1.0
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN LOMPAT GALAH Lompat galah dipercayai berasal dari benua eropah. Pada waktu, galah
digunakan untuk melepasi rintangan atau halangan semulajadi di kawasan berpaya seperti di wilayah Friesland yang terletak di negara Belanda. Kerja-kerja pengeringan di kawasan ini telah menghasilkan jaringan saluran atau parit yang saling bersilang antara satu sama lain. Disebabkan perkara ini, masyarakat pada ketika itu menyimpan galah dirumah masing-masing bagi mengelakkan daripada terkena air semasa menyeberangi parit. Selain itu, mereka juga ingin mengelakkan daripada perjalanan yang membosankan di atas jambatan. Gondola venetian atau pengayuh sampan di venice mengunakan galah untuk mengerakkan sampan mereka dari tebing. Pertandingan lompat galah pada mulanya diukur berdasarkan jarak bukan ketinggian. Pertandingan ini diadakan secara tahunan di kawasan tanah pamah sekitar lautan utara. Pertandingan lompat galah yang mengambil kira ketinggian mula-mula diadakan pada tahun 1843 bertempat di Kelab bola sepak dan kriket Ulverston, Cumbria. Pelompat galah pada masa ini mengunakan mengunakan galah yang dibuat daripada buluh yang mempunyai hujung yang tajam. Pertandingan ini diadakan di kawasan berumput. Fasa menanam galah dan mendarat dilakukan diatas rumput. Hal ini kerana ketiadaan petak lonjak pada waktu ini. Pertandingan lompat galah seperti yang terdapat pada zaman kini bermula pada 1850 di Jerman. Hal ini terjadi berikutan acara ini telah diambil sebagai salah satu displin dalam gimnastik oleh kelab gimnastik Turner yang dimiliki oleh Johann C. F. GutsMuths dan Frederich L. Jahn. Versi moden bagi sukan lompat galah mula-mula dipertandingkan di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19. Semasa sukan Olimpik 1896, rekod bagi bagi acara ini direkodkan iaitu, 3.2m. rekod ini dilakukan dengan mengunakan galah yang diperbuat daripada buluh. Disebabkan kemajuan manusia dalam bidang sains, sukan ini telah mengalami inovasi dari segi pengunaan galah dalam sukan. Kini galah yang digunakan diperbuat daripada gentian kaca atau karbon. Pengunaan tilam juga digunakan bagi memastikan
risiko atlet mendapat kecederaan semasa sukan ini dijalankan dapat dikurangkan seminima yang mungkin. 1.1
Zaman Galah Daripada Keluli
Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, galah daripada keluli diperkenalkan, iaitu galah yang diubah suai daripada penggunaan aluminium, yang diuji di Amerika Syarikat. Difahamkan, iaitu aluminium adalah ringan tetapi mudah patah. Oleh itu penggunaan keluli dapat mengelakkan galah menjadi mudah patah atau retak. Galah keluli walaupun agak berat sedikit, tetapi mudah dibengkokkan menjadikan penggunaannya amat sesuai untuk acara lompat bergalah ini. Lama kelamaan penggunaan galah keluli ini didapati kurang sesuai lagi, khususnya untuk peserta melakukan lompatan yang lebih tinggi. Ini menyebabkan para pengeluar dan pencipta galah berusaha untuk menghasilkan galah daripada bahan lain yang mungkin lebih baik. Maka terhasil pula galah yang dibuat daripada bahan yang lebih anjal yang sememangnya lebih sesuai untuk acara ini. Orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan baru ini ialah seorang jurutera Amerika, iaitu Richard Ganslen.
1.2
Zaman Galah Kaca Gentian
Zaman galah daripada keluli berakhir menjelang tahun-tahun \960-an, dengan penggunaan galah daripada kaca gentian secara lebih meluas ke seluruh dunia. Ini bermakna galah yang digunakan kini adalah galah tirtran yang diperbuat daripada adunan bahan yang menjadikannya lebih anjal dan tidak pula berat. Penggunaan galah baharu ini menyebabkan lompatan yang dibuat oleh kebanyakan peserta lebih tinggi dari semasa ke semasa. Galah tiruan ini membolehkan peserta memegang dengan kemas tanpa menghasilkan tekanan dan kekuatan yang lebih. Kaedah melepasi palang lompat bergalah juga turut berubah. Hasil ciptaan yang dilakukan dari semasa ke semasa menjadikan wujud dua kaedah lompatan baru yang didapati amat sesuai dan digunakan hingga kini oleh kebanyakan peserta lompat bergalah. Kedua-dua kaedah itu ialah jack-knife dan fly- away. Dalam kaedah pertama, jack-knife, peserta dapat melonjakkan kedua-dua kakinya ke atas sambil menolakkan badannya melepasi
palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan kedudukan keseluruhan badannya menegak dengan kaki ke atas. Dalam kaedah kedua pula, peserta melakukan pergerakan badannya bersama galah dan melepaskannya dengan kuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah ini adalah lebih pantas, dan badannya melepasi palang pada kedudukan hampir mendatar. Penggunaan galah jenis ini diteruskan hingga kini dengan pengubahsuaian dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan galah terbaik bagi peserta dalam acara ini. Ketinggian lompatan terus meningkat dan mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini turut meningkat sehingga menjadikan acara lompat bergalah sebagai acara olahraga yang menarik serta mendapat sambutan ramai, walaupun sukar bagi sesetengah orang.
Rajah 1.0 : Cara memegang galah
2.0
PERATURAN ACARA LOMPAT GALAH
Peraturan bagi acara ini dapat dilihat pada bahagian IV, seksyen IV, peraturan 180,181 dan 183. Seksyen IV dalam peraturan yang terkandung dalam buku peratutan Persatuan Olahraga Antarabangsa(IAAF) merupakan semua peraturan yang menerangkan mengenai acara-acara padang. Seksyen ini bermula pada peraturan 180 hingga 193 .Berikut merupakan butiran peraturan 180,181 dan 183 tersebut; 2.1
Peraturan 180 2.1.1Syarat-syarat Am Memanaskan badan di kawasan pertandingan
1. Di kawasan pertandingan dan sebelum bermula sesuatu acara itu, setiap peserta boleh diberikan percubaan latihan. Dalam kes acara balingan, percubaan latihan ini diberikan mengikut giliran sebenar peserta dan hendaklah sentiasa diawasi hakim-hakim. 2. Sebaik pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenarkan dibenarkan untuk menggunakan, sebagai latihan, a. Kawasan latihan b. Peralatan-peralatan c. Bulatan atau kawasan dalam sektor sama ada menggunakan peralatan atau tidak. Penanda
3. a) Dalam semua acara padang yang melibatkan larian, penanda-penanda hendaklah pi diletakkan di sepanjang tepi lorong larian kecuali bagi acara Lomat Tinggi, penanda boleh diletakkan di atas kawasan larian. Seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda (yang disediakan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola) bagi membantu larian dan lompatannya. Sekiranya penanda tidak disediakan, Beliau
boleh menggunakan pita berperekat, tetapi bukanlah kapur atau apa jua bahan yang boleh meninggalkan kesan yang sukar dipadam.
