1.1
Teori X dan Y Douglas McGregor
Douglas McGregor merupakan antara ahli-ahli teori yang banyak membincangkan tentang teori organisasi. Teori ini telah mengkategorikan manusia dalam dua keadaan iaitu ³X´ untuk memperihalkan tentang keadaan individu yang lebih kepada sifat yang negatif dan ³Y´ pula menjurus kepada individu yang melakukan perkara-perkara yang baik dan positif. Di dalam sesebuah organisasi akan melihat seseorang pekerja akan dapat dinilai daripada andaian tentang pekerja itu sendiri. Kemudian pengurus tersebut akan cuba membentuk subordinat mereka mengikut beberapa tret positif dalam diri pengurus itu sendiri. Komponen-komponen Utama Dalam Teori X dan Y Di dalam teori ini , terdapat komponen-komponen utama yang dilihat dan digunakan dalam mengkaji sesuatu keadaan dengan menggunakan teori ini, iaitu X dan Y. Teori perilaku ini adalah teori yang menjelaskan bahawa suatu tingkahlaku tertentu dapatmembezakan pemimpin dan bukan pemimpin di kalangan mereka sendiri. Konsep teori Xdan Y dikemukakan oleh Douglas McGregor dalam buku ³The Human Si de Ente En te rp ri se´di se ´di mana penguru pengurus s atau pem pemimpin impin organis organisasi asi memilik memilikii dua jenis jenis pandangan terhadap para pegawai dan kakitangan mereka iaitu teori X atau teori Y. a) Teori X Di bawah teori X, McDouglas menyatakanbahawa pada dasarnya manusia pemalas yang tidak suka bekerja serta suka mengelakkan diri dari pekerjaan dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Pekerja jenis ini mempunyai cita-cita yang kecil untuk mencapai tujuan tertentu tetapi dalam masa yang sama, dia mengharapkan balasan dan juga jaminan hidup yang tinggi. Dalam bekerja, pekerja ini perlu sentiasa diawasi, diancam serta diarahkan agar dapat bekerja.oleh itu, terdapat empat andaian yang dibuat oleh para pengurus terhadap pekerja seperti ini. b
Pekerja secara semulajadi tidak suka berkerja dan apabila terdapat kesempatan untuk berbuat demikian, mereka akan melakukannya.
b
Oleh sebab pekerja seperti ini tidak suka dengan kerja, mereka perlu dikerah dan dikawal atau diberi peringatan tentang hukuman yang diberikan sekiranya tidak melaksanakan tugas.
b
Pekerja seperti ini seringkali mengelakkan diri daripada diamanahkan untuk melakukan sesuatu tanggungjawab sama ada kecil atau besar dan pekerja ini memerlukan arahan untuk berkerja.
b
Pekerja dalam kategori ini menganggap bahawa pekerjaan adalah yang paling utama jika dibandingkan dengan keperluan ain yang tidak memepunyai cita-cita tinggi.
b) Teori Y Teori ini memiliki anggapan bahawa kerja adalah seuatu aktiviti yang perlu dilakukan oleh manusia. Pekerja dalam kategori ini mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi dalam mencapai matlamat dalam kerjaya mereka. pekerja seperti ini memiliki sifat kerja yang amat teratur dan mempunyai daya kerajinan yang tinggi, komited terhadap kerja yang diamanahkan serta bertanggungjawab. Teori Y mengklasifikasikan individu dalam kumpulan sebagai individu yang mempunyai banyak sifat yang positif dalam diri mereka. McGregor mengandaikan bahawa; b
Pekerja menganggap bahawa berkerja adalah satu perkara yang penting sama seperti aktiviti-aktiviti lain seperti sukan, berehat dan sebagainya.
b
Individu ini tidak memerlukan kawalan serta pemerhatian kerana individu seperti ini lebih suka berkerja dalam keadaan yang bebas dan tidak terkongkong. Ini dapat membantu mereka untuk berkerja dengan lebih komited kepada pencapaian objektif organisasi.
b
Inidividu seperti ini mempunyai usaha dan cepat belajar untuk menerima tanggungawab dalam melaksanakan dan menjalankna tugas yang diamanahkan dan seterusnya melakukan tugas itu dengan penuh amanah.
b
Individu ini mempunyai daya kerativiti dan keupayaan dalam membuat keputusan yang baik dalam pelbagai peringkat sama ada dalam fungsi pengurusan atau tidak.
