MENINGKATKAN PENGUASAAN NILAI NOTASI MUZIK MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN KAD NOT MUZIK
Nurhidayah Asmanira Masdin Masdin
Cik Chang Yun Ping Abstrak
Penyelidikan kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingat dan seterusnya berupaya menulis nilai notasi muzik dengan betul menggunakan pendekatan permainan kad not muzik iaitu kaedah main sambil belajar. Dalam kajian ini pendekatan kaedah Permainan Kad Not Muzik digunakan untuk menarik minat subjek belajar dalam suasana yang lebih rilek disamping sifat dan tahap kecerdasan subjek yang aktif dan suka pada permainan. Subjek kajian terdiri daripada dua orang murid tahun 6 Bestari yang telah dikenalpasti melalui ujian diagnostik yang diberikan selepas topik ini diajar. Bagi mengetahui dan menguji tahap perkembangan subjek sebelum dan selepas pengaplikasian kaedah Kad Not Muzik ini, saya telah memilih tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan pos, pemerhatian tidak berstruktur serta kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Berdasarkan hasil dapatan ketiga-tiga kaedah ini telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan apabila kedua-dua subjek berupaya menulis nilai notasi dengan betul dan yakin. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah permainan kad not muzik telah membantu subjek kajian mengingat dan menulis nilai notasi muzik dengan baik dan membawa kesan positif terhadap pencapaian mereka. mereka.
Pengenalan Saya merupakan seorang guru pelatih daripada Insititut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Saya sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian selama lima tahun setengah dalam pengkhususan bidang Muzik. Saya telah menjalani prakikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuching selama tiga bulan. Mengimbas kembali pengalaman praktikum pertama dan kedua saya iaitu di sekolah bandar dan luar bandar, saya dapati mata pelajaran muzik di sekolah rendah lebih menumpukan kepada bidang nyanyian bermula daripada tahun 1 hingga tahun 6. Senario ini turut dipersetujui oleh Johami (1993) yang menyatakan bahawa dari aspek pendidikan muzik sekolah rendah literasi muzikal kurang ditekankan. Duckworth (2007) turut menyatakan pandangan beliau tentang kurangnya penekanan aspek teori muzik di kalangan murid. For some reason, most beginning music students feel more secure with their rhythmic skills that with their ability to hear and sing pitch. Perhaps it is because our pitch skills seem more individual, therefore more personal. Also since it is often thought of as easier, rhythm is sometimes given less attention and drill that pitch. (Duckworth.W. 2007)
Melihat kepada situasi ini, saya berasa bertanggungjawab untuk memastikan semua murid yang saya ajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dari aspek teori notasi muzik. Hal ini kerana teori muzik merupakan asas penting dalam diri individu supaya dapat menghargai dan menghormati nilai sesebuah karya lagu. Kepentingan penguasaan teori muzik turut dipersetujui oleh Pestalozzi (1746-1827) seperti dinyatakan dalam Johami (1993) bahawa kemahiran praktikal seperti nyanyian atau bermain alat muzik dengan teori mesti seimbang dan dikuasai dengan baik oleh murid. Michael Miller (2005) ada menyatakan bahawa “A knowledge of theory JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
35
will help you better appreciate the music you play or sing. When you know the theory behind the music, playing and singing gets a lot more interesting.” Fokus Kajian
