkat dari B (baik) kepada A (sangat baik). Dengan ini, jelaslah demonstrasi model hidup akan dapat membantu guru memudahkan proses penguasaan murid-murid terutama dalam bidang yang dikaji ini.
7.0
DAPATAN
7.1
PENDAHULUAN
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil dapatan yang diperolehi dari bab sebelumnya. Perbincangan ini adalah tentang hasil dapatan kajian yang berkaitan dengan Menyelesaikan
Masalah
Dalam
Bidang
Menggambar Aktiviti Kolaj
Dengan
Menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup Bagi Murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa. 7.2
RINGKASAN KAJIAN
Sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah terdiri daripada murid-murid Prasekolah Bestari SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Sampel terdiri dari murid yang bermasalah dalam aspek minat, pemahaman dan penguasaan bagi Slot Kreativiti dan Estetika. Kedua-dua orang sampel adalah lelaki dan berbangsa Melayu. Untuk mendapatkan hasil dapatan yang sahih, pengkaji telah menggunakan empat instrumen. Instrumen tersebut adalah borang pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Instrumen borang pemerhatian, soal selidik dan temubual digunakan untuk menentukan peningkatan dari segi minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua sampel. Instrumen analisis dokumen pula menumpukan pada aspek penguasaan kedua-dua sampel dalam penghasilan kolaj.
7.3
MINAT SAMPEL
Pengkaji memilih untuk melihat aspek minat dalam kajian ini. Ini adalah disebabkan tanpa minat, apapun aktiviti yang dirancang oleh pengkaji tidak akan mendapat sambutan sebagaimana yang diharapkan. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun, mengikut tahap pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Menurutnya lagi, para guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.
Perbincangan mengenai minat sampel akan dihuraikan dari borang pemerhatian, borang soal selidik dan temubual yang telah digunakan terhadap kedua-dua sampel. Berdasarkan jadual 6.1.7, iaitu jadual pemerhatian keseluruhan, kedua-dua orang sampel telah mendapat skala 4 iaitu sangat berminat (Rujuk jadual 6.1.7). Peningkatan ini dapat dilihat dengan jelas jika dibandingkan dengan sebelum pengkaji menggunakan demonstrasi model hidup iaitu sampel hanya mendapat skala 2. Dalam pemerhatian pengkaji, setelah pengkaji menunjukkan demonstrasi model hidup, minat sampel bertambah iaitu murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj. Kemudian, dapat diperhatikan bahawa murid tidak bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan. Akhir sekali, pengkaji mendapati bahawa murid dapat
memerhatikan cara-cara untuk menghasilkan kolaj. Hal ini adalah selari dengan pendapat Jennifer (2005) yang menyatakan demonstrasi akan meningkatkan minat dan pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak. Menurutnya, minat kanak-kanak akan diraih dari pemerhatian terhadap tingkahlaku guru didalam kelas semasa mengajar. Penilaian terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam pemerolehan dalam aspek kognitif kanak-kanak. Bagi instrumen kedua, pengkaji memilih menggunakan borang soal selidik untuk mengenalpasti peningkatan minat sampel. Dapatan dari soal selidik menunjukkan bahawa minat sampel telah bertambah (Rujuk Jadual 6.2.1 dan Jadual 6.2.2). Didapati bahawa sampel berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Sampel juga bersetuju
bahawa belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalah
menyeronokkan dan sampel juga ingin melakukan kolaj lagi di masa depan. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2003), apabila seseorang pelajar sudah mempunyai minat, ia akan mendorong pelajar tersebut untuk berusaha sehingga berjaya. Faktor minat ini menjadi pendorong utama pelajar melakukan sesuatu. Apabila guru berjaya merangsang minat pelajar terhadap pelajarannya, dengan sendirinya pelajar akan bermotivasi dan boleh belajar tanpa dipaksa. Untuk instrumen ketiga pula iaitu temubual, pengkaji mendapati kedua-dua sampel memberi jawapan yang positif iaitu telah berpuas hati dengan hasil kerja mereka dan berminat untuk menghasilkan kolaj lagi pada masa depan (Rujuk Jadual Ringkasan Temubual). Hasil dari temubual ini menunjukkan peningkatan minat kedua-dua sampel dan dapatan ini menyokong Zaiton Zanariah (2000) yang mengatakan kaedah demonstrasi yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari
sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan aktiviti yang dijalankan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kesimpulannya, pengkaji berpendapat kaedah demonstrasi model hidup telah dapat meningkatkan minat kedua-dua sampel yang dikaji. Seperti yang telah diketahui, minat adalah aspek penting yang harus dimiliki oleh sampel dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ng Ying (2004) , kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana pelajar dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.
