Sejarah Pengasas Palang Merah Jean Henry Dunant Bapa Palang Merah dilahirkan pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.
Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria.
Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland. Bapanya ahli perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon. Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkanmasa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin.
Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846 Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakanrakan telah menubuhkan dan pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang menderita. Dia melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai kerja sukarela lain.
Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis untuk mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut namun pada tahun yang sama Henry Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup wang Lullin und Sautter.
Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah bankrap seperti firma kewangan CriditGenevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu GustaveMoynier telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC. Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868 juga Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada GustaveMoynier dan Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayarseparuh hutang-hutang Henry Dunant jika kawsan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier.
Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (18701871) dia mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia bekerja di sebuah perpustakaan.
Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia semakin dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva.
Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan kewangan dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1997. Pada 30 April 1892 beliau terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya
Susanna. Rene, iaitu anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry Dunant kepada bapanya Wilhelm Sonderegger.Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi GustaveMoynier tetap memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun. Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henryunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak itu kepadanya.
Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman dan akhirnya dia terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum.
Ironinya, Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai. Henry Dunant dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada pemiutang-pemiutang.
Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
Sejarah Penubuhan Palang Merah Sejarah penubuhan Palang Merah di dunia Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.Inisiatif Henry Dunant ialah : i.
Membantu tentera yang cedera dan sakit.
ii.
Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan.
iii.
Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara.
iv.
Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit .
v.
Menggunakan kempen dan slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan bersaudara) Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delleStiviere.
vi.
Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis.
Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu: i.
Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
ii.
Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. 1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada
ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan cadangan utamanya, “Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu tentera yang cedera.” Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undangundang GustaveMoynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat
Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah Gustave Moynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir.
Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC). Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi, perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-ideanya 'organisasi sukarela'. Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier.
Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran beliau sendiri. Konvensyen
Geneva
1964
juga
berdasarkan
cadangan
Henry
Dunant
dan
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini. Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu Palang Merah yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam.
Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah di Malaysia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negerinegeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia dan dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengankebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan palang Merah di semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu akta parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya red Cross Society (Incorporation) Act of Parliament (Act No. 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak di bawahnya, telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysia red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malasyia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965. iii. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysia Red Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).