RUBRIK PENSKORAN SEJARAH SPM Soalan 1 Panduan Penskoran: Soalan
Respon yang dihasratkan
Skor
1(a)
Memahami dan mengaplikasi fakta sejarah dan membuat perkaitan dengan situasi sekarang / semasa.
6
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan
0
Pernyataan umum berdasarkan gambar / pengetahuan yang terhad.
Menyatakan maklumat berdasarkan gambar/grafik sahaja.
Menyatakan maklumat secara ringkas/umum berkaitan dengan perjuangan menentang penjajah dan perjuangan pemimpin masa kini.
Aras 1
1-2
Contoh: Kedua-dua pemimpin berada pada zaman yang berbeza. Pemimpin A berada pada zaman penjajahan British, manakala pemimpin B zaman selepas merdeka. Aras 2
Penerangan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas terhadap fakta dan membuat perkaitan dengan isu-isu masa kini.
Menerangkan dengan jelas
Menerangkan maklumat berkaitan dengan perjuangan menentang penjajah dan perjuangan pemimpin selepas merdeka dengan jelas berserta contoh yang sesuai.
maklumat
berdasarkan
Berupaya menghubungkait kehidupan masa kini.
fakta
gambar/grafik
sejarah
dengan
Contoh : Mereka berada pada zaman yang berbeza : Pemimpin A berada pada zaman penjajahan manakala Pemimpin B pada zaman selepas merdeka. Matlamat perjuangan yang berbeza :
3-4
Pemimpin A ingin menghapuskan penjajah British yang telah campur tangan dalam urusan pentadbiran tempatan. Contohnya di Naning. Pemimpin B pula ingin memperkukuh perasaan cinta akan negara demi mengisi ruang kemerdekaan supaya negara terus maju. Aras 3
Huraian yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat perkaitan yang tepat dengan isu-isu masa kini.
Menghuraikan dengan jelas.
Menghuraikan maklumat berkaitan dengan perjuangan menentang penjajah dengan tepat dan mendalam berserta contoh yang sangat sesuai.
Mengaitkan fakta sejarah dengan kehidupan masa kini berserta contoh yang tepat.
maklumat
berdasarkan
gambar/grafik
Contoh : Mereka berada pada zaman yang berbeza : Pemimpin A berada pada zaman penjajahan manakala Pemimpin B pada zaman selepas merdeka. Matlamat perjuangan yang berbeza : Pemimpin A ingin menghapuskan penjajah British yang telah campur tangan dalam urusan pentadbiran tempatan . Di Perak misalnya, JWW Birch telah bertindak melampaui kuasanya sebagai penasihat sultan. Birch telah mengambil alih hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan sehingga menyebabkan pembesar hilang kuasa dan punca ekonomi. Datuk Maharaja Lela telah menentang Birch di Pasir Salak. Pemimpin B pula ingin memperkukuh perasaan cinta akan negara demi mengisi ruang kemerdekaan supaya negara terus maju. Cabaran selepas merdeka lebih besar kerana kemerdekaan yang ada perlu dimanfaatkan untuk memajukan negara. Antara cabarannya ialah mengekalkan perpaduan rakyat, membina dan mengekalkan jati diri bangsa Malaysia dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara. Jalur Gemilang adalah lambang negara yang perlu dihormati supaya kesetiaan dan jati diri rakyat tetap terpelihara. Rakyat yang setia dan mempunyai jati diri yang kuat dapat meningkatkan
5-6
semangat patriotisme dan akan terus berjuang untuk memajukan diri, agama, bangsa dan negara.
Soalan
Respons yang dihasratkan
Skor
1(b)
Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat penilaian.
4
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Aras 1
Membuat penilaian secara ringkas / umum tentang perjuangan tokoh sebelum dan selepas merdeka.
1
Contoh : Perjuangan mereka berjaya / kurang berjaya / tidak berjaya. Pernyataan yang menunjukkan pemahaman yang jelas.
pengetahuan
dan
Membuat penilaian perjuangan perjuangan pemimpin sebelum dan selepas merdeka dengan jelas berserta contoh yang sesuai.
Berupaya menghubungkait kehidupan masa kini.
fakta
sejarah
dengan
Contoh
Aras 2
Perjuangan mereka berjaya : Menewaskan British /penjajah seperti di Naning. Semangat cinta akan Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat berjaya dipupuk. Kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan mendapat sambutan ramai.
