Seni Dalam Pendidikan - Laporan ReflektifFull description
Pendidikan seni penting untuk semuaFull description
Tugasan 2 Ulasan Jurnal Seni Dalam PendidikanFull description
Full description
sdp
Full description
Full description
Notes
Pendidikan SeniDeskripsi lengkap
REFLEKSI INDIVIDU
NAMA
: ZULKIFLI BIN MAT SIRON
NO KP
: 660525-10-5109
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas kekasih kami, Nabi Muhammad
SAW dan Para Sahabat
serta muslimin dan
muslimat. Bersyukur saya kepada Ilahi kerana berpeluang mengikuti kursus Seni Dalam Pendidikan, WAJ 3109 yang bertepatan dengan semangat Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Negara. WAJ 3109 telah menyelami pembentukan modal insan yang seimbanga meliputi pembangunan intelek, rohani, emosi d an jasmani (JERIS) Saya dan rakan-rakan PGSR Kohot 2 Ambilan 2009 di IPG KBA sangat berasa suka hati dan terhibur semasa mengikuti kursus muzik yang dikendalikan oleh Puan Khalija bt. Mohamad yang sangat didikasi. Beliau telah menjelaskan prinsip-prinsip muzik beserta contoh-contoh bunyi-bunyian dan pergerakan yang menarik hati saya dan rakan-rakan. Kami akan berusaha memenuhi segala arahan beliau dengan gembira. Saya percaya kursus ini akan bermakna jika diajar dan dilaksanakan kepada murid-murid di sekolah. Dalam aspirasi itu saya dan rakan-rakan telah diamanahkan untuk membina Rancangan Pengajaran dengan menggabungjalinkan unsur seni iaitu muzik, lagu, dan tarian.
Kekuatan
Saya telah menjalankan pengajaran mikro Seni Dalam Pendidikan. Rakan-rakan PGSR telah menjadi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Untuk menghasilkan nyanyian yang baik, tip-tip dalam nyanyian dan tarian perlu diikuti dan diperhalusi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah menggunakan topik
“Badan Sihat Otak Cergas”. Proses pengajaran ini menyebabkan murid -murid tidak mudah berasa bosan. Selain itu, pengajaran ini juga boleh memupuk minat murid untuk belajar melalui nyanyian dan tarian. Ini juga boleh menyebabkan murid-murid tahun mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan adalah mata pelajaran yang menarik. Kelemahan
Pada mulanya, saya menunjukkan langkah-langkah menyanyi dan menari. Tetapi kemungkinan saya tidak dapat cara yang baik dengan menunjukkan langkahlangkah tersebut, murid saya tidak faham keseluruhannya. Saya telah menunjukkan seni kata lagu dan langlah-langkah tarian. Saya mendapati beberapa orang murid tidak dapat menari dengan betul. Ini kemungkinan saya menerangkan dengan cepat dan murid-murid tidak mendapat langkah yang jelas. Langkah Mengatasi
Saya rasa, saya seharusnya menyediakan senikata lagu lebih awal supaya murid dapat membaca dan bersedia dalam pengajaran. Saya perlu mengulang dua atau tiga kali seni kata lagu dan langkah-langkah tarian kerana ia agak susah.