0
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER SEPTEMBER 2015
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
NAMA : ZAKIAH BINTI ISMAIL
NO. MATRIKULASI : 700509115298001
NO. KAD PENGENALAN : 700509-11-5298
NO TELEFON : 013-9399570
E-MAIL :
[email protected]
PUSAT PENGAJIAN : OUM KELANTAN
PENSYARAH : EN. SAUFI BIN ABDULLAH
ISI KANDUNGAN
BIL.
PERKARA
MUKA SURAT
1.0
Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Matlamat
1.3 Objektif
1.4 Cadangan Masa Perlaksanaan
1.5 Tempat
1.6 Tema
1.7 Modul/Topik
1.8 Kumpulan Sasaran
1.9 Aktiviti
1.10 Senario Pembelajaran Dunia Seni Visual Pada Masa Kini
2-4
2.0
Pengalaman
2.1 Aktiviti 1: Lukisan (Minggu Pertama)
2.2 Aktiviti 2: Catan (Minggu Kedua)
2.3 Aktiviti 3: Kolaj (Minggu Ketiga)
2.4 Aktiviti 4: Montaj (Minggu Keempat)
4-6
3.0
Ekspresi
3.1 Aktiviti 1: Lukisan
3.2 Aktiviti 2: Catan
3.3 Aktiviti 3: Kolaj
3.4 Aktiviti 4: Montaj
7-9
4.0
Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)
9-11
5.0
Kesimpulan
12-13
Rujukan
14
1.0 Pengenalan
Seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), seni didefinisikan sebagai karya yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain. Manakala menurut Herbert Read (1997), pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Seni Dalam Pendidikan merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Seni Dalam Pendidikan menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Tugasan HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan ini meminta kami menyediakan kertas cadangan yang memperincikan aktiviti kreatif murid sekolah rendah melalui program seni lukis dan seni reka dengan menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
1.1 Latar Belakang
Sekolah Kebangsaan Bukit Gading merupakan sebuah sekolah gred B yang terletak di pinggir bandar Tanah Merah dengan jumlah murid di sekolah ini dianggarkan seramai 350 orang. Terdapat enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual dan tiga orang daripadanya merupakan guru yang tiada pengkhususan dalam Pendidikan Seni. Saya telah diamanahkan mengajar Dunia Seni Visual Tahun Tiga di mana terdapat sebilangan kecil murid masih bermasalah dalam Bidang Menggambar kerana tidak dapat membezakan warna asas, apatah lagi mencampur warna untuk menghasilkan lukisan yang berkualiti. Justeru, bertitik tolak daripada hasil kerja yang telah diberikan, saya berpendapat masalah ini perlu diatasi dengan segera kerana pengalaman menguasai kemahiran seni adalah penting kepada murid-murid untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
1.2 Matlamat
Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
Untuk menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
1.3 Objektif
i. Memberi peluang kepada murid-murid untuk berkarya dan berimaginasi mengikut kreativiti mereka sendiri.
ii. Memupuk semangat keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru.
iii. Melatih murid berdisiplin, bekerjasama dan yakin kepada diri sendiri.
1.4 Cadangan Masa Perlaksanaan
27 September hingga 22 Oktober 2015 (Empat minggu)
1.5 Tempat
Sekolah Kebangsaan Bukit Gading, Tanah Merah Kelantan.
1.6 Tema
"Seni Di Hatiku"
1.7 Modul/Topik
Modul Menggambar – Lukisan
1.8 Kumpulan Sasaran
Semua murid Tahun 3
1.9 Aktiviti
i. Lukisan
ii. Catan
iii. Kolaj
iv. Montaj
1.10 Senario Pembelajaran Dunia Seni Visual Pada Masa Kini
Di sekolah rendah, pengajaran Dunia Seni Visual secara tradisinya lebih kepada lukisan dan mewarna secara bebas sahaja. Murid tidak didedahkan kepada teknik dan penggunaan warna dengan betul. Perkara ini berlaku kerana ramai kalangan guru Dunia Seni Visual tidak mendapat latihan secara formal dalam mata pelajaran tersebut. Dalam meneliti abad ke-21, Dunia Seni Visual menjadi salah satu mata pelajaran yang telah dimartabatkan dan berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi kurikulum dalam mata pelajaran lain.