Semasa menjalani praktikum fasa tiga selama tiga bulan, saya telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik bagi kelas Tahun Enam seramai 18 orang murid termasuk seorang murid Disleksia. Dari segi latar belakang pengetahuan asas muzik, saya dapati hanya dua orang murid sahaja yang mengikuti kelas muzik di luar waktu sekolah manakala 16 orang murid yang lain hanya mendapat pendidikan muzik di sekolah sahaja. Pada awal minggu pengajaran dan pembelajaran Muzik Tahun Enam, saya telah memulakan topik pelajaran dengan kemahiran praktikal pengalaman muzik seperti mud dan dinamik. Pada ketika itu, semua murid saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memahami konsep topik muzik tersebut. Situasi ini berubah sebaik sahaja saya mengajarkan topik meter 4 an kepada mereka. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran topik ini saya telah meminta murid untuk menepuk corak irama tanpa baluk berdasarkan not yang diberikan, namun ada beberapa orang yang tidak dapat mengingat nama, lambang dan nilai notasi muzik ini apatah lagi hendak menepuk dan menyebut tepukan irama tersebut. Dalam hal ini saya berasa amat sedih dan pilu kerana saya baru menanyakan beberapa notasi tetapi mereka gagal mengingatnya padahal dalam usia murid 12 tahun ini mereka sudah sepatutnya telah menguasai 11 sistem notasi termasuk tanda rehat dengan baik. Rozmajzl dan Boyer (2006) ada menyatakan bahawa “rhythm is the most important of all musical elements”. Seperti mana yang diketahui umum sistem notasi merupakan antara aspek yang terpenting dalam elemen irama muzik di samping tempo, meter dan sebagainya. Justeru itu pengetahuan asas sangat penting dalam hal ini. Selari dengan apa yang diperkatakan oleh Keith Swanwick dan Dorothy Taylor (1982) bahawa “notation is a device representing some aspects of music”. Maka atas kesedaran ini berdasarkan refleksi objektif pengajaran dan pembelajaran topik meter yang tidak tercapai, saya cuba untuk membantu murid dalam masalah sistem notasi dengan mengajarkannya kepada mereka pada sesi pengajaran seterusnya. Berdasarkan lembaran kerja dan soal jawab yang saya jalankan, beberapa orang murid tidak dapat menjawab soalan mudah dengan betul (Rajah 1 dan Rajah 2). Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya berfikir adakah mungkin murid tidak faham notasi muzik ini kerana cara penyampaian penerangan saya yang terlalu cepat? Ataupun adakah disebabkan contoh dan huraian saya tidak mencukupi dan kurang sesuai? Atau adakah kerana bahan bantu mengajar saya yang kurang menarik dan mengelirukan mereka.
Rajah 1 : Hasil kerja murid berkenaan tentang nama dan lambang notasi
Rajah 2 : Hasil kerja murid berkenaan tentang lambang dan nilai notasi
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
36
Justeru itu, untuk mengkaji isu ini saya telah menjalankan beberapa kaedah tinjauan awal untuk membuktikan punca masalah yang wujud. Pada tarikh 10 Mac 2011, saya telah menjalankan ujian diagnostik kepada 17 orang murid Tahun Enam sahaja. Sepanjang proses pengumpulan dan analisis data tinjauan awal, sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah metodologi ini, seorang murid disleksia iaitu Ashley Mechel tidak akan diuji kerana faktor tahap kesihatan murid tersebut. Hasil daripada ujian ini saya dapati terdapat tujuh orang murid mendapat markah terendah iaitu antara 0 hingga 8 markah berbanding 10 orang murid yang lain berjaya mendapat 10 markah penuh. Dalam tujuh orang murid ini pula sebanyak 10 kali kekerapan jawapan salah untuk soalan nama dan lambang not salah berbanding 23 kali kekerapan salah bagi soalan nilai not. (Jadual 1) Jadual 1 : Keputusan analisis soalan ujian diagnostik Bil Soalan Kekerapan jawapan salah 1 Nama dan lambang notasi a) Semibrif 1 b) Minim 4 c) Krocet 2 d) Kuaver 1 e) Semikuaver 2 2 Nilai notasi a) Semibrif 4 b) Minim 5 c) Krocet 4 d) Kuaver 4 e) Semikuaver 6
Jumlah kekerapan
10
23
