PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF X-BB DALAM PEMBELAJARAN KONSEP PECHAN SETARA 1.0
PENDAHULUAN
Saya ialah seorang guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang menjalani praktikum Fasa III di salah sebuah sekolah di daerah Rembau, Negeri Sembilan dan saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik bagi Tahun 4. Saya telah diberitahu oleh guru pembimbing saya bahawa murid dalam kelas ini mempunyai pelbagai tahap pencapaian iaitu murid dalam kalangan pandai, sederhana dan lemah. Setelah beberapa minggu saya mengajar kelas ini, saya mendapati bahawa murid yang berada dalam kalangan lemah tidak dapat menumpukan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya. Mereka lebih cenderung untuk membuat bising dan mengganggu rakan yang lain.
Hasil daripada pemerhatian dan perbincangan dengan guru, saya mendapati bahawa murid ini mempunyai tingkah laku sebegini mungkin disebabkan oleh beberapa kemungkinan. Antaranya ialah, murid mungkin tidak meminati subjek matematik kerana mereka sering ketinggalan dan tidak memahami isi pengajaran dengan baik. Namun begitu, jika diperhatikan, mereka memberikan tumpuan yang baik jika saya mengajar mereka dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang menar ik ik dan berbentuk ‘hands-on ‘ hands-on’’.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait rapat dengan aktiviti kehidupan kita seharian. Oleh sebab 1
kepentingan inilah, Matematik dijadikan sebagai antara mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid. Oleh itu, pemahaman konsep asas matematik sangat penting untuk dikuasai oleh murid pada peringkat sekolah rendah lagi supaya apabila mereka belajar pada peringkat yang lebih tinggi, murid tidak lagi mempunyai masalah dalam penguasaan konsep asas dan dapat meneruskan pemahamannya pada tahap yang lebih tinggi.
Pada praktikum kali ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar tajuk Pecahan bagi Tahun 4. Antara subtajuk yang perlu murid kuasai ialah berkaitan dengan pecahan tak wajar, nombor bercampur, penambahan dan penolakan pecahan. Namun begitu, sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung saya dapati murid gagal memberikan hasil jawapan dalam pecahan termudah. Apabila saya memberitahu mereka pecahan termudah ini juga merupakan salah satu pecahan setara bagi jawapan tersebut. Kemudian, mereka menunjukkan reaksi tidak begitu memahami hal tersebut dan bertanya kepada saya, ‘Cikgu, pecahan setara tu apa?’. apa?’ . Saya agak terkejut apabila mendengar pertanyaan ini kerana konsep pecahan setara ini sepatutnya telah dikuasai oleh murid kerana mereka telah belajar kemahiran ini pada Tahun 3 KSSR. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan satu ujian diagnostik (Lampiran A) terhadap murid Tahun 4 bagi tajuk Pecahan yang melibatkan subtajuk-subtajuk yang telah mereka pelajari pada Tahun 1 hingga Tahun 3. Namun begitu, hasil ujian diagnostik tersebut mendapati bahawa terdapat empat orang murid yang tidak dapat menjawab dengan betul soalan-soalan yang melibatkan pecahan setara. Melalui pemerhatian saya, ada di antara mereka yang cuba-cuba untuk meniru untuk mendapatkan jawapan yang betul dan apabila saya bertanya kepada murid tersebut, Murid 1 (nama samaran), “K enapa enapa kamu nak meniru jawapan 2
kepentingan inilah, Matematik dijadikan sebagai antara mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid. Oleh itu, pemahaman konsep asas matematik sangat penting untuk dikuasai oleh murid pada peringkat sekolah rendah lagi supaya apabila mereka belajar pada peringkat yang lebih tinggi, murid tidak lagi mempunyai masalah dalam penguasaan konsep asas dan dapat meneruskan pemahamannya pada tahap yang lebih tinggi.
Pada praktikum kali ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar tajuk Pecahan bagi Tahun 4. Antara subtajuk yang perlu murid kuasai ialah berkaitan dengan pecahan tak wajar, nombor bercampur, penambahan dan penolakan pecahan. Namun begitu, sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung saya dapati murid gagal memberikan hasil jawapan dalam pecahan termudah. Apabila saya memberitahu mereka pecahan termudah ini juga merupakan salah satu pecahan setara bagi jawapan tersebut. Kemudian, mereka menunjukkan reaksi tidak begitu memahami hal tersebut dan bertanya kepada saya, ‘Cikgu, pecahan setara tu apa?’. apa?’ . Saya agak terkejut apabila mendengar pertanyaan ini kerana konsep pecahan setara ini sepatutnya telah dikuasai oleh murid kerana mereka telah belajar kemahiran ini pada Tahun 3 KSSR. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan satu ujian diagnostik (Lampiran A) terhadap murid Tahun 4 bagi tajuk Pecahan yang melibatkan subtajuk-subtajuk yang telah mereka pelajari pada Tahun 1 hingga Tahun 3. Namun begitu, hasil ujian diagnostik tersebut mendapati bahawa terdapat empat orang murid yang tidak dapat menjawab dengan betul soalan-soalan yang melibatkan pecahan setara. Melalui pemerhatian saya, ada di antara mereka yang cuba-cuba untuk meniru untuk mendapatkan jawapan yang betul dan apabila saya bertanya kepada murid tersebut, Murid 1 (nama samaran), “K enapa enapa kamu nak meniru jawapan 2
rakan k amu?” amu?” Murid 1 menjawab, “Saya “ Saya sudah tidak ingat la cikgu apa itu pecahan setara itu”(sambil itu”(sambil menundukkan muka). Oleh sebab itu, saya telah berbincang dengan guru Matematik mereka berhubung dengan masalah ini. Hasil perbincangan ini menjelaskan bahawa terdapat dalam kalangan murid yang belum dapat menguasai konsep pecahan setara ini pada Tahun 3 lagi. Masalah ini akan sentiasa berterusan dan murid tidak akan dapat meneruskan pemahaman mereka untuk kemahiran yang seterusnya, Hal ini agak merunsingkan saya kerana jika saya tidak berusaha merawat masalah ini, bagaimana untuk saya meneruskan pengajaran seterusnya dengan baik. Oleh itu, saya telah mengajukan persoalan kepada guru Matematik tersebut berkenaan dengan penyelesaian yang sewajarnya yang dapat saya ambil untuk membantu murid-murid ini. Guru tersebut menjawab, “Pada pandangan saya, penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit dan melibatkan murid dalam penggunaan bahan bantu tersebut akan dapat meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep yang abstrak.”
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Wong (2011), pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat memahami tentang konsep pecahan terutamanya pecahan setara. Masalah ini dikenal pasti daripada jawapan hasil lembaran-lembaran kerja murid yang dihantar selepas waktu mengajar kebanyakannya salah. Masalah ini menunjukkan bahawa murid masih lagi tidak sepenuhnya menguasai konsep pecahan setara walaupun telah didedahkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini, pengkaji menggunakan cara pengajaran tradisional yang berpusatkan guru kerana pengkaji berpendapat bahawa
3
jika melaksanakan aktiviti berpusatkan murid, kelas akan menjadi bising dan sukar dikawal. Namun begitu, hasil dapatan kajiannya menunjukkan kesan positif apabila guru melaksanakan aktiviti berpusatkan murid kerana murid telah diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dan melaksanakan aktiviti ‘hands-on’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk pecahan setara. Pengkaji telah menggunakan teknik lipatan kertas dalam membantu murid memahami konsep pecahan setara dan kajian ini mencapai matlamatnya.
Topik pecahan ini sememangnya merupakan topik yang penting kerana berdasarkan sukatan pelajaran, murid didedahkan dengan pecahan seawal dari Tahun 1. Jadual 1 menunjukkan analisis sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (2011) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) (2003), yang saya telah ringkaskan melibatkan tajuk pecahan yang diajar pada Tahun 1 KSSR hinggalah kepada Tahun 6 KBSR.
4
Jadual 1 Dokumen Standard KSSR Tahun 1- 4 dan Sukatan Pelajaran KBSR Tahun 5-6
TAHUN
TAJUK
STANDARD KANDUNGAN/ BIDANG PEMBELAJARAN
1 (KSSR)
Pecahan
i) Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat.
2 (KSSR)
Pecahan
i) Menamakan pecahan wajar. ii) Menulis pecahan wajar. iii) Membanding nilai dua pecahan wajar.
3 (KSSR)
Pecahan
i) Menamakan pecahan wajar. -menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.