2.0 Pengalaman
Jelaskan pengalaman yang bakal dilalui oleh pelajar termasuk kemahiran berfikir bagi perkembangan idea dan kemahiran berdasarkan topik yang dipilih. (contohnya, kemahiran melukis)
Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian (Zulkifi Yaakob, et. al., 2014). Antara aktiviti yang dirancang ialah:
2.1 Aktiviti 1: Lukisan (Minggu Pertama)
Melukis merupakan seni di mana kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Alam Semula Jadi iaitu bertajuk Buah Epal dan Oren. Aktiviti ini berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri murid dengan kerana dengan menggunakan bahan maujud iaitu gambar buah epal dan oren yang seau mereka lihat. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Penggunaan pelbagai jenis alat boleh memberikan imej tertentu kepada media yang digunakan. Murid akan berpengaaman mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. Di samping itu juga mereka dapat mengenal dan menyatakan jenis-jenis media, bahan-bahan yang digunakan seperti kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel serta mengetahui penggunaan media, proses dan teknik dalam penghasilan lukisan sama ada garisan selari atau garisan bersilang atau gabungan kedua-dua garisan. Guru boleh menunjukkan cara melakar gambar buah epal dan buah oren dengan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan dan cara mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan ton warna untukmenimbulkan bentuk.
Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni murid-murid terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni murid-murid, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan mereka dalam bahasa tampaknya. Disebabkan setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri. Selain daripada itu, pembelajaran murid-murid juga berlaku melalui pemerhatian terhadap persekitaran murid-murid. Di samping itu, aktiviti yang dirancang juga memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Melalui aktiviti melukis ini juga akan menjadikan murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja mengecat peralatan kecil di rumah dan sebagainya. Murid juga dapat membuat apresiasi terhadap karya mereka sendiri dan rakan-rakan berpandukan bahasa seni visual dengan mempamerkan hasil karya yang dihasilkan seterusnya menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
2.2 Aktiviti 2: Catan (Minggu Kedua)
Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Alam Semula Jadi iaitu bertajuk Rama-Rama. Murid-murid lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang menarik perhatian mereka. Penggunaan berus lukisan dan palet, kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera akan menarik minat murid. Murid berpengaaman mengetahui definisi catan, mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan, media, serta proses dan teknik sama ada basah atau kering semasa menghasilkan catan. Mereka juga berpeuang mengenali bentuk, warna sama ada sekunder atau tertier atau gabungan kedua-dua warna, ruang, prinsip rekaan, imbangan sama ada simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan serta kepelbagaian warna. Aktiviti menghasikan catan akan memberi kepuasan dan keseronokan murid melukis terutamanya apabila mereka memegang peralatan melukis mengikut gaya dan cara yang mereka sukai. Sains boleh digunakan dalam aktiviti ini. Murid-murid akan melakukan eksperimen dengan alatan atau bahan seni mereka. Misalnya, pemcampuran dua warna asas akan menghasilkan warna kedua yang lain.
2.3 Aktiviti 3: Kolaj (Minggu Ketiga)
Aktiviti melukis atau mengambar dengan menggunakan teknik kolaj dapat memberi pengalaman kepada murid-murid dalam memilih bahan, warna, garisan, saiz dan bentuk. Murid-muridini boleh memilih bahan-bahan yan disukai dan mengeluarkan idea. Mereka akan menghasilkan kolaj mengikut imaginasi dan kekreatifan mereka. Mereka akan menggunakan pemikiran kreatif mereka untuk menghasilkan kolaj yang menarik dan menepati tajuk atau tema yang diberi. Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Alam Semula Jadi iaitu bertajuk Kumbang Ladybird. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan mengetahui definisi kolaj dan didedahkan dengan cara membuat kumbang Ladybird dengan menggunakan bahan seperti kertas lukisan, gam, majalah, surat khabar dan alatan seperti gunting. Murid juga akan berpengalaman mengetahui dan memahami bahasa seni visual, jenis-jenis media, serta proses dan teknik dalam penghasilan kolaj. Teknik kolaj dan mewarna dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga berpengalaman berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya di samping mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Di samping itu, Matematik boleh di gunakan di dalam setiap aktiviti kerana murid-murid. selalunya menjumlahkan bahan-bahan seni yang di gunakan. Mereka akan membandingkan alatan antara satu sama lain. Misalnya mereka membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan berus dan banyak lagi.