2
Atau Perjuangan kedua-dua tokoh tidak / kurang berjaya : Buktinya sebelum merdeka perjuangan tokoh tempatan dapat dipatahkan oleh British. Dalam serangan kali kedua, British berjaya mengalahkan Dol Said.
Aras 3
Selepas merdeka, masih terdapat rakyat yang tidak menghormati Jalur Gemilang. Masih ramai yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sempena kempen bulan kemerdekaan. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman
3-4
yang mendalam.
Membuat penilaian terhadap kejayaan perjuangan tokohtokoh sebelum merdeka dan selepas merdeka dengan tepat dan mendalam berserta contoh yang sangat sesuai.
Mengaitkan fakta sejarah dengan kehidupan masa kini berserta contoh yang tepat.
Contoh : Perjuangan kedua-dua tokoh berjaya : Pemimpin A berjaya mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan untuk menentang penjajah. Dol Said di Naning misalnya berjaya menewaskan British dalam serangan awal dan menyebabkan British tidak campur tangan dalam hal ehwal politik Negeri-Negeri Melayu selama hampir 50 tahun. Pemimpin B mewakili pemimpin selepas merdeka. Mereka berjaya menyelamatkan negara daripada kekacauan pada peringkat awal kemerdekaan seperti Peristiwa 13 Mei. Perpaduan rakyat dapat diperkukuhkan sehingga kini dan negara terus maju dalam pelbagai bidang ekonomi. Melalui Rancangan Pembangunan 5 tahun, dan Rancangan Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang, keseimbangan ekonomi antara kaum dapat diwujudkan. ATAU Perjuangan kedua-dua tokoh tidak/kurang berjaya : Perjuangan Pemimpin A berjaya dipatahkan. Pejuang-pejuang tempatan seperti Dol Said, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya dijatuhkan hukuman. Perjuangan yang mereka rintis tidak diteruskan oleh anak-anak buah mereka. Matlamat Pemimpin B untuk menanam semangat cinta akan negara gagal kerana sikap generasi masa kini yang tidak menjiwai erti kemerdekaan. Kini ramai generasi baru terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang boleh mengancam keselamatan negara. Gaya hidup bebas misalnya menjadi trend masa kini. Keadaan ini akan menggagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
Soalan 2 Panduan Penskoran:
Soalan 2 (a)
Respon yang dihasratkan
Skor
Memahami, mengaplikasi dan menganalisis fakta.
6
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Pernyataan umum berdasarkan petikan / pengetahuan yang terhad. Menyatakan maklumat berdasarkan petikan sahaja. Aras 1
Menyatakan maklumat secara ringkas berkaitan dengan perjuangan menentang Malayan Union.
1-2
Contoh : Penentangan melibatkan orang Melayu kerana hak mereka terjejas. Kaum lain tidak menentang kerana menguntungkan mereka. Aras 2
Penerangan yang menunjukkan pemahaman yang jelas.
pengetahuan
dan
Menerangkan fakta berkaitan dengan Malayan Union dan tentangan orang Melayu dengan jelas berserta contoh yang sesuai.
Berupaya menganalisis fakta sejarah dan membuat inferens yang ringkas / mudah.
3-4
Contoh : Orang Melayu menentang kerana kuasa raja terhakis manakala kaum lain memperoleh pelbagai faedah seperti kerakyatan. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam.
Menghuraikan fakta berkaitan dengan Malayan Union dan tentangan orang Melayu dengan tepat, mendalam berserta contoh yang sangat sesuai.
Membuat inferens yang tepat. Aras 3
5-6
Contoh : Orang Melayu menentang kerana kuasa raja terhakis yang menyebabkan warisan Kesultanan Melayu Melaka terhapus manakala kaum lain memperoleh pelbagai faedah seperti kerakyatan tetapi mereka boleh mengekalkan kerakyatan negara asal. Ini menyebabkan hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu terancam kerana terpaksa berkongsi dengan kaum pendatang.
Soalan
Respon yang dihasratkan
Skor
2 (b)
Mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman fakta sejarah serta menghubungkaitkan pengetahuan sejarah dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia.
4
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Aras 1
Pernyataan umum berdasarkan petikan / pengetahuan yang terhad.