4 (KSSR)
Pecahan
i) Pecahan tak wajar dan nombor bercampur. ii) Penambahan pecahan. iii)Penolakan pecahan. iv) Penambahan dan penolakan pecahan v) Penyelesaian masalah melibatkan pecahan
5 (KBSR)
Pecahan
i) Pecahan tak wajar ii) Nombor Bercampur iii) Penambahan pecahan iv) Penolakan pecahan v) Pendaraban pecahan
6 (KBSR)
Pecahan
i) Tambah pecahan ii) Tolak pecahan iii) Darab pecahan iv) Bahagi pecahan
Di samping itu, tajuk pecahan ini juga merupakan antara tajuk yang kerap dijadikan sebagai soalan UPSR baik dalam soalan kertas 1 mahupun dalam kertas 2. Jadual di bawah menunjukkan analisa kekerapan tajuk bagi soalan UPSR kertas 1 dan soalan UPSR Kertas 2 bagi tahun 2006 – 2012 .
5
Jadual 2 Analisa soalan UPSR Kertas 1 (2006-2012)
Jadual 3 Analisa soalan UPSR Kertas 2 (2006-2012)
*sumber dari Maths Catch Network
Jadual 4 Peratusan soalan pecahan dalam UPSR 2006 – UPSR 2012
Kertas
Peratusan soalan pecahan dalam UPSR UPSR’06
UPSR’07
UPSR’08
UPSR’09
UPSR’10
UPSR’11
UPSR’12
10%
10%
10%
15%
10%
10%
7.5%
10%
10%
5%
5%
10%
10%
20%
1 (
X 100)
2 (
X 100)
6
Menurut kajian Suhaidah (2012), menyatakan bahawa analisis keputusan peperiksaan awam dapat memberikan sedikit gambaran tentang tahap pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep matematik. Berkaitan dengan konsep pecahan, laporan prestasi matematik UPSR, PMR, SPM menunjukkan bahawa pelajar menghadapi kesukaran untuk menguasai topik berkaitan pecahan. Menurut pengkaji, berdasarkan Laporan Prestasi Matematik UPSR 1996 misalnya, menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah kurang memuaskan terutamanya bagi soalan berbentuk pecahan. Laporan Prestasi Matematik UPSR 2001 turut menunjukkan pelajar sekolah rendah masih tidak dapat menguasai konsep asas pecahan. Hasil dapatan laporan ini, jelaslah di sini bahawa masalah penguasaan murid-murid berkaitan dengan topik pecahan ini sememangnya telah berlaku sejak dari dulu tidak dapat dipertikaikan lagi. Jika murid tidak dapat menguasai konsep asas pecahan pada peringkat permulaan, murid akan menghadapi kesukaran untuk memahami pengajaran seterusnya berkaitan dengan pecahan. Oleh yang demikian, satu usaha dalam menangani masalah ini haruslah ditangani segera supaya prestasi murid dalam topik pecahan tidak merosot dari tahun ke tahun.
Berdasarkan kajian Wong (2011) yang melaksanakan kajian menggunakan jalur pecahan dalam pengajaran konsep pecahan setara, muridnya tidak dapat menguasai isi pelajaran dan mengikuti proses pengajaran pengkaji. Sewaktu pengkaji menyoal soalan dan memanggil murid untuk menyelesaikan soalan pada papan hitam, murid tidak memberi maklum balas dan gagal menjawabnya. Pengkaji juga turut mengutip dan menyemak latihan untuk meninjau kemajuan murid. Pengkaji terkejut apabila jawapan yang ditulis kebanyakannya salah. Jadi, pengkaji telah memberikan latihan tambahan untuk menguji penguasaan murid dalam konsep 7
pecahan setara. Jelaslah di sini bahawa hasil lembaran kerja mereka menunjukkan mereka betul-betul menghadapi masalah penguasaan konsep pecahan setara. Dalam kajiannya,
penggunaan
jalur
pecahan
ternyata
memberikan
kesan
dalam
meningkatkan kefahaman konsep murid terhadap pecahan setara kerana penggunaan jalur pecahan ini merupakan aktiviti ‘hands-on’ dan hasil temu bual pengkaji bersama muridnya mendapati bahawa muridnya seronok dan berminat untuk menggunakan jalur pecahan ini.
Menurut Monica dan David ( 2007), menyatakan dalam kajiannya bahawa pemahaman konsep pecahan setara ini bukanlah hanya melibatkan lebih daripada mengingati fakta ataupun sesuatu prosedur itu. Ia adalah berdasarkan kepada hubungan antara penerangan dengan pengetahuan procedural iaitu antara tafsiran pecahan dengan perwakilannya. Murid sepatutnya dapat membuat hubung kait antara model-model pecahan dengan cara memahami kesamaan dan ketetapan dalam tafsiran tertentu. Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian ini sangat bertepatan dengan kajian saya untuk menunjukkan perkaitan konsep pecahan setara dengan bahan manipulatif yang saya bina supaya murid dapat membina konsep secara lebih bermakna dan bukan hanya mengingati fakta atau sesuatu prosedur berkenaan pecahan setara.
Selain itu, menurut Kiranjit dan Pumadevi (2009) menyatakan bahawa, ‘students have difficulty in learning fractions because in understanding fractions, there is abstract thinking and constant connections that need to be made while learning it.’ Hasil dapatan kajian Kiranjit dan Pumadevi (2009) membincangkan 8
bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti Matematik di sekolah tidak mencukupi untuk murid memahami konsep pecahan setara. Guru seharusnya menggunakan bahan tambahan yang lain apabila melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap buku teks semata. Penggunaan bahan konkrit dapat membantu meningkatkan penguasaan konsep pecahan setara dalam kalangan murid kerana murid menghadapi masalah dalam mempelajari pecahan berikutan kefahaman dalam pecahan memerlukan pemikiran yang abstrak dan suatu perkaitan yang tetap perlu dibina sewaktu mempelajarinya. Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya bahawa penggunaan bahan manipulatif dapat membantu murid membina kefahaman konsep berkaitan dengan pecahan setara.
De Morgan (1910) dalam Study and Difficulty of Mathematics mengakui bahawa pembelajaran pecahan dikhuatiri akan mendatangkan banyak halangan kepada murid dalam memahami konsep-konsep yang melibatkan pecahan. Oleh sebab ini, saya akan memperkenalkan bahan manipulatif ‘ Excellent Building Blocks’ (X-BB) untuk membantu murid meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara yang berbentuk abstrak yang akan diterjemahkan dalam bentuk konkrit melalui bahan manipulatif X-BB ini. X-BB ini juga diharapkan akan dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari konsep pecahan setara ini.
Dalam kajian penyelidikan ini, saya telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart sebagai rujukan prosedur saya sewaktu menjalankan kajian ini. Secara kesimpulannya, saya berharap agar kajian tindakan 9
yang akan saya laksanakan ini dapat membantu meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara dalam kalangan murid kerana jika konsep asas masih tidak dapat dikuasai, mana mungkin mereka akan dapat meneruskan pemahaman mereka untuk kemahiran lain yang lebih tinggi. Saya juga berharap agar kajian saya ini mampu untuk merapatkan jurang antara murid yang pandai dengan murid yang lemah supaya dapat bersaing secara sihat dalam arus pendidikan yang kian mencabar.
10
2.0
FOKUS KAJIAN
Topik pecahan ini sememangnya merupakan salah satu topik yang agak mencabar dan murid kebiasaannya tidak begitu meminati dan memahami topik pecahan ini. Hasil daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat memahami konsep pecahan. Oleh itu, hasil daripada perbincangan dan temu bual dengan guru matematik mereka, saya dapat mengetahui bahawa murid sememangnya mempunyai masalah melibatkan pecahan setara pada Tahun 3 lagi. Masalah ini timbul mungkin disebabkan oleh murid tidak dapat membuat imaginasi ataupun bayangan berkaitan dengan gambaran konsep pecahan setara dengan jelas. Menurut Kieran et.al (2007) ‘the human mind does not simply store facts discretely when it learns. As they are learned they mix in with the constitute our mental lives. so taking imagination seriously and then considering learning in light of our developing conception of imagination, we are focusing on those aspects of learning that emphasize meaning.’ Oleh itu, pemahaman konsep akan dapat memberikan makna jika murid dapat mengembangkan pemikiran mereka sehingga ke tahap imaginasi. Aktiviti yang menggalakkan pemikiran murid akan membantu mereka meneroka sesuatu konsep dengan lebih baik.
