Topik Pendidikan
10
asmani Suaian
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
Menghu Menghura raik ikan an kons konsep ep,, defi definis nisii dan dan ma matl tlam amat at Pend Pendid idik ikan an Jas Jasma mani ni suaian;
2.
Mengh Menghura uraika ikan n keper keperlua luan n orang kurang upaya; dan
3.
Menghu Menghura raika ikan n kat kateg egori ori pelaj pelajar ar dala dalam m pel pelak aksa sanaa naan n Pend Pendid idik ikan an Jasmani Jasmani suaian. suaian.
psik psikol ologi ogi
dan dan
pengub pengubah ahsua suaia ian n
PENGENALAN Menurut Mahmod Nazar (2000), golongan istimewa ditakrifkan sebagai pelajar yang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental. Kanak-kanak istimewa ini tidak seharusnya terpinggir dalam kurikulum sekolah. Bagi mengelakkan pelajar istimewa terasa terpinggir, pelajar istimewa akan mengikuti kurikulum sekolah biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan khas.
10.1
KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT
Golongan istimiwa juga merupakan golongan yang berhak untuk mempelajari dan mengaplikasikan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan. Kanak-kanak istimewa tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi pendidikan.
202
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Memandangkan keupayan golongan ini yang agak terhad dalam mata pelajaran, maka Pendidikan Jasmani suaian diperkenalkan. Disebabkan ciri-ciri istimewa golongan ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka perlu disesuaikan mengikut batasan keperluan. Penyesuaian yang dimaksudkan ialah menyediakan kemudahan, alatan, objektif dan aktiviti yang menepati keperluan.
10.1.1
Definisi Pendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Pendidikan Jasmani suaian membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau batasan. Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.
10.1.2
Konsep Pendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional, bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan Pendidikan Jasmani suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.
10.1.3
Matlamat dan Tujuan
Bersesuaian dengan Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia, iaitu untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanakkanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan.
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
203
Pendidikan Jasmani suaian mempunyai persamaan matlamat dan tujuan dengan Pendidikan Jasmani yang di perkenalkan di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani suaian bermatlamat menyediakan keperluan Pendidikan Jasmani kepada pelajar istimewa. Berdasarkan maklumat tersebut objektif-objektif pengajaran bagi pelajar istimewa haruslah nyata, bermakna dan dirancang untuk jangka masa yang pendek. Objektif ini mempunyai dua komponen iaitu:
Tingkah laku yang dapat diperhatikan; dan Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali berdasarkan peratus gerak balas.
Ciri-ciri objektif pengajaran yang dicadangkan bersesuaian dengan Pendidikan Jasmani Suaian ialah: (a)
Khusus: Pelajar dapat memberi tumpuan selama 75 peratus ketika bermain bola;
(b)
Pencapaian utama yang di inginkan: Pelajar akan dapat berjalan diatas palang;
(c)
Tingkah laku yang dapat diperhatikan: Pelajar akan dapat berbaris menunggu giliran masing-masing;
(d) Kriteria pencapaian yang jelas. Contohnya tiga orang pelajar dapat membaling kearah gol dengan tepat; (e)
Syarat-syarat yang sesuai. Contohnya tiga orang pelajar dapat membaling ke arah gol dengan tepat dari jarak satu meter;
(f)
Objektif haruslah berorentasi pelajar; dan
(g)
Jangka masa yang diperlukan untuk mencapai setiap objektif berbeza dari satu hari ke satu hari.