7.4
PEMAHAMAN SAMPEL
Dari segi pemahaman sampel, pengkaji menggunakan instrumen borang pemerhatian, temubual dan soal selidik. Dari Jadual pemerhatian keseluruhan iaitu Jadual 6.1.7, kedua-dua sampel telah mencapai skala 4. Mengikut skala yang ditetapkan, skala 4 adalah sangat memahami. Dari item pemerhatian yang dibina, pengkaji ingin membuktikan bahawa dengan adanya demonstrasi model hidup, pemahaman sampel akan meningkat. Ia adalah kerana murid telah dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak, murid juga faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain. Selain dari itu, murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj. Menurut (Abd. Ghafar 2003) dalam (Mohd 2010), semasa demonstrasi dijalankan, guru memperlihatkan kemahirannya kepada pelajar. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan mudah memahami apa yang dijelaskan oleh guru. Instrumen kedua untuk membuktikan peningkatan tahap pemahaman sampel adalah soal selidik. Keputusan dari soal selidik yang diberikan kepada sampel menunjukkan pemahaman kedua-dua sampel telah meningkat dan ini membuktikan kaedah demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji dapat membantu sampel dalam memahami isi pelajaran dalam Slot Kreativiti dan Estetika ini. Menurut T.Sarina (2006), kaedah tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu kaedah yang paling sesuai untuk membawa pelajar kepada hidup berealiti. Menurutnya lagi, kaedah demonstrasi akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri.
Sampel telah dapat membezakan kolaj yang baik dan tidak baik, mengecam bahan untuk menghasilkan kolaj dan sampel dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Hal ini adalah selari dengan kajian oleh Azizi (2008) yang menyatakan keputusan dari hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk belajar melalui kaedah pengajaran demonstrasi. Justeru itu, Azizi (2008) turut menyarankan agar guru harus perbanyakkan lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, W.Noraini (2009) menyatakan bahawa dengan adanya demonstrasi, guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan dan membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah. Selain itu, demonstrasi akan meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen, meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti seterusnya membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Instrumen ketiga untuk membuktikan peningkatan pemahaman sampel adalah melalui instrumen temubual . Dapatan dari temubual membuktikan tahap pemahaman sampel meningkat iaitu kedua-dua sampel boleh membezakan kolaj yang baik atau tidak dan membuat jangkaan apa yang berlaku terhadap hasil kerja jika gam digunakan secara berlebihan. Kebolehan sampel dalam meningkatkan tahap pemahaman ini adalah disebabkan semasa demonstrasi model hidup dijalankan, pancaindera sampel telah digunakan. Antaranya, adalah pancaindera penglihatan yang digunakan sewaktu
memerhatikan bahan menghasilkan kolaj, memerhatikan langkah-langkah penghasilan kolaj serta pemerhatian terhadap hasil kerja yang baik dan tidak baik. Pancaindera pendengaran digunakan semasa memberi perhatian pada penerangan pengkaji dan soalan-soalan yang diutarakan oleh rakan-rakan sampel yang lain. Seterusnya pencaindera sentuhan digunakan sewaktu kedua-dua sampel diberi peluang untuk menyentuh kapas. Sifat kapas adalah lembut dan dapat meransang deria sentuhan sampel terhadap bahan yang lembut. Penggunaan tiga jenis pancaindera ini telah membantu meningkatkan pemahaman sampel kesan daripada penggunaan Demonstrasi Model Hidup. Dapatan ini menyokong Wan Nur Azyyati (2007), iaitu semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan pancaindera akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran.
7.5
PENGUASAAN SAMPEL
Seterusnya, perbincangan adalah menjurus kepada penguasaan sampel terhadap pengajaran dan pembelajaran selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan kepada sampel. Untuk menentukan peningkatan dalam aspek ini, pengkaji menggunakan instrumen borang pemerhatian, soal selidik, temubual serta analisis dokumen. Bagi instrumen pemerhatian terhadap penguasaan, terdapat peningkatan yang jelas antara hasil kerja sebelum demonstrasi model hidup dan hasil kerja selepas demonstrasi model hidup. Sebelum demonstrasi model hidup dijalankan, sampel tidak
dapat menghasilkan kolaj yang kemas. Mereka tidak dapat mencubit kapas dengan betul dan tidak menyiapkan kolaj dengan baik iaitu kapas tidak ditampal bertindihan antara satu sama lain. Tetapi, selepas ditunjukkan demonstrasi model hidup, sampel telah dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam. Mereka telah dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj dan sampel dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain. (Rujuk Jadual 6.1.7). Peningkatan terhadap penguasaan ini adalah selari dengan Mohd Arshad (2008), dalam
kajiannya
yang
menunjukkan
memberangsangkan ketika pengajaran
pelajar
mula memberikan
dijalankan dengan
reaksi
yang
kaedah demonstrasi.