Fokus kajian tindakan ini adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan konsep pecahan setara dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini penting bagi memastikan murid-murid dapat menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 dengan merujuk kepada standard pembelajaran dalam Dokumen Standard KSSR bagi Tahun 3. Pada hakikatnya, murid Tahun 4 sepatutnya sudah dapat menguasai kemahiran ini dengan baik kerana mereka telah mempelajari 11
pecahan setara ini pada Tahun 3 lagi. Oleh itu, saya berharap agar mereka mampu untuk mengatasi ketidakfahaman konsep pecahan setara ini dengan baik.
Saya telah mendapatkan data awal dengan meneliti hasil kerja murid dalam buku latihan mereka pada Tahun 3 berkenaan dengan tajuk ini dan hasilnya agak mengecewakan. Jawapan yang ditulis kebanyakannya salah. Tunjuk cth pengiraan
Rajah 1 Contoh kesalahan murid dalam buku latihan
Bagi mendapatkan data awal bagi kajian ini, saya telah menganalisis kertas ujian diagnostik yang telah saya jalankan terhadap murid Tahun 4 dan saya mendapati empat orang murid telah membuat kesalahan dalam soalan yang melibatkan pecahan setara. Rajah 3 di bawah menunjukkan beberapa contoh jawapan murid yang salah dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan.
12
Rajah 2 Contoh kesalahan murid dalam ujian diagnostik
Dengan itu, kajian saya tertumpu pada empat orang murid yang menghadapi masalah dalam tajuk pecahan setara ini. Murid-murid ini tidak dapat menguasai isi pelajaran dan tidak dapat mengikuti proses pengajaran saya. Semasa saya mengimbas kembali tajuk pecahan setara ini, saya telah menyoal soalan dan memanggil murid untuk menyelesaikan di papan putih. Namun, murid menunjukkan reaksi tidak memahami soalan tersebut dan gagal menjawabnya. Melalui ujian bulanan yang lepas, saya mendapati keputusan yang mereka peroleh bagi mata pelajaran Matematik amat mengecewakan. Murid 1 telah mendapat 30%, Murid 2 pula mendapat markah sebanyak 35%, diikuti dengan Murid 3 iaitu 41% dan Murid 4 pula sebanyak 18%. Hasil daripada markah ujian ini, dapat saya simpulkan bahawa murid-murid ini adalah antara murid yang lemah Matematik dalam kelas Tahun 4.
Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menjalankan satu kajian tindakan bagi mengatasi masalah ini memperkenalkan kaedah yang dinamakan sebagai ‘ Excellent Building Blocks’ (X-BB) yang menggunakan bongkah-bongkah pecahan berbagai-bagai warna. X-BB merupakan satu kit yang dibina berdasarkan
13
nilai-nilai pecahan wajar yang mempunyai penyebut sehingga 10. Hal ini kerana merujuk kepada Dokumen Standard Tahun 3 yang murid hanya didedahkan dengan konsep pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10. Saya telah mendapat ilham dalam membina X-BB ini melalui kajian-kajian lepas seperti kajian Wong (2011) yang menggunakan jalur pecahan untuk membantu murid menguasai konsep pecahan setara ini. Bezanya, saya telah manipulasi jalur pecahan ini menjadi satu kit ataupun model konkrit bagi menarik minat murid untuk mempelajari pecahan setara ini. Kaedah ini mempunyai unsur ‘ fun-learning ’ dan dapat menarik minat murid kerana aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti ‘hands-on’ . Melalui kaedah ini, murid akan dapat melakukan dan merasai sendiri menggunakan bahan tersebut sewaktu mempelajari konsep pecahan setara.
Justeru, saya telah memastikan kebolehtadbiran kajian tindakan ini berjalan dengan lancar. Kebolehtadbiran ini membawa makna bahawa sesuatu kajian itu mestilah boleh ditadbir dengan baik dan sempurna. Pentadbiran yang baik amat penting bagi memastikan murid-murid dapat merasai suasana yang kondusif dan sesuai sewaktu mereka menjawab soalan yang diberikan dan juga sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara aspek yang perlu saya titik beratkan ialah aspek tempat dan masa. Saya telah melaksanakan kajian ini di luar waktu persekolahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain tidak terganggu dan murid juga akan berasa selesa dan tidak terganggu dengan faktor luaran. Kemudian bagi tempat kajian pula ialah saya telah jalankan di dalam bilik darjah kerana bilik darjah merupakan tempat yang paling kondusif dari segi kemudahan seperti kerusi, meja dan sebagainya juga sesuai untuk melaksanakan satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.
14
Selain itu, saya juga telah memastikan kepentingan sesuatu kajian tindakan yang dijalankan. Kepentingan di sini membawa makna bahawa kepentingan sesuatu kajian tindakan itu terhadap permasalahan yang dihadapi. Menurut Othman (2011), kepentingan kajian tindakan ini merupakan sebagai satu asas untuk membuat keputusan berasaskan data dan juga sebagai sumbangan kepada perkembangan profesionalisme guru. Sehubungan itu, dapatlah saya membuat perkaitan bahawa, kepentingan kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid menguasai konsep pecahan setara dengan menggunakan bahan X-BB. Penguasaan sesuatu konsep Matematik itu amat penting. Dalam konteks masalah ini, pentingnya untuk saya merawat masalah ini kerana jika murid masih lagi tidak mampu menguasai konsep asas pecahan setara ini, mana mungkin mereka akan meneruskan pemahaman mereka untuk kemahiran-kemahiran yang lain. Perkara ini akan berlanjutan sehingga ke peringkat sekolah menengah jika tidak diubati seawal waktu sekolah rendah ini.
Di samping itu, dengan melibatkan diri dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, saya dapat mempertingkatkan amalan saya berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Hal ini amat bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri profesionalisme yang sentiasa menggalakkan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang diceburi.
Seterusnya, saya memberikan penekanan terhadap kebolehgunaan kajian tindakan ini. Dalam konteks kajian tindakan ini, kebolehgunaan merujuk kepada tahap sejauh mana keberkesanan sesuatu kaedah yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini dijalankan bagi menentukan kebolehgunaan bahan manipulatif X-BB dalam membantu murid Tahun 4 menguasai konsep pecahan
15
setara. Ternyata bahan X-BB ini dapat membantu murid untuk menguasai konsep pecahan setara dengan baik dan berkesan.
Di samping itu, dalam kajian tindakan ini, saya juga telah memberikan penekanan terhadap beberapa aspek dalam kawalan. Antara aspek yang dikawal oleh pengkaji ialah kumpulan sasaran, masalah kajian dan kaedah yang akan digunakan untuk mengatasi masalah yang timbul. Walaupun pengkaji bebas memilih masalah bagi tujuan kajian, namun data awal yang diperoleh membantu pengkaji untuk memfokuskan kepada satu masalah sahaja. Oleh yang demikian, dalam kajian tindakan ini, saya telah memilih tajuk pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya sehingga 10 berdasarkan kepada Dokumen Standard KSSR Matematik Tahun 3.
Kemudian, aspek kolaborasi dalam sesuatu kajian tindakan itu merupakan salah satu aspek yang penting. Kolaborasi membawa erti, individu yang sama-sama terlibat dalam menyumbangkan idea, pengalaman, pengetahuan dan kemampuan mereka untuk bekerjasama dalam satu pekerjaan. Bagi kajian tindakan ini, saya telah berkolaborasi dengan rakan guru pelatih dalam melaksanakan sumbang saran buah fikiran dari pelbagai aspek. Selain itu, saya juga turut berkolaborasi dengan guru dan murid di sekolah tersebut bagi mendapatkan maklumat dan data awal berkenaan dengan masalah ataupun isu yang ingin dikaji. Saya telah menggunakan kaedah temu bual dengan guru pembimbing dan murid-murid Tahun 4. Proses pertukaran idea ini sangat penting kerana dapat menggalakkan percambahan idea dan maklumat. Selain itu, saya juga telah berkolaborasi dengan pensyarah penyelia bagi memastikan kajian tindakan yang saya laksanakan ini mengikut aspek dan kriteria yang telah digariskan
16
dan memastikan matlamat yang diingini tercapai. Saya juga telah melaksanakan perbincangan dengan pensyarah penyelia berkenaan dengan bahan intervensi yang digunakan. Di samping itu, saya juga turut berkolaborasi dengan pihak pentadbiran sekolah bagi mendapatkan keizinan untuk menjalankan kajian ini.
