koordinasi dan pendekatan TGFU dalam PnPFull description
mengenai kajian tindakan untuk bahasa melayuFull description
Full description
CONTOH SOALAN UJIAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 1Full description
Bahasa InggerisFull description
makalah ini berisi seberapa pentingnya mempelajari bahasa inggris di era globalisasiFull description
contoh buku program karnival bahasa inggeris sekolah rendahFull description
Resume
untuk dikongsi bersama-sama rakan guru
Full description
kajian tindakan berkaitan cara menyelesaikan sikap murid yang sukar menyiapkan kerja rumah.
Full description
Peta I-Think meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran bagi mata plajaran Sejarah dalam topik PrasejarahFull description
Kajian MuzikFull description
Konstruktivisme dalam pengajaran PSV sekolah rendah
Nota Padat Kajian TindakanFull description
Kertas KerjaFull description
Full description
Tajuk: Lagu Kanak-kanak dalam Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Kanak-kanak Prasekolah ini merupakan contoh Proposal Kajian Tindakan. hanya ingin berkongsi. segala kesilapan…Full description
SejarahFull description
Full description
Full description
ISI KANDUNGAN
BIL
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1
ABSTRAK
1
2
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
2
3
FOKUS KAJIAN
3
4
OBJEKTIF KAJIAN
3
5
KUMPULAN SASARAN
3
6
PELAKSANAAN KAJIAN
4
7
RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
5
8
CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
5
9
PENUTUP
5
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar menulis karangan Bahasa Inggeris dengan ayat yang betul dan berurutan. Pelajar yang terlibat terdiri daripada 25 orang pelajar tingkatan 1 UM, SMK Sri Tebrau, Johor Bahru dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Melalui pemerhatian didapati bahawa pelajar menghadapi kesukaran untuk menulis karangan. Ini kerana pelajar tidak dapat membentuk ayat yang betul dan menyusun idea mereka. Maka, saya menggunakan contoh-contoh karangan berbantukan gambarajah supaya pelajar terdedah kepada banyak contoh karangan yang baik. Dari penilaian yang dilakukan sepanjang aktiviti dijalankan, segelintir pelajar menunjukkan kemajuan dalam menghasilkan karangan yang lebih baik dari sebelumnya.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.
Pada tahun ini, saya diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris kelas 1 UM. Kelas 1 UM merupakan kelas yang sederhana dan murid-muridnya berpotensi untuk lulus dalam Bahasa Inggeris . Untuk itu, perkara yang perlu dikuasai oleh mereka adalah menghasilkan karangan yang baik untuk mendapatkan markah lulus. Ini kerana, penulisan karangan menyumbangkan markah yang tinggi iaitu sebanyak 30 markah. Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan menulis karangan. Selepas setiap kali mengadakan latihan karangan, saya menyemak jawapan murid-murid. Saya amat sedih kerana murid-murid tidak dapat menghasilkan karangan yang baik mahupun sederhana baik. Ayat yang dibina oleh pelajar berdasarkan kata kunci yang diberi adalah lemah. Pelajar juga tidak dapat meyusun idea penyampaian dengan baik maka bercelaru. Saya telah berjumpa dengan beberapa murid untuk menanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka untuk menulis karangan. Murid-murid ini memberitahu bahawa merek kurang yakin untuk membuat ayat dan tidak berupaya untuk mengembangkannya. Maka, saya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian untuk membantu murid-murid dibawah bimbingan saya untuk menguasai kemahiran menulis ayat dan karangan yang baik.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang saya jalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran pelajar dalam membentuk ayat yang baik dan urutan karangan yang baik. Teknik saya gunakan ialah ‘Picture Guided Composition’. Pelajar dapat melihat banyak contoh karangan dengan mengantikan gambar-gambar di tengah-tengah karanga.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum Murid mempunyai kemahiran untuk menulis ayat yang betul dan lengkap dengan menggunakan kata kunci yang diberikan. Objektif Umum Pelajar dapat menghasilkan karangan dengan ayat yang betul dan lengkap dengan menggunakan kata kunci yang diberikan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 36 orang pelajar tingkatan 1 UM yang terdiri daripada 18 orang pelajar cina, 14 orang pelajar melayu, 3 orang pelajar india dan 1 orang pelajar bumiputera Sarawak yang didapati mempunyai masalah menghasilkan karangan dengan ayat yang betul dan urutan yang betul.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan ujian. Pemerhatian. Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar menghadapi kesukaran menghasilkan karangan dengan ayat dan urutan yang betul. Ujian. Ujian diberikan kepada pelajar untuk mengesan sejauh mana keupayaan pelajar menulis ayat yang betul. Kemudian pelajar diberikan pelbagai latihan “Picture Guided Composition’. Selepas beberapa contoh latihan diberikan kepada pelajar, pelajar diberikan ujian untuk menhasilkan karangan mereka sendiri.
ANALISIS TINJAUAN MASALAH.
Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati 60% pelajar dapat menyatakan ayat dengan lebih baik dari sebelum kajian. Ujian. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan didapati 50% pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam menghasilkan karangan dengan ayat yang betul dan menggunakan kesemua kata kunci yang diberikan.
6.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
Selepas saya menggunakan teknik “Picture Guided Composition’, saya mendapati pelajar menulis karangan dengan ayat yang lebih baik. Malah, pelajar juga dapat menggunakan kesemua kata kunci yang diberikan dalam urutan yang betul. Namun demikian, masih ada pelajar yang masih di bawah tahap memuaskan kerana sememangnya pelajar tersebut lemah dalam tatabahasa dan kosakata.
7.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN.
Kajian ini boleh dilanjutkan dengan mengkaji masalah tatabahasa dan kosakata pelajar untuk menghasilkan karangan yang lebih baik. Kajian boleh dipanjangkan kepada pelajar daripada beberapa kelas pada aras yang berbeza.
8.0 PENUTUP.
Kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan guru-guru Bahasa Inggeris yang lain khususnya di sekolah saya. Semoga dengan pelbagai pendekatan yang digunakan oleh para guru dapat memeudahkan pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengnan lebih berkesan.