Selain daripada objektif pembelajaran, dalam program Pendidikan Jasmani suaian, objektif psikomotor juga perlu diberi perhatian. Aspek yang menjadi tumpuan utama dalam program Pendidikan Jasmani Suaian dari sudut psikomotor berkaitan fizikal, motor, kecergasan dan permainan. (a)
F Pendidikan ini lebih memberi tumpuan kepada aspek struktur anotomi individu, kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina bagi membolehkan individu mengalami perkembangan, pertumbuhan dan
204
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
kematangan motor bersesuaian dengan umur. Kawalan postur juga menyediakan pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks. Tumpuan utama dalam latihan fizikal ini ialah dua aspek iaitu postur statik dan juga postur yang dinamik. (b)
M Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan motor. Aspek motor juga tertumpu kepada perihal kualiti pergerakkan individu dan perlakuan harus ke arah mencapai tahap berkemahiran. Faktor asas yang terlibat ialah: (i)
Imej tubuh;
(ii)
Kawalan objek;
(iii) Orientasi spatial (ruang); (iv) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor; (v)
Perkembangan kemahiran; dan
(vi) Kecergasan. (c)
P Secara tradisinya aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi. Permainan merupakan tempat untuk pelajar mengaplikasikan aspek fizikal, motor dan kecergasan. Aktiviti permainan memberi ruang kepada pelajar istimewa melibatkan diri dalam berkomunikasi dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.
SEMAK KENDIRI 10.1 Nyatakan definisi dan matlamat Pendidikan Jasmani suaian.
TOPIK 10
10.2
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
205
KEPERLUAN PSIKOLOGI DAN PENGUBAHSUAIAN SIKAP ORANG KURANG UPAYA
Orang istimewa mempunyai keperluan hidup seperti manusia biasa. Seperti yang digambarkan mengikut Maslow (1970), keperluan hidup manusia tersusun mengikut hieraki iaitu keperluan hidup, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan ego dan penghormatan juga keperluan kendiri.
10.2.1
Konflik Pelajar Istimewa
Namun setelah mengetahui serta menyederi kekurangan yang ada pada diri sendiri, pelajar istimewa ini akan cuba mengasingkan diri, merasa malu, rendah diri, kurang yakin serta bimbang terhadap masa depan yang serba kekurangan. Pandangan negatif masyarakat, ibubapa, keluaraga dan rakan-rakan menjadikan keadaan lebih buruk. Di antara sikap negatif orang normal yang memburukkan lagi keadaan termasuklah: (a)
Kegelisahan atau keraguan melayan orang yang kurang upaya dalam interaksi;
(b)
Tidak menerima orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada masyarakat serta mengasingkan mereka daripada masyarakat;
(c)
Mengambarkan orang kurang upaya sebagai orang yang terlalu tidak berupaya dan mengharapkan simpati daripada masyarakat;
(d)
Menafikan hak orang kurang upaya dalam masarakat contohnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan; dan
(e)
Mengejek, mencaci serta merendahkan nama baik orang kurang upaya.
Sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan, masyarakat dan institut pendidikan amat penting untuk mengembalikan sifat positif serta keyakinan diri kepada orang kurang upaya.
206
TOPIK 10
10.2.2
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Pengubahsuaian Sikap terhadap Situasi Ketidakupayaan
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi ke tidak upayaan populasi khas melibatkan interaksi kompleks iaitu di antara pihak keluarga dan juga sekolah. (a)
P Keluarga merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan proses penyesuaian pelajar istimewa. Keluarga perlu menerima situasi atau batasan yang wujud apabila salah seorang daripada ahli keluarga mereka merupakan kalangan orang kurang upaya. Di antara faktor-faktor yang perlu dielakkan ialah: (i)
Pengasingan orang kurang upaya dengan masyarakat;
(ii)
Penolakkan yang dicerminkan oleh hasrat ibu bapa untuk menghantar orang kurang upaya ke asrama berasaskan dasar pengasingan;
(iii) Pelindungan yang terlampau, oleh kerana rasa takut terhadap kekurangan ahli keluaraga yang kurang upaya. Golongan orang kurang upaya tidak dibenarkan keluar dan bercampur dengan masyarakat; (iv) Mengharapkan perubahan yang drastik dari slot pemulihan; dan (v)
(b)
Sifat terlalu kasihan dan bersimpati sehingga tidak memberi ruang orang kurang upaya berdikari.