Seterusnya, saya turut mengambil kira aspek kerelevanan kajian tindakan ini kepada pihak sekolah. Antara soalan yang boleh diperkatakan ialah sejauh mana pentingnya untuk merawat masalah ini? Oleh yang demikian, dalam konteks ini, relevannya kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid menguasai konsep pecahan setara dalam kalangan murid Tahun 4. Seandainya, kajian ini mencapai matlamat yang diinginkan, maka murid-murid akan dapat mengaplikasikan konsep yang dipelajari dan dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam ujian dengan baik dan yakin. Keadaan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah dalam mata pelajaran Matematik.
Oleh itu, saya amat berharap bahan manipulatif X-BB ini dapat mengubah persepsi murid-murid Tahun 4 dalam memahami konsep pecahan setara ini kerana penggunaan bahan yang yang konkrit dapat mengukuhkan mengukuhkan lagi kefahaman murid.
17
3.0
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1
Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kefahaman konsep murid terhadap tajuk pecahan setara dengan menggunakan bahan manipulatif X-BB.
3.2
Soalan Kajian
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menjawab soalan kajian berikut: i) Adakah penggunaan bahan manipulatif X-BB ini dapat membantu murid Tahun 4 meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara yang melibatkan penyebut hingga 10 ?
18
4.0
KUMPULAN SASARAN
Dalam kajian ini, yang menjadi kumpulan sasaran terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 yang saya ajar di Sekolah Kebangsaan Salak Nama, Rembau, Negeri Sembilan. Mereka terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Murid 1, Murid 3 dan Murid 4 merupakan murid berbangsa Melayu, manakala Murid 2 merupakan murid berbangsa India. Kesemua murid ini merupakan murid biasa yang tidak memegang sebarang jawatan di sekolah ataupun dalam kelas mereka.
Selain itu, murid-murid ini datang dari keluarga yang berstatus sederhana dan rendah. Murid 4 dan Murid 2 merupakan penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah ini. Dalam kelas, saya mendapati Murid 2 merupakan seorang murid yang inginkan perhatian guru. Murid 2 sering membuat bising dan mengganggu rakan-rakan yang lain. Disebabkan tingkah laku ini, Murid 2 tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan menyebabkannya tidak memahami isi pengajaran dengan baik. Murid 1 pula seorang murid yang agak pendiam. Di dalam kelas, Murid 1 kelihatan memberikan tumpuan dengan baik. Apabila saya bertanya, “Murid “Murid 1, 1, adakah awak faham?”. faham?”. Kemudian Murid 1 akan menjawab, “Ya cikgu, saya faham.”. Namun begitu, apabil a saya menyemak latihan yang saya berikan, saya mendapati Murid 1 melakukan beberapa kesilapan. Oleh yang demikian, muncul seribu pertanyaan dalam benak fikiran saya. Adakah Murid 1 ini betul-betul memberikan tumpuan terhadap pengajaran saya ataupun fikirannya mengelamun jauh menyebabkan Murid 1 tidak begitu memahami isi pengajaran dengan baik. Kemudian, Murid 2 pula merupakan murid yang ingin menonjolkan 19
dirinya. Bagi Murid 3 dan Murid 4 pula, mereka mempunyai perwatakan yang hampir sama dalam kelas. Mereka cenderung untuk berbual dan bercakap dengan rakan di sebelah. Namun begitu, apabila saya memberikan teguran, mereka kembali memberikan perhatian terhadap pengajaran saya.
20
5.0
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tindakan yang akan dijalankan merangkumi dua langkah iaitu prosedur tindakan dan cara mengumpul data.
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) kerana model Kemmis dan Mc Taggart merupakan antara model yang paling ringkas iaitu hanya mempunyai empat peringkat dalam pelaksanaannya. Selain itu, menurut Mc Taggart (dlm Othman, 2011) adalah bahaya kalau kita melihat kajian tindakan hanya sebagai satu prosedur yang mengikut gelung-gelung sahaja. Hal ini kerana kajian tindakan bukanlah sekadar satu prosedur tetapi merupakan komitmen pengkaji dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui amalan dan keadah yang digunakan.
Rajah 3 Model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
21
5.1
Prosedur Tindakan
Tindakan yang sistematik telah diambil bagi memastikan kelancaran kajian mengikut kesesuaian subjek kajian. Langkah tersebut telah diringkaskan dalam Jadual 5 berikut: Langkah-langkah Tindakan yang Dijalankan
Jadual 5 LANGKAH 1
AKTIVITI
Melaksanakan pengajaran konsep
RASIONAL
Mengimbas kembali
pecahan setara tanpa
pengetahuan mereka tentang
menggunakan intervensi.
pecahan setara ini.
Tajuk pecahan setara ini juga sudah mereka pelajari pada Tahun 3 dan ini merupakan pengetahuan sedia ada bagi murid-murid itu sendiri.
2
3
4
Melaksanakan Ujian Awal
bagi mendapatkan markah
(Lampiran B) sebelum intervensi
awal murid dalam tajuk
diperkenalkan kepada subjek
pecahan setara sebelum
kajian.
intervensi diperkenalkan
Memperkenalkan bahan
Murid berpeluang untuk
manipulatif X-BB kepada subjek
mengenal bahan manipulatif
kajian dalam pengajaran konsep
X-BB ini dan
pecahan setara.
menggunakannya.
Latihan pengukuhan diberikan
Meningkatkan tahap
pada akhir sesi pengajaran dan
kefahaman konseptual murid
pembelajaran menggunakan
menggunakan intervensi ini
bahan manipulatif X-BB.
dalam penguasaan konsep pecahan setara secara konkrit.
22
5
Latihan pengukuhan diberikan
Mengukuhkan kefahaman
pada akhir sesi pengajaran dan
dan hubung kait antara
pembelajaran menggunakan
pengetahuan konseptual dan
bahan manipulatif X-BB dan
prosedural kepada murid.
algoritma biasa.
6
7
Latihan pengukuhan diberikan
Mengukuhkan lagi
pada akhir sesi pengajaran dan
kefahaman murid sewaktu
pembelajaran menggunakan
mendapatkan pecahan setara
algoritma biasa tanpa bantuan
menggunakan algoritma
bahan manipulatif X-BB.
biasa.
Mengadakan temu bual
Mengetahui keberkesanan
(Lampiran C) terhadap subjek
penggunaan bahan
kajian.
manipulatif X-BB dalam pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara.
8
Menjalankan Ujian Akhir
Mengesan peningkatan
(Lampiran D) kepada subjek
markah setelah sesi
kajian.
pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara dengan menggunakan bahan manipulatif X-BB.
9
Mengedarkan borang soal selidik
Mendapatkan maklum balas
(Lampiran E) kepada subjek
berkenaan dengan
kajian.
keberkesanan bahan manipulatif X-BB dalam pengajaran konsep pecahan setara selepas diperkenalkan kepada murid.
23
Sesi pengajaran dan pembelajaran pecahan setara ini telah dijalankan sebanyak 3 kali sesi. Hal ini bagi memastikan murid betul-betul dapat menguasai konsep pecahan setara setelah menggunakan bahan X-BB dan dapat membina gambaran konsep sewaktu menjawab soalan pecahan setara menggunakan algoritma.
Algoritma biasa yang digunakan di sekolah untuk menentukan pecahan setara ialah melalui cara mendarab pengangka dan penyebut dengan suatu nombor bulat yang sama.
Contohnya: tentukan pecahan setara bagi
Latihan pengukuhan diberikan setiap kali tamat sesi pengajaran bagi memastikan konsep pecahan setara yang dibina oleh murid benar-benar kukuh sebelum mereka menduduki Ujian Akhir. Setiap kali selesai sesi pengajaran, saya telah menemu bual murid bagi mendapatkan respon dan maklum balas berkenaan dengan perasaan dan peningkatan yang murid rasakan sewaktu menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
24
5.1.1
Bahan Manipulatif X-BB
Dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara dalam kalangan murid Tahun 4, saya telah memperkenalkan bahan manipulatif X-BB. Saya percaya dengan menggunakan bahan X-BB ini dapat membantu meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara murid. Hal ini kerana X-BB merupakan satu bahan yang menarik dan konkrit yang boleh dirasai oleh murid. Penggunaan bahan X-BB dapat menggalakkan pembelajaran yang bermakna kerana menerapkan aktiviti ‘hands- on’ kepada murid. X-BB terdiri daripada bongkah-bongkah pecahan yang mempunyai pelbagai warna mengikut nilai pecahan juga mampu menarik minat murid untuk menggunakannya sewaktu mempelajari konsep pecahan setara ini.
