Terdapat enam prinsip
Prinsip Motif Ukiran Kayu Tradisional Daya kreativiti dan pemikiran melayu dapatlah dipastikan dari jenis daun, ranting dan bunga yang ada pada bahagian-bahagian rumah yang dihiasi dengan ukiran pada tangga, daun pintu, tingkap, tiang, dinding. Pengukir melakukan proses pengolahan idea dalam memenuhi prinsip kesenian melayu Motif ukiran kayu tradisional melayu yang menjadi tunjang pada daya kreativiti dan pemikiran dalam menghasilkan seni kraf tradisional.
a) Halus
Prinsip halus diterapkan dalam motif ukiran kayu tradisional Melayu menggambarkan daya kreativiti dan pemikiran Melayu. Ia melibatkan melibatk an konsep di antara kraf atau kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni. Kemahiran dan kepakaran amat penting dalam menghasilkan karya seni yang sempurna. Prinsip halus ini di dasari oleh dua faktor iaitu cara pembuatan dan kejujuran pada bahan. Tukang ukir melayu yang menghasilkan seni rupa haruslah bersungguh-sungguh, berfikiran waras, berminat, berbakat, mahir dan mengetahui teknik pembuatan yang betul. Kejujuran semasa menghasilkan seni ukiran dilihat daripada bermulanya proses pembuatan hingga akhir proses. Bahan-bahan yang digunakan mestilah asli dan tidak bercampur dengan bahan-bahan lain. Kedua- dua faktor ini adalah penting bagi mengekalkan kehalusan sesuatu hasil seni ukiran yang dihasilkan. Ciri-ciri kehalusan ini dapat dilihat pada tangkai keris, parang, senduk, bangau, nisan, tembikar dan sebagainya. Sebagai contoh, kreativiti melayu dilihat dalam menghasilkan seni rupa mata keris. Prinsip halus ini memperlihatkan pemikiran melayu dalam mengadaptasikan bentuk-bentuk dari alam semula jadi di dalam hidup, sikap dan karya bangsa melayu. Setiap peristiwa yang berlaku dalam alam sekitar dirakamkan sebagai hasil seni rupa melayu yang akhirnya terhasillah motif ukiran kayu yang halus karyanya.
b) Berguna
Setiap seni rupa yang dihasilkan bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi juga mempunyai kegunaannya yang tertentu. Faedah yang diperolehi adalah untuk kegunaan kehidupan seharian. Sebagai contoh, kukur untuk mengukur kelapa, saji menutup sarapan, tembikar
mengisi air atau sarapan, keris sebagai senjata dan lambang, dan ukiran di tangga, di tingkap serta di dinding sebagai hiasan permukaan dan sebagainya. Tembikar yang indah bentuknya digunakan pada waktu-waktu tertentu seperti kenduri. Ukiran-ukiran di tingkap dan dinding rumah juga mempunyai kegunaan yang tersendiri. Ukiran-ukiran yang terdapat di dinding rumah ini bukan sahaja tampak menarik bahkan berfungsi sebagai pengalir udara dan cahaya. Udara yang memasuki ruang rumah akan mengurangkan haba di dalam rumah ketika cuaca panas. Prinsip berguna ini telah memperkayakan lagi daya kreativiti dan pemikiran melayu dengan kegunaan kraf tradisional itu.
c) Bersatu Prinsip
bersatu bererti keharmonian karya seni itu. Kebiasaannya, prinsip ini dilihat daripada penggunaan warna dan corak yang dihasilkan. Ia juga mempunyai maksud tersirat tentang integrasi sesama masyarakat melayu. Perkaitan yang terhasil daripada motif ukiran kayu memeberi makna komposisi yang kukuh. Di antara permulaan dan penamatnya, wujud pula perkaitan dan intergrasi. Oleh itu, jelaslah prinsip bersatu dalam ukiran kayu tradisional memaparkan daya kreativiti dan pemikiran melayu yang mementingkan nilai permuafakatan yang kukuh dalam kehidupan seharian melayu.
d) Berlawan Prinsip
berlawan dalam motif ukiran kayu tradisional melayu menggambarkan manifestasi daya kreativiti dan pemikiran melayu. Prinsip ini merupakan pertentangan yang terkawal antara dua atau lebih jenis permukaan, contohnya permukaan yang kasar dan licin. Saingan jenis permukaan ini digalakkan demi mendapatkan kesudahan yang baik dan sempurna. Walaupun prinsip ini bertentangan dengan sifat orang melayu yang enggan bertegang atau berlawan tetapi sebenarnya pemikiran melayu yang cuba disampaikan dalam hasil seni rupa melayu ini menegaskan bahawa cara orang melayu mengawal perlawanan yang disebabkan oleh ketegangan itu.
e) Berlambang
Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk. Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah orang melayu. Keris bermata dua mampu menjadi lawan dan kawan kerana ia merbahaya tetapi indah. Nilai estetika sesuatu karya seni melayu harus melambangkan budaya dan hasil seni masyarakat melayu yang memiliki daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam dan luas. Kebanyakan hasil ukiran tradisional melambangkan kebudayaan masyarakat itu sendiri. Justeru, setiap hasil ukiran kayu melambangkan daya kreativiti yang tinggi serta pemikiran melayu dalam menghasilkan seni rupa melayu.
Bermakna
Prinsip kesenian orang melayu yang terakhir ialah bermakna. Setiap hasil seni tradisional melayu mempunyai makna yang wajar dan munasabah dengan kupasan amanat, mesej atau nasihat yang tersurat. Prinsip bermakna dalam hasil seni tradisional melayu wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ragam hias yang bermakna intrinsik ialah ukiran berbunga yang diketahui nama bunga-bunga dan juga kaligrafinya. Biasanya ukiran dilihat pada abjad-abjad yang dicat, diukir dan dipahat, diatur dan digubah berupa utusan biasa, puisi, doa, mantera, perintah dan sebagainya. Alas di mana bentuk ragam hias tersebut wujud itu sendiri, kalau diterima sebagai indah berseni, adalah penerang makna yang baik. Sedangkan ragam hias yang bermakna ekstrinsik memerlukan pembantu untuk menerangkan makna yang terkandung di dalamnya.