P Sekolah merupakan tempat membina masyarakat. Guru merupakan faktor major bagi kejayaan proses penyesuaian di sekolah. Guru seharusnya menanam sikap menerima, memahami dan membantu dalam kalangan pelajar normal terhadap pelajar kurang upaya. Langkah utama yang guru perlu lakukan ialah melenyapkan rasa janggal, menyusahkan dan hina dalam kalangan pelajar normal terhadap pelajar kurang upaya. Di antara faktor-faktor yang perlu dielakkan oleh pihak sekolah ialah dengan melakukan perbandingan yang ketara antara pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa. Langkah-langkah berikut perlu bagi mewujudkan sifat positif dikalangan dua golongan pelajar ini:
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
207
(i)
Tidak memfokuskan keupayaan yang sedia ada pada populasi;
(ii)
Membuat keputusan yang tetap dalam pengurusan tingkah laku. Konsep ganjaran dan dendaan yang sama dengan populasi yang lain; dan
(iii) Memupuk kefahaman pemikiran mengenai kesamaan peluang dalam masyarakat.
10.2.3
Pengubahsuaian Kurikulum di Sekolah
Sistem pembelajaran seharusnya memberi peluang yang sama rata antara golongan pelajar. Kurikulum yang dirancang bagi setiap pelajar seharusnya sama bagi mengelak rasa tersisih di kalangan pelajar. Memandangkan keupayaan fizikal dan mental yang terhad, satu penyesuaian kurikulum perlu dirangka untuk membenarkan golongan kurang upaya ini dapat belajar seperti kanak-kanak biasa. Dalam Pendidikan Jasmani pengajaran yang disesuaikan dengan golongan ini dikenali sebagai Pendidikan Jasmani Suaian. Keupayaan pelajar kurang upaya menyertai sesatu aktiviti Pendidikan Jasmani atau sukan akan memberikan mereka motivasi atau semangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
AKTIVITI 10.1 Ringkaskan faktor-faktor yang perlu dielakkan oleh keluarga bila berhadapan dengan pelajar istimewa.
10.3
KATEGORI PELAJAR DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Jasma dan French (1994), telah memperkenalkan hieraki dalam menentukan kedudukan penempatan pelajar istimewa didalam kelas. Terdapat 2 tahap pelajar iaitu: (a)
T Pada tahap berasingan pelajar ini dipisahkan dengan pelajar normal secara keseluruhan. Pengajaran pada tahap ini membolehkan guru memberi perhatian sepenuhnya kepada golongan pelajar istimewa ini.Tahap ini
208
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
akan memudahkan guru merancang aktiviti yang bersesuaian bagi golongan pelajar. Tahap berasingan di bahagikan kepada tiga kategori seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 10.1. : Tiga Kategori Tahap Berasingan
Institusi Khas
Pelajar ini di kumpulkan dalam satu kelas dan juga satu sekolah yang mempunyai ketidakupayaan yang sama. Contoh institusi ini ialah sekolah kanak-kanak buta.
Program Bersendirian Khas
Dalam program ini pelajar akan berada di rumah, pakar atau guru akan datang mengajar, melawat dan merawat pelajar ini. Pelajar akan dikawal oleh keluarga secara sepenuhnya.
Program Berasingan di Sekolah Khas
Pelajar istimewa dari pelbagai kategori dalam satu daerah atau kawasan dikumpulkan untuk belajar dalam satu sekolah. Contoh institusi ini ialah sekolah pendidikan khas.
(b)
T Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar penggabungan ke dalam sekolah atau bilik darjah biasa untuk memberi peluang pelajar istimewa ini menikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal. Integrasi ini memberi peluang kepada pelajar kurang upaya menikmati segala kemudahan dalam keadaan normal seperti pelajar biasa yang lain. Menurut Bariah (1995), pendidikan inkluksif akan dapat: (i)
Memberi kesedaran kepada pelajar normal tentang kehadiran kanakkanak istimewa;
(ii)
Memberi peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan seterusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan; dan
diri
(iii) Dapat meningkatkan konsep kendiri dan menyakinkan kanak-kanak istimewa bahawa mereka standing dengan kanak-kanak normal. Tahap integrasi boleh dibahagikan kepada tiga seperti yang telah dijelaskan di dalam Jadual 10.2.