Untuk mengukuhkan lagi analisis data ujian diagnostik ini, saya telah menjalankan satu lagi kaedah penilaian berbentuk amali. Penilaian ini dijalankan selang beberapa hari daripada hari pelaksanaan ujian diagnostik tersebut iaitu pada 21 Mac 2011. Penilaian amali ini lebih terperinci kerana dijalankan secara individu di hadapan saya secara bergilir-gilir di mana saya menyoal dan mereka menjawabnya dalam bentuk penulisan dan lisan. Dalam ujian ini hanya tujuh orang sahaja murid yang menjalani penilaian kerana saya ingin menguji keesahan hasil data diagnostik tersebut. Keputusan analisis data penilaian amali menunjukkan bahawa berlaku perubahan dari segi bilangan murid yang lemah. Seorang murid telah berjaya mendapat 25 markah penuh dan 21 markah untuk murid yang kedua. Sementara lima orang murid lain mendapat kurang daripada 11 markah. Dari segi analisis subtopik secara menyeluruh, lima orang murid ini lebih kerap melakukan kesalahan dalam soalan bahgaian nilai not berbanding dengan soalan bahagian nama dan lambang notasi. Pada masa yang sama juga, saya telah melakukan kaedah pemerhatian terhadap lima orang murid ini. Dalam kaedah ini saya bukan sahaja memerhati malah membuat temu bual secara tidak formal dan merekodkan data pemerhatian ini ke dalam nota catatan. Hasil data nota catatan ini dijadikan sebagai trangulasi kepada dua kaedah yang telah dijalankan sebelum ini untuk membuktikan masalah serta penentu akhir siapakah subjek kajian saya yang paling tepat.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
37
Murid keliru dan sukar mengingat nilai notasi semibrif, minim, krocet, kuaver dan semikuaver menyebabkan mereka tidak dapat menulis nilai notasi dalam lembaran kerja yang diberikan. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga saya lihat murid bosan dan tidak suka bila diberi lembaran kerja atau aktiviti soal jawab tentang nilai notasi. (NL220211) Kesimpulan daripada ketiga-tiga proses kaedah pengumpulan data ini membuktikan bahawa masalah utama murid ialah mengingati nilai not berbanding nama dan lambang not dan hanya lima orang subjek sahaja yang menghadapi masalah ini. Hasil daripada analisis data tinjauan awal yang telah dijalankan dalam isu kajian ini menunjukkan bahawa objektif kajian penyelidikan saya ialah membantu murid menulis nilai notasi muzik. Kumpulan Sasaran
Berdasarkan triangulasi data tinjauan awal, terdapat lima orang murid yang mendapat markah rendah iaitu dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Namun demikian, hasil kolaborasi saya bersama guru kelas tahun Enam dan pemerhatian di dalam kelas, mendapati dua orang murid lelaki ini mempunyai masalah sikap seperti pemalas, tidak menyiapkan latihan, tidur di dalam kelas, bersikap pasif, ponteng kelas tambahan dan sebagainya. Manakala seorang murid perempuan pula secara tiba-tiba telah berpindah ke sekolah lain. Justeru itu, setelah membuat pertimbangan dengan mengambilkira aspek sikap dan disiplin murid, maka saya mengambil keputusan untuk tidak menjadikan tiga orang murid ini sebagai subjek kajian dan sebaliknya menjadikan dua orang murid perempuan sahaja yang kekal menjadi subjek saya Persamaan kedua-dua subjek saya ialah mereka lemah dalam mata pelajaran matematik dengan mendapat gred D dan E sahaja. Selain itu juga, subjek kajian saya akan cepat berasa bosan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran latihan pengukuhan yang melibatkan lembaran kerja. Strategi
Kaedah yang saya gunakan untuk membantu murid mengingat nilai notasi ialah melalui kaedah permainan yang dinamakan sebagai “Permainan Kad Not Muzik”. Berdasarkan hasil pemerhatian, saya dapati kedua-dua subjek cepat berasa bosan dan kurang suka melakukan latihan notasi menggunakan lembaran kerja. Ini menyebabkan saya merasa kaedah bermain sambil belajar dapat mendorong mereka untuk bersemangat dan seronok pada masa yang sama dapat membantu mereka mengingat nilai not melalui permainan ini. Menurut Dewey (18521859) seperti yang dinyatakan dalam Nani (2005) menyatakan bahawa proses pembelajaran kanak-kanak mesti mengambilkira aspek keseronokan mereka . Sekiranya murid berasa seronok ketika menjalankan sesuatu aktiviti, apa yang dialami akan diingat dengan lebih lama lagi. Kepentingan dan kelebihan belajar sambil main ini turut dipersetujui oleh Jean Piaget (1962) seperti yang dinyatakan dalam Mok (2008) yang menyatakan bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuh pembelajaran yang baru diadakan, sementara membenarkan pembelajaran baru dijalankan dalam suasana yang rileks. Selain daripada sifat semulajadi kanak-kanak yang sememangnya suka bermain, pendekatan main sambil belajar juga dapat membantu menumpukan perhatian subjek saya semasa sesi JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
