PRAKTIKAL 4 Tajuk
: Fasa Bulan
Tujuan
: Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya.
Pengenalan :
Bulan adalah satelit semulajadi yang paling hampir dengan bumi. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Hali ini demikian kerana bulan memantulkan cahaya matahari kepada bumi. Satelit semulajadi ini juga mempunyai garis pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dari jarak kejauhan 384 000km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik.
Sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi. Bulan memantulkan cahaya matahari pada setiap masa sama ada waktu malam atau siang.
Fasa-fasa bulan adalah bentuk bulan yang berlainan yang dapat dilihat dari bumi. Fasa bulan dipengaruhi oleh kedudukannya diantara bumi dan matahari. Cahaya matahari yang terkena pada bulan akan dipantulkan bulan. Orang yang berada di bumi akan dapat melibat bentuk atau fasa bulan yang berbagai ini mengikut tempat dan keadaan tertentu. Fasa bulan boleh di bahagikan kepada 8 fasa iaitu : i.
Anak bulan
ii
Bulan sabit
iii. Bulan separa iv. Bulan hampir purnama v.
Bulan purnama
vi. Bulan purnama lama vii. Bulan separa lama viii. Bulan sabit lama
Dalam mengkaji fasa-fasa bulan, perkara yang penting ialah dengan mengetahui waktu terbit dan terbenam bulan. Ini adalah supaya kita dapat menganggarkan waktu yang sesuai untuk merekod gambar bulan. Waktu bulan terbit adalah apabila bahagian atas bulan melepasi garisan ufuk manakala waktu bulan terbenam adalah apabila bahagian bawah bulan menghilang di bawah garisan ufuk.
Menentukan terbit dan terbenam matahari, nilai azimuth juga perlu di tentukan. Azimut adalah jarak garisan mendatar ketika bulan terbit dan bulan terbenam. Azimut biasanya diukur menggunakan kompas. Dalam 360 darjah, dan dikira mengikut arah jam, utara memberikan azimuth 0o , timur memberikan azimuth 90o, selatan memberikan 180o dan barat memberikan nilai 270o. Anak panah kecil pula menunjukkan arah matahari terbit berdasarkan peta yang menunjukkan utara ke atas.
Altitud bulan pula dikenalpasti semasa merekod gambar bulan. Altitud merujuk kepada jarak pusat bulan kepada garisan horizon. Selain itu, dalam fasa yang berbeza akan memberikan kecerahan yang berbeza.
Kita amat kenal dengan bulan. Kita biasa melihat bulan pada waktu malam. Tetapi bulan juga dapat dilihat pada waktu pagi. Bilakah kita lihat bulan pada waktu malam dan pada waktu pagi? Bagaimanakah kejadian bulan terbit dan tenggelam dikaitkan dengan fasa bulan dan posisi bulan sejajar dengan kedudukan bumi dan matahari?
Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.
Prosedur
:
1. Keadaan langit dikaji dan maklumat dicari untuk menyediakan lapangan malam. Lapangan malam mini merangkumi waktu terbit dan terbenam, kecerahan, fasa bulan, altitude, azimut dan keadaan istimewa.
