PRAKTIKAL 2 TOPIK: Persampelan Kumbang Beras OBJEKTIF: Menentukan bilangan kumbang beras dalam sesuatu satu populasi PENGENALAN: Sitophilus oryzae, oryzae , atau lebih dikenali dengan nama bubuk beras, ialah sejenis serangga perosak yang terdapat dalam beras dan bijirin lain dari keluarga Circulionidae. Turut dikenali sebagai kutu beras atau kumbang beras, serangga ini dijumpai di kawasan tropika dan subtropika. Seringkali ia dijumpai di dalam beras yang disimpan untuk beberapa ketika dan didapati bahawa beras tersebut telah rosak. Penyimpanan beras memerlukan teknologi khusus untuk mengawal serangga ini dari terus memusnahkan stok simpanan beras. Namun begitu, kaedah pengawalan ini perlu disesuaikan agar tidak memberi kesan kimia terhadap beras yang akan digunakan oleh manusia. Untuk amali pada kali ini, kami telah menggunakan 2 sampel beras iaitu sampel A dan sampel B. Sampel A adalah beras yang disimpan dalam tempoh 1 tahun dan telah mengalami kerosakan yang teruk manakala sampel B adalah beras yang disimpan dalam tempoh 6 bulan dan tidak mempunyai banyak kerosakan. ALAT DAN BAHAN:
Beras yang mengandungi kumbang beras
1 sudu plastik besar
2 piring petri besar yang berdiameter 10-15 cm
1 berus lukis kecil
1 bikar muatan 1 liter
Penimbang
Kertas putih A4
PROSEDUR: 1. Sampel beras yang akan digunakan ditimbang menggunakan penimbang 2. Sampel dibahagikan kepada beberapa bahagian 3. Kumbang yang ada dalam sampel dikira serta jumlah kumbang perkilogram ditentukan
KEPUTUSAN:
BIL.
BILANGAN KUMBANG SAMPEL A
SAMPEL B
1.
9
17
2.
7
6
3.
6
9
4.
11
6
5.
10
16
6.
10
14
7.
11
28
8.
13
41
9.
-
14
10.
-
14
96/kg
165/kg
JUMLAH /kg
Antara langkah berjaga-jaga yang diambil ialah i.
Memastikan kedudukan mata selari dengan bacaan ketika bacaan penimbang diambil
KESIMPULAN: Tempoh beras sampel A adalah lebih lama berbanding Sampel B. Namun begitu, bilangan kumbang per kilogram bagi Sampel A adalah lebih sedikit berbanding Sampel B. Hal ini disebabkan oleh sampel B yang disimpan dalam suhu yang lembap menyebabkan bilangan kumbang yang terdapat agak banyak iaitu 165/kilogram. Sampel A pula yang disimpan pada keadaan yang kering, mempunyai bilangan kumbang yang lebih sedikit berbanding Sampel B iaitu 96/kilogram. Keadaan persekitaraan yang lembap meningkatkan kadar pembiakan kumbang beras. SOALAN: 1. Dari fakta sains, bincangkan kenapa beras menjadi lokasi pilihan untuk kumbang membiak Beras menjadi lokasi pilihan untuk kumbang beras membiak kerana beras adalah satu sumber tenaga terbesar yang kaya akan karbohidrat. Kumbang beras betina akan mengigit dan masukkan telur halus berbentuk bulat lonjong di dalam biji beras. Seekor kumbang beras betina mampu mengeluarkan 300 - 400 biji telur sekali. Telur berwarna putih akan di tutup (sealed) dengan cecair khas yang dikeluarkan oleh kumbang betina. Telur ini akan menetas dan larva yang berukuran 4 mm panjang tanpa kaki dan akan makan biji beras sehingga merosakkan biji beras kemudian membentuk kepompong atau pupa. Pupa akan menjadi dewasa dan keluar dari dalam biji beras dengan mempunyai 6 kaki serta dua sesungut pendek serta muncung di kepalanya. Keadaan beras yang lembap memudahkan lagi pembiakan kumbang beras.