b) Bagi acara lontaran yang dibuat dari bulatan, seorang atlet boleh menggunakan satu penanda sahaja. Penanda ini hanya boleh diletakkan diatas lantai,baik saja di belakang atau bersebelahan bulatan. Ia mesti sementara, berada di situ untuk tempoh setiap peserta membuat percubaannya sendiri dan mesti tidak menghalang penglihatan Hakimhakim. Tiada penanda sendiri( selain daripada yang terdapat dibawah peraturan 187.21) yang diletakkan didalam atau bersebelahan kawasan mendarat. iliran G iliran
bertanding
4. Peserta akan bertanding mengikut giliran giliran yang diundi. Sekiranya terdapat terdapat pusingan kelayakan, undian baru hendaklah dibuat untuk pusingan akhir ( lihat juga perenggan 5 dibawah). Percubaan
5. Dalam semua acara padang, kecuali Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah, apabila terdapat lebih daripada lapan orang, setiap peserta hendaklah diberikan tiga percubaan dan lapan orang peserta terbaik yang mencatatkan pencapaian sah akan diberikan tiga lagi percubaan. Sekiranya terdapat seri dikedudukan lapan peserta terbaik. Perkara ini mestilah diselesaikan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 20. Sekiranya hanya ada lapan orang peserta atau kurang, semua mereka hendaklah diberikan enam percubaan. Jika lebih dari satu gagal mencapai percubaan yang sah semasa tiga percubaan pertama, atlet tersebut akan bertanding dalam pusingan berikut dengan giliran yang pertama. Jika hal ini tidak berlaku, atlet tersebut akan bertanding berdasarkan undian yang dibuat pada awal pertandingan. Dalam kedua-dua keadaan ini:
a) Giliran bertanding untuk tiga percubaan terakhir akan dibuat menyongsang susunan kedudukan yang dicapai pada tiga percubaan pertama. Untuk pusingan terakhir, giliran pertandingan haruslah dalam urutan songsang mengikut kedudukan yang dicapai pada pusingan kelima. b) Apabila urutan bertanding diubah dan terdapat seri bagi mana-mana kedudukan atlet-atlet yang seri mesti bertandingmengikut urutan dalam undian asal. P eringatan
I: Dalam pertandingan di bawah peraturan 1(d) hingga (h) urutan pertandingan untuk tiga pusingan akhir hendaklah dalam ururtan songsang mengikut catatan terbaik selepas tiga percubaan pertama.
P eringatan
II: Untuk lompatan ketinggian lihat peraturan 181.2.
6. Kecuali dalam acara Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah, tidak ada peserta yang akan dibenarkan untuk merekodkan lebih daripada satu percubaan bagi setiap pusingan pertandingan. Kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan dibawah Peraturan 1.1(a),(b),(c), penganjur boleh menetapkan untuk menjlankan pertandingan Lompatan Tegak dengan format yang berlainan daripada peruntukan dalam peraturan ini, termasuk menghadkan bilangan ketinggian atau bilangan percubaan yang boleh dibuat oleh seorang atlet. 7. Hakim mesti tidak boleh mengangkat bendera putih untuk menunjukkkan percubaan yang sah sehingga percubaan itu dilangsai. Langsainya sesuatu percubaan yang sah ditentukan seperti berikut:a) Dalam hal lompatan tegak, sebaik saja hakim pasti tiada kegagalan mengikut peraturan 182.2, 183.2 atau 183.4. b) Dalam hal lompatan mendatar, sebaik saja atlet meninggalkan kawasan mendarat mengikut peraturan 187.17. Pertandingan kelayakan
8. Satu pusingan kelayakan hendaklah diadakan bagi acara-acara padang sekiranya bilangan terlalu ramai untuk membolehkan pertandingan dijalankan dengan adil. Apabila pusingan kelayakan diadakan semua peserta hendaklah bertanding, dan melayakkan diri dalam pusingan tersebut. Pencapaian yang dibuat dalam pusingan kelayakan tidak akan diambil kira sebagai pencapaian sebenar pertandingan. 9. Peserta-peserta hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan atau lebih. Kecuali sekiranya kemudahan mencukupi yang membolehkan semua kumpulan bertanding serentak dalam suasana yang sama, setiap kumpulan akan memulakan pertandingan sebaik sahaja selesai pertandingan kumpulan sebelumnya. Setiap kumpulan boleh memanaskan badan sebaik sahaja selepas kumpulan sebelumnya tamat 10. Adalah dicadangkan, dalam kejohanan yang memakan masa tiga hari atau lebih, rehat sehari diberikan kepada peserta-peserta lompatan ketinggian Antara pusingan kelayakan dan pusingan akhir 11. Syarat-syarat kelayakan, standard kelayakan dan bilangan atlet ke pusingan akhir hendaklah diputuskan oleh wakil-wakil teknik yag dilantik. Jika wakil Teknikal tidak dilantik, syarat-syarat itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. Bagi kejohanan mengikut peraturan 1(a),(b) dan (c), hendaklah ada sekurang-kurangnya 12 orang atlet ke peringkat akhir. 12. Dalam pertandingan kelayakan selain lompat tinggi dan lompat bergalah, setiap peserta hanya akan diberikan hingga tiga percubaan sahaja. Sebaik sahaja seorang peserta itu mencapai standard kelayakan, beliau tidak dibenarkan meneruskan percubaan dalam pusingan seterusnya. 13. Dalam pertandingan kelayakan lompat tinggi dan lompat bergalah, peserta-peserta, yang tidak dikeluarkan oleh tiga kegagalan berturut-turut, hendaklah terus bertanding mengikut peraturan 181.2 , sehingga ke penghujung percubaan terakhir,pada ketinggian yang tekah ditetapkan sebagai standard kelayakan. Sebaik saja seorang peserta telah mencapai standard kelayakan, beliau tidak akan dibenarkan untuk terus bertanding
dalam pusingan tersebut melainkan bilangan atlet ke peringkat akhir telah mencapai seperti Definisi 180.11. 14. Sekiranya tiada atlet, atau terdapat kurang atlet daripada yag diperlukan untuk ke pusingan akhir yang layak, bilangan hendaklah dicukupkan dengan menambah atlet-atlet lain berdasarkan pencapaian mereka dalam pertandingan kelayakan tersebut. Seri di tempat terakhir yang layak untuk pertandingan akhir hendaklah diselesaikan sama ada seperti yang diterangkan di perenggan 20 atau peraturan 181.8 , mengikut kesesuaian. 15. Apabila pertandingan kelayakan untuk lompat tinggi dan lompat bergalah dijalankan serentak untuk kumpulan yang berasingan, adalah dicadangkan palang kedua-dua kumpulan tersebut dinaikkan serentak bagi setiap ketinggian. Juga dicadangkan, kedua-dua kumpulan mempunyai bilangan peserta yang lebih kurang sama. G angguan
16. Jika, atas sebab-sebab tertentu, seseorang peserta terhalangdalam percubaannya, refri mempunyai kuasa memberikannya percubaan gentian Kelewatan
17. Seseorang peserta acara padang yang secara sengaja tanpa sebarang sebab yang kukuh melengah-lengah percubaannya, boleh menyebabkan percubaan tersebut tidak dibenarkan dan direkodkan sebagai faul. Terpulanglah kepada refri untuk menafsirkan sebagai tanpa sebarang sebab yang kukuh. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memaklumkan peserta segala-galanya telah sedia dan masa dikira dari ketika itu. Kemudian jika seseorang atlet memutuskan untuk tidak membuat percubaannya, tindakan ini akan dikira faul apabila tempoh yang dibenarkan Bagi acara lompat bergalah masa bermula sejurus setelah tiang diubah atur mengikut kehendak awal atlet. Tiada masa Tambahan dibenarkan untuk tiang diubah atur lagi
Sebaliknya, jika tempoh itu berakhir sebaik sahaja peserta berkenan memutuskan percubaannya, percubaan tersebut hendaklah dibenarkan. Tempoh masa tersebut lazimnya tidak wajar. Acara individu
Jumlah atlet yang masih tinggal
Lompat
Lompat
dalam pertandingan Lebih dari 3
Tinggi 1 min
Bergalah 1 min
1 min
2atau 3 1
1.5 min 3 min
2 min 5 min
1 min -
Percubaan berturut-turut
2 min
3 min
2 min
Jumlah atlet yang masih tinggal
Lompat
Lompat
dalam pertandingan
Tinggi
Bergalah
Lebih dari 3
1 min
1 min
1 min
2 atau 3
1.5 min
2 min
1 min
1
2 min*
3 min*
-
2 min
3 min
2 min
Lain-lain
Acara bercampur
Percubaan berturut-turut
Lain-lain
Apabila tinggal hanya seorang sahaja atlet, masa yang disebutkan di atas adalah hang untuk percubaan yang pertama sahaja jika percubaan itu dibuat oleh atlet yang sank P eringatan
I: Sebuah jam yang menunjukkan baki masa yang dibenarkan hendaklah dapat dilihat oleh peserta. Sebagai tambahan, seorang pegawai hendaklah memberikan isyarat dengan mengangkat bendera kuning atau dengan kaedah lain yang dinyatakan, bila baki masa dibenarkan tinggal 15 saat.
