LAPORAN REFLEKTIF 1.0
PENGENALAN Bagi memenuhi kehendak tugasan kursus MTES 3052 Seni dalam Pendidikan,
saya telah berjaya menghasilkan sebuah kit persembahan yang mengaplikasikan elemenelemen seni visual, muzik dan pergerakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang Matematik di sekolah rendah. Sepanjang proses penghasilan kit tersebut, saya telah mendapat banyak idea untuk membantu meningkatkan keberkesanan kit saya dengan merujuk kepada pensyarah kami bagi kursus ini iaitu Puan Norliza Binti Mohamed. Kit yang telah saya hasilkan ialah sebuah set kit nombor bulat untuk murid-murid tahun 1. Kit ini bertemakan nombor dan operasi yang bertajuk nombor bulat 1 hingga 100. Dalam kit saya ini, ia terdiri daripada sekeping manila kad yang mempamerkan karekterkarakter kartun untuk setiap nombor bulat 1 hingga 10. Setiap sesekat karakter kartun ini mewakili sebuah ‘lot rumah’ yang mewakili satu nombor bulat 1 hingga 10. Kit saya ini juga mempunyai mempunyai sebuah balang kanister dipanggil Starlight Mailbox yang mengandungi sampul surat berisi berisi anak-anak bintang bagi setiap nombor bulat. Di hasil pembelajaran pembelajara n ini, murid-murid diharapkan dapat membilang objek dalam kumpulan dan menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.
2.0
KEBERKESANAN KIT PERSEMBAHAN 2.1
Elemen Seni Visual
Bagi persembahan kit, saya telah bekerjasama dengan rakan sekelas saya iaitu Gloria Ann George Yee untuk menghasilkan sebuah persembahan teratur yang melibatkan elemen seni visual, pergerakan dan muzik dalam mempersembahkan kit ini. Setelah pelaksanaan persembahan kit ini, saya menyedari bahawa kit persembahan ini berjaya menarik perhatian para pelajar. Kit ini menggunakan karakter-karakter kartun dan anak-anak bintang yang berbagai warna. Aspek seni visual dalam kit tersebut dapat memberi kesan langsung terhadap pengajaran dan pembelajaran (PNP) Matematik di sekolah rendah terutamanya murid-murid tahun 1. Dengan adanya ciri-ciri seni visual
sedemikian, kit ini mampu membuatkan para murid mahu untuk menumpukan perhatian kerana murid-murid tahun 1 akan kurang memahami dan cepat bosan dengan bahan bantu belajar (BBM) yang tidak menarik. Sebaliknya, kit yang kami persembah ini dapat memupuk para murid meminati tajuk pembelajaran kerana terdapatnya kartun-kartun animasi kegemaran mereka yang terkini. Seterusnya, kami juga mendapati bahawa para pelajar yang terdapat dalam kelas kami berasa ingin tahu tentang kit kami yang bernama Starlight Mailbox tersebut. Mereka sering menanyakan tentang apakah isi kandungan balang kanister tersebut. Hal ini demikian akan menimbulkan rasa inkuiri murid-murid jika dilaksanakan di sekolah rendah kelak. Dengan ini, murid-murid akan lebih penumpuan di kelas. Namun begitu, warna yang digunakan dalam kit tersebut (anak-anak bintang) untuk ditampal pada manila kad hitam semasa sesi persembahan adalah tidak terang dan selari dengan warna gelap manila kad tersebut. Hal ini demikian menyebabkan ramai pelajar tidak berupaya melihat dengan jelas anak-anak bintang yang dilekatkan pada manila kad tersebut. Tambahan pula, kertas lut sinar yang dilapis pada manila kad berwarna hitam menambah ketidakjelasan pada kit tersebut untuk dilihat terutama bagi pelajar yang duduk di belakang semasa kami mempersembahkannya. Hasilnya, penambahbaikan susulan dapat dilakukan dengan menggantikan warna anak-anak bintang kecil tersebut dengan warna yang berkontra dengan warna hitam dan warna merah seperti warna kuning atau warna putih. Kelemahan yang boleh dikesan seterusnya adalah lirik lagu kit yang dipaparkan melalui slides menggunakan alatan bantu mengajar (ABM) seperti projektor dan LCD. Persembahan kami menggunakan kemudahan tersebut namun keberkesanannya dipersoalkan jika penggunaan kit ini diadakan di bilik darjah yang tidak mempunyai kemudahan-kemudahan ABM seperti demikian. Oleh itu, penambahbaikan boleh dilakukan dengan menyediakan lirik lagu dalam bentuk hard-copy iaitu seperti melalui manila kad atau kertas mahjong untuk dipamerkan di hadapan kelas.
