ULASAN ARTIKEL/JURNAL
1
1. PENDAHULUAN
Artikel yang dipilih untuk diulas adalah “Pembangunan “Pembangunan sektor animasi di Malaysia: Pendidikan dan latihan animasi di institusi pengajian tinggi awam” hasil tulisan daripada Fadli Abdullah dan Md Sidin Ahmad Ishak yang diambil dari Jurnal pengajian media Malaysia jilid 12, volume 12, no 2, 2010, muka surat 69-82. Artikel ini mengupas secara mendalam tentang pembangunan sumber manusia dalam sektor animasi di Malaysia dengan mengkaji struktur pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan isu-isu yang timbul oleh graduan animasi tempatan tentang sumbangan mereka terhadap industri animasi dan multimedia di Malaysia. 2. LATAR BELAKANG KAJIAN
Menurut penulis, pendidikan adalah suatu perkara yang amat penting dalam proses pembangunan sumber manusia. Hal yang demikian adalah kerana proses pembangunan sumber manusia dapat dilakukan melalui pembelajaran mengikut pengkhususan yang sesuai supaya kemahiran yang diperolehi dapat memenuhi keperluan pekerjaan. Penulis juga menyatakan bahawa (Werner & DeSimone, 2009: 4) telah menakrifkan tentang pembangunan sumber manusia di dalam jurnal mereka, “a set of systematic and planned activities designed by an organization to provide its members with the opportunities to learn necessary skills to meet current and future job demands”. Seterusnya, penulis menerangkan secara umum tentang bidang animasi. Animasi secara amnya bermaksud imej atau gambar yang disusun satu persatu-persatu dan kemudiannya digerakkan secara pantas untuk menghasilkan pergerakan yang menarik. Menurut penulis, 810780 | SGDT5014
The world’s largest digital library
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
The world’s largest digital library
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
ULASAN ARTIKEL/JURNAL
2
kepesatan teknologi pada masa ini memberi kesan yang besar terhadap pembangunan animasi kerana telah membawa dunia animasi ke dalam ruang digital di mana penghasilannya lebih pantas dan bermutu berbanding pada masa dahulu yang memerlukan karakter dilukis satu persatu dan memakan masa yang lama. Selain itu, penulis menerangkan bahawa terdapat tiga peringkat utama yang perlu dilalui oleh sesebuah animasi sebelum ia boleh ditayangkan. Peringkat pertama adalah praproduksi iaitu proses pengeluaran idea yang melibatkan konsep penceritaan, watak, jalan cerita dan sebarang perkara yang diperlukan untuk membina sebuah cerita yang menarik. menarik. Peringkat kedua pula adalah produksi yang bermaksud cara pelaksanaan terhadap idea yang telah dirancang sebelum ini. Proses ini memakan masa yang agak lama dan memerlukan tenaga kerja yang paling banyak. Hal yang demikian menjadikan proses ini adalah proses yang paling penting kerana banyak kemahiran yang perlu digunakan seperti 2D digital, 3D digital dan penggunaan teknologi CGI. Proses yang ketiga adalah pascaproduksi di mana ia melibatkan proses penyuntingan seperti bunyi audio bagi menyempurnakan sesebuah animasi yang dibuat. Proses ini juga memrlukan kemahiran yang tinggi dalam penggunaan teknologi terutamanya dalam proses penyuntingan. Penulis menceritakan tentang keadaan animasi di Negara kita, Malaysia di mana kita masih jauh ketinggalan dalam penghasilan animasi yang berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan Jepun, China dan Amerika Syarikat. Animasi yang pertama dihasilkan di Negara kita untuk tujuan komersial adalah Usop Sontorian pada tahun 1995 diikuti filem animasi pertama Silat Lagenda pada tahun 1998. Sejak dari itu industri animasi Malaysia terus berkembang dan
The world’s largest digital library
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
ULASAN ARTIKEL/JURNAL
3
syarikat animasi di Malaysia masih belum mampu berdiri sendiri, jadi kerajaan telah membina beberapa strategi seperti mewujudkan organisasi yang akan memantau syarikat-syarikat animasi dan memberikan bantuan terumatamanya bantuan kewangan. Lebih kurang 200 buah syarikat berada di bawah pantauan industri kandungan multimedia kreatif MSC Malaysia dan kebanyakkannya terdiri daripada syarikat animasi. Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) juga antara organisasi yang membantu industri animasi Malaysia berkembang pesat sehingga ke peringkat global. Hasil terbaik yang dapat dilihat daripada bantuan MSC dan MDeC adalah Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula yang member pulangan kutipan sebanyak RM6.3 juta. 3. KAEDAH KAJIAN
Penulis telah memilih kaedah meta-analisis sebagai metodologi kajian. Penulis menganalisis tentang kursus-kursus animasi yang ditawarkan di IPTA di Malaysia serta isu-isu yang timbul di kalangan graduan-graduan animasi dari IPTA di Malaysia. Analisis yang dijalankan ini merangkumi dua aspek utama iaitu tahap kursus yang meliputi tahap praproduksi, tahap produksi, tahap pascaproduksi serta lain-lain dan bentuk kursus yang meliputi berbentuk teoretikal dan berbentuk teknikal. 4. ULASAN DAN GAYA PENULISAN
Hasil dari analisis yang dijalankan, penulis mendapati bahawa hanya dua buah IPTA yang menawarkan sarjana muda pengkhususan dalam bidang animasi iaitu Universiti Teknologi
The world’s largest digital library
