Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesua…Full description
jkknDeskripsi lengkap
Full description
ni folio yang aku buat, tapi aku x bagi semua coz nak jaga keoriginality folio/kerja kursus, ok..kalu x ckup jgn marah..lg 1, korang kalu dah download 2 editlah lah skit aku punya folio 2 coz tak t...Full description
bmFull description
sepakFull description
Full description
Permainan Tradisional Indonesia JamuranFull description
PowerPointFull description
folio
good
hFull description
Full description
Full description
Makalah ini berisi tentang permainan tradisional masyarakat melayu riauDeskripsi lengkap
teknik kolaj, aplikasi dalam bentuk unsur seni dan prinsip rekaan
PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH
Permainan ini dinamakan 'lompat getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang.
Alatan yang digunakan ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung (rajah 1).
Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah.
Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang.
Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "zero point" oleh masyarakat segelintir tempat.ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.
Rajah 1
PEMAIN
Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat.
Permainan ini juga boleh dimainkan oleh ramain pemain.
Jika ramai pemain, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran
CARA BERMAIN
Bagi menentukan giliran, kebiasaannya undian akan dilakukan. Kaedah undian yang dilakukan ialah melalui
lai lai l i t am
pl om dan diikuti oleh ow som (jika tiga
pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som.
"Ibu" pasukan yang menang akan memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Dua orang dari pasukan yang kalah akan memegang getah.
Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut " zero point" . Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu dikira mati.
Kemudian, getah dipegang pada aras-aras tertentu dari bawah sehingga ke atas. Aras-arasnya ialah: i)
paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah.
ii)
paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah. paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.
iii)
paras dada.
iv)
paras telinga
v)
paras kepala.
vi)
sejengkal dari atas kepala.
Jika terdapat lebih dari seorang pemain yang melepasi paras terakhir, jadi pemain-pemain tersebut perlu melompat gelang getah tersebut dengan cara
pemegang getah akan memusing getah tersebut dari atas ke bawah. Pemain yang dapat membuat lompatan pusingan getah yang terbanyak dikira sebagai pemenang.