2. Cadangkan kaedah rawatan untuk membasmi serangan kumbang terhadap beras ini dan tidak menjejaskan kualiti beras Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk membasmi serangan kumbang beras tanpa menjejaskan kualiti beras. Antara kaedah yang sering dijalankan ialah dengan kaedah fumigasi, kawalan suhu tinggi dan penggunaan produk tumbuhan dalam mengawal pembiakan kumbang beras. Kawalan menggunakan kaedah fumigasi boleh digunakan untuk semua jenis bijirin. Dengan menggunakan metil bromida, kaedah dijalankan dalam keadaan ptotokol khusus yang selamat dan mengikut keperluan khas. Metil bromida akan mengeluarkan gas ammonia yang berbau seperti bawang putih. Pengilang dan pengedar yang ingin menjalankan fumigasi mesti mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak berkuasa. Namun begitu, kaedah fumigasi ini adalah merbahayakan manusia jika tidak dijalankan dengan betul. Kawalan menggunakan suhu tinggi akan membunuh kutu beras dalam kontena khas yang dibina dan ianya lebih murah , selamat tetapi keberkesanannya kurang sempurna. Penggunaan produk tumbuhan seperti minyak tumbuhan, daun & serbuk tumbuhan serta ekstrak juga dapat digunakan. Sebagai contoh, minyak biji Neem merupakan produk yang paling berkesan dalam mengawal pembiakan kumbang beras (Thomas et.al, 2002). Di samping itu, terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk menghalau kumbang beras. Letakkan bahan yang mempunyai aroma yang kuat seperti daun limau purut, daun pandan dan kulit kayu manis. Walaupun ianya wangi pada hidung kita, namun kumbang beras sangat tidak selesa dengan baunya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun tersebut pada 3 bahagian beras; atas, tengah dan bawah supaya kumbang beras dapat diusir dengan cepat. Jika didapati terlalu banyak kumbang beras dalam beras tersebut, anda boleh meletakkan cili kering. Rasa pedas dan panas ini menyebabkan kumbang beras berasa tidak selesa. Kemudian, beras tersebut dijemur di bawah cahaya matahari. Anda akan mendapati bahawa kumbang beras tersebut berpusu-pusu keluar dari beras.
3. Selain daripada beras, bijirin apa yang selalu menghadapi masalah serangan kumbang ini dan cadangkan kaedah penyimpanan yang sesuai tanpa merosakkan kualiti bijirin tersebut Bijirin yang turut menghadapi serangan kumbang adalah tepung, kekacang dan jagung kering. Untuk penyimpanan di rumah, bijirin tersebut boleh disimpan dalam bekas tertutup dan disimpan di tempat bersih, sejuk dan kering seperti peti sejuk. Kekacang boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan boleh juga disimpan dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpannya dalam tempoh yang lebih lama. Menurut
Buletin
Teknologi
MARDI
(2013),
MARDI
telah
menjalankan
aktiviti
penyelidikan dan pembangunan terhadap aspek mutu beras dan juga penyimpanan. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah mengekalkan kualiti beras semasa penyimpanan dan melalui teknik keusangan cepat, mutu beras dapat ditingkatkan. Melalui kajian, MARDI membangunkan proses keusangan cepat dengan penggunaan haba lembap pada peringkat pengeringan padi. Keusangan cepat dihasilkan dengan memanaskan padi pada kelembapan (18, 20 dan 24%) dengan suhu tinggi (80, 100 dan 120 °C) di dalam bekas tertutup agar tiada kehilangan lembapan untuk mengelakkan keretakan padi. Bushan
Bibwe
(2017)
menyatakan
bahawa
kaedah
Penyimpanan
Hermetic
meningkatkan kualiti bijirin dan biji benih kerana ianya mengekalkan kandungan kelembapan dan mengurangkan kerosakan akibat serangga perosak tanpa menggunakan racun serangga. Penyimpanan Hermetic berperanan dengan mengedapkan bijirin yang disimpan daripada atmosfera luar. Ia mengelakkan kemasukan oksigen dan udara yang lembap daripada udara persekitaran dan melindungi bijirin daripada serangga perosak. Dalam kaedah penyimpanan ini, terdapat beberapa bahan peralatan yang berbeza untuk digunakan, sesuai dengan keadaan dan keperluan. Antara peralatan tersebut ialah bag super grains, cocoon storage, bunkers, pits tunnel dan silo bag.
RUJUKAN: Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast. Cambridge University Press: Cambridge. Choong, N.M.,Lee, S.C. & Liew, S.L. (1997). Biologi STPM Jilid II. Selangor. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Jenny H. (1994). Factors Of Soil Formation: A System Of Quantitative Pedology. UK: Dover Publications. Kamaludin A. Rashid. (2012). College Biology. (Edisi Pertama). Shah Alam. IPTA Publications Sdn. Bhd. Wong, T.C., Teh, L.H. & Hasimah Azit. (2012). Biologi Tingkatan 5. Selangor. IMS Books Trading Sdn. Bhd.
ClimaTechWiki. (2013). Seed and Grain Storage . [Online], [Diakses: 27 Feb 2018]. didapati: http://www.climatetechwiki.org/content/seed-and-grain-storage
Boleh
Grain SA. (2016). Different Ways and Option for Storing Grain. [Online], [Diakses: 27 Feb 2018]. Boleh didapati: http://www.grainsa.co.za/different-ways-and-options-for-storing grain Rod Davis et.al. (2016). Grain Storage and Handling. [Online]. [Diakses: 27 Feb 2018]. Boleh didapati: https://www.mla.com.au/globalassets/mla-corporate/research-and development/program-areas/feeding-finishing-and-nutrition/feedlot-design-manual/030 grain-storage-and-handling-2016_04_01.pdf
LAMPIRAN