Rajah 4 Bahan Manipulatif X-BB
Melalui bahan manipulatif X-BB
ini, murid akan dapat melihat bahawa
pecahan-pecahan ini diwakili dengan simbol yang berbeza namun nilai pecahannya masih sama. Oleh itu, saya akan menerangkan kepada murid bahawa pecahan setara ini merupakan pecahan yang mempunyai nilai yang sama kerana apabila digabungkan bongkah-bongkah X-BB tersebut, saiz pecahannya adalah tetap sama.
25
Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh subjek kajian bagi mendapatkan pecahan setara dengan menggunakan bahan manipulatif X-BB. Jadual 6 menunjukkan langkah-langkah sewaktu menggunakan bahan X-BB. Jadual 6
Langkah-langkah menggunakan bahan manipulatif X-BB
LANGKAH AKTIVITI Mengenal pasti nilai-nilai pecahan mengikut simbol dan warna yang 1 terdapat pada setiap bongkah pecahan X-BB.
Contoh: Cari pecahan setara bagi 2
Mendapatkan bongkah pecahan X-BB mengikut nilai pecahan yang dinyatakan.
Contoh: menggabungkan bongkah dua bongkah
untuk dijadikan
bongkah 3
Menyusun bongkah-bongkah pecahan yang lain sehingga berada tepat-tepat di atas bongkah pecahan yang dinyatakan dengan teknik cuba jaya tetapi dengan syarat, bongkah-bongkah pecahan yang lain itu mestilah hanya menggunakan nilai pecahan yang sama sahaja.
Contoh: menyusun empat bongkah 4
di atas bongkah
Mendapatkan pecahan setara melalui penambahan nilai pecahan yang telah disusun di atas bongkah bagi pecahan yang dinyatakan. Hasil tambah pecahan tersebut merupakan nilai pecahan bagi pecahan yang dinyatakan.
Contoh:
+
+
+ =
Oleh itu, pecahan setara bagi
5
ialah
Menulis pecahan setara bagi pecahan yang dinyatakan dengan betul.
Contoh:
=
26
Rajah 5
Rajah 6
Aktiviti menyusun bahan X-BB oleh murid.
Murid sedang menjawab soalan latihan pengukuhan
Rajah 7 Murid menyelesaikan soalan di papan hitam menggunakan algoritma
27
5.2
Cara Mengumpul Data
Menurut Othman (2011), proses dan prosedur memulakan pengumpulan data serta bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu pendekatan khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Dalam kajian ini, data-data akan dikumpulkan adalah seperti berikut:
5.2.1
Ujian Awal
Saya telah mengendalikan satu Ujian Awal sebelum intervensi dijalankan. Ujian Awal ini dilaksanakan bagi mendapatkan markah awal murid dalam tajuk pecahan setara sebelum intervensi diperkenalkan. Saya telah menyediakan sebanyak 15 soalan yang dibahagikan mengikut tiga bahagian utama iaitu, bahagian A, B dan C. Bahagian A mempunyai empat soalan yang berpandukan kepada gambar rajah pecahan, manakala bahagian B pula mempunyai lima soalan yang berbentuk pilihan jawapan dan bahagian C mengandungi enam soalan yang memerlukan murid untuk mengisi jawapan yang betul pada tempat kosong. Bahagian A adalah untuk menguji kemahiran murid menamakan pecahan setara berpandukan gambar rajah. Manakala Bahagian B pula adalah untuk menguji murid untuk memilih dengan mewarnakan jawapan yang betul berdasarkan pilihan yang telah diberikan. Bahagian C pula menguji murid untuk mengisi jawapan yang betul pada tempat kosong yang telah disediakan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah selama 30
28
minit. Ujian ini dilaksanakan mengikut prosedur ujian yang sebenar. Meja dan kerusi akan dijarakkan bagi mengelakkan kes peniruan ber laku.
5.2.2
Temu bual
Menurut Patton (1990) (dlm Othman, 2011) menyatakan bahawa temu bual diadakan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam minda seseorang. Oleh itu, saya telah menemu bual secara semi berstruktur subjek kajian selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara menggunakan bahan manipulatif X-BB ini. Saya telah mencatat dan membuat beberapa rakaman audio bagi temu bual yang saya laksanakan. Temu bual ini telah dijalankan berdasarkan kepada beberapa soalan yang saya sediakan. Terdapat dua bahagian dalam temu bual ini. Bahagian A mengandungi dua soalan yang saya ajukan kepada murid bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan peningkatan kefahaman konsep pecahan setara mereka dan keberkesanan bahan X-BB yang saya perkenalkan. Kemudian, bagi Bahagian B pula, mengandungi tiga soalan menjurus kepada perasaan dan perubahan tingkah laku diri murid itu sendiri terhadap bahan X-BB yang digunakan sewaktu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan konsep pecahan setara. Temu bual ini dilaksanakan sebagai triangulasi data dan pengukuhan bagi hasil dapatan daripada kajian ini.
29
5.2.3
Ujian Akhir
Kemudian, saya telah menjalankan Ujian Akhir
untuk mengesan peningkatan
markah setelah sesi pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara dengan menggunakan bahan manipulatif X-BB. Hasil Ujian Akhir ini akan dibandingkan dengan Ujian Awal untuk melihat sama ada berlaku peningkatan ataupun tidak. Ujian Akhir hampir mirip dengan Ujian Awal. Saya telah menyediakan sebanyak 15 soalan yang akan dibahagikan mengikut tiga bahagian utama iaitu, bahagian A, B dan C. Bahagian A mempunyai empat soalan yang berpandukan kepada gambar rajah pecahan, manakala bahagian B pula mempunyai lima soalan yang berbentuk pilihan jawapan dan bahagian C mengandungi enam soalan yang memerlukan murid untuk mengisi jawapan yang betul pada tempat kosong. Bahagian A adalah untuk menguji kemahiran murid menamakan pecahan setara berpandukan gambar rajah. Manakala Bahagian B pula adalah untuk menguji murid untuk memilih jawapan yang betul berdasarkan pilihan yang telah diberikan. Bahagian C pula menguji murid untuk mengisi jawapan yang betul pada tempat kosong yang telah disediakan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah selama 30 minit. Ujian ini akan dilaksanakan mengikut prosedur ujian yang sebenar. Meja dan kerusi dijarakkan bagi mengelakkan kes peniruan berlaku.
30
5.2.4
Soal Selidik
Soal selidik antara alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan telah menjadi penyambung di antara penyelidik dengan subjek kajian. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan keberkesanan bahan manipulatif X-BB dalam pengajaran konsep pecahan setara selepas diperkenalkan kepada murid. Alat ukur ini efektif kerana dapat mengukur banyak perkara dalam satu masa serta dapat diagihkan kepada murid dengan cepat selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Soal selidik ini juga berperanan untuk melaksanakan triangulasi data dalam dapatan hasil daripada kajian penyelidikan ini. Di dalam borang soal selidik yang disediakan, terdapat dua bahagian yang iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi ruangan maklumat murid manakala Bahagian B pula mengandungi lapan soalan yang berkaitan dengan penerangan guru serta penggunaan bahan manipulatif X-BB. Soalan 1 dan 2 menjurus kepada keberkesanan teknik pengajaran guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk pecahan setara. Manakala soalan 3 hingga 6 melibatkan soalan berkenaan dengan perasaan murid menggunakan bahan X-BB dan keberkesanan bahan ini dalam meningkatkan penguasaan konsep pecahan setara murid. Bagi soalan 7 dan 8, murid diminta untuk memberikan maklum balas berkenaan dengan peningkatan prestasi murid dalam tajuk pecahan setara. Murid perlu menanda ( / ) pada ruangan yang disediakan berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka.