Penglibatan pelajar di dalam kelas memang memberansangkan dan telah membantu dalam pemahaman pelajar dalam tajuk atau subjek yang diajar oleh guru. Demonstrasi yang berkaitan dengan isi pengajaran amat membantu dalam pemahaman pelajar serta dapat mengukuhkan lagi penguasaan dan pemahaman pelajar tersebut. Instrumen kedua untuk menentukan penguasaan sampel adalah dapatan dari soal selidik. Penguasaan kedua-dua sampel dalam aspek ini menunjukkan bahawa demonstrasi yang digunakan oleh pengkaji benar-benar dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti. (Rujuk Jadual 6.2.5 dan Jadual 6.2.6) Soalan pertama soal selidik aspek penguasaan adalah samada sampel dapat mencubit kapas dengan baik atau tidak. Sebelum ini, sampel tidak dapat mencubit dengan baik kerana tidak didedahkan dengan cara yang betul semasa mencubit. Tetapi, setelah ditunjukkan demonstrasi, sampel mampu mencubit dengan baik seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Mazur (2011) menyatakan demonstrasi
mempunyai dua tujuan utama iaitu meningkatkan pemahaman konsep yang ditunjukkan dan meningkatkan minat dalam kelas. Pengkaji berpendapat, setelah minat dan pemahaman dipupuk, aspek penguasaan kedua-dua sampel turut meningkat. Bagi soalan kedua soal selidik, pengkaji mahu memastikan samada gam telah digunakan dengan cermat ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana gam yang tidak digunakan dengan cermat menjejaskan kekemasan hasil akhir kolaj. Keduadua sampel dapat menguasai cara penggunaan gam dengan cermat apabila ditunjukkan contoh. Sampel dapat menentukan bahawa penggunaan gam perlu dikawal. Peningkatan dari aspek penguasaan ini adalah kesan dari demonstrasi model hidup yang ditunjukkan kepada sampel. Penguasaan yang meningkat dari pemerhatian terhadap proses demonstrasi model hidup dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi seperti Ng Ying (2004) yang menyatakan, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4 300 000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50 000 maklumat. Soalan ketiga pula adalah berkaitan dengan aspek penguasaan menampal kapas secara bertindihan antara satu sama lain. Kolaj yang tidak bertindihan adalah hasil kerja yang tidak bermutu. Hal ini adalah penting kerana kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ayien (2010) menyatakan perkara penting tentang kolaj adalah hasil kerja seni ini memerlukan muridmurid menyusun dan menampal bahan serta ditindih. Instrumen ketiga yang mengukur tahap penguasaan sampel adalah temubual. Dapatan dari temubual yang dijalankan mendapati sampel dapat mencubit dengan betul dan mengawal penggunaan gam agar tidak berlebihan. Terbukti kaedah demonstrasi
model hidup membantu penguasaan sampel. Gowri (2011) menyatakan kaedah ini digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua mata pelajaran di sekolah. Demonstrasi digunakan oleh guru dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti sains,kemahiran hidup, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni.
Instrumen terakhir yang mengukur penguasaan sampel adalah analisis dokumen terhadap hasil kerja sampel. Aspek pertama yang diperhatikan adalah aspek kekemasan yang ditentukan dengan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kurang. Sampel telah sedar bahawa dengan menggunakan gam yang banyak, kolaj yang dihasilkan akan comot dan tidak kemas. Selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan, perbezaan hasil kerja sampel dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding ketika tidak menggunakan demonstrasi model hidup. Mohd Arshad (2010) menyatakan penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Dalam bab prosedur kajian, pengkaji telah menerangkan pengkaji sentiasa berkomunikasi dengan sampel semasa demonstrasi model hidup dilakukan.
