Tajuk : Pengawetan spesimen tumbuhan secara kering Tujuan : Untuk mengawet spesimen tumbuhan secara kering Pengenalan : Herbarium merupakan istilah yang pertama kali digunakan oleh Turnefor (1700) untuk tumbuhan obat yang dikeringkan sebagai koleksi. Luca Ghini (1490-1550) seorang Professor Botani di Universitas Bologna, Italia adalah orang pertama yang mengeringkan tumbuhan di bawah tekanan dan melekatkannya di atas kertas serta mencatatnya sebagai koleksi ilmiah (Ramadhanil, 2003).
Herbarium dibuat dari spesimen yang telah dewasa, tidak terserang hama, penyakit atau kerusakan fisik lain. Tumbuhan berhabitus pohon dan semak disertakan ujung batang, daun, bunga dan buah, sedang tumbuhan berbentuk herba disertakan seluruh habitus. Herbarium kering digunakan untuk spesimen yang mudah dikeringkan, misalnya daun, batang, bunga dan akar, sedangkan herbarium basah digunakan untuk spesimen yang berair dan lembek, misalnya buah (Setyawan dkk, 2005).
Herbarium dapat dimanfaatkan sebagai bahan rujukan untuk mentakrifkan takson tumbuhan, ia mempunyai holotype untuk tumbuhan tersebut. Herbarium juga dapat digunakan sebagai bahan penelitian untuk para ahli bunga atau ahli taksonomi, untuk mendukung studi ilmiah lainnya seperti survey ekologi, studi fitokimia, penghitungan kromosom, melakukan analisa perbandingan biologi dan berperan dalam mengungkap kajian evolusi. Kebermanfaatan herbarium yang sangat besar ini menuntut perawatan dan pengelolaan spesimen harus dilakukan dengan baik dan benar (Setyawan dkk, 2005).
tumbuhan, kayu penekap, kertas A4, kertas liminate. Bahan dan radas : Spesimen tumbuhan, Prosedur: Pengawetan spesimen tumbuhan secara kering.:
1. Pengumpulan – Beberapa jenis keratan tumbuhan diambil dan dikumpulkan. Bahagian dan struktur penting seperti ranting, daun, bunga dan batangnya diambil bagi membantu proses pengawetan.
2. Penekanan spesimen – keratan tumbuhan disusun mendatar di antara kertas bersaiz A4. Bahagian-bahagian seperti daun dan bunga dibuka dan dikembangkan agar strukturnya mudah dilihat. Bahagian daun pula perlu diselang-selikan antara bahagian yang belakang
daun dan hadapn daun. Papan lapis diletakkan pada bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen tumbuhan. Untuk menambah tekanan, papan tersebut telah ditindih dengan pemberat.
3. Pengeringan - Bahagian-bahagian daun dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, Oleh itu, spesimen yang telah ditekan dibiarkan dalam tempoh 7-8 hari sahaja.
4. Pemanjangan - Spesimen yang telah kering disusun di atas kertas bersaiz A4. Spesimen dilekatkan dan dijahit pada kertas tersebut.
5. Pengelasan – Spesimen dikenal pasti dengan membuat rujukan ke taman Etnobotani (tempat pengambilan spesimen) dan juga daripada sumber internet.
6. Pelabelan – Spesimen yang telah siap dilekatkan dan dilabel telah dilaminate. Spesimen mengandungi maklumat berikut :
7.
Nama saintifik/botani
Nama tempatan/asal
Nama bahasa inggeris
Lokasi spesimen boleh ditemui
Nama orang yang menemui/mengumpul
Tarikh
Penyimpanan - Untuk memastikan ia tahan lama, spesimen disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.