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
209
: Tiga Kategori Tahap Integrasi
Program Khas Sepenuh Masa
Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi semua matapelajaran.
Program Khas Sepenuh Masa yang Diawasi
Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi semua matapelajaran tetapi diawasi oleh seorang guru.
Program Khas Separuh Masa
Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi matapelajaran tertentu sahaja.
10.3.1
Pelaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian
Selain daripada mengetahui kedudukan kategori pelajar, dalam melaksanakan program Pendidikan Jasmani Suaian, guru juga perlu memilih pendekatan yang bersesuaian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori. (a)
P Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani ini menerusi kategori adalah berdasarkan pengkelasan keupayaan spesifik individu dalam populasi khas. Pendekatan kategori ini khusus dikelaskan kepada keupayaan spesifik yang sama. Pendekatan kategori ini amat berkesan dalam urusan pentadbiran dan tujuan pembiayaan program, selain daripada menumpukan kepada ketidak upayaan spesifik. Pelbagai jenis kategori yang boleh kita gunakan dalam mengkategori pelajar istimewa di antaranya ialah: (i)
Kategori yang melibatkan ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas dan dijelaskan dengan lebih umum. Contohnya cacat pendengaran sebagai satu kumpulan.
(ii)
Kategori berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana ia melibatkan keupayaan motor dan ujian kemahiran.
210
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
(iii) Kategori melibatkan ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan yang normal. Kategori ini melibatkan pencapaian individu dalam proses perkembangan motor. Keadaan di mana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimana sensori, integrasi dan respon motor terjejas. Individu yang terjejas fungsi penglihatan atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan dari segi sensori (cacat visual). Individu yang mengalami masalah pembelajaran (learning disability ) digolongkan dalam ketidakupayaan integrasi (rencat mental). Individu yang mengalami masalah fizikal dan neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan kecacatan neuorologi (respon motor ). (b)
P Pendekatan ini tidak berdasarkan kategori ketidak upayaan spesifik. Pendekatan tanpa kategori lebih kepada tahap keupayaan motor dan pengkhususannya. Pendekatan ini lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebih luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan di dalam bidang pendidikan kerana dapat menghindarkan tanggapan yang negatif terhadap golongan kurang upaya. Pendekatan tanpa kategori juga bertujuan mengurangkan fokus terhadap kategori tradisional. Pendekatan tanpa kategori mengemukakan sistem kategori alternatif. Keadaan di mana kurangnya kes ketidakupayaan psikomotor digolongkan kepada tahap-tahap seperti ringan (mild ), sederhana (moderate ), serius (severe ) dan teruk ( profound ). Di antara ujian-ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks Oseretsky dan Ujian Motor Kasar Ulrich. Kanak-kanak istimewa dalam kes-kes yang ringan dilihat sebagai mempunyai keupayaan untuk berfungsi secara lebih baik berbanding kanak-kanak istimewa yang mempunyai kes yang serius dan teruk. Pendekatan seumpama ini adalah dianggap menggalakkan proses pembelajaran dan keupayaan untuk berfungsi, jika dilihat dari perspektif perkembagaan yang meliputi keseluruhan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Sistem tanpa kategori ini memfokuskan kepada keupayaan individu (bukan label spesifik) untuk menjalani program pendidikan khas. Semua kes kurang upaya atau tidak upaya digolongkan sebagai ketidakupayaan perkembangan (development disability ). Pendekatan tanpa kategori ini melibatkan penilaian seseorang individu berdasarkan tahap fungsi biologi atau motor. Sistem kategori ini tidak melibatkan ketidakupayaan yang spesifik.
TOPIK 10
10.3.2
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
211
Penilaian Keupayaan Motor
Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani Suaian bagi pelajar pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor. Proses yang terlibat ialah:
Mengumpul data berdasarkan ujian dan rekod;
Menginterpretasi data melalui proses analisis; dan
Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian, seharusnya berlandaskan empat tujuan spesifik utama iaitu, sila rujuk Rajah 10.1.