2. Dengan merujuk kepada waktu terbit dan waktu terbenam bulan, masa untuk pemerhatian dirancang.
3. Bulan diperhatikan dalam satu tempoh waktu untuk satu kitaran lengkap dan lakaran dibuat berdasarkan permehatian.
4. Permehatian dengan mata kasar semasa melakukan permerhatian direkodkan.
Perbincangan :
Satu pemerhatian dan kajian telah dijalankan bagi mengkaji fasa-fasa bulan. Untuk mengkaji fasa-fasa bulan, perkara yang penting adalah dengan mengetahui waktu terbit dan waktu terbenam bulan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pencarian maklumat
dibuat dengan mencari pelbagai sumber bagi mendapatkan jawapan tersebut. Hasil dapatan kami adalah seperti berikut:
Masa bulan terbit dan terbenam. (kawasan : Georgetown)
sumber: http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=2&year=2014 &obj=moon&afl=-1&day=1
Analisis Data : Daripada data tersebut, pada masa yang sama kami dapat mengetahui nilai azimuth, altitude, lepasan meridian bulan dan perlbagai lagi maklumat lain. Kesemua maklumat ini menjadi pengukur bagi menentukan fasa-fasa bulan. Setelah maklumat keseluruhan diperolehi seperit di atas, kami telah membuat jadual perancangan untuk memilih tarikh sesuai untuk membuat pemerhatian terhadap bulan. Jadual perancangan kami adalah seperti berikut:
Tarikh
Masa Bulan
Masa bulan
Terbit
Terbenam
Pemerhatian
01 Februari 2014
08:32
20:53
Anak bulan
02 Februari 2014
09:25
21:49
Anak bulan
04 Februari 2014
11:05
23:35
Bulan sabit
05 Februari 2014
11:53
00:26
Bulan sabit
08 Februari 2014
14:17
02:06
Bulan Separa
09 Februari 2014
15:05
02:55
Bulan Separa
11 Februari 2014
16:41
04:31
Bulan Separa Purnama
12 Februari 2014
17:28
05:18
Bulan Separa Purnama
15 Februari 2014
19:45
07:29
Bulan Purnama
16 Februari 2014
20:30
08:11
Bulan Purnama
18 Februari 2014
22:02
09:35
Bulan Purnama Lama
19 Februari 2014
22:50
10:19
Bulan Purnama Lama
23 Februari 2014
01:27
13:39
Bulan Separa Lama
24 Februari 2014
02:24
14:36
Bulan Separa Lama
27 Februari 2014
05:19
17:35
Bulan Sabit Lama
28 Februari 2014
06:15
18:34
Bulan Sabit Lama
02 Mac 2014
Anak Bulan
03 Mac 2014
Anak Bulan
Tarikh seperti dalam jadual di atas dipilih kerana sepanjang tempoh ini, satu kitaran lengkap fasa bulan berlaku. Seterusnya kami telah memilih dan menetapkan lokasi sesuai untuk mengambil gambar fasa bulan. Lokasi dipilih ialah kawasan kediaman sekitar Georgetown. Waktu bulan terbit dan terbenam juga di perhatikan agar kami dapat melihat bulan tepat pada masanya dan tidak terlepas fasa bulan yang diingini. Hasil daripada pemerhatian kami daripada tugasan ini, dapatlah kami tentukan kesemua fasa bulan yang bermula daripada anak bulan, bulan separa, bulan purnama hinggalah kembali kepada anak semula.
Kesimpulan: Fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan daripada fasa bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan ia memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja.
Tugasan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah membuat pemerhatian tentang fasa-fasa bulan.
Aktiviti
:
Memerhati fasa-fasa bulan
Bahan-bahan : Sebiji bola bersaiz bola sepak yang berwarna putih yang separuhnya telah diwarnakan hitam, sebuah bangku, pelekat (tictac), kertas hitam, kapur putih.
Prosedur
:
1. Sebiji bola putih yang telah diwarnakan hitam pada separuh bahagian diletakkan di atas sebuah bangku. 2. Bangku tersebut berserta bola di atasnya di letakkan di tengah satu kawasan lapang (depan kelas/ dataran/ kawasan lapang lain-lain) 3. Murid dikehendaki menyusun kerusi mereka di keliling bangku tersebut dalam bentuk bulatan. 4. Murid kemudiannya, duduk di kerusi masing-masing yang telah diletakkan. 5. Murid dibekalkan dengan sekeping kertas hitam dan kapur putih. 6. Guru membuat sesi pengajaran dan perbincangan tentang fasa- fasa bulan bersama murid. 7. Murid kemudiannya diminta untuk melukis bentuk yang dilihat pada bola tersebut dari kerusi yang mereka berada. 8. Seteleh semua murid selesai melukis, murid akan diminta menampai lukisan mereka di hadapan kelas mengikut susunan tempat duduk mereka tadi. 9. Hasil lukisan murid akan menunjukkan perubahan fasa bulan dan lukisan mereka akan dibincang bersama guru untuk tujuan penambah baikkan.
Soalan 1. Bilakah kita dapat melihat bulan pada waktu malam dan pada waktu pagi? Waktu kita dapat melihat bulan pada waktu malam dan bulan di waktu siang adalah bergantung kepada waktu terbit dan terbenamnya bulan. Waktu bulan terbit adalah tidak sama dan akan berubah setiap hari. Jika bulan terbit pada di waktu siang, kita akan dapat melihatnya di siang hari dan kita tidak akan dapat melihatnya pada malam hari. Bulan akan sentiasa memantulkan cahaya matahari sama ada di malam hari atau di siang hari. Namun demikian, disebabkan cahaya matahari yang terlalu terang, agak sukar untuk kita melihat bulan di siang hari. Jadual terbit dan terbenam bulan yang diperhatikan: Tarikh
Masa Bulan
Masa bulan
Terbit
Terbenam
Pemerhatian
01 Februari 2014
08:32
20:53
Anak bulan
02 Februari 2014
09:25
21:49
Anak bulan
04 Februari 2014
11:05
23:35
Bulan sabit
05 Februari 2014
11:53
00:26
Bulan sabit
08 Februari 2014
14:17
02:06
Bulan Separa
09 Februari 2014
15:05
02:55
Bulan Separa
11 Februari 2014
16:41
04:31
Bulan Separa Purnama
12 Februari 2014
17:28
05:18
Bulan Separa Purnama
15 Februari 2014
19:45
07:29
Bulan Purnama
16 Februari 2014
20:30
08:11
Bulan Purnama
18 Februari 2014
22:02
09:35
Bulan Purnama Lama
19 Februari 2014
22:50
10:19
Bulan Purnama Lama
23 Februari 2014
01:27
13:39
Bulan Separa Lama
24 Februari 2014
02:24
14:36
Bulan Separa Lama
27 Februari 2014
05:19
17:35
Bulan Sabit Lama
28 Februari 2014
06:15
18:34
Bulan Sabit Lama
02 Mac 2014
Anak Bulan
03 Mac 2014
Anak Bulan
2. Bagaimanakah kejadian bulan terbit dan tenggelam dikaitkan dengan fasa bulan dan posisi bulan sejajar dengan kedudukan bumi dan matahari?