31
6.0
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlu diurus dengan baik supaya dapat membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai. Menurut Shamsina (2013) menyatakan bahawa daripada data yang telah dianalisis dan dibuat pentaksiran, guru boleh membuat laporan hasil kajian berdasarkan bukti bukti yang diperoleh daripada subjek kajian. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan empat kaedah untuk mengumpul data iaitu melalui Ujian Awal, Ujian Akhir, temu bual dan soal selidik. Data dikumpulkan, dianalisis dan diinterpretasikan untuk memahami secara mendalam berkenaan dengan penggunaan X-BB dalam meningkatkan penguasaan konsep pecahan setara. 6.1
Analisis Ujian Awal dan Ujian Akhir
Ujian Awal ditadbir dan dilaksanakan terhadap empat orang murid Tahun 4 sebelum intervensi ini dijalankan. Manakala Ujian Akhir pula ditadbir selepas intervensi diperkenalkan kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara. Data Ujian Awal dan Akhir dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui peratusan di mana pencapaian murid dalam kedua-dua ujian dikelaskan seperti berikut: Jadual 7 Tahap dan Julat Markah Tahap
Julat Markah
Baik
80% - 100%
Sedehana
50% - 79%
Lemah
0% - 49%
32
Jadual 8 di bawah menunjukkan markah yang diperoleh oleh keempat-empat orang murid dalam Ujian Awal dan Ujian Akhir. Jadual 8 Murid
Markah Ujian Awal dan Ujian Akhir Ujian Awal
Tahap
(%)
Ujian Akhir
Tahap
(%)
Peningkatan (%)
M1
53
Sederhana
100
Baik
47
M2
53
Sederhana
100
Baik
47
M3
87
Baik
100
Baik
13
M4
47
Lemah
87
Baik
40
Berdasarkan keputusan Ujian Awal yang ditunjukkan dalam Jadual 6, hanya Murid 3 sahaja yang berada dalam tahap baik iaitu dengan markahnya sebanyak 87%. Manakala 2 orang murid berada dalam tahap sederhana ialah Murid 1 dan Murid 2 dengan markahnya sebanyak 53%. Seterusnya, seorang lagi murid berada dalam tahap lemah ialah Murid 4 dengan markahnya sebanyak 47%.
Manakala bagi keputusan Ujian Akhir, hasil analisis data ini mendapati keempat-empat murid berada dalam tahap baik iaitu antara markah 80 – 100. Murid 1, Murid 2 dan Murid 3 berjaya memperoleh markah penuh 100% manakala Murid 4 pula memperoleh markah sebanyak 87%. Hal ini menunjukkan bahawa keempatempat murid telah menguasai aras Masteri 80% dalam tajuk pecahan setara ini. Secara keseluruhannya, kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan positif pada Ujian Akhir jika dibandingkan dengan Ujian Awal.
33
Bagi peningkatan markah pula, Murid 1 dan Murid 2 telah menunjukkan peningkatan markah sebanyak 47%. Manakala bagi Murid 3 pula sebanyak 13% dan Murid 4 sebanyak 40%.
120 100 80 Ujian Awal
60
Ujian Akhir 40 20 0 M1
Rajah 8
M2
M3
M4
Graf perbandingan markah antara Ujian Awal dan Ujian Akhir
Peningkatan markah yang ditunjukkan oleh semua murid membuktikan bahawa mereka telah berjaya menguasai dan memahami konsep pecahan setara dengan lebih baik berbanding sebelum intervensi dilaksanakan. Kajian ini secara tidak langsung telah membawa perubahan yang positif terhadap pembelajaran murid serta dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran saya dalam pengajaran konsep pecahan setara.
34
Jadual 9 Kelas (markah)
Analisis bilangan murid bagi Ujian Awal dan Ujian Akhir Ujian Awal (%)
Bil Lemah
Ujian Akhir ( %)
Bil
1
Peratus (%) 25.0
2
1
Peratus Peningkatan (%)
0
Peratus (%) 0
-25.0
50.0
0
0
-50.0
25.0
4
100
+ 75.0
(0 - 49) Sederhana (50 - 79) Baik (80 - 100)
Berdasarkan Jadual 9, semasa Ujian Awal dijalankan hanya seorang sahaja murid (25.0 %) yang mendapat markah dalam tahap lemah. Manakala dalam Ujian Akhir, berlaku peningkatan markah di mana tiada murid yang masih lagi berada dalam tahap lemah. Hal ini berlaku kerana murid tersebut merupakan antara murid yang lemah dalam kelas Tahun 4. Murid 4 ini mudah untuk melakukan kecuaian dalam menjawab soalan. Bagi tahap sederhana pula, seramai dua orang murid iaitu Murid 1 dan Murid 2 (50.0%) yang berada dalam tahap ini bagi markah Ujian Awal. Namun begitu, dalam Ujian Akhir turut berlaku peningkatan markah dan menjadikan tiada seorang murid pun berada dalam tahap sederhana. Seterusnya, peningkatan yang paling ketara yang dapat dilihat pada tahap baik iaitu pada Ujian Awal, hanya Murid 3 ( 25.0%) sahaja yang berada dalam tahap ini. Akan tetapi, pada Ujian Akhir, kesemua murid (100%) berjaya berada dalam tahap ini dan mencapai aras masteri 80% ke atas. Peningkatan yang berlaku ini disebabkan oleh mula timbulnya rasa minat dan berusaha untuk mempelajari pecahan setara kerana diberi peluang untuk merasai sendiri penggunaan bahan manipulatif X-BB dalam menyatakan pecahan setara. Saya berasa amat bersyukur dan gembira dengan peningkatan yang mendadak 35
ini terutama sekali bagi murid yang berada dalam tahap sederhana dan lemah kerana mereka sebenarnya mampu untuk turut berada dalam tahap markah baik. Hal ini jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan manipulatif X-BB ternyata berkesan dalam meningkatkan penguasaan konsep asas pecahan setara dan seterusnya dapat membantu murid menyatakan pecahan setara menggunakan ‘ standard algorithm’ pada Ujian Akhir.
36
6.2
Analisis Temu bual
Saya telah menjalankan sesi temu bual separa berstruktur terhadap 4 orang murid selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan intervensi yang diperkenalkan. Saya telah membuat catatan dan rakaman audio beberapa temu bual yang telah saya jalankan. Temu bual
ini telah dijalankan berdasarkan kepada
beberapa soalan yang saya sediakan. Terdapat dua bahagian dalam temu bual ini. Bahagian A merupakan soalan-soalan yang saya ajukan kepada murid bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan peningkatan kefahaman konsep pecahan setara mereka dan keberkesanan bahan X-BB yang telah saya perkenalkan. Kemudian, bagi Bahagian B pula, soalan menjurus kepada perasaan dan perubahan tingkah laku diri murid itu sendiri terhadap bahan X-BB yang digunakan sewaktu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan konsep pecahan setara. Jadual 10
Transkrip temu bual terhadap murid-murid selepas intervensi dijalankan.
Bahagian A 1) Adakah anda memahami pengajaran konsep pecahan setara menggunakan bahan manipulatif X-BB? M1
Saya faham cikgu. Saya sangat seronok belajar pecahan setar a.
M2
Bahan ini sangat menarik dan mudah saya faham. Saya suka sangat.
M3
Faham cikgu.
M4
Sekarang ni baru saya tahu apa itu pecahan setara.
2) Adakah bahan X-BB ini membantu anda menjawab soalan yang diberikan dengan lebih baik? M1
Ya, cikgu. Sangat membantu saya untuk jawab soalan pecahan setara ni.
M2
Ya, cikgu. Tengoklah, saya dah betul semua soalan dalam latihan yang cikgu bagi
M3
Ya cikgu. Sangat senang untuk dapatkan jawapan kalau guna bahan ni.
M4
Ya, cikgu. Saya suka susun bongkah-bongkah yang cikgu buat ni. Senang nak faham. 37
Bahagian B 1)
Apakah
perasaan
anda
menjawab
soalan
pecahan
setara
dengan
menggunakan bahan manipulatif X-BB ini? M1
Saya suka cikgu bahan ni. Sebab saya mudah nak faham cikgu ajar pasal tajuk ni.
M2
Gembira sebab dapat jawab semua soalan dengan betul.
M3
Saya rasa seronok dan gembira sebab saya boleh cari jawapan dengan susun bahan cikgu tu.
M4
Gembira sebab saya dah makin faham dan boleh jawab soalan dengan betul.
2) Adakah bahan manipulatif X-BB ini menarik? M1
Menarik cikgu, cantik.
M2
Menarik sebab warna-warni.
M3
Sangat menarik. Saya suka bahan ni.
M4
Menarik sebab ada macam-macam warna senang saya nak susun ikut pecahan.
3) Adakah anda berasa lebih yakin menjawab soalan yang diberikan apabila menggunakan bahan manipulatif X-BB ini? M1
Yakin cikgu, saya boleh jawab dengan betul semua soalan.
M2
Yakin cikgu
M3
Ya, cikgu. Saya rasa yakin.
M4
Yakin cikgu
Berdasarkan transkrip temu bual di atas, secara keseluruhannya saya mendapati bahawa murid-murid memberikan respon yang positif dan memberangsangkan. Penggunaan bahan ini ternyata dapat menarik minat murid dan membantu memudahkan mereka memahami konsep pecahan setara sekali gus dapat menaikkan semangat dan keyakinan untuk menjawab soalan berkaitan pecahan setara dengan betul.