Teori X dan Y merupakan satu teori anggapan seseorang pemimpin atau pengurus untuk menilai individu dalam sesebuah organisasi dalam mencari keputusan da n juga dijadikan sebagai salah satu bentuk penilaian terhadap pekerja-pekerja di bawahnya. Oleh yang demikian pengurus perlu memainkan peranan untuk menilai pekerja-pekerja secara betul supaya penilaian tersebut benar-benar tepat. W al a u p u n teori X dan teori Y ini mudah untuk digunakan dalam menilai s e s e o r a n g disebabkan ianya telah dibahagikan kepada dua komponen di mana X mewakili sikap yang negatif dan Y pula mewakili sikap yang positif, kadangkala wujud juga kesilapan dalam menilai seseorang tersebut kerana secara zahir teori ini hanya mampu menilai seseorang dari segi fizikal atau andaian luaran sahaja. Terdapat juga kebaikan dan keburukan aabila menggunakan teori ini dalam menilai seseorang. Kekuatan Teori X dan Y i.
Teori ini dapat dijadikan sebagai satu bentuk penilaian awal terhadap individu di mana dengan hanya melihat dari segi tingkah laku seseorang, ia dapat mengenal pasti individu tersebut berada dalam kategori X atau Y.
ii.
Andaian-andaian daripada teori ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengurus organisasi dalam usaha membentuk dan memotivasikan pekerja.
iii.
Boleh dijadikan sebagai pembuat keputusan.
iv.
Mengenalpasti individu-individu yang benar-benar komited dengan tugas yang diamanahkan dan juga individu-individu yang menganggap kerja hanya sebagai satu bentuk tanggungjawab yang perlu dilaksakakan dan tidak mempunyai harapan yang tinggi dalam kerjaya.
Keburukan Teori X dan Y i.
Teori ini hanya menilai individu dari segi luaran sahaja dan juga tingkahlaku yang dapat dilihat dari mata kasar.
ii.
Teori ini tidak membenarkan faktor kebolehan dari segi akademik mempengaruhi keputusan yang dibuat.
iii.
Seringkali wujud kesan halo ke atas penilaian yang dibuat oleh pihak pengurusan yang bersifat pilih kasih dan seterusnya menjurus kepada pemilihan keputusan yang tidak tepat.
iv.
Wujud jurang besar antara pekerja-pekerja yang dikategorikan sebagai perilaku Xdan perilaku Y.
v.
Teori ini tidak mementingkan tentang faktor kecekapan dalam diri individu yang dinilai.
vi.
Sesuatu keputusan akan menjadi silap sekiranya penilai tidak dapat membuat penilaian dengan berkesan dan tidak cekap.
2.1
Teori Max Webber Weber banyak menumpukan terhadap teori organisasi. Beliau berpendapat
bahawa organisasi berstruktur yang dipanggil birokrasi adalah yang paling baik. Kajian terhadap bentuk organisasi baru yang dibentuk melibatkan kelompok masyarakat dalam bilangan yang besar serta aktiviti yang menyeluruh merupakan idea Weber yang seringkali dikaitkan dengan birokrasi terhadap organisasi yang besar. Pada pandangan Weber, individu mempunyai tanggungjawab dan tugas yang tetap untuk dilaksanakan dengan menggunakan sumber dan kemudahan yang perlu bagi melaksanakan tugas tersebut. Bagi Weber, birokrasi wujud dalam semua organisasi berskala besar. Organisasi besar adalah sama, bersifat neutral dan perlu mempunyai matlamat atau halatuju sendiri. Ciri utama dalam teori Weber adalah kuasa hierarki yang digunakan dlam sesebuah organisasi yang melihat bagaimana sistem pengurusan berskala hierarki yang didokongi oleh pengurusan tinggi, pertengahan dan pekerja bawahan. Wujudnya