: Empat tujuan spesifik perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian
Sekarang, mari kita bincang tujuan-tujuan tersebut dengan lebih lanjut. (a)
P Proses ini juga digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi program biasa. Proses penapisan dan rujukan akan menentukan mana-mana kumpulan pelajar yang memerlukan pengujian lanjut. Sewaktu proses penapisan, pilihan aktiviti mesti disesuaikan dengan matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Di antara aktiviti yang popular untuk proses ini adalah: (i)
Imbangan;
(ii)
Kemahiran mengawal bola (dribble );
212
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
(iii) Koordinasi bilateral; (iv) Kawalan motor visual; (v)
Kemahiran berbasikal; dan
(vi) Sukan dan permainan. (b)
D Proses penilaian ini adalah bersifat individu dan intensif, proses ini dikendalikan oleh mereka yang terlatih. Dalam program Pendidikan Jasmani Suaian, penilaian diagnosis bertujuan untuk menentukan penempatan khas yang sesuai bagi membolehkan individu yang terlibat mengikuti program Pendidikan Jasmani yang dirangkakan. Untuk itu 2 model telah digunakan sebagai panduan untuk penilaian: (i)
Model IEP (Individual Educational Program ); dan
(ii)
Model REI (Regular Educational Initiative ).
(c)
P Proses penilaian ini dijalankan selepas selesai proses penempatan pelajar. Proses ini dipandu oleh matlamat Falsafah Pendidikan Negara (JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang spesifik proses ini juga merupakan bentuk penilaian yang berterusan.
(d)
K Merupakan proses penilaian bagi membezakan dan menentukan sesuatu klasifikasi keupayaan berdasarkan keadaan kesihatan (medical condition ) serta keupayaan pelajar.
Penggunaan bateri ujian ini amat popular di dalam program Pendidikan Jasmani khas. Bateri ujian telah digunakan sejak tahun 50an lagi: (i)
50Ê an Ujian Kecergasan Kraus Weber
(ii)
60Ê an Ujian Kecergasan AAHPER
(iii) 70Ê an Ujian Kecekapan Motor Bruiniks Oseretsky (iv) 80Ê an Ujian Kemahiran Motor Ulrich (Kemahiran Motor Kasar) dan Inventori Kemahiran Motor Warden dan Bruniks (v)
90Ê an Sistem Pemprograman Penilaian dan pentafsiran Bricker
TOPIK 10
10.3.3
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
213
Konsep dalam Pendidikan Jasmani Suaian
Dalam Pendidikan Jasmani Suaian terdapat tiga konsep yang digunakan iaitu sila Rujuk Rajah 10.2.
: Tiga konsep pendidikan jasmani suaian
Mari kita bincang konsep-konsep ini dengan lebih lanjut. (a)
K Manusia normal mengalami perkembangan fizikal yang seiring dengan umur kronologi. Masalah utama di dalam pengendalian populasi pelajar istimewa ialah perkembangan fizikal mereka tidak sama dengan umur kronologi. Perkembangan fizikal pelajar istimewa bergantung kepada umur perkembangan. Contohnya ada pelajar yang mempunyai umur kronologi 12 tahun tetapi dilihat dari segi perkembanganya fizikalnya umur perkembanganya hanya 7 tahun. Pendekatan perkembangan ini memberi tumpuan kepada pengajaran kemahiran berdasarkan kematangan individu dan bukan pencapaian individu. (i)
K Terdapat satu keselanjaran pengembangan dalam mengkelasan kemahiran fizikal. Kemahiran fizikal boleh diperluaskan kepada bidang seperti kecergasan, kemahiran motor asas, akuatik serta aktiviti individu dan berkumpulan.
(ii)
P Keselanjaran perkembangan bagi aspek kekuatan otot boleh di bina berdasarkan keupayaan menghadapi rintangan progresif seperti yang telah dinyatakan di dalam Rajah 10.3.