2.2
Elemen Seni Muzik
Penggunaan kit ini dilihat dapat memupuk daya kreativiti murid-murid sekolah rendah dalam bidang muzik semasa PNP Matematik secara berkesan. Hal ini demikian kerana kit ini memerlukan murid untuk menyanyikan lirik lagu berdasarkan nombor bulat yang telah mereka peroleh dengan menggunakan melodi lagu kanak- kanak “Baa Baa Black Sheep”. Semasa persembahan kit kami, lagu dikompos sendiri oleh pelajar kelas kami dengan bantuan struktur lirik yang telah disediakan. Setelah itu, pelajar telah diberi peluang untuk mengetuk penutup balang kanister untuk menghasilkan bunyi-bunyian bagi mengiringi lagu nombor bulat. Isbell & Raines (2013) menyatakan dalam bukunya bahawa terdapat penyelidikan baru-baru ini mengatakan elemen seni muzik menguatkan sistem minda seterusnya meningkatkan kognitif. Dengan itu, murid-murid sekolah rendah akan mengingati isi pembelajaran PNP Matematik bertemakan nombor bulat dengan lebih baik jika menggunakan kit ini. Antara kelemahan yang dapat dikesan semasa persembahan kit adalah terdapat seorang pelajar yang tidak mengetahui rentak melodi lagu “Baa Baa Black Sheep”. Oleh itu, pelajar ini tidak dapat menyanyikan dengan baik lirik lagu nombor bulat yang disediakan walaupun penutup balang kanister dipukul untuk menghasilkan bunyi melodi lagu tersebut. Oleh itu, kami berpendapat penambahbaikan dapat dilaksanakan iaitu kami haruslah menyediakan muzik Minus One untuk mengiringi murid-murid menyanyikan lagu nombor bulat itu nanti. Dengan ini, mana-mana murid yang masih belum menangkap melodi lagu tersebut berupaya mengikuti muzik Minus One tersebut dan boleh menyanyikan bersama dengan seragam.
2.3
Elemen Seni Pergerakan
Semasa persembahan kit juga, kami dapat melihat penglibatan yang sangat aktif para pelajar semasa menarikan lagu nombor bulat tersebut. Seni pergerakan juga terlibat semasa para pelajar melukis dan mewarnakan nombor bulat yang terdapat dalam sampul surat tersebut seterusnya mereka ke hadapan kelas untuk menampalkannya. Oleh itu, jika kit ini digunakan dalam PNP Matematik sebenar di sekolah rendah, ia dapat membantu murid-murid untuk bergiat secara aktif dalam PNP tersebut dan para murid
berupaya menzahirkan apa yang telah dipelajarinya mengenai nombor bulat dengan menggunakan pergerakan. Rooney (2004) bersetuju bahawa murid-murid yang bergiat aktif dalam seni berupaya mengungkapkan buah fikiran dan pandangan mereka berbanding rakan sebaya mereka yang kurang bergiat dalam seni. Di samping itu, satu kelemahan yang dikesan adalah kumpulan pelajar lain yang bukan giliran kumpulannya untuk bernyanyi dan menari, adalah mudah hilang tumpuan kerana hanya duduk melihat rakan-rakan mereka menggunakan kit tersebut. Oleh itu, jika kit ini digunakan dalam PNP Matematik sekolah rendah, kita boleh membuat penambaikan iaitu semua murid wajib mengikuti untuk bernyanyi dan menari bersama walaupun bukan giliran kumpulan mereka.
3.0
KESIMPULAN Konklusinya, pelaksanaan persembahan kit secara berkumpulan ini telah memberi
saya peluang untuk menguji keberkesanan kit ini untuk PNP Matematik. Di samping itu juga, kami berupaya mengenalpasti penambahbaikan yang dapat dilakukan terhadap kit masing-masing. Secara keseluruhannya, saya bersyukur
kerana diberi peluang
menjalankan kerja kursus Seni dalam Pendidikan ini kerana dapat menimba ilmu serta pengalaman baharu tentang bagaimana menghasilkan kit-kit untuk kegunaan PNP yang berkesan.
(891 patah perkataan)
4.0
RUJUKAN
Isbell, R.T. & Raines, S.C. (2013). Creativity and the Arts with Young Children. USA: Cengage Learning. Rooney, R. (2004). Arts-Based Teaching and Learning Review of the Literature. Dicapai daripada
https://www.kennedy-center.org/e
_Rev5-28.pdf
5.0
ducation/vsa/resources/VSAarts_Lit