P eringatan
II: Dalam acara lompat tinggi dan lompat bergalah sebarang pertukaran dalam masa yang dibenarkan membuat percubaan tidak boleh digunakan sehingga paling dinaikkan ke satu
ketinggian baru, kecuali masa tertentu untuk cubaan berturutturut akan digunakan apabila sebarang atlet mempunyai dua atau lebih percubaan berturut-turut. P eringatan
III:
Bagi percubaan pertama seorang atlet yang bertanding, masa yang dibenarkan adalah satu minit.
P eringatan
IV:
Apabila membilang bilangan peserta yang masih ada dalam pertandingan, ini mestilah termasuk atlet-atlet yang mungkin terlibat dalam lompatan penentu untuk tempat pertama.
Meninggalkan Tempat Pertandingan
18. Dalam acara-acara padang, seorang peserta boleh, dengan kebenaran, dan diiringi seorang Hakim, meninggalkan tapak pemulaan acara semasa pertandingan sedang berjalan. Mengubah Kawasan Pertandingan
19. Refri yang berkenaan mempunyai bidang kuasa untuk mengubah tempat pertandingan jika pada hematnya ada alasan yang kuat untuk dilakukan. Pengubahan itu, jika terpaksa, hendaklah dilakukan selepas selesai satu pusingan. Peringatan: Kekuatan atau pertukaran arah tiupan angin tidak
memadai untuk dijadikan sebab untuk mengubah kawasan pertandingan S eri .
20. Dalam acara-acara padang, kecuali Lompat Tinggi clan Lompat Bergalah, pencapaian kedua yang terbaik di antara dua orang peserta yang terikat hendaklah diambil kira dalam memecahkan ikatan seri. Jika masih lagi seri, beralih ke tempat ketiga terbaik, dan begitulah seterusnya. Jika ikatan seri masih juga tidak dapat diselesaikan, dan ia membabitkan tempat pertama, peserta-peserta berkenaan akan kena bertanding semula mengikut giliran yang sama sehinggalah ikatan seri tersebut
diselesaikan. Peringatan: Untuk Lompatan Ketinggian, sila lihat, juga
P eraturan
181.8.
keputusan
21. Setiap peserta akan diberikan keputusan yang terbaik daripada semua percubaannya, termasuklah pencapaian yang dibuat semasa memecahkan ikatan seri tempat pertama. A. LOMPATAN KETINGGIAN 3.0
PERATURAN 181 Syarat-Syarat Am 1. Sebelum pertandingan dimulakan, Ketua Hakim hendaklah mengumumkan kepada peserta-peserta ketinggian pemulaan dan julat ketinggian palang yang akan dinaikkan selepas setiap pusingan, sehinggalah tinggal hanya seorang peserta yang menang, atau terdapat ikatan seri di tempat pertama. Percubaan
2. seseorang peserta boleh mula melompat pada mana-mana ketinggian yang telah diumumkan oleh Ketua Hakim tadi dan beliau mempunyai kebebasan untuk melompat pada mana-mana ketinggian. Tiga kegagalan berturut-turut, tidak kira di ketinggian mana kegagalan tersebut berlaku, membatalkan peserta untuk terus melompat, kecuali dalam kes menyelesaikan ikatan seri di tempat pertama.
Intipati daripada
P eraturan
ini ialah seseorang peserta boleh melangkaukan
lompatan kedua dan ketiganya pada satu-satu ketinggian (setelah gagal dalam percubaan pertama atau keduanya) masih boleh melompat pada ketinggian berikutnya.
Jika seseorang peserta itu melangkau pada ketinggian tertentu, beliau tidak dibenarkan lagi melompat pada ketinggian tersebut kemudiannya, kecuali dalam, kes untuk menyelesaikan ikatan seri di tempat pertama. 3. Walaupun setelah semua peserta lain gagal, seseorang peserta itu masih
berhak meneruskan percubaannya sehinggalah ia sendiri gagal untuk meneruskan lompatan. 4. Kecuali hanya tinggal seorang peserta, dan beliau telah pun menjadi pemenang: a. Palang tidak boleh dinaikkan kurang daripada 2sm bagi Lompat Tinggi dan 5sm bagi lompat bergalah selepas setiap pusingan; dan b. julat kenaikan palang tidak sekali-kali boleh ditinggikan. P eraturan
181.4(a) & (b) tidak terpakai apabila hanya seorang peserta yang
tinggal tersebut bersetuju untuk palang dinaikkan terus ke ketinggian
R ekod
Dunia.
Selepas seseorang peserta itu memenangi pertandingan tersebut, ketinggian palang dan julat kenaikan palang terpulanglah kepadanya setelah berunding dengan Hakim atau Refri yang berkaitan. Peringatan :
Keadaan ini tidak boleh diguna pakai dalam
P ertandingan
Acara-Acara Bercampur Dalam Pertandingan Acara-Acara Bercampur yang dijalankan mengikut P eraturan
(a), (b) dan (c), setiap kali palang dinaikkan hendaklah seragam 3sm
bagi Lompat Tinggi dan 10sm bagi Lompat Bergalah sepanjang pertandingan.
Pengukuran
5. Semua pengukuran hendaklah dibuat, dalam kiraan sentimeter penuh serenjang dari bumi ke bahagian permukaan atas palang. 6. Sebarang pengukuran ketinggian baru hendaklah dibuat sebelum seseorang peserta membuat lompatan pada ketinggian tersebut. Dalam hal membuat lompatan rekod, Hakim-Hakim hendaklah memeriksa ukuran apabila palang diletakkan di paras ketinggian rekod dan memeriksa semula ukuran
sebelum setiap percuba an memperbaharui seterus rekod sekiranya palang telah tersentuh selepas diukur. P eringatan:
Hakim-Hakim hendaklah memastikan, sebelum memulakan pertandingan,yang bahagian bawah dan depan palang dapat dibezakan dan dengan demikian, palang hanya akan diletakkan dengan arah permukaan tadi tidak diubah-ubah.
