1.0
PENGENALAN
Tajuk jurnal Tajuk jurnal yang akan diulas dan dibincangkan dalam penulisan ini adalah „Strategic Management and Public Service Performance: The Way Ahead” diterbitkan oleh “Public Administration Review” pada Disember 2010 dan ditulis oleh George A. Boyne dari Universiti Cardiff dan Richard M. Walker dari Hong Kong Universiti. Objektif jurnal ini ialah pentingnya pengurusan strategik dalam perkhidmatan awam bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan dalam semua sektor awam.
2.0
PENGURUSAN STRATEGIK
Tema jurnal ini ialah, pengurusan strategik penting dalam menentukan hala tuju dan mempertingkatkan perkhidmatan awam pada masa kini dan akan datang serta selari dengan peredaran masa atau teknologi terkini. Persoalan yang dibincangkan adalah mengapa perlunya pengurusan strategik di dalam perkhidmatan awam? Selaras dengan peredaran masa kini dengan kecanggihan teknologi kini, perkhidmatan awam juga perlu mempertingkatkan kualiti kerjanya supaya dapat memberikan suatu perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya. Oleh kerana itulah pengurusan strategik yang tepat penting dilaksanakan dalam organisasi awam untuk meningkatkan mutu prestasinya. Pengkaji ini juga melihat faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pengurusan strategik di dalam sesebuah organisasi awam yang berbeza beza seperti faktor-faktor perubahan undang-undang dan peraturan, sistem politik, perubahan teknologi dan sasaran pelanggan. Beberapa pendapat yang telah diambil oleh penulis yang mana ianya menerangkan pentingnya pengurusan strategik dalam mempertingkatkan prestasi
1
perkhidmatan awam. Kesimpulannya adalah bahawa kewujudan dan ketepatan pengurusan strategik yang jelas lebih baik daripada ketiadaan orientasi strategik dikenalpasti (Inkpen dan Choudhury 1995). Secara langsungnya di sektor awam, dengan adanya pengurusan strategik yang lebih tepat dan dilaksanakan sebagai penanda aras untuk organisasi dapat meningkatkan prestasi mereka dan memberikan suatu perkhidmatan yang cemerlang. Pengurusan strategik adalah merupakan satu pendekatan yang bersistem untuk menentukan arah amsa tuju sesebuah organisasi pada masa kini dan akan datang. Pengurusan ini adalah bertujuan untuk menentukan cara sesebuah organisai meningkatkan prestasi dan seterusnya memberikan satu perkhidmatan awam yang baik di dalam persekitaran yang tidak menentu dan berubah (Ahmad Atory, 1996). Menurut Lesserre dan Putti (1986), pengurusan strategik memberikan tumpuan rancangan untuk mencapai prestasi yang berkesan. Bagi memastikan pengurusan strategik yang dilaksanakan ini berjaya meningkatkan prestasi perkhidmatan awam, perlulah diwujudkan perancangan strategik. Perancangan strategik adalah suatu proses yang menyatukan semua sumber sesebuah organisasi bertujuan untuk mencapai matlamatnya. Perancangan strategik melibatkan beberapa organisasi bertujuan untuk mencapai matlamatnya. Perancangan strategik melibatkan bebrapa proses perancangan, penyusunan, pengarahan, pelaksanaan dan pengawalan kegiatan atau perkhidmatan yang diberikan bersesuaian dengan perkembangan dan perubahan persekitaran luarannya (Juhary dan Ishak, 2004). Melihat kepada perkhidmatan awam di Malaysia, pengurusan strategik ini telah dilaksanakan di dalam memberikan perkhidmatan dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan di dalam sesebuah jabatan kerajaan. Oleh itu, tindakan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia ialah dengan mengeluarkan satu Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun
2
1991 bertajuk Panduan Meningkatkan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam. Di dalam pekeliling ini menekankan beberapa aspek yang perlu diambil untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam. Antara aspek yang diberikan adalah seperti:
Tenaga Manusia
Sistem dan Prosedur Perkhidmatan Jabatan atau Bahagian
Struktur Organisasi
Gaya Pengurusan
Persekitaran Kerja
Teknologi
Bahan-bahan
Kelengkapan Modal
Aspek diatas inilah telah dititikberatkan dalam meningkatkan prestasi kerja di dalam perkhidmatan awam. Aspek ini jugalah membolehkan pengurusan awam di Malaysia di transformasikan daripada satu tahap kepada tahap pperkhidmatan yang baik dan tinggi. Sebagai contoh, kita boleh lihat dengan wujudnya pengurusan strategik di dalam perkhidmatan kerajaan masa kini di Jabatan Imigresen Malaysia, proses permohonan passport antarabangsa pada amsa dulu mengambil masa hampir 3 bulan utuk menyiapkan satu permohonan, tetapi kini dalam tempoh 2 jam saja satu permohonan passport dapat disiapkan.
3.0
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pengurusan strategik merupakan satu alat penting di dalam meningkatkan prestasi dan produktiviti di dalam perkhidmatan awam. Pengurusan strategi ini
3
diyakini untuk menetapkan arah bagi upaya kolektif, memfokuskan usaha ke arah matlamat yang dibentuk dan mengemaskini dalam tindakan pengurusan dari amsa ke semasa di semua organisasi awam. Tujuannya adalah bahawa kehadiran strategi yang jelas dan tepat adalah lebih baik daripada ketiadaan orientasi strategik dikenalpasti. Sesuatu proses pengurusan strategik yang jelas merupakan pembolehubah penting yang mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian, pengurusan strategik akan berjaya meningkatkan prestasi perkhidmatan awam dengan penekanan dan pembaharuan sentiasa dilaksanakan daripada aspek tenaga manusia, sistem dan prosedur perkhidmatan jabatan atau bahagian, struktur organisasi, gaya pengurusan, persekitaran kerja, teknologi, bahan-bahan dan kelengkapan modal.
4
RUJUKAN
Dr. Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam dan Swasta. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
George A. Boyne and Richard M. Walker, 2010. Strategic Management and Public Service Performance: The Way Ahead . Public Administration Review.
Juhary Haji Ali dan Ishak Ismail, 2004. Prinsip dan Amalan Pengurusan: Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kerajaan Malaysia, 1991. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Lesserre and Putti. 1986. Business Strategy and Management Text and Cases for Managers in Asia. Singapore Institute of Management.
5