214
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Tahap perkembangan kekuatan individu mengikut De Lorrne & Watkins (1951)
Jadual 10.3 menerangkan tahap-tahap ini satu persatu. : Tahap Perkembangan Kekuatan Individu
Tahap Pasif
Pada tahap ini guru perlu menggerakkan pelajar mengikut julat pergerakan yang mampu dihasilkan. Pergerakan pelajar ini bergantung sepenuhnya kepada guru.
Tahap Bantuan
Pelajar yang berada pada tahap ini bergantung separa kepada bantuan guru. Pelajar ini berupaya menggerakkan beberapa sendi dengan sendiri tanpa bantuan guru.
Tahap Aktif
Pada tahap ini pelajar mampu mencapai julat pergerakan yang lengkap. Pelajar ini hanya bergantung sedikit saja pada bantuan guru. Pada tahap ini pelajar sudah mencapai kekuatan dan fleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK).
Tahap Rintangan
Peringkat ini merupakan permulaan kemampuan bagi pelajar menipulasi daya isometrik dan isokinetik .
(iii) P Perkembangan motor mengkaji perubahan-perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku s (lahir sehingga kematian), sila rujuk Rajah 10.4.
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
215
Perkembangan motor individu
Dalam Pendidikan Jasmani Suaian, perkembangan motor amat perlu kerana: •
•
•
pengetahuan
mengenai
Pengetahuan mengenai perkembangan motor menyediakan maklumat mengenai keadaan dan urutan perkembangan kemahiran motor asas yang normal. Perkembangan ini berkaitan dengan hasil kematangan biologi dan interaksi persekitaran; Memberi „insight ‰ mengenai kewujudan faktor-faktor perbezaan individu dari segi kadar perkembangan dan pembentukan kemahiran motor spesifik; dan Pengetahuan mengenai perkembangan motor memberi idea terhadap perkembangan kemahiran normal bagi populasi individu berkeperluan istimewa.
Dari segi praktikal, pengetahuan mengenai perkembangan motor membolehkan: •
•
Proses penilaian dan pengukuran normatif dalam membantu proses mengenalpasti. Contohnya kes-kes seperti kecacatan neurologi motor dan kes-kes bakat atau kebolehan luar biasa. Perkembangan motor membolehkan guru merancang kesediaan dan cabaran baru bagi pelajar (dalam konteks pengalaman pembelajaran); dan Menonjolkan kepentingan praktikal dan latihan serta amalan aktiviti fizikal dalam proses perolehan dan pengekalan prestasi motor.
216
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
(iv) A Aktiviti individu dan kumpulan merupakan keperluan kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti permainan. Kanak-kanak istimewa perlu dikenali keupayaannya. Setelah mengenali keupayaan pelajar, guru boleh merancang jenis serta tahap permainan yang diceburi. (b)
K Konsep ini memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian (instruction ). Konsep ini cukup terkenal dalam program Pendidikan Jasmani Suaian di negara maju. Proses pendidikan adalah berteraskan penyampaian yang memberi penekanan kepada keperluan individu. Kemahiran penyampaian berlandaskan konsep individu adalah dipupuk menerusi aplikasi konsepkonsep perkembangan dan fungsi dalam perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian. Pada dasarnya, konsep pendidikan yang dikemukakan adalah berpusatkan kepada pelajar. Secara amnya, aplikasi konsep ini melibatkan: (i)
Penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sesuatu pengajaran;
(ii)
Penilaian melalui one - to me , kumpulan kecil atau kumpulan yang besar; dan
(iii) Isi pengajaran yang berbeza mengikut spesifik murid. (c)
K Strategi pengajaran ini diaplikasikan bagi pelajar di mana perkembangan motor individu berada pada tahap yang amat rendah berbanding pelajar biasa. Konsep ini hanya diambil kira sekiranya jurang diantara umur perkembangan dengan umur kronologi adalah terlalu jauh.