Palang
7. Palang hendaklah diperbuat daripada kaca gentian atau bahan lain yang sesuai, bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang hendaklah 4.00m (+-2sm) bagi Lompat Tinggi dan 4.50m (+-2sm) bagi Lompat Bergalah. Berat maksimumnya ialah 2kg bagi Lompat Tinggi dan 2.25kg bagi Lompat Bergalah. Garis pusat di bahagian yang bulat hendaklah 30mm (+-1mm). P alang mempunyai tiga bahagian-bahagian yang bulat dan bahagian di keduadua hujungnya, setiap satunya selebar 30-35mm dan panjangnya 15-20sm dibuat supaya diletakkan diletakkan pada sangga tiang. Kedua-dua bahagian hujung ini hendaklah berbentuk bulat atau separa bulat, dengan satu sahaja permukaan rata yang ditetapkan yang dapat diletakkan di sangga tiang. Permukaan rata ini tidak boleh lebih tinggi dari titik pusat muka keratan bahagian tegak palang. Ianya hendaklah kukuh dan licin. Ia tidak boleh dibalut dengan getah atau apa-apa bahan lain yang boleh meningkatkan geseran dengan sangga-sangga tersebut. Palang tidak boleh melengkung, cuma apabila diletakkan hanya boleh melendut pada kadar maksimum 2sm, bagi Lompat Tinggi dan 3sm bagi Lompat Bergalah. Kawalan keanjalan:
Gantung pemberat 3kg di tengah-tengah palang semasa diletakkan pada sangganya. . la dibenarkan melendut ke maksimum 7sm bagi lompat tinggi dan 11sm bagi lompat bergalah.
Rajah 2: Alternatif lain untuk hujung palang S eri
8. Ikatan Seri hendaklah diselesaikan seperti berikut: a. Peserta yang mempunyai lompatan paling sedikit pada ketinggian Seri tersebut akan diistiharkan pemenang. b. Jika seri juga, peserta yang mencatatkan jumlah kegagalan yang paling kurang sepanjang pertandingan tersebut sehingga dan termasuk ketinggian terakhir yang dilepasi, akan diistiharkan pemenang. c. Jika seri masih kekal :i. Jika ia membabitkan kedudukan tempat pertama, atlet-atlet yang seri hendaklah diberi satu lompatan pada ketinggian berikutnya seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 181.1, selepas atlet-atlet yang seri melepasi ketinggian terakhir dan kiranya keputusan tidak tercapai, palang itu dinaikkan kalau atlet-atlet itu Berjaya atau diturunkan kiranya gagal, 2sm untuk Lompat Tinggi dan 5 sm untuk Lompat Bergalah. Kemudian mereka membuat satu percubaan pada setiap, ketinggian sehingga seri itu diputuskan. Atlet-atlet yang berseri itu mesti lompat pada setiap ketinggian ketika memutuskan Seri (sila lihat contoh). ii. Bagi kedudukan lain, Seri tidak akan diputuskan, maka kedudukan yang diperolehi dalam pertandingan itu akan kekal.
Lompat Tinggi - Contoh Ketinggian yang diumumkan oleh Ketua Hakim pada permulaan pertandingan: 1.75m: 1.80m; 1.84m; 1.88m; 1.91m; 1.94m; 1.97m; 1.99m... Ked Pesert a
Ketinggian(m)
1.75
A
1.80 O
Gagal
1.84 XO
1.88 0
1.91 XO
1.94 X
-
XO
-
X0
-
C
-
XO
XO
XO
XXX
D
-
XO
XO
XO
O= Lepas
XXX
XXX
X= Gagal
1.94
1.97 XX
B
Lompatan
2
1.92 X
1.94 0
2
X
0
2
X
X
X 0
3 -= Tidak lompat
A, B, C dan D, semuanya melepasi ketinggian 1.88m. P eraturan
mengenai seri kini kena digunakan, dan Hakim akan mengira jumlah
kegagalan sehingga dan termasuk ketinggian terakhir yang dilepasi, iaitu 1.88m ³D´ mempunyai lebih kegagalan berbanding ³A´,´B´ dan ³C´, maka diberikan tempat keempat. " A " , " B " dan " C " masih Seri dan oleh kerana w melibatkan tempat pertama, mereka perlu membuat satu lagi lompatan pada ketinggian 1.94m di mana " A ", " B " dan " C " gagal untuk meneruskan lompatan mereka. Oleh kerana ketiga-tiga atlet yang seri gagal membuat lompatan, palang, diturunkan ke 1.92m untuk satu lagi lompatan. Oleh kerana " C " gagal melompat ketinggian tersebut maka masih ada " A " dan " B " untuk meneruskan lompatan dengan ketinggian yang dinaikkan iaitu 1.94m di mana " B " telah melepasinya dan diisytiharkan sebagai pemenang. Kuasa tidak tergolong
9. Bila ia adalah jelas palang itu dijatuhkan oleh kuasa yang tidak berkaitan dengan peserta (contohnya tiupan angin) a. Jika palang itu jatuh selepas peserta sudah melompat melepasi palang
2 1 3 4
tanpa menyentuhnya, Percubaannya akan dikira berjaya, atau b. Jika palang itu jatuh dalam keadaan yang lain, satu percubaan baru akan diberi. PERATURAN 183 Lompat Bergalah Pertandingan
1. Peserta-peserta boleh meminta tiang atau sangga dianjak ke arah kawasan mendarat supaya hujung palang yang berhampiran kepada atlet boleh diletakkan pada mana-mana tempat dari di atas hujung belakang petak lonjak kepada satu tempat 80sm ke arah kawasan mendarat. Peserta-peserta hendaklah memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab, sebelum pertandingan mengenai kedudukan tiang dan sangga mengikut kemahuannya untuk lompatan pertama dan kedudukan ini hendaklah direkodkan. Sekiranya kemudian nanti peserta tersebut mahu diubah pula kedudukan yang dimintanya tadi, hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab,sebelum palangdan sangga tersebut diletakkan seperti permintaan asalnya. Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa membuat lompatannya. Peringatan :
Satu garisan putih selebar 1 sm dan warna yang jelas hendaklah dibuat bersudut tepat dengan paksi landas lari separas dengan tepi bahagian dalam permukaan alas petak lonjak. Garisan ini boleh melanjur sehingga ke luar kawasan tiang. Satu garisan yang serupa hendaklah berterusan di atas kawasan mendarat dan berlanjutan sehingga bahagian luar tepi palang.
2. Seseorang peserta itu gagal sekiranya: a. selepas sesuatu lompatan,Palang jatuh dari pasak penyangkutnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat; atau b. Peserta tersebut menyentuh bumi, termasuk kawasan mendarat melepas
datar tegak menerusi atas petak lonjak, dengan mana-mana bahagian badannya atau dengan galahnya, sebelum terlebih dahulu melepasi palang; atau c. Semasa menaik peserta tersebut menukar genggaman tangan pada galah sama pegangan di bawah dinaikkan ke atas atau menaikkan lagi pegangan yang di atas. d. Semasa melompat seseorang peserta itu dengan sengaja memantapkan atau mengembalikan palang yang mungkin hendak jatuh dengan tangan atau jarinya. Peringatan I:
T idak
dikira faul sekiranya seseorang peserta itu berlari, pada mana-
mana titik pun, di luar garisan putih yang menandakan landas lari. Peringatan II:
Ia bukan suatu kegagalan kiranya galah menyentuh tilam mendarat semasa membuat percubaan, setelah mencucuk di dalam kotak dengan betul
3. Peserta-peserta semasa bertanding dibenarkan meletakkan sesuatu benda pada tapak tangan atau galahnya untuk memperoleh genggaman yang lebih baik. Menggunakan pita di tapak tangan atau jari tidak dibenarkan kecuali membalut luka. 4. Tiada sesiapa dibenarkan menyentuh galah melainkan jika galah tersebut mula tumbang selepas lompatan. Walau bagaimanapun, jika tersentuh dan pada hemat Refri jika tidak kerana sentuhan tersebut palang mungkin jatuh juga, lompatan tersebut hendaklah direkodkan sebagai gaga]. 5. Jika dalam usaha seseorang peserta itu melakukan percubaannya, dan jika galahnya patah, percubaan tadi tidak dikira batal dan beliau hendaklah diberi satu percubaan baru. Landas Lari
6. Jarak minimum landas lari ialah 40m dan, di mana keadaan mengizinkan, 45m. Lebar minimumnya ialah 1.22m+- 0.01m. Landas lari ini kenalah ditandakan
dengan garisan putih selebar 5sm. Peringatan:
Untuk semua balapan yang dibina sebelum I Januari 2004 lebar landas lari maksimum ialah 1.25m.