penyaluran kuasa dan arahan daripada pengurusan tertinggi kepada pekerja bawahan dilihat oleh Webber sebagai satu sumber dalam kaedah birokrasi. Selain itu, ditekankan juga mengenai hubungan antara pegawai atasan dan pekerja bawahan di samping hak mengawal dan penyeliaan antara kedua-duanya tleha dikuhususkan. Teori birokrasi Webber menggambarkan tentang wujudnya pembahagian tugas atau pengkhususan kerja. Skop tugasan kerja dibahagikan atau dikhususkan kepada jabatan-jabatan tertentu dan ianya melibatkan setiap bahagian dalam sesebuah organisasi. Sehubungan itu, setiap jabatan mempunyai fungsi khusus yang membuat kerja secara terpusat dan memfokus kepada satu arahan sahaja. Dalam teori birkrasi yang dibentuk Max Weber, aspek peningkatan gred ke jawatan yang lebih tinggi atau enaikan pangkat adaah berasaskan kepada pencapaian, kelayakan, kecekapan, pengalaman dan kekananan seseorang pegawai itu. Kaedah sisitem meritokrasi digunapakai bagi mengelakkan wujud unsur pilih kasih dalam pemilihan. Kelayakan seeoarang pegawai awam diukur melalui kelayakan dan kecekapan dalam menghasilkan produktiviti yang tinggi bagi mecapai matlamat dan tujuan organisasi bagi melahirkan pegawai awam yang berkemampuan dan berkebolehan. Weber berpendapat bahawa pegawai awam atau pentadbir tidak boleh mementingkan diri sendiri dan perlu berkerjasama serta perkongsian idea bagi mencapai matlamat dan tujuan sesebuah organisasi. Weber juga menekankan aspek kebajikan dan tanggungjawab seorang pentadbir terhadap pekerja-pekerjanya. Tanggungjawab yang ditunaikan melalui sistem pemberian ganjaran, bonus dan insentif adalah penting dalam meningkatkan produktiviti dan penghasilan mutu kerja yang baik. Birokrasi Weber juga merujuk kepada unsur chain of command dalam
pentadbiran iaitu dikatakan sebagai seorang pegawai itu
hanya perlu memberi arahan kepada pekerja bawahannya sahaja dan pekerja hanya menerima arahan daripada pegawai atasannya sahaja. Rangkaian arahan dan pusingan kerja adlah terhad dan khusus kerana benda dalam lingkungan tertentu walaupun organisasi itu adalah besar. Arahan secara dokumen bertulis digunapakai secara berterusan dan kerap juga merupakan ciri birokrasi Weber di mana setiap arahan kerja atau panduan kerja perlu dilaksanakan di dalam bentuk bertulis.
3.1
Teori Henry Fayol
Henry Fayol merupakan pelopor dan penyumbang kepada pendekatan teori organisasi kalsikal yang terkemuka. Beliau merupakan orang pertama yang telah mensistematikkan pengurusan. Beliau juga telah mengenal pasti fungsi utama pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisaisan, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan. Henry Fayol telah memperkenalkan 14 prinsip utama pengurusan dalam teorinya, iaitu; a) Pembahagian kerja Tujuan dari pembahgian kerja ini adalah menghasilkan pekerjaan yang lebih banyak dan lebih dengan usaha yang sama. Dengan adanya pembahagian tugas dalam bidang-bidang tertentu ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti kerja. b) Autoriti dan tanggungjawab: hak untuk memberi arahan Authoriti di dalam pengurusan sangat diperlukan ketika melaksanakan kegiatan perusahaan. Disamping autoriti, tanggung jawab (responsibility) juga diperlukan. Autoriti adalah hak dari para pengurus untuk memberi arahan dan juga berhak menuntut ketaatan dari yang diperintah. Autoriti di satu pihak menimbulkan tanggung jawab kepada pihak lain, iaitu tanggung jawab untuk melaksanakan perintah. Ada dua bentuk autoriti iaitu: autoriti formal dan autoriti pribadi. Autoriti atau kekuasaan formal adalah autoriti yang diperolehi dari pihak atasannya untuk memberi arahan kepada orang lain. Autoriti pribadi adalah autoriti yang didapat oleh seseorang kerana pengetahuannya, pengalamannya, dan sebagainya. c) Disiplin: pekerja yang berdisiplin menjamin kejayaan organisasi Disiplin adalah tindakan melakukan apa yang sudah menjadi komitmen secara bersama baik antara pimpinan dengan bawahan mahupun sesama anggota pengurusan. Disiplin ini sangat penting kerana suatu usaha tidak akan berhasil