Menyatakan maklumat secara ringkas/ umum tentang perkaitan petikan dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia.
1
Contoh : Warga negara mesti cinta dan setia kepada negara. Pernyataan yang menunjukkan pemahaman yang jelas. Aras 2
pengetahuan
dan
Menerangkan perkaitan petikan dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia dengan jelas dan berserta contoh yang sesuai.
2
Berupaya membuat inferens yang mudah/ringkas. Contoh : Warga negara mesti cinta dan setia kepada negara supaya negara aman dan makmur. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam. Menghuraikan perkaitan petikan dengan pembentukan negara dan bangsa Malaysia secara mendalam ,tepat berserta contoh yang sangat sesuai. Aras 3
Membuat inferens yang tepat. Contoh : Warganegara mesti cinta dan setia kepada negara supaya negara aman dan makmur bagi menjamin masa depan negara Malaysia yang lebih gemilang. Warga negara yang cinta dan setia akan negara bersedia untuk menyumbang tenaga untuk menjadikan negara maju.
3-4
Soalan
Respons yang dihasratkan
Skor
3 (a)
Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian.
4
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Pernyataan umum berdasarkan gambar dan maklumat/ pengetahuan terhad. Aras 1
Menyatakan keistimewaan stadium secara ringkas berdasarkan maklumat yang dipelajari dan pengetahuan yang sangat terhad.
1
Contoh : Stadium merdeka siap pada tarikh Negara mencapai kemerdekaan. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Penerangan yang menunjukkan pemahaman yang agak jelas.
Aras 2
pengetahuan
dan
Menerangkan keistimewaan stadium secara ringkas berdasarkan maklumat yang dipelajari dan pengetahuan yang agak jelas.
Penjelasan berdasarkan pengetahuan sendiri yang agak jelas. 2
Contoh: Stadium merdeka siap pada tarikh Negara mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Stadium Merdeka merupakan tempat kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Aras 3
Pernyataan yang menunjukkan pemahaman yang mendalam.
pengisytiharan
pengetahuan
dan
3-4
Menghuraikan keistimewaan stadium secara mendalam ,tepat berserta contoh yang sangat sesuai.
Contoh: Stadium Merdeka merupakan tempat pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersempena dengan kemerdekaan tersebutlah stadium merdeka mendapat namanya. Namanya menjadi tanda ingatan rakyat Malaysia terhadap tarikh keramat itu. Selain itu , stadium ini turut digunakan untuk Kejohanan Pesta Bola Merdeka dan menjadi saksi negara kita pernah muncul sebagai kuasa bola sepak di benua Asia. Stadium ini juga menjadi gelangang aksi wira-wira bola sepak Negara seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh.
Soalan
Respons yang dihasratkan
Skor
3 (b)
Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta, menjana idea dan membuat perkaitan dengan kehidupan masa kini.
6
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Aras 1
Menyatakan cadangan secara ringkas / umum / terhad. 1-2
Contoh : Mewartakan Negara.
Stadium
Merdeka
sebagai
Pernyataan yang menunjukkan pemahaman yang jelas. Aras 2
warisan
khazanah
pengetahuan
dan
Menerangkan cadangan yang relevan berserta dengan penerangan yang jelas.
3-4
Contoh: Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah negara supaya dapat dikekalkan dan dapat dilihat oleh generasi muda. Aras 3
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam serta membuat perkaitan dengan kehidupan masa kini. Menghuraikan cadangan yang sangat relevan dan praktikal berserta dengan penerangan yang mendalam, sangat tepat dan contoh yang sangat sesuai. Menghubungkaitkan pemeliharaan dan pemuliharaan stadium dengan kepentingan terhadap negara. Contoh: Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah negara supaya dapat dikekalkan . Dengan pewartaan tersebut, bangunan stadium bukan sahaja dapat dikekalkan, malah kerajaan dapat menyedikan peruntukan khas untuk membaiki kerosakan dan juga melantik pihak pengurusan supaya dapat mengawal selia bangunan stadium. Pihak pengurusan seperti Perbadanan
5-6
Stadium Nasional diwujudkan untuk mengawal selia stadium. Ini akan dapat mengekalkan khazanah warisan negara agar generasi muda tidak akan melupai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di negara kita.