38
pembelajaran dijalankan. Menurut Gagne seperti yang dinyatakan dalam Ee (1994) tingkah laku memberi perhatian merupakan langkah pertama dalam proses pembelajaran. Keupayaan muridmurid untuk memberi perhatian yang teliti terhadap satu pelajaran memang meningkatkan kesediaan belajar mereka. Perkara ini turut dipersetujui oleh Hollingsworth P.M & Hoover.K.H (1991) yang menyatakan bahawa “games are especially successful in focusing the pupil’s attention on a particular set of concepts. The attention span of children is appreciably lengthened because of the excitement surrounding the playing of the games”. Bagi menjayakan kaedah permainan ini saya menggunakan kad not sebagai instrumen perantara atau alat bantu mengajar. Menurut Mok (2008) alat bantu mengajar digunakan untuk menarik minat murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid telah dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai juga membantu menerangkan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru dengan mudah dan padat. Kaedah permainan ini lebih menumpukan kepada penumpuan minda iaitu aspek kognitif murid selari dengan fokus kajian saya ialah murid dapat mengingat dan seterusnya berupaya menulis nilai notasi muzik dengan tepat. Justeru itu untuk mencapai objektif ini saya telah menyusun langkah-langkah permainan dengan teratur dan setiap peralihan langkah ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang dapat membantu responden mengukuhkan pengetahuan dan ingatan mereka mengenai nilai notasi muzik secara beransur-ansur. Langkah 1 Permainan kad not muzik ini dimulakan dengan memperkenalkan terlebih dahulu nama, lambang dan nilai not semibrif, minim, krocet, kuaver dan semikuaver kepada subjek kajian (Rajah 3). Dalam langkah 1 ini guru memainkan peranan penting untuk menjelaskan kepada murid nilai untuk kelima-lima notasi ini.
Semibrif Nilai : 4
Minim Nilai : 2
Krocet Nilai : 1
4
2
1
Kuaver Nilai : ½
Semikuaver Nilai : ¼
Rajah 3: Cara pelaksanaan permainan dalam langkah 1 Langkah 2 Permainan dalam langkah kedua ini dinamakan sebagai permainan “match card” yang bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan mereka selepas dibimbing oleh guru pada langkah pertama sebelum ini (Rajah 4). Dalam peringkat ini subjek kajian diminta untuk menyusun dan memadankan kad lambang dan nilai notasi muzik dengan betul bermula dengan bilangan kad notasi yang sedikit. Setelah subjek kajian dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik, aras permainan akan ditingkatkan dengan menambah kuantiti kad notasi muzik dan menyusun kad ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemenang permainan dikira berdasarkan siapa yang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
39
berjaya menamatkan permainan dalam tempoh masa yang lebih singkat dengan padanan kad not muzik yang betul.
1
½
2
1
4
¼
2
4
Rajah 4: Cara perlaksanaan permainan “match card” ( langkah 2) Langkah 3 Peringkat seterusnya ialah permainan yang dinamakan sebagai permainan “Say it first” di mana subjek kajian perlu menyebut nama dan nilai kad not muzik yang ditunjukkan (Rajah 5). Cara permainan ini dijalankan adalah secara berpasangan dan kedua-dua subjek perlu menyebut nama dan nilai kad not muzik yang ditunjukkan. Dalam permainan ini setiap subjek diberikan bilangan kad lambang dan kad nilai notasi yang sama. Selepas kiraan 1,2,3 kedua-dua subjek akan menunjukkan satu kad ke arah lawan secara serentak dan masing-masing perlu menyebut nama atau nilai kad yang ditunjukkan.