Aspek kedua yang diperhatikan adalah dari segi susun atur kapas. Semasa demonstrasi, pengkaji telah mengingatkan sampel agar menampal kapas dengan sekata dan memenuhi ruang kertas lukisan sebagaimana yang sepatutnya. Selepas demonstrasi ditunjukkan, sampel dapat menampal kapas dengan sekata dan bertindihan antara satu sama lain. Ini menunjukkan ciri-ciri hasil kerja yang baik. Peningkatan mutu hasil kerja ini adalah disebabkan oleh faktor pengajaran guru. Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar. Aspek ketiga yang dilihat dalam analisis hasil kerja sampel adalah ketepatan cara kapas dicubit. Semasa demonstrasi berlangsung, pengkaji telah menunjukkan cara mencubit bebola kapas dengan cara yang mudah. Oleh itu, sampel telah dapat menguasai cara bagaimana mencubit bebola kapas. Sampel satu telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan dari C (sederhana) kepada A (sangat baik). Tahap penguasaan sampel dua pula meningkat dari B (baik) kepada A (sangat baik). Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial adalah Albert Bandura yang terkenal kerana telah membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Oleh kerana semua dapatan dalam analisis dokumen hasil kerja ini telah menunjukkan peningkatan positif dalam aspek penguasaan, terbukti kaedah demonstrasi model hidup yang ditunjukkan oleh guru adalah sangat sesuai untuk digunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran kolaj. Dapatan ini selari dengan Teori Albert Bandura
yang mengatakan kanak-kanak belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan kajian ini dapat diteruskan dengan kajian ke atas bidang lain menggunakan kaedah demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh bidang lain yang boleh dikaji adalah bidang membentuk doh. Untuk penambahbaikan, kajian seterusnya boleh dijalankan dengan menggabungkan penggunaan kaedah demonstrasi dan video untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru diharapkan dapat memberikan demonstrasi yang lebih jelas kepada murid-murid agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Guru perlu jelas dengan jarak yang sesuai untuk menjalankan demonstrasi agar semua murid dapat melihat guru menjalankan demonstrasi. Guru juga perlu memberi arahan ringkas dengan ayat yang mudah untuk memudahkan pemahaman murid-murid. Guru haruslah memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam demonstrasi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya minat, pemahaman dan penguasaan murid-murid dapat ditingkatkan. Selain itu, penggunaan instrumen tambahan lain boleh digunakan. Antaranya adalah semak dan rekod berterusan.
menggunakan senarai
SENARAI RUJUKAN
Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Abdul Rahim B. Hamdan (2004). Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan, dan Alatan dan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Dalam Matapelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-guru Kemahiran H Hidup di Sekolah Menengah di Daerah Kluang. Dimuat turun pada 1 Ogos 2011 daripada http://eprints.utm.my/10639/1/KESESUAIAN_ISI_KANDUNGAN.pdf Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005). Mendorong kreativiti kanak-kanak. Bentong: PTS Millenia Sdn Bhd. Admin (2011). Kaedah Pengajaran. Dimuat turun pada 1 Ogos 2011 daripada http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:Quantum Books. Ayien
(2011) Definisi Kolaj. Dimuat turun pada 4 April 2011 http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/pengenalan-kolaj.html
dari
Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur,PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Azizi Yahaya (2007) Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Dimuat turun pada 5 Julai 2011 daripada http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf Dywer, F.M (1978). Strategies For Improving Visuals Learning : A Handbook For Effective Selestion, Design And Use Of Visualized Materials. Pannsylvania: Learning Service,State College. Ee, Ah Meng (1999). Siri Diploma Perguruan, Pendidikan Di Malaysia 1,Falsafah Pendidikan, Guru Dan Sekolah. 2nd . ed. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor : Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Gowri Sai (2010) Presentations. Dimuat turun pada 10 Julai 2011 daripada http://www.scribd.com/gowri_sai Haliza Hamzah (2008). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Hidayah (2009). Kaedah Pengajaran di Sekolah Menengah . Dimuat turun pada 27 Jun 2011 daripada file:///C:/Users/user/Documents/penyelidikan_ilmiah_bab_2.htm Jennifer (2005) Working Models for Uncertain Data. Technical Report. Stanford. Kasnani Ab Karim, Norbe Md Nor &Nazimah Abdullah (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah untuk Kursus Persediaan dan KPLI, Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos (2008) Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar. Dimuat turun pada 2 Februari 2011 dari http://jurnalpendidikan.com/prasekolah/kurikulumpendidikanislam/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html. Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis SarjanaMuda. Rief (1993). How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: The Center for Applied Research in Education. Russell, James D., (1996). Introduction to Instructional Technology, Instructional Technology for Teaching and Learning Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications. Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib. (2004). Preferen Pelajar Terhadap TeknikPengajaran Guru. Jurnal Pendidikan: 93-109. Universiti Malaya Kuala Lumpur. Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur : Heinemann. Shahabuddin dan Rohizani (2003). Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd.