7. Kecerunan maksimum sisi landas lari adalah I : 100 dan kecerunan keseluruhan landas lari pada arah larian tidak boleh melebihi 1 : 1000. Alat- Alat
8.
P etak
Lonjak. Pemulaan melonjak Lompat Bergalah ialah dari petak lonjak. la
hendaklah diperbuat daripada bahan sesuai yang tegap dengan tepi atau bulat dan, terbenam separas dengan landas lari, mempunyai ukuran tapak membujur sepanjang 1m, dengan lebarnya 60sm didepannya menirus menjadi 15sm pada dasar titik penahan. Panjang pemukaan petak ini dan kedalamannya ditentukan oleh sudut 105 darjah pada dasar titik penahan.
Rajah 3 : Petak Lonjak ( pandangan dari atas dan sisi)
Dasar petak tersebut mencuram dari pangkalnya bertemu dengan dasar titik penahan Sedalam 20sm. Dasar petak ini juga meruncing dan pada pertemuan dengan titik penahan, kecondongannya berada pada, anggaraan 120 darjah di kedua-dua sisi tapak penahannya.
Jika petak tersebut diperbuat daripada kayu, ia hendaklah dilapiskan dengan kepingan logam setebal 2.5mm sehingga ke paras 80sm dari pangkalnya. 9. Tiang . Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan ianya tegap, dan kukuh. struktur logam di tapaknya dan bahagian tiang hendaklah disalut dengan bahan sesuai sebagai memberi perlindungan kepada atlet. 10. S angga Palang . Palang hendaklah terletak di atas pasak penyangkut supaya apabila tersentuh oleh peserta atau galahnya, ia mudah jatuh ke arah tempat mendarat. Pasak penyangkut tersebut hend aklah tidak mempunyai takuk atau sebarang lekuk, mempunyai ketebalan yang seragam keseluruhannya, dan tidak melebihi 13mm garis pusatnya. Juga, pasak ini tidak boleh menjulur lebih daripada 55mm daripada tiang dan hendaklah menjulur antara 35mm-40mm ke atas pasak penyangkut.
Jarak di antara sangga, atau di antara lanjuran tiang, jika digunakan, hendaklah tidak kurang daripada 4.30m dan tidak melebihi 4.37m. Pasak penyangkut tidak boleh disalut dengan getah atau apa jua bahan lain yang akan memberi kesan meningkatkan geserannya dengan permukaan palang, juga tidak boleh diletakkan sebarang spring. Peringatan:
Bagi mengurangkan kemungkinan peserta tercedera sekiranya terjatuh ke atas tapak tiang, pasting penyangkut yang menyangga palang boleti dilekatkan terns kepada lanjuran tiang supaya tiang dapat dijarakkan lagi tanpa perlu menambah panjang palang (Lihat
R ajah).
Rajah 4: Sangga palang (Pandangan dari kawasan mendarat dan atas
G alah Lompat
11. Atlet-atlet boleh menggunakan galah sendiri. Mereka tidak dibenarkan menggunakan galah orang lain kecuali mendapat kebenaran yang empunyanya. Galah boleh diperbuat daripada sebarang bahan atau campuran bahan-bahan tertentu, tidak kira panjang atau saiz garis pusatnya, tetapi yang penting permukaan mesti rata. Galah boleh mempunyai balutan Pita pelekat pada pemegang dan di penghujung tapaknya Walau bagaimanapun sekatan ini tidak terpakai kepada penyalutan pangkal
galah dengan pita sepanjang kira-kira 30sm bagi melindunginya daripada rosak apabila diitujahkan ke dalam petak lonjak. Kawasan Mendarat
12. Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang daripada 5m x 5m. Sisinya yang dekat dengan petak lonjak hendaklah dijauhkan sedikit antara 10sm hingga 15sm daripada petak tersebut dan condong keluar kira-kira 30 darjah (Lihat Rajah)
Rajah 5: Kawasan mendarat Lompat galah( Pandangan dari atas dan sisi) Bagi pertandingan-pertandingan yang mengikut peraturan 1(a), (b) dan (1), adalah disarankankan bahawa kawasan mendarat tidak kecil dari 6m panjang. (tidak termasuk (kedua)bahagian depan)x6m lebar x 0.8m tinggi.(Kedua) Bahagian depan hendaklah 2m panjang.
SENARAI REKOD ACARA LOMPAT GALAH
Acara
Rekod
Nama
Tempat Tempat
Tarikh
Lahir Rekod Malaysia
Rekod Malaysia
Rekod Malaysia
Rekod Malaysia
Rekod Malaysia
Rekod Malaysia
L.Bergalah
5.00m
The Weng Chang
Perak
Kuala Lumpur
24/03/2002
L.Bergalah
4.40m
Roslinda Samsu
Kedah
Berentong Spain
15/01/2006
Rekod Asia
Rekod Asia
Rekod Asia
Rekod Asia
Rekod Asia
Rekod Asia
Pole Vault
5.90m
Grigoriy Yegorov
KAZ
Stuttgart
19.08.1993
Pole Vault
5.90m
Igor Potapovich
KAZ
Nice
10.07.1996
Pole Vault
4.64m
Gao Shuying
CHN
New York
02.06.2007
Rekod Dunia
Rekod Dunia
Rekod Dunia
Rekod Dunia
Rekod Dunia
Rekod Dunia
Pole Vault Pole Vault
6.14m 5.06m
Sergey Bubka Elena Isinbaeva
UKR RUS
Sestriere Zürich
31/07/1994 28/08/2009
TEKNIK-TEKNIK YANG TERKANDUNG DALAM LOMPAT GALAH Sebelum seseorang itu memulakan lompatan, terlebih dahulu dia hendaklah memastikan dia benar-benar bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara ini,
berkesanggupan untuk mengikuti latihan yang dilaksanakan oleh jurulatihnya dan apa peluang baginya untuk menuniukkan prestasi dan seterusnya memenangi sesuatu pertandingan. Jika jawapan yang diberikan itu adalah positif, maka bolehlah seseorang itu belajar dan mengambil bahagian dalam acara ini yang mungkin sukar dan berisiko tinggi. Setelah bersedia, peserta hendaklah mendapatkan galah yang sesuai mengikut peringkat umur dan ienis pertandingan yang bakal disertainya. Jurulatih hendaklah memastikah supaya segala peralatan dan kelengkapan khusus untuk acara ini disediakan terlebih dahulu. Begitu juga jika untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan, pihak penganjur hendaklah menyediakan segala kemudahan sebelum pertandingan bermula. Untuk memudahkan pembelajaran dan pemahaman, adalah lebih baik jika kita bahagikan teknik atau cara melakukan lompatan dalam lompat bergalah ini kepada beberapa peringkat atau pergerakan tertentu. Secara umumnya, terdapat enam peringkat atau pergerakan dalam cara membuat lompatan dalam lompat bergalah, seperti berikut: 1. Memegang galah dan Menyediakan diri. 2. Membuat larian sambil membawa galah. 3. Menampan galah ke dalam kotak berlepas. 4. Membuat lonjakan daripada kotak pelepas. 5. Melepasi palang serta melepaskan galah di udara. 6. Mendarat di tempat yang disediakan. Memegang G alah dan Berdiri S edia
Bagi peserta yang membuat lonjakan pada kaki kiri, hendaklah membawa galah pada sebelah kanan dengan lengan kiri separuh bengkok untuk menyokong galah dengan tapak tangan pada tangan yang sama menunjuk ke bawah. Manakala tangan kanan memegang sambil mencengkam pada galah lebih kurang 60 cm hingga 70 cm lebih tinggi, dengan tangan sedikit menolak keluar untuk mendapatkan pegangan Yang kemas dan baik, adalah lebih baik peserta membiasakan diri dengan pegangan pada galah ini, kemudian berlatih berlari sambil membawa galah. Cara memegang galah ialah Peserta hendaklah menegakkan galah sambil berdiri di belakangnya. Tangan kanan hendaklah diletakkan pada bahagian atas galah sedikit melepasi kepala dengan ibu jari tangan menunjuk ke atas, manakala tangan kiri diletakkan sedikit di bawah
