96
TOPIK 10
PERHIASAN DIRI
Topik Perhiasan
10
Diri
H 4A . SIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menerangkan Menerangk an tentang latar belakang perhiasan diri;
2.
Menerangkan Menerangk an rekabentu rekabentuk, k, moti dan ragam hias perhiasan diri;
3.
Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan perhiasan diri; Mengaplikasikan dan
4.
Menghasilkan satu perhiasan diri.
PENgENALAN
Perhiasan diri adalah merupakan salah satu daripada kra tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media,dan teknik untuk penghasilan perhiasan diri. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru salah satu perhiasan diri melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan. Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya perhiasan diri dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.
TOPIK 10
10.1
PERHIASAN DIRI
97
LATAR BELAKANg PERHIASAN DIRI
Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primiti lagi.Masyarakat pada zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai hiasan diri. Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia. Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata. Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana. Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala.
LATIHAN 10.1 Sejak bila hiasan mula diperkenalkan. Bincangkan.
10.2
HIASAN KEPALA
(a) Cucuk sanggul Kebanyakan wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan membuat sanggul. Mereka menggunakan pelbagai cucuk sanggul. Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si pemakai. Untuk itu cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna. Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang. (b) Sikat atau sisir rambut Sisir rambut merupakan alat untuk mengemas dan merapikan rambut.Selain digunakan untuk menyisir rambut, sikat juga digunakan sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul dalam kedudukan tertentu.
98
TOPIK 10
PERHIASAN DIRI
Sikat dibuat daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik. (c)
Penutup Kepala Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu zaman dahulu sama ada lelaki dan perempuan. Orang lelaki memakai tenggolak. Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas bermotikan fora dan auna dalam berbagai bentuk. Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas bertahtakan intan permata.
10.3
HIASAN TELINgA
Terdapat tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting (subang jurai), kerabu dan sunting malar. Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. Ia dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh.Kerabu ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti geometric, fora dan diikat dengan sebutir batu permata atau mutiara. Sunting malar pula merupakan satu hiasan yang digantung di telinga dan berjurai ke bawah. Biasanya wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul rambut agar kelihatan lebih berseri.
10.4
HIASAN LEHER
Terdapat beberapa jenis hiasan leher tradisional Melayu seperti rantai, loket, dokoh dan kalung. (a) Rantai Rantai terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh. Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotikan awan larat atau fora.Kadang kala ia diikat denga intan atau berlian. (b) Loket Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotikan fora dan auna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan. (c)
Dokoh Dokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia bermotikan alam semulajadi seperti bentuk daun dan dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat.
TOPIK 10
PERHIASAN DIRI
99
(d) Kalung Kalung dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga dikenali sebagai aguk.
10.5
HIASAN TANgAN DAN LEHER
Alat hiasan diri ialah benda yang disarung pada bahagian anggota badan khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti cincin,gelang tangan, dan kaki. Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. Ada juga yang memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya. Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak. Ada gelang yang berukuran timbul bermotikan fora dan bentuk geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergalangan tangan. Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata. Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja. Bentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang kaki.
10.6
HIASAN PINggANg
Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula biasanya dihiasi dengan moti-moti fora dan auna yang amat halus dan menarik buatannya.
100
TOPIK 10
PERHIASAN DIRI
HIASAN PADA PAKAIAN
10.7
Baju tradisional Melayu selalunya dihiasi dengan kerongsang dan butang yang menarik. Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh. Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu permata. Butang baju pula berungsi seperti kerongsang tetapi ianya dipakai pada baju kurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang baju yang dihiasi dengan batu permata.
LATIHAN 10.2 Bincangkan hiasan tangan dan leher. Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Bentuk Kalung berhias: Menggunakan manik atau lain-lain bahan buangan Bahan
(a) Manik pelbagai warna dan lain-lain bahan buangan (i)
tali pancing
(ii) kancing penyangkut Langkah 1
: Guru menunjukkan dan berbincang tentang ragam bentuk yang terdapat dalam hiasan rantai.
Langkah 2
: Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran ragam bentuk kalung kepada pelajar.
Langkah 3
: Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara sesuatu ragam bentuk dihasilkan di kertas.
Langkah 4
: Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5
: Pelajar membuat ragam bentuk kalung mengikut lakaran.
Proses membuat
(i)
Tali pancing diisi dan dipenuhi satu persatu dengan manik pelbagai warna mengikut reka cipta masing-masing.
(ii) Menyambung dan mengikat rantian manik tersebut kepada bahagian rantai asas mengikut gubahan masing-masing.
TOPIK 10
PERHIASAN DIRI
101
(iii) Setelah kalung itu disiapkan, kancing pengangkut diikatkan pada penghujung kedua-dua bahagian rantai tersebut. Persembahan hasil kerja
(a) Penilaian berdasarkan (i) idea reka cipta (ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik (iii) kemasan (b) Apresiasi Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain. Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat hiasan diri Tempat
: kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran, seperti kedai emas
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan. (i)
bagaimana perhiasan diri dihasilkan
(ii) proses bagaimana perhiasan diri dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir (iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari hiasan diri (iv) pemasaran barangan hiasan diri. Aktiviti pembelajaran tambahan
1.
Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni hiasan diri. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.
2.
Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran moti-moti yang terdapat pada hiasan diri.
102
TOPIK 10
PERHIASAN DIRI
LATIHAN 10.3 1.
Apakah itu hiasan diri?
2.
Bincangkan tentang amalan penggunaan hiasan diri di zaman dahulu.
3.
Hurai jenis-jenis hiasan kepala.
4.
Sebutkan jenis-jenis hiasan leher.
5
Jelaskan tentang hiasan rantai.
RuMuSAN •
Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan latar belakang perhiasan diri.
•
Anda juga telah pelajari tentang motif, ragam hias dan rekabentuk perhiasan diri.
•
Akhir sekali anda sekarang tahu bagaimana untuk menghasilkan perhiasan diri.
Hiasan leher Hiasan pakaian Hiasan pinggang
Hiasan tangan Hiasan telinga Perhiasan diri
RuJuKAN Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
TOPIK 10
PERHIASAN DIRI
103
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.