Soalan
Respon yang dihasratkan
Skor
3 (c)
Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat analisis dan membuat inferens.
10
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Aras 1
Menyatakan pendirian secara umum . Penerangan sangat ringkas.
Contoh :
1-2
Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan. Atau Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan. Aras 2
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan pemahaman yang jelas dan agak mendalam.
dan
Menerangkan pendirian dengan alasan yang jelas, tepat dan contoh yang sesuai.
Contoh: Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar yang berkembang pesat.
3-5
Antaranya seperti kompleks membeli-belah mewah. Atau Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana ia merupakan khazanah warisan negara. Stadium ini pernah menyaksikan peristiwa perisytiharan kemerdekaan negara. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens.
Menghuraikan pendirian dengan sangat jelas, tepat dan mendalam. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai fakta . Membuat inferens. Pengolahan kemas.
Contoh: Aras 3
Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar yang berkembang pesat. Projek baru akan memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat untuk berniaga. Ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kadar pengangguran.
6-8
Atau Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana ia merupakan khazanah warisan negara. Andai diroboh hilanglah warisan khazanah negara dan tidak dapat dihayati oleh generasi muda. Generasi yang melupai sejarah akan hilang arah kehidupan.
Aras 4
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens yang tepat.
Menghuraikan pendirian dengan sangat jelas, tepat mendalam. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai kesan tindakan kerajaan terhadap bangunan bersejarah dengan tepat. Membuat inferens yang tepat. Pengolahan sangat kemas dan menarik. Membuat inferens yang tepat.
9-10
Contoh Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar yang berkembang pesat. Projek baru akan memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat untuk berniaga. Pendapatan rakyat akan meningkat dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Peningkatan pendapatan rakyat dapat mensejahterakan negara. Namun begitu, kerajaan perlu memastikan projek tersebut memberi peluang seluas-luasnya kepada rakyat tempatan untuk mendapat ruang perniagaan. Apa yang berlaku sekarang, projek mewah hanya memberi ruang kepada warga yang kaya sahaja dan juga syarikat atau rakyat asing berniaga kerana mereka memiliki modal yang besar. Jika tidak, rakyat jati Malaysia hanya menjadi penonton projek mewah sahaja atau bekerja sebagai kuli dalam premis perniagaan yang dimiliki orang asing di negara sendiri. Atau Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana ia merupakan khazanah warisan negara. Andai diroboh hilanglah warisan khazanah negara dan tidak dapat dihayati oleh generasi muda. Keadaan ini akan menjejaskan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Ingatan terhadap sejarah negara akan luntur dan boleh menjejaskan kestabilan politik. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan khazanah ini dipelihara sebagai lambang sejarah pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Khazanah bangsa ini pasti akan menjadi rujukan generasi akan datang untuk mengkaji sejarah pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang ada sekarang. Sumbangan kepada sektor pelancongan juga tidak boleh dinafikan. Bangunan sejarah peninggalan Rom di banyak negara kini menjadi aset pelancongan yang sangat bernilai. Jutaan pelancong berkunjung ke bangunan sejarah di merata dunia dan memberikan impak kepada peningkatan pendapatan negara dan rakyat negara berkenaan. Jika dimusnahkan, tiada apa yang generasi akan datang dapat berbicara tentang sejarah bangsa mereka.
Soalan 4 Soalan
Respon yang dihasratkan
Skor
4 (a)
Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam
4
terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian. Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.
Aras 1
Menyatakan sebab secara umum/ringkas. Pengetahuan dan pemahaman terhadap fakta sangat terhad.
1
Contoh : Negara kita menjadi tumpuan buruh luar kerana kemakmuran ekonomi negara. Pernyataan yang menunjukkan pemahaman yang jelas. Aras 2
pengetahuan
dan
Menerangkan sebab dengan jelas. 2
Contoh : Negara kita menjadi tumpuan buruh luar kerana kemakmuran ekonomi negara yang menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak kepada mereka. Pernyataan yang menunjukkan pemahaman yang mendalam.
Aras 3
pengetahuan
dan
Menghuraikan sebab dengan sjelas berserta contoh yang sesuai.