Permainan ini lebih mencabar kerana ianya melibatkan kepantasan dan boleh mengelirukan subjek sekiranya mereka tidak mempunyai asas yang kukuh tentang nama , lambang dan nilai notasi muzik. Justeru itu tujuan permainan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada subjek mengaplikasikan pengetahuan mereka yang diperolehi dalam langkah 1 dan 2. Namun demikian objektif kajian dalam permainan ini bukanlah diukur berdasarkan siapa yang cepat atau lambat, tetapi untuk memupuk keyakinan dalam diri responden agar dapat menyatakan nilai sesuatu not dengan betul dan lancar. Subjek B
Nilai 4
Not kuaver
murid Petunjuk: Soalan kad not yang ditunjukkan Jawapan kad not diberi
Rajah 5 : Cara pelaksanaan permainan “Say it first” (langkah 3)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
40
Langkah 4 Menurut Ee (1994) keberkesanan suatu pembelajaran adalah bergantung kepada pemeringkatan dan penyusunan isi pelajaran daripada mudah ke sukar dan konkrit ke abstrak Selari dengan hal ini, 3 langkah awal adalah konkrit dan langkah yang keempat berbentuk abstrak iaitu subjek menjawab soalan latihan bertulis berkaitan dengan nilai notasi muzik yang telah dikuasai pada 3 peringkat sebelum ini. Ini merupakan proses peralihan daripada apa yang telah mereka pelajari menerusi permainan dan akhirnya ditunjukkan secara abstrak sebagai bukti perkembangan pencapaian kognitif kedua-dua subjek. Kaedah Mengumpul Data
Antara kaedah pengumpulan data telah dilakukan ialah ujian bertulis pra dan pos yang berfungsi untuk mendapatkan perbandingan pencapaian subjek sebelum dan selepas melaksanakan kaedah Permainan Kad Not Muzik. Kaedah yang kedua ialah saya menggunakan pemerhatian tidak berstruktur dengan menggunakan instrumen nota lapangan yang dicatat semasa ujian pra dan pos diadakan. Selain itu juga saya meneruskan pemerhatian ke atas perkembangan perubahan yang berlaku pada kedua-dua subjek pada setiap masa selepas pelaksanaan Permainan Kad Not Muzik dikuasai. Kaedah seterusnya ialah kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta perasaan kedua-dua subjek tentang perubahan yang mereka alami sebelum dan selepas kaedah Permainan Kad Not Muzik dijalankan. Analisis dan Dapatan
Data graf palang (Rajah 6) menunjukkan peningkatan keputusan ujian pra dan pos sebanyak 12 ½ markah bagi subjek B manakala peningkatan 13 markah untuk subjek E. Data ini dapat dilihat dengan jelas lagi dalam graf palang perbandingan markah ujian pra dan pos kedua-dua subjek kajian. Secara kesimpulannya, daripada huraian keputusan ujian pra dan pos menunjukkan bahawa, selepas kedua-dua subjek mempelajari nilai notasi menggunakan permainan kad not muzik, jelas ianya membawa kesan positif dan membawa peningkatan dari segi kemahiran pengetahuan dan keupayaan mereka menulis nilai notasi muzik dengan betul dan tepat. 20
7.5
20
7.0
Rajah 6 : Graf palang perbandingan markah ujian pra dan pos
Triangulasi data ini saya lanjutkan dengan pemerhatian yang saya jalankan semasa kedua-dua subjek menjawab ujian Pra dan Pos. Pemerhatian tidak berstruktur ini dicoretkan dalam nota lapangan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
41
Ketika ujian pra, subjek B dan E kelihatan ragu-ragu menjawab soalan ujian. Mereka juga jelas nampak ‘blur’, kepala mendongak ke udara memikirkan jawapan, menggelengkan kepada dan sebagainya. Akhirnya subjek hanya menghentam sahaja menjawab tersebut. (NL300311) Semasa menjalankan ujian pos kedua-dua subjek ini kelihatan yakin, bersemangat dan berhati-hati ketika menjawab soalan ujian tersebut. Saya rasa ini disebabkan mereka telah menguasai nilai notasi muzik menyebabkan tahap keyakinan mereka lebih meningkat berbanding semasa menjawab soalan pos dahulu. (NL210411) Berdasarkan nota lapangan yang dicatat pada 30 Mac dan 21 April 2011, jelas menunjukan kedua-dua subjek lebih yakin dan bersemangat untuk menjawab soalan ujian bertulis pos yang diberikan. Sebelum