2.4 Aktiviti 4: Montaj (Minggu Keempat)
Melalui aktiviti ini, murid-murid secara tidak langsung terlibat dengan kemahiran motor halus dan motor kasar semasa menggunting surat khabar lama atau gambar untuk membentuk montaj. Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Objek Buatan Manusia iaitu bertajuk Suasana di Jalan Raya. Melalui aktiviti ini, murid dapat menzahirkan persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian, kesatuan objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan gambar teknik montaj. Berpandukan contoh montaj dan gambar pelbagai jenis kenderaan murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik montaj melalui unsur seni seperti bentuk dan ruang mengikut ilusi mereka, memahami prinsip rekaan melalui imej yang pelbagai. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Dalam aktiviti ini guru boleh membimbing murid kemahiran lisan seperti nyayian. Ia dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
3.0 Ekspresi
Menurut Taylor (1976), ekspresi membawa maksud pengucapan, pencurahan perasaan, rasa hati yang dilahirkan melalui tutur kata, reaksi muka, imej visual dan reaksi fizikal seperti pergerakan tangan, kaki dan badan atau keseluruhan anggota. Standard Kandungan KSSR Dunia Seni Visual mengandungi ekspresi kreatif di mana murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman kemahiran bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya dengan memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif, menggunakan bahasa seni visual iaitu dalam penghasilan karya dan mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya mereka. (Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual KSSR). Ekspresi visual seseorang murid terhadap sesuatu objek yang dilukis merupakan manifestasi rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan. Aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan akan dapat memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual (pernyataan hasrat diri atau ekspresi diri) murid-murid.
3.1 Aktiviti 1: Lukisan
Melalui aktiviti kreatif dan estetika murid-murid dapat menyampaikan kegembiraan, kesedihan dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudah di mana aktiviti estetika dan kreatif membantu kanak -kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka. Mereka juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya mereka dengan memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif, menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya dan seterusnya mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya. Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel. Murid dapat melakar dan mewarna lukisan dengan bimbingan guru serta menghasilkan lukisan mengikut kreativiti. Ekspresi akan lahir dari kesan bentuk mengikut ilusi murid, garisan seperti tebal dan nipis, warna sama ada primer dan sekunder, ruang mengikut ilusi serta imbangan sama ada simetri atau tidak simetri ataupun gabungan imbangan. Warna misalnya dapat memberikan kesan, suasana, dan mempengaruhi perasaan murid-murid. Warna dapat membuat perasaan menjadi ceria, meningkatkan semangat, meningkatkan konsentrasi, dan sebagainya kerana dalam warna terdapat warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya. Menurut Zul Fazli Md Noh (2015), secara psikologi setiap warna memberikan pengaruh terhadap rasa, perilaku, dan sebagainya. Warna sejuk banyak terinspirasi dari dinginnya air, sejuknya awan dan pemandangan serta segarnya daun. Warna sejuk terdiri dari empat warna iaitu hijau, biru, ungu, dan merah jambu (pink). Kebiasaannya murid-murid akan mentafsirkan warna berdasarkan apa yang dilihat. Contohnya, air dan langit berwarna biru, tanah berwarna perang, pokok berwarna hijau, pakaian terdiri daripada pelbagai aneka warna dan sebagainya. Dalam aktiviti ini, ekspresi digambarkan secara realiti bahawa warna hijau menggambarkan alam contohnya buah epal berwarna hijau atau merah.
3.2 Aktiviti 2: Catan
Catan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, catposter, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Aktiviti yang melibatkan penggunaan warna dapat merangsang minda murid lebih kreatif di mana semasa menghasilkan karya catan murid diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, murid bebas meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti. Murid yang menghasilkan catan juga akan dikuasai oleh ekspresi perasaan diri mereka sendiri di mana mereka dapat menzahirkan luahan perasaan melalui karya mereka. Murid mampu mengolah serta meluahkan perasaan mereka melalui contengan serta penggunaan warna yang tebal dan nipis, serta garisan-garisan yang dihasilkan mengikut kehendak diri mereka sendiri. selain itu, kesan warna tebal, menunjukkan kepada ketegasan, perasaan marah dan sebagainya. Murid dapat memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif dalam menghasilkan catan. Murid harus diperkenalkan dengan media yang akan digunakan dan didedahkan dengan tunjuk cara melakar gambar rama-rama dengan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan serta teknik mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan ton warna untuk menimbulkan bentuk.
3.3 Aktiviti 3: Kolaj
Teknik kolaj adalah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Menerusi teknik kolaj, murid dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Murid diperkenalkan dengan media yang digunakan iaitu gunting, kertas lukisan, gam, kertas warna, kertas majalah dan bahan-bahan lain yang sesuai. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan. Garisan juga menjadi unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Melalui garisan murid boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui teknik kolaj. Guru akan menunjuk cara melakar rupa kumbang ladybird dan contoh membuat kolaj kumbang ladybird supaya mereka dapat menghasilkan kolaj mengikut kreativiti masing-masing setelah diberi bimbingan.
3.4 Aktiviti 4: Montaj
Dalam aktiviti menggambar menggunakan teknik montaj, murid-murid dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini jelas dapat membantu perkembangan murid-murid dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi murid-murid. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Media seperti gunting, kertas lukisan, gam, majalah, dan surat khabar boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan teknik montaj. Melalui teknik ini murid dapat memahami cara menggunting dan menampal gambar kenderaan secara tersusun menjadi satu komposisi yang menarik mengikut kreativiti mereka.