Program yang hendak dijalankan adalah berasaskan komuniti: (i)
Berfokuskan terhadap kemahiran-kemahiran motor yang kritikal dalam konteks interaksi sosial. Kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan individu yang terlibat berinteraksi dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya berlari, berjalan dan melompat.
(ii)
Meminimumkan ketidakupayaan yang dialami oleh individu yang terlibat dalam program pembelajaran secara ansur maju.
(iii) Kesesuaian aktiviti yang perlu dijalankan bersesuaian dengan peringkat umur pengembangan individu.
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
217
(iv) Kebebasan untuk memilih dalam konteks pembangunan kemahiran yang dirasakan perlu dikuasai.
AKTIVITI 10.2 Dalam Pendidikan Jasmani suaian, pengetahuan perkembangan motor amat perlu. Bincangkan.
mengenai
Mahmod Nazar (2000), menyatakan yang golongan istimewa ditakrifkan sebagai pelajar yang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental. Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia, adalah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Aspek yang menjadi tumpuan utama dalam program Pendidikan Jasmani Suaian dari sudut psikomotor berkaitan fizikal, motor, kecergasan dan permainan. Sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan, masyarakat dan institut pendidikan amat penting untuk tidak meminggirkan atau memberi sebarang pandangan atau sikap negatif kepada orang kurang upaya. Apabila pelajar kurang upaya menyertai sesatu aktiviti Pendidikan Jasmani atau sukan, ini akan memberikan mereka motivasi atau semangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
218
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Jasma dan French (1994), memperkenalkan hieraki dalam menentukan kedudukan penempatan pelajar istimewa didalam kelas iaitu: (a)
Tahap Berasingan; dan
(b)
Tahap Integrasi Persekitaran.
Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori. (a)
Pendekatan Kategori; dan
(b)
Pendekatan Tanpa Kategori.
Perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian, adalah berlandaskan empat tujuan spesifik iaitu: (a)
Penapisan dan Rujukan (Screening and Reference );
(b)
Diagnosis dan Penempatan (Diagnosis and Placement );
(c)
Pengajaran dan Kemajuan Pelajaran; dan
(d)
Klasifikasi Sukan (Sport Classification ).
Tiga konsep yang digunakan di dalam Pendidikan Jasmani Suaian adalah: (a)
Konsep Perkembangan (Development Concept );
(b)
Konsep Individu (Indualisation Concept ); dan
(c)
Konsep Fungsi (Fungsional Concept ).
Cacat visual
Motor
Learning disability
Pengubahsuaian
Fizikal
Permainan
Kecacatan neuorologi
Umur perkembangan
Kurang upaya
Umur kronologi
TOPIK 10
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
219
1.
Cirikan sifat objektif pembelajaran bagi pelajar isitimewa.
2.
Jasma dan French (1994) telah memperkenalkan hireaki dalam menentukan kedudukan penempatan pelajar dalam kelas. Terdapat 2 tahap pelajar dalam hierarki. Cirikan.
3.
Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani suaian bagi pelajar pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor. Proses yang terlibat ialah:
4.
Nyatakan hirarki dalam tahap penyampaian (dalam proses pengajaran) bagi konsep individu.
5.
Perlaksanaan proses penilaian program keupayaan motor Pendidikan Jasmani suaian ini, seharusnya berlandaskan 4 tujuan spesifik yang utama iaitu:
1.
Aspek yang menjadi tumpuan utama di dalam program Pendidikan Jasmani suaian ialah dari sudut psikomotor. Cirikan tiga komponen dari aspek ini.
2.
Cirikan sikap negatif orang normal yang memburukan lagi keadaan psikologi orang kurang upaya.
3.
Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar di integrasikan kedalam sekolah biasa atau bilik darjah biasa bagi memberi peluang pelajar ini menikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal. Nyatakan kebaikan menggunakan kaedah ini.
4.
Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori cirikan pendekatan ini.
5.
Nyatakan definisi umur kronologi dan umur pengembangan.
6.
Huraikan pengkelasan pengembangan kekuatan otot dalam kalangan pelajar istimewa.