RPH Pengajaran Wang Tahun 4 Mata Pelajaran : Matematik Tarikh
: 9/12/2013
Masa
: 8:00 a.m. ~ 8:30 a.m.
Kelas
: Tahun 4
Bil. Murid
: 15 orang
Tajuk
: Penolakan Wang hingga RM10,000
Pengetahuan Sedia Ada
: Murid dapat melakukan operasi penolakan semasa pelajaran nombor perpuluhan yang lalu.
Hasil Pembelajaran : Murid dapat menolak sebarang nilai wang daripada sejumlah wang hingga RM10,000 Murid dapat menganggar baki atau beza nilai wang hingga RM10,000 Kemahiran Berfikir
: Menganalisis, penyelesaian masalah dan menjana idea
Penerapan Nilai
: Keyakinan diri dan bekerjasama
Alat Bantu Mengajar
Langkah Set Induksi
: Wang kertas, gambar barang jualan
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Lakonan jual-beli dan mengembalikan baki
Guru memanggil dua orang pelajar untuk melakonkan aktiviti jual beli.
ABM: Gambar buah delima, wang 50 sen, RM1, RM10, RM5
Pembeli: Berapakah harga buah ini? Penjual : Harganya seringgit lima puluh sen sebiji. Pembeli: Berikan saya empat biji, ya. Penjual : Baiklah, semuanya enam ringgit sahaja, encik. Pembeli: Terima kasih, ini wangnya sepuluh ringgit. Penjual : Sebentar encik, ini wang bakinya empat ringgit, terima kasih. Langkah 1
Perkembangan
Guru memberi situasi harian yang lain.
ABM: Gambar sabun basuh
Ibu kamu meminta kamu membelikan beberapa barangan dapur. 1. 2. 3. 4.
Sabun basuh kain = RM17.60 Gula 4 kg = RM10.00 Tepung gandum = RM6.80 Minyak masak = RM 12.30
Wang RM50.00 dibekalkan untuk membeli barangan tersebut. Kira baki wang selepas membayar semua barangan di atas. *Guru menerang dalam bentuk lazim *Wang RM50 perlu ditambah 00 untuk menunjukkan nilai sen *Titik perpuluhan sentiasa selari Langkah 2
Menganggar baki
Dalam situasi yang sama dari langkah 1, guru membimbing pelajar untuk menganggar baki wang tersebut.
Semua nilai sen 50 dan keatas naik satu ringgit Bawah 50 sen kekalkan nilai ringgit sahaja tanpa nilai sen.
Sekarang mari lihat nilai wang yang baharu. Apa perbezaan antara baki yang sebenar dan yang dianggar. *Guna untuk menyemak kemunasabahan jawapan. Langkah 3
Pengukuhan
RM4050.10 – RM1832.90 *buat secara bentuk lazim (kump. 1) * buat secara anggaran (kump. 2)
Penutup
Rumusan
Guru bertanya murid apa yang telah dipelajari dan merumuskan pelajaran hari ini.
kain, gula, tepung gandum, minyak masak, 10sen, 20 sen, 50 sen, RM1, RM5, RM10, RM50 RM17.60 RM10.00 RM 6.80 +RM12.30 RM 46.70 Baki: RM50.00RM46.70 = RM3.30
RM18.00 RM10.00 RM 7.00 +RM12.00 RM 47.00
*Galak murid mengira secara minda