4.0 Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)
Mengenal pasti cara belajar dan merancang intervensi bagi memudahkan proses pembelajaran dapat membantu murid melaksanakan aktiviti dengan efektif dan berkesan sesuai dengan kemampuan dan minat mereka. Keseronokan ketika menjalankan aktiviti akan memudahkan murid untuk memahami ilmu kerana setiap murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Guru perlu memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti yang berkesan supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan tersebut. Penekanan yang khusus perlu diberikan untuk mengenalpasti aspek-aspek dalam teori kecerdasan pelbagai. Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan Eksistensial, yang dicadangkan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Semasa melaksanakan aktiviti yang dirancang, pemilihan tajuk aktiviti mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid. Contohnya bidang menggambar, aktiviti lukisan, tajuk 'Buah Epal dan Oren', guru boleh memperkenalkan bahan maujud yang merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang sebagai sumber. Aktiviti ini akan menarik minat murid kerana mereka akan belajar melalui pengalaman di dalam dunia sebenar seperti contoh di bawah:
Aktiviti 1
Aktiviti 2
Aktiviti 3
Aktiviti 4
Sumber: Buku Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual KSSR Tahun 3
Semasa aktiviti dijalankan, pelbagai teori kecerdasan akan diaplikasikan. Peranan guru sangat penting dalam mengembangkan lapan jenis kecerdasan ini iaitu melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Kecerdasan Visual-Ruang banyak digunakan dalam seni visual. Kecerdasan tidak boleh dinilai secara berasingan misalnya Kecerdasan Visual-Ruang boleh disepadukan dengan Kecerdasan Logic-Matematik. Semua ujian kecerdasan mesti berupaya mengukur semua jenis kecerdasan murid. Menurut kajian yang dijalankan oleh Ikhsan Othman (2010), mendapati proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan suasana pengajaran yang kondusif untuk berlakunya pembelajaran. Manakala kajian Siti Rahayah Ariffin et. al. (2008), pula mendapati seseorang individu itu mempunyai lebih daripada dua kecerdasan tradisi iaitu Kecerdasan Verbal-Linguistik dan Kecerdasan Logik-Matematik. Justeru, kesemua unsur kecerdasan pelbagai perlu diperkembangkan dalam diri setiap murid melalui kurikulum selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mewujudkan individu yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
5.0 Kesimpulan
Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti menerusi perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri, menajamkan persepsi dan meningkatkan nilai estetika. Dunia Seni Visual merupakan mata pelajaran penting untuk meningkatkan daya kreativiti dan berkeupayaan tinggi dalam membuat inovasi serta melahirkan murid yang celik seni dan berbudaya, di samping memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Dunia Seni Visual diajar di sekolah bertujuan memberi peluang kepada murid-murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Lukisan, catan, kolaj dan montaj yang terkandung dalam aktiviti yang dirancang menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.
Adalah diharapkan, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid-murid serta memupuk sikap menghargai, menyayangi dan mencintai seni seterusnya dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran Dunia Seni Visual bertepatan dengan tema yang dipilih iaitu "Seni Di Hatiku". Amat diharapkan juga, melalui aktiviti yang dirancang murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran seperti pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan melukis dan mengenai sumber motif dalam persekitaran. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat membuka minda murid-murid agar sentiasa berfikiran kreatif serta membuka mata warga Sekolah Kebangsaan Bukit Gading bahawa murid-murid sekolah ini mempunyai kebolehan mereka tersendiri dan kreatif.
6.0 Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dokumen Standard Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 3. (2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ikhsan Othman. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan Kurikulum, Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21–32, Tanjong Malim: Universiti Sultan Idris.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 3. (2012). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Read, H. (1997). Meaning of Arts. London: Faber & Faber.
Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki. (2008). Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja, Jurnal Pendidikan, Vol. 33, 35-46.
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail & Jamilah Omar. (2014). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Internet
Abu Bakar. (2010). HBEF1403: Seni Dalam Pendidikan. (Atas Talian): http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html. Diakses pada 20 September 2015.
Colourexist. (2010). Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi Pendidikan Seni. (Atas Talian): http://colourexist.blogspot.my/2010/01/pengenalan-seni-definisi-seni-definisi.html. Diakses pada 20 September 2015.
Zul Fazli Md Noh. (2015). Warna Berperanan Dalam Menjelaskan Ekspresi Pelukis Terhadap Budaya Masyarakat, Persekitaran Dan Warisan Bangsa. (Atas Talian): http://duniasenizulfazli.blogspot.my/2015/09/warna-berperanan-dalam-menjelaskan_13.html Diakses pada 20 September 2015.
[Type the document title]
[Year]