perlaksanaan kaedah permainan dijalankan, subjek kerap merungut apabila diberikan lembaran kerja, tetapi apabila mereka telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi dalam nilai notasi muzik melalui aktiviti kaedah permainan ini, apa sahaja bentuk penilaian yang saya ajukan tidak lagi menjadi masalah kepada mereka berdua. Malahan lagi subjek sangat gembira dan bersemangat untuk menjawab soalan tersebut. Bagi melengkapkan lagi trangulasi data ini, saya telah menjalankan kaedah tinjauan menggunakan instrumen borang soal selidik untuk mengetahui perasaan subjek setelah mereka belajar nilai notasi melalui aplikasi main sambil belajar menerusi Pemainan Kad Not Muzik (Jadual 2). Jadual 2 : Keputusan analisis borang soal selidik Bil
Perkara
1
Permainan kad not muzik membantu saya menulis nilai notasi muzik dengan betul Saya suka belajar nilai notasi muzik Saya rasa seronok bermain kad not muzik Saya rasa kad not muzik sangat menarik. Saya rasa permainan kad not muzik mengelirukan saya belajar nilai not muzik Saya rasa permainan kad not muzik membosankan
2 3 4 5 6
Bilangan Subjek Ya Tidak 2 2 2 2 2 2
Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah dijalankan, kedua-dua subjek menjawab jawapan “ya” bagi soalan yang berbentuk positif (nombor soalan 1 hingga 4) dan jawapan “tidak” untuk soalan bersifat negatif (nombor item 5 dan 6). Jika dirujuk pada soalan, subjek mengakui bahawa permainan kad not muzik dapat membantu mereka menulis nilai notasi dengan betul. Sebelum kaedah permainan ini dijalankan, dua orang subjek ini pernah menyatakan bahawa mereka tidak suka mempelajari nilai notasi kerana mengelirukan dan sukar untuk mengingat semua nilai notasi ini. Tetapi melalui borang penilaian soal selidik ini ternyata, pandangan subjek telah berubah dan mereka menyatakan “ya, saya suka belajar nilai notasi” dan” rasa seronok bermain dengan kad not muzik” ( nombor soalan 2 dan 3). Selain membantu mereka menulis nilai notasi dengan betul, permainan kad not muzik ini juga dipersetujui tidak
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
42
membosankan mahupun mengelirukan mereka untuk belajar mengetahui, mengingat dan menulis lima nilai notasi dengan betul (nombor soalan 5 dan 6). Secara kesimpulannya, semua subjek mengakui bahawa permainan kad not muzik bukan sahaja membantu mereka menulis nilai notasi dengan betul malahan mereka berasa sangat seronok kerana permainan ini benar-benar dapat mencabar diri mereka untuk belajar notasi dalam keadaan suasana pembelajaran yang ceria dan aktif. Jelas disini menunjukkan bahawa hasil data analisis borang soal selidik ini selari dengan pencapaian ujian pos subjek yang memberansangkan selepas kaedah Permainan Kad Not Muzik dilaksanakan. Refleksi
Kajian tindakan merupakan suatu penyelidikan yang dijalankan oleh guru atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid diajar dan masalah itu perlu ditangani oleh guru itu sendiri. Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menangani masalah pembelajaran yang dihadapi dan seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian akademik dalam sesuatu topik mata pelajaran tersebut. Selain itu juga kajian tindakan dapat menambahbaik amalan pengajaran guru. Antara perkara yang saya pelajari sepanjang melaksanakan kajian ini ialah seorang guru itu tidak boleh membuat tanggapan awal khasnya negatif terhadap murid yang lemah memahami dan menguasai mata pelajaran yang diajarkan tanpa menyiasat terlebih dahulu punca masalah yang sebenarnya berlaku ke atas murid tersebut. Seterusnya refleksi saya sebagai guru juga ialah, adalah amat penting untuk seseorang guru itu mengajar mengikut tahap pencapaian serta kecerdasan pelbagai murid. Kita tidak boleh menyamakan semua murid dapat belajar berdasarkan sesuatu kaedah sahaja, sebaliknya guru yang baik akan sentiasa cuba mempelbagaikan strategi pengajarannya agar minat dan fokus murid dapat