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
ULASAN ARTIKEL/JURNAL
4
mempunyai peratusan komponen animasi tertinggi iaitu sebanyak 50% diikuti Universiti Putera Malaysia (UPM) sebanyak 22.7%, kemudian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) sebanyak 20% dan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebanyak 18.9% Penulis juga menerangkan bahawa pengkhususan yang ditawarkan oleh IPTA yang mempunyai program animasi adalah berbeza-beza. UiTM lebih banyak menawarkan kursus tentang praproduksi dan produksi manakala UNIMAS pula lebih banyak menawarkan kursus yang berkaitan dengan produksi. Kursus tentang pembinaan cerita agak kurang ditawarkan di kedua-dua IPTA ini. Selain itu bentuk kursus yang bersifat teknikal lebih kerap ditawarkan berbanding kursus yang bersifat teoretikal di mana-mana IPTA yang mempunyai kursus animasi. Hal yang demikian kerana kemahiran teknikal lebih banyak digunapakai semasa proses pembinaan sebuah siri atau filem animasi. Isu-isu yang telah dibincangkan dalam artikel ini antaranya adalah tahap kualiti yang dihasilkan oleh produksi tempatan berbanding animasi yang dihasilkan oleh Negara ASEAN lain seperti Filipina, Thailand, Vietnam dan juga Indonesia. Struktur pendidikan animasi yang disusun di IPTA negara kita juga menjadikan graduan-graduan yang dihasilkan kurang berkemahiran dalam menghasilkan sebuah animasi yang hebat. Graduan-graduan yang dihasilkan dianggap kurang mempunyai pengetahuan tentang asas dalam animasi, teknik penceritaan, sinematografi, lakonan dan penyuntingan. Orang-orang yang terlibat dalam industri animasi tanah air telah mengatakan bahawa graduan yang dihasilkan kurang mahir menggunakan perisian yang digunakan dan kursus-kursus yang diajar pula bercampur aduk dan tiada
The world’s largest digital library
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
ULASAN ARTIKEL/JURNAL
5
Menurut penulis, analisis yang dijalankan juga menunjukkan bahawa kursus yang ditawarkan di IPTA kurang memberikan penekanan terhadap aspek pembinaan penceritaan di mana perkara ini amat penting dalam membuat sebuah animasi yang kreatif dan menampakkannya seperti cerita yang sebenar. Jika keseragaman pengkhususan yang diharapkan oleh syarikat-syarikat animasi Malaysia, maka perkara itu agak mustahil untuk dilaksanakan kerana setiap produksi mempunyai perisian-perisian yang berbeza dan teknologi yang digunakan juga mungkin tidak sama. Namun aspek asas perlu diberi penekanan penekanan supaya graduan lebih mudah menyelongkar dunia animasi apabila mereka masuk ke dalam dunia pekerjaan sebenar. Penulis telah menyimpulkan bahawa kerajaan perlu meningkatkan usaha dalam menambah bilangan program pendidikan yang berteraskan animasi dalam pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti dan boleh membantu meningkatkan ekonomi negara dengan menghasilkan produk-produk animasi yang hebat dan dapat dipasarkan secara global. 5. PENUTUP
Kajian yang dijalankan oleh Fadli Abdullah dan Md Sidin Ahmad Ishak ini bersifat terlalu umum dan tidak boleh dijadikan kayu pengukur dalam membandingkan program animasi yang terdapat di Malaysia dengan kualiti animasi Malaysia yang kurang menyerlah disebabkan graduan yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai aspek seperti teknik penceritaan, penyuntingan, sinematografi dan sebagainya. Dengan hanya menjadikan bentuk kursus dan jenis kursus yang dijalankan di IPTA sebagai bahan untuk
The world’s largest digital library
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
ULASAN ARTIKEL/JURNAL
6
negara kita kurang mempunyai kemahiran dalam bidang animasi. Pengkaji seharusnya menggunakan pelbagai kaedah lain untuk mendapatkan data yang lebih relevan supaya dapatan yang diperoleh lebih tepat dan merangkumi semua aspek yang penting. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada sebilangan responden di IPTA seluruh Malaysia. Borang-borang ini boleh diedarkan melalui internet atau memohon bantuan dari pensyarah di universiti yang terlibat. Selain itu, kaedah kualitatif seperti mengadakan temu bual bersama responden yang terpilih juga dapat memberi hasil kajian yang lebih tepat. Penulis mungkin dapat menggunakan kaedah yang diutarakan untuk menjadikan kajian ini lebih relevan dengan isu-isu semasa kerana terdapat banyak faktor lain yang turut mempengaruhi seperti tenaga pengajar yang tidak berpengalaman, fasiliti pembelajaran yang tidak sempurna, tahap kesedaran kerajaan yang belum mencapai tahap maksimum tentang keperluan pendidikan animasi di Malaysia, tawaran gaji yang rendah yang turut mempengaruhi semangat pekerja untuk bekerja dalam menghasilkan produk yang lebih luar biasa dan sebagainya. Penulis juga mungkin boleh menganalisis data pelajar yang mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka dalam bidang ini serta boleh menganalisis jantina pelajar yang masuk dalam bidang ini kerana jantina juga berkait rapat dengan kemahiran yang diminati dalam menghasilkan animasi. Kesimpulannya artikel ini hanya menyelongkar sebahagian kecil faktor yang mempengaruhi pembangunan sektor animasi di Malaysia sedangkan banyak faktor luar yang turut memberi kesan terhadap pembangunan industri ini. Kaedah meta-analisis yang