PENGENALAN
Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural. Muzik amat digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak. Umpamanya kanak-kanak yang berumur 2 tahun akan mengoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yang diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa muzik ini digemari secara semulajadi. Kanak-kanak juga akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran muzik ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanak-kanak akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di samping memperoleh kemahiran muzik.
Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara mereka masing-masing, ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza.
PENDEKATAN KODALY DALAM PEMBELAJARAN MUZIK
Zoltan Kodaly telah dilahirkan pada 16 Disember 1882. Beliau merupakan tokoh terkemuka pada abad ke 20 dalam kebudayaan muzik eropah. Beliau berasal daripada Hungary salah satu tempat di Negara German. Beliau juga merupakan seorang pencipta dan pengubah muzik eropah. Sebagai ethomuzikologis pula, beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Ini kerana beliau mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan mahu mengekalkan kebudayaan dan juga identiti negara melalui lagu rakyat beliau. Akibat dari semangat dan kesungguhan, beliau telah berjaya mengumpul dan mengkaji lagu-lagu rakyat seluruh Hungary. Kemudian lagu-lagu tersebut dicipta semula menggunakan kaedah yang asal. Beliau telah hidup selama 85 tahun dan meninggal dunia pada 16 mac 1967
Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.
Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu sendiri iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.
Kodaly berpendapat, setiap kanak-kanak yang boleh bercakap juga boleh menghasilkan muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran berbahasa. Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu:-
Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa).
Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan.
Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca.
Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yang mudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya untuk mencipta muzik mereka sendiri.
Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut pendidikan guru. Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu:
Tonik Solfa
Isyarat Tangan.
Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.
Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak "melihat" pic samada ianya menaik atau menurun.
Isyarat Tangan
Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagu-lagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-Re-Mi dan sebagainya. Bermula di peringkat ini juga, mereka diajar menyebut irama menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.
Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik. Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama. Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik.
PENDEKATAN ORFF DALAM PEMBELAJARAN MUZIK
Orff Schulwerk atau juga dikenali dengan "Pendekatan Orff" adalah salah satu daripada kaedah yang menggabungkan kaedah Kodaly dan Suzuki yang digunakan dalam pembelajaran muzik. Ia merangkumi aktiviti muzik, gerakan, drama dan percakapan yang dijalankan bersama aktiviti permainan kanak-kanak. Oleh yang demikian, guru hendaklah menyediakan suasana permainan dalam kelas-kelas muziknya. Kaedah ini diperkenalkan oleh seorang komposer German bernama Carl Orff (1895-1982) dan rakannya Gunild Keetman pada 1920an. Perkataan Schulwerk bermaksud "dunia persekolahan" yang berkaitan dengan aktiviti muzik.
Menurut Orff, muzik tidak harus berdiri sendiri dalam elemen irama, melodi, harmoni, dinamik, format atau ton sebaliknya ia hendaklah dikaitkan dengan elemen pergerakan, tarian dan pertuturan. Untuk menjadikan muzik sesuatu yang bermakna, kanak-kanak perlu terlibat secara langsung dengan aktiviti muzik itu sendiri. Antara unsur muzik yang boleh diterapkan awal ialah penggunaan ostinato dan konsep format rondo yang mudah.
Sebarang aktiviti pembelajaran hendaklah dijalankan dalam keadaan tanpa tekanan, tanpa ada perasaan dinilai oleh guru atau rakan. Orff juga menggalakkan penglibatan orang dewasa dalam aktiviti muzik termasuk keluarga dewasa pelajar. Penggunaan alat muzik seperti glokenspil dan marimba adalah perlu untuk membina ketepatan pic tetapi ianya perlu diubahsuai dengan menanggalkan bar yang tidak digunakan. Pengggunaan alat muzik tanpa pic seperti dram, tamborin dan lain-lain dapat "meluaskan" konsep muzik yang dipelajari. Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh dikeluarkan atau dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi semasa latihan pengubahsuaian.
Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu:
Penjelajahan
Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba. Contohnya, bergerak seperti seekor binatang.
Peniruan
Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak.
Improvisasi
Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.
Penciptaan
Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang melodi, pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap. Jelasnya, pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kank tidak banyak perbezaan dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka memberi penekanan kepada kepentingan penerapan unsur muzik dan pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka. Ini kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi
PENDEKATAN DALCROZE DALAM PEMBELAJARAN MUZIK
Emile Jaques-Dalcroze (1865–1950) seorang pendidik muzik berbangsa Swiss. Beliau adalah seorang profesor muzik yang berkaliber, yang telah bertugas di Konservatori Muzik Geneva Switzerland. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Harmoni, Solfege dan Komposisi. Sebagai pendidik muzik, beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan atau inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan amali dan bukan semata-mata secara teori. Beliau berpendapat bahawa latih- tubi pendengaran (aural training) adalah perkara terpenting kepada seseorang pelajar muzik.
Semasa beliau menjalankan kajiannya dengan sekumpulan pelajar muzik, beliau mendapati merek sentiasa menyanyi sambil menggerakkan sebahagian daripada anggota badan mereka seperti menggerakkan tangan atau kaki, mengangguk-anggukkan kepala atau mengayunkan badan. Semua pergerakan itu berlaku secara spontan. Oleh yang demikian, hasil daripada pemerhatian tersebut, beliau berpendapat hasil nyanyian adalah lebih berkesan dengan melakukan pergerakan.