tanpa adanya displin. Prinsip ini menekankan bahawa anggota sesuatu organisasi harus menghormati peraturan dalam organisasi itu. d) Keselarasan arahan: seharusnya arahan dari satu pihak sahaja Setiap orang dalam organisasi hanya menerima perintah dari satu atasan saja. e) Keselarasan arah tuju: objektif yang satu Untuk mencapai suatu tujuan bersama, perlu adanya keselarasan arahan, agar tidak terjadi perbezaan arahan yang menyebabkan tujuan tersebut tidak tercapai. Hanya ada satu orang pemimpin dengan satu objektif organisasi. f) Mengutamakan kepentingan organisasi Kepentingan umum dan tujuan bersama merupakan keutamaan lebih daripada kepentingan peribadi. Semua anggota organisasi harus selalu mengutamakan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadinya. Hal ini harus dilakukan kerana tanpa komitmen seperti itu, suatu organisasi tidak dapat maju dan berkembang. g) Pembayaran upah Penghargaan (pemberian upah yang sepadan) merupakan ransangan bagi pekerja untuk dapat bekerja dengan baik dan dapat memenuhi objektif organisasi. Pemberian upah ini harus sesuai dengan usaha yang telah dikeluarkan dan seboleh-bolehnya memuaskan kedua belah pihak. h) Penurunan kuasa: kepada kakitangan bawahan untuk menjalankan tugas dengan berkesan Sentralisasi atau Desentralisasi dapat digunakan bergantung kepada seberapa besar sesuatu organisasi tersebut. Apbila suatu organisasi sudah berkembang pesat
dan menjadi besar maka desentralisasi diperlukan disamping sentralisasi dengan adanya pemusatan kekuasaan, iaitu pada ketua pengurusan. i) Rantai pemerintahan;melalui aliran komunikasi formal dalam organisasi Prinsip ini mempermudah komunikasi antara pegawai. j)
Susunan kakitangan Penempatan orang dan penempatan pekerjaan haruslah sesuai dengan keperluan.. Maksud dari prinsip ini adalah manusia dan bahan-bahan harus berada ditempat dan pada waktu yang tepat.
k) Keseimbangan layanan bagi melahirkan ketaatan kepada organisasi Dalam usaha merangsang pekerja dalam melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh setia, perlu wujud sifat keramahan dan keadilan. Maksud prinsip ini adalah para pengurus harus bersikap adil terhadap semua ahli bawahannya dalam setiap hal. l) Kestabilan personel: firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. m) Inisiatif: kakitangan diberi kebebasan untuk memajukan dan mengimplementasikan rancangan Sumber kekuatan perusahaan adalah adanya insiatif di kalangan orang atasan dan bawahan, khususnya pada masa-masa yang sukar. Setiap anggota dalam organisasi berhak diberi kesempatan merancang dan melaksanakannya. n) Kekitaan; keharmonian dalam kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi.
RUJUKAN http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=teori+pengurusan+max+weber&source=web&cd=5&ved =0CEQQFjAE&url=http%3A%2F%2Fwww.ppl.upm.edu.my%2Findex2.php%3Foption%3Dcom_docman% 26task%3Ddoc_view%26gid%3D6053%26Itemid%3D1&ei=eaEVTeUGNHjrAejt8XnAQ&usg=AFQjCNFqOAHmBlTa4ovK9fOJgzfNmEchew http://www.scribd.com/doc/22755817/Bincang-teori-birokrasi-Max-Weber-Sejauh-manakah-teori-inirelevan-dalam-konteks-pentadbiran-awam-masa-kini
http://www.scribd.com/doc/21292034/Tugasaan-Organisasi-Dan-Masyarakat-DalamTeori-Mc-Gregor-Teori-X-dan-Y http://www.scribd.com/doc/51450240/Teori-X-dan-Teori-Y-McGregor http://enikkirei.multiply.com/journal/item/115?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem http://wartawarga.gunadarma.ac.id/2009/11/teori-x-dan-teori-y-douglas-mc-gregor/ http://eng.upm.edu.my/~zleman/kmp3903ch1.html