Rajah 6 :Teknik melakukan lompatan a) Membual larian b) Bersedia untuk memacak galah tangan kanan. Sebelum memulakan larian, peserta hendaklah bersedia dengan pegangan galah serta berdiri sedia sambil perhatian dan tumpuan diberikan kepada acara ini. Membuat Larlan S ambil Membawa G alah
Dari segi jarak dan teknik, larian dalam acara lompat bergalah ini adalah hampir serupa dengan larian yang dilakukan untuk acara lompat jauh atau lompat kijang. Apa yang berbeza ialah larian dalam acara ini adalah bersama galah. Dengan demikian, larian
yang dibuat sudah tentu menjadi perlahan kerana peserta tidak dapat menggunakan tangan untuk membuat hayunan. Larian dilakukan setelah peserta dalam kedudukan sedia bersama galah dan dirinya juga bersedia termasuk daripada aspek mentalnya. Peserta boleh membawa galah pada sebelah kiri atau kanan, iaitu mengikut keselesaan. Biasanya peserta membawa galah pada sebelah kanan. Aturan membawa galah adalah dengan meletakkan aras hujung hadapan galah lebih tinggi daripada kepala peserta dan mengekalkan pegangan tangan atas di bawah pinggang, serta menolak ke bawah. Kedua-dua tangan hendaklah dibengkokkan pada siku. Semasa berlari, tumpuan pandangan peserta hendaklah pada kotak pelepas kerana peserta akan mencacakkan galah di situ untuk melonjak. Bagi memudahkan larian, peserta boleh membuat penanda untuk mendapatkan titik sebenar dalam memulakan larian. Umumnya peserta yang menggunakan tangan kanan akan memulakan larian pada kaki kiri dan peserta kiri pula akan memulakan larian dengan kaki kanan. Perkara yang penting dalam larian membawa galah ini ialah peserta hendaklah memegang kemas galah sambil melakukan larian. Pada masa yang sama/ keselamatan peserta hendaklah diberikan perhatian dan bagi mengelakkan daripada berlaku kecederaan, peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang larian lompat galah seperti yang ditetapkan. Menampan G alah ke dalam Kotak Penahan
Perkara yang akan dilakukan seterusnya ialah menjunamkan galah di kotak penahan. Peserta hendaklah memastikan ketika mana galah harus dijunamkan. Biasanya apabila peserta berada tiga langkah dari kotak penahan, dia akan membenamkan galah ke kotak tersebut. Ini bukanlah suatu kemestian kerana peserta boleh melakukannya empat atau dua langkah sebelum tiba ke kotak penahan mengikut keselesaan masingmasing. Apabila peserta memulakan larian untuk menampankan galah di kotak penahan, masalah yang sering timbul ialah kordinasi antara satu perlakuan dengan yang lain. Bagi mengelakkan masalah ini, peserta hendaklah berlari pantas, sambil memastikan galah dapat ditampankan pada kotak mengikut langkah yang dikehendaki. Seperti yang dinYatakan di atas, biasanya galah ditampankan pada kotak penahan tiga langkah sebelurn peserta tiba di kotak tersebut. Cara menampan ialah dengan mengarahkan bahagian penghujung galah menjunam menghala
Rajah 7: Teknik lompatan semasa fasa lonjakan c) Menampan d) Melonjak e) Melompat
ke kotak penahan atau kotak penampan. Semasa kaki kanan menyentuh lorong larian untuk kali terakhir tangan dan lengan peserta hendaklah bersedia untuk membuat lonjakan. Selepas itu apabila kaki kiri menyentuh lorong larian kali akhir, sebelum membuat lonjakan, galah hendaklah berada di bawah tangan atas dengan belakang pada kedudukan mendatar, pinggang meninggi dan paha yang bebas menolak ke hadapan untukmelakukan lompatan. Seperkara yang harus diberikan perhatian ialah peserta hendaklah membuat larian yang deras bagi mendapatkan lonjakan dan tampanan yang baik dan berkesan. Larian yang perlahan akan menjejaskan tampanan galah pada kotak penampan. Membuat Lonjakan Pergerakan seterusnya ialah membuat lonjakan daripada penampanan galah di kotak penahan, iaitu dalam gerakan ke hadapan dan ke atas. Untuk memastikan dapat membuat lonjakan dengan betul dan berkesan, peserta hendaklah memastikan perkara-perkara berikut: 1. Kepantasan larian terutama ketika melakukan lonjakan. 2. Ketinggian pegangan pada galah. 3. Arah pergerakan semasa membuat lonjakan. 4. Sama ada peserta memegang dengan kuat pada galah yakni daripada tangan hadapan semasa peringkat membuat lonjakan. 5. Pergerakan peserta yang berbezabeza ketika menggabungkan kepantasan larian dengan detik menjunamkan galah ke dalam kotak penahan. Bagi mendapatkan lonjakan, peserta perlu membengkokkan galah seboleh mungkin. Peserta akan melakukan lonjakan betul-betul di bawah tangan atas yang mengawal galah. Tindakan peserta membengkokkan galah amat bergantung pada larian. Berikut adalah Antara perkara-perkara yang harus dilakukan apabila proses membengkokkan galah dilakukan: 1. Semasa menampan galah, peserta hendaklah melakukannya dengan segera. 2. Semasa menampan juga, peserta hendaklah meletakkan lengan pada kedudukan yang betul. Lengan atas tidak seharusnya terlalu rigid, sebaliknya harus bersedia menerima tekanan ketika membuat lonjakan. 3. Semasa melonjak, peserta hendaklah mendapatkan postur yang betul.
4. Semasa melonjak, peserta harus fikirkan lonjakan sebagai pergerakan melantun ke atas dan ke hadapan. 5. Semasa melonjak juga, peserta hendaklah meletakkan paha yang bebas dalam kedudukan yang betul. Melepasi Palang dan Melepaskan G alah
Pergerakan melepasi palang dan pada waktu yang sama melepaskan galah merupakanan tindakan penting dan utama dalam lompat bergalah. Pergerakan ini bakal menentukan sama ada semua pergerakan terdahulu terhasil ataupun sebaliknya. sekiranya peserta dapat melepasi palang dan melepaskan galah dengan sempurna tanpa menjatuhkan palang, ini bermakna percubaan yang dibuat adalah berjaya. Jika sebaliknya peserta gagal melakukan lompatan dengan baik dan sempurna, ini bermakna lompatannya itu dikira sebagai gagal. Pada waktu ini galah berada dalam kedudukan hampir menegak, manakala peserta pula berada pada kedudukan berdiri dengan tangan memegang galah. Hal ini menujukkan peserta bersedia untuk memulakan pergerakan menolak dan melepasi palang. Untuk melakukannya, peserta hendaklah menolak galah dengan menggunakan tangannya sebaik sahaja berjaya melepasi palang. Peserta hendaklah memulakan dengan tangan kiri dahulu dan diikuti tangan kanan. Semasa melepasi palang, peserta hendaklah melepasi palang menerusi perutnya dan menundukkan kepalanya. Terdapat dua cara untuk melepasi palang iaitu: 1. Cara Jack-knife 2. Cara fly-away Bagaimanapun, Antara kedua-dua cara ini, tiada yang satu pun melebihi satu lagi dari segi keberkesanannya. Hal ini terserah berdasarkan kesesuaian atlet tersebut untuk melepasi palang hadapannya.