Contoh : Negara kita menjadi tumpuan buruh luar kerana kemakmuran ekonomi negara menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak kepada mereka dan dapat menjamin peningkatan taraf hidup mereka. Perlombongan bijih timah telah menarik ramai buruh dari negara China berhijrah pada abad ke-19. Tumpuan sektor perlombongan ialah di negeri Perak.
3-4
Soalan
Respon yang dihasratkan
Skor
4 (b)
Menunjukkan pengetahuan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian.
6
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad. Aras 1
Menyatakan faktor secara ringkas/umum. 1-2
Contoh : Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka kerana peluang pekerjaan yang banyak di negara kita. Pernyataan yang menunjukkan pemahaman yang jelas.
Aras 2
pengetahuan
dan
Menerangkan fakta dengan jelas berserta contoh yang sesuai. Menganalisis fakta dan membuat inferens yang ringkas / mudah.
Contoh :
3-4
Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka kerana peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan.
Aras 3
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam serta membuat perkaitan dengan kehidupan masa kini.
Menghuraikan fakta dengan sangat jelas, mendalam berserta contoh yang sangat sesuai. Menghubungkait fakta sejarah dengan isu masa kini. Membuat inferens yang tepat.
Contoh : Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka
5-6
kerana peluang pekerjaan yang luas di negara kita berbanding dengan negara mereka dalam sektor perladangan dan pembinaan. Ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup serta dapat menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka. Sebelum merdeka pun, British membawa masuk buruh asing untuk berkerja di ladang getah, lombong bijih timah dan pembinaan jalan raya serta landasan kereta api. Kawalan pintu masuk negara mungkin longgar memandangkan ramai warga asing masuk secara haram. Seolah-olah tidak terkawal. Ramai pendatang mendarat di kawasan pantai dan mereka ini ada yang terlepas dan sedang bergerak bebas dalam negara ini. Jelaslah bahawa faktor ekonomi dan politik tempatan berkait rapat dengan pertambahan kedatangan warga asing di Malaysia.
Soalan
Respon yang dihasratkan
Skor
4 (c)
Menunjukkan pengetahuan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian.
10
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak soalan.
0
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.
1-2
Aras 1
Menyataakan kesan secara ringkas. Penerangan sangat ringkas.
Contoh : Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan keselamatan negara terancam. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan pemahaman yang jelas dan agak mendalam.
Aras 2
dan
Menerangkan kesan dengan alasan yang jelas, tepat dan contoh yang sesuai.
Contoh :
3-5
Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan keselamatan negara terancam kerana akan menggugat pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi. Kini ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan peluang itu untuk rakyat Malaysia. Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens.
Menghuraikan kesan dengan sangat jelas, tepat dan mendalam. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai fakta . Membuat inferens. Pengolahan kemas.
Contoh : Aras 3
Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan keselamatan negara terancam kerana akan menggugat pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi.
6-8
Kini ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan peluang itu untuk rakyat Malaysia. Keadaan ini sangat jelas jika anda berpeluang meninjau kawasan perniagaan sekitar Petaling Street dan berhampiran bangunan Cahaya Suria dan MYDIN di Kuala Lumpur. Melihat kepada situasi semasa, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di negara ini sangat lemah dan sewajibnya dipertingkatkan.
Aras 4
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta membuat inferens yang tepat.
9-10
Menghuraikan kesan dengan sangat jelas, tepat dan mendalam. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai. Menganalisis dan menilai fakta dengan tepat. Membuat inferens yang tepat. Pengolahan sangat kemas dan menarik.
Contoh : Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan keselamatan negara terancam kerana akan menggugat pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi. Kini ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan peluang itu untuk rakyat Malaysia. Keadaan ini sangat jelas jika anda berpeluang meninjau kawasan perniagaan sekitar Petaling Street dan berhampiran bangunan Cahaya Suria dan MYDIN di Kuala Lumpur. Jika keadaan ini berterusan , pengaliran keluar mata wang negara turut meningkat kerana warga asing ini akan menghantar hasil pendapatan mereka ke negara asal mereka. Mata wang Malaysia akan susut nilai kerana banyak di pasaran. Ini menjadikan kuasa beli rakyat Malaysia rendah dan menjejaskan kehidupan mereka. Ibarat itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan. Melihat kepada situasi semasa, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di negara ini sangat lemah dan sewajibnya dipertingkatkan.
RUBRIK PENSKORAN TAMAT