Sternberg, R. J. (2004 ). Intelligence: A brief history. Malden, MA: Blackwell Publishing. Storm, R. D., & Storm, P.S. 2002. Changing the rules: Education for creative
thinking. Journal of Creative Behavior, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor : PTS Publishing Sdn.Bhd.
Kaedah Professsional
Toh, W.S (2003) Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education. Jurnal Penyelidikan : MPBL Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum, Puchong: CIPTA Printing Publishing (M) Sdn Bhd.
&
Wan Md Hatta Wan Ahmad (2011). Rekabentuk Pengajaran dan Pembelajaran. Dimuat turun pada 5 Julai 2011 daripada http://whatta.ipgmksm.edu.my/ Wan Nooraini binti Wan Muhammad(2009). Kajian Tindakan. Dimuat turun pada 2 Julai 2011 daripada http://wannoorainiwmp51992.blogspot.com/2009/12/aktiviti-13.html Wan Nur Azyyati (2007). Psikologi Kognitif . Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Zaiton Zanariah Hamid (2000). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
LAMPIRAN A ANALISIS DOKUMEN JADUAL PANDUAN PENILAIAN KARYA ASPEK
KRITERIA
YANG DINILAI
A
B
C
D
(Sangat Baik)
(Baik)
(Sederhana)
(Kurang mencapai tahap)
KEKEMASAN Murid berjaya Murid menyiapkan karya
menyiapkan
dengan karya
amat kemas
SUSUN ATUR Murid menyusun
Murid
Murid
menyiapkan
Berjaya
dengan karya
baik
tidak
pada menyiapkan
tahap
karya
dengan
sederhana
kemas
Murid
Murid
Murid
menyusun
menyusun
menyusun bahan
tidak
bahan dengan bahan dengan bahan dengan dengan baik dan amat baik dan baik seimbang KETEPATAN
Murid
seimbang dapat Murid
mencubit kapas
dan tahap
amat baik
baik
sederhana dapat Murid
mencubit
dengan kapas
seimbang
dapat Murid
mencubit
dengan kapas
tidak
dapat
mencubit
dengan kapas
dengan
sederhana
baik
LAMPIRAN B BORANG PEMERHATIAN Menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan demonstrasi model hidup bagi murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa. Jadual Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran tanpa demonstrasi model hidup. Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
1. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? 2. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? 3. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan 1. Adakah murid dapat membezakan menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? 2. Adakah murid faham bahawa kapas digunakan untuk menghasilkan kolaj bertindih antara satu sama lain? 3. Adakah murid boleh menerangkan penggunaan gam yang terlalu banyak menjejaskan kekemasan hasilan kolaj?
cara yang perlu kesan boleh
Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel. Soalan 1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam? 2. Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj? 3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain?
BORANG PEMERHATIAN Menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan demonstrasi model hidup bagi murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa. Jadual Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan demonstrasi model hidup. Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
4. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? 5. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? 6. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan 4. Adakah murid dapat membezakan menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? 5. Adakah murid faham bahawa kapas digunakan untuk menghasilkan kolaj bertindih antara satu sama lain? 6. Adakah murid boleh menerangkan penggunaan gam yang terlalu banyak menjejaskan kekemasan hasilan kolaj?
cara yang perlu kesan boleh
Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel. Soalan 4. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam? 5. Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj? 6. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain?
JADUAL PEMERHATIAN KESELURUHAN
1 Pemarkahan
Sangat tidak berminat Sangat tidak memahami Sangat tidak menguasai
Tajuk
Demonstrasi Model Hidup
Kolaj Aiskrim
X
/
2
3
4
Tidak berminat
Berminat
Sangat berminat
Tidak memahami Tidak menguasai
Memahami
Sangat memahami Sangat menguasai
Minat
Menguasai
Pemahaman
Penguasaan
LAMPIRAN C Nama
:
Arahan
: Tandakan (/) dalam petak yang betul
Ya
1
Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika?
2
Adakah belajar menyeronokkan?
3
Adakah anda ingin melakukan kolaj lagi di masa depan?
4
Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik dan tidak baik?
5
Adakah kamu dapat mengecam bahan untuk menghasilkan kolaj?
6
Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru?
7
Adakah anda dapat mencubit kapas dengan baik semasa membuat kolaj?
8
Adakah kamu dapat menggunakan gam dengan cermat semasa menampal kertas di kertas lukisan?
9
Adakah kamu dapat menampal kertas secara bertindihan antara satu sama lain?
Slot
Kreativiti
dan
Estetika
Tidak