dikekalkan bukan hanya pada hari tersebut sahaja tetapi mereka juga bermotivasi instrinsik untuk sentiasa meningkatkan pengetahuannya dalam mata pelajaran tersebut. Secara keseluruhannya saya mendapati kaedah permainan sambil belajar menggunakan kad not muzik telah berjaya membantu mengatasi masalah subjek untuk menulis nilai notasi dengan betul. Salah satu faktor kekuatan utama dalam kajian saya ialah, pendekatan main sambil belajar yang digunakan benar-benar menarik perhatian dan minat subjek untuk belajar notasi muzik. Pada pendapat saya, keberkesanan sesuatu pembelajaran dan pengajaran adalah tertetak kepada fokus dan minat belajar murid terhadap topik pelajaran yang diajarkan. Selaku pengkaji novis dalam bidang pendidikan ini, banyak kelemahan yang saya hadapi sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini. Salah satu kelemahannya ialah dari aspek pengumpulan data. Apa yang berlaku semasa pengumpulan data ialah saya tidak merancang dengan sistematik tentang kaedah yang paling sesuai saya gunakan untuk menutip data tersebut. Selain itu juga pada awal proses pelaksanaan kajian ini juga saya kerap keliru dengan kaedah dan instrumen kajian menyebabkan ada data yang saya gunakan tiada unsur kebolehpercayaan. Walaubagaimanapun segala kelemahan yang saya hadapi ia tidak akan memutuskan harapan dan usaha saya untuk terus memberikan yang terbaik sepanjang menjalankan kajian tindakan ini. Sebarang kelemahan akan dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman menjalankan kajian tindakan ini pula saya jadikan sebagai landasan supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik agar dapat mendidik murid dengan lebih berkesan lagi pada masa hadapan. JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
43
Cadangan Kajian Seterusnya
Pendekatan main sambil belajar menggunakan kad not muzik telah berjaya membantu mengatasi masalah murid menulis nilai notasi muzik dengan baik. Justeru itu saya mencadangkan agar idea ini diperluaskan kepada skop topik pendidikan muzik yang lain seperti tepukan dan sebutan irama Kodaly, improvisasi corak irama, meter, tempo dan sebagainya. Hal ini kerana melalui pendekatan belajar sambil bermain murid akan lebih mudah memahami apa yang cuba cikgu sampaikan dalam suasana yang menyeronokkan dan melalui bermain mereka akan lebih bersemangat untuk belajar sekaligus memahirkan diri dalam topik yang diajarkan. Selain menggunakan kad 2D sebagai bahan bantu pengajaran, saya mencadangkan untuk kajian seterusnya pendekatan main sambil belajar teori muzik boleh diterapkan dengan menggunakan teknologi komputer yang lebih canggih dan moden yang akan dapat mengekalkan tumpuan murid seterusnya dapat menguasai teori muzik dalam suasana sistem pembelajaran multimedia yang interaktif. Rujukan
Duckworth, W. (2007 ). A creative approach to music fundamentals 9th edition. United State of America : Thomson Schirmer. Ee Ah Meng. (1994). Psikologi dalam bilik darjah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hollingsworth, R.M & Hoover, K.H. (1991). Eelementary teaching methods 4th edition, United staes of America : Library of congress cataloging-in-publication Data. Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Miller, M (2005). The complete Idiot’s Guide to Music Theory. Second Edition. United Stated of America : Penguin Group. Mok Song Sang (2008). Murid dan Alam Belajar . Selangor : Peneritan Multimedia Sdn.Bhd. Nani Menon (2005). Permainan, lagu & puisi kanak-kanak . Kuala Lumpur : PTS Professional Rozmajzl M. & Boyer R. (2006) . Music Fundamentals Methods, and Materials for the Elementary Classroom Teacher, fourth edition. United States of America : Pearson Education Inc. Swanwick,K & Taylor,D. ( 1982) Discovering music (developing the music curriculum in secondary school). London : Batsford academic and educational and education Ltd.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011
44