38
6.3
Soal Selidik
Soal selidik telah diedarkan kepada murid-murid sejurus selepas tamat murid menduduki Ujian Akhir bagi tajuk pecahan setara. Borang soal selidik telah dijalankan terhadap murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan keberkesanan bahan manipulatif X-BB dalam pengajaran konsep pecahan setara yang telah diperkenalkan kepada murid. Jadual 11 di bawah menunjukkan respon murid terhadap item yang telah dikemukakan. Jadual 11
Bil
Analisis Dapatan Soal Selidik Item
Ya
1
Guru memberikan penerangan yang mudah difahami.
100%
2
Guru memberikan penerangan yang jelas.
100%
3
Bahan manipulative X-BB adalah sangat menarik.
100%
4
Saya berpeluang menggunakan bahan X-BB ini.
100%
5
Saya seronok menggunakan bahan X-BB ini.
100%
6
Bahan X-BB membantu saya memahami konsep pecahan setara.
100%
7
Saya memahami tajuk pecahan setara yang diajar oleh guru.
100%
8
Saya lebih yakin untuk menjawab soalan pecahan setara dalam ujian nanti.
100%
Tidak
Berdasarkan Jadual 11 di atas, secara keseluruhannya keempat-empat murid telah memberikan respon positif terhadap setiap item yang dinyatakan. Murid-murid bersetuju bahawa guru telah memberikan penerangan yang mudah difahami oleh mereka. Selain itu, murid-murid juga bersetuju dengan kenyataan bahawa guru telah 39
memberikan penerangan yang jelas berkenaan dengan konsep pecahan setara. Di samping itu, murid bersetuju bahawa bahan manipulatif X-BB ini sangat menarik dan mereka turut berpeluang menggunakan bahan ini. Murid berasa seronok sewaktu menggunakan bahan X-BB ini kerana dapat membantu mereka memahami konsep pecahan setara dengan mudah. Selain itu, murid juga memahami tajuk pecahan setara yang diajar dengan lebih baik dan mereka berasa lebih yakin untuk menjawab soalan berkaitan pecahan setara dalam ujian nanti. Hasil daripada data ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan manipulatif X-BB ini ternyata memberikan kesan dalam meningkatkan prestasi murid dalam memahami konsep pecahan setara dengan baik berbanding dengan sebelum intervensi ini diperkenalkan.
40
7.0
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan tentang dapatan kajian tindakan bagi mencapai objektif kajian untuk membantu meningkatkan kefahaman konsep murid terhadap tajuk pecahan setara dengan menggunakan bahan manipulatif X-BB.
Antara dapatan yang telah saya peroleh melalui kajian ini adalah murid telah dapat mengenal pasti pecahan setara setelah menggunakan bahan manipulatif X-BB. Alat manipulatif yang baik dapat merapatkan jurang antara matematik formal dengan matematik tidak formal. Justeru, bahan manipulatif X-BB yang telah diperkenalkan kepada empat orang murid ternyata membantu mereka untuk mengalami pembelajaran konsep secara ansur maju iaitu dari peringkat konkrit kepada peringkat abstrak. Beberapa kemahiran asas pecahan turut dipelajari oleh murid iaitu sewaktu mereka memilih dan menggabungkan bongkah pecahan X-BB mengikut soalan pecahan yang saya berikan. Menurut Fan dan Noriati (2008) menyatakan bahawa topik pecahan ini merupakan suatu topik yang abstrak lagi mencabar. Pembelajaran pecahan bukan sahaja tertumpu pada mengenali simbol dan operasi pecahan sematamata, bahkan juga penting untuk mengetahui makna pecahan, terutamanya bagi murid yang baru diperkenalkan dengan pecahan di peringkat sekolah rendah.
Selain itu, murid juga melaksanakan kaedah cuba jaya apabila meletakkan bongkah-bongkah pecahan lain di atas bongkah pecahan yang dinyatakan dalam soalan. Murid juga dapat membanding beza, menambah pecahan yang mempunyai
41
penyebut yang sama, juga dapat menulis nilai pecahan setara. Oleh yang demikian, bahan X-BB ini sangat sesuai dengan tahap perkembangan pengetahuan murid yang bercirikan ansur maju.
Di samping itu, sewaktu intervensi dijalankan, saya mendapati murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dan seronok apabila mereka diminta untuk mendapatkan pecahan setara menggunakan bahan X-BB. Mereka tidak sabar-sabar untuk saya menyatakan soalan yang seterusnya. Terbukti bahawa bahan X-BB ini dapat membantu murid mendapatkan jawapan yang betul di samping dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari konsep pecahan setara dengan lebih mendalam. Berdasarkan kajian Amirah dan Zaidatun (2009) menunjukkan bahawa pembelajaran sesuatu konsep itu dapat dibangunkan berasaskan pendekatan bermain kerana melalui aktiviti bermain dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar dan memberikan
tumpuan
terhadap
proses
pengajaran
dan
pembelajaran
yang
dilaksanakan oleh guru. Bahan X-BB ini juga sedikit sebanyak menerapkan unsur bermain kerana murid perlu bermain-main menyusun bongkah pecahan yang sesuai dengan kaedah cuba jaya.
Melalui kajian yang telah dijalankan, saya juga mendapati bahawa murid dapat menyelesaikan soalan pecahan setara menggunakan algoritma biasa setelah menggunakan bahan X-BB. Hal ini kerana, murid telah dapat membina gambaran konsep pecahan setara dengan baik setelah menggunakan bahan manipulatif X-BB. 42
Jika diperhatikan sewaktu murid menduduki Ujian Awal, murid kelihatan tegang kerana mereka tidak tahu dan tidak faham apakah yang soalan kehendaki dan mereka menjawab soalan tanpa ada kefahaman berkenaan algoritma yang sepatutnya digunakan dan konsep pecahan setara itu sendiri. Namun, sewaktu Ujian Akhir, murid dapat menjawab dengan lebih tenang dan bersemangat kerana mereka betul betul yakin dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Masa yang diambil untuk murid menjawab soalan Ujian Akhir lebih singkat berbanding ketika murid menjawab soalan Ujian Awal. Hal ini menunjukkan berlaku penambahbaikan dalam cara pengiraan murid sehinggakan ada murid menyatakan “Cikgu, senangnya soalan ni, mesti saya dapat markah penuh nanti”.
Hasil perbandingan markah pada Ujian Awal dengan Ujian Akhir menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan kerana tiga orang murid berjaya memperoleh markah penuh 100%, manakala Murid 4 berjaya memperoleh markah sebanyak 87%. Apabila diteliti kertas ujian Murid 4, saya dapati Murid 4 melakukan kesalahan pada soalan bahagian A iaitu soalan berpandukan gambar rajah. Apabila dibandingkan dengan bahagian A dalam Ujian Awal, Murid 4 dapat menjawab kesemua soalan dalam bahagian A dengan betul. Saya percaya bahawa Murid 4 ini hanya melakukan kecuaian sewaktu menyatakan pecahan setara berpandukan gambar rajah dan hal ini terbukti apabila saya meminta Murid 4 menyatakan semula jawapannya, Murid 4 dapat memberikan jawapan dengan betul.
Menurut Mok (2009), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan alat bantu mengajar adalah lebih berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa serta 43
menyeronokkan. Kajian ini amat bermakna kerana telah memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran murid serta pengajaran saya sendiri. Di samping itu, langkah penggunaannya mudah dan menarik juga secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid untuk menyelesaikan soalan pecahan setara dengan penuh yakin. Hal ini terbukti melalui hasil data soal selidik dan temu bual yang dikumpul, murid memberikan maklum balas yang sangat positif dan murid mengakui berasa lebih yakin untuk menjawab soalan pecahan setara dalam ujian nanti kerana mereka benar-benar menguasai konsep pecahan setara secara keseluruhannya.
Secara tidak langsung, kajian ini juga turut meningkatkan motivasi dan keyakinan diri saya sebagai seorang guru. Menurut Chua (2011), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka, menjadi kritis terhadap amalan dan bersedia mengubah amalan tersebut. Justeru, melalui kajian ini saya dapat mempertingkatkan dan menambah baik amalan pengajaran saya dengan memberikan penekanan terhadap kefahaman konseptual terlebih dahulu kemudian kepada kefahaman prosedural dalam pengajaran saya.
Kajian ini juga membuktikan bahawa semakin banyak latihan yang diberikan, semakin meningkat kefahaman murid terhadap topik yang diajar. Hal ini dibuktikan melalui soalan latihan pengukuhan yang diberikan selepas selesai sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan kefahaman prosedural murid sewaktu menyelesaikan soalan pecahan setara menggunakan algoritma. Pujian
44
dan kata-kata semangat yang saya berikan juga mampu menaikkan motivasi murid untuk terus belajar dan meningkatkan keyakinan diri.