Setelah memerhatikan pula gaya dan cara pelajar-pelajarnya berjalan di dalam kampus, beliau percaya bahawa irama badan, gerak geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan muzik.
Seterusnya hasil kajian beliau melalui eksperimentasi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik telah membawa kepada kesan yang positif. Beliau mendapati tahap pembelajaran dan kefahaman berkaitan dengan elemen muzik atau unsur muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan lain-lain telah meningkat di kalangan pelajar-pelajarnya dan menjadi bertambah baik melalui aktiviti gerakan dengan muzik (music and movement). Ini membuktikan bahawa terdapat pelajar atau kanak-kanak yang cerdas dalam kinestetik dan kecerdasan ini dapat dimanipulasikan untuk pemahaman sesuatu pembelajaran. Dengan yang demikian beliau berpendapat cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara "melakukan" (learning by doing).
Kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan. Pelbagai analog pergerakan digunakan untuk konsep muzikal, untuk membangunkan rasa bersepadu dan semulajadi bagi ungkapan muzik. Mengubah badan kepada instrumen muzik diperkemaskan, Dalcroze berpendapat, jalan terbaik untuk menjana asas yang kukuh, muzik bertenaga. Dalcroze berpandangan bahawa muzikaliti hadir di dalam diri setiap individu. Gaya seseorang berjalan, irama badan, gerak-geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan muzik.
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1-3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya.
Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenal pasti 9 keinginan kanak-kanak iaitu...
Untuk bergerak.
Berjaya dan diperkenalkan.
Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat.
Untuk bersaing.
Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.
Untuk mengembara.
Memperoleh kepuasan kreativiti.
Melahirkan perasaan melalui pergerakan berirama.
Untuk mengetahui.
Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 "theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu, muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.
Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik. Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.
Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik. Terdapat tiga komponen asas Dalcroze iaitu Euritmik, Solfege dan Improvisasi.
Euritmik
Euritmik ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus, kepekaan serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.
Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vokal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian). Ia juga memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total di mana individu perlu mendengar, merasai, berimaginasi, mengintrepetasi bunyi, bertindak/respon/bergerak serta perlu membayangkan maksudnya secara luaran
Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep atau unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.
Solfage
Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.
Improvisasi
Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya, postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma (ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan iaitu:-
Pergerakan Setempat - tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin), membongkok, bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya.
Pergerakan di ruang udara - berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur, melompat bergelop, merangkak dan seterusnya.
Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada iaitu penumpuan, konsentrasi, mengingati, menghasilkan semula, menukar dan automate. Kemahiran ini diajar melalui pergerakan fizikal yang melibatkan pendengaran, tangan/suara, penglihatan dan pemikiran. Terdapat empat langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze:-
Preparation - Bernafas dengan menghayun tangan serta bahu dijauhkan dari dada dalam tempo, detik sepanjang proses menarik nafas.
Attack - Menghembus nafas (strike kedua belah tangan).
Prolongation - Mendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang.
Kembali kepada preparation - Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula
Kaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964) yang menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3 cara atau mod pengajaran iaitu..
Mod Enaktif - melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya.
Mod Ikonik - melalui penggunaan symbol grafik gambar atau lukisan.
Mod Simbolik- melalui abjad, nombor termasuk notasi muzik
REFLEKSI
Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali. Inilah kali pertama saya perlu melaksanakan tugasan dalam pendidikan Muzik. Langkah pertama saya setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari, membaca serta mengumpul semua maklumat berkaitan dengan tugasan. Sesuatu yang berharga bila mana saya terpaksa mempelajari apakah pendekatan atau kaedah Kodaly, Orff dan Dalcroze yang merupakan pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.
Daripada maklumat yang saya perolehi, Pendekatan Kodaly merupakan pendekatan yang menggunakan isyarat tangan, teknik tepukan mengikut kiraan ataupun mengikut corak irama. Kodaly juga menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak "melihat" pic samada ianya menaik atau menurun.
Pendekatan Orff dalam pendidikan muzik pula melalui empat peringkat iaitu tiruan, penerokaan, penambahbaikan dan komposisi. Melalui tiruan, guru, ketua kumpulan, atau bahkan pelajar membuat persembahan bagi kelas dan kelas seterusnya di mengulangi apa yang bermain untuk mereka. Penerokaan membolehkan murid untuk mencari aspek muzik yang menawarkan instrumen Orff dan meneroka kemahiran aural atau lisan dan usul dan ungkapan bahawa badan itu berupaya. Penambahbaikan adalah perbuatan mencipta sesuatu, terutamanya muzik, tanpa persediaan terlebih dahulu. Manakala kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan.
Apabila selesai melaksanakan P&P ini, barulah saya faham sebab-sebab penting dalam mempelajari nyanyian. Selain daripada dapat mempertingkatkan daya pemikian serta memperkayakan imaginasi, ia juga memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid-murid dalam usaha menuntut ilmu. Ia juga dapat memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul. Selain turut meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik juga meningkatkan kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Sebutan yang jelas bergantung kepada koordinasi antara organ-organ tersebut. Dengan mempelajari muzik juga, murid dapat memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi, membina keyakinan diri serta memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.