Rajah 8: Teknik melakukan fasa melepasi palang
Mendarat
Setelah berjaya melepasi palang dengan selesa, peserta kini hanya bersedia untuk membuat pendaratan yang merupakan pergerakan akhir seseorang peserta lompat bergalah. Disebabkan ketinggian yang dicapai seseorang peserta terutamanya dalam kejohanan peringkat antarabangsa agak tinggi, pendaratan yang baik demi keselamatan peserta itu adalah perlu dan penting. Biasanya peserta akan mendarat pada bahagian belakangnya yang diikuti pula oleh putaran badan ke hadapan. Selepa mendarat dengan baik, peserta hendaklah bangun daripada tempat pendaratannya dengan bahagian belakangnya dan bukan daripada bahagian hadapan.
Rajah 9 : Teknik dalam melakukan fasa melepasi palang (h) ,(i) dan (j).
ASPEK BIOMEKANIK DALAM LOMPAT GALAH Acara lompat bergalah merupakan acara yang menarik perhatian ramai pihak. Acara ini memerlukan tahap kemampuan yang tinggi dalam aspek berlari, melompat dan abiliti dalam melakukan gimnastik. Gambarajah dibawah menunjukkkan aturan pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia.
R ajah
10: Aturan pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia dihasilkan oleh
Ganslen(1979) Galah mula melentur kesan daripada momentum yang dihasilkan oleh atlet lompat bergalah semasa atlet tersebut mula mengambil langkah untuk melonjak di petak lonjak. Pada masa yang sama tenaga kinetik yang terhasil semasa fasa larian akan bertukar kepada tenaga keupayaan apabila atlet semakin jauh daripada permukaan bumi. Apabila galah melentur, atlet akan memusingkan bahunya dan seterusnya menarik galah ke atas supaya bahagian kaki terlebih dahulu melepasi palang. Kemuncak ketinggian yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet bergantung kepada jumlah tenaga kinetik yang dihasilkan semasa fasa larian. Acara lompat bergalah ini merupakan satu acara yang mengunakan prinsip fizik dalam pertukaran tenaga. Acara ini menunjukkan bagaimana tenaga kinetik bertukar kepada tenaga keupayaan.Gambarajah dibawah menerangkan bagaimana proses ini berlaku:
Rajah 11 Pada mulanya, kedua-dua tenaganya iaitu, kinetik dan keupayaan atlet adalah sifar.
Rajah 12 Tenaga kinetik mula terhasil apabila atlet memulakan larian
Rajah 13 Kemudian, apabila dia memacakkan galahnya ke dalam petak lonjak dan memulakan lompatan, tenaga kinetiknya berubah kepada tenaga keupayaan.
.
Rajah 14
Apabila galah melentur, ini secara tidak langsung menyebabkan galah tersebut berupaya menyerap daya kinetik yang dihasilkan oleh atlet kemudian bertindak seperti spring.
Rajah 15 Atlet tersebut kemudian mengunakan tenaga keupayaan yang dihasilkan oleh galahnya untuk menaikkan badannya supaya melepasi palang.
Rajah 16 Semasa kemuncak lompatannya, atlet lompat galah telah menukarkan hampir semua tenaga kinetiknya kepada tenaga keupayaan. Para saintis telah mengkaji bahawa seseorang atlet lompat galah boleh melakukan rekod dunia adalah dipengaruhi oleh dua faktor ini iaitu, seseorang individu meningkatkan kelajuan lariannya. Perkara ini boleh meningkatkan lagi jumlah tenaga kinetik yang boleh digunakannya. Kedua ialah, mengunakan tenaga yang dihasilkan dengan efisien, hal ini dapat dilakukan dengan seseorang atlet berlatih memperbaiki teknik lompatannya. Selain itu, acara ini juga mementingkan penentuan pusat graviti. Bagi manusia pusat graviti adalah kompleks dan berubah berdasarkan keadaan tubuh badan seseorang. Pusat graviti bagi acara ini terletak dibahagian luar badan.
R ajah
17: P usat graviti bagi atlet dalam acara lompat bergalah
Atlet dalam acara ini melepasi palang dengan bahagian pusat gravitinya melepasinya. Penentuan pusat graviti dapat membantu atlet dalam menghasilkan fasa penerbangan yang baik. Fasa penerbangan yang baik adalah berbentuk parabolik. Bentuk ini dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu: I.
Kelajuan semasa melakukan lonjakan.
II.
Aspek sudut yang dibuat semasa fasa penampan galah.
III.
Ketinggian pusat graviti semasa lonjakan.
LATIHAN
ACARA LOMPAT GALAH
Prinsip ansur maju dalam lompat bergalah P eringkat
permulaan
Lompat bergalah memerlukan gabungan beberapa aspek iaitu pecutan, lompatan dan abiliti dalam melakukan gimnastik. Kemahiran alatan gimnastik dan latihannya dapat membantu dalam pembinaan berkaitan dengan kuasa dan koordinasi dalam acara ini. Pada peringkat permulaan, latihan untuk gimnastik elok digunakan dalam sebelum memulakan latihan lompat bergalah.
Ansur maju yang pertama ialah memanjat tali.aktiviti ini dapat membina kekuatan bahagian atas badan dan menjadi simulasi semasa proses menolak galah. Gambarajah dibawah menunjukkan memanjat tali tanpa bantuan kaki. Aktiviti dapat dinaik kesusahan dengan memegang tali sambil duduk dalam keadaan bersila atau kaki berbentuk µv¶ atau sebaliknya dengan cara mengunakan bantuan kaki.
Rajah 18: aktiviti memanjat tali. Selain itu, aktiviti menghayun tali dengan mengangkat kaki juga boleh digunakan dalam melatih atlet pada peringkat permulaan. Aktiviti ini dapat menguatkan bahagian abdomen dan bahagian atas badan.
Rajah 20: Aktiviti menghayun tali sambil mengangkat kaki. Latihan juga boleh dilakukan dengan dibantu oleh rakan. Misalnya latihan menghayun tali dengan bantuan rakan. Latihan ini membolehkan pelatih merasai bagaimana untuk melonjak dengan galah. Tambahan lagi, latihan ini dapat menguatkan bahagian kekuatan abdomen dan bahagian atas badan.
Rajah 19: Aktivit menghayun dan bergayut pada tali dengan bantuan rakan Pelatih dikehendaki untuk berlari dan kemudian memegang tali seterusnya mengangkat lutut setinggi yang boleh. Terdapat banyak lagi jenis latihan yang dapat membantu atlet dalam memahirkan diri dalam kemahiran atau kekuatan yang diperlukan dalam acara lompat bergalah ini. Antaranya, bergayut pada tali sambil berpusing di atas kotak, menarik dan berpusing pada tali, melompat dan berpusing pada tiang yang menegak, berguling daripada dirian tangan, berguling dengan halangan, bangkit tubi berdinamik bagi melepasi halangan rendah dan banyak lagi.