Berdasarkan triangulasi data yang saya laksanakan iaitu melalui temu bual dan soal selidik, hasil dapatan ini turut membuktikan bahawa data yang menunjukkan berlaku peningkatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara menggunakan bahan manipulatif
X-BB yang telah saya
peroleh ini dapat dikukuhkan lagi dengan maklum balas yang positif daripada subjek kajian sendiri berkenaan dengan keberkesanan intervensi ini. Murid dapat merasakan sendiri peningkatan markah dan prestasi mereka selepas diperkenalkan intervensi ini.
Secara keseluruhannya, kajian yang telah saya jalankan ini telah mencapai objektif kajian dan menjawab soalan kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan murid telah menguasai konsep pecahan setara dengan baik dan telah dibuktikan melalui perbandingan ujian sebelum intervensi dilaksanakan dan selepas intervensi diperkenalkan kepada murid. Saya amat berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh murid dan yakin dengan bahan manipulatif X-BB yang saya perkenalkan mampu meningkatkan penguasaan konsep pecahan setara dalam kalangan murid Tahun 4.
45
8.0
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya berpendapat bahawa bahan manipulatif X-BB ini perlu disebarkan dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru berkaitan dengan tajuk pecahan setara. Bahan manipulatif X-BB sangat sesuai digunakan sewaktu guru ingin memperkenalkan konsep pecahan setara kerana murid akan dapat melihat secara jelas dan mudah untuk memahaminya. X-BB juga merupakan bahan konkrit dan menarik kerana mempunyai pelbagai warna. Murid akan dapat melaksanakan aktiviti ‘hands-on’ apabila menggunakan bahan XBB dan pembelajaran murid akan menjadi lebih bermakna kerana murid dapat merasai sendiri pengalaman sewaktu mencipta konsep pecahan setara.
Bahan X-BB ini juga boleh diaplikasikan pada kemahiran lain dalam topik pecahan. Antaranya ialah pada kemahiran membanding pecahan wajar yang melibatkan angka melebihi satu. Kemudian, kemahiran menambah pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan X-BB ini untuk mengajar kemahiran penolakan pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama. Saya yakin dan percaya bahawa pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan bermakna kerana penggunaan bahan X-BB ini ternyata dapat membantu murid meningkatkan kefahaman konsep murid dalam tajuk pecahan. Kajian yang lebih meluas lagi boleh dijalankan di sekolah-sekolah sekitar bandar bagi mengetahui sejauh mana keberkesanan bahan manipulatif X-BB ini dalam pengajaran topik pecahan setara.
46
RUJUKAN
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education (Asia). De Morgan, A. (1910). Study and Difficulty of Mathematics. Chicago: The Open Court Publisher. Fan Siong Peng, Noraini Idris. (2008). Perwakilan Pecahan Sekolah Rendah: Isu dan Prospek . Masalah Pendidikan, 31(1), ms 41-57. Francis, Fennell (et al). (2001). Mathematics: The Path to Math Success!. New Jersey: Silver Burdett Ginn. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 1. Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 2. Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 3. Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 4. Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Matematik Tahun 5. Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Matematik Tahun 6. Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kieran Egan, Maureen Stout & Keiichi Takaya. (2007). Teaching and Learning Outside the Box : Inspiring Imagination Across the Curriculum. New York: Teachers College Press. Kiranjit Kaur, Pumadevi.(2009). Examples and Conceptual Understanding of Equivalent Fractions Among Primary School Students. Diperoleh pada 7 Mac 2014 daripada http://www.recsam.edu.my/cosmed%202013/cosmed09 /AbstractsFullPapers2009/Abstract/Mathematics%20Parallel%20PDF/Full% 20Paper/04.pdf. 47
Maths Catch.(2013). Pakej Soalan Ramalan Maths Catchs 2013. Diperoleh pada 10 Mac 2014 daripada .http://bank-soalan.com/edisi percuma/UPSR/Y6/ Pakej%20Soalan%20Ramalan%20MATHS%20CATCH%20%20UPSR%20 (MC-UPSR-2013)~EDISI%20MIDTERM.pdf. Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan Matematik. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn. Bhd. Monica Wong, David Evans. (2007). Students’ Conceptual Understanding of Equivalent Fractions. Mathematics: Essential Research, Essential PracticeVol 2. Nurul Amirah, Zaidatun Tasir. (2009). Reka bentuk Sistem Pembelajaran Konsep Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan yang Menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Shamsina Shamsuddin. (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Suhaidah Tahir (2012). Mengkaji Pemahaman Konsep Pecahan Yang Dimiliki Oleh Pelajar .http://eprints.utm.my/1805/4/SuhaidahTahirPPD2006CHAP1.pdf. Diperoleh pada 7 Mac 2014. Wong Pak Ung. (2011). Penggunaan Jalur Pecahan dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara. . Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, ms 42-56 Wong Chu Yew. (2011). Penggunaan Lipatan Kertas dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, ms 57-69. Zailah Zainudin. (2011). Didik Hibur. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Diperoleh pada 10 Mac 2014 daripada http://web.moe.gov.my/bpk/v2/ kssr/index.php/berita/didik_hibur. . (2009). Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2008. Diperoleh pada 27 Februari 2014 daripada http://web.moe.gov.my/lp/files/kmj/2008/UPSR/ MATEMATIKUPSR2008pdf.
48
LAMPIRAN A Nama:
Kelas:
Tarikh:
UJI AN DI AGNOSTIK Tajuk: PECAHAN Warn akan gambar raj ah di bawah mengik ut pecahan yang diber i . 2. 1
Satu per empat
Dua per lima
Tul iskan pecahan wajar bagi r ajah i ni .
3.
4.
49
Tandakan ( / ) bagi pecahan yang mempunyai nil ai yang lebih besar.
5.
6.
L engkapkan pecahan setara yang ber i ku t.
7.
8.
50
War nakan pecahan setara bagi pecahan waj ar ber i ku t.
9.
10.
I si kan tempat kosong dengan pecahan setar a yang betul .
11.
12.
51
LAMPIRAN B Nama:
Kelas:
Tarikh:
UJIAN AWAL TAJUK: PECAHAN SETARA Bahagian A Lengkapkan yang berikut.
1)
3)
2)
4)
52
Bahagian B Warnakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang berikut.
1)
2)
3)
4)
5)
53
Bahagian C Isikan temp at kosong dengan pecahan setara yang betul.
54
LAMPIRAN C
Soalan temubual bersama murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara menggunakan kaedah X- MiTi.
Bahagian A 1.
Adakah anda memahami pengajaran konsep pecahan setara dengan
menggunakan kaedah ini? 2.
Adakah kaedah X-BB ini membantu anda menjawab soalan yang diberikan
dengan lebih baik?
Bahagian B 1. Apakah perasaan anda menjawab soalan pecahan setara dengan menggunakan kaedah ini. Mengapa? 2. Adakah kaedah X- MiTi ini menarik? 3.Adakah anda berasa lebih yakin menjawab soalan yang diberikan apabila menggunakan kaedah ini?
55
LAMPIRAN D Nama:
Kelas:
Tarikh:
UJIAN AKHIR TAJUK: PECAHAN SETARA Bahagian A Lengkapkan yang berikut.
1)
3)
2)
4)
56
Bahagian B Warnakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang berikut.
1)
2)
3)
4)
5)
57
Bahagian C Isikan temp at kosong dengan pecahan setara yang betul.
6
58
LAMPIRAN E Assalamualaikum/ Salam sejahtera, Borang soal selidik ini dibentuk dan diedar bagi mendapatkan maklum balas dari murid berkaitan dengan bahan manipulative X-BB yang telah guru perkenalkan dalam mengajar konsep pecahan setara. Semua maklum balas yang diberikan akan dirahsiakan. Diharapkan anda dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan baik. Terima kasih di atas kerjasama anda membantu melengkapkan soal selidik ini serta kesudian memberikan maklum balas.
Tajuk Kajian: Penggunaan Bahan Manipulatif X-BB dalam Pembelajaran Konsep
Pecahan Setara
Arahan: Sila jawab semua soalan berdasarkan apa yang anda telah lalui ketika proses pembelajaran tadi. Tandakan ( / ) di dalam ruangan yang disediakan.
Bahagian A: Maklumat Murid
1) Jantina
:(
2) Umur
:
3) Kelas
:
) Lelaki (
) Perempuan
tahun
59