Waktu bulan terbit dan bulan terbenam akan mempengaruhi fasa-fasa bulan dari segi waktu fasa tersebut dapat dilihat dengan jelas. Selepas bulan terbit, ia mengambil masa beberapa jam untuk membolehkannya berada dalam keadaan 90 o dari garisan ufuk. Kedudukan bulan juga mempunyai hubung kait dengan bumi dan matahari. Hal ini demikian kerana bulan berputar dan beredar mengelilingi bumi. Bumi pula berputar dan beredar mengelilingi matahari. Dalam kedudukan bulan, bumi dan matahari yang berlainan, fasa-fasa bulan yang berlainan akan terhasil. Contohnya apabila bulan berada di antara bumi dan matahari, fasa anak bulan akan berlaku. Bulan tidak akan kelihatan. Kemudian, jika bumi berada antara bulan dan matahari, fasa bulan purnama akan berlaku dan bulan akan kelihatan dengan penuhnya. Namun jika bulan berada betul-betul pada garisan lurus, gerhana akan berlaku. Gerhana matahari boleh berlaku ketika fasa anak bulan manakala gerhan bulan boleh berlaku apabila bulan berada dalam fasa purnama penuh. Oleh itu, pelbagai kejadian boleh berlaku disebabkan kedudukan bulan yang tertentu antara bumi dan matahari.
Pemerhatian : Pemerhatian 1 Lokasi
Tarikh
Masa
Fasa bulan
Kawasan Kediaman
4 Februari 2014
21:30
Bulan sabit
Masa
Masa
Azimut
Altitud
Terbit
Terbenam
Terbit
Terbenam
11:05
23:35
83°
279°
Kecerahan
Peristiwa istimewa
86.8°
25.8%
11:05
Pemerhatian 2 Lokasi
Tarikh
Masa
Fasa bulan
Kawasan Kediaman
09 Februari 2014
10:50
Bulan separa
Masa
Masa
Azimut
Altitud
Terbit
Terbenam
Terbit
Terbenam
15:05
02:55
71°
289°
Kecerahan Peristiwa istimewa
76.9°
75.6 %
15:05
Pemerhatian 3 Lokasi
Tarikh
Masa
Fasa bulan
Kawasan Kediaman
11 Februari 2014
23:00
Bulan separa purnama
Masa
Masa
Azimut
Altitud
Terbit
Terbenam
Terbit
Terbenam
16:41
04:31
72°
289°
Kecerahan Peristiwa istimewa
76.9°
89.9 %
-
Pemerhatian 4 Lokasi
Tarikh
Masa
Fasa bulan
Kawasan Kediaman
15 Februari 2014
22:45
Bulan purnama
Masa
Masa
Azimut
Altitud
Terbit
Terbenam
Terbit
Terbenam
19:45
07:29
83°
279°
Kecerahan Peristiwa istimewa
85°
99.8 %
-
Pemerhatian 5 Lokasi
Tarikh
Masa
Fasa bulan
Kawasan Kediaman
19 Februari 2014
01:00
Bulan purnama lama
Masa
Masa
Azimut
Altitud
Terbit
Terbenam
Terbit
Terbenam
22:50
10:19
100°
262°
Kecerahan Peristiwa istimewa
77°
86.4 %
-
Pemerhatian 6 Lokasi
Tarikh
Masa
Fasa bulan
Kawasan Kediaman
23 Februari 2014
02:15
Bulan separa lama
Masa
Masa
Azimut
Altitud
Terbit
Terbenam
Terbit
Terbenam
01:27
13:39
108°
251°
Kecerahan Peristiwa istimewa
65.1°
47.3%
-
Pemerhatian 7 Lokasi
Tarikh
Masa
Fasa bulan
Kawasan Kediaman
27 Februari 2014
09:40
Bulan sabit lama
Masa
Masa
Azimut
Altitud
Terbit
Terbenam
Terbit
Terbenam
05:19
17:35
104°
257°
Kecerahan Peristiwa istimewa
70.2°
7.2%
-