Rajah 20: Menghayun dan bergayut pada tali sambil berpusing di atas kotak
Rajah 21: Menarik tali dan berpusing
Rajah 22:
Rajah 23:
Rajah 24:
Rajah 25: Langkah kedua Langkah kedua ini adalah memastikan atlet atau murid dapat memahirkan diri dengan galah dengan memperkenalkan murid dengan gaya bergayut dan memutar separuh galah. Terdapat pelbagai cara atau aktiviti yang boleh dilakukan bagi membolehkan murid mendapat kemahiran ini. Langkah ini bermula dengan menunjukkan murid bagaimana mencari arah kelenturan galah. Caranya adalah dengan memegang hujung galah dan biarkan galah tersebut berputar dengan sendirinya ataupun letakkan galah pada pagar dan biarkan galah tersebut bergolek dengan sendiri. Kemudian, tandakan bahagaian bawah lengkung. Perkara ini dilakukan kerana dapat membantu dalam melakukan lompatan. Apabila seorang atlet lompat galah yang mempunyai tangan
kanan sebagai dominan melakukan larian sambil memegang galah. Tanda lengkungan tersebut hendaklah menghadap ke bumi dan bersudut ke arah kanan. Bila galah dinaikkan, diputarkan dan ditanam ke dalam petak lonjak, tanda tersebut akan mula menghadap ke depan dan ke kiri. Atlet akan menghayun bahagian dalam lengkungan dengan galah melengkung daripada kiri atlet. Perkara ini berlaku sebaliknya jika atlet tersebut mempunyai tangan kiri sebagai dominan. Selepas mengenal pasti arah lengkungan galah, murid mestilah diajar bagaimana untuk mengayun galah daripada tempat rendah. Murid dikehendaki berdiri atas meja dan meletakkan galah pada pasir tempat lompat jauh atau petak lonjak lompat bergalah. Atlet yang mempunyai tangan kanan sebagai dominan memegang bahagian hujung galah dengan tangan kiri setinggi bahu atlet dan tangan kanan memanjang sepenuhnya.
Rajah 26:
Berikut merupakan turutan latihan bagi menguasai kemahiran pada langkah kedua ini.
Rajah 26: Aktiviti berhayun pada permukaan pasir.
Rajah 27: Menghayun galah daripada larian pendek
Rajah 28: Cara untuk mengenal pasti tahap capaian tangan .
Rajah 27 : Latihan lari lima langkah besar untuk atlet tangan kanan Atlet yang mengunakan tangan kiri, adalah berlawanan dengan apa yang ditunjukkan. Misalnya jika atlet tanga kanan bermula dengan kaki kiri, hal ini berlaku sebaliknya terhadap atlet tangan kiri.
Rajah 28: Aktiviti larian sambil membawa galah
Rajah 29: Menghayun galah dengan kedudukan menegak.
Rajah 31: Berhayun dengan separuh putaran. Latihan diatas merupakan aktiviti yang direka bagi memahirkan murid dengan kemahiran bergayut sambil berputar separuh pada galah. Apabila langkah kedua telah berjaya dikuasai oleh murid, langkah seterus menyusul. Langkah yang ketiga adalah mengasah kemahiran sederhana dalam lompat bergalah. Langkah yang terakhir ini lebih menekankan teknik-teknik bagaimana untuk lompat bergalah dengan baik. Rajah 32(a) menunjukkan galah dibawa dengan pandangan sisi. Semakin tinggi atlet mengangkat galah, semakin besar sudut bukaan bagi galah tersebut.
Rajah 32(b) menunjukkkan galah dibawa oleh atlet mengikut pandangan
belakang. Atlet membawa tiang di sisi tubuh dengan ujung tiang diangkat kira-kira setinggi bahu. Cengkaman lebar membuat galah mudah dibawa. Pelompat tangan kanan akan menumpukan galah pada ibu jari tangan kiri, yang diletakkan pada ketinggian pinggang dan pinggul depan. Tangan kanan diputar ke depan dan menekan telapak ke bawah bagi menyeimbangkan berat galah . Seterusnya ialah berlari sambil membawa galah. Butiran ialah murid dikehendaki berlari sejauh 15 hingga 20 meter dengan galah. Semasa berlari, murid seharusnya mengawal rentak larian. Pastikan
atlet tidak terlalu mengangkat bahu ke depan atau ke belakang. Pastkan atlet menjaga kawalan galah agar bahagian hujung galah menunjuk lurus ke kepala.
Rajah 32: Dua pandangan yang beza atlet membawa galah. Aktiviti simulasi penanaman galah dengan 5 langkah larian juga merupakan latihan yang bagi mempertingkatkan tahap kemahiran atlet. Latihan ini mestilah dijalankan diatas permukaan rumput yang rata. Atlet kemudian mesti mensimulasikan fasa penanaman galah pada petak lonjak dengan menekan hujung galah di sepanjang tanah. Pergerakan ini disertakan dengan pergerakan berjalan dan meningkatkan kelajuan secara progresif seterus berlari.
Rajah 33: Berlatih simulasi fasa penanaman galah daripada 5 langkah larian.
Rajah 34: Berlari sambil membawa galah. Setelah atlet atau murid menguasai kemahiran berlari sambil membawa galah. Murid tersebut diajar bagaimana untuk melakukan fasa penanaman yang baik. Atlet juga boleh mempraktikkan fasa penanaman galah secara perlahan-lahan dengan mengunakan tiga langkah larian diatas bangku seperti yang ditunjukkan pada rajah 35 untuk memudahkan fasa penanaman dilakukan.Tinggi Tambahan pada bangku membolehkan atlet lebih cepat untuk memperolehi kemahiran penanaman dengan lebih sempurna. Semasa lakuan ini dibuat galah mestilah ditanam ke pasir lompat jauh. Latihan seterusnya adalah dengan mengabungkan kedua-dua kemahiran iaitu berlari dan melompat. Setiap atlet mengukur jarak 5 langkah daripada tempat lonjakan. Turutan adalah seperti berikut. Atlet meletakkan galah ke dalam petak lonjak, kemudian memegang galah pada posisi lompatan dengan bahagian peha dinaikkan dan bahagian lengan memanjang sepenuhnya. Tandakan posisi kaki kiri atlet. Selepas itu, atlet akan memulakan larian
daripada penanda yang diletakkan sebentar tadi. Larian dimulakan dengan kaki kiri bagi pelompat tangan kanan dan berlaku sebaliknya bagi pelompat tangan kiri. Murid atau atlet mula berlari lima langkah dan ditandakan langkah yang kelima.
Rajah 35: Latihan menanam dengan mengunakan bangku. Selepas itu, atlet akan mula berlatih dengan menukarkan latihan di atas dengan gaya larian untuk melonjak dan kemudian menambah jarak langkah dengan mengunakan pita pelekat sebagai penanda. Seterusnya, latihan memahirkan diri atlet dengan gaya semasa melenturkan galah. Latihan ini membantu atlet dalam menyesuaikan antara penanaman galah dengan lakuan dalam melenturkan diri. Latihan ini tidak memerlukan lonjakan dan semua lakuan dilakukan dengan kelajuan tinggi dan memerlukan dua hingga tiga langkah unuk menyempurnakan latihan ini. Kemudian, murid akan melakukan aktiviti bergayut pada galah selepas lonjakan. Turutan latihan adalah seprti berikut.
Rajah 36: Latihan kemahiran melenturkan galah.
Rajah 37: Latihan bergayut pada galah.
Rajah 37: Latihan berputar pada galah.
Rajah 38: Berlatih menolak,berpusing dan menolak galah